2013-10-23

Tanya Sama Hati 48


aisemenggggggg....ai da terjatuh cinto kat budak comey yg amat nih...layan je la korang ekss...kihkih...sebenarnye nk tunjuk yg ai tgh kompius lagi..kihkih

Bab 48
Sepanjang perjalanan pulang, tak sepatah pun Faiz bercakap dengan mamanya. Dia masih rasa sakit hati. Sampai sahaja di rumah, dia terus meluru masuk dan bercekak pinggang di ruang tamu. Dia mahu tahu apa alasan mamanya bertindak sedemikian.
“Kenapa mama buat macam tu? Kenapa mama tak bagitahu perkara sebenar saja?” Dia tak dapat tahan lagi. Marahnya meletus. Tapi Puan Sofia hanya diam. Dia tertunduk lesu di sofa.
“Mama, please. Kenapa mama buat macam tu? Mama buat perkara ni jadi makin rumit.” Diikutkan hati, mahu saja dia ceritakan duduk perkara sebenar. Biar lelaki itu juga tahu siapa papanya yang sebenar.
“Mama tak boleh bagitahu, Faiz. Mama tak ada hak nak bagitahu semua tu. Biar papa saja yang selesaikan perkara ini.” Dia tak mahu, kerana mulutnya suaminya terpaksa tanggung masalah.  Lagipun, dia tak mahu bikin kecoh di tempat awam.
“Tapi mama, mama isteri papa. Faiz ni anak dia. Kenapa mama nak nafikan hak tu?” Faiz tak faham. Apa sebenarnya yang mamanya fikirkan. Dia malu dengan Ika. Wanita itu juga diam sejak keluar dari tandas. Dia tak tahu apa tanggapan wanita itu nanti.
“Dahlah Faiz. Mama penat. Mama nak naik.” Puan Sofia bingkas bangun dan menuju ke tingkat atas. Meninggalkan Faiz dengan soalan yang tak berjawab. Kalau anaknya sedih, dia seribu kali lebih sedih. Bukan senang untuk dia menuturkan kata-kata itu. Terpaksa menafikan status diri sendiri demi menjaga air muka suami. Tapi dia tak berdaya.
Faiz tumbuk sofa. Betul-betul tak puas hati. Tak puas hati dengan mamanya yang sanggup mereka-reka cerita. Tak puas hati dengan sikap papanya yang hanya berdiam diri, membiarkan mamanya menjawab semuanya. Tak puas hati dengan Ika juga. Sikap wanita itu terus berubah bila nampak lelaki yang muncul secara tiba-tiba itu.
Telefon bimbit segera dicapai. Dia mahu menghubungi Ika. Kasihan wanita itu. Tak pasal-pasal terbabit sama dalam dilema keluarganya. Pasti dia terkejut. Beberapa kali dia mencuba. Gagal. Telefon bimbit Ika dimatikan. Faiz tambah bingung. Kenapa wanita itu matikan telefon bimbit?
>> 
Hilmi bersendirian di luar rumah. Dia masih memikirkan peristiwa siang tadi. Kawan lama? Dia tak percaya. Gusar di wajah wanita itu dan papanya seakan merahsiakan sesuatu. Entah kenapa hatinya sangat yakin yang wanita itu adalah wanita sama yang dia nampak sewaktu menghantar Azlan tempoh hari. Wanita yang menyalami tangan papanya.
“Mi ada masalah ke?” Hilmi sedikit tersentak. Encik Zainal berdiri betul-betul di belakangnya. Lengkap berkain pelikat dan berkopiah putih. Perwatakan papanya ini membuatkan curiganya bertambah. Tak mungkin papanya ada menyimpan perempuan.
“Masalah papa.” Berterus-terang. Encik Zainal angguk kepala. Dia faham. Dia mengambil duduk di hadapan anaknya. Mungkin sudah tiba masanya segala-galanya dirungkaikan. Sudah letih rasanya. Hampir tiga puluh tahun.
“Papa faham apa yang Mi cuba nak sampaikan. Mesti Mi nak tahu siapa sebenarnya wanita yang ada di samping papa siang tadi kan?” Encik Zainal tarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan. Dia harap apa yang bakal disampaikan nanti dapat diterima oleh anaknya.
“Rasanya memang papa patut jelaskan sebab Mi tak rasa yang dia hanya kawan lama papa.” Hilmi pandang tepat ke depan. Langsung tak menoleh ke arah papanya. Jauh di sudut hatinya mahu papanya menegaskan yang wanita itu memang seorang kawan lama!
“Papa dah tua. Mungkin umur pun dah tak panjang. Papa pun tak berniat nak berahsia. Mungkin dah tiba masanya.” Encik Zainal berhenti seketika. Dia pejam mata. Sekali lagi nafasnya ditarik.
“Dia memang kawan lama papa.” Hilmi menoleh ke arah papanya.
“Dia juga adalah wanita pertama dalam hidup papa.” Encik Zainal menyambung bicara. Hilmi mengalih pandangan. Sudah dia agak.
“Kami bercinta sebelum papa kenal dengan mama. Atuk Mi yang nak sangat papa kahwin dengan mama sebab mama dah jatuh cinta dengan papa.” Kisah lama kembali terbongkar. Dia mahu lupakan tapi keadaan memaksanya untuk mengingat kembali peristiwa itu.
“Kenapa papa tak tolak?” Jadi selama ini papa menyayangi mama kerana terpaksa? Papa tak ikhlas cintakan mama.
“Papa tak mampu nak tolak. Mama hampir nak bunuh diri selepas papa tolak permintaan atuk dulu. Jadi, papa terpaksa juga setuju dengan perkahwinan tu. Dan papa akui waktu tu memang papa dah tersentuh dengan kesungguhan mama. Dia betul-betul cintakan papa.” Dalam diam, dia sudah jatuh sayang pada isterinya itu. Cuma dia tak sampai hati nak kecewakan Sofia. Wanita itu cinta pertamanya.
“Jadi selama ni, papa hanya kasihankan mama? Bukan cinta?” Hilmi cuba menguji hati papanya.
“Perasaan cinta tu datang sendiri bila kami dah kahwin. Mama terlalu baik dan papa tak sanggup nak hampakan hati mama.” Encik Zainal tak bohong bila dia kata dia cintakan isterinya yang pertama itu. Dia juga terlalu cintakan Sofia. Sebab itu dia ambil keputusan untuk memiliki wanita itu secara sah.
“Wanita itu?” Tak mungkin papa dapat melupakan cinta pertamanya dengan begitu mudah. Buktinya sekarang, sudah hampir tiga puluh tahun tapi masih berhubungan.
“Dia cinta pertama papa. Papa dah janji untuk jaga dia seumur hidup papa. Papa tak boleh mungkir janji.” Memang berat untuk dia ambil keputusan itu tapi dia tak mahu jadi orang yang mungkir janji. Apatah lagi dia tak dapat nak lupakan Sofia.
“Jadi?” Dia mahu tahu status wanita itu. Biar semuanya jelas.
“Papa ambil keputusan untuk menikahi Sofia setahun selepas papa menikah dengan mama. Bukan sebab papa tak cintakan mama, tapi papa tak boleh lupakan Sofia. Papa kena tunaikan janji.” Dia mahu anaknya faham. Dia tak buat semua itu kerana suka-suka atau ikutkan nafsu. Dia menyayangi kedua-dua wanita yang dinikahinya itu. Semuanya sama rata.
Hilmi terdiam. Papa dah mengaku. Telahannya memang betul. Wanita yang bernama Sofia itu bukan sekadar kawan lama. Sampai hati papa. Bertahun papa rahsiakan perkara sebesar ini daripada pengetahuan mereka. Papa curang dengan mama.
“Papa minta maaf. Papa tak berniat nak rahsiakan perkara ini. Papa cuma tak nak keluarga papa kucar-kacir disebabkan keputusan yang papa ambil tu.” Hilmi masih diam. Tak berniat nak dengar apa-apa lagi. Sekarang semuanya dah jelas. Dia kecewa.
“Papa tak perlu minta maaf dengan Mi. Minta maaf dengan mama. Papa dah menduakan mama.” Hilmi bingkas bangun. Selangkah dan langkahnya mati.
“Mama.” Mamanya sedang berdiri tegak di hadapannya saat ini. Dia tak tahu sudah berapa lama mamanya di situ. Mama menangis. Rasanya tak perlu diterangkan lagi. Hilmi meraup mukanya.
“Za.” Segera rasa bersalah menyelinap ke hatinya. Semuanya dah terbongkar. Isteri pertamanya dah tahu kebenarannya. Kebenaran yang sangat memeritkan.
“Mama dah dengar semuanya. Tak perlu terangkan apa-apa lagi.” Puan Zalina menyeka air matanya. Dia menghampiri anak lelaki dan suaminya. Dia kelihatan tenang.
“Mama dah lama tahu. Sebelum mama berkahwin dengan papa pun, mama dah tahu yang papa dah ada kekasih. Tapi mama tak kira. Waktu tu, yang mama tahu mama nak kahwin juga dengan papa.” Sekali-sekala dia menyeka air mata yang masih galak mengalir. Hilmi dan Encik Zainal terdiam. Patutlah Puan Zalina kelihatan tenang. Kalau wanita lain, pasti sudah mengamuk. Siapa yang mahu dirinya dimadukan.
“Mama yang rampas papa daripada kekasih papa.” Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis. Dia tahu dia dah buat salah. Dia sudah putuskan perhubungan antara dua kekasih yang saling mencinta. Dia pentingkan diri sendiri.
“Mama tahu papa dah kahwin lain?” Puan Zalina diam. Dia memandang wajah suaminya yang kelihatan seperti orang bersalah. Kemudian dia pandang pula wajah anak lelakinya.
“Awalnya memang mama tak tahu. Tapi bila papa kerap sangat outstation, mama jadi curiga. Mama diamkan saja. Mungkin itu balasan buat mama. Mama cuba untuk terima kenyataan.” Memang sepatutnya dia terima balasan itu. Dalam diam dia merelakan andai suaminya betul-betul dah berkahwin lain. Tapi malam ini, semuanya dah terungkai. Suaminya betul-betul sudah berkahwin dengan kekasih hatinya.
“Mama tak kisah?” Hilmi tak puas hati. Takkan semudah itu mamanya boleh terima perkara ini. Encik Zainal hanya diam membisu. Membiarkan anak lelakinya bersoal jawab dengan isterinya.
“Mama dah tua Mi. Apa yang mama nak mama dah dapat. Mama tak perlukan apa-apa lagi. Lagipun, sepanjang perkahwinan mama, papa tak pernah abaikan mama. Papa terlalu baik. Itu sudah cukup buat mama.” Tak guna jika dia mahu mengamuk sekarang. Semuanya sudah terjadi. Hidupnya bahagia. Punya suami yang penyayang. Punya anak yang baik. Itu semua sudah cukup.
“Abang, Za nak minta maaf. Disebabkan sikap pentingkan diri sendiri Za dulu, abang terpaksa korbankan cinta abang. Za betul-betul minta maaf bang. Za bersalah dengan abang. Dengan Sofia juga.” Air matanya mengalir laju. Bertahun dia pendam rasa bersalah. Disebabkan rasa bersalah itu juga dia redha dengan semuanya.
“Dahlah tu Za. Semuanya dah berlaku. Dah tiga puluh tahun kita kahwin. Abang pun bahagia.” Encik Zainal mengusap bahu isterinya. Sayu dia melihat tangisan isteri pertamanya itu. Sayangnya tak pernah kurang. Makin bertambah. Zalina memang seorang isteri yang baik. Keperluannya tak pernah kurang. Semuanya dijaga dengan baik.
“Mi tak ada hak nak campur urusan mama dan papa. Mi mintak maaf kalau Mi dah berkasar dengan papa tadi. Semua ini terlalu mengejut.” Hilmi menyedari keterlanjurannya. Dia cuma mahu tahu kebenaran.
“Terima kasih Za sebab sudi maafkan abang.” Tangan isterinya digenggam erat. Dia sayang kedua-duanya. Walaupun Sofia adalah cinta pertamanya, tapi Zalina adalah isteri pertamanya.
“Za yang sepatutnya berterima kasih dengan abang sebab sudi terima Za. Kalau ada masa, bawalah isteri abang tu datang sini. Za pun teringin juga nak kenal dengan madu Za.” Senyum mula terukir di bibirnya. Hatinya kini lega. Rasa bersalah sedikit hilang saat ungkapan maafnya diterima.
“Insya Allah Za. Nanti abang cakap dengan dia.” Encik Zainal juga ukir senyum. Syukurlah semua kekusutan dah terlerai tanpa ada pergaduhan. Lapang dadanya. Sofia juga pasti gembira bila tahu akan perkara ini. Dah lama sangat isterinya itu menunggu. 
kiss sikittt...hikhik...muah2 sbb sudi baca smpai abes...muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhsssss...


4 comments:

  1. hikhi...pendek ke kak na?hahaha...sabar ye...nak menyusun ayat ni...hehe

    ReplyDelete
  2. pendek..tp kira syukur kah semua nya dh terugkai..

    ReplyDelete
  3. hehe...pendek ek eija?hehe..inshaaAllah next entry sy try wat panjang lagi..ini pun kalo dlm msword dah lebih 5pages...hehe..thats why sy ingat da panjang..hehe..terima kasih sebab sudi baca ya...

    ReplyDelete