Assalamualaikum & salam sejahtera semua....hehe...malam ni cik lynn agak lemau sikit...nk wat esemen tapi mood macam dah kelaut hindi...ohokkssss....so, kesudahannya adalah cik lynn masukkan bab seterusnya..mihmihmih....sorila korang lama tunggu..huhu...dah hujung2 sem ni mmg esemen melambak...nmpak sangatlah kan suke tangguh2 keje..mihmihmih...alaaa...korang pun penah buat gak kan??kikikiki.....so tak payah cakap banyak2 malam2 ni....korang baca je la bab seterusnya ni....sila sila...
Bab 65
“Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”
(Al-Baqarah,
2:286)
Kiraan tasbih oleh jemarinya
terhenti. Setitis air mata jatuh ke tangan. Setiap apa yang berlaku membuatkan
dia banyak berfikir. Alhamdulillah, segalanya membuatkannya semakin dekat
dengan Allah. Mungkin inilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap dugaan
yang menimpa.
Ika berpaling apabila terasa bahunya
disentuh. Air mata diseka. Ika membalas senyuman ibunya. Syukurlah masih ada
insan yang begitu menyayanginya dengan sepenuh hati. Insan yang sentiasa
menyokong setiap keputusannya.
“Jom, Achik. Abah dah tunggu kita nak
pergi sarapan.” Ika mengangguk. Tak sedar jam sudah menginjak ke pukul lapan
pagi. Tak terasa penat dan lapar bila duduk berhadapan dengan rumah Allah ini.
Ika benar-benar bersyukur. Mungkin
hikmah di atas segala dugaan itu juga dia berada di sini sekarang. Hari ini
hari terakhir mereka berada di sini sebelum berangkat pulang ke Malaysia esok.
Hati sudah rasa sayu. Masih belum puas untuk terus bersujud di sini. Masih
belum puas merasa betapa tenangnya hati sepanjang berada di sini.
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan.”
(Al-Insyirah : 6)
Ya, dia merasai semua itu sekarang.
Alhamdulillah, segala ibadahnya selama hampir dua minggu berada di sini
dipermudahkan Allah. Doanya semoga segala urusannya pada hari-hari mendatang
juga dipermudahkan Allah. Sudah hampir enam bulan dia tidak berhubung dengan
Faiz mahupun Hilmi. Walaupun Faiz cuba mencarinya tapi Ika sedaya-upaya
mengelak. Dia perlukan masa bersendiri.
“Sedih pula ibu rasa nak tinggalkan
Mekah. Belum balik pun dah rasa rindu.” Sungguh dia rasa gembira berada di
sini. Walaupun ia bukan kali pertama, tapi pengalaman setiap kali datang adalah
berbeza.
“InshaaAllah, jika ada rezeki kita
datang lagi. Ika pun rasa tak nak balik. Sekejap aje rasa.” Ika menyua roti ke
dalam mulutnya. Tapi dalam hati rasa rindu juga kepada keluarga di Malaysia.
“Kak Yam, Yusuf mana? Tak nampak-nampak
dari tadi,” tanya Puan Siti kepada Hajah Maryam, kenalan baharunya yang
sama-sama mengikuti rombongan mengerjakan umrah.
“Tadi dia kata nak naik ke bilik
sekejap. Tak tahulah apa yang dia buat,” jawab Hajah Yam. Nik Muhammad Yusuf,
anak lelakinya yang turut sama dibawa mengerjakan umrah.
“Ibu, jomlah kita pergi beli barang.
Tapi sebelum tu, Achik nak naik atas kejap.” Ika mengelap mulutnya dengan tisu
dan bersedia untuk bangun.
“Saya nak ikut juga Siti tapi Yusuf
ni tak turun-turun lagi. Tak apalah, Siti dengan Ika pergi dulu. Nanti saya
pergi dengan Yusuf.” Ika dan Puan Siti mengangguk seraya melangkah pergi.
Ika membelek-belek beberapa helai
jubah yang tergantung. Terlalu banyak pilihan sampai rambang mata. Ibu sedang
tawar-menawar dengan pembantu kedai yang mungkin berbangsa Pakistan tapi agak
fasih berbahasa melayu. Katanya pernah kerja di Malaysia. Kagum dengan golongan
ini yang sanggup berhijrah beribu batu jauhnya daripada keluarga demi mencari
rezeki.
Ika menarik sehelai jubah berwarna
hitam dan pada masa yang sama turut ditarik oleh seseorang. Ika cuba mengintai
di sebalik jubah-jubah tersebut. Dahinya berkerut. Macam kenal.
“Oh, maaf.” Jubah warna hitam dengan
batu warna-warni yang dipegang tadi dilepaskan.
“Tak apa.” Ika lempar senyum. Yusuf.
Anak lelaki kepada Hajah Yam.
“Mana Hajah Yam?” soal Ika. Matanya
masih membelek-belek jubah tadi. Cantik, tapi jika dia beli lagi maksudnya dah
lima helai jubah yang dia beli. Cukup-cukuplah tu Ika.
“Entah, tadi ada. Saya nak pergi cari
dia. Jumpa lagi.” Ika sekadar mengangguk. Perempuan kalau dah masuk kedai. Ika
menghampiri ibunya yang sudah siap tawar-menawar. Dah beli dah pun. Untuk
cucu-cucu katanya.
“Achik terserempak dengan Yusuf tadi,
tapi tak nampak pula Hajah Yam.” Beg plastik bertukar tangan.
“Oh ya ke? Habis tu mana dia?”
“Dia kata nak pergi cari Hajah Yam.
Achik tak tanya banyak. Dia pun macam tergesa-gesa aje.” Dia pun bukannya rapat
sangat dengan si Yusuf tu. Rasanya tadi tu kali kedua mereka bercakap. Kali
pertama masa mula-mula jumpa. Itu pun sepatah aje dijawabnya.
Puan Siti mengangguk. Matanya masih
melirik pada barang-barang yang dijual. Kat sini kalau tak lawan nafsu memang
habis. Nasib baik suaminya dah pesan awal-awal. Tapi dah namanya perempuan.
>>
Ika mencuit manja pipi gebu si kecil Syarifah Amni
Humaira’. Budak kecil ni dah boleh merangkak. Lama betul dia tak datang jenguk
Amni. Tak puas Ika mengusik Amni yang ketawa mengekek setiap kali diusik.
Geram.
“Kau sihat ke? Berseri semacam aje
aku tengok muka kau tu. Ada apa-apa rahsia ke?” usik Syarifah.
“Mestilah berseri sebab baru balik
dari Mekah. Seronok tau kat sana Sya. Aku rasa macam tak nak balik. Nanti boleh
kita pergi sama-sama.” Berseri wajahnya setiap kali bercerita mengenai
pengalaman pertamanya mengerjakan umrah. Pengalaman yang tak mungkin dilupakan.
Terlalu indah.
“Seronok aku tengok kau gembira macam
ni. Aku macam dah dapat balik kawan baik aku yang dulu-dulu tu.” Syukurlah jika
Ika dah boleh terima apa yang berlaku. Paling penting, dia mahu kawannya
gembira.
“Aku pun bersyukur sebab Allah
permudahkan urusan aku untuk ke sana dan beribadah kat sana. Aku lupa sekejap
masalah aku kat sini.” Tipu kalau dia kata dia tak ingat sedikit pun masalah
yang menimpanya. Tapi dia dapat rasa hatinya lebih terbuka dan tenang.
“So,
macam mana sekarang? Faiz dah tak cari kau ke?”
“Alhamdulillah. Aku rasa dia pun dah
boleh terima kenyataan. Bukan jodoh aku dengan dia.”
“Hilmi?” soal Syarifah. Setiap kali
teringatkan Hilmi, pasti Syarifah akan rasa bersalah. Dia yang mulakan. Sungguh
dia tak sangka.
“Sama jugak. Biarlah Sya. Aku dah tak
nak fikir semua tu. Aku nak mulakan hidup baru. Mungkin jodoh aku bukan di
dunia.” Positif. Ya, dia pasrah. Walaupun dia tidak akan putus asa untuk
mencari dan mencuba tapi jika itu sudah takdirnya dia pasrah.
“Aku akan sentiasa doakan yang
terbaik buat kau. Amni pun sama. Kan Amni, kan?” Pipi tembam anaknya dicium.
“Habis tu kau kat sana, tak usha pak-pak arab ke? Manalah tahu
kut-kut ada yang berkenan.” Tak habis-habis nak mengusik.
“Tak kuasa aku. Aku pergi sana nak
beribadat. Tapi tak tahulah pulak kan kalau ada pak-pak arab yang berkenan kat
aku. Hahaha…” Ketawanya pecah. Tak terfikir untuk ke arah itu walaupun dia
sentiasa mendoakan agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.
“Yalah tu. Entah-entah dah
tersangkut. Saja tak nak bagitahu kita.” Syarifah mencebik dalam senyuman.
Ika hanya senyum sambil menggelengkan
kepala. Sekarang ini, bukan itu keutamaannya. Biarlah masa yang menentukan.
Bila sampai masanya nanti, pasti akan bertemu juga. Dia yakin janji Allah.
Manusia itu dijadikan berpasang-pasangan.
“Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum,
30:21)
sorila kalo tak memuaskan ati korang...sy hanya manusia biasa...ohokkksss....propa sangat aihhhh....so kalo ade ape2, korang komen2 la ye....entry lepas ni adalah bab terakhir e-novel ni....harap korang bersabar menantikannya..hehehehe...akhirnya smpai gak ke penghujung kan????
adiossssssssssssss.....
wah dah ada hero baru ni!!! Baik dia pilih Nik Muhamad Yusuf dr pening kepala Ika nk pilih antara Faiz @ Hilmi. Biar 2-2 ni gigit jari. Hehehe... ;D
ReplyDeleteWeeeee....ok jugak kan kalo zulaikha n yusuf...hehe..apa2 pun kite tgk endingnya nnt okeyyyhhhh...tq ivory
DeleteKalo betul ika x nak faiz.jgn dok menggatal pick helmi.makin sakit jiwa la Faiz tu.ko pilih je yusof.tenang siikiit jiwa aku tgk pempuan byk cekadak ni..huhuhu
ReplyDelete