assalamualaikum semua...harap semua sihat2 jer...ape2 pun..harap korang masih sudi baca enovel ni walaupun citer dia dh mcm mengarut2 sikit..hehehe...terima kasih atas cadangan dan komen anda ok!!! selamat membaca..... :)
Bab 60
Siti Zulaikha mundar-mandir di dalam biliknya. Seharian bersama
Hilmi buat harinya sangat ceria. Tapi sekarang hatinya resah. Apa yang dia dah
buat? Membuka ruang kepada Hilmi untuk mendekati dirinya?
‘Ika, kau tahu tak apa akibatnya nanti?’
Itu yang buat dia resah dan runsing. Dia tahu tak
sepatutnya perkara ini berlaku. Tapi siapa dia untuk melawan kehendak hati?
Lirik mata Hilmi, senyuman Hilmi, layanan Hilmi. Ah, Ika rasa nak gila! Penat
mundar-mandir, dia melayangkan tubuh kurusnya ke katil.
‘Ika, wake up!!’
Tak perlu kejutkan dia sebab dia memang dalam keadaan
sedar. Ika merenung telefon bimbit yang dimatikan sejak siang tadi. Pasti
berderet panggilan daripada Faiz. Ah, lantaklah. Hatinya masih panas dengan apa
yang dilakukan oleh lelaki itu semalam. Hantu apalah yang ada dalam kepala
mamat tu semalam.
Telefon bimbit dicapai dan terus dihidupkan. Bimbang
pula kut-kut ada panggilan penting. Takkan selamanya nak matikan kut? Seketika,
ada bunyi mesej masuk. Bukan satu tapi banyak. Dah agak dah. Satu mesej dibuka.
Panggilan tak dijawab. Sudah pastinya dari Faiz. Ika merengus kasar. Tak
habis-habis nak ganggu orang. Eh, dari Hilmi pun ada? Ika melirik jam di atas
meja. Sejam yang lalu. Pantas jemarinya membuka mesej yang lain. Mesej dari
Faiz.
‘Sayang, abang tahu sayang masih marahkan abang atas apa
yang berlaku semalam. Abang tak ada niat pun nak malukan sayang. Abang cuma nak
sayang faham perasaan abang. Abang terlalu sayang dan cintakan sayang. Tak
semudah itu untuk abang lepaskan sayang pada orang lain. Please understand me.
I love you so much!’
Ada lagi.
‘Ika, please. Jawab panggilan abang.
Abang tahu abang salah. Please…’
Ika melepaskan nafasnya. Memicit kepala yang tiba-tiba
berdenyut. Dia ke yang bersalah? Selama ini dia cuba untuk setia tapi Faiz yang
selalu curiga. Dia dah setuju untuk cepatkan pernikahan mereka. Apa lagi yang
Faiz mahukan? Ya dia faham. Faiz cintakan dirinya. Dia juga sedaya upaya untuk
mencintai Faiz sepertimana Faiz cintakannya.
Ika pejam mata rapat. Cuba mengurangkan denyutan di
kepala. Macam mana dia nak menghadapi dua bulan sehingga hari pernikahannya
nanti? Mampu ke dia nak bertahan? Faiz, please…
Telefon bimbit berbunyi lagi. Mesej lagi. Kali ini bukan
dari Faiz. Satu persatu perkataan yang tertera di skrin dibaca. Tak mahu ada
satu pun yang tertinggal.
‘Ika dah tidur ke? Saya call Ika, tak dapat. Just wanna
say, thanks. Mi happy sangat hari ni.
Ilham pun sama. Susah betul nak tidurkan dia tadi. Menangis. Rindukan Mama Ika
dia kut? Ilham tanya bila dia dapat jumpa Mama Ika lagi?’
Ika telan liur. Berulang kali dia baca SMS dari Hilmi. Boleh
tak kali ni warden yang nak menjerit? Nak lawan budak-budak kat atas tu. Ini
betul-betul gila. Ika, apa kau nak buat ni? Masalah menyerang dari kiri dan
kanan. Ika ambil bantal di sebelahnya seraya menekup mukanya. Dia menjerit
sekuat hati. Berombak kencang dadanya. Ika bingkas bangkit dari pembaringannya.
Segera turun dari katil dan menuju ke meja solek. Dipandang lama wanita yang
ada di dalam cermin itu.
Dia tak cantik. Dia tak menarik. Tapi kenapa kedua-dua
lelaki itu mengejarnya? Yang paling parah, kedua-dua lelaki itu adalah
adik-beradik. Apa yang ada padanya? Dia hanya wanita biasa. Ika mengeluh
perlahan. Dia tiada jawapan untuk soalannya.
Hatinya saat ini sangat mendesak supaya dia menerima
Faiz. Rasanya hanya Faiz yang layak untuk menerima cintanya. Lelaki itu ikhlas,
lelaki itu tak hipokrit. Lelaki itu menerima dirinya seadanya. Tapi jauh di
dasarnya, dia tak dapat menolak Hilmi. Dia masih tak tahu sejauh mana
keikhlasan Hilmi tapi dia tahu Hilmi tak main-main. Ya Allah, aku makin buntu.
Ika kembali merebahkan tubuhnya ke katil. Setitis air
mata gugur. Sehingga ke saat ini dia masih tak percaya yang dia sedang
berhadapan dengan masalah cinta. Langsung tak pernah terfikir di mindanya.
Telefon berdering lagi. Kali ini dia biarkan sahaja. Matikan pun susah,
hidupkan pun susah. Sudahnya, dia tertidur. Bikin sakit jiwa jika terus
difikirkan.
>>
Faiz genggam telefon bimbitnya kuat. Geram! Susah sangat
ke nak jawab panggilan? Kut ya pun masih marah, takkanlah sampai nak jawab
panggilan pun tak boleh? Ika dah jauh berbeza. Siang tadi dia ke rumah Ika tapi
Ika tak ada di sana. Yang peliknya, kereta wanita itu ada. Ke mana Ika pergi
dan yang paling penting dengan siapa?
Dia cuba untuk tidak syak wasangka. Mungkin Ika keluar
dengan kawannya. Tapi dia tak dapat mengelak untuk memikirkan kemungkinan yang
lain. Kalau betul macam mana? Faiz tambah resah. Sakit hatinya saat ini hanya
Tuhan yang tahu. Tak sanggup untuk bayangkan jika dia terpaksa lepaskan Ika.
Tak mahu!
‘Apa gunanya jika dia tak bahagia dengan kau?’
Dia akan pastikan Siti Zulaikha bahagia hidup di
sampingnya. Dia terlalu cintakan wanita itu. Mana mungkin untuk dia sakitkan
hati Ika. Dia akan layan Ika macam permaisuri. Dia akan turutkan segala
kemahuan Ika. Apa sahaja asalkan wanita itu bahagia.
‘Kau bukan Tuhan. Kau tak tahu apa yang akan berlaku
pada masa hadapan.’
Dia tak mahu fikir masa depan. Yang dia tahu, dia
mahukan Ika. Hanya Ika. Dia mahu Ika ada di sampingnya sampai bila-bila.
‘Walaupun kau akan terseksa nanti?’
Ya. Dia sanggup berhadapan dengan apa sahaja walaupun
maut.
Faiz meraup mukanya. Dia dah terlalu jauh berfikir. Jam
sudah menunjukkan ke angka satu pagi. Dia perlu bekerja esok. Semoga hati Ika
akan lembut esok.
‘Ika, saya cintakan awak dan akan sentiasa cintakan awak
sampai bila-bila.’
>>
Hilmi tersengih-sengih. Tak dapat disembunyikan perasaan
gembiranya hari ini. Sungguh dia tak sangka perasaan ini muncul lagi. Mungkin
ada yang rasa terlalu awal untuk dia jatuh cinta sekali lagi selepas kematian
Nur Jannah tapi siapa dia untuk menolak? Cinta itu anugerah daripada Allah.
“Amboi, bukan main lebar lagi senyum tu. Ingat kat
siapa?” Zaza menepuk bahu abangnya. Kalau abangnya tak bagitahu pun dia dah
dapat agak siapa. Confirm tak ada orang lain.
“Dia ni kalau tak kacau orang memang tak senang. Mana
ada ingat kat siapa-siapa. Tak boleh ke kalau abang nak senyum? Kena minta
kebenaran adik dulu ke?” tempelak Hilmi.
“Nak sorok konon. Ini Zazalah bang. Macam orang tak tahu
dia tengah ingatkan siapa.” Zaza mencebik. Dah tahu sangat perangai abangnya
ni. Nak berahsia tapi tak pandai.
“Bang, kak Ika tu memang baikkan bang? Zaza sukalah kat
dia. Suka sangat-sangat. Ilham pun macam selesa sangat dengan Kak Ika.” Zaza
merenung abangnya dengan senyuman lebar di bibir. Mahu melihat reaksi si abang.
Senyuman di bibir abangnya melebar lagi. Confirm!
“Tapi…” senyuman di bibir Zaza mati. Dia menunduk. Hilmi
kerut dahi. Dah kenapa pula?
“Tapi?” Hilmi ulang perkataan yang disebut Zaza.
“Kak Ika nak kahwin dengan abang Faiz. Zaza tak sukalah
macam tu. Dia orang tu tak sesuai langsung.” Di mata kasarnya, itulah yang dia
nampak. Macam ada yang tak kena dengan mereka berdua tu.
“Nak kahwin je. Bukannya dah kahwin.” Selamba Hilmi
menjawab. Giliran Zaza pula kerut dahi. Abangnya ni nekad ke nak rampas Kak Ika
dari abang Faiz?
“Abang serius ke?” Zaza telan liur. Memanglah dia suka
kalau Kak Ika kahwin dengan abangnya tapi tak ke berperang nanti? Dah elok-elok
mama dengan papa tak berperang disebabkan rahsia 30 tahun tu, abang Hilmi
dengan abang Faiz pula yang berperang.
“Adik ada nampak abang main-main ke?” Hilmi memulangkan
soalan. Dia tak suka main-main bila masuk soal hati.
“Zaza tak rasa mama dengan papa akan setuju. Keluarga
kita baru aje bersatu. Lagipun Kak Ika tu tunang abang Faiz. Lainlah kalau
mereka tu tak ada ikatan lagi.” Zaza mula risau. Siang tadi bukan main gembira
sampai tak ingat dunia. Kak Ika pun nampak seronok.
“Soal hati dan perasaan tak boleh dibuat main, dik.
Abang tak buat semua ni untuk diri abang semata-mata. Abang fikirkan Ilham.
Abang mengaku memang abang tak mampu nak besarkan dia seorang diri. Abang
perlukan seseorang. Takkan selamanya abang nak bergantung dengan mama. Cukuplah
mama bersusah-payah besarkan kita.” Hilmi melepaskan keluhan. Bukan senang
untuk dia buat keputusan ini.
“Zaza faham perasaan abang. Walau apapun yang berlaku,
Zaza tetap sokong abang. Lagipun, Kak Ika tu nampak macam sukakan abang. Kenapa
ya abang tak jatuh cinta dengan dia sejak sekolah lagi?”
Soalan dari Zaza menyentak jantung Hilmi. Dia telan liur
yang terasa perit. Kata-kata Faizul segera bermain di fikirannya. Sungguh dia
tak ingat yang dia pernah kata begitu. Itu pun pada gadis sebaik Siti Zulaikha.
Dia akui, dulu dia sombong sebab kelebihan yang ada pada dirinya. Tapi itu
semua dulu. Dia dah berubah. Hilmi harap Ika tak tahu semua itu. Hanya yang
perlu Ika tahu, dia mahukan wanita itu.
Terima kasih daun keladi, harap nanti sudi baca lagi :)
I want faiz...huhuhu...plzzzzz.. ika xsetia klu dia pilih helmi..menci..hahaha
ReplyDeleteHehehehe...sy akan cuba yg terbaik!!tq yus kerana sudi baca... :)
Deletebenci hilmi yg tamak
ReplyDeleteAyoyo..ramai rupanya yg xsuka hilmi...baiklah...kite tgk apa yg jadi nnt okeh!! Tq sudi baca :)
DeleteLebih baik kawin ngan orang yg terima kita seadanya...
ReplyDeleteSetuju :)
DeleteTerimala org yg menerima kita seadanya
ReplyDeletekalau akak pilih hilmi boleh x?
ReplyDeletejgn marah ye....saja nk provok lyn
Hehehehehe....susahkan nk buat pilihan kak na? Cinta perlukan pengorbanan..hihihihihi...drama sangat
Delete