2009-12-25

jatuh cinta lagi.....

cinta pertama memang sukar dilupakan...tapi apakah yg mampu dilakukan jika cinta itu bukan milik kita....cuma dapat menikmati keindahannya untuk seketika cuma...
Fenn...hanya mampu menikmati gelaran isteri buat seketika bila si suami dipanggil mengadap ilahi di malam pernikahan mereka...terlalu dalam luka itu...terlalu lama dia menyimpan rasa dek kerana gelaran 'janda berhias' yg ditabalkan kepadanya hanya selepas sehari bergelar isteri...tapi kelembutan diri dan kesopanan yang dimiliki berjaya memikat hati seorang ibu yang terlalu ingin melihat terunanya membina mahligai...apa yang berlaku??mampukah Fenn menerima jodoh itu sedangkan hati dan ingatannya tetap utuh untuk arwah suami..apa pula yang terjadi bila bekas abang iparnya kembali?
adakah dia akan jatuh cinta lagi???? semuanya bakal terjawab dalam novel 'Jatuh Cinta Lagi!!'

baca bab 1-21 di blog ini...

terima kasih kerana menyokong karya saya....teruskan menyokong karya saya yang seterusnya....hanya yang terbaik untuk anda
enjoyzzzzz

2009-12-18

sepupuku suamiku?19

Ruang lobi hospital agak lengang waktu dia tiba. Mungkin bukan waktu melawat. Dia menuju ke kaunter pertanyaan. Mungkin dia akan mendapat maklumat di situ.

“Hi, may I know where is Dr. Hisyam’s room?” Kaca mata hitam masih melekat di matanya. Gayanya begitu anggun membuatkan beberapa pasang mata melirik ke arahnya. Dengan solekan tebal dan gaya rambut terkini, dia cukup terserlah dengan sut putih merah yang dipakainya. Segaris senyuman yang terukir pasti dapat memikat hati siapa sahaja yang memandang. Hani melangkah penuh yakin mengikut arah yang diberitahu oleh gadis di kaunter tadi. Bibirnya terukir senyuman. Tujuannya datang ke sini hanya satu. Mahu menarik kembali perhatian Hisyam supaya lelaki itu jatuh ke tangannya semula. Perkara itu mudah baginya. Dengan kecantikan yang dimiliki dan ditambah pula dengan sifat manjanya, pasti Hisyam akan ditawannya kembali dengan mudah.

“Hi, can I see Dr. Hisyam?” Jururawat di situ juga turut terpana dengan kecantikannya. Kalau perempuan pun sudah begitu, lelaki apatah lagi. Dia hanya senyum. Nampaknya, misinya akan berhasil. Tak sia-sia dia duduk mengadap cermin hampir satu jam hanya untuk merias wajahnya. Dia juga sengaja mengambil cuti hari ini untuk melunaskan cita-citanya.

“Maaf cik. Dr. Hisyam sedang merawat pesakit sekarang ni. Cik boleh duduk dulu. Nanti kalau Dr. Hisyam sudah siap, saya akan panggil cik.” Hani mengangguk faham. Dia hanya perlu sedikit bersabar. Dia mengambil tempat duduk. Kelihatan beberapa orang pesakit sedang menunggu giliran masing-masing. Beberapa pasang mata asyik melirik ke arahnya. Dia rimas sebenarnya dipandang begitu. Tapi, lantaklah. Mata mereka. Biarkan saja. Dia melirik jam di tangan. Sudah hampir lima belas minit dia menunggu. Sabar. Tak boleh tergopoh-gapah. Seorang doktor muda yang kebetulan lalu di hadapannya menarik perhatiannya. Macam pernah dilihatnya.

“Norman?” Hani cuba meneka. Norman memandang ke arahnya. Wajahnya jelas kelihatan terkejut. Segaris senyuman terpamer seketika kemudian.

“Hani. Hai, apa khabar? Lama betul tak jumpa dengan kau. Kau buat apa kat sini?” Norman menghampiri Hani dan duduk di sebelahnya. Memang sudah agak lama dia tak bertemu dengan wanita itu. Kalau dulu pernahlah juga Hani datang ke sini bertemu dengan Hisyam, tapi sejak mereka putus tunang, dia tak pernah bertemu dengan wanita di hadapannya lagi.

“Saja nak melawat. Takkan tak boleh kot.”

“Eh boleh. Hari-hari kau nak datang pun tak apa. Kau nak lawat siapa?” Norman hairan. Takkan datang nak melawat dia. Hisyam? Mereka masih berhubung ke? Setahunya, Hisyam sudah tak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan bekas tunangnya ini.

“Kawan baik you tu lah.” Jawab Hani agak malu-malu. Entah apa yang akan difikirkan oleh Norman. Ah, tak payah peduli apa orang nak kata. Yang penting, misinya berjaya.

“Hisyam? Kau masih contact dengan dia ke?” Norman seakan tidak percaya. Hisyam masih berhubungan dengan Hani? Masih ada apa-apakah antara mereka?

“Ermm…I baru je contact balik dengan dia. Datang ni pun ada hal sikit.” Seboleh-bolehnya dia tak mahu Norman tahu akan perkara itu. Dan yang penting, Norman tak perlu tahu apa-apa.

“Oh. Oklah, aku ada patients ni. Lain kali kita jumpa lagi.” Norman meminta diri untuk pergi. Dia akui, memang Hani kelihatan semakin cantik jika dibandingkan dengan dulu. Tapi, apa perkara penting antara dia dengan Hisyam? Atau, Hani ingin kembali menggoda sahabat baiknya itu. Benaknya bermain pelbagai andaian negatif. Dia curiga.

Pintu bilik Hisyam diketuk. Dadanya bergetar. Entah apa reaksi Hisyam bila melihatnya di depan mata. Dia tahu Hisyam kurang senang melihatnya. Hisyam sedang menulis sesuatu di mejanya. Haruman yang dipakai Hani menusuk hidung Hisyam, menggamit perhatiannya.

‘Sakit pun sempat lagi sembur minyak wangi ke?’ Hisyam mengangkat mukanya memandang ke arah si empunya badan. Dia tergamam. Wanita yang langsung tak diundang kehadirannya walaupun suatu ketika dulu kedatangannya sentiasa dinanti dengan senyuman dan rasa bahagia. Hisyam sudah tidak senang duduk. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan ini.

“May I sit doc?” Hani memecahkan kesunyian antara mereka membuatkan Hisyam tersedar dari lamunannya.

“Yeah, sure.” Hisyam cuba berlagak biasa walaupun hanya tuhan yang tahu keadaannya waktu itu.

“How are you?” Hani memulakan bicara. Sudah terbalik. Biasanya doktor yang tanya pesakit.

“I sepatutnya yang tanya soalan tu pada you. So, what’s the problem cik Hani?” Hisyam bersedia mendengar seperti kebiasaannya doktor mendengar masalah pesakit. Tapi, pesakit ini lain sedikit. Dia tak rasa Hani datang ke sini kerana dia sakit. Ada sesuatu yang bermain di kepalanya.

“I datang sini nak jumpa you. Bukan sebab I sakit.” Hani berterus terang. Lebih mudah begitu.

“Tapi saya sedang bekerja cik Hani. Rasanya, cik Hani faham.” Dia tak mahu terlalu memberi muka kepada wanita di hadapannya.

“Tapi takkan sekejap pun tak boleh. I just wanna say sorry.” Hani sudah memulakan lakonannya. Lenggok manjanya merimaskan Hisyam. Wangian yang dipakainya menyesakkan nafas. Hisyam terbatuk kecil.

“Sorry? For what?” Hisyam hairan. Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba Hani meminta maaf kepadanya.

“Sebab kesilapan I dulu. Memutuskan hubungan kita.” Suara Hani perlahan. Ada nada sedih dihujung kata-katanya. Wajahnya ditundukkan.

“Saya dah lama lupakan perkara tu. Cik Hani janganlah bimbang. Dah tak ada apa yang nak dimaafkan lagi. Perkara tu dah lama. Saya rasa cik Hani pun dah jelas sekarang dan cik Hani bolehlah balik.” Hisyam tak mahu memanjangkan lagi perbualan itu. Dia rimas. Baginya, yang berlalu biarkan berlalu. Tak perlu dikenang lagi. Antara mereka sudah tidak ada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi.

“Ok. I akan anggap you dah maafkan I jika you sudi makan dengan I.” Hani takkan semudah itu mahu mengalah. Dia sanggup bermuka tebal demi memenuhi impiannya. Dia tak kisah semua itu.

“Saya rasa saya tak dapat nak penuhi permintaan cik Hani. Anggap sajalah sekarang ni kita tengah makan bersama dan saya dah pun maafkan cik Hani.”

“No. Kali ni you mesti ikut I. I tak kira. Kalau tak, I tunggu sini sampai you setuju.” ‘Susah juga hendak memujuk lelaki ini. Hatinya memang benar-benar sudah tertutup buat aku. Tapi, jangan ingat aku akan mudah mengalah. Kau yang akan mengalah dengan aku, Hisyam.’

“Tapi saya….” Hisyam masih enggan. Dia tahu siapa Hani. Wanita itu takkan mengalah dengan mudah.


p/s:sorry lmbt post smbgannya...hmmm...persoalan kali ni. boleh ke hisyam mengelak daripada wanita itu??apa pula helah wanita itu ya??jgn lupa nantikan smbgannya...

2009-12-08

welcome to sandakan...

29/10/2009

huargghhhhh!!!!!3.30a.m....wa.....mlsnye nk bangun....ngantoksssss!!!tp terpkse gak coz flight ke sndakan kol 7pg...sejuknyeeee air kt hotel nih....beku rase seluruh bdn...huhuhu.....dengan kepala yg masih dikelilingi bintang malam, sume ahli rombongan cik kiah ke sandakan turun ke lobi hotel untk menaiki bas ke epot...sunyi sepi bandaraya kota kinabalu....awl lagi..baru kol 4lbh....ahli rombongan smpai ke epot kol 5pg...pun sunyi gak...hanye ade guard n pekerja dua tiga org...huhuu....sejukkkkkkkkkkkkkk.........lps check-in, g solat subuh...then...g mcD jap...pastu baru masuk balai berlepas...hukhukhuk...sedeynye.....nk tinggalkan kwn2....sorg2 jek...

jam7....berlepas ke sandakan....hujan...bergegar flight....tapi da biase...pengalaman 4tahun ulang alik dari srwk ke ganu...tapi rase nebes sikit2 tu xleh nk elak...huhu....45mnt ke sndkan dari KK...cepat la smpai...nk tgk camner la rupe sandakan ni yek???dalam suka bercampur sedey sbb pergi tnpa kerelaan sepenuh hati..sob3....nk tahu kenapa??

nk dijadikan citer la...malam pertama orientasi di goldcourse hotel di klang, aku dpt berita yg application aku nk smbg master di UM da diluluskan...da berjaya!!!!!tapi dek kerana aku da kt sini...dan telah diberi 'ceramah free' yg memedihkan hati oleh pegawai KPM mase aku mintak advise dorg...hasrat tuk smbg master terpakse dilupakan...sob3...mmg agak kecewa tapi aku yakin dengan ketentuan yang Maha Kuasa..pasti ada hikmah di sebalik semua yg berlaku.....

so..back to d story....hehe...agak2 dlm kol 8pg...smpailah kami ke sandakan...first impression...tgk epot sndakan...errrrr....ok la...kecik je...tapi still ok...then....ckgu dari skolah kami ditempatkan dah menunggu diluar untuk jmput kami....aku tgk kiri kanan....mula2..ade sorg ckgu panggil nama2 skolah...so bdk2 yg posting kt situ pun ikut la....tunggu punye tunggu...name skolah aku xder pun....da berdebar..da la xder kwn...tgk kiri kanan...kot2 la ade yg dapat skolah sama nk tanya....xdeeeerrrrr!!!!aku wat slmbe lagi..kuar...tgk keliling..bdk2 laen da ikut ckgu dari skolah masing2...aku je masih terkial2 kt situ...then...ade la sorg cikgu tanye....aku jwb la...SMK Taman Fajar....pastu baru lah ade ckgu yg 'mengaku' dorg dari skolah sane...Alhamdulillah.....kami tunggu bdk2 laen..kot2 la ade yg dapt posting kat skolah tu jugak..tunggu punye tunggu...xder pun...nmpaknye aku sorng aje la kat situ..sedey....tgk skolah lain angkut 3 4 org ckgu baru..skolah aku..aku aje terkontang-kanting sorang diri...adoilaaaaa....
xper2....

okes....pastu...cikgu yg dua orang tu bawak la aku pergi skolah....dengan kepala yg sakit sbb xcukup tdo...dengan pkai tudung yg langsung xmatching ngan baju...dengan sandal getah....mmg serabai giler la aku time tuh...sbb terlampau mengantuk...da malas...mmg xder mood nk melawa...adoila...ntah apela dorg cakap nnt....ade lagi satu..beg sandang...dengan saiz bdn aku yg kecik...mesti dorg ingt student baru..hahahahaha....cam klaka gler kalo ingat time tu...tapi siyes....mmg serabai...pastu dapat tahu skolah bnjir plak sbb hujan lebat semalam...aduh...apelah malang nasib aku...nasib baik pakai sliper getah..kene sgt la tuh..huhuhu....smpai skolah...agak terkejut jugakla...nama skolah cam best jek kan???taman fajar...mmg la kat bandar tapi skolah ni skolah lama...ade 2 bangunan jek...tapi student die 1200++....fuyoooo...mmg padat yg amat..naseb baek 2 sesi...

sblm kene g jmpe 'big boss', ckgu tadi belanja makan dulu..tapi selera da mati...nk suap nasi pun xder nadi...penat teramat...3hari orientasi...asyik tdo lmbt n bangun awl...tapi ambil hati...mkn la juga sikit...pastu...g jmpe big boss....kecut perut aku...pompuan..tapi muke siyes glerrr...mmg xsnyum lgsung...wuuwuwuwuw.....takottttttt!!!!...tapi naseb baek dia tak tanye lanjut....kejap je...pastu naek bilik guru...dengan beg sandang 'MILO' n sandal getah...aku masuk bilik guru...malunyeeee......tapi ckgu2 kat sini sume baik2....senyum jek sume...lega sikit rasanya...
lps berkenalan dgn cikgu2 kat situ....aku ddk la sorg2...xtau nk buat apa...bknnye bleh balik pun..mata mmg xleh nk buka....mmg penat satu badan...da la beg berat...sakit sumenye la....tapi kalo nk balik pun nak balik mana????umah xder lagi nih....

tapi nasib baik la ade sorg cikgu ni yg baek hati...aku tumpang umh dia dulu...dia pun blom kawen tapi umh dia da ade 3org....tapi buat semntara waktu...bolehla....
ddk situ tanpa buat apa2....BOSANNNNNNNNNNNNN!!!!!!nk tunggu pukul 3....adoi...mati dulu aku kat situ....tunggu punya tunggu....akhirnya bleh juge aku balik umah...wa....leganya....dalam perjalanan tgk kiri kanan..not bad la....jalan dia ok je...bandar besar jugak ni....baru nk mmbangun...sampai umah lagi lega....umh yg besar...sesuai untuk tdo....hahahahaha....mmg aku tak ingat bende lain dah..letak je beg...dengan muka tak malu..aku ddk kat atas kerusi...mula2 borak2 dulu kejap...sekali akak tu naik atas...aku pun landing..tak sampai lima minit....kroooohhhhhhhhhhhhh!!!!!hahahahaha..lawak yg amat....smpai akak tu keluar g bandar pun aku tak sedar....dengan pintu xberkuncinye...ish3...mmg tdo mati...penat yg amat....aku rasa akak tu pun faham kot...hahaha...

tapi yg xbesnye, rasanya aku tdo xsampai sejam kot...pastu akak yg lagi sorang tu balik dan kali ni bwk balik 3lg guru baru...wa.........gembira2.....at least xde la aku terkontang-kanting kat skolah tu....so,jadilah kami berempat...sume perempuan...frust??ish..hahaha...ckgu2 lama skolah tu yg frust sbb ingtkan ade la jugak ckgu lelaki sorang sbb skolah tu mmg kurang cikgu lelaki tapi 80% pelajar kat sekolah tu adalah pelajar lelaki...huhuhu....satu lagi cabaran menanti...

dengan kepala yg masih pening dan separa sedar...aku terpakse jugak gagahkan diri untuk bangun dan menyambut tetamu...hukhukhuk..nk tdo....tapi terpaksa korbankan...tapi malam tu..aku lah tido paling awal...dah tak kira...nk tdo jugak....mmg muka tak malu..hahaha...

adoila..penat dah...nnt smbg lagi....kisah skolah n bandar sandakan...
hehehe...nantikan yek..heheheh

ape2 pun.....enjoyzzzzzzzzzz!!!!!

2009-12-06

news!!!

assalamualaikum....berjmpa kmbali..huhuhu...da lama xmerapu dlm blog nih...hehe...ape khabar sume...sy alhmdulillah...baru je kebah dari demam batuk n selesema akbt terlebih mkn udang...hehehehe..almaklumla ddk sandakan...memang melambak makanan laut....murah glerrrrrrrrrr!!!tu yang best tuh...
ok la..nnt sy citer pengalaman kt sandakan...skrg ni nk citer pasal novel...
hmmm....xtau la bad news or good news...huhuhu...pihak penerbitan da sebulat suara nk kekalkan tajuk novel tu...so tajuk novel akan kekal sebagai 'sepupuku suamiku'. wa....!!!!!!
tarikh sebenar penerbitan xdiketahui lagi tapi apa yg pasti awl tahun depan la kot...hehehe...sabar yek sume...sy ni lagi la xsabar....huhuhu....ntah macam manalah penerimaan orang nnt yek...da la tajuk cam klakar jek..hehehehe....
ok la...itu aje stakat nih...nnt sy update lg bila da dpt news dari publisher yek...
daaaaaaaaa.....n enjoyzzzzzzzzzzzz!!!!!