Assalamualaikum semuaaaaaaaa...selamat hari Sabtu...hehe..mesti ramai yg da plan nk keluar jenjalan...hehe...sblm tu, meh kite baca dulu sambungan e-novel KAW ni eks...hehe...semoga terhibur...jangan lupa senyum selalu ok! muahssss....kalo tak puas ati bleh komen kt bawah..nnt kite baca yer..hehe... :)
Boley la...agak2 sesuai ke ngan jalan citer ni?hahahaha.... |
Bab 4
Selesai kenduri
doa selamat di rumah Mak Wan. Sarah melepaskan keluhan. Penat yang amat. Mana
pernah buat kerja macam ni. Kalau ada pun, dulu-dulu aje. Kalau kat KL ni,
mesti tengah berjimba-jimba dengan
Roy. Rindu Roy. Apalah lelaki kesayangannya tu buat agaknya.
“Penat
ke?” Kak Hana melabuhkan duduk di sebelah Sarah. Tak pernah tak senyum mak cik
seorang ni. Tak penat ke asyik senyum?
“Agaklah.
Mana anak-anak Kak Hana?” Anak Kak Hana dah tiga! Cepat betul. Dia dengan Kak
Hana cuma berbeza tiga tahun aje.
“Ada
kat dalam dengan walidnya. Sarah bila lagi?” Lama tak jumpa, banyak yang nak
diborakkan tapi masa tak panjang.
“Bila
lagi apa kak?” Buat-buat tak faham. Bosan betul dari tadi asyik tanya benda
yang sama. Tak ada ke soalan yang mencabar minda sikit?
“Nak
berdualah. Nanti boleh bertiga, berempat.”
“Tak
sedia lagilah Kak Hana. Rasa macam muda lagi ni.” Perasan. Mudalah sangat.
“Muda
apanya. Dah ada calon?” Korek Kak Hana. Sarah garu kepala. Ini yang dia malas
ni.
“Calon?
Calon pilihanraya ke Kak Hana?” Sempat lagi buat lawak budak sekolah. Tak
payahlah jawab.
“Ish,
budak ni. Orang tanya betul-betul dia main-main pula. Kalau tak ada calon, akak
ada.” Sarah melirik pada Kak Hana. Ini mesti sama macam mak cik-mak cik tadi.
Kenapalah ramai sangat orang nak jodohkan dia dengan Hadi ni? Tak sesuailah.
“Kalau
akak nak suruh saya kahwin dengan adik akak tu, terima kasih ajelah kak. Saya
ni bukannya baik sangat. Macam langit dengan bumi kalau dengan Hadi tu.”
Terus-terang. Senang. Harap-harap tak ada lagi yang nak jodohkan dia dengan
Hadi. Kalau Roy tahu ni, mesti tak senang duduk. Silap haribulan, terus masuk
meminang.
“Apa
salahnya. Tak ada manusia yang sempurna Sarah. Hadi tu pun banyak
kekurangannya. Tapi kalau Sarah dah ada pilihan sendiri, tak apalah. Akak
bukannya nak paksa. Sekarang ni bukannya zaman dulu-dulu main kahwin paksa.
Lagipun tak elok.” Lega sikit Sarah dengar kata-kata Ustazah Nur Hana. Lembut
aje. Sama macam orangnya.
“Hadi
sekarang kerja kat mana kak?” Korek sikit-sikit tak apa kut. Tadi dia dah
berpeluang tengok si Hadi yang jadi kegilaan ramai mak cik-mak cik. Patutlah
berkenan sangat pun. Bolehlah tahan. Tekaannya meleset sama sekali. Tak ada
janggut panjang, tak ada misai, tak ada serban melilit, dan tak ada kain
pelikat. Yang ini ustaz moden. Janggut tu ada tapi pendek aje. Sedap mata
memandang orang kata.
“Pensyarah kat UIA. Dekat tak dengan
Sarah?”
“Oh, jauh jugak. Dah lama ke dia kerja kat situ?”
“Taklah.
Baru aje. Dua bulan tak silap akak. Bukan apa, Hadi yang suruh kami cari calon
untuk dia. Tak sempat nak mencari katanya.” Sarah mengangguk. Patutlah pun.
“Takkanlah
masa duduk kat Mesir tu tak jumpa? Bukan ramai ke student yang kahwin masa study
kat sana?” Budak-budak aliran agama kan ramai yang macam tu? Kahwin awal, nak
elak maksiat katanya.
“Entahlah
dia tu. Tak ada yang berkenan kut.”
Boleh
tahan memilih juga ustaz ni ya. Tapi minta maaflah ustaz, saya tak berminatlah.
Saya takut nanti bukan saya yang ikut ustaz, tapi ustaz yang ikut saya. Tak ke
haru tu? Kecoh satu kampung nanti. Ustaz nak ke?
“Kak,
Sarah balik dululah. Dah melekit-lekit badan ni.” Sarah minta diri. Sehari
suntuk pakai baju kurung, siap bertudung. Memang tak tahan. Dah gatal-gatal
badannya ni. Lambatnya esok, tak sabar nak balik KL.
>>
Sarah segera
mematikan talian apabila Mak Jah menjenguk melalui pintu bilik. Mak dengar ke
dia tengah cakap dengan Roy? Haruslah dengan suara manja-manja. Dua hari kut
tak jumpa buah hati pengarang jantung. Rindu tak payah cakaplah. Dengar suara
Roy pun dah tahu yang lelaki itu pun sedang menanggung rindu.
“Kamu
bercakap dengan siapa tu Sarah?” soal Mak Jah. Dia sekadar mahu menjenguk anak
daranya. Dah tidur ke belum. Dah lebih pukul sepuluh malam.
“Lisa
mak. Dia tanya Sarah nak balik pukul berapa esok.” Menipu lagi. Terpaksa!
“Hmm...dah
lewat ni. Mak nak tidur. Kamu tu jangan tidur lewat sangat. Esok dah nak balik.
Ada yang terlajar tidur nanti.” Sarah sekadar mengangguk. Mak Jah menutup pintu
bilik anaknya. Lewat apanya baru pukul sepuluh setengah. Bosannya. Kalau kat KL
ni mesti dia dah keluar dengan Roy.
Tadi
Roy yang telefon. Nak bagitahu Melissa ajak dia keluar. Ikutkan hati, tak ada mood nak keluar tapi Melissa dah ajak,
terpaksalah juga keluar. Duduk rumah pun bukan buat apa. Sarah tak menghalang.
Kesian juga kalau dihalang. Lagipun keluar dengan Melissa aje. Bukannya orang
lain.
>>
Melissa
merapati Roy yang sedang termenung di meja. Muka monyok semacam. Tahulah rindu
kat buah hati tapi takkanlah sampai macam tu sekali. Baru dua hari tak jumpa.
Aduh, parah sungguh. Orang lain pun bercinta juga. Orang suruh kahwin tak nak.
“Takkanlah
you nak monyok sepanjang malam? Rilekslah bro. Esok Sarah baliklah. I ajak you
keluar ni nak suruh you rasa happy sikit. Tapi macam sama aje kalau duduk rumah
pun.” Melissa meneguk minumannya. Tak faham betullah.
“Tak
ada moodlah Lissa. You pergilah. I ok
aje kat sini.” Sesekali kepalanya turut bergoyang mengikut rentak muzik. Tak
tahulah kenapa dia rindu sangat dekat Sarah. Dah lama tak berpisah kut.
“I
tengok you moody macam ni pun terus
tak ada mood sama nak enjoy. Untunglah Sarah dapat pakwe macam
you. Setia, penyayang, romantik....” Melissa mengeluh sendiri. Sarah memang
beruntung dari dulu. Semua yang gadis itu inginkan, mesti dapat. Tak macam dia.
Semuanya tunggang-langgang.
“You
pun untung apa. I tengok ramai aje lelaki yang baik nak dekat you. You aje yang
jual mahal.” Melissa mencebik. Baik tapi poket kosong buat apa. Mesti ada
kedua-duanya kalau nak menangi hati Melissa.
“Baik
aje tak cukup. Roy, I nak tanya satu soalan boleh?” Melissa meletakkan gelas
minumannya dan berpaling menghadap Roy.
“Apa
dia?”
“Kenapa
you sayang sangat kat Sarah tu ya?” Bukan nak busy body tapi dia pelik.
Sekarang ni memang susah nak cari lelaki macam Roy. Betul-betul setia.
Soalan
Melissa hanya dijawab dengan senyuman. Kenapa dia sayang sangat dekat Sarah?
Entah, dia pun tiada jawapan untuk soalan itu. Tapi apa yang dia tahu, Sarah
adalah wanita terbaik untuknya. Hidup tanpa Sarah ibarat hidup tanpa oksigen.
Mungkin kedengaran melampau tapi itulah hakikatnya.
“I
peliklah. You ni handsome, bekerjaya.
Tipulah kalau tak ada perempuan lain yang nak dekat dengan you. Tapi I tengok
you tetap juga setia kat Sarah. Bagi I, Sarah tu tak adalah cantik sangat pun.”
Tak teragak-agak Melissa meluahkan apa yang difikirkannya. Tapi inilah dirinya.
Tak reti nak berbohong.
“Cantik
tak menjanjikan apa-apa pun Lissa. I ikhlas sayangkan Sarah. Cuma I masih tak
sedia nak jadi suami. Tapi I janji I akan tetap nikah dengan Sarah satu hari
nanti.” Rasanya itu dah cukup. Sarah tetap wanita tercantik di matanya.
“Untunglah.
I juga yang kempunan...” Melissa mengeluh lagi. Bila agaknya dia dapat jumpa
lelaki macam Roy. Bosanlah hidup asyik kena tipu dengan lelaki saja.
“Itulah,
orang nak you tak nak.” Roy meneguk minumannya. Dah hampir ke pukul dua belas
tengah malam. Cukuplah setakat ini. Dia nak balik. Duduk kat sini lama-lama pun
bukan dapat apa-apa. Baik dia balik dan tidur.
“I
balik dululah. Mengantuk pula rasanya.” Roy bersedia untuk pulang. Hatinya
betul-betul tak ada di sini.
“Eh,
rilekslah. Awal lagi kut.” Melissa masih tak mahu pulang.
“I
penatlah. You enjoy ok. See you.” Roy tumbuk perlahan bahu
Melissa yang terdedah. Melissa kecewa. Nampaknya dia berseoranganlah malam ni.
Ah, tak kisahlah asalkan boleh enjoy.
Sarah
juga masih belum tidur. Tadi bukan main mengantuk lagi. Apa taknya seharian di
rumah Mak Wan. Dah macam kerja buruh lagaknya. Tapi mungkin sebab dah terbiasa
tidur lewat. Jemarinya ligat menekan punat telefon. Membalas mesej yang
dihantar Roy. Kadang-kadang mereka lebih selesa berbalas mesej. Terasa macam
orang muda bercinta. Tapi memang masih muda pun kan?
Agak-agaknya
bilalah dia dan Roy akan berkahwin? Hidup macam ni pun penat juga. Tengoklah
macam sekarang. Terpaksa berpisah kalau balik kampung. Kalau dah nikah kan
senang, angkut saja semua. Tak perlu nak tanggung rindu macam ni. Tapi dia tak
nak memaksa. Dia tahu Roy pun fikir benda yang sama. Tunggu sajalah. Sampai
masa nanti, kahwin juga.
Mata
pun dah pedih. Esok perlu memandu jauh. Dah wajib tidur dah ni. Telefon
dicampak ke tepi. Mata dipejam dan bantal busuknya dipeluk erat. Semoga esok
cepat tiba supaya dia boleh cepat-cepat jumpa Roy.
Bila nak sambung ni ??😂😂
ReplyDelete