Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..maaf sbb lmbat update bab baru...hehehe..banyak koje...apa2 pun harap korang msih sudi baca n enjoyyy...hehehe...citer nk cam da nk sampai ke penghujung tapi sy masih tak dapat buat ending sbb masih xsure...hehe..apa kata korang bagi pendapat kat saya..hehehehehe...
nampak tak muka confuse ala2 cute..kihkih... |
Tersenyum-senyum Ika membalas mesej. Syarifah di depan
langsung tak dilayan membuatkan wanita itu mendengus kasar. Macam bercakap
dengan patung.
“Hoi Ika. Aku tahulah kau tengah angau bercinta. Tapi
kau boleh tak suruh si Faiz telefon kau lepas ni? Nak bergayut sampai esok pagi
pun tak apa. Sekarang ni, aku ada kat depan kau.” Tak dapat nak ditahan lagi.
Kalau datang sini setakat nak tengok Ika ketawa sambil balas mesej, baik tak
payah datang. Duduk rumah jaga anak lagi bagus.
“Ok…ok. Kecohlah kau ni. Bukannya aku bermesej dengan
Faiz pun.” Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam tas tangan. Kentang goreng
disua ke dalam mulut. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.
“Habis tu kalau dah tersenyum-senyum macam kerang busuk,
kau nak mesej siapa lagi kalau tak tunang sendiri? Malu-malu pula nak mengaku.
Macam aku tak tahu. Aku pun pernah melalui zaman kaulah.” Tempelak Syarifah.
Geram pula rasanya. Dah terang lagi bersuluh pun nak berselindung lagi.
“Kau ni, aku nak tipu kau buat apa. Kawan akulah.” Kalau
beberapa bulan dulu, mungkin dia akan berkelakuan begini kalau dapat mesej
daripada Faiz. Tapi semua tu macam dah hilang. Kemesraan antara mereka semakin
pudar.
“Dah tu gaya kau tu macam orang tengah balas mesej
pakwe.” Pelik. Takkan dengan kawan biasa pun boleh senyum sampai macam tu?
Jangan-jangan…
“Ika, kau jangan cakap kau tengah mesej dengan…” Mata
Syarifah bulat. Takkan dalam masa sebulan lebih mereka dah boleh serapat itu?
“Dah lah tu. Kawan aje.” Ika sudah malu-malu kucing.
Telefon bimbit yang masih berbunyi dicapai kembali.
“Kau biar betul Ika? Sampai hati kau tak bagitahu aku
ya? Kau ingat sikit, aku yang temukan kau dengan dia tau.” Dia nak menjerit
tapi sempat ditutup mulutnya. Orang ramai. Nanti tak pasal-pasal jadi tumpuan.
Tak mahu dia. Buat malu saja.
“Kau ni. Aku dah cakap kan, aku dengan dia kawan aje.
Lagipun aku sedar status aku.” Ika menyimpan semula telefon bimbitnya.
Mengenangkan hakikat itu membuatkan senyumnya mati. Nak salahkan siapa? Dia
sendiri yang setuju.
“Sekarang memanglah kawan, lama-lama nanti? Kau dengan
Faiz sekarang macam mana? Dia tak syak apa-apa?” Bukan nak menyokong Ika untuk
curang, tapi dia hanya mahukan yang terbaik buat Ika. Tak sanggup nak lihat
kawannya itu merana lagi. Dahlah tak dapat lelaki pujaan, kahwin pula dengan
orang yang tak dicinta. Seksa nanti.
“Entahlah Sya. Aku sekarang ni rasa bersalah sangat. Kau
tahulah Faiz tu, baik sangat. Aku tak sampai hati nak kecewakan dia. Dia
sendiri pun ada tanya, kenapa aku macam dah lain. Macam nak elakkan diri
daripada dia. Aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa. Takkan aku nak cakap yang
aku tak cintakan dia.” Sungguh dia serba salah. Nak ke kiri takut jumpa jalan
buntu. Nak ke kanan bimbang tertusuk duri.
“Dalam hidup kita ni, tak semua perkara kita akan dapat
dengan mudah tau. Kadang-kadang perlu dibayar dengan air mata dan pengorbanan
yang bukan sedikit. Itupun, tak tentu lagi apa yang kita dapat tu memuaskan
hati atau pun tak. Apa yang penting, kita usaha.” Sesekali timbul rasa juga
rasa bersalah di hatinya. Kerana dia Hilmi dan Ika bertemu dan jadi rapat
seperti sekarang walaupun dia sedar yang kawannya itu adalah tunang orang. Tapi
semuanya dah berlaku. Nak menyesal pun dah terlambat.
“Aku tak sangka pula yang aku dengan Hilmi akan jadi
serapat ini. Kau pun tahukan Hilmi tu macam mana dulu. Tapi sekarang dia dah
lain. Tak sombong, peramah, ambil berat, itu yang buat aku serba salah Sya.
Menyesal pun ada.” Ika mengeluh perlahan. Tak pernah menduga yang kisah
cintanya akan jadi kompleks begini.
“Menyesal? Apa yang kau sesalkan? Pertunangan dengan
Faiz atau jumpa semula dengan Hilmi?” Duga Syarifah. Ika angkat muka. Sekali
lagi dia terjerat dengan kata-katanya.
“Aku bertunang dengan Faiz dengan rela hati. Waktu tu
aku fikir dengan cara itu saja aku boleh lupakan Hilmi. Tapi aku silap.
Berjumpa semula dengan Hilmi mungkin satu kebetulan. Tapi aku rasa masanya tak
tepat. Bukan aku nak menyalahkan takdir tapi semuanya terlalu mengejut buat aku
walaupun pada hakikatnya aku memang teringin nak jumpa dengan dia.” Ika
mengeluh lagi. Kepalanya yang tadi terasa ringan kembali berserabut. Semua yang
terjadi adalah berpunca daripada dirinya sendiri. Semua ini mungkin tak akan
terjadi andai dia tegas dengan dirinya sendiri.
“Ika, aku pun tak tahu nak cakap apa. Satu yang kau
perlu ingat, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kadang-kadang kita
yang tak nampak. Mungkin Tuhan nak uji hati kau. Menjadikan seorang yang tabah.
Tuhan dah tunjukkan pilihan yang kau ada. Sekarang, terpulang kepada kau untuk
menentukan mana yang terbaik buat diri kau.” Tangan Ika digenggam erat. Memberi
sedikit kekuatan.
“Aku pun sebenarnya nak minta maaf dengan kau. Kau
dengan Hilmi jadi macam ni pun sebab aku. Bukan maksud aku nak kau putus tunang
dengan Faiz, tapi aku rasa kau layak untuk rasa bahagia dengan orang yang kau
cinta dan orang yang kau cinta tu adalah Hilmi.” Makin kuat genggaman
tangannya. Dia betul-betul minta maaf andai perbuatannya telah membuatkan Ika
terseksa.
“Kau tak salah Sya. Aku tahu kau buat semua ni sebab nak
tolong aku. Kau tak perlu risau, pandai-pandailah aku selesaikan masalah ni.
Hmm…kalau susah-susah sangat, tak payah kahwin. Membujang saja sampai tua.” Ika
ketawa tapi tiada keceriaan dalam tawanya. Hati siapa yang patut dikorbankan?
>>
Ika membetulkan duduknya. Sesekali matanya meliar ke
sekeliling. Faiz di sebelah kelihatan tenang. Puan Sofia juga kelihatan tenang.
Senyum tak lekang dari bibirnya. Entah apa mimpi bakal bapa mertuanya hendak
berjumpa dengan mereka berdua.
“Ika ok ke?” Faiz perasan riak di wajah tunangnya. Agak
gelisah. Mungkin risau untuk berdepan dengan papanya. Dia sendiri pun tak tahu
kenapa orang tua itu mahu berjumpa dengan mereka.
“Jangan risau Ika. Papa Faiz ni tak makan orang. Dia
baik orangnya.” Puan Sofia cuba berseloroh. Mengurangkan debar di dada bakal
menantunya.
“Papa ada bagitahu mama ke kenapa dia nak jumpa kita kat
sini? Tak pernah pula dia ajak kita jumpa kat luar macam ni. Hari ini dalam
sejarah tau mama.” Sepanjang dia bergelar anak kepada lelaki itu, boleh dikira
dengan jari berapa kali mereka keluar bersama-sama. Dulu dia selalu juga
bertanya, mamanya jawab papa sibuk. Tak boleh selalu keluar. Tapi bila dah
besar, dia dah tak ambil peduli.
“Mama pun tak tahu. Papa tak pula bagitahu. Mungkin dia
cuma nak berkenalan lebih rapat dengan Ika.” Suaminya hanya memberitahu ingin
berjumpa. Dia pun tak mahu banyak tanya. Takut pula lelaki itu berubah hati.
“Jumpa di rumah kan senang. Dia tak takut rahsianya
bocor?” Faiz kurang senang sebenarnya. Kalau tak kerana mama dan Ika, jangan
harap dia nak datang.
“Faiz, tak baik cakap macam tu.” Kedengaran keluhan Puan
Sofia. Ika hanya mendengar. Tak berniat nak menyampuk dan mencampuri urusan
keluarga tunangnya.
“Assalamualaikum. Dah lama tunggu? Maaflah, ada hal
sikit tadi.” Encik Zainal mengambil tempat di sebelah Puan Sofia. Faiz
menyalami tangan papanya dalam terpaksa.
“Kami pun baru sampai.” Ika masih lagi selesa berdiam
diri. Selagi tak ditanya, selagi itulah dia tak buka mulut.
“Maaflah sebab papa dah menyusahkan kamu semua. Papa
bukan apa, saja nak berkenalan dengan bakal menantu papa. Lagipun, dah lama
kita tak keluar makan sama-sama kan?” Tiada senyuman di wajah Faiz. Ika jadi
serba salah. Tak sangka, keras juga hati Faiz. Ini pertama kali dia lihat Faiz
bersikap begini.
“Ika apa khabar?” Tanya Encik Zainal. Dia cuba untuk
jadi mesra.
“Baik pak cik.” Sungguh dia bukan seorang yang peramah.
Ika melirik ke arah Faiz di sebelah. Masih lagi masam mencuka wajah lelaki itu.
Berpura-pura baca menu.
Betul kata Puan Sofia. Suaminya memang baik. Peramah.
Berlainan benar dengan apa yang diceritakan Faiz. Rasa tidak selesa pada
permulaannya sudah tidak ada. Dia selesa bila berbual dengan Encik Zainal.
Lelaki itu pandai mengambil hati. Lucu. Sama seperti Hilmi. Ah, dia tak
sepatutnya ingatkan lelaki itu bila Faiz dan keluarganya ada di depan mata.
“Papa!” Empat pasang mata berpaling serentak. Seorang
lelaki tegak berdiri di hadapan mereka. Serta merta ketawa mereka terhenti. Riak
wajah mereka sama. Terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba.
“Hilmi.” Serentak Encik Zainal dan Ika menyebut nama
itu. Walaupun perlahan tapi masih kedengaran. Ika memandang ke arah Encik
Zainal dan lelaki yang berdiri itu silih berganti. Dia telan liur.
Faiz memandang Ika. Sekali lagi dia terkejut. Tunangnya
kenal dengan lelaki di hadapan mereka. Siapa sebenarnya lelaki itu? Dan rasanya
dia tak silap dengar. Lelaki itu memanggil papanya dengan panggilan papa.
Adakah itu saudara tirinya?
“Ika? Awak pun ada kat sini?” Lidahnya kelu untuk
menjawab. Rasanya dia sudah faham apa yang sedang berlaku. Dugaan apakah lagi
ini?
“Abang? Ini siapa?” Puan Sofia memandang suaminya yang
kelihatan serba salah. Dahinya berpeluh. Soalannya dibiar sepi.
“Maaf. Anak ni…” Puan Sofia beralih kepada lelaki di
hadapannya. Dia cuma inginkan kepastian bagi menjawab teka-teki yang sedang
berlangsung.
“Saya Hilmi. Ini papa saya. Boleh saya tahu mak cik ni
siapa?” Hilmi mengamati wanita yang mungkin sebaya mamanya. Adakah ini wanita
sama yang dilihatnya tempoh hari? Dia tak pasti. Dia hanya melihat dari jarak
yang agak jauh waktu itu.
Puan Sofia terkedu seketika. Tekaannya tak salah. Lelaki
yang berdiri di hadapannya ini adalah anak tirinya. Anak suaminya bersama
isteri pertama. Patutlah suaminya diam. Puan Sofia cuba berlagak tenang. Cuba
untuk memperbetul keadaan.
“Mak cik kawan Encik Zainal. Kebetulan jumpa di sini.
Jadi mak cik ajak Encik Zainal sertai kami.” Laju ayat itu meluncur dari bibir
Puan Sofia. Faiz memandang tepat ke arah mamanya. Begitu juga dengan Ika.
Sampai begitu sekali mamanya mahu melindungi papa? Dia tak puas hati. Kenapa
mesti menidakkan hak yang sepatutnya mereka dapat?
“Tapi mama…”
“Ini anak mak cik, Faiz.” Tak sempat Faiz nak
menghabiskan ayatnya. Puan Sofia langsung tak bagi peluang.
“Maaf, saya nak ke tandas sekejap.” Ika tak betah untuk
berada di situ lebih lama. Dadanya sesak. Di hadapannya ada Faiz dan juga
Hilmi. Dan yang paling menyesakkan dada dan mindanya, kedua-duanya adalah adik
beradik! Kebetulan apakah ini?
Faiz memerhati dalam diam. Kenapa dengan tunangnya? Apa
kaitan Ika dengan lelaki di hadapannya ini? Kenapa Ika kelihatan begitu
terkejut? Dia dapat lihat cara Ika memandang lelaki itu. Dia juga dapat lihat
cara lelaki itu memandang Ika. Bagai ada rahsia yang disimpan antara mereka.
Encik Zainal masih diam. Membiarkan isterinya membuat
kenyataan palsu. Dia sudah agak lambat-laun perkara ini akan terbongkar juga.
Tapi apa yang berlaku sekarang agak mengejutkan. Dia tak bersedia.
Hilmi merenung tepat ke arah papanya. Dia juga perasan
wajah gelisah wanita di hadapannya. Boleh dipercayaikah kata-kata itu? Sikap
berdiam diri papanya buat dia tambah curiga. Ada sesuatu yang tak kena. Ika.
Apa pula kaitan wanita itu dalam situasi ini?
terima kasih sebab sudi baca smpai habis...byeeeeeeee....nantikan smbungannya yaa...hehehehe...muaahhhsss
ala coet je....nk lg
ReplyDeletehikhik...sabaq ek kak na...nnt sy post lagi..hehe...tadi masa post dah rasa cam panjang..haha..
ReplyDeletefuhyooo tembelang hmpir pcah..
ReplyDeleteawak dah panjang jgak n3 ni...
ReplyDeleteasyik menanti je ni....hehehe
goood job
~thanks~
Thnks cik eija n cik anon sbb sudi mngikuti enovel ini..hehe..teruskam mmbaca ya...
ReplyDeleteapa la pakcik zainal ni. dah kahwin 2 lps tu nk sorok2x plak status isteri kedua n ank Berat sebelah n tidak adil. nnti senget sbelah bahu diakhirat. Mmg wajar Faiz marah. Ada ayah umpama takde. Org ln wlaupun ada ayah yg kahwin 2-3 tp mereka masih iktiraf status isteri n anak. Ni klu tau dik Faiz yg Ika mmg dr dl cintakan Hilmi. Mmg jd perang saudara la nmpak nya. Ika kena la korbankan diri smada pilih salah satu or jgn pilih kdua2xnya. Cari org ln gnti.
ReplyDeleteHikhik...hmmm..tu lah mslh ika skrg ni..hati dia dh berbelah bahagi..huhu...smpaikan penulisnya pun pning..haha..anyway..terima kasih utk pndapat awk ivoryginger.... :)
ReplyDeletebetter plh org yg sygkn kter dr plh org yg kter syg...
ReplyDelete