2014-04-08

Tanya Sama hati 63



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglXb4-mRvxI3_5ALE1i5Qryr0oKQ370djrQFV9utFoNg5IbmR_4Y0a5l60isAzapcUSyaw7KGWiwHJ7kil_UZiSW4jvWZ4gD6oDS1BLrTCTtI-FrXVEaEA_Mtgb5u96olqmiTZTPPkL3Dz/s1600/bismillah-rumi.JPG 
assalamualaikum dan salam sejahtera semua...terima kasih sebab masih sudi tunggu dan ikuti e-novel ni...hehehe...maafla kalo korang rasa tak selesa dengan perubahan sikap Faiz...realitinya..kite perlu sedar bahawa air yg tenang jangan disangka tade buaya...eh, kene ke ni?hahah...tapi tulah...manusia tu boley berubah sekelip mata saja...sama ada ke arah kebaikan ataupun sebaliknya....semoga kita semua akan terus berada dalam Rahmat Allah...dan semoga Faiz berubah juga..mihmih....so..layannnnnn....

Bab 63
Syarifah mengusap perlahan belakang Ika yang sedang teresak-esak menangis. Terkejut betul dia dengar berita yang disampaikan Ika tadi. Sampai macam tu sekali? Kesian Ika. Tapi bila difikirkan balik, dia juga bersalah. Kalau bukan sebab  idea gila dia, Ika tak akan jadi macam ni. Syarifah seka air matanya. Dia dah berlaku kejam pada kawan baiknya sendiri. Maafkan aku, Ika.
“Sabarlah Ika. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni.” Apa lagi yang dia boleh kata? Masalah dah jadi makin kronik. Makin berserabut.
“Aku dah penat, Sya. Aku dah tak larat nak mengadap benda ni semua.” Ika raup mukanya. Masih basah dengan air mata. Sampai bila dia perlu bertahan?
“Aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Kalau aku kat tempat kau, mesti aku dah jadi gila. Tapi kau kuat Ika.” Air mata diseka. Sungguh dia sendiri pun dah tak sanggup nak lihat Ika begini.
“Aku perlu jumpa Faiz. Biar semuanya selesai kat sini aje.” Ika tekad. Perbuatan tunangnya kali ini sudah keterlaluan. Dia tak boleh terima.
“Kau buatlah apa yang kau rasa terbaik. Apa-apa pun yang berlaku, aku tetap sokong kau. Aku sentiasa ada kalau kau perlukan pertolongan.” Tubuh Ika dipeluk erat. Ika bukan sekadar kawan, tetapi sudah dianggap lebih daripada itu.
“Aku redha jika jodoh aku dengan Faiz tak panjang. Mungkin ini yang terbaik. Aku yakin dengan perancangan Tuhan. Hanya Dia yang tahu segalanya. Aku redha, Sha.” Hatinya sudah patah. Sudah tiada apa yang diharapkan dalam perhubungan ini. Syukurlah Tuhan tunjukkan segalanya sebelum ikatan ini menjadi semakin kukuh.
“Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau. Kau mesti kuat Ika.” Rasa bersalah makin menusuk. Ya Allah, dia sudah porak-perandakan hubungan Ika dan Faiz tanpa sedar. Dia betul-betul menyesal tapi semuanya dah terlambat. Nasi dah jadi bubur.
“Terima kasih Sha. Aku minta maaf sebab selalu bebankan kau dengan masalah aku.”
“Aku tak rasa terbeban pun Ika. Aku ikhlas. Aku sayang kau.” Sungguh, dia terlalu sayangkan Ika. Tak dapat bayangkan jika hubungan ini terputus. Semoga Tuhan berkati perhubungan suci ini.
Ika dan Syarifah ukir senyum. Syarifah berdoa agar sinar bahagia akan segera menerangi hidup Ika. Dia yakin, Tuhan sudah sediakan yang terbaik buat Ika. Walaupun lambat tapi kebahagiaan itu akan menghapus segala kepahitan lepas. Ika layak untuk dapat yang terbaik. Dia akan sentiasa doakan.
>> 
Hampir sepuluh minit, masih belum ada sepatah kata keluar dari mulut kedua-duanya. Ika tenang menghadap tasik di hadapannya. Dia sudah kumpul sebanyak mana kekuatan yang ada sebelum berjumpa Faiz. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.
“Kalau senyap macam ni aje baik tak payah jumpa.” Faiz mengeluh panjang. Dia mahu Ika yang mulakan kerana Ika yang ajak dia keluar. Dia tahu, mesti Ika dah tahu pasal kejadian tu.
“Saya kecewa dengan awak Faiz. Sangat kecewa. Saya tak tahu kat mana awak letak otak awak.” Ika ketap bibir. Cuba menahan getar dan marah di hati. Dia tak mahu gaduh di sini. Ramai mata yang memandang nanti.
“Awak fikir kecewa awak aje? Kecewa saya ni? Takkan saya nak tengok aje tunang saya menggatal dengan lelaki lain? Kalau yang tak kenal tu tak apalah juga. Ini macam tak ada orang lain.” Sengaja ditekan perkataan tunang. Biar Ika sedar diri sikit. Sepatutnya, dia yang paling kecewa.
Ika sabarkan hati. Telan saja kata-kata Faiz. Berbahas dengan orang yang sedang marah memang tak ada guna. Tak akan menang. Biarkan saja Faiz nak cakap apa pun. “Awak boleh cakap apa saja yang awak nak pasal saya. Saya tak kisah. Saya tahu saya bukan gadis yang baik. Tak layak untuk awak.” Bergetar suaranya. Kenapa harus jadi begini. Sungguh dia rindukan Faiz yang dulu.
“Habis tu, layak untuk Hilmi? Awak sengaja cipta alasan supaya saya lepaskan awak kan? Jangan haraplah Ika. Saya tak akan lepaskan awak. Tak mungkin semudah tu. Saya tak akan kalah dengan Hilmi.” Mengalah bukan caranya. Dulu mungkin dia boleh bersabar. Tapi sekarang Ika dah jadi haknya.
Ika pejam mata. Dia tahu Faiz akan cakap macam tu. Tak akan semudah itu untuk Faiz lepaskannya. Dia tahu. Tapi dia juga dah tak mampu untuk berada di samping Faiz. Sabarnya dah menghilang. Jika diteruskan, dia boleh jadi gila.
“Kenapa diam? Kecewa? Apa yang hebat sangat Hilmi tu? Dia tak cintakan awak pun. Dia cuma buat-buat suka sebab nak suruh awak jadi mak kepada anak dia tu. Bukan ikhlas pun. Bukalah sikit mata awak tu Ika. Takkan benda macam tu pun awak tak boleh nak fikir?” Kenapalah Ika ni naif sangat? Yang bujang ada depan mata tapi duda tu juga yang dia kejar.
“Kalau awak fikir macam tu, saya tak boleh nak buat apa. Saya pun dah malas nak cakap banyak. Awak tak akan percayakan saya pun. Awak buatlah apa yang awak suka. Saya tak ada hak nak halang. Tapi satu saja yang saya minta.” Semoga Tuhan kurniakan kekuatan kepadanya untuk meneruskan niat di hati.
“Awak boleh minta apa saja tapi bukan untuk putuskan hubungan ni. Saya dah cakap tadi. Saya tak akan lepaskan.” Tegas. Seakan dapat membaca apa yang ada di dalam hati Ika.
“Mungkin awak tak mahu tapi mungkin itu yang terbaik untuk kita. Dah tak ada apa yang saya harapkan daripada hubungan ini. Makin diteruskan makin banyak hati yang akan terluka. Saya dah penat Faiz. Dah tak larat nak menangis. Saya perlukan ruang untuk tenangkan diri. Saya minta maaf. Saya tak dapat teruskan hubungan ni.” Sungguh dadanya rasa lapang. Walaupun Faiz tak mungkin setuju tapi dia sudah buat keputusan, dia sudah nekad.
No! Awak tak akan boleh lari daripada saya. No way!” Ikutkan hati mahu saja dia pegang tangan Ika sekuatnya. Sampai mati pun dia tak akan boleh terima jika Ika menolaknya dah pergi kepada Hilmi. Tak mungkin!
“Kita perlu belajar terima hakikat. Tak semestinya semua yang kita inginkan itu kita akan dapat. Tuhan sedang menguji kita. Cuma satu yang saya mahu ingatkan awak. Awak tak perlu nak salahkan Hilmi. Dia tak ada kena mengena dengan keputusan saya. Saya tak mungkin bersama dengan dia.” Ya. Dia dah Hilmi dipertemukan hanya untuk menjadi sahabat. Dia redha dengan segala ketentuan Tuhan untuknya.
“Ika, please. Abang tahu abang salah tapi Ika tak boleh tinggalkan abang. Please, Ika…” Faiz mula cuak. Ika macam sudah nekad.
Ika geleng kepala. Biar semuanya berakhir di sini saja. Biar apa yang telah berlaku, segala kenangan manis dan pahit jadi sejarah buat mereka. Dia tak mungkin lupakan Faiz dan Hilmi tapi dia tak mungkin akan kembali bersama salah seorang daripadanya.
Cincin yang tersimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan. Dah lama Ika tak pakai. Sejak segalanya jadi kucar-kacir. Tipu kalau kata hatinya tak sedih. Terbayang wajah orang tuanya. Terbayang wajah lembut Puan Sofia tapi dia tak dapat nak melawan takdir. Ini suratannya.
“Ada wanita yang lebih layak untuk menyarung cincin ini. Saya doakan awak segera berjumpa dengan wanita itu.” Cincin dimasukkan ke dalam poket kemeja Faiz. Kaki segera diatur pergi. Faiz terkedu. Hanya mampu melihat. Langkahnya terkunci untuk menghalang. Kenapa?
Ika tarik nafas sedalamnya. Cukup tenang. Tiada air mata yang mengalir. Syukur kepada Tuhan kerana kekuatan yang diberikan. Mulai sekarang dia perlu mulakan hidup baru. Mungkin ini harga yang dia perlu bayar untuk mendapatkan secebis kebahagiaan. Dia mahu buang jauh-jauh segala yang telah berlaku. Biarlah semua itu jadi sejarah yang tak perlu dikenang.
Dia juga bukan gadis yang layak buat Hilmi. Memang dari dulu dia dan Hilmi tak ada jodoh. Dia saja yang tak mahu terima. Ika percaya semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Buat masa sekarang dia hanya mahu fokus kepada dirinya, keluarga, dan juga kerjaya. Jika ada cinta buatnya, biarlah ia hadir dengan sendiri.
>> 
Puan Siti usap belakang anaknya. Patutlah hatinya rasa tak tenang saja sejak kebelakangan ini. Jelas garis kecewa di wajah anak gadisnya. Puan Siti tahu Ika sangat terluka. Bukan senang untuk berhadapan dengan perkara sebegini.
“Anggap ajelah Faiz bukan jodoh yang Allah ciptakan buat Achik. Ibu yakin anak ibu ni kuat untuk hadapi semua dugaan.” Saat Ika muncul di halaman rumah dengan wajah sugul Puan Siti sudah dapat rasa ada sesuatu yang tak elok berlaku. Pantas dia teringatkan cerita Ika tentang Faiz dan Hilmi. Nyata tekaannya tak meleset.
“Achik kesiankan Faiz. Sebab Achik, dia berubah. Dia tu lelaki yang baik ibu. Penyayang, sopan. Achik memang tak sangka langsung dia akan berubah sampai macam ni.” Terlalu jauh bezanya Faiz yang dulu dan Faiz yang sekarang. Sukar untuk dia terima tapi itulah hakikatnya.
“Benda dah jadi, tak perlu nak dikenang lagi. Sekarang ni, Achik perlu kuat semangat. Perlu terus melangkah untuk teruskan hidup. Ibu tak nak anak ibu yang kuat ni putus asa untuk hidup hanya disebabkan perkara macam ni.” Anaknya ini memang kuat semangat. Dia tahu.
“Maafkan Achik, ibu. Achik dah kecewakan ibu dengan abah. Dah kecewakan semua orang.” Kali ini barulah airmatanya menitis. Dia tak pernah berniat nak kecewakan sesiapa pun.
“Tak perlu nak minta maaf. Ibu dengan abah sokong apa saja keputusan Achik sebab kami tahu Achik lebih tahu apa yang terbaik untuk diri Achik. Dah, kejap lagi masuk Maghrib. Achik pergilah mandi. Solat, doa banyak-banyak moga ditenangkan hati tu.” Puan Siti ukir senyum. Perjalanan setiap umat manusia itu telah diaturkan oleh Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap manusia. Tak perlu dipersoalkan.
Ika tarik nafas dalam-dalam. Ya Allah, Kau redhailah keputusanku. Kau berikanlah kekuatan dan ketenangan kepadaku. Kau tenangkanlah juga hati-hati yang telah terluka dengan keputusanku. Aku redha dengan segala ujian yang telah Engkau berikan kepadaku. Terima kasih Ya Allah atas rasa cinta yang telah Engkau kurniakan kepadaku walaupun hanya untuk seketika.
Thanks!!! Muahhhssss.....

20 comments:

  1. Ika nih patut muhasabah diri... Semuanya berpunca dari Ika.. mengapa nak salah kan org lain.. terlampau ikut kan hati yg kononnya cinta kan Hilmi.. klu Ika tak melayan Hilmi pasti Faiz takkan berubah perangai... klu dah tak boleh cinta kan Faiz kenapa nak beri harapan smpi bertunang.. klu Ika tak pandai nak control hati sendiri, pasti tak akan bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..tu la...ika ni selalu xtetap pendirian..(eh,sape yg create watak ika jadi camni?kikiki)..ape2 pun smoga pngakhiran yg baik utk mereka semua nnt... Btw tq onnie areyou sudi baca..:)

      Delete
    2. Yg Baik dlm hidup tak selalu datang.. Bila dah hilang baru menyesal kann.... erkk.. Emo lebih... hahaha

      Delete
  2. sokong ani ayue... Ika yg mulakan segalanya tp menyalahkan org lain atas apa yg terjd... nampak sangat dia masih lagi terkejar2 Helmi... surelah Fauz berubah perangai. Ika jd antagonis dlm cerita ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...bak kata org cinta pertama tu susah nak lupa..sbb tu kot ika masih tak bley lupa hilmi..huhu..apa2 pun tq sudi baca...:)

      Delete
  3. Ok...bab ni kira ok skit..2 la klu ikut emosi membaca mmg xpuas ati kat ika ni..dia y bersalah..but in reality..mmg mcm ni..no one perfect..so kira watak ika direka buka sbgi heroin y kita suka..haha..bab ni ok..xsakit ati sgt pd ika coz xde watak hilmi... just keep writing n i will keep pray at least watak helmi mati...hahaha..kurg sakit ati kita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha....tu la...asyik watak heroin yg sweet2 kesian2 je kan...mihmih...alaaaa..mcm kejam je nk buat hilmi mati..wuwu...ape2 kite tggu ending dia ek yus...bleh la bg cadangan utk ending tu ek...hehe

      Delete
  4. Lebih baik helmi mati...hahaha...everyone want the happy ending rite either ending dibuat ...emm.apa ek....haha..lupa plak..sebab keliru..hehe..actually..semua reader skang ni benci kt ika wlupn dia main caracter...cmne 2..so kena buat ika jd x menyakitkan hati sgt la...buat ika xde dgn sape2..hehe..g bg dia bg kawin ngan org lain la..hehe..ok la dh mengarut ni..biasa idea reader dgn writer ni berbeda kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tq..inshaaAllah citer ni akan habis xlama lg..walaupun endingnyA xdpt nk memuaskan hati semua org tp harap akan dterima..hehe

      Delete
  5. ending Faiz msk TR sbb high depression.. Ika tak ber jodoh dgn Hilmi.. & Ika keep on salah kan diri sendiri.... sesekali nak baca novel yg sad ending supaya kita dpt pengajaran supaya tak semua yg kita nak kita akan dpt.. Allah memberi apa yg kita perlu bukan apa yang kita mahu.. Bersyukurlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaaa....tragis..hehe...inshaaAllah..smoga apa yg dtulis dan dbaca dpt beri sedikit pengajaran...tq2

      Delete
  6. x kisah la apa endingnya..tp kalau boleh biarla faiz jumpa org yg lagi baik and boleh kembali kan dia kepada diri dia yg dulu....sian faiz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..inshaaAllah...tq sudi baca n bg pndapat :)

      Delete
  7. Teruklah ika ni...macam perempuan gatal pun ada.dah dapat yang baik kejap yang lain.lepas tu salahkan orang lain atas kesalahan sendiri.xguna betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...marah betoi cik ryia kt ika ni..tu la...terukkan dia...huhu..apa2 pun tq sbb sudi baca..tggu endingnya ok!

      Delete
  8. Aduh sesak napas tgk ika ni.bodoh sgt ke pempuan ni..bajet ko jd rebutan lelaki hot malaya per.baik la pempuan gedik2 mmg tau diia gedik dr pempuan hipo ni..annoying giler la.

    ReplyDelete
  9. Sy nk tgk faiz jpa org yg jauh lebih baik drpd ika tu. Yg lebih pandai menghargai tika senang dan susah. Jgn sbb sekarang dh cantik, jd lupa diri. Lupa sape yg pernah hina dy semasa dy cntik dulu2..eiii..

    ReplyDelete