Mek memberhentikan kereta di hadapan sebuah bangunan. Hatinya masih berkira-kira sama ada mahu meneruskan niatnya. Naik atau tidak. Tapi DZ perlu diajar sedikit. Tak boleh dibiarkan sangat. Makin menjadi-jadi. Menyakitkan hati saja. Kesian Fenn, tak pasal-pasal jadi mangsa.
“Ah, naik sajalah. Aku nak ajar sikit budak tak reti bahasa tu.” Mek melangkah keluar dari keretanya. Dia berdiri di hadapan bangunan tinggi yang berdiri megah itu. Dia akui yang dia sedikit gementar. Tapi dia cuba kuatkan semangat demi membantu sahabat baiknya.
Butang lif ditekan. Mek menapak masuk ke dalam perut lif. Hanya dia saja di dalam. Dia kemudian menekan butang tujuh. Dia perlu bertenang. Perlu mengambil langkah sebaiknya. Kalau tak, makin teruk jadinya nanti. Tak pasal-pasal dia pula yang dapat malu.
Lif berhenti di tingkat tujuh. Mek melangkah yakin. Seorang wanita muda di meja penyambut tetamu senyum padanya. Mek menghampiri gadis itu.
“Selamat pagi, ada apa-apa yang boleh kami bantu?” Sapa gadis muda yang bernama Nita itu. Agak cantik. Memang sesuai jadi penyambut tetamu.
“Selamat pagi. Boleh saya jumpa dengan Encik DZ?”
“Encik DZ? Maaf, saya rasa staf kami tak ada yang namanya DZ. Mungkin cik boleh berikan nama penuh?” Nita kerut dahi cuba mengenal pasti mana-mana pekerja syarikat itu yang bernama DZ. Setahunya tiada.
“Oh, maaf. Kalau tak silap saya nama dia…Iqram.” Mek cepat-cepat membetulkan silapnya. Sudah terbiasa memanggil lelaki itu dengan panggilan DZ.
“Oh, Encik Iqram. Sekejap ya cik.” Nita menekan intercom. Mungkin bercakap dengan DZ.
“Sila ikut saya cik.” Mek angguk. Dia membuntuti langkah Nita. Kelihatan beberapa orang pekerja yang sedang sibuk mengadap kerja mereka.
“Silakan masuk cik.” Nita membukakan pintu bilik untuk Mek. Bilik DZ mungkin. Nita meninggalkan Mek di situ. DZ di hadapannya. Tiba-tiba saja dia kaku. Rasa takut menyerang.DZ angkat muka. Dia senyum. Tak kelihatan seperti mengenali Mek.
“Selamat pagi. Silakan duduk.” Mek melabukan duduknya di atas kerusi. Tak sanggup nak bertentang mata dengan DZ. Tak seperti orang jahat.
“Maaf. Boleh saya tahu, apa yang boleh saya bantu cik?” Mek kelihatan serius. Cuba untuk menguatkan semangat sendiri.
“Saya Nik Aisyah. Encik mungkin tak kenal saya tapi saya kenal encik.” DZ kerut dahi. Mek tahu DZ pasti tertanya-tanya. Biarkan.
“So, perkenalkanlah diri cik dengan lebih lanjut lagi supaya saya pun boleh kenal cik sebagaimana cik kenal saya. Fair and square.” Angkuh sekali di pendengaran Mek. Mek ketap bibir menahan geram.
‘Memang betul-betul sombong dan berlagaklah mamat ni. Tak apa. Kau tak tengok kalau aku berlagak lagi.’
“Hmm…saya rasa tak perlu kot. Cukuplah sekadar encik DZ ni kenal nama saya saja.”
“Whatever. So,apa hal you cari I ni? Penting sangat ke?” DZ mula menyampah dengan wanita di hadapannya. Kerek nak mampus. Tangan di silangkan ke dada.
Mek senyum sumbing. Memang menjengkelkan. Patutlah Fenn tertekan. Kalau bab memujuk rayu bukan main lagi. Mek nak tengok sampai bila mamat sengal di hadapannya akan menyombong dengannya.
“Memang penting. Penting sangat. Antara hidup dan mati.” Mek bulatkan mata. Dia mahu DZ tahu betapa pentingnya perkara yang dia ingin bincangkan.
“Wow. Dengar pun macam penting. So, tell me.” Mek makin geram. DZ boleh buat selamba saja. Memang mencabar keimanan betul. Matanya makin bulat mencerlung ke arah DZ.
Senyuman yang diukir DZ terasa macam sangat menyakitkan hati.
“Kenapa diam? Cepatlah cakap. I banyak kerja lain lagi ni.” DZ membelek-belek fail yang berada di depannya. Mahu menunjukkan yang dia banyak kerja. Hati Mek makin panas. Memang cari nahas.
“Kau ingat, aku nak sangat jumpa kau ni. Perangai macam hantu jerangkung. Aku pun banyak kerja lainlah nak buat. Kalau tak kerana Fenn, aku tak datang jumpa hantu macam kau ni tau tak. Tak kuasa aku. Kau dengar sini baik-baik. Aku bagi amaran pada kau. Aku nak, kau jauhkan diri kau daripada Fenn. Kalau aku dapat tahu sekali lagi kau sakitkan hati Fenn, siap kau aku kerjakan.” Berombak dada Mek menahan marah. Bergetar tubuhnya. Tapi dia lega. Dia puas. DZ terkedu. Dia tercengang. Mek tiba-tiba naik hantu. Dia telan liur. Dia tahu kini. Kawan Fenn rupanya.
“You ni kawan Fenn ya?” Tanya DZ minta kepastian.
“It’s not your business. Aku harap kau dah faham dan simpan baik-baik dalam kepala otak kau tu.” Mek memalingkan tubuhnya. Bersedia untuk berlalu dari bilik itu. Buat sakit hati saja kalau pandang wajah DZ lama-lama. Tak pasal-pasal dia kena serangan darah tinggi pula nanti.
“Tunggu dulu.” Langkah Mek terhenti. Dia kembali berpaling ke arah DZ. Entah kenapa pula lelaki itu memanggilnya. Mek telan liur.
“Fenn marahkan saya?” Riak wajah DZ jelas menunjukkan yang dia risau. Mek tergamam. Dia jadi kasihan tiba-tiba.
“Saya dah bersalah pada dia. Mesti dia kecewa. Mesti dia marahkan saya.” DZ kedengaran kesal. Dia tahu dia sudah melampau tempoh hari. Memang dia sengaja nak sakitkan hati Fenn waktu itu.
“Baguslah kalau awak dah faham. Saya rasa awak patut minta maaf pada dia. Dia betul-betul kecewa dan sedih.” Mek melangkah meninggalkan DZ yang masih diselubungi rasa kesal. Biarlah lelaki itu berfikir sendiri. Biar lelaki itu tahu yang dirinya sudah bersalah.
DZ kembali merebahkan dirinya ke kerusi. Dia picit kepala. Tergendala sebentar kerjanya. Masalahnya dengan Fenn memenuhi ruang benaknya. Perlukah dia minta maaf? Bagaimana cara untuk dia meminta maaf? Fenn terimakah permintaan maafnya?
Egonya masih sempat menyelit di antara rasa perikemanusiaannya. Lelaki. Memang tak boleh dipisahkan dengan ego. Takut benar kalau ego mereka jatuh lebih-lebih lagi di hadapan seorang wanita.
“Ah, sudahlah. Nanti-nanti saja aku minta maaf. Banyak lagi kerja yang aku kena fikir ni.” DZ mencapai fail di atas meja. Dia ada mesyuarat dengan pengarah syarikat. Masalah tadi dibiar berlalu tanpa apa-apa tindakan. Fokusnya hanya pada kerja.
Mek menghenyak punggungnya ke tempat duduk. Dia hembus nafas kuat. Lega. Macam tak percaya dia boleh tengking DZ begitu. Memang menggigigil tapi dia terpaksa. Masalah dengan DZ rasanya sudah diselesaikan. Dia harus khabarkan berita ini kepada Fenn. Dia nak Fenn tahu betapa pucatnya muka DZ setelah ditengkingnya. Pasti Fenn tergelak besar. Tapi sekarang dia harus kembali ke pejabatnya. Dia juga masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan. Kereta menderum meninggalkan tempat parkir.
Wajah Fenn berkerut. Banyak kerja. Macam dah tak boleh nak bangun dari tempat duduk. Nak makan pun rasa tak sempat. Entah apa kerja yang banyak sangat. Dia sendiri tak tahu. Tapi yang pasti dia masih tak dapat siapkan apa-apa kerja sejak dari tadi. Dah hampir pukul dua belas tengahari. Dari pagi dia mengadap kerjanya. Sarapan pun tak terjamah dek kerana khusyuk dengan kerjanya. Tapi satu habuk pun tak jadi.
Mata terasa penat. Badan pun dah lenguh-lenguh. Tak sanggup lagi nak mengadap kerja. Kepala sudah tak dapat berfikir. Berdenyut-denyut. Fenn menyandarkan badannya ke kerusi. Mata ditutup rapat. Mahu menghilangkan sedikit kepenatannya. Perut terasa lapar. Sudah berdondang sayang. Apa taknya, masih belum disuap apa-apa. Gagang telefon dicapai.
“Sarah, you dah makan ke? Laparlah.” Rengek Fenn. Macam budak-budak. Perut yang masih berlagu-lagu digosok-gosok.
“I dah makan tadi dengan Wan. Kenyang lagi ni. Sorrylah.”
“Oh ya ke? Tak apalah kalau macam tu.” Fenn sedikit hampa. Nampaknya dia terpaksa makan berseorangan hari ini. Angah? Tak naklah menyusahkan lelaki itu. Pasti dia sedang sibuk. Tas tangan dicapai. Belum sempat pintu bilik dibuka, terdengar pintu itu diketuk dari luar. Pintu dibuka. Terjegul wajah Syaril. Macam tahu-tahu saja. Fenn ukir senyum. Syaril juga sama.
“Faz nak keluar ke?” Soal Syaril bila melihat Fenn menjinjing beg tangan.
“Ya. Nak pergi makan. Rasa lapar pula. Angah ada apa hal datang sini?” Tiba-tiba saja datang. Ada perkara mustahak ke?
“Hmm…elok benarlah tu. Angah pun memang datang nak ajak Faz lunch. Jom.”
“Ok.” Kedua-duanya jalan beriringan. Beberapa pasang mata yang kebetulan lalu di situ hanya memandang tertanya-tanya. Kelihatan agak berlainan.
“Hmm…hari ni Angah nak belanja Faz kat tempat istimewa. Faz cakap saja Faz nak makan apa.” Syaril memandu tenang. Dahi Fenn berkerut. Entah mimpi apa pula abang iparnya hari ini. Baik semacam pula.
“Kenapa? Hari ni ada apa-apa yang istimewa ke Angah?” Fenn cuba mengingati sesuatu. Setahunya, tak ada apa-apa yang penting dan istimewa hari ini.
“Saja. Takkan tak boleh kot?”
“Tak adalah. Macam pelik je. Ni mesti ada apa-apa ni.” Fenn cuba korek. Syaril hanya senyum. Senang bila dia lihat Fazreen senyum dan ceria begitu.
“Ya ke ni? Macam tak percaya aje. Tak apa kalau tak nak bagitahu. Lambat laun Faz akan tahu juga.” Syaril ketawa. Dia rasa bahagia begini. Ada Fazreen di sisi buat dia rasa senang. Rasa mahu sentiasa berada di sisi Fazreen.
2009-11-30
2009-11-10
sepupuku suamiku?18
Nana membelek penampilannya sekali lagi. Entah untuk yang keberapa kali. Dia sangat teruja. Hari ini hari pertama dia akan memulakan kerja sebagai guru. Dia memang betul-betul teruja sehinggakan pukul lima pagi lagi dia sudah terjaga. Nasib baik dia tidak mengalami alahan yang teruk. Sekadar alahan biasa pada waktu pagi. Hisyam yang turut sama terjaga hanya menggelengkan kepala.
“Awalnya cikgu kita ni. Anak murid pun belum bangun tidur lagi. Cikgu dia dah siap pakai baju dah.” Usik Hisyam. Nana hanya tersenyum. Dia kelihatan anggun dengan baju kurung polos warna biru disesuaikan dengan tudung bercorak warna sedondon. Ditambah dengan solekan nipis diwajahnya, semakin berseri. Dia kelihatan puas dengan penampilan hari pertamanya.
“Cepatlah bang. Nanti lewat sampai sekolah. Malu. First day dah lewat.” Nana menarik tangan Hisyam yang masih berselubung di atas katil memaksa lelaki itu bangun. Hisyam akur. Malas benar rasanya. Tapi demi isteri tercinta, dia bangun juga.
“Ye lah cikguku sayang.” Hisyam menyarung sweater yang tergantung di dinding bilik. Seluar pendek paras lutut yang dipakainya dibiar tidak bersalin.
“Macam ni je?” Tanya Nana. Dia melihat penampilan suaminya dari atas ke bawah. Memang selekeh.
“Ye lah. Bukannya abang yang nak pergi mengajar.” Jawab Hisyam selamba. Dia mencapai kunci keretanya di atas meja solek seraya keluar. Nana geleng kepala.
Selesai minum segelas susu dan sekeping roti, Nana siap untuk memulakan tugasnya. Perasaannya berkobar-kobar. Langkahnya diatur penuh semangat. Senyuman terukir dibibirnya. Kereta Hisyam meluncur laju membelah sunyi pagi. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Masih awal. Hanya kelihatan beberapa buah kereta dan bas sekolah yang kelihatan masih lengang.
“Awal lagi ni sayang. Tengok, takde orang pun. Sayang je yang semangat pergi sekolah awal-awal.” Hisyam menutup mulutnya. Dia masih mengantuk sebenarnya. Biasanya, selepas subuh dia akan tidur semula. Tapi nampaknya rutin hariannya akan berubah bermula hari ini.
“Tak apalah. Kalau pergi lewat-lewat nanti sesak pulak. Lagi lambat sampai sekolah.” Nana masih dengan pendiriannya. Tak mahu kalah dah salah.
Jarak perjalanan antara rumahnya dengan sekolah tak sampai pun setengah jam. Dengan keadaan jalan yang masih lengang, Nana menjadi antara orang yang terawal sampai ke sekolah. Hanya kelihatan dua tiga orang pelajar yang berjalan masuk ke perkarangan sekolah. Nana masih kaku di dalam kereta. Rasa gementar tiba-tiba. Lebih-lebih lagi dia tidak nampak kelibat guru-guru yang bekerja di situ.
“Ok, dah sampai. Selamat bertugas ya cikgu Diana. Jangan garang sangat tau. Nanti student takut.” Hisyam tak habis-habis mengusik isterinya.
“Nantilah dulu bang. Tak ada orang lagi ni. Nana takutlah…” Jelas riak risau dan takut di wajahnya. Hisyam ketawa geli hati. Tadi, bukan main beria-ia dan bersemangat lagi isterinya mahu ke sekolah. Tapi sekarang, lain pula jadinya.
“Apa nak takut pulak. Bukannya ada hantu. Dah siang pun. Nanti adalah cikgu yang datang. Rileks ok.” Pujuk Hisyam. Kesian pula melihatkan keadaan isterinya begitu.
“Tunggulah. Five minutes.” Nana terus memujuk suaminya untuk menunggu buat seketika lagi. Hisyam akur. Segaris senyuman terukir apabila kelihatan kenderaan beberapa orang guru memasuki perkarangan sekolah.
“Ok. Abang boleh balik sekarang. Nana nak masuk dalam dulu.” Semangatnya datang kembali.
“Aik, macam tu je? Buat penat je abang tunggu lama-lama. Sampai hati sayang halau abang.” Hisyam buat-buat merajuk. Nana hairan. ‘Eh laki aku ni. Tadi dia juga yang beria-ia nak balik. Aku suruh balik, tak nak pulak.’
“Ok lah. Nana pergi dulu abang. Abang jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa makan.” Satu kucupan mesra hinggap di pipi suaminya.
“Hah, macam ni baru best. Oklah, sayang pun jaga diri elok-elok. Jangan kerja berat-berat sangat. Jaga baby kita ni. Nanti kalau ada apa-apa, call abang ya sayang.” Giliran Hisyam pula mengucup mesra dahi isterinya. Memang pasangan yang bahagia.
Nana melambai ke arah suaminya yang telah berlalu. Dia melangkah penuh harapan dan semangat. Beberapa pasang mata melirik ke arahnya. Dia hanya senyum dan meneruskan langkahnya ke pejabat sekolah. Masih awal dan pengetua pun masih belum nampak batang hidung.
Keadaan rumah sunyi sepi. Tak kelihatan kelibat isterinya di mana-mana. Hisyam hairan. Biasanya, Nana akan menunggunya pulang dari kerja. Hatinya dipagut rasa bimbang. Ke mana isterinya pergi?
“Assalamualaikum. Sayang…” Hisyam memanggil isterinya setelah dia tidak nampak isterinya di mana-mana. Di ruang tamu tiada, di dapur pun tiada, dalam bilik pun tak nampak bayang isterinya. Dia cuak. Setelah menghantar Nana pulang petang tadi, dia kembali semula ke tempat kerjanya. Nana kelihatan biasa. Tiada apa yang pelik. Cuma kelihatan sedikit letih. Maklumlah, hari pertama kerja. Berbadan dua pula tu.
“Sayang…sayang kat mana? Abang dah balik ni.” Hisyam memanggil lagi berulang-ulang kali namun masih tiada sahutan dan jawapan. Dia makin risau dan cuak. Telefon bimbit ditekan. Kedengaran telefon bimbit isterinya berbunyi. Maknanya, telefon bimbit Nana ada di dalam rumah. Tapi, ke mana hilangnya isterinya. Jantungnya berdegup kencang.
Pelbagai andaian bermain di kepalanya. Culik? Terdetik sahaja perkataan itu dibenaknya, terus dia kaget. Air matanya seakan mahu mengalir. Dia segera menghubungi Norman. Panggilannya tak berjawab. Dicuba sekali lagi.
“Man. Aku ada masalah ni Man. Kau kena tolong aku. Nana Man. Nana…” Jelas kedengaran suara cemasnya.
“Nana? Kenapa dengan bini kau Syam? Dah nak bersalin ke?” Norman turut sama cemas. Tapi, kalau ya pun nak bersalin, Hisyam kan ada. Dah memang kerja dia menyambut kelahiran bayi. Tapi seingatnya kandungan isteri kawannya itu baru menginjak tiga
bulan.
“Bukan, isteri aku hilang. Dia tak ada dalam rumah sekarang ni. Tolong aku Man.” Norman terperanjat. Hilang? Macam mana boleh jadi macam tu.
“Kau biar benar Syam. Kau dah cari betul-betul ke?” Norman turut sama cemas.
“Dah. Aku dah call dia. Telefon dia ada, tapi dia tak ada. Aku nak buat apa ni Man?” Hisyam buntu. Air matanya sudah mengalir. Dia sememangnya terlalu cemas dan takut.
“Rileks…Aku datang rumah kau sekarang. Kita pergi buat report. Kau tunggu…”
mana nana pergi?????tungguuu!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)