assalamualaikum..salam sejatera semua pembaca...ngeeeeee....lambat betul nk update kan????sori kpd yg tertunggu2 dan terima kasih jugak sebab setia menunggu...hehe...sy update dua bab sekali....mggu depan da start mggu exam..so cik lynn akan bz smpai tengah bulan 1....tak tau lah sempat ke tak nk update bab seterusnya...tapi ape2 pun harap korang tetap setia menunggu ya!!! doakan sy dapat jawab exam dengan baik!!!! selamat membaca kawan2!!!!!
Bab 53
“Mi, kenapa tercegat kat luar ni? Masuklah dalam.” Sapa
Puan Zalina bila melihat anaknya hanya tercegar di pintu masuk.
“Ika pun ada kat sini?” Sapa Hilmi. Ika menjeling ke
arah Faiz yang sudah masam mencuka. Dia tahu Faiz tak suka. Tapi apa nak buat,
Hilmi abang tirinya.
“Mak cik, pak cik, saya balik dulu. Dah lama kat sini.
Lagipun hari dah nak malam.” Lagi cepat lagi bagus. Dia tak nak masalah timbul
lagi. Cukuplah setakat ini.
“Dah nak balik? Cepatnya.” Hanya senyuman yang dapat
diberi. Ika menyalami kedua-dua wanita itu. Tak bercadang nak duduk lebih lama
walau dipujuk. Segera dia keluar dari situ. Dia menghembus nafas lega sebaik
sahaja pintu wad tertutup. Seakan baru terlepas dari kandang harimau.
“Cik Zulaikha. Cik buat apa kat sini?” Terperanjat dia
dengan sapaan yang tiba-tiba itu. Dia berpaling ke kiri. Zaza berdiri tegak di
sebelahnya dengan senyuman manis sambil mendukung si kecil Ilham. Nampaknya
masih tak selamat.
“Saya lawat kawan di dalam ni. Saya dah nak balik ni. Bye.” Tak sempat Zaza nak bertanya lebih
lanjut. Kaki diatur laju. Cepat dia keluar dari kawasan ini, barulah aman
rasanya. Zaza hanya memerhati. Agak pelik tapi dibiarkan saja.
“Mi kenal Ika?” Soal Puan Zalina.
“Kawan lama.” Hilmi kerling wajah Faiz yang masih masam
mencuka. Nampaknya Ika punya hubungan yang rapat dengan adik tirinya.
“Abang, abang jumpa dengan Cik Ika tadi? Zaza nampak dia
kat luar tadi.” Zaza terus menyoal abangnya. Tak hiraukan dengan mereka yang
lain yang turut berada di situ.
“Zaza pun kenal Ika?” Soal Puan Zalina lagi. Kehairanan.
Macam mana kedua-dua anaknya kenal dengan bakal menantu suaminya itu?
“Jadi, Cik Ika pun datang melawat sini?” Soalan mamanya
tak dijawab. Ilham yang merengek dipujuk.
“Macam mana Zaza kenal Ika?” Puan Zalina menyoal anaknya
sekali lagi. Tak puas hati bila soalannya tak dijawab.
“Mama, itulah Cik Zulaikha. Pensyarah Zaza. Dulukan Zaza
pernah ceritakan dekat mama. Yang Zaza nak kenalkan…”
“Zaza, jom ikut abang pergi luar sekejap. Kesian Ilham,
mesti tak selesa di sini.” Tak sempat Zaza nak habiskan ayatnya. Hilmi lebih
dulu menarik tangan adiknya. Budak ni tak tahu apa-apa. Baik dia bertindak
sebelum semuanya terbongkar.
“Patutlah. Kecil aje dunia ni. Pusing-pusing, orang yang
sama juga.” Puan Zalina dan Puan Sofia sama-sama ketawa. Baguslah kalau semua
orang sudah saling mengenali.
“Oh ya. Lupa pula mak cik. Yang lelaki tadi tu, namanya
Khairul Hilmi. Anak sulung mak cik. Kiranya abang Faizlah. Yang perempuan tu
pula anak bongsu mak cik. Zaza namanya. Yang kecil tu pula anak Hilmi.” Faiz
tak berminat nak dengar. Dia lebih berminat nak dengar sambungan ayat Zaza.
Kenalkan kepada siapa? Hilmi? Tapi kenapa?
“Abang ni dah kenapa? Suka-suka hati tarik tangan orang.
Sakit tau. Dahlah tadi belum habis cakap. Kenapa? Abang malu ya?” Usik Zaza.
Ilham beralih ke tangan Hilmi. Sempat lagi mata Hilmi melilau sekeliling,
mencari kelibat Ika. Bukan senang nak cari di tempat awam begini.
“Cakap tu agak-agak sikit.” Marah Hilmi. Main hentam
saja. Dia tak tahu macam mana keadaannya nanti kalau perkara itu bocor. Pasti
masam di muka Faiz bertambah parah.
“Tapi kenapa Cik Ika melawat orang yang sama dengan
kita?” Tanda tanyanya masih belum terjawab. Cik Zulaikha kenal dengan abang
tirinya?
“Zaza pegang Ilham sekejap. Abang nak ke sana.” Anak
kecil itu berubah tangan lagi. Hilmi terus berlari ke arah lobi hospital. Dia
juga mahu tahu jawapan untuk soalan itu.
Dia pandang kiri dan kanan. Tak nampak kelibat orang
yang dicari. Macam mana nak cari, bukan sebiji dua kereta yang ada.
Beratus-ratus. Keadaan juga sudah makin kelam. Hilmi cekak pinggang. Nafasnya
sedikit tercungap. Dia mahu tahu sendiri dari mulut Ika. Tapi kenapa dia begitu
tak sedap hati? Apa dah jadi dengan dirinya? Kalaupun Ika dan adik tirinya ada
hubungan, apa kena mengena dengan dirinya?
Zaza masuk semula ke dalam wad. Mamanya sedang rancak
berbual dengan seorang wanita. Dan rasanya tak perlu diperkenalkan. Pasti itu
adalah isteri kedua papanya. Waktu mula-mula tahu berita itu, dia sangat
kecewa. Tak sangka papanya sanggup buat begitu. Tapi mama yang
bersungguh-sungguh memujuknya. Sedikit sebanyak, termakan juga pujukan mamanya.
“Mana abang?” Soal Encik Zainal. Hilmi keluar secara
tiba-tiba. Macam ada sesuatu yang tak kena. Walaupun alasan yang diberi boleh
diterima tapi dia tak rasa itu adalah alasan utamanya.
“Entah, dia kata nak pergi depan sana.” Zaza juih bibir.
Dia sendiri pun tak tahu. Dia mengerling ke arah abang tirinya. Tanggapan
pertama, sombong! Langsung tak ada senyuman. Wajahnya masam mencuka. Takkanlah
sakit sangat sampai tak reti nak senyum. Dia tak suka lelaki itu.
“Ma, kenapa Cik Ika datang?” Soalan tadi diajukan pula kepada
mamanya. Takkan pensyarahnya itu berkawan dengan lelaki ini? Tak sesuai
langsung.
“Zaza, Cik Ika tu sebenarnya tunang abang Zaza ni.” Zaza
melopong. Sepantas kilat dia memandang ke arah abang tirinya yang terbaring di
katil. Biar betul Cik Ika pilih lelaki ini? Siap bertunang lagi tu.
Dia terdiam. Selama ini dia ingatkan Cik Zulaikha tu
masih solo. Sebab tu dia beria-ia kenalkan pensyarah muda itu dengan abangnya.
Dan setahunya, hubungan keduanya sekarang agak rapat. Kasihan abangnya, pasti
dia masih tak tahu. Dan Cik Zulaikha pula, kenapa tak cakap apa-apa mengenai
statusnya?
Hilmi berhenti di hadapan sebuah kereta. Dia nampak ada
pemandu di dalamnya. Sedang tertunduk dengan kepala di stereng. Enjin kereta
juga belum dihidupkan. Dia menghampiri kereta itu. Lama. Pemandunya masih belum
sedar yang dirinya diperhatikan. Dapat dilihat bahu wanita itu
terhenjut-henjut. Hilmi jadi simpati.
Ika cepat-cepat angkat muka bila terdengar cermin
keretanya diketuk orang. Pipi yang basah segera dilap dengan tangannya. Dalam
kegelapan, dia mengecilkan mata melihat siapa yang ada di luar keretanya. Lama
dia pandang dan rasanya tak salah lagi. Dugaan lagi! Dia sudah penat. Boleh tak
dalam sehari dia hidup dengan aman?
Pintu kereta dibuka. Hilmi mengundur sedikit. Ika keluar
dari kereta. Wajahnya menunduk. Tak mahu Hilmi nampak matanya yang merah. Hilmi
diam, Ika juga diam.
“Kenapa menangis?” Ika tak menjawab. Hilmi tak perlu
tahu. Dia malu. Pasti Hilmi pandang serong pada dirinya. Tak sedar status diri.
Masih menggatal dengan lelaki lain.
“Saya tak tahu Ika rapat dengan dia. Maksud saya, Faiz.”
Ika juga tak jawab. Bukan setakat rapat, tapi mereka ada hubungan. Takkan Hilmi
masih tak tahu? Atau sengaja buat-buat tak tahu?
“Hmm…saya bercakap dengan tunggul kut?” Sinis tapi Ika
masih tak menjawab.
“Penat saya lari ke sini tadi. Tapi orang tu buat tak
tahu saja. Tak apalah. Mungkin dah tak sudi nak berkawan dengan kita. Maklumlah
dah ada buah hati.” Masih lagi sinis. Air mata Ika gugur. Macam mana dia nak
jawab? Hatinya sakit bila terpaksa menerima hakikat yang lelaki di hadapannya
ini bukan miliknya. Hakikat yang dia adalah milik lelaki lain.
“Saya doakan jodoh Ika dengan Faiz panjang. Nanti, kalau
Ika kahwin dengan Faiz, Ika akan jadi adik ipar saya tau.” Hilmi buat-buat
ketawa. Berat untuk dia buat kesimpulan itu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia
jadi sedih tiba-tiba. Segera perasaan itu dihapuskan. Dia hanya cintakan Nur
Jannah. Bukan wanita lain.
“Dia tunang saya.” Bergetar suara Ika. Giliran Hilmi
pula terdiam. Ika ketap bibir. Air mata yang mengalir cepat-cepat diseka. Walau
apa pun, Hilmi tetap perlu tahu. Dia dah penat nak sembunyikan semuanya.
“Kami akan kahwin dua bulan lagi.” Kenyataan yang dia
sendiri pun tak pasti kebenarannya. Tapi yang pasti hatinya sedang hancur
sekarang ini. Sekali lagi Hilmi terkedu.
“Oh ya? Tahniah. Nampaknya memang Ika akan jadi adik
ipar saya. Welcome to our family.”
Semua itu tak lahir dari hatinya. Hanya mulut yang menuturkan, tapi hatinya
menyangkal. Kenapa boleh jadi macam ni?
Sakit hati Ika mendengarnya. Hilmi macam gembira.
Langsung tak rasa sedih. Hilmi memang anggap dia sebagai kawan saja. Dia memang
bodoh. Dari awal memang dia sudah tahu tapi masih lagi mengharap. Dua kali dia
kecewa dengan lelaki yang sama. Mahu saja dia jerit yang dia tak sudi nak ada
hubungan kekeluargaan dengan lelaki itu. Dia benci.
“Terima kasih. Awak mesti datang majlis tu nanti.” Balas
Ika dengan nada geram. Dia masuk semula ke dalam kereta. Dia sudah tak berdaya
nak berhadapan dengan Hilmi.
“Insya Allah.” Perlahan. Ika sudah menghidupkan enjin
keretanya. Dia masih berdiri di situ, memerhati Ika yang semakin jauh
meninggalkannya. Kenapa mesti dia rasa sedih? Bukankah sepatutnya dia rasa
gembira?
‘Nur Jannah, apa abang dah lakukan ni? Tak
sepatutnya abang rasa macam ni. Abang dah mungkir janji. Maafkan abang. Abang
tak sedar bila semua ini berlaku.’ Hilmi menguak rambutnya. Meraup muka yang
sudah ditumbuhi rambut-rambut halus. Mendongak ke langit yang semakin gelap.
Tiada bintang. Bulan juga tak bercahaya dengan terang. Mungkin hujan akan turun
malam ini. Bukan setakat membasahi bumi, tapi hatinya juga. bab 54
Hilmi tersedar dari lena. Mukanya berpeluh. Nur Jannah
datang padanya tadi. Dia pandang sebelah. Wanita itu tiada. Hanya ada gambar
wanita itu yang terletak cantik di dalam bingkai. Tapi Nur Jannah tak datang
seorang diri. Ada orang lain dengannya. Dia kenal wanita yang bersama Nur
Jannah. Siti Zulaikha. Kenapa wanita itu ada bersama isterinya?
Hilmi geleng kepala. Tak mahu terlalu memikirkan mainan tidurnya.
Dia kembali merebahkan badan. Cuba melelapkan semula matanya tapi gagal. Jam di
atas meja sisi dikerling. Hampir subuh. Belum sempat dia tutup semula matanya,
kedengaran azan subuh berkumandang. Dia segera bangkit. Melangkah ke bilik air.
Mimpi tadi kembali mengusik mindanya. Tak dapat dielakkan. Dia merenung
wajahnya di cermin.
Nur Jannah dan Siti Zulaikha. Kedua-duanya sangat
berbeza. Dalam mimpi itu Nur Jannah serahkan Siti Zulaikha kepadanya. Isterinya
semakin menghilang tapi Siti Zulaikha kekal di situ. Tak senyum tak juga
menangis. Ika memandangnya dengan perasaan yang sukar untuk difahami.
Paip air dibuka. Muka dibasahkan. Semua itu cuma mainan
tidur. Tak perlu difikirkan sangat. Segera berwudhuk. Semuanya dah jelas
sekarang. Ika adalah bakal adik iparnya. Takkan dia nak jadi perampas isteri
adiknya sendiri. Walaupun Faiz hanya adik tiri yang baru dikenalinya, tapi dia
tetap tak sanggup buat begitu.
>>
Hilmi menutup kitab yasin berwarna merah. Rumput-rumput
liar yang tumbuh di atas pusara isterinya dicabut. Dia akan pastikan setiap
bulan pusara ini akan dikunjungi. Apa khabar agaknya Nur Jannah di dalam sana?
Dia rindu untuk menatap wajah kesayangannya itu. Dia rindu segala-galanya
mengenai Nur Jannah.
“Abang minta maaf. Lama abang tak datang jenguk sayang.
Abang harap sayang berbahagia di sana.” Hilmi mengusap nisan yang tercatat nama
isterinya.
“Abang pun nak minta maaf sebab abang rasa abang dah
buat salah dengan sayang. Abang dah mungkir janji.” Hilmi sebak. Rasa pedih
hatinya mengenangkan perkara itu.
“Abang tak perlu minta maaf sebab abang tak salah.” Nur
Jannah memandang suaminya. Wajahnya manis sekali. Senyum terukir di bibirnya.
“Abang tak setia dengan sayang. Abang betul-betul tak
tahu kenapa semua ini berlaku.” Kesal menyelubungi diri. Dia mahu Nur Jannah
faham yang dia tak sengaja.
“Perasaan yang abang rasa sekarang ini tak salah. Rasa
cinta yang ada di hati abang itu adalah kurniaan daripada Tuhan. Saya akan rasa
bahagia jika abang bahagia.” Bahu suaminya diusap perlahan. Hilmi tambah hiba.
Entah kenapa air matanya cepat benar mengalir.
“Tapi abang dah janji dengan sayang. Cinta abang hanya
untuk sayang. Abang rasa bersalah. Tolong abang.” Esak tangisnya kedengaran di
tanah perkuburan yang sunyi itu. Dia hanya nampak Nur Jannah di depannya.
“Buang perasaan bersalah tu. Hidup perlu diteruskan.
Cinta itu anugerah Tuhan. Jadi abang perlu bersyukur dengan anugerah itu. Satu
abang perlu ingat, Nur Jannah abang ini dah tak ada. Pergilah abang, pergi
kejar cinta abang tu. Nur Jannah relakan. Abang pasti bahagia dengan dia.”
Hilmi tersentak. Nur Jannah di hadapannya semakin menghilang. Hangat tangan Nur
Jannah menyentuh pipinya seakan masih terasa. Dia beristighfar, meraup mukanya
yang basah dek air mata. Dia benar-benar jumpa Nur Jannah tadi. Nur Jannah ada
di depan sedang berbicara dengannya.
Matanya memandang sekeliling tanah perkuburan yang
sunyi. Tiada siapa di situ. Hanya ada seorang penjaga kubur yang sedang
membersihkan kawasan kubur. Ya Allah, apa yang sedang berlaku? Dia tak tipu,
memang dia nampak Nur Jannah tadi. Kata-kata Nur Jannah masih lagi melekat kuat
di benaknya.
“Nak, banyakkan bersabar. Seelok-eloknya selalu baca
yasin. Mungkin anak boleh adakan majlis tahlil.” Hilmi pandang wajah lelaki tua
itu. Mungkin lelaki ini nampak apa yang telah berlaku tadi.
“Terima kasih pak cik. Saya balik dulu. Pak cik tolong
tengok-tengokkan kubur isteri saya ni.” Tikar dilipat. Tangan tua itu dijabat.
Pusara isterinya dipandang sekali lagi.
‘Terima kasih sayang.’ Hatinya rasa tenang. Dapat
menatap wajah cantik itu buat dirinya rasa bahagia. Terlupa segala masalah yang
membelenggu jiwa.
“Pergilah abang, pergi kejar cinta abang tu. Nur Jannah
relakan. Abang pasti bahagia dengan dia.” Ayat-ayat terakhir wanita itu sebelum
jasadnya hilang daripada pandangan. Adakah itu satu petunjuk daripada Tuhan? Dia
tak pasti. Apa yang dia tahu, dia perlu lakukan sesuatu.
>>
Wajah Hilmi lebih tenang dan berseri kali ini berbanding
dengan wajah lelaki itu yang dilihat beberapa bulan lalu. Mungkin semakin dapat
menerima semuanya. Lagipun sudah hampir setengah tahun isterinya meninggal
dunia.
“Kau macam mana sekarang?” Zul senang melihat perubahan
diri kawannya. Syukurlah.
“Alhamdulillah. Makin dapat membiasakan diri. Lagipun
kita ni bukannya budak-budak lagi.” Walaupun kadang-kadang dia masih rasa
kehilangan tapi dia dia cuba kuatkan semangat. Belajar untuk terima hakikat.
“Baguslah kalau macam tu. Senang hati aku tengok kau dah
ceria macam ni. So, apa perancangan?”
“Perancangan? Fokus pada kerja, anak…dan…” Dia
meninggalkan tanda tanya di situ. Sesuatu yang sedang berlegar di benaknya.
Sesuatu yang tak pasti.
“Dan?” Soal Zul. Ada sesuatu yang dirahsiakan?
“Tak ada apalah. Oh ya. Kau kenal Siti Zulaikha kan?”
Mahu ubah topik. Tentang dirinya, biarkan dulu.
“Kenapa pula dengan dia kali ni?” Setiap kali keluar
mesti nama itu yang Hilmi sebut. Macam ada sesuatu. Ataupun adakah ‘dan’ itu
merujuk kepada perkara ini?
“Dia bakal jadi adik ipar aku.” Zul tersedak. Adik ipar?
Jauh menyimpang daripada apa yang dia fikir.
“Maksud kau? Bukan ke adik kau perempuan?” Setahunya
Hilmi hanya ada seorang adik perempuan. Macam mana pula Siti Zulaikha boleh
jadi adik ipar Hilmi?
“Kalau aku nak cerita, panjang. Cukuplah kau tahu aku
ada adik tiri. Aku pun baru tahu.” Senyuman Hilmi bertukar kelat. Langkahnya
jadi kaku bila memikirkan perkara ini.
“Oh. Jadi, kau macam mana?” Zul cuba menguji hati Hilmi.
Dia tahu ada sesuatu yang tak kena bila riak wajah Hilmi mula berubah.
“Macam mana apa? Aku biasa saja.” Pelik soalan Zul.
Adiknya yang nak kahwin, apa pula kena mengena dengan dirinya?
“Kau yakin kau tak rasa apa-apa?” Hati kawannya diduga
lagi. Mengaku sahaja yang hatinya sudah terpikat dengan wanita yang pernah
dibenci itu.
“Apa kau cakap ni? Yang nak kahwin adik aku.” Hilmi mula
gelisah. Memikirkan kenyataan itu dia jadi resah.
“Aku rasa aku tahu apa yang sedang berlaku. Kau boleh
tipu semua orang tapi kau tak boleh tipu hati kau. Dan mungkin kau tak boleh
tipu aku juga. Aku kenal kau dah lama.” Sengaja dia menjerat kawannya itu.
Hilmi tak akan mengaku kalau tak dipaksa. Mungkin dia boleh gunakan cara ini.
Hilmi diam. Tak mengiayakan, tak juga menafikan. Zul
memang betul. Dia boleh tipu mama, papa, Zaza dan Ika juga. Tapi dia tak boleh
tipu diri sendiri. Hati sendiri. Zul memang cekap membaca hatinya. Tapi
bagaimana dia nak mulakan? Dia tak biasa bercerita soal hati dengan orang lain.
“Aku sedia mendengar. Kau cerita saja. Lagipun, esok tak
kerja kan? Aku boleh temankan kau sampai pagi. Tak dapat jumpa isteri pun aku
sanggup.” Seloroh Zul. Dia betul-betul mahu Hilmi mengaku dan membongkar rahsia
hatinya. Tentang isterinya, nanti sahaja dipujuk.
“Aku keliru.” Itu saja yang dapat diluahkan. Zul angguk
faham. Perkembangan yang positif.
“Kau sukakan dia tapi dalam masa yang sama tak sanggup
nak hancurkan kebahagiaan adik kau?” Zul buat kesimpulan sendiri. Memang agak
berat. Ini soal keluarga. Kalau silap perhitungan, hancur.
“Itu salah satunya. Yang lebih penting, aku keliru
dengan perasaan aku sendiri. Aku mengaku yang aku sukakan dia. Tapi setiap kali
aku teringatkan arwah, aku jadi serba salah. Aku tak nak seksa perasaan Ika.
Lagipun aku tak tahu sama ada dia pun sukakan aku atau tak. Dia kan dah
bertunang. Mestilah dia cintakan tunang dia.” Sedikit rahsia sudah terbongkar.
Zul angguk lagi. Berusaha untuk menjadi pendengar yang baik.
“Aku bukan pandai sangat nak beri pendapat bila masuk
bab macam ni. Tapi apa yang aku boleh cakap kau harus buka hati kau, terima
kenyataan. Buang rasa bersalah. Realitinya sekarang adalah Siti Zulaikha, bukan
Nur Jannah. Tak semestinya kau terima Siti Zulaikha, kau wajib lupakan Nur
Jannah seratus peratus. Dan aku rasa kau tak perlu bimbang tentang Siti
Zulaikha. Dia cintakan kau. Bukan hanya sekarang, tapi sejak dulu.” Itu yang
dia yakin. Matanya tak silap menilai.
“Mana kau tahu?” Dahinya berkerut. Kenapa dia tak tahu?
“Aku pernah bagitahu kau benda ni tapi kau tak nak
terima. Kau pernah cakap walaupun tak ada perempuan dalam dunia ini, kau tetap
tak akan pilih dia. Lebih kurang macam tulah. Sekarang, keadaan dah berubah.”
Hilmi terkedu. Dia pernah cakap begitu? Dia tak ingat. Kejamnya.
“Aku tak ingat.” Takkan Zul nak tipu? Mungkin sebab itu
dia tak kenal Ika waktu mula-mula jumpa dulu.
“Sebab kau memang tak suka dia. Sebab tu kau tak ingat.
Tapi itu cerita dulu. Yang penting sekarang hati kau. Kalau kau betul-betul
sukakan dia, kau mesti cepat.” Andai Siti Zulaikha boleh buat Hilmi bahagia dan
Hilmi adalah kebahagiaan Siti Zulaikha, kenapa mesti dihalang?
“Aku tak boleh. Takkan aku nak hancurkan hidup adik aku
sendiri. Apa pula kata orang tua aku nanti? Ika? Bolehkah dia terima semua ni?”
Perhubungan itu menghalangnya untuk bertindak. Hubungan yang baru nak jernih.
Dia tak nak keruhkan semula.
“Siapa yang boleh tolak takdir? Sama seperti mereka
terima takdir umur Nur Jannah tak panjang dan ayah kau berkahwin dua. Lambat
laun mereka akan terima juga. Pokoknya sekarang, kau.” Hilmi diam. Berkerut
dahinya. Tegakah dirinya?
“Tak cuba tak tahu, Hilmi.” Tambah Zul lagi. Dia tak
bermaksud nak pecah belahkan keluarga kawannya tapi sebagai kawan yang ingin
melihat kawannya bahagia, dia rasa dia perlu lakukan ini.
Masih adakah cinta dalam hati Siti Zulaikha untuk
dirinya? Mampukah dia untuk bersikap mementingkan diri sendiri?
terima kasih kawan2!!!muahhhhhssss...tade gambar kali ni..haha...
No comments:
Post a Comment