Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaaaaaaa!!!arini selangor cuti...so UKM pun cuti...so cik lynn pun cuti jugek le...hehe..walaupun mmg setiap hari Rabu i cuti..hahahahahha...okeh...bagi yg bercuti gak..selamat bercuti...bagi yg terlibat banjir...harap korang banyak bersabar....setiap yg berlaku ada hikmahnya...Allah itu Maha Penyayang....umh cik lynn kat kg pun banjir gak uollsss...sobsss....selamat menghayati bab seterusnya ini!!!
Bab 52
Syarifah memandang tepat ke arah sahabat baiknya.
Wajahnya tak bermaya. Tiada senyuman dan keceriaan. Terperanjat besar dia tadi
bila Ika menceritakan duduk perkara sebenar. Macam tak masuk akal tapi itulah
kenyataannya. Dan sekarang kawannya itu terpaksa mengambil keputusan muktamad.
Keputusan yang merobek hati wanitanya. Berat telinga yang mendengar, berat lagi
bahu yang memikul.
“Kau yakin dengan keputusan kau?” Secara tak langsung
dia turut terbabit sama dalam masalah yang Ika sedang tanggung. Rasa kesal
masih menebal. Tak sangka boleh jadi sampai teruk macam ni.
“Aku dah tak ada pilihan Sya. Aku yang buat masalah,
jadi aku yang kena selesaikan. Aku rasa itu saja yang terbaik.” Berat hatinya
nak buat keputusan itu tapi dia terpaksa. Biarlah hatinya terluka asal orang
lain bahagia. Jangan sampai ada nyawa yang melayang disebabkan olehnya.
“Keluarga kau dah tahu?” Tangan Ika digenggam. Cuba
salurkan sedikit kekuatan.
“Belum.” Semuanya masih dalam perancangan. Dia sedang
cuba untuk mengumpul kekuatan untuk menerima keputusan yang dibuat sendiri ini.
“Faiz dah tahu?” Syarifah tahu lelaki itu sedang
terlantar di hospital akibat kemalangan. Disebabkan itu juga Ika ambil
keputusan ini.
“Aku tak nak kacau dia buat sementara waktu ni. Biar dia
betul-betul sihat dulu. Mungkin waktu itu senang sikit nak berbincang.” Puan
Sofia sudah menghubungi dia pagi tadi, mengatakan yang Faiz sudah sedar tapi masih
lemah. Dia pun belum lagi melawat lelaki itu hari ini. Masih tak kuat nak
berdepan dengan Faiz.
“Aku sebenarnya rasa bersalah sangat-sangat. Kalau bukan
sebab aku yang pandai-pandai suruh kau berbaik dengan Hilmi, semua ni mesti tak
akan berlaku. Aku betul-betul minta maaf, Ika.” Menyesal tak sudah.
“Benda dah jadi Sya. Kau tak salah pun. Aku tahu kau
cuma nak tolong aku. Memang bukan jodoh aku dengan Hilmi. Itik hodoh tak akan
dapat berkawan dengan angsa yang cantik.” Pedih hatinya untuk menuturkan ayat
itu tapi itulah hakikatnya. Jodoh bukan ditangannya.
“Tak baik kau cakap macam tu. Kita semua sama saja.
Setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangannya.”
“Tapi itulah kenyataannya. Lagipun, mungkin ini balasan
untuk aku sebab tak jujur dengan tunang aku sendiri.” Cukuplah sekali dia buat
kesilapan. Dia tak nak ulang lagi. Semuanya itu pengajaran kepadanya.
“Kau bukan tak jujur. Kau cuma keliru dengan perasaan
kau. Kau cintakan Hilmi, itu kau tak boleh nafikan. Tapi dalam masa yang sama
kau terikat dengan Faiz dan kau juga sayangkan dia.” Ika angguk lemah. Dia tak
dapat nafikan kenyataan itu. Cintakan lelaki lain dan terikat dengan lelaki
lain. Dia tak boleh salahkan Faiz sebab dia yang setuju menerima lamaran lelaki
itu. Cuma masanya tidak tepat.
“Aku tak boleh halang atau bantah keputusan yang kau dah
ambil. Cuma bagi aku, kau masih boleh berfikir sebaiknya. Buat solat
istikharah. Itu yang sebaiknya.” Ika buat keputusan dalam keadaan terdesak dan
dengan hati yang sarat rasa bersalah. Mungkin dia tak boleh berfikir dengan
baik.
“Dah tak ada apa yang nak difikirkan. Dah lama sangat
masa yang aku ambil untuk buat keputusan. Rasanya lebih baik kita pilih orang
yang mencintai kita daripada kita yang terhegeh-hegeh cintakan dia.” Ika tunduk
memandang meja. Dia seharusnya terima itu sejak dulu lagi. Cuma dia yang
beria-ia cintakan Hilmi sedangkan lelaki itu hanya menganggapnya sebagai kawan
saja.
“Kau yakin Hilmi tak cintakan kau?” Syarifah cuba
menggoyahkan keyakinan Ika.
“Aku sepatutnya sedar benda tu dari awal lagi. Hilmi tak
mungkin cintakan aku. Walaupun aku sedar yang kami semakin rapat kebelakangan
ni tapi rasanya itu tak cukup untuk buat dia jatuh cinta dengan aku. Lagipun,
sejak peristiwa aku terserempak dengan dia tempoh hari, dia langsung tak hubungi
aku. Mesej pun tak ada. Aku rasa dia dah dapat agak hubungan aku dengan Faiz.
Biarlah, mungkin itu yang sebaiknya.” Setiap hari dia menunggu panggilan atau
mesej daripada lelaki pujaannya itu tapi dia hampa. Hilmi sepi tanpa khabar
berita. Dia tak berani nak memulakan. Takut kecewa.
“Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Apa yang aku boleh
bagitahu kau, aku akan sokong setiap keputusan kau. Kalau kau yakin itu yang
buat kau bahagia, kau teruskan. Aku selalu ada untuk kau kalau kau perlukan
aku.” Dia ikhlas. Ika adalah sahabatnya yang paling dia sayang. Dulu, kini dan
selamanya.
“Thanks Sya.
Dah banyak sangat aku susahkan kau.”
“Itulah gunanya kawan. Aku sayang kau tau.” Ada air mata
yang bergenang. Ika terharu. Dia memang tak salah pilih kawan. Dia juga sayang
Syarifah. Biar hubungan ini kekal selamanya.
“Aku nak pergi lawat Faiz. Kau nak ikut?” Sudah beberapa
kali Puan Sofia hantar mesej menyuruhnya ke sana. Rasanya dia pun sudah
bersedia untuk berhadapan dengan Faiz. Lagipun ada perkara penting yang dia
mahu khabarkan. Harap lelaki itu dapat terima dan maafkannya.
“Aku tak boleh ikutlah. Anak aku tak ada orang jaga.
Anas balik lewat hari ni. Lain kali ya?” Tak sabar nak memeluk si kecil yang
makin aktif itu. Badan pun semakin bulat. Melayan keletah si kecil sentiasa
buat dia penat tapi dia bahagia.
“Ok. Peluk cium aku untuk anak angkat aku tu. Lama aku
tak jenguk dia.” Ika memeluk tubuh Syarifah. Agak kurus berbanding dulu.
Mungkin letih melayan kerenah anak kecil. Beruntung Syarifah. Jalan untuk mencapai
kebahagiaannya tak sesukar dirinya.
>>
Suasana hospital agak sesak dengan pelawat. Ika
menjinjing bakul berisi buah-buahan. Buah tangan untuk tunangnya. Mungkin juga
sebagai tanda mohon maaf. Dia berdiri di hadapan pintu wad Faiz. Wad kelas
kedua yang menempatkan empat orang pesakit. Pintu wad ditolak perlahan. Dia
sudah dapat menangkap suara Encik Zainal.
“Assalamualaikum.” Semua mata berpaling ke arahnya.
Senyuman cuba diukir semanis mungkin. Kemudian matanya menyorot ke arah Faiz
yang terlantar di katil. Kepalanya masih berbalut. Kakinya juga. Faiz tak
senyum padanya. Cuma memandang kosong. Ika cuba kuatkan semangat. Dia meyalami
Puan Sofia dan seorang lagi wanita. Dia tak kenal siapa. Mungkin juga ahli
keluarga mereka.
“Za, inilah Zulaikha. Tunang Faiz.” Encik Zainal
memperkenalkan Ika kepada wanita yang mungkin sebaya dengan Puan Sofia.
Penampilannya menarik.
“Oh. Manis orangnya. Patutlah Faiz terpikat.” Ika hanya
mampu senyum. Sekali lagi dia memandang Faiz. Masih tiada senyuman. Marah betul
lelaki itu agaknya. Biarlah, memang patut kalau lelaki itu marah.
“Ika, ni mak cik kenalkan Puan Zalina. Isteri pertama
pak cik.” Ika angkat kening. Madu Puan Sofia? Tapi kenapa mereka nampak mesra?
Bukankah selama ini mereka tak kenal antara satu sama lain? Kalau ini isteri
pertama Encik Zainal, maksudnya wanita yang bergaya ini adalah ibu kepada
Hilmi. Ika mula tak selesa. Patutlah Faiz langsung tak senyum. Harapnya,
biarlah hanya ibunya yang datang. Hilmi tak perlu datang sekarang. Buat dia
makin serba salah.
“Ika panggil mak cik saja. Lagipun, Ika pun bakal
menantu mak cik juga.” Ika telan liur. Ya, memang bakal menantu. Faiz sudah
memandang ke tempat lain. Terasakah lelaki itu? Tolong jangan seksa jiwanya.
“Alang-alang Ika dah datang, mak cik keluar dululah. Nak
pergi solat. Dah lewat ni. Jom kak.” Puan Sofia menarik mesra tangan madunya.
Terkesima Ika melihatnya. Baru jumpa dah boleh sebaik ini? Besar sungguh kuasa
Tuhan.
Ketiga-tiga tetamu tadi sudah keluar. Meninggalkan Ika
bersendirian dengan Faiz. Ada seorang lagi pesakit di situ. Sedang tidur
mungkin. Ika menghampiri Faiz. Lelaki itu masih bersikap dingin. Perlahan-lahan
Ika duduk. Serba-salah untuk memulakan perbualan.
“Awak apa khabar?” Teraga-agak tapi dia perlu lakukan
itu. Kalau tak, sampai bila-bila pun akan diam. Faiz tak jawab. Ika cuba
sabarkan hati.
“Kepala dengan kaki ni masih sakit lagi ke?” Balutannya
sudah diganti baru. Tiada lagi kesan darah. Mungkin bertambah sembuh.
“Sakitnya tak boleh lawan sakit di hati abang.” Jawapan
yang menyentak jantung Ika. Memang betul Faiz tengah marah. Dalam keadaan ini
dia harus banyak sabar. Kalau dua-dua keras kepala, ada yang kena halau dari
hospital nanti.
“Saya minta maaf. Memang salah saya. Awak memang berhak
marah.” Dia terima semuanya. Buatlah apa sahaja.
“Kenapa Ika buat abang macam ni? Kalau Ika dah tak suka
abang, bagitahu aje. Abang akan terima.” Walaupun dia tak tahu sejauh mana
perhubungan Ika dengan Hilmi yang juga merupakan abang tirinya, dia tetap tak
boleh terima. Ika sedang menduakannya.
“Saya minta maaf.” Itu saja yang mampu dikatakan.
“Bila abang ambil keputusan untuk menerima Ika, tak
pernah terlintas di hati abang untuk menduakan cinta abang. Abang tak sangka
Ika pula yang sanggup buat macam tu. Ika buat abang tertanya-tanya sama ada Ika
betul-betul cintakan abang atau selama ini abang saja yang bertepuk sebelah
tangan.” Faiz terbatuk kecil. Kepalanya sedikit berdenyut. Kesan daripada
hentakan kuat itu masih terasa.
Kedua-duanya diam seketika. Memberi laluan kepada
pesakit yang juga menghuni wad itu yang sedang menuju ke pintu keluar. Mungkin
dia rasa tak selesa mendengar pertelingkahan antara Ika dan Faiz. Mereka pula
hampir terlupa yang ada orang lain di situ.
“Saya betul-betul minta maaf.” Sekali lagi kata-kata
maaf diungkapkan. Hanya itu yang ada di kepalanya saat ini. Dia tak mahu
bergaduh panjang. Biar dia yang beralah. Dan sepatutnya memang begitu.
“Boleh tak berhenti minta maaf? Ahh…” Suara Faiz agak
kuat. Kepala yang semakin berdenyut dipegang.
“Awak tak apa-apa? Nak saya panggil doktor?” Ika sudah
bersedia untuk bangun. Wajah Faiz berkerut menahan sakit. Kasihan lelaki ini.
“Tak perlu. Doktor tak ada ubat untuk penyakit abang.
Ubatnya ada di depan abang. Cuma tak tahu bila ubat itu akan diberi.” Ika
tertunduk. Dia faham maksud kata-kata Faiz. Doktor mungkin ada ubat untuk
menyembuhkan luka di luar, tapi luka di dalam terpulang kepada dirinya.
“Ika, please say
something.” Faiz tak sabar bila Ika tak berkata apa-apa. Dia mahukan kata
putus daripada wanita itu.
“Saya akui memang semuanya salah saya. Saya tak jujur.
Saya buat awak jadi macam ni. Walaupun awak tak suka tapi saya tetap perlu
katakan yang saya minta maaf.” Faiz tumbuk tilam. Bukan itu yang dia mahu
dengar. Kenapa susah sangat Ika nak faham kemahuannya?
“Abang mahu kata putus daripada Ika. Apa pun keputusan
Ika, abang terima.” Menerima dengan tidak sepenuh hatinya. Dia cuma mahu
yakinkan Ika supaya memberikan kata putus.
Ika tarik nafas dalam-dalam. Mahu atau tidak, sekarang
atau selepas ini, dia tetap perlu bagitahu perkara ini. Dia pandang wajah Faiz
yang mengharapkan jawapan. Ika ketap bibir. Harap Faiz berpuas hati dengan
keputusannya. Mungkin ini yang terbaik buat mereka dan diri Faiz juga. Dia
akur.
“Saya dah buat keputusan. Mungkin ini yang terbaik. Saya
juga yakin awak mahukan jawapan ini.”
“Abang hormati apa saja keputusan Ika. Cakap saja.”
Jantungnya deras berdegup.
“Saya masih sedar status saya sebagai tunang awak.” Walaupun
dalam keterpaksaan, dia redha. Dia mahu Faiz ukir senyum padanya. Dia tak mahu
lihat wajah kelat Faiz. Bebanan di dada rasa sedikit berkurang.
“Hilmi?” Ika angkat muka. Faiz masih ragu-ragu dengan
keputusannya?
“Saya dah bagitahu awak sebelum ni. Hilmi hanya kawan
saya. Kami tak ada hubungan cinta. Saya hormati dia sebagai abang saya.”
Kenyataan yang dikeluarkan dengan tidak sepenuh hatinya. Biarlah dia terseksa
asalkan orang disekelilingnya bahagia.
“Ika yakin?” Faiz pandang muka Ika. Mata wanita itu
berkata sebaliknya. Adakah semua ini kerana terpaksa?
“Saya yakin dengan keputusan saya. Tak perlu awak
persoalkan. Dan lagi satu, saya mahu percepatkan pernikahan kita. Rasanya itu
jalan yang terbaik.” Itu juga salah satu keputusan terbesar yang dia telah
ambil. Tak perlu tunggu hingga lapan bulan. Kalau boleh dia mahu langsungkan
dalam masa terdekat. Mungkin bulan ini atau bulan depan.
“Cepatkan tarikh? Kenapa tiba-tiba?” Faiz cuba untuk
duduk. Dia tak selesa bila berbicara sambil berbaring. Lagipun badannya sudah
lenguh asyik berbaring. Dia menyandarkan badan pada kepala katil.
“Perkara baik tak perlu nak tangguh lama-lama. Rasanya
kita dah cukup bersedia untuk itu.” Bersediakah dia? Dia sendiri tak pasti tapi
demi menamatkan semuanya, dia rela dalam terpaksa.
“Abang tak ada masalah. Memang abang dah lama bersedia.
Cuma abang tak mahu Ika ambil keputusan terburu-buru. Kadang-kadang kita tak
dapat berfikir dengan baik bila dalam keadaan tertekan.”
“Saya masih boleh berfikir dengan baik. Rasanya kita tak
perlu berdebat lagi. Semuanya dah terjawabkan?” Ada nada geram di situ.
Bukankah ini yang lelaki itu perlukan? Kenapa masih lagi nak mempersoalkan
keputusannya? Tak cukup lagi ke dengan berita gembira yang disampaikan?
“Dahlah. Dah lewat ni. Saya nak balik. InsyaAllah kalau
tak sibuk, esok saya datang lagi.” Ika berdiri. Faiz hanya diam. Tak menghalang
tak juga membenarkan.
“Assalamualaikum.” Serentak mereka berpaling. Mata Ika
tak berkelip. Nafasnya seakan terhenti. Kenapa sekarang?
aduhai sesak nafas den
ReplyDeleteNgeeeee..sori kak na :)
ReplyDeleteAkk bila nk post next n3
ReplyDeletenak lg! hehe
ReplyDeleteHehe...inshaaAllah akan mnyusul bab seterusnya...kalo ada apa2 cdgan utk ending..boley gtau ok! Tengs sudi baca :)
ReplyDeletekadang mencintai org mencintai kt lg berbaloi. Tp bila dah ada curiga dr pihak lg 1 adakah bahagia akan ada lg??? Rasanya Ika bt kputusan tlalu tburu2x... She should take time and go somewhere for awhile and do istikarah. or he explain her true filling to Hilmi towards Faiz and what Faiz comment. Maybe Ika do love Hilmi but did Hilmi feel the same. I dont think so. So, Faiz should be a really mature person to make the decision without make Ika despress or pity him.
ReplyDeleteThnks ivory....yer..this time ika agak terburu2 buat keputusan..mgkin dsebabkan faktor sekeliling...atau mgkin penulis da xde idea nk putar cerita...hahahahahahahaha...
ReplyDelete