assalamualaikum dan salah sejahtera...wehuuuuuuu....mesti ramai yg rasa "fuh..akhirnya...reti pun dia ni nk up bab akhir.." muehehe..ke den je yg perasan? kihkihkih.....so setelah sekian lama tergendala...smpailah masanya utk bab akhir e-novel Tanya Sama Hati.... apelahhhhhhhh ending minah ni buat???jom sama2 kite baca....
layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Bab 68 (Finale 1)
Siti Zulaikha memandang cermin. Lama. Senyum diukir. Di
hatinya saat ini tiada perasaan gundah. Tiada perasaan yang bercampur-baur.
Hanya perasaan tenang dirasakan. Rasa bahagia. Betapa agungnya kuasa Allah. Dia
yang menghadirkan perasaan ini dan Dia jugalah yang mengatur segala-galanya
dengan sempurna.
“Dah sedia?” tanya Puan Siti. Tangannya
memegang kejap bahu puterinya. Syukurlah. Ika mengangguk. Bibirnya masih
tersenyum manis.
“Cantik anak ibu. Ibu bersyukur
sangat.”
“Ibu, tok kadi dah panggil tu. Achik,
jom keluar.” Ika dipimpin lembut oleh Alongnya. Matanya melirik pada tetamu
yang memenuhi ruang rumah. Dia melabuhkan simpuh di tempat yang disediakan.
Ika pantas menunduk pandang apabila
pandangan matanya bertemu dengan mata bakal suaminya. Ya. Hari ini adalah hari
pernikahannya. Dengan siapa? Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih dan
penyayang. Maha mengetahui segala-galanya. Terlalu sempurna aturan-Nya. Jodoh
yang tak mampu untuk dia tolak.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah,
semua pun nampak ceria hari ni. Pengantin lelaki pun nampak macam dah tak sabar
nak salam tangan ayah mertua ni.” Seloroh Haji Abdul Rahman. Pengantin lelaki
menunduk dalam senyum. Debaran di dada semakin terasa tapi cuba dikawal sebaik
mungkin.
“Nampak macam dah semua dah sedia.
Tak perlulah kita tangguhkan perkara yang baik ni ya. Pengantin perempuan dah sedia
ya?” Ika mengangguk. Tangan ibunya digenggam kemas. Syarifah di belakang
menyentuh bahu Ika lembut. Belum apa-apa, air matanya dah bergenang. Sungguh
dia terharu dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
Haji Khalid kelihatan mengangguk
tanda faham apabila diberitahu beberapa perkara oleh juru nikah. Bukan tugas
yang mudah tetapi sebagai bapa, ini adalah tanggungjawabnya.
“Bismillahirrahmanirrahim.” Haji
Khalid menggenggam kemas tangan bakal menantunya yang terasa sejuk. Senyum
diukir, mengurangkan sedikit kegusaran di hati pengantin lelaki.
“Nik Muhammad Yusuf Bin Nik Mustafa,
aku nikahkan dikau dengan anakku Siti Zulaikha Binti Khalid dengan mas
kahwinnya seratus ringgit tunai.” Lancar lafaz akad disebut Haji Khalid.
“Aku terima nikahnya Siti Zulaikha
Binti Khalid dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.” Lancar juga dari
pihak pengantin lelaki.
“Sah!” Saksi-saksi sudah menjawab.
Alhamdulillah.
Ika menutup matanya. Setitis air mata
gugur. Tenang. cukup tenang dirasakannya. Syukur Ya Allah. Kau telah kurniakan
lelaki yang terbaik buatku. Kau tetapkanlah hatiku untuk terus mencintai dia
suamiku. Kau limpahkanlah kebahagiaan buat kami. Kau redhailah perhubungan ini
hingga ke akhir hayat kami.
Ya. Yusuf pilihannya. Yusuf lelaki
yang telah ditakdirkan Allah untuknya. Yusuf telah membuka hatinya untuk terus
mengikat janji dengan pernikahan. Dan kini lelaki itu telah sah menjadi
suaminya. Dia sudah jadi milik Yusuf. Kenapa dan bagaimana?
Semuanya bermula selepas dua minggu
mereka pulang daripada mengerjakan umrah. Keluarga Yusuf datang menghantar
rombongan meminang. Sungguh dia terkesima. Tercengang dan bingung seketika.
Yusuf tak pernah menunjukkan apa-apa tanda sepanjang dua minggu mereka berada
di tanah suci. Hajah Yam juga. Katanya Yusuf sudah punya kekasih.
Ika minta diberikan waktu. Tujuh hari
berturut-turut dia lakukan istikharah. Tujuh hari itu jugalah dia berfikir
sedalamnya. Apa yang dia rasakan waktu itu adalah ketenangan. Mengingati Yusuf
buat dia rasa tenang. Mungkin ini petunjuk daripada Allah. Mungkin lelaki ini
adalah jodohnya. Lelaki yang dua kali muncul di hadapannya ketika dia berdoa di
Jabal Rahmah. Lelaki yang muncul ketika dia berdoa di hadapan Kaabah. Kelibat
lelaki itu juga yang dilihat selepas berdoa di Raudhah.
Waktu itu, dia langsung tak
terfikirkan apa-apa. Tambahan pula dengan sikap Yusuf yang tak banyak bercakap.
Makan semeja pun tak pernah. Nak senyum pun susah. Tapi itulah uniknya jodoh
pilihan Allah. Kadang-kadang ia hanya ada di depan mata. Cuma kita saja yang
tak tahu dan tak perasan.
“Achik, salam tangan suami tu.” Ika
menyambut huluran tangan Yusuf. Mengucup mesra tangan suaminya. Sungguh dia
rasa bahagia. Melihat senyum Yusuf buat pertama kali kepadanya, membuatkan rasa
cinta untuk suami bertambah mekar. Terima kasih, suamiku.
Genggaman tangan suaminya dieratkan.
Tetamu yang hadir disapa mesra. Ternyata suaminya sangat ramah dan murah dengan
senyuman. Suka Ika lihat Yusuf melayan tetamu. Walaupun tak kenal tapi tetap
dilayan mesra. Lain benar dengan Yusuf yang dia kenal sewaktu mengerjakan umrah
dulu. Makin kuat keinginannya untuk mengenali dengan lebih dekat lelaki bernama
Yusuf ini.
“Tahniah Ika.” Ika berpaling ke
belakang. Serta-merta senyum manisnya berubah kelat. Air liur juga rasa susah
untuk ditelan. Tapi demi menjaga hati tetamu yang datang dari jauh, senyum
diukir semanis mungkin.
“Terima kasih mak cik.” Tubuh Puan
Sofea dipeluk mesra. Memang ada sisa-sisa rasa bersalah di hatinya tapi
semuanya sudah jadi sejarah. Tak perlu dikenang lagi perkara yang pahit.
“Terima kasih sebab sudi datang. Mak
cik dah makan ke?” Puan Sofea mengangguk. Saat dihulurkan kad undangan beberapa
minggu lepas, Puan Sofea menitiskan air mata. Mulanya, Ika pun teragak-agak
untuk menjemput mereka sekeluarga tetapi atas nasihat ibu, Ika gagahkan diri.
“Mana suami Ika?”
“Ermm…” Ika mencari-cari kelibat
suaminya. Eh, mana pula perginya. Tadi ada di sebelah.
“Tadi ada. Oh, kat sana. Mak cik
duduk dulu ya. Saya pergi panggil dia sekejap.” Ika tak jadi nak melangkah bila
tangannya pantas ditarik oleh Puan Sofea. Ika pandang Puan Sofea.
“Tak apalah Ika. Mak cik pun tak
boleh lama kat sini. Pak cik ada urusan lain lagi petang ni. Mak cik cuma nak
sampaikan hadiah daripada Faiz. Minta maaf, dia tak dapat datang.” Kotak
sederhana besar berbalut kertas bercorak hati itu bertukar tangan. Ika diam tak
berkutik.
“Mak cik tahu Faiz sedih. Tapi mak
cik yakin Faiz kuat. Ika tak perlu risaukan dia.” Puan Sofea mengetap bibir,
menahan sebak di dada. Berhadapan engan Ika membuatkan dia pantas teringatkan Faiz
yang sudah terbang ke London. Katanya atas urusan kerja tapi Puan Sofea tahu
Faiz mahu mengubat hati.
“Ika minta maaf mak cik. Faiz layak
untuk dapat wanita yang lebih baik daripada Ika. Ika akan sentiasa doakan dia.”
Apa lagi yang boleh dia ucapkan. Biarlah apa pun yang terjadi di antara mereka.
Ika harap ikatan persahabatan ini tak akan putus.
“Mak cik balik dulu. Senang-senang
nanti, datanglah rumah mak cik. Teringin juga mak cik nak kenal jejaka yang dah
berjaya miliki hati Ika ni.” Puan Sofea ukir senyum seraya memeluk tubuh Ika.
Bukan rezekinya untuk bermenantukan Ika. Dia pasrah.
>>
Ika memandang kosong ke arah dua bungkusan yang berada
di atas katilnya. Hadiah yang berbalut cantik. Satu daripada Faiz dan satu lagi
daripada Hilmi. Ika mengeluh lemah. Entah apalah perasaan mereka berdua saat
membeli hadiah ini. Ika meraup mukanya.
“Selamat pengantin baru, Ika.” Satu
ayat yang sepatutnya disambut dengan senyuman, tapi dia tak mampu untuk berbuat
demikian. Berdiri di hadapannya kini adalah Hilmi. Lelaki itu datang agak
lewat.
“Terima kasih. Awak datang sorang
je?” Huluran hadiah daripada Hilmi disambut. Mana Zaza? Si kecil Ilham?
“Ya. Mereka tak tahu pun saya nak
datang sini. Mulanya, memang saya tak bercadang nak datang. Tapi bila
difikirkan balik, tak salah kalau saya datang untuk meraikan hari bahagia Ika.”
Mendatar saja suaranya. Senyum pun kelat.
“Terima kasih. Kebetulan suami saya
baru aje masuk. Dia nak solat.”
“Tak apa. Saya pun dah nak balik ni.”
Melihat Ika dalam persalinan pengantin begini buat hatinya sedikit sebak.
Ternyata perasaannya terhadap Ika masih bersisa. Tak semudah itu untuk dia
lupa.
Ika tak mampu menghalang. Dia juga
tak betah untuk terus menatap wajah Hilmi. Terlalu lama untuk dia melupakan
cintanya terhadap Hilmi. Terlalu sakit rasanya bila melihat Hilmi berdampingan
dengan wanita lain. Tapi sekarang Ika sedar yang semua itu sudah tiada maknanya
lagi. Yusuf adalah masa depannya. Yusuf adalah lelaki yang halal untuk
dicintainya.
Kotak sederhana besar pemberian Faiz
dicapai. Perlahan-lahan pembalutnya dibuka. Ika mengeluarkan isi kotak. Sebuah
album. Dibelek helaian pertama. Hampir menitis air matanya. Gambar semasa hari
pertunangan mereka. Hanya gambar itu yang ada. Sekeping surat turut disertakan
bersama.
Surat itu segera ditutup. Tak mampu
lagi untuk dibaca. Dia tewas lagi dengan air mata. Ika dapat rasa yang hati
Faiz betul-betul terluka dengan apa yang sudah berlaku. Maafkan Ika, Faiz.
Maafkan Ika.
“Kenangan indah bersama wanita
bernama Siti Zulaikha takkan Faiz lupakan sampai bila-bila. Faiz doakan Ika
bahagia dan doakan kebahagiaan Faiz juga walaupun rasa bahagia itu tak mungkin
akan pernah sama bila Ika ada di sisi.”
Ini yang terbaik buat kita Faiz.
Terbaik buat semua. Demi menjaga hati Faiz, hati Hilmi, dan hati keluarga kita,
Ika terpaksa ambil keputusan ini. Ia tak semudah yang Faiz sangka. Ika akan
sentiasa doakan yang terbaik buat Faiz. Pasti Allah sudah sediakan seorang
bidadari buat Faiz. InshaaAllah, satu hari nanti Faiz akan menemuinya.
Ika segera mengesat air matanya
apabila mendengar ketukan di pintu. Pasti suaminya dah balik dari surau. Surat
dan album segera dimasukkan semula ke dalam kotak dan disorokkan ke bawah
katil. Bukan masanya untuk Yusuf lihat semua ni. Penampilan dirapikan. Ika
segera melangkah ke pintu bilik yang sudah dibuka dari luar.
“Assalamualaikum,” sapa Yusuf dengan
senyum manis terpamer di wajah.
“Waalaikumussalam.” Ika membalas
senyuman Yusuf. Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki bergelar suami.
Lelaki yang wajib dicintainya. Lelaki yang dia akan setia selamanya.
‘Ya Allah, kurniakanlah rasa cinta yang mendalam di hatiku buat
suamiku sepertimana Kau kurniakan rasa cinta yang agung di hati Zulaikha buat
Nabi Yusuf.’
Bab 68 (Finale 2)
Setahun berlalu…. Fukuoka, Jepun.
Terkedek-kedek si kecil Zarra berlari. Dia mengutip
bunga sakura yang berguguran di taman. Sekarang musim bunga. Bunga-bunga sakura
sedang mekar berkembang. Tapi sayangnya bunga-bunga ini tak kekal lama. Sekejap
sahaja sudah gugur ke bumi. Tapi pemandangan pada waktu ini sangat cantik.
Bunga-bunga sakura yang berkembang menghiasi sepanjang jalan dan taman-taman.
Sangat cantik dan mendamaikan. Seperti gula-gula kapas bersaiz besar!
Ika mengukir senyum. Damai terasa
hatinya. Sesekali keletah Zarra mencuit hatinya. Ika menadah tangannya.
Beberapa kuntum bunga sakura gugur ke tangannya. Kali pertama dia merasai musim
bunga di negara matahari terbit ini. Kenapa dia di sini? Melarikan diri?
Mungkin tidak. Dah hampir tiga bulan dia di sini. Menuntut ilmu dunia yang tak
akan pernah habis.
“Zarra, come here sayang.”
Terkedek-kedek si kecil itu menghampiri mamanya. Bunga-bunga sakura yang
dikutip masih penuh di tangan. Dia melempar senyum seraya menghulurkan bunga
sakura yang penuh di tangan kecilnya kepada mamanya.
“Oh, thank you sayang.” Ciuman
dihadiahkan ke pipi gebu si anak tunggal.
“Untuk aunty tak ada ke sayang?” Ika
buat muka merajuk. Zarra hulur sebelah lagi tangannya. Ika pantas ukir senyum
lebar. Jika anak-anak saudaranya ada di sini, pasti mereka juga akan gembira mengutip
bunga-bunga sakura ini seperti Zarra. Aduh, rindunya!
“Ika, dah lewat ni. Kita balik jom.”
Kak Nurul, rakan baharu yang ditemui di sini. Kak Nurul pun sama sepertinya,
datang ke sini sebagai seorang pelajar. Tapi kak Nurul sudah berada di tahun
akhir. Suaminya juga sama. Beruntung kak Nurul. Kehidupannya lengkap. Punya
suami, punya anak, punya pelajaran yang tinggi. Dia cemburu.
“Jomlah kak. Kesian Zarra. Penat ya
sayang?” Pipi mulus itu dicubit geram. Zarra lahir di sini. Muka pun dah macam
anak orang jepun. Kulitnya halus sangat. Teringat dekat Amni.
“Mana tahu penat budak ni. Kalau
duduk sini sampai malam pun dia boleh.” Zarra didukung oleh Kak Nurul. Mereka
beriringan berjalan keluar dari Maizuru Park. Masih ramai penduduk dan
pelancong yang bersiar-siar di taman ini yang memang terkenal bagi menikmati
keindahan bunga sakura.
“Minggu depan, akak dengan abang Lan
nak pergi Nagasaki. Nak lawat kawan kami kat sana. Ika nak ikut?”
“Wow, macam best aje. Tapi rasanya
tak bolehlah kak. Ika dah janji dengan Michiko.” Ika sedikit hampa. Bukan
senang nak dapat pergi jalan-jalan. Dah alang-alang kat tempat orang ni, rugi
kalau tak kutip pengalaman.
>>
Bila bersendirian begini, mulalah otak melayang
mengingatkan perkara-perkara lepas. Ika melepaskan keluhan kecil. Baru masuk
tiga bulan dia di sini, tapi rasa rindu kat kampung dah membuak-buak. Sabar
sajalah. Inilah cabaran dan pengorbanan yang perlu ditempuh demi mencari ilmu.
Ika merenung bintang di langit.
Kerlipan bintang belum mampu untuk menceriakan hatinya. Memang dia ambil
keputusan untuk terbang ke sini bagi menyambung pelajaran. Semuanya kerana
segala yang telah berlaku ke atas dirinya. Dia perlukan ruang. Bila di sana,
kemungkinan untuk bertemu mata dengan Faiz mahupun Hilmi tetap ada walaupun tak
dirancang. Sebab itu dia ambil langkah untuk ke sini. Ke bumi asing yang tak
pernah dijejaki.
Memang berat hatinya untuk pergi
meninggalkan tanah air untuk kesekian kalinya. Tapi biarlah keadaan kembali
seperti sediakala. Dia yakin, waktu mampu mengubati. Tempoh pengajian selama
tiga tahun mungkin tak mampu untuk dia melupakan segala-galanya tapi cukuplah
untuk membuat keadaan kembali tenang.
Sebulan sebelum dia terbang ke sini,
ada sesuatu yang tak dijangka berlaku. Ada rombongan yang datang meminang dirinya.
Kelu lidah waktu itu. Ibu dan abah juga sama. Mujurlah dia punya alasan yang
kukuh untuk menolak. Baginya, jika ada jodoh antara mereka, adalah. Jika si
lelaki betul-betul mahukan dirinya, tempoh tiga tahun bukan satu halangan yang
besar.
Daripada siapa? Ika tarik nafas
sedalamnya. Mata dipejam. Samar-samar kelihatan bayangan wajah jejaka itu.
Langsung tak disangka. Mereka hanya berjumpa seketika. Entah bila jejaka itu
jatuh hati padanya. Bercakap pun hanya
sepatah dua. Bibir mengulum senyum. Jejaka itu adalah Nik Muhammad Yusuf Bin
Nik Mustafa. Ya, Yusuf. Jejaka sama yang ditemuinya sewaktu melakukan ibadah
umrah.
Walaupun dia terpaksa mengecewakan
lelaki sebaik Yusuf, tapi dia yakin Yusuf faham keadaannya. Mungkin Yusuf akan
berjumpa dengan wanita yang lebih baik. Yusuf masih muda, punya pekerjaan yang
bagus. Rupa paras tiada cacat celanya. Pedih di hatinya dengan kejadian yang
berlaku masih belum sembuh. Kadang-kadang rasa fobia. Tak mampu untuk memberi
sebarang komitmen dalam perhubungan.
Sejak setahun lalu juga dia dah tak
dengar cerita pasal Faiz mahupun Hilmi. Entah apa khabar mereka semua. Ya,
sejujurnya sehingga sekarang perasaan bersalah masih menghimpit jiwa tapi dia
tak berdaya nak memuaskan hati orang lain sedangkan hatinya terseksa. Ika betul-betul
berdoa agar kedua-dua lelaki budiman itu bertemu dengan wanita yang betul-betul
mampu memberi kebahagiaan kepada mereka. Wanita yang mampu mencintai mereka
dengan sepenuh hati. Wanita yang tetap setia berada di samping mereka sewaktu
susah mahupun senang. Ika akan sentiasa doakan. Sentiasa.
>>
Terkedek-kedek Ilham berjalan mendapatkan bola yang
dibaling oleh ibu saudaranya. Galak dia ketawa bila tubuh kecilnya dicempung
oleh ibu saudara yang sememangnya kuat menyakat. Mana taknya, ini aje satu-satunya
anak saudara yang dia ada. Nak tunggu anak sendiri lambat lagi.
“Dah-dahlah tu Zaza. Dah nak senja
ni. Tak elok Ilham tu senja-senja kat luar. Masuk mandi. Nanti papa dia balik.”
Puan Zalina geleng kepala. Kalau dah bermain tu, tak ingat waktu.
“Ok, Ilham. Puan besar dah bersuara.
Baik kita masuk sebelum kena tarik telinga.” Tubuh si kecil di bawa masuk ke
dalam rumah. Sebaik tiba di muka pintu, kereta milik abangnya meluncur masuk ke
garaj. Serentak dengan itu, Ilham menjerit kegembiraan. Tahu aje papanya dah
balik. Bukan main suka lagi.
Hilmi keluar dari kereta dengan
senyuman. Mendengar sahaja suara Ilham sudah cukup untuk buat otaknya yang
berserabut kembali tenang. Letih pun dah tak terasa. Wajah kesayangannya itu
sering buat hatinya sejuk.
‘Hei, anak papa tak mandi lagi ke? Tunggu
papa ya? Jom kita mandi sama-sama ya?” Tubuh kecil itu bertukar tangan.
Menjerit-jerit Ilham bila diusik oleh papanya.
“Sudahlah tu. Pergi mandi. Ilham,
nanti tolong cukur sekali jambang papa awak tu ya.” Sempat lagi Puan Zalina
berpesan. Macamlah cucunya itu faham.
“Mama…” tahu sangat. Nak perlilah tu.
Dah setahun dia menukar imej dengan menyimpan jambang. Dah terbiasa. Bukannya
panjang sangat pun.
Hilmi menepuk-nepuk punggung anaknya
sudah terlena. Selimut ditarik menutup tubuh kecil itu. Wajah anak
kesayangannya ditatap lama. Wajah itu semakin mirip dengan wajah arwah
isterinya. Matanya, hidungnya, bibirnya. Hilmi lepaskan keluhan. Meraup
mukanya.
Syukurlah keadaan sudah kembali
tenang sekarang ini. Walaupun hubungannya dengan Faiz masih dingin, tapi mereka
sekeluarga sudah kembali bersatu. Di sebalik kepahitan yang dirasa, ada hikmah
yang tersembunyi. Walau di mana pun Ika berada saat ini, dia doakan wanita itu
akan sentiasa bahagia. Ika akan sentiasa jadi kenangan manis dalam hidupnya.
Tak mungkin ada dendam buat wanita itu.
“Walaupun tak ada perempuan lain dalam dunia ni, belum tentu aku
akan pilih dia.”
Dia sudah terperangkap dengan
kata-katanya sendiri tapi Allah itu Maha Adil. Dulu dia ego. Mungkin itu balasan
untuk kata-katanya dulu. Hidupnya kini hanya tertumpu kepada Ilham. Soal cinta
dan pasangan hidup, biarlah Tuhan yang menentukan. Siapa pun pilihan Allah
untuknya, dia redha kerana itu adalah yang terbaik.
so apa pendapat korang???puas hati tak????sobsss...sorila kalo ending cam hampeh...huhuhuhuhu.....apa2 pun thnks kat korang yg sudi baca..ikuti...tunggu...e-novel ni dari awal smpai akhir...wuwu..terharu cik kiahhh...sobss....
so, nk lagi tak e-novel lain??ngeeeee....tapi bukan dalam masa terdekat la ekss...skrg dalam tempoh kritikal...apa2 pun...korang jangan lupa dapatkan novel terbaharu sayeeeeeewwwww....
SAYA PILIH AWAK yg telah pun dibuka tempahannya....
SAYA PILIH AWAK yg telah pun dibuka tempahannya....
sape nk tt retis tak glamer langsung nih...boleh order cepat2 ngan penerbitan kaki novel tauuuu....ku menunggu order dr kalian..ngeeeeeeeee....
ini novelnye.....hehehehehhe...jangan lupe dapatkannyaaaaaaa.... |
ooooooowwwwwwww...sebelum terlupa.....nk mintak tolong sangat3 nih...sapa2 kat sini yg kerja sbgai programmer, atau mengajar subjek programming, atau student yg sedang atau pernah belajar programming...apa yg ada kaitan dengan programminglah...or ada kawan2 yg korang kenal dlm bidang ni...boleh tak kalo sayew nk mintak tolong????wuwuwuwu....kalo ada...tolong komen kat bawah ni ekssss...nnt sy akan hubungi anda...jangan takut...sy bukan nk suruh bina sistem...nk tanya sikit2 je...tolong ekssss....
tq semuaaaaaaaaa!!!muahhhhhhsssssss
dh order..tp lupa nk mntk tt..:(
ReplyDeleteLayeke??wuwuwuwu...xbley request balik ke kat KN?sbb order utk tt masih bukak smpai 27hb..hehe..anyway...tenggssss alot tau sudi dptkan "saya pilih awak"...hehe..semoga terhibur :)
DeleteAde 2 ending ke kak? Knp ika x dgn hilmi? :(
ReplyDeleteAde 2 ending ke kak? Knp ika x dgn hilmi? :(
ReplyDeleteHehe...saje je buat 2 ending...hehe...ermmmm...mungkin lebih baik begitu..huhu..tq sudi baca :)
Deletehuhuhu....byknya sgt konfliknya....at last,sape pun tak dpt...
ReplyDeletelain dari yg lain ,maybe
Hehehe...last2 dpt kt org lain ek?hehe...tq sudi baca:)
DeleteHehe..finnally...abis gak..wlupun ending x seperti y diharapkan..awk buat ika akhirnya dgn org lain..hukk.huk...cian faiz....tp xpe...xsemua story happy ending utk hero n heroin..apa2...good jod dear..keep writting
ReplyDeleteHuhhhuuu..tu la..seksa giler nk abiskan..haha..sori ek kalo tak memuaskan..huhu..mgkin faiz layak dpt yg lebih baik..hehe..apa2 tq sudi baca..:)
DeleteFaiz layak yg lebih baik dr ika..seyes ika tu x layak utk faiz. Sambung story faiz and new gf jumpa kt london..huhuhu.thks
ReplyDeleteSaya pernah belajar programming. Kenapa yer
ReplyDelete