BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

wElComE

hi readerzzzz...

welcome to my site!!

hope that u can give ur comments after reading my novels n other post...:)

if u wanna know me closer, just add me..

norazlyn_css@yahoo.com = friendster + YM or

search for lynn kadir @ fantaghiroL86@gmail.com = facebook

enjoyzzzzzzzzzz!!!!

2011-12-31

tanya sama hati 5

Ika menilik penampilannya di cermin. Baju uniform pengawas yang dipakai dibetulkan. Tudung yang cantik terletak di kepalanya dibetulkan sedikit agar nampak lebih kemas. Walaupun muka tak cantik, pakaian kena sentiasa kemas. Muka yang dioles sedikit bedak nampak lebih segar. Dia mengulum senyum. Hari ini istimewa sedikit.

Stoking disarung ke kaki dan disusuli dengan kasut berwarna hitam. Bibirnya masih dengan senyuman. Entah kenapa hatinya berbunga riang hari ini. Kerana mahu bertemu dengan Hilmi kah? Baru dua hari lepas dia berikrar pada dirinya yang dia akan lupakan lelaki itu. Tapi kenapa hatinya masih lagi berdegup kencang setiap kali nama lelaki itu melintas kotak fikirannya?

“Wah, cantik kau hari ini Ika. Kau dah nak pergi ya?” Syarifah mencuit dagu kawannya. Ada satu kelainan. Ika pakai bedak!

“Eh, jap. Kau pakai bedak ya Ika? Patutlah nampak berseri-seri aje muka kau. Kenapalah selama ini kau tak pakai bedak. Tengok, cantik aje kalau macam ni.” Ika hanya senyum. Hanya sapu sedikit bedak, takkan wajahnya terus berubah. Syarifah sengaja mengusiknya.

“Aku pergi dulu Sya. Nanti lambat pula.” Makin lama, makin kuat pula nanti si Sya ini mengusik. Langkah diatur tenang walaupun hatinya berombak kencang.

Syarifah hanya memerhati. Lain benar tingkah si Ika sejak akhir-akhir ini. Beberapa hari lepas bukan main tension mukanya. Hari ini, ceria semacam pula. Macam orang bercinta. Cinta? Adakah kawannya itu dilamun cinta? Tapi dengan siapa? Tak pernah pula si Ika itu menunjukkan minat pada mana-mana lelaki. Yang dia tahu, buku sahaja.

Syarifah jungkit bahu. Kalau ya, baguslah. Memang bertuah lelaki itu kalau dapat Ika. Sudahlah pandai, baik hati pula tu. Walaupun kawannya itu punya kekurangan, semua itu tak penting. Semua orang pun ada kekurangan. Yang penting ikhlas. Syarifah ukir senyum. Nanti sahaja dia bertanya dengan Ika.

Ika sudah sampai di dewan makan yang sudah dihias cantik. Hanya ada beberapa orang pengawas perempuan di hujung sana yang sedang menyusun hadiah dan sijil. Ika ambil keputusan menunggu dahulu di luar. Dia terlalu awal mungkin. Jam ditilik. Masih ada dua puluh minit sebelum majlis bermula.

Dari jauh dia dapat melihat beberapa orang pengawas terkedek-kedek berjalan ke arah kantin. Pengawas-pengawas tingkatan tiga. Ika melempar senyum bila disapa oleh mereka. Ika melangkah masuk apabila kelihatan sudah ramai pengawas yang memenuhi ruang dewan makan.

“Hai Kak Ika. Mesti akak terpilih untuk jadi penolong ketua pengawas tahun depan. Akak saja yang paling layak.” Ika hanya senyum dipuji oleh juniornya.

“Mana ada Farhan. Ramai lagi yang layak. Akak lebih suka berada di bawah. Tak pandai nak arahkan orang.” Sentiasa dengan sikap rendah dirinya.

“Eh, abang Hilmilah. Jom kita pergi sana.” Bisik salah seorang daripada mereka. Sepantas kilat jantung Ika berdegup. Dia berpaling ke belakang. Memang Hilmi ada di situ. Bersama kawan-kawan pengawasnya yang lain. Langkah Ika kaku. Memandang lelaki sekacak itu buat dia lemah. Hilmi nampak sangat matang dengan kot pengawas dan rambut disisir rapi.

“Ika, apa tunggu lagi. Jom kita ke sana.” Tegur salah seorang rakannya. Bergetar langkahnya. Dia mengambil tempat. Agak jauh ke belakang tapi masih jelas untuk menatap wajah si jejaka. Tiba-tiba nafasnya terasa sesak. Mimi ada di situ. Mereka berbual mesra. Jelas sekali kelihatan senyuman bahagia Hilmi.

‘Berapa kali nak cakap, tak guna simpan perasaan begini. Sudahnya kau juga yang kecewa.’ Ika mengutuk dirinya sendiri. Muka dipaling ke arah lain. Tak sanggup melihat kemesraan yang merobek jiwa remajanya itu.

“Semua yang hadir diharap dapat mengambil tempat masing-masing. Kita akan mulakan majlis kita sebentar lagi.” Suara garau milik pengacara majlis membuatkan seisi dewan senyap seketika.

Majlis jamuan tahunan badan pengawas berjalan lancar. Beberapa anugerah dan penghargaan buat pengawas yang berjasa juga diberikan. Ika tak dapat mengelak dari memandang pujaan hatinya ketika lelaki itu naik ke pentas menerima anugerah. Hati kalau dah suka, susah nak benci.

“Tahniah.” Hampir terjatuh pinggan yang dipegang. Ika angkat muka. Mulutnya terkunci rapat. Dia tak salah dengarkan? Senyum yang cuba diukir terasa sumbang. Hatinya mahu menyambut ucapan itu tapi lidahnya begitu kelu.

“Kamu ada peluang yang cerah untuk menyandang jawatan penolong ketua pengawas tahun depan.” Satu penghargaan buat dirinya. Makin kelu lidahnya. Hilmi sedang memujinya. Senyuman dipamer selebar mungkin.

“Terima ka…”

“Hilmi, jom kita duduk kat sana.” Tak sempat Ika nak menjawab. Kekuatan yang ada jatuh merudum. Mimi terlebih dahulu menarik perhatian Hilmi. Sekali lagi dia terkecewa. Hilmi sudah hilang dari pandangan matanya mengikut langkah sang kekasih hati.

Tapi tak apa. Sebaris ucapan dan pujian itu sudah cukup buat hatinya yang tadi layu tak bermaya mekar mewangi semula. Tak pernah terlintas di hatinya Hilmi akan menegurnya begitu. Dunia terasa ceria. Kuih lapis disua ke dalam mulut. Serta-merta perutnya terasa lapar. Memang begitu kalau dah gembira, selera pun membuak-buak.

>>

Ika menulis sesuatu di dalam buku laporan bertugas. Hari terakhir menjalankan tugas bagi tahun ini. Minggu depan, peperiksaan akhir tahun akan bermula. Derap kaki seseorang buat dia segera berpaling. Buat kesekian kalinya, nafasnya berhenti berhembus. Sepasang mata milik Hilmi dipandang tanpa beralih.

“Zulaikha, good luck untuk tahun depan. Kami yakin kau mampu memimpin barisan pengawas.” Ika mengalih pandangannya kepada rakan di sebelah Hilmi. Langsung tak perasan ada orang lain di situ. Mukanya sudah membahang malu.

Thanks.” Segera kakinya melangkah pergi. Tak sanggup berlama-lama di situ. Dadanya sakit menahan degupan yang maha kencang. Peluh memercik di dahinya. Kerap benar kebelakangan ini dia bertembung mata dengan Khairul Hilmi.

Ika teringat sesuatu. Dia meraba-raba poket bajunya. Bibir ukir senyum seraya kepala digelengkan. Habis semuanya lupa gara-gara seorang lelaki bernama Khairul Hilmi. Pennya tertinggal semasa menulis laporan tadi. Ika berpatah balik.

“Mi, kau tak pelik ke tengok si Zulaikha tu? Aku rasakan, dia syok kat kau. Cuba kau tengok daripada cara dia pandang kau. Langsung tak berkelip.” Si kawan cuba meluahkan rasa hatinya dan rasanya dia tak silap. Zulaikha memang ada hati pada Hilmi.

“Gila kau. Syok apanya. Tak kuasa aku nak layan.” Hilmi menulis sesuatu dalam buku laporan. Tak ada masa dia nak layan benda-benda remeh sebegitu.

“Cuba kau tengok betul-betul. Cara dia pandang kau tu lain macam aje.” Masih cuba menyakinkan Hilmi.

“Aku tak ada masa nak layan benda macam tu. Kalau ya pun dia syok kat aku, lantaklah. Aku nak buat macam mana. Kalau setakat perempuan macam tu, aku tak hairan. Walaupun tak ada perempuan lain dalam dunia ni, belum tentu aku akan pilih dia, tau?” Begitu rendah pandangan Hilmi terhadap seorang gadis bernama Siti Zulaikha. Terlalu hinakah gadis itu? Apa salah gadis itu padanya?

“Hish, kejam sungguh kau ni. Nanti jangan kau menyesal sudahlah. Biasanya yang kita benci tu yang kita akan dapat.” Terlalu ego kedengaran di telinganya. Walaupun Zulaikha bukan tergolong dalam kalangan gadis cantik, tetapi tak sepatutnya dia dihina hingga sebegitu.

“Ah, dah lah. Jom masuk kelas.” Di sebalik dinding batu itu, tuan empunya badan hanya mampu bersandar. Mengharapkan belas ihsan dinding batu yang kukuh menampung badannya yang hampir rebah. Lemah lututnya. Begitu hina dia di mata Hilmi rupanya. Air mata yang mahu merembes ditahan semampu mungkin. Jangan menangis kerana lelaki. Itu prinsipnya.

“Aku benci kau Hilmi. Aku benci kau sampai bila-bila.” Hatinya bulat. Siapa Hilmi untuk menghinanya sebegitu rupa. Dia tak ada hak. Walaupun sebelum ini ramai yang menghinanya kerana rupa parasnya, dia tak kisah. Semua itu tak berbekas di hatinya.

Tapi bila lelaki yang selama ini dipuja dan disanjung meletakkan dia pada tahap terendah, dia tercabar. Dia lebih rela dicemuh kerana tak cantik daripada dikatakan tidak layak untuk dicintai. Itu sudah keterlaluan. Dia juga ada hati dan perasaan untuk merasa itu semua.

“Ika!” Suara Syarifah bergema. Segera Ika membetulkan badannya. Kekuatan diri segera dikembalikan.

“Kat sini rupanya kau. Penat aku cari. Kau pergi mana tadi?” Syarifah melepaskan lelahnya. Tudung dikibas-kibas.

“Aku ada kat sini aje. Kan aku bertugas tadi. Kau ni macam baru hari ini kenal aku.” Matanya melilau-lilau mencari pen yang tertinggal sebentar tadi. Sudah tiada. Dia mengeluh hampa. Hilang lagi.

“Ika, kau nak pergi mana pula ni?” Penatnya masih belum hilang. Terpaksa mengejar Ika kembali.

“Nak balik kelaslah. Kau ni kenapa? Demam ya?” Pelik sungguh. Dah tentu waktu pembelajaran sekarang, mestilah nak masuk kelas.

“Bukan aku yang demam. Kau tu yang demam. Angin satu badan ni kenapa?” Langkahnya laju membuntuti langkah Ika di hadapan. Entah tempias angin laut mana yang terkena pada kawannya ini.

“Mana ada aku marah. Kau tu yang tanya bukan-bukan.” Syarifah kerut dahi. Tanya bukan-bukan? Salah ke dia tanya soalan begitu? Makin tak faham.

Ika membetulkan duduknya. Buku rujukan Kimia terus dibuka. Pen di tangan diputar-putar. Sebenarnya, mindanya bukan pada buku yang dibaca. Masih melayang pada peristiwa tadi. Hatinya geram bercampur sedih. Lelaki ego itu memang melampau.

Syarifah terus memerhati tingkah laku Ika. Dia tahu, pandangan Ika bukan pada buku itu. Pandangannya sudah tembus hingga ke meja. Entah apa yang mengganggu fikiran sahabat baiknya itu. Dia mahu tahu.

“Ika, aku nak tanya sikit boleh?” Ika tak menjawab. Tiada reaksi langsung.

“Ika, kau dengar tak aku bercakap dengan kau ni?” Tubuh Ika digoncang perlahan. Pantas Ika berpaling. Sudah jauh dia mengelamun.

“Kau ada masalah ya?” Tanya Syarifah prihatin.

“Eh, mana ada.” Ika tak mahu sesiapa pun tahu termasuklah Syarifah walaupun dia tahu kawannya itu boleh diharap. Tapi kali ini memang dia tak boleh bagitahu. Perkara ini terlalu rahsia.

“Habis tu kenapa aku tengok kau macam ada masalah saja. Tadi tu, aku tahu kau bukannya baca buku. Kau fikirkan benda lain kan?” Serkap Syarifah. Jarang benar Ika berahsia dengannya.

“Pandai aje kau ni. Aku baca bukulah. Cuma aku tak berapa faham part ni.” Ika mengerutkan dahi tanda dia memang tidak faham.

“Tak apalah kalau kau tak mahu cerita dengan aku. Maklumlah, orang dah ada yang tersayang.” Syarifah terus-terusan membuat andaian yang menyentakkan jantung Ika. Jelas sangat ke kerut pada wajahnya?

“Apa kau cakap ni Sya? Tak faham aku. Apa pula yang sayang-sayangnya?” Suara pelajar lain di dalam kelas makin jelas kedengaran. Cikgu Bedah tak ada hari ini. Guru yang mengganti pun tak dapat masuk. Apa lagi, berpestalah semua orang. Tak sedar-sedar yang peperiksaan akhir tahun hanya tinggal seminggu.

“Kau dah jatuh cinta ya?” Terus-terang lebih senang. Sepantas kilat Ika memusingkan kepalanya ke arah Syarifah di sebelah. Melopong mulutnya. Mana minah kepoh ini dapat tahu? Dia pernah mengigau ke malam-malam?

“Bercinta apa pula ni Sya? Kau boleh tak jangan cakap perkara mengarut macam tu. Lebih baik kau buka buku, baca. Minggu depan dah nak exam. Kalau kau tak nak menangis, baik kau baca buku tu. Lagi banyak faedahnya.” Bebel Ika. Pandangannya dialih semula ke arah buku Kimia yang masih terbuka. Degupan jantungnya jelas kedengaran.

“Habis tu, betul ke tak kau dah jatuh cinta?” Buku yang dibuka oleh Ika tadi dibiarkan sahaja. Dia masih berminat dengan soalannya tadi.

“Sya, boleh tak kau baca aje buku tu? Aku tak ada masa nak bercinta-cinta ni lah. Lebih baik aku baca buku daripada buat perkara mengarut tu.” Ika mengeluh perlahan.

“Lagipun, lelaki manalah yang nak kat perempuan tak cantik macam aku ni.” Perlahan tapi masih jelas di pendengaran Syarifah. Kata-kata itu buat Syarifah rasa bersalah. Pasti Ika terasa hati.

“Ika, sorrylah. Aku bukannya sengaja nak buat kau marah. Aku cuma nak tahu saja sebab kau nampak lain macam saja kebelakangan ni. Macam orang angau pun ada. Macam orang putus cinta pun ada. Itu sebab aku tanya. Aku minta maaf ya Ika kalau kau terasa.” Tangan kawannya diraih. Betul-betul minta maaf. Tak terniat langsung nak buat Ika rasa begitu.

“Siapa kata kawan aku ni tak cantik? Hitam manis, lesung pipit, hidung mancung. Cantiklah tu.” Usik Syarifah. Cuba untuk menceriakan semula sahabat baiknya itu. Ika hanya senyum sedikit. Tak makan pujian. Dia tahu Syarifah hanya mahu mengambil hatinya.

‘Maafkan aku Sya. Bukan aku tak nak bagitahu kau tapi aku malu.’

2011-12-23

tanya sama hati 4


Hilmi mengesat peluh yang bercucuran di dahi dan lehernya. Air mineral diteguk rakus. Lencun bajunya dek kerana peluh. Mentari petang masih terasa bahangnya. Semuanya bukan penghalang. Hobi tetap hobi. Raket tenis diletakkan dicapai semula. Masih berbaki satu set. Kemenangan hampir menjadi miliknya lagi petang ini. Sebut sahaja Hilmi, siapa boleh lawan.

“Jom Mat. Dah tak sabar aku nak menang ni.” Hilmi sedia berdiri. Badan kawannya dipukul lembut dengan raketnya.

“Kecohlah kau. Macam tak pernah menang. Tapi petang ni nasib baik aje tau. Sengaja aku bagi peluang dekat kau.” Mat tak mahu kalah. Bukan setakat hari ini sahaja dia bagi peluang, malah hari-hari. Memang tak ada peluang nak menang.

“Kau hari-hari pun bagi peluang. Dah lah, cepat bangun.” Mat hanya menurut. Penat masih terasa. Hilmi sudah bersedia di gelanggang.

Ika menoleh ke arah gelanggang tenis. Biasanya pelajar lelaki pujaannya ada di situ petang-petang begini. Matanya melilau. Segaris senyuman manis terukir. Lelaki itu kelihatan sangat mempesonakan saat melakukan pukulan. Ika terleka seketika.

“Hoi, kau ni kenapa? Aku yang sikit punya besar ni pun kau tak nampak ke? Apa yang kau tengok sampai aku pun kau langgar ni?” Panjang bebelan Syarifah. Cepat-cepat Ika tersedar. Senyuman hilang sekelip mata. Buku yang terjatuh dikutip segera.

“Hah? Eh, tak ada apa-apa. Aku tak sengaja.” Cepat kakinya melangkah meninggalkan Syarifah yang masih terpinga-pinga. Asal lalu tepi gelanggang tenis aje, mesti si Ika buat perangai pelik. Kena sampuk dengan hantu tenis ke apa?

“Ika, kau kenapa? Apa yang kau tengok dekat tennis court tu? Kau ada minat siapa-siapa ya?” Usik Syarifah. Riak wajah Ika terus berubah. Dia tak mahu rahsianya terbongkar.

“Eh, mana ada. Aku seronok tengok dia orang main. Mesti best kan main tenis?” Ada sahaja alasan yang diberi.

“Tengok dari jauh buat apa. Kalau nak tengok orang main, pergi dekat-dekat terus.” Syarifah capai tangan Ika. Tersentak sahabat baiknya itu.

“Eh Sya, kau nak bawa aku pergi mana ni?” Syarifah tak menjawab. Langkahnya laju membuatkan Ika terpaksa berlari anak. Buku di tangan hampir terjatuh.

“Hah, kau duduk sini. Barulah best nak tengok orang main tenis.” Syarifah sudah melabuhkan duduknya. Jantung Ika tak henti berdegup kencang. Melihat pujaan hati dari jarak dekat buat dia tak senang duduk.

“Yang kau berdiri tu kenapa? Kata nak tengok orang main tenis, duduklah.” Ika hanya menurut. Pujaan hati berdiri betul-betul di hadapannya. Cuma jarak mereka jauh.

“Ish, kalau si Hilmi main, mesti syok. Juaralah katakan.” Ika senyum meleret saat pujaan hatinya dipuji begitu. Siapa sahaja yang melihat pasti akan tertawan. Gayanya memang maskulin. Tak berkelip Ika melihat.

Syarifah tepuk tangan. Perlawanan sudah tamat. Ika masih tak berganjak. Matanya masih tertancap pada si jantung hati. Dia menang lagi.

“Ika, kau nak duduk buat apa lagi kat sini? Permainan dah habislah. Jomlah balik.” Bahu Ika dicuit. Pelik melihat Ika yang masih terus duduk.

“Hah? Dah habis ke?” Kelam-kabut dia mengambil buku di kerusi sebelah dan pantas berdiri.

“Aku peliklah dengan kau ni. Takkan obses sangat dengan tenis sampai macam ni sekali? Kau demam ke Ika?” Syarifah geleng kepala. Memang sah kena sampuk kawan dia seorang ini.

“Eh mana ada. Aku tengah fikir benda lain tadi. Dah lah, jom kita balik. Dah nak maghrib ni.” Ika mendahului Syarifah. Lama-lama dia di situ, terbongkar pula rahsianya.

“Hilmi!” Panggil seorang gadis. Berlari-lari anak gadis itu mendapatkan si lelaki. Rambut yang ditocang ekor kuda juga menari-nari mengikut lariannya.

Ika hanya melihat. Meleret senyuman si gadis. Disambut mesra juga oleh si teruna. Nampak mesra sekali. Gadis itu pun cantik. Kenal benar Ika dengan gadis itu. Penolong ketua pengawas sekolah mereka. Mimi namanya. Orangnya memang cantik. Cemburu mula menyerang hatinya.

Hilmi menyambut mesra tuala kecil yang dihulur Mimi. Dia mengesat mukanya yang sudah bermandi peluh. Mimi menghulur pula air mineral. Disambut dengan senyuman meleret oleh Hilmi. Tapi di bibir Ika, senyuman sudah lenyap. Air liur yang ditelan terasa kelat.

“Dah datang dah buah hati pengarang jantung dia. Menyampah betul aku tengok dia orang tu. Asyik berkepit ke hulu ke hilir. Tak padan dengan ketua dan penolong pengawas. Meluat betul.” Syarifah meluahkan rasa tidak puas hatinya. Ika hanya diam. Apa yang boleh dia kata?

“Cepatlah Ika, dah berbulu mata aku tengok dia orang tu. Nak aje aku suruh si Hilmi tu cepat-cepat masuk meminang si minah gedik tu lepas dia orang habis SPM. Kurang sikit dosa.” Laju Syarifah meninggalkan Ika yang masih dalam kesedihan. Memang sahlah si Syarifah ni meluat.

Ika cuba untuk berpaling semula ke arah pasangan tadi tapi hatinya tak mampu. Langkah terus diatur laju. Mungkin dia tidak layak untuk dicintai. Lelaki sehebat Hilmi mana mungkin akan jatuh cinta pada gadis yang teramat biasa sepertinya. Mungkin dia bertuah dalam bab pelajaran tapi bukan dalam bab cinta. Pasrah.

>>

Peperiksaan akhir tahun hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Dia perlu bersedia daripada sekarang. Walaupun bukan peperiksaan besar seperti SPM, tapi peperiksaan tetap peperiksaan. Mesti sentiasa cemerlang. Set soalan matematik ditelaah dengan tekun. Dia tak mahu menyerabutkan kepalanya dengan perkara lain saat ini. Perihal Hilmi biarkan sahaja.

“Ika, kau ni serius sangatlah kalau study. Rileks sudahlah geng.” Minah ni kalau tak mengacau orang sehari memang tak sah. Ika tak berganjak. Sekarang bukan masa nak bersantai-santai.

“Ika, kau perasan tak sekarang si panjang tu dah tak kacau kau lagi?” Syarifah mengambil duduk di sebelah Ika. Tangannya membelek-belek buku rujukan Sejarah. Masih belum ada perasaan nak menelaah. Biasalah, last minute study juga yang seronok.

“Baguslah.” Malas nak melayan. Menyelesaikan masalah matematik lebih menarik tumpuannya.

“Agaknya kan, dia dah insaf kut. Ya lah, dah nak SPM. Nanti kalau dia kacau kau lagi, mesti dia takut tak lepas SPM. Hah, tahu pun takut.” Syarifah seronok membuat andaian sendiri. Dah lama dia tak bertekak dengan mamat sengal tu.

“Cepat betul tahun ni habis. Tahun depan kita pula yang ambil SPM. Macam tak bersedia saja lagi.” Syarifah mengeluh perlahan. Ika masih dengan latihan matematiknya. Terus membiarkan Syarifah bercakap sendirian.

“Eh Ika, kau ni bukannya nak dengar apa aku cakap. Dah lah. Kau bercakap ajelah dengan buku kau tu.” Merajuklah pula. Biarkan sahaja. Tak sampai lima minit tu. Nanti dia kacau balik.

Kepalanya tiba-tiba buntu. Jalan kerjanya tersekat di situ. Kata-kata Syarifah sebentar tadi berputar di benaknya. Hujung tahun makin hampir. SPM juga makin hampir. Maknanya dia hanya ada sedikit masa lagi untuk menatap wajah Hilmi. Hatinya rasa sebak tiba-tiba. Pen diletak di atas meja. Dia meraup muka. Mata dipejam.

“Kau kenapa Ika?” Pelik melihat Ika yang tiba-tiba berhenti. Tadi bukan main semangat lagi. Macam nak makan saja buku tu.

“Tak ada apalah. Aku pening kepala sikit.” Buku latihan matematik ditutup. Dia bingkas bangun dan melangkah ke luar bilik. Cuba menghirup angin malam yang terasa sedikit dingin.

Ika mendongak ke atas. Langit hitam yang hanya disinari oleh sinaran bulan kelihatan amat memukau dengan bintang yang membentuk pelbagai buruj. Indah dan uniknya ciptaaan Tuhan. Syarifah makin pelik. Jarang melihat Ika sebegini. Apa dah jadi?

“Mimi, apa si Hilmi tu bagi kat kau tadi?” Antara dengar dan tidak suara dari bilik sebelah. Ika cuba mengamati suara itu seboleh mungkin. Nama Hilmi yang disebut oleh pelajar perempuan itu menarik perhatiannya untuk terus mendengar.

“Mana ada apa-apa. Sibuklah kau.” Mimi cuba berahsia. Senyum bahagia menghiasi bibirnya.

“Alah kau ni dengan aku pun nak berahsia. Macamlah aku tak nampak tadi. Siap berbalut cantik lagi. Apa dia?” Tak mahu mengalah selagi dia tak tahu apa isi kotak cantik yang berbalut ungu tadi.

Mimi beralih ke loker miliknya. Dia mengeluarkan sesuatu. Kotak berbalut kertas berwarna ungu. Si kawan sudah tersenyum menang. Bukan susah pun nak pujuk Mimi. Kotak cantik itu dibuka. Mimi mengeluarkan isinya. Bola kristal yang berisi serbuk berkilat yang seakan-akan salji dan dihiasi dengan dua ekor burung dan sekuntum bunga diletakkan di atas meja.

“Wow, cantiknya. Romantiknya si Hilmi tu. Bertuah betul kau dapat dia.” Ika yang masih mencuri dengar di luar telan liur. Mahu sahaja dia menerjah dan melihat hadiah itu. Cemburu menyerang lagi. Dadanya terasa sesak. Mimi memang bertuah.

Of courselah. Inikan Mimi. Siapa yang boleh tolak. Bukan aku yang bertuah dapat dia, dia tu yang bertuah dapat aku tau tak. Ingat senang ke nak pikat Mimi.” Kedengaran angkuh. Kecantikan yang dianugerahkan buat dia alpa seketika. Si kawan mencebik.

“Ya lah. Siapa yang tak terpikat dengan kau. Cantik, kulit halus, putih gebu.” Puji kawannya separuh ikhlas.

“Tahu tak apa. Dah lah. Aku nak study ni.” Mimi menyimpan semula hadiah yang diterimanya tadi.

Ika ketap bibir. Bertuah sungguh kalau orang cantik. Apa yang mereka mahu pasti dapat. Pilih sahaja siapa yang berkenan di hati. Kepalanya terasa makin berdenyut. Cepat-cepat dia melangkah semula ke dalam biliknya. Badan dihempas ke katil. Syarifah di sebelah bingung. Tak faham dengan apa yang terjadi dengan kawannya yang seorang ini.

“Ika, kau ni kenapa? Datang bulan ke?” Syarifah geleng kepala. Ika tak menjawab. Dia menarik selimut dan menutup mukanya. Mahu melupakan semua yang terjadi. Terasa diri amat bodoh kerana jatuh cinta kepada seorang lelaki yang hebat bernama Mohd Khairul Hilmi. Cukup sampai di sini.


enjoyzzzz!!

2011-12-14

tanya sama hati 3

assalamualaikum...pekabo semua?????hehe...hari ni xtau nape terasa cam nak post something..hehe...
agak2 ingat lagi tak citer ni??sorry la sbb lama giler xpost..haha...xyakin sgt nk wat citer nih...sbb citer ni agak berat..wuhuhuhuhu....

jadi silalah bace n komen sket tau...bg sy keyakinan sket nk wat citer nih..haha

enjoyzzz!!!

Jam loceng yang sudah beberapa kali berbunyi langsung tak diendahkan. Dia mahu tidur sepuasnya. Seminggu bersengkang mata semata-mata untuk mendapatkan yang terbaik dalam ujian memang buat dia letih. Cuti seminggu memang perlu digunakan sebaik mungkin.

“Ya Allah Achik, tak bangun lagi? Matahari dah tegak. Orang ke sawah pun dah balik. Kamu masih berselimut lagi. Dah, bangun!” Bebel Puan Siti. Anak daranya seorang ini beginilah kalau pulang dari asrama. Tidur tak ingat dunia.

“Mengantuklah bu. Nanti Achik bangunlah.” Ika menarik gebarnya ke muka. Silau dek kerana ibunya menyelak langsir di tingkap.

“Tak elok anak dara bangun lewat. Nanti tak ada orang nak masuk meminang. Dah, bangun. Pergi mandi.” Puan Siti menarik selimut anaknya. Ika merapatkan matanya kejap. Tak mahu bangun.

“Nak ibu siram dengan air ke?” Ugut Puan Siti. Sebelah mata dibuka separuh.

“Ibu…ngantuk. Sikit lagi.” Mata yang dibuka hampir tertutup kembali.

“Tak ada. Kamu ni bukan boleh dibiar. Sekejap yang kamu kata tu maknanya dua jam lagi. Dah, cepat bersiap. Nanti Mak Cik Senah nak datang.” Ika merungut dalam keadaan mamai.

‘Kenapalah Mak Cik Senah nak datang hari ni? Kalau datang esok tak boleh ke?’ Membayangkan mulut becok Mak Cik Senahnya buat Ika tak jadi nak pejam mata. Tak sanggup nak dengar bebelan panjang mak ciknya itu. Sekali mulutnya bersuara, riuh sekampung. Buat malu orang saja.

Dia bersila di atas katil. Riuh-rendah suara budak-budak bermain di halaman rumah baru kedengaran di gegendang telinganya. Pancaran matahari yang menyelit masuk ke dalam kamar beradunya membuatkan matanya makin payah nak dibuka. Hish, memang mengantuk. Kalau sambung tidur memang syok. Tak sampai seminit, kepalanya rebah menyembah bantal empuk yang seperti bermangnet.

“Achik, bangun!” Jerit Puan Siti. Masak benar Puan Siti perangai anaknya yang seorang ini. Pantang dibiar sekejap.

Tersentak Ika. Secara automatik badannya tegak berdiri. Tuala yang tersangkut di penyidai ditarik. Segera kakinya melangkah ke bilik mandi. Sempat ekor matanya mengerling ke arah jam dinding. Hampir jam sebelas pagi. Memang buruk perangai. Ah, sekali-sekala. Bukannya selalu. Kalau di asrama, jangan harap dapat tidur macam ni.

“Hah, tahu pun nak bangun. Ingatkan nak tidur sampai tahun depan.” Ika menutup mulutnya yang masih mahu menguap walaupun badannya sudah disiram dengan air yang amat sejuk tadi. Menggigil seluruh badan. Rasa macam nak mandi ala P. Ramlee aje.

“Ibu ni, bukannya Achik sengaja. Seminggu orang tak cukup tidur. Dah dapat peluang tidur lebih sikit, takkan nak lepaskan.” Pulut panggang disua ke dalam mulut.

“Tapi itu dah melampau. Bukan hari ini saja kamu cuti. Ada seminggu lagi. Lagipun, nanti kalau Mak Cik Senah kamu tu datang, lagilah bising mulut dia. Ibu kesiankan kamu aje nak kena dengar mak cik kesayangan kamu tu membebel.” Ikan cencaru yang sudah disiang diletakkan ke dalam besen. Mahu dibuat cencaru sumbat. Kegemaran anak daranya.

“Buat apa mak cik datang?” Tak puas hati. Disebabkan ibu saudaranya itu, dia terpaksa korbankan tidurnya. Memang kacau.

“Entah. Ibu pun tak tahu. Dia tak cakap apa pun.” Sebakul bayam diletakkan di atas meja.

“Nah, tolong ibu potong sayur ni.” Ika tak membantah. Segera pisau dicapai. Laju tangannya memotong sayur bayam. Perkara kecil aje ni. Potong saja sesuka hati. Nanti masuk perut juga.

“Fiq mana bu?” Tak nampak kelibat adik bongsunya itu sejak tadi. Entah ke mana budak tu merayap.

“Dia pergi rumah kawan dia. Buat projek sekolah katanya.” Ika hanya mengangguk. Mesti projek Kemahiran Hidup.

“Assalamualaikum. Siti…ooo Siti.” Dah sampai dah. Ika membetulkan duduknya.

“Waalaikumussalam. Naiklah Kak Senah. Kami kat dapur ni.” Sambut Puan Siti.

“Ish kamu ni Siti. Dibiar saja pintu depan tu terbuka. Kalau masuk pencuri macam mana? Zaman sekarang ni bukan boleh kira. Siang-siang pun pencuri boleh masuk. Memang tak takut dia orang ni.” Dah mula dah. Ika menyalami ibu saudaranya.

“Hah kau Ika, bila balik? Cuti sekolah ya?” Mak Cik Senah terus menghenyakkan punggung lebarnya di atas kerusi. Ika hanya mengangguk.

“Siti, mintak air masak sikit. Dahaga pula tekak aku ni. Panas betul kat luar tu.” Puan Siti hanya menurut. Segelas air masak diletakkan di hadapan kakaknya.

“Macam mana pelajaran kau Ika?” Mak Cik Senah beralih ke arah Ika. Bayam yang sudah siap dipotong dibawa ke sinki.

“Ok je mak cik.” Mak Cik Senah hanya mengangguk.

“Baguslah kalau macam tu. Kau jangan jadi macam Kak Chu kau tu. Tiap-tiap malam bergayut. Entah dengan mamat mana pun aku tak tahu. SPM dah dekat tapi aku tengok tak pernah pun dia tu mengadap buku. Asyik duk mengadap telefon aje. Pening kepala aku dibuatnya.” Mak Cik Senah meneguk air masak. Kering tekak agaknya. Ika hanya senyum segaris. Bukan dia tak tahu perangai kakak sepupunya itu. Kekasih keliling pinggang. Maklumlah orang cantik.

“Kalau ditegur mulalah tarik muka empat belas. Sakit sungguh hati aku ni Siti. Dah tak tahu nak buat macam mana. Makin menjadi-jadi perangai dia tu. Aku ingat, susah-susah sangat lepas SPM aku bagi aje dia kahwin. Senang cerita. Biar dia duduk dengan laki dia. Tak adalah menyusahkan aku.” Geram betul agaknya. Puan Siti hanya geleng kepala. Ika tak berani menyampuk. Nanti tak pasal-pasal kena sembur.

“Biasalah kak, budak baru nak membesar. Ramai kawan. Kesian dia kalau akak buat macam tu.” Pujuk Puan Siti. Tangannya ligat menyumbat ikan cencarunya.

“Nak kesian apanya. Dia tu, bukannya nak belajar. Itu pun nasib baik sampai tingkatan lima. Kalau ikutkan dia, habis tingkatan tiga dah tak nak belajar. Entah apa yang dia fikir pun aku tak tahu. Agaknya dia fikir dia boleh hidup kalau setakat kerja gaji lima puluh ringgit sebulan. Hish, pening kepala akulah Siti.” Habis segelas air masak. Berkerut mukanya.

“Dah itu kehendaknya nak buat macam mana kak. Budak-budak ni bukannya boleh dipaksa-paksa. Kalau dipaksa, nanti lari dari rumah pula. Biarkan sajalah. Nanti bila dah susah, pandai-pandailah dia.” Puan Siti pun tak tahu nak cakap apa. Anak saudaranya itu memang degil orangnya. Biasalah anak bongsu. Manjanya terlebih.

“Aku ni cemburu dengan kau Ti. Anak-anak kau semuanya berjaya. Tengok si Along dengan Angah, dua-dua masuk universiti. Si Ika ni pun, masuk sekolah asrama penuh. Tak lama lagi, ikut jejak langkah kakak-kakaknya pula. Semua pun makan nasi macam anak aku juga, tapi cerdiknya aje yang tak sama.” Puan Siti hanya senyum. Memang semua itu anugerah Tuhan.

“Alhamdulillah kak. Dia orang tu semua belajar sendiri. Kalau nak harapkan saya, tak ada apa yang boleh saya beri kak. Kalau sekadar nasihat tu bolehlah. Ayah dia orang pun sama. Nasihat saja yang kami boleh beri. Yang lain-lain tu, pandai-pandai dia oranglah. Semuanya anugerah Tuhan kak. Syukurlah.” Rasa rindunya pada kedua-dua anak perempuannya menerpa sanubari. Entah bagaimana keadaan mereka berdua agaknya. Sudah hampir tiga bulan mereka tak pulang. Sibuk katanya. Tak apalah, asalkan mereka baik-baik sahaja.

“Anak-anak kau tu tak balik ke Siti?” Suara Mak Cik Senah kembali mengendur. Mungkin semakin pasrah.

“Tak. Dia orang dah dekat nak exam. Mungkin bulan depan baru dapat balik.”

“Ya lah. Hai, kalaulah anak-anak aku pun pandai macam anak-anak kau tak adalah aku susah-susah macam ni. Yang perempuan gatal nak menikah, yang lelaki pula gilakan motor. Boleh mati awal aku macam ni.”

“Ish, tak baik akak cakap macam tu. Baguslah dia orang nak kahwin awal. Sekurang-kurangnya tak adalah dia orang buat hal lain. Akak makan tengahari kat sini ya? Saya masak lebih ni.” Ikan cencaru yang sudah siap disumbat dibawa ke tempat memanggang.

“Boleh juga. Aku tengok macam sedap aje ikan kau tu.” Segaris senyuman mula terukir di bibir Mak Cik Senah yang sejak tadi tak habis-habis mengomel dan membebel.

“Ika, pergi masak nasi. Nanti abah kamu nak balik.” Ika menurut tanpa membantah. Periuk dicapai. Bau ikan cencaru menusuk hidungnya. Lapar terus jadi perutnya. Memang kegemarannya.

>>

Sehelai demi sehelai muka surat buku rujukan dibelek. Satu pun tak masuk dalam kepala otaknya. Ika mengeluh perlahan. Sudahnya, buku tebal itu ditutup. Dia kembali ke katil. Badan yang terasa lenguh dibaringkan. Mata cuba dipejam. Tak dapat. Apa yang mengganggu fikirannya?

Mata dipejam lagi. Bayangan wajah seseorang terpapar di sebalik kegelapan. Segera matanya dibuka luas. Ika bingkas bangkit dari pembaringan. Dia meraup mukanya. Kenapa mesti ada bayangan itu?

Peristiwa bulan lepas kembali menerjah kotak ingatannya. Mata itu mengusik mindanya lagi. Ika mengeluh lagi. Kenapa mesti dia jatuh cinta pada orang itu? Kenapa mesti rasa cinta ini hadir? Ika mengatur langkah ke meja solek. Dia melabukan punggungnya.

Pandangannya tepat ke arah cermin di hadapan. Fikirannya kosong. Tangannya meraba pipinya yang ditumbuhi jerawat-jerawat kecil. Ada yang sudah kering dan meninggalkan bekas. Macam kawah gunung berapi. Memang patut kalau dia dipanggil kawah. Tapi itu semua bukan pintanya. Bukan dia tak cuba merawat, tapi dia dah jenuh mencuba. Sudahnya, dibiarkan sahaja. Biarlah orang nak kata apa pun, dia tak kisah.

Kulitnya memang sedikit gelap. Tapi tak adalah macam Negro di Afrika. Memang melampau budak-budak tu panggil dia Negro tapi dia tak kisah sangat. Bukan dia kurang apa-apa pun. Kalau dilayan nanti, melarat pula. Baik dibiarkan saja.

“Hai, kalau muka tak cantik macam ni, boleh ke jadi kekasih pakwe hensem macam mamat tu? Entah-entah dia tak pandang pun. Aku ada ke tak ada ke, dia pun tak tahu.” Keluhan kedengaran lagi. Kali ini lebih berat bunyinya.

Sekeping gambar dikeluarkan dari laci mejanya. Gambar semasa jamuan badan pengawas tahun lalu. Matanya tertancap pada satu wajah yang baru tadi hadir dalam bayangannya. Lama dia renung. Segaris senyuman terpamer di bibir nipisnya. Kalau tak dapat tuannya pun, dapat tatap gambar pun jadilah. Tak sabar rasanya mahu kembali ke sekolah.