Bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum semua...pekabo..ngeeee....hehe..arini tatau nk mengarut apa...so korang bacalah smbgan novel Saya Pilih Awak ni ek..hehe..novel da ada kat pasaran start mggu lepas..so jgn lupa dapatkannye okehhh..nk order ngan Kaki Novel pun boleh...nk oder ngan sayew pun boleyy...hikhik..
kite bagi sikit2 je la eks..myb ini post last utk novel ni...kite bg terus bab 8, 9, dan 10...rasa sikit2..hehe..korang bley baca smbungannya dalam versi cetak eks..hehehehe..menanti komen korang tentang novel ni...i iz berdebar tak hengat..sobss...harap2 baiklah komenannya..tapi kalo sebaliknye pun takpe...tak semua org suka...ye dok..hehe...eh, tadi kate tatau nk mengarut apa...tapi panjang gak tulis ni..hehe..layankan ajela ye..dah mmg lumrah..bila penulis dapat keyboard..mana bley tulis sikit2..kikiki...so enjoyzzzz....
Bab 8
Ain merebahkan tubuhnya ke katil. Dia betul-betul
tak larat. Kepalanya berdenyut-denyut. Selepas keluar dengan Fakri tadi, dia
terus ke klinik. Macam mana nak kerja kalau nak pegang pen pun dia tak larat. Ain
pejam mata serapatnya. Alangkah seronok jika buka sahaja mata nanti, semua
masalahnya hilang. Agak-agaknya Fakri tanya tak mak dia apa yang dah berlaku
tempoh hari? Rasa-rasanya mak dia mengaku tak? Kalau mak dia mengaku, apa
reaksi Fakri? Ain tak dapat nak berfikir lagi. Kepalanya betul-betul dah tak
boleh nak berfungsi. Mata pun makin berat. Penangan ubat mungkin. Dia mahu
rehat dulu.
Ain tersedar saat telefon bimbitnya
berlagu nyaring. Siapa pula yang kacau rehatnya ni? Nak tidur lima minit pun
tak boleh. Ain capai telefon bimbitnya yang dah berhenti berdering. Lima
panggilan tak dijawab. Lima? Kenapa dia tak dengar pun? Matanya difokuskan pada
jam yang tertera di skrin telefon. Hah, lima minitlah sangatkan? Dah dua jam
rupanya dia tidur. Patutlah tak dengar apa-apa. Ain pegang kepalanya yang masih
rasa berpusing. Doktor ni bagi ubat tidur ke apa?
Telefon bimbit dicapai kembali. Siapa
yang telefonnya sampai lima kali ni? Satu persatu butang ditekan. Tiga
panggilan daripada Fakri. Dua daripada Puan Maziah. Puan Maziah? Kenapa wanita
tu telefon dia? Nak jemput pergi majlis harijadi lagi ke? Ain gagahkan diri
untuk bangun. Badan disandarkan ke kepala katil. Belum sempat dia nak buat
panggilan, telefonnya terlebih dahulu berbunyi nyaring. Puan Maziah lagi. Macam
penting sangat aje. Apa hal ni?
“Assalamualaikum.” Ain membetulkan
suaranya yang serak.
“Waalaikumussalam Ain. Ain sibuk ke?
Maaflah kalau mak cik mengganggu.” Puan Maziah serba salah. Kalau bukan kerana
cucunya yang memaksa, tak adanya dia nak ganggu Ain. Si Allissa di sebelah ni
dari tadi merengek nak bercakap dengan auntie Ain. Rindu katanya.
“Eh, tak adalah. Saya kat rumah ni. Ada
apa mak cik?”
“Ni, si Allissa ni. Dari tadi suruh mak
cik call Ain. Dia nak cakap dengan
Ain,” Puan Maziah terus-terang. Tak diikutkan kehendak cucu kesayangannya ini
nanti, merajuk pula. Ini pun dah tarik muka empat belas bila panggilan tak
dijawab.
“Oh, ingatkan apalah tadi. Mana dia?”
Alkisahnya. Ingatkan perkara penting apalah tadi.
“Assalamualaikum auntie Ain.” Ceria
suara kanak-kanak di hujung talian. Ain ukir senyum. Dia pun turut rasa ceria.
Kurang sedikit rasa peningnya.
“Waalaikumussalam, Lissa. Rindu auntie
ya?” serkap Ain. Dia membetulkan duduknya. Baju kurung yang masih tersarung di
tubuhnya buat dia rasa sedikit rimas. Dahlah panas. Ada kipas pun macam tak
ada.
“Rindu sangat!” Rengek si kecil. Terkedu
Ain seketika. Allissa rindukan dia? Terharunya. Budak kecil ini betul-betul dah
buat hatinya rasa sayang.
“Ala, kesiannya dia. Kan baru semalam
kita jumpa. Takkan dah rindu kut?” Tiba-tiba hatinya pun rasa rindu pada
keletah si manja ini. Teringat peristiwa petang semalam. Allissa langsung tak
nak berenggang dengannya. Asyik nak berkepit aje. Sampaikan ada orang ingat
yang dia ni mama Allissa.
“Mestilah Lissa rindu. Auntie, bila
auntie nak datang rumah Lissa? Lissa boringlah,”
rengek Allissa lagi. Ain ukir senyum. Macam-macamlah budak seorang ni.
“Boring?
Nenekkan ada.” Seronok pula melayan budak ni. Kalau nak suruh dia pergi sana,
bila-bila masa pun boleh. Tapi dia ni pemalu orangnya. Nanti apa pula kata
keluarga Allissa.
“Tapi Lissa nak main dengan auntie.
Auntie datanglah sini.” Merayu-rayu suaranya. Macam dah nak nangis pun ada.
Kesian pula Ain dengar.
“Auntie seganlah sayang. Lagipun hari ni
tak bolehlah. Auntie tak sihat. Lain kali ya?” pujuk Ain. Walaupun pening
kepalanya dah berkurang, tapi badannya masih rasa lemah.
“Auntie sakit?”
“Auntie pening kepala ajelah.”
“Auntie kena makan ubat tau. Papa pesan,
kalau sakit mesti cepat-cepat pergi klinik.” Ain ketawa mendengar celoteh
Allissa. Bijak betul budak ni.
“Baiklah doktor Allissa. Saya akan
dengar cakap doktor Allissa.”
“Lissa, dahlah tu. Jangan ganggu auntie
Ain lama-lama.” Kedengaran suara Puan Maziah mengingatkan Allissa.
“Oklah auntie. Puan besar dah membebel.
Auntie jangan lupa makan ubat tau. Bye,
auntie.” Ain ketawa lagi. Puan besar? Lawaklah budak ni. Siapa agaknya yang
mengajar dia ya?
“Bye.”
Senyuman masih terlakar di wajahnya. Sekurang-kurangnya terhibur juga hatinya.
Hilang pening kepalanya. Ain meraup mukanya. Menarik nafas dalam-dalam sebelum
dihembus perlahan.
Belum sempat pintu bilik dibuka,
kedengaran ketukan dari luar. Mesti ummi. Pintu bilik dibuka. Terpacul wajah
umminya. Ain ukir senyum. Rambut yang kusut masai tadi dah diikat kemas.
“Dah bangun dah? Pening lagi kepala tu?”
soal ummi.
“Dah kurang.”
“Dah, pergilah makan. Ummi dah siapkan
kat dapur tu. Dari tadi awak tu tak makan apa-apa. Nanti perut kosong,
bertambah lagi sakit.” Puan Siti terlebih dahulu melangkah ke dapur. Ain
membuntuti langkah umminya. Ini yang dia sayang lebih kat ummi ni. Tahu-tahu
aje yang perutnya dah berlagu dangdut. Mahunya tak lapar. Dari pagi tak makan. Fakri
punya pasallah ni.
Mengingatkan lelaki itu, hatinya jadi
pilu. Apalah yang nak jadi dengan hubungan mereka ya? Apalah kurang dirinya di
mata emak Fakri. Rasanya dia dah pakai baju cukup kain. Solek tebal? Ish, tak
kuasa. Mungkin emak Fakri suka perempuan yang macam tu kut. Pakai baju tak
cukup kain, solek tebal-tebal macam artis. Sebab tu dia kena reject. Manusia ni macam-macam perangai.
“Yang duk tenung nasi dalam pinggan tu
kenapa? Tak adanya nasi tu nak melompat masuk dalam mulut awak. Pergi basuh
tangan.” Ain garu kepala. Termengelamun pula. Sorry, puan besar. Eh, dah terikut si Allissa pula.
Bab 9
Syed Muammar melangkah perlahan menghampiri anak
kesayangannya yang sedang termenung di taman rumah mereka. Bibirnya menguntum
senyum. Apalah yang sedang difikirkan oleh si kecil itu. Dah macam orang
dewasa, banyak masalah. Bibir Allissa memuncung panjang. Nampaknya macam ada
masalah besar ni.
“Hai sayang. Kenapa duduk sorang-sorang
ni?” Tubuh si kecil kesayangan cuba dipeluk tapi ditepis oleh anaknya. Aik, dah
kenapa pula ni? Biasanya suka sangat kalau papa peluk.
“Amboi, sombongnya anak papa ni. Sayang
marahkan siapa ni?” Syed Muammar duduk di kerusi bersebelahan Allissa.
Kecil-kecil dah pandai merajuk. Nanti dah besar macam manalah agaknya. Adoi,
budak-budak zaman sekarang. Cepatlah kepala papa ni botak kalau macam ni Allissa
oi.
Allissa masih diam seribu bahasa. Makin
panjang muncung di bibirnya. Apa kenalah dengan budak ni. Syed Muammar mengeluh
perlahan. Dahlah dia penat seharian di pejabat. Balik-balik, dah kena mengadap
orang merajuk pula. Dia mengurut kepala yang terasa berdenyut tiba-tiba. Allissa...Allissa.
Dah tak sayang papa ke?
“Ok, kalau Lissa tak nak bagitau papa
tak apa. Papa penatlah. Papa nak masuk. Nak mandi. Nak solat. Nak makan. Lissa
duduklah sini sampai malam. Nanti, kalau hantu datang, Lissa bercakaplah dengan
dia.” Syed Muammar tahan ketawa bila melihat Allissa dah jeling maut kat dia.
Tahu pun takut. Dah tak nak bercakap dengan orang, bercakaplah dengan hantu.
“Bye
sayang.” Syed Muammar sedia untuk bangun. Allissa memerhati perbuatan papanya
dengan muka tak puas hati.
“Papa masuk dulu. Jangan lupa ya nanti
kirim salam kalau ada yang datang temankan Lissa.” Sengaja tambahkan sakit hati
anaknya. Sakit perut tahan ketawa bila tengok muka tak puas hati Allissa.
Berkerut seribu. Dah kalah muka nenek umur lapan puluh tahun. Tak nak layan
papa kan? Padan muka.
“Papa ni, jahatlah!” Nyaring suara
Allissa menjerit. Geram dengan papanya. Suka sangat nak menyakat.
“Alhamdulillah. Ada pun suara anak papa
ni.” Syed Muammar berpaling semula ke arah anaknya. Ketawa dilepaskan. Dah
senak perut tahan.
“Memanglah ada.” Allissa peluk tubuh.
Satu lagi jelingan maut dihadiahkan kepada papanya.
“Habis tu Lissa tak nak cakap dengan
papa. Papa nak masuklah. Ni kenapa ni? Masam aje papa tengok. Mulut tu, dah
macam mulut itik dah.” Syed Muammar ketawa lagi. Ikut perangai siapalah si
Allissa ni. Nenek kut?
“Dia rindukan auntie Ain lah tu,” Syed
Muammar berpaling. Kelihatan Puan Maziah terkedek-kedek menghampiri mereka.
Syed Muammar kembali menghadap anaknya. Sekali lagi dia mengeluh. Tak ada orang
lain ke? Kenapa pula nak kena rindu dengan auntie Ain ni?
“Papa ingatkan Lissa rindukan papa.
Sampai hati Lissa rindukan orang lain.” Sudah. Tadi anaknya yang merajuk. Ini
papanya pulak nak buat hal. Elok sangatlah tu anak-beranak.
“Buat apa nak rindukan papa. Hari-hari
pun Lissa jumpa papa. Lissa nak jumpa auntie Ain. Nenek, bila kita nak jumpa
auntie Ain?” rengek Lissa. Puan Maziah hanya mampu senyum. Hari ni aje dah
berapa kali dia dengar soalan tu. Dah habis idea nak jawab. Sekarang ni, biar
papanya sendirilah yang jawab.
“Kenapa Lissa nak sangat jumpa auntie Ain
tu? Baik sangat ke dia tu?” Tak puas hati. Dah naik muak dia dengar nama
perempuan tu. Nampak macam biasa-biasa aje. Tak adalah baik sangat pun.
“Sebab rindulah. Papa, jomlah kita pergi
jumpa auntie Ain. Papa...jomlah....” Dia tak akan berhenti sehingga
keinginannya tercapai. Dia tak peduli, yang dia tahu dia nak jumpa auntie Ain.
“Papa banyak kerjalah Allissa. Lissa
suruh ajelah dia datang sini. Papa nak masuklah.” Rimas betul. Macam tak ada
benda lain yang nak diminta. Kalau Lissa minta nak pergi luar negara, boleh
lagi dia tunaikan. Ini nak jumpa perempuan entah mana-mana, tak ada masa dia
nak layan.
“Papa, please. Lissa rindukan auntie Ain.” Dah mula nak menangis. Kenapa
susah sangat papa nak bawa dia jumpa auntie Ain. Dia cuma nak jumpa auntie Ain
aje.
“Lissa, papa penatlah!” Agak tinggi
suara Syed Muammar. Dah kenapa dengan anaknya ni?
“Papa memang tak sayang Lissa!” Suara
Allissa juga meninggi. Pantas kakinya berlari meninggalkan papa dan neneknya.
Air mata dah meluncur laju menuruni pipinya. Kenapa semua orang tak faham yang
dia memang rindukan auntie Ain? Dia tak tipu. Dia nak jumpa auntie Ain. Sampai
hati papa.
“Adoi, merajuk lagi. Lissa...Lissa. Tak
fahamlah papa macam ni.” Syed Muammar picit kepalanya yang makin berdenyut. Dia
mengeluh berat.
“Dahlah tu. Lissa tu budak-budak lagi.
Nanti Ammar pujuklah dia. Dah, masuk. Dah nak Maghrib ni.” Puan Maziah pun dah
tak tahu nak cakap apa. Allissa tu dah macam sayang sangat dekat Ain. Macam dah
tak boleh nak berpisah.
Bab 10
Syed Muammar tak jadi melangkah masuk ke dalam rumah
bila dia menangkap suara orang ketawa di taman. Dia menjenguk ke arah suara
itu. Allissa! Aik? Dah sihat ke? Bukan main kuat lagi anak daranya tu ketawa.
Tengah berborak dengan siapa? Syarifah Maisara? Macam bukan. Syed Muammar tak
puas hati. Pagi tadi sebelum pergi kerja, badan Allissa masih panas. Muka pun
pucat. Langkah diatur laju menuju ke arah anaknya.
“Hai sayang. Dah sihat ke anak papa ni?”
Tubuh kecil itu diraih ke dalam pelukan. Dahi puteri kesayangan dikucup penuh
kasih. Dah tak panas macam semalam. Muka pun ceria semacam.
“Mestilah dah. Auntie Ain kan ada.”
Sepantas kilat Syed Muammar berpaling ke arah wanita yang duduk bersama-sama
dengan anaknya. Terlupa. Pandangan mereka bersatu. Ain segera menundukkan wajah
bila dirasakan pandangan mata Syed Muammar agak berlainan. Marah ke? Tapi
kenapa? Nak senyum pun tak jadi.
Syed Muammar masih diam. Usahkan nak
tegur, senyum pun tak nampak. Ain jadi tak senang duduk. Mamat ni dah kenapa?
Dia ada buat salah ke? Agak-agaklah sikit kalau nak tenung orang pun. Datang
jenguk anak dia yang sakit aje kut? Takkan tu pun tak boleh. Kalau bukan sebab
Puan Maziah yang telefon suruh dia datang, dia pun tak ingin nak datanglah.
“Papa, kenapa papa tengok auntie Ain
macam tu? Papa suka kat auntie Ain ya?” Senyum Allissa dah sampai ke telinga.
Mestilah papa dia suka sebab auntie Ain kan baik. Cantik.
Syed Muammar segera mematikan
renungannya. Dia kembali menghadap puteri kesayangannya. Budak ni, mulut tak
ada insurans ke? Dia berdehem kecil, cuba mengurangkan rasa malu ditegur begitu
oleh anak sendiri. Jangan nak perasan. Dia cuma nak tengok betul-betul
perempuan yang si Allissa ni rindu sangat. Nampak macam biasa-biasa saja.
“Mana ada. Pandai-pandai aje anak papa
ni. Dahlah, jom kita masuk. Dah petang sangat ni.”
Ain rasa kulit wajahnya kebas. Kenapa
hati dia rasa sakit semacam aje ni? Berdegup kalah orang lari pecut. Malunya!
“Alah papa. Auntie Ain baru aje sampai.
Lissa tak puas lagi berborak dengan auntie Ain. Kalau papa nak masuk, papa
masuklah. Lissa nak duduk sini dengan auntie Ain,” rengek si manja. Ain tak
masuk campur. Macam mana nak cakap kalau nak buka mulut dia rasa payah semacam.
Dah macam kena gam aje bibirnya. Nak telan liur pun rasa tersekat.
“Lissa...sayangkan tak sihat sepenuhnya
lagi. Nanti, kalau sakit lagi macam mana? Papa juga yang susah tau.” Tak tahu
kenapa dia rasa tak sedap hati bila anaknya terlalu rapat dengan perempuan ini.
Macam ada yang tak kena aje.
“Lissa dah sihatlah papa. Papa rasa dahi
Lissa, dah tak panaskan?” Allissa menarik tangan papanya dan meletakkannya di
atas dahinya. Dia tak tipu. Dia memang dah sihat sepenuhnya.
“Tak panaskan? Hah, tu maknanya Lissa
dah sihat.” Allissa pamer senyum lebar. Ain pula rasa nak tergelak. Bijak betul
budak ni.
“Auntie, auntie cakaplah dekat papa yang
Lissa dah sihat.” Seboleh-bolehnya dia nak papanya tahu yang dia memang dah
sihat. Ain terkedu. Dia nak cakap apa? Dia pandang sekilas ke arah Syed
Muammar. Nak cakap dekat mamat ni? Tak payah kut.
“Ok. Papa percaya. Dahlah, papa nak
masuk. Jangan lama-lama sangat kat luar.” Akhirnya si papa dah mengalah. Syed
Muammar geleng kepala. Macam-macam betul anaknya yang seorang ini. Tak pernah
nak kalah.
“Oppsss...tunggu dulu papa. Lissa rasa
nak pergi toiletlah. Boleh tak papa
temankan auntie Ain sekejap? Sekejap aje. Ok, papa.” Tak sempat Syed Muammar
nak cakap apa-apa, Allissa terlebih dahulu melompat dari kerusi dan berlari ke
dalam rumah. Dah tak tahan sangat agaknya. Nasib baiklah si Allissa ni sorang
aje anaknya. Kalau ada sepuluh yang macam ni, memang bersara awallah dia.
Alamak, Allissa ni pun. Waktu ni jugalah
dia nak pergi toilet. Ain garu
kepala. Dia pandang Syed Muammar yang membelakanginya. Atas bawah. Tegapnya
badan dia. Pandangan Ain jatuh ke lengan Syed Muammar yang separuh terdedah
apabila lengan baju kemeja biru yang dipakai oleh lelaki itu dilipat hingga ke
siku. Ala-ala Adi Putra. Eh, Ain. Apa yang kau tengah buat ni? Cepat-cepat
dimatikan lamunan yang entah apa-apa tu. Boleh pula dia fikir sampai ke situ.
Gila!
Syed Muammar masih bercekak pinggang.
Allissa suruh dia temankan perempuan ni. Apa dia nak buat? Takkan nak berdiri
macam patung cendana aje kat sini? Nak kena berborak ke? Nak cakap apa?
Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menghadap Ain. Perempuan itu hanya
tunduk memandang meja. Bibirnya terkatup kemas. Syed Muammar garu kepala. Sopan
ke kalau dia masuk aje dalam rumah?
Ain angkat sedikit wajahnya. Cuba
beranikan diri untuk senyum. Dah datang rumah orangkan, takkan nak buat sombong
pula. “Kalau Encik Syed nak masuk pun, tak apa. Saya boleh tunggu kat sini.”
Alamak, kenapa suara dia bergetar? Cakap dengan papa Allissa aje kut. Adoi.
“Hmm...” Memang itu pun yang dia nak
buat. Bukan ada faedah pun dia duduk kat sini. Syed Muammar kembali memusingkan
badannya. Dia berjalan selangkah sebelum kembali memusingkan badannya menghadap
Ain semula. Dia perlu dapatkan kepastian.
“Err...boleh saya tanya sesuatu?” Ain
angkat kening sebelum mengangguk perlahan. Dia pandang tepat ke wajah Syed
Muammar. Tertanya-tanya apa yang nak ditanya oleh Syed Muammar.
“Awak ada bagi anak saya tu makan
apa-apa ke?” Nah, straight to the point.
Syed Muammar tak pandai nak tanya bengkang-bengkok. Maaflah.
“Hah?” Apa jenis soalan ni? Ain tak
tunggu lama, dia angguk. Dah orang tanya, dia jawablah.
Syed Muammar kerut dahi. Jujurnya! Patutlah
si Allissa tu angau semacam aje. “Awak bagi dia makan apa?” Muka aje macam
suci. Dengan budak pun kau main kotor ya.
“Ni.” Ain tunjuk ke arah pinggan yang
berisi buah anggur yang dibawanya tadi. Dia tak tahu nak bawa apa. Ini aje yang
sempat di beli.
Syed Muammar tenganga. Rasa marahnya
sebentar tadi seakan lenyap tiba-tiba. Lurus bendul betullah perempuan ni. Patutlah
jujur sangat jawab.
“Encik Syed nak?” Ain hulur pinggan yang
berisi anggur kepada Syed Muammar. Cepat-cepat Syed Muammar geleng kepala.
“Awak makanlah. Saya masuk dulu.”
Cepat-cepat dia melangkah pergi. Adoi... apa ke lurus bendul sangat dia tu?
Tanpa sedar bibirnya mengulum senyum. Ada juga orang macam tu.
“Hai, Ammar. Apa yang senyum-senyum tu?
Dah jumpa Ain kat luar?” tanya Puan Maziah. Apa kena pula dengan anaknya ni
senyum sorang-sorang?
“Hah? Dah.” Mati terus senyumnya. Mama,
jangan fikir bukan-bukan ok!
Puan Maziah pandang anaknya yang sudah
hilang ke tingkat atas. Perlahan-lahan, bibirnya juga turut menguntum senyum.
Boleh tak dia nak fikir lebih sikit? Tak salahkan? Kalau ya pun, dia memang tak
ada bantahan langsung. Sokong seratus peratus. Allissa lagilah. Memang
melompatlah cucunya tu nanti.
hohohohoho...sampai sini je ek korangsss....nnt dapatkan versi cetak tau utk tahu kisah selanjutnye..hehe..kalo nk tau la..kalo takmo tahu pun takpe..hahahahahahha....anyway..thnks korangss sbb support kitew...huhu..tak sangka da 4buah novel kite buat...sobsss...tak penah mimpi boley smpai ke tahap ni..ingatkan stop smpai Sepupuku Suamiku je...huhuhuhu....inshaaAllah...kitew akan terus menulis jika masih ada yg sudi baca...doakan kite terus diberikan kekuatan dan ilham utk berkarya ye kawan2...hehe...sayang korang ketat2..muahhhsssss...
No comments:
Post a Comment