BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

wElComE

hi readerzzzz...

welcome to my site!!

hope that u can give ur comments after reading my novels n other post...:)

if u wanna know me closer, just add me..

norazlyn_css@yahoo.com = friendster + YM or

search for lynn kadir @ fantaghiroL86@gmail.com = facebook

enjoyzzzzzzzzzz!!!!

2012-05-28

jangan merajuk sayang 14


hehe...hampir terlupa..biasalah bile da balik kg..ape2 pun..semoga terhibur!!
enjoyzzzz!!!!

Majlis pernikahan hanya tinggal dua minggu lagi. Siti Fatimah sudah tak senang duduk. Setiap hari dia tak akan terlepas daripada memikirkan tentang perkara itu. Macam mana dia nak lalui hari-harinya selepas ini bersama Ryzal tanpa ada cinta di hati? Boleh tak nak larikan diri? Tertekan!

“Kau ni aku tengok tak macam orang nak kahwin aje. Monyok memanjang. Cuba senyum sikit. Kalau macam ni hari-hari, alamatnya tak sampai sehari, laki kau dah lari.” Siti Fatimah langsung tak terkesan dengan kata-kata Bob. Dia betul-betul tak ada perasaan nak kahwin apatah lagi bila calon suaminya bukan pilihannya. Orang yang dia benci.

“Kalau dia lari lagi bagus. Tak adalah aku tension sangat. Nak cerai terus pun lagi tak apa.” Kalau tak kahwin lagi bagus.

“Amboi, tak sayang mulut nampak! Nanti kalau dah terjatuh cinta baru kau tahu. Tak nampak muka sehari pun dah rasa macam nak mati.” Tempelak Bob. Senang saja cakap nak cerai. Kahwin pun belum.

“Tak akan jatuh cinta punyalah. Dia tu tak layak dapat cinta aku tau tak? Cinta aku hanya untuk suami aku sahaja. Suami yang cinta dan terima aku seadanya. Bukan macam mamat tu.” Cintanya tiada dua. Sudah dikhaskan untuk seorang suami yang dipilih sendiri olehnya.

“Ryzal tu pun laki kau juga. Mahu tak mahu kau kena terima Siti. Berdosa tau kalau kau ingkar arahan dia.” Matanya sudah pedih dek kerana menjahit manik-manik kecil di baju. Tapi terpaksalah ditahan juga kerana inilah satu-satunya punya rezeki yang dia ada.

“Dia tu lagi berdosa sebab paksa-paksa orang kahwin dengan dia. Ish, tak sukanya aku! Tak suka...tak suka...tak suka!” Macam sesi meluahkan perasaan. Agak kuat suara Siti Fatimah sehinggakan pembantu butik Bob pun keluar dari tempat persembunyiannya di belakang.

“Hoi, runtuh kedai mak ni kau nak bayar ke?” Agak-agaklah kalau nak melepaskan perasaan pun. Pergilah gunung ke, laut ke, tak pun pergi je LCCT atau KLIA. Masa kapal terbang nak berlepas tu, kau jeritlah kuat-kuat. Tak ada orang dengar pun.

“Bob, tolonglah aku. Aku tak nak kahwin.” Rintih Siti Fatimah. Tekanan semakin kuat dirasa. Ini belum lagi soalan-soalan yang dia terpaksa tepis  di sekolah. Kak Akma macam dah boleh menghidu sesuatu. Firdaus pun makin kuat cemburunya. Pantang tengok dia berbual di telefon, cepat saja dia soal siasat. Sibuk. Dulu-dulu tak nak jadi polis.

“Aku nak tolong macam mana lagi? Baju kau tu pun dah nak siap. Kau jangan buat perangai pula. Ada yang masuk Buletin Utama nanti. Seorang bakal pengantin lari sebab tak nak kahwin. Kau nak macam tu? Tak rela mak nak mengaku kawan.” Bantal yang berada di tangan Siti Fatimah dihempuk ke kepala Bob. Geram. Orang serius dia main-main pula.

“Betul apa aku cakap? Siti, cuba kau terima kenyataan sikit. Dah memang si Ryzal tu jodoh kau, nak buat macam mana. Kalau kau tolak sampai ke tua pun, kalau Tuhan dah catatkan yang si mamat tu jodoh kau, kau tetap kena terima.” Kenapalah susah sangat Siti Fatimah nak terima kenyataan. Dah sakit telinganya ini mendengar keluhan dan luahan rasa Siti Fatimah. Bukan dia marah, tapi kalau setiap kali dengar benda yang sama, sakit juga.

“Tapi masalahnya aku tak nak.” Masih lagi dengan keras hatinya. Tak tahulah kenapa dia memang tak boleh terima Ryzal. Terbayang macam mana mesranya Ryzal dipeluk oleh seorang wanita seksi semasa perjumpaan pertama mereka dulu.

“Aku rasakan, baik kau balik. Kau solat hajat, solat istikharah dan doa banyak-banyak. Jangan lupa mengaji. Biar tenang sikit hati kau tu.” Bob bangun dan menuju ke rak-rak yang dipenuhi dengan baju yang sudah siap dijahit. Dalam-dalam bebelkan Siti Fatimah, siap juga bajunya sepasang.

“Dah, aku nak siapkan baju nikah kau pula. Nanti tak siap, merasalah kau pakai baju tak ada lengan.” Siti Fatimah langsung tak ambil kisah tentang baju yang dijahit oleh Bob. Dia serahkan seratus peratus kepada Bob. Dia hanya sediakan badan. Langsung tak berminat nak ambil tahu. Lantaklah cantik ke tidak.

Bakal ibu mertuanya pun pernah tawarkan untuk buatkan bajunya sekali dengan baju Ryzal tapi dia tolak sebab Bob dah jahitkan bajunya. Sudahnya, bajunya dan baju Ryzal dijahit berasingan. Entah-entah nanti, seorang baju putih, seorang baju kuning. Ah, lantaklah. Ada aku kisah?

Siti Fatimah tak terus pulang ke rumah. Matanya rasa dah tak larat nak tengok semua persiapan yang sedang dilakukan di rumah. Hatinya jadi sakit dan sedih. Memang dia langsung tak ambil peduli tentang semua itu. Kalau ada pun, emak yang suruh. Beli barang sikit-sikit. Tentang hantaran dia tak perlu risau. Datin Hajah Maria dah tawarkan diri untuk buat semua itu. Senang katanya.

Nasib baik kursus perkahwinan dia dah pernah hadiri. Itupun secara kebetulan sebab temankan si Sheila, kerani di sekolahnya yang nak berkahwin dua tahun lepas. Kalau tak, merasalah dia pergi kursus kahwin dengan Ryzal. Tak rela.

Kereta diparkirkan. Dia nak ke mana pun dia tak tahu. Yang penting, bukan ke rumah. Siti Fatimah menapak perlahan menyusuri deretan kedai yang menjual pelbagai barang-barang. Tiba-tiba kakinya berhenti di hadapan sebuah kedai. Matanya tertarik melihat foto-foto perkahwinan yang dipamerkan di situ. Pasangannya nampak sangat bahagia. Senyumannya senyuman keceriaan. Mampukah dia senyum begitu? Tak mungkin. Perlahan-lahan dia melangkah pergi. Menyusuri kedai-kedai lain.

Langkahnya terhenti lagi. Kali ini di hadapan sebuah kedai yang mempamerkan persalinan di hari bahagia. Cantik dan anggun. Dia senyum sendiri. Dulu, sewaktu kecil, dia selalu berangan. Impian perkahwinannya. Dia mahukan pelaminnya dihiasi dengan bunga-bunga segar pelbagai warna. Biar ceria. Biar semua yang melihat pun rasa gembira. Dia mahu pakai persalinan yang indah. Bergemerlapan ditaburi dengan manik-manik cantik. Tapi sekarang semuanya dah musnah. Impian perkahwinannya sudah musnah.

“Masuklah dik. Kami ada buat offer.” Tegur pekerja di kedai itu. Siti Fatimah hanya menggeleng. Sekali lagi kakinya melangkah pergi. Kepalanya ditunduk ke lantai. Kenapa mesti hidupnya jadi begini? Dia juga mahu bahagia seperti orang lain.

Siti Fatimah berhenti di tepi jalan. Memerhati orang ramai yang lalu lalang. Melihat pasangan yang bergandingan mesra. Melihat anak-anak kecil yang keriangan bersama ibu bapa. Dia mahu semua itu juga. Ryzal dah musnahkan semua impiannya. Ryzal perosak segalanya. Dia benci Ryzal. Benci!

“Nak, anak tak apa-apa ke ni?” Siti Fatimah menyeka air mata yang mengalir. Di sebelahnya ada seorang wanita tua. Wajahnya penuh kelembutan. Suka Siti Fatimah tengok.

“Tak ada apa-apa mak cik. Masuk habuk saja ni.” Siti Fatimah segera meminta diri. Dah nak masuk Maghrib. Membebel pula emaknya nanti. Sudahlah persiapan perkahwinan langsung tak ambil peduli, tak lekat di rumah lagi.

>> 

“Teh, mak tengok adik kamu tu macam tak gembira saja nak kahwin. Senyum pun dah susah nak tengok sekarang. Kamu tahu kenapa?” Hajah Asmah sibuk menyusun bunga-bunga telur yang sudah dibersihkan.

“Entahlah mak. Teh pun perasan juga. Tapi bila Teh tanya, dia cakap tak ada apa-apa. Letihlah, banyak kerjalah. Tak ada apa-apa kut mak. Tak payahlah risau.” Dia sendiri pun naik risau dengan keadaan adiknya. Sejak Siti Fatimah bertunang hampir sebulan lepas, payah betul nak tengok adiknya itu senyum. Dengan anak-anaknya pun dah tak mesra macam selalu. Setiap hari balik lambat.

“Mak ni bukan apa. Mak tak naklah dia tu rasa terbeban. Yalah, yang suruh dia kahwin tu mak.” Bunga-bunga telur yang sudah siap disusun dipandang sepi. Rasa bersalah tiba-tiba menerpa.

“Tak adalah mak. Dia sendiri yang putuskan untuk berkahwin cepat-cepatkan? Bukan salah mak pun. Jodoh dia dah sampai.” Pujuk Siti Amirah. Bukan salah emaknya.

“Manalah tahu dia terpaksa setuju sebab mak yang terlalu mendesak.” Masih ada sisa-sisa rasa bersalah.
Siti Amirah tak menjawab. Tangan emaknya diusap perlahan. Dia tak rasa Siti Fatimah terpaksa setuju dengan pernikahan ini. Tak apa, nanti dia sendiri akan tanya Siti Fatimah.

>> 

Siti Amirah masuk ke bilik adiknya. Siti Fatimah sedang tekun menghadap komputer riba. Perlahan-lahan dia melabukah duduk di atas katil. Cuba untuk menyelesakan diri.

“Siti buat apa tu?” Sekadar berbasa-basi.

“Kerja. Dua hari lagi due date.” Siti Fatimah masih tekun dengan kerjanya.

“Macam mana perasaan sekarang? Lagi dua minggu dah nak jadi isteri orang.” Majalah Nur dicapai. Dibelek satu persatu.

“Entah, macam biasa saja.” Takkan dia nak tipu pula. Nanti terbongkarlah rahsia.

“Kenapa Siti nampak macam tak gembira saja? Kak Teh bukan apa, mak pun perasan benda ni. Mak tu bimbang sangat yang Siti berkahwin sebab terpaksa.” Majalah Nur ditutup. Dia kembali memandang Siti Fatimah.

“Mana ada. Kan Siti sendiri yang setuju nak kahwin. Dah bertunang pun. Lagi dua minggu nak kahwin. Cakap dengan mak, jangan risau.” Siti Fatimah dah penat nak jawab dan nak fikir tentang perkara tu.

“Kalau macam tu baguslah. Ni Teh nak pesan, kalau ada apa-apa masalah jangan segan nak bagitahu Teh. Perkara nikah kahwin ni bukan perkara main-main.” Pesan Siti Amirah. Dia tahu, adiknya dah cukup matang untuk berfikir dan buat keputusan.

Siti Fatimah sekadar senyum. Memang ada masalahnya. Masalah yang sangat besar. Tapi dia tak dapat nak bagitahu Kak Teh. Siti Fatimah termenung sendirian selepas Kak Teh keluar daripada biliknya. Kalendar dicapai. Hari semakin berkurangan. Dia tutup mata. Apa yang Ryzal sedang buat sekarang ini? Adakah lelaki itu sedang bergembira meraikan hari-hari terakhir sebagai lelaki bujang?

Mata dipejam serapatnya. Terbayang Ryzal sedang senyum sinis memandangnya. Cepat-cepat mata dibuka kembali. Dia tak kenal lelaki itu sebelum ini. Dan sampai sekarang pun dia masih tak mengenali lelaki itu sepenuhnya. Dia masih tak dapat nak fikir kenapa lelaki itu sanggup menganiaya dirinya.

“Kan tadi abang dah cakap. Abang nak Siti Fatimah Adrianna jadi isteri abang.”

Kata-kata Ryzal sangat menyakitkan hatinya. Dia langsung tak percayakan kata-kata Ryzal. Semua itu hanyalah alasan semata-mata. Siti Fatimah pandang sekeliling biliknya. Hanya tinggal dua minggu sebelum bilik ini perlu dikongsi dengan Ryzal. Dia tak mahu bayangkan perkara itu. Jijik!

p/s:: bg la komen sket eks..hehehehehe...:)

2012-05-21

jangan merajuk sayang 13


okes...hampir terlupa nak post hari ni..hehe...semoga terhibur dan sudi2 lah mengomen sikit yek..hehe
enjoyzzz!!!!

Siti Fatimah menyibukkan diri menyiapkan kerja-kerjanya. Kejadian yang berlaku semalam cuba dilupa seboleh mungkin. Kalau boleh tak nak ingat langsung. Anggap saja dia masih lagi Siti Fatimah yang dulu. Yang solo dan tak terikat dengan sesiapa pun. Siap menulis buku rekod pengajaran, dia beralih pula kepada buku-buku pelajar yang perlu disemak.

“Sibuk nampak Siti? Tak nak pergi makan ke?”  Seperti biasa, Kak Akma memang ringan mulut untuk menegur dan bertanya itu dan ini.

“Malaslah kak. Tak rasa lapar. Lagipun banyak kerja nak kena siapkan.” Tumpuannya masih lagi kepada latihan pelajar yang perlu dia periksa. Macam-macam jawapan mengarut yang timbul. Geram sungguh. Lain yang diajar, lain yang dijawab. Ini baru latihan dalam kelas. Kalau jawab ujian, tak tahulah macam mana mereka jawab. Boleh naik darah tinggi cikgunya.

“Eh, cantik cincin. Ada apa-apa ke?” Serta-merta tangannya yang sedang memeriksa buku pelajar terhenti. Cincin. Berlian yang berkilauan di jari manisnya menarik perhatian. Alamak, macam mana pula dia terlupa nak tanggalkan cincin ni? Habislah.

“Err...tak adalah kak. Saya beli sendiri.” Cuba menyembunyikan cincin yang menghiasi jarinya. Nak tanggalkan nampak sangat macam nak sembunyikan sesuatu.

“Beli sendiri? Boleh percaya ke ni? Cantik. Macam cincin tunang. Siti dah bertunang ya?” Serkap Kak Akma. Tak semena-mena peluh memercik di dahinya. Apa lagi alasan yang dia boleh beri?

“Ada apa ni? Siap berbisik-bisik lagi. Macam ada rahsia besar saja.” Aduh, satu lagi bala. Tak sah kalau tak datang ke sini. Siti Fatimah makin tak senang duduk.

“Tak ada apalah Firdaus. Akak tengok cincin si Siti ni. Cantik.” Firdaus nak tengok juga. Terjenguk-jenguk jari Siti Fatimah yang cuba disembunyikan. Cincin apa?

“Kenapa ada cincin?” Firdaus tak puas hati. Dia masih tak dapat nak tengok cincin di jari Siti Fatimah. Harap-harap tak seperti yang dia sangkakan.

“Cincin biasa saja. Tak ada apa-apalah. Lagipun kalau saya dah bertunang ke, kahwin ke, takkanlah saya nak sorok.” Siti Fatimah mula rimas. Tak suka dirinya disiasat begitu. Dahlah dia masih lagi serabut dengan hal Ryzal. Tolong jangan nak tambah masalahnya lagi. Nanti tak pasal-pasal ada singa betina mengaum.

“Ya tak ya jugakan?” Kak Akma sebenarnya masih tak puas hati dengan jawapan Siti Fatimah tapi dia terpaksa cakap begitu sebab tak nak menyusahkan Siti Fatimah. lagipun Firdaus ada di situ. Mungkin Siti Fatimah tak selesa.

“Saya nak masuk kelas dulu.” Buku Matematik dicapai. cepat-cepat dia keluarkan diri dari situ. Malas nak melayan soalan-soalan yang hanya akan menjerat dirinya sendiri.

“Cantik ke cincinnya kak?” Firdaus masih tak puas hati. Dia nak tengok sendiri.

“Tak adalah. Cincin biasa saja. Tak ada apa-apalah Firdaus. Tak payah risau.” Kak Akma cuba membetulkan keadaan walaupun dia tahu Firdaus mesti tak puas hati.

>> 

Siti Fatimah kelihatan tak bermaya. Mungkin penat majlis semalam masih terasa. Perlahan-lahan Bob merapati sahabat baiknya itu. Memang simpati dengan nasib rakannya ini. Orang baik memang selalu kena uji. Sabarlah Siti Fatimah. Ada hikmah di sebalik semua ini.

“Kau ok ke ni?” Dia sedia mendengar luahan hati Siti Fatimah. Tempahan tu nanti pun boleh buat.
Siti Fatimah tak menjawab. Sejak dia dapat tahu yang dia perlu berkahwin dengan Ryzal, dia dah tak ok. Otak macam dah tak boleh berfikir. Semuanya jadi kucar-kacir. Dia rasa terseksa sangat-sangat. Semua benda yang dia buat rasa serba tak kena. Nasib baik tadi tak kantoi dengan cikgu-cikgu di sekolah.

“Bob, kau tahu tak siapa Ryzal tu sebenarnya?” Baru kedengaran suaranya.

“Siapa dia?” Artis? Tak pernah pula dengar nama tu. Ahli politik? Entah, dia tak berapa kenal dengan orang-orang macam tu. Kalau perdana menteri dia kenallah.

“Mohd Ryzal Syahmi Bin Datuk Haji Azizan.” Satu persatu nama itu disebut. Dia pun baru tahu semalam. Bakal mentuanya bukan calang-calang orang. Mampukah dia?

“Datuk? Bertuahnya kau nyah. Tak sia-sia kau terima lamaran dia.” Melopong Bob dengar. Siti Fatimah bakal jadi menantu datuk. Siapa yang tak nak.

“Bertuahlah sangat. Aku tak pandanglah semua tu. Perangai dia tu lagi teruk dari penyangak tau. Tension aku.” Boleh pula Ryzal pergi bagitahu anak saudaranya yang dia menangis sebab nak kena tinggal? Habis dia kena perli semalam dengan adik-beradiknya. Mana tak bengang?

“Habis tu, bila majlis kau nak dilangsungkan? Agak-agak, aku dapat tak kontrak untuk jahit baju nikah kau?” Manalah tahu, mak datin dah tempah khas dengan butik terkenal. Siapalah dia. Setakat jahit baju orang sekitar sini saja.

“Entah. Aku malas nak ambil peduli. Tengah bulan depan kut.” Emaknya ada bagitahu semalam tapi dia buat tak peduli. Malas nak ambil kisah. Dirasakan kehidupannya kini macam lembu kena tarik hidung. Buat saja apa yang orang suruh.

“Boleh pula main kut-kut. Eh, kau nak kahwin tau. Benda macam ni bukan boleh buat main-main.” Dia tahu Siti Fatimah tak sedia dengan semua ini tapi itu bukan alasan untuk Siti Fatimah lepas tangan. Sedia atau tidak, dia tetap kena kahwin.

“Habis tu yang dia orang main-main dengan masa depan aku ni bolehlah? Langsung tak tanya aku dulu. Sedih aku tau tak.”

“Tapi kau tak boleh salahkan keluarga kau. Aku dah suruh kau terus-terang dengan mereka. Kau yang tak buat.” Bob cuba mengingatkan Siti Fatimah.

“Aku tersepit Bob.” Air matanya gugur lagi. Masuk kali ini entah berapa banyak sudah air matanya mengalir. Semuanya gara-gara Ryzal Syahmi. Makin benci dia dengan lelaki itu.

“Siti, setiap perkara yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Tuhan dah aturkan kehidupan kau. Jadi kau kena terima. Mana tahu, lepas kahwin si Ryzal tu berubah. Dia jadi suami yang bertanggungjawab, dan mana tahu kau akan jatuh hati dengan dia? Kau sabarlah Siti.” Cuba untuk memujuk hati Siti Fatimah yang sedang remuk redam. Dia tak boleh tengok perempuan menangis. Dia pun rasa nak menangis sekali.

“Lelaki macam Ryzal tu nak berubah? Mimpi sajalah.” Memang dia tak kenal Ryzal. Jumpa pun baru dua kali. Tapi itu dah cukup untuk dia buat rumusan tentang sikap Ryzal.

“Kau jangan cakap macam tu. Sedangkan seorang pembunuh pun boleh insaf, inikan pula Ryzal. Kau doalah banyak-banyak sikit. Biar laki kau tu cepat-cepat dapat hidayah.” Siti Fatimah mencebik. Laki? Geli dia dengar.

“Tapi Ryzal tu lebih teruk daripada seorang pembunuh.” Kalau dah benci tu, semua benda pun jadi buruk.

“Tak baik kau cakap macam tu. Dia cuma suruh kau jadi isteri dia saja. Tak adalah teruk sangat. At least merasalah juga kau jadi bini orang. Hah, kalau dia tak masuk meminang kau, entah bila kau dapat kahwin pun tak tahu.” Kira beruntunglah tu. Dapat pula orang kaya. Rugilah kalau tolak. Syukurlah sikit.

“Aku rela tak kahwinlah daripada dapat laki macam tu. Menyusahkan hidup saja.” Marah betul Siti Fatimah.

“Amboi, tak sayang mulut nampak. Nanti betul-betul tak kahwin sampai tua baru kau tahu.” Kata-kata tu satu doa. Cubalah cakap elok-elok sikit.

“Malaslah aku nak layan kau ni. Balik lagi bagus.” Siti Fatimah bingkas bangun. Buat sakit hati saja. Bob macam nak sebelahkan Ryzal. Kalau lelaki tu, lelaki juga.

“Yalah, orang dah ada tunang. Kawan sendiri pun dah malas nak layan.” Perli Bob. Dia cuba menahan ketawa melihat wajah Siti Fatimah yang masam mencuka.

“Esok kau datang ya.  Aku nak ukur badan kau untuk buat baju nikah.” Laung Bob. Siti Fatimah buat-buat tak dengar. Tak ada maklum balas daripada wanita itu.

>> 

“Mak Ucu, tengok ni.” Iqbal menghulurkan kamera digital milik papanya kepada Siti Fatimah. Huluran itu 
disambut oleh Siti Fatimah. Apa yang Iqbal mahu tunjukkan kepadanya?

“Mak Ucu cantik.” Siti Fatimah senyum mendengar pujian anak saudaranya. Gambar semalam rupanya.

“Lagi satu.” Iqbal menekan butang kecil yang ada pada kamera itu. Gambar bertukar dan berhenti pada satu gambar. Senyuman Siti Fatimah mati.

“Pak Ucu pun handsome.” Puji Iqbal lagi. Pandai betul budak kecil ni tapi kali ini dia tak bersetuju. Hatinya menolak sekeras-kerasnya. Tak handsome langsung. Menyakitkan hati saja.

“Mak Ucu cepatlah kahwin dengan Pak Ucu. Nanti bolehlah Iqbal makan KFC hari-hari.” Bertuah punya anak saudara. Suruh mak ciknya kahwin cepat-cepat semata-mata nak makan KFC.

“Suruhlah papa Iqbal belikan.”

“Papa tak kaya macam Pak Ucu.” Melopong Siti Fatimah dengar. Memang bertuah betul budak ini. Boleh pula dia cakap macam tu.

“Ish, tak baik cakap macam tu. Papa Iqbal bukan tak kaya tapi papa Iqbal sibuk. Nak cari banyak duit. Nanti ada banyak duit bolehlah Iqbal makan KFC hari-hari. Tak pun, papa Iqbal boleh belikan satu KFC untuk Iqbal. Hah, jadi tak payahlah Mak Ucu kahwin dengan Pak Ucukan?” Iqbal terdiam seketika. Mungkin sedang berfikir. Tak lama kemudian dia geleng kepala.

“Tak boleh. Mak Ucu kena juga kahwin dengan Pak Ucu. Nanti, papa boleh belikan Iqbal KFC. Pak Ucu pula boleh belikan Iqbal mainan banyak-banyak.” Petah betul budak kecil ni. Siti Fatimah mati kutu.

“Hmm...macam tu ya? Tak payah suruh Pak Ucu. Mak Ucu pun boleh belikan Iqbal banyak mainan. Tak payahlah kahwin dengan Pak Ucu ya?” Macamlah si Iqbal ni boleh batalkan perkahwinannya.

“Mak Ucu tak best. Beli mainan macam budak perempuan.” Siti Fatimah nak tergelak. Mainan budak perempuan? Aduh, susah dapat anak saudara bijak ni.

“Iqbal, pergi masuk tidur. Esok nak sekolah.” Kak Teh mengusap perlahan kepala anak keduanya. Iqbal akur. Kak Teh mendekati Siti Fatimah.

“Tengok gambar semalam ke?” Siti Amirah sendiri pun dah beberapa kali tengok. Siti Fatimah senyum.

“Bertuah Siti. Datin dengan datuk tu baik sangat Teh tengok. Ryzal pun. Pandai dia layan budak-budak tu. Ada bakat nak jadi ayah mithali.” Mana taknya, si Iqbal tak habis-habis bercakap pasal Pak Ucunya. Sampaikan papanya sendiri pun cemburu.

Siti Fatimah tak menjawab sebaliknya dia mengeluh perlahan. Siti Amirah tak faham kenapa tapi memang dia perasan sejak semalam Siti Fatimah nampak tak ceria. Tak macam bakal pengantin yang lain. Macam ada sesuatu yang adiknya cuba sembunyikan.

“Siti, Teh nak tanya sikit boleh?” Siti Fatimah angkat muka. Dia agak kaget. Tolonglah jangan tanya soalan yang dia tak mampu jawab.

“Apa dia? Tanya sajalah.” Siti Fatimah berlagak selamba. Sebenarnya, dia sedang berdebar menunggu soalan daripada kakaknya.

“Kenapa dari semalam Kak Teh tengok Siti macam ada masalah saja. Tak ceria. Biasanya orang nak bertunang ni, gembira. Ada apa-apa yang Kak Teh tak tahu ke?” Siti Amirah pandang tepat ke arah Siti Amirah. Kalau boleh dia tolong, dia akan tolong.

“Tak ada apalah Kak Teh. Siti gemuruh saja kut.” Dah dia agak. Janganlah Kak Teh tanya pasal Ryzal pula. Yang tu dia tak tahu nak jawab macam mana.

“Kalau macam tu tak apalah. Kak Teh ingatkan Siti ada masalah apa-apa. Yalah, tiba-tiba saja bertunang dan tak sampai sebulan lagi dah nak nikah. Mak bukan main gembira lagi. Mak ada bagitahu Kak Teh, lepas Siti dengan Ryzal dah selamat nikah nanti, mak dengan ayah nak pergi umrah.” Hati Siti Fatimah terbeban lagi. Kakinya macam makin kuat terikat. Dah tak boleh nak lepaskan diri.

“Kesian mak. Mesti mak penatkan. Tiba-tiba nak kena uruskan majlis Siti. Masa pula suntuk.” Ini semua gara-gara Ryzal. Kalau jadi apa-apa dengan emaknya, siaplah Ryzal.

“Siti tak payah risau. Emak tu tengah gembira sangat. Penat sikit pun dia dah tak kisah.” Siti Amirah pun turut sama teruja. Baju untuk majlis minggu depan dia dah tempah siang tadi. Semua adik beradik dah sepakat nak pakai baju warna biru.

Siti Fatimah diam lagi. Kalaulah dia boleh bagitahu Kak Teh apa sebenarnya yang berlaku, tak adalah dia rasa terbeban sangat. Tapi lidahnya tak mampu nak berkata apa-apa. Kak Teh adalah kakak yang paling rapat dengannya. Selama ini pun, dia selalu berkongsi rahsia dengan Kak Teh. Tapi kali ini dia rasa dia tak mampu nak ceritakan apa-apa dengan Kak Teh. Maaf.

“Dahlah Siti. Kak Teh nak masuk tidur dulu. Mengantuk sangat dah mata ni. Insya Allah dalam beberapa bulan nanti, Siti pun boleh rasa apa yang Kak Teh rasa sekarang ni. Seronok tau Siti.” Siti Amirah mengusap perlahan perutnya yang semakin memboyot. Tak sabar nak jumpa dengan anaknya ini. Dah lama tak timang anak kecil. Iqbal pun dah umur lima tahun.

Siti Fatimah hanya senyum. Tak ikhlas. Tak ingin dia nak ada anak dengan Ryzal. Tak mungkin dia akan
mengandungkan anak Ryzal. Dia berkahwin hanya untuk mengekalkan senyuman di wajah emaknya. Dia tak mampu nak buat lebih daripada itu. Ryzal yang minta semua ini dan lelaki itu perlu ikut syaratnya. Tak mungkin ada pertalian hati di antara mereka. Apatah lagi pertalian darah. Dia tak mahu.

 mengandungkan anak Ryzal. Dia berkahwin hanya untuk mengekalkan senyuman di wajah emaknya. Dia tak mampu nak buat lebih daripada itu. Ryzal yang minta semua ini dan lelaki itu perlu ikut syaratnyamungkin ada pertalian hati di antara mereka. Apatah lagi pertalian darah. Dia tak mahu.