Assalamualaikum dan salam sejahtera eberibadi..heheheh..rasa mcm dah setahun kot tak update e-novel ni..hehe...tak sempat nk update...maafkan patik..so now, pada sesiapa yg mengikuti e-novel ni..sudi2 kanlah baca smbungannya yek..hehe...
e-novel ni adalah cebisan/sebahagian cerita dlm novel bercetak terbaharu sy yg bakal terbit tp tak tahu bila nk terbit..tahun ni ke tahun depan ke..hehe...tajuk novel tu pun tak kompem lagi..publisher suruh tukar tp takde idea..so maksudnya lmbt lagi la tu nk terbit..so korang baca je la e-novel ni dulu ek...inshaaAllah..jika masih ada permintaan..sy akan smbung post kt sini..
selamat membaca kawan2 :)
Bab 5
Sarah menyanyi
mengikut rentak muzik di radio. Gembiralah tu sebab boleh balik Kuala Lumpur
dan jumpa Roy. Dia melirik jam di dashboard.
Sekejap lagi sampailah. Nasib baik dia tak terlajak tidur. Pukul lapan dah siap
duduk di meja makan nak bersarapan. Semangat nak balik rumah sendiri tu lain
macam. Mak pun pelik tengok anak daranya bersiap awal. Nasib baik mak tak tanya
banyak.
Tudung
dah tak ada di atas kepala. Terasa bebas. Pedal minyak ditekan lagi. Mahu
cepat-cepat sampai. Lagaknya macam dah tak jumpa setahun. Tak larilah Roy tu.
Ada aje tercongok kat rumah.
Sarah
memarkirkan keretanya. Kalau boleh dia nak berlari naik ke tingkat atas. Sabar
Sarah, sabar. Beg dikeluarkan. Pintu kereta ditutup. Punat lif ditekan. Kalau
ikut hati yang nak berlari tu, mahu patah kakinya nak memanjat tingkat dua
puluh. Ish, lambat pula lif ni. Pantas dia meluru masuk ke dalam lif sebaik
sahaja pintu lif terbuka.
Pintu
rumah dikuak. Sunyi sepi. Mana Roy? Tadi cakap nak tunggu dia balik. Dia bukan
main lagi bawa kereta laju-laju. Sarah hampa bila lihat Roy tiada di dalam
rumah. Ish, buat penat aje. Beg pakaian dicampak ke sofa. Tubuhnya turut
dilayangkan ke sofa. Terus rasa penat! Sampai hati Roy.
“Penat
ke? Nak I picitkan?”
“Makkkkk!!!!”
Sarah menjerit kuat. Serta-merta dia terpacak. Mulutnya ternganga bila
terpandang susuk tubuh lelaki di hadapannya.
“Surprise!!!” Sarah tak berganjak. Masih
lagi terpaku di tempatnya. Apa yang dah berlaku ni?
“Hey, kenapa ni? Takkanlah terperanjat
sampai beku macam ni?” Roy petik jari dan melambai-lambai tangan di hadapan
Sarah. Kesian pula dia tengok. Ini baru sikit.
“Kenapa
you ada kat sini?” Berkelip-kelip mata Sarah memandang Roy. Macam tak percaya.
Tadi kenapa Roy tak ada? Ke dia yang rabun?
“Sebab
inikan rumah kita. Mestilah I ada kat sini. I kan dah janji nak tunggu you
balik.” Roy merapati Sarah. Kesiannya buah hati cantik manisnya ini.
Terperanjat sampai macam ni sekali jadinya. Tubuh montok itu dipeluk erat.
Melepaskan rasa rindu dua hari tak jumpa.
Segera
tubuh Roy ditolak. Tak sukalah buat terperanjat macam ni. Sarah tarik muka
masam. Merajuklah kononnya. Cepat pujuk. Kalau tak, nak merajuk sampai minggu
depan.
“Aik?
Merajuk ke? Penat I buat surprise.”
Roy garu kepala. Dah kenapa pula nak merajuk?
“I
penat tau. Balik rumah tengok tak ada orang. Kecewa.” Sarah tarik muncung. Tak
tahulah kenapa sensitif pula dia hari ni. Biasanya kalau Roy buat surprise
memang dia melonjak gembira.
“La,
macam mana you tau I tak ada kat rumah? You tak cari pun dalam bilik kan? Kat
dapur pun you tak cari.” Roy mengelus manja dagu Sarah. Geram betul. Jemarinya
beralih pula ke pipi.
Sarah
mengeluh. Betul juga. Masuk aje ke dalam rumah, dia hanya duduk di ruang tamu. Sebab
dia dah penat sangat. Kaki ni rasa macam dah tak boleh nak berjalan. Kebas
semacam. Jadi, tak boleh nak merajuklah ni ya?
“I miss you. Senyumlah sikit sayang.”
Aduh, memang tak boleh nak merajuklah kalau kena rayu macam ni. Sarah ukir
senyum. Saya pun rindu sangat kat awak!
“I miss you too, dear. You sihat ke ni?” Kedua-dua tangannya dilekapkan ke pipi Roy.
Wajah Roy ditatap lama. Rindu sangat!
“Dua
hari tak sihat. Tapi sekarang terus rasa segar bila nampak senyuman manis buah
hati I yang cantik ni. You dah makan ke?” Makin lebar senyuman Sarah. Dia pun
sama. Penat semua dah melayang bila kena peluk dengan Roy.
“Belum.
I laparlah.” Sarapan tadi pun dia hanya makan sikit sebab tak sabar nak balik.
“I
ada surprise untuk you. Jom.” Roy
pimpin tangan Sarah menuju ke dapur. Kejutan apa lagi ni? Takkan Roy masak kut?
Buang tebiat ke apa?
“Tadaaaa....” Roy mendepangkan tangannya,
membuatkan Sarah terbeliak biji mata. Sarah pandang Roy dan hidangan di atas
meja silih berganti. Biar benar?
“You
beli?” Jangan cakap tak.
“You
ni, penat I masak. Tiga jam tau nak siapkan semua ni. Rock climbing pun lagi senang daripada nak buat ni.” Roy cekak
pinggang. Ada ke patut cakap dia beli. Orang bukan main lagi bersilat dekat
dapur. Apa punya makwelah.
Ketawa
Sarah terhambur. Oh, katakan ini hanyalah mimpi. Roy masak? Tak pernah sekali
pun selama dia kenal dan tinggal bersama Roy, lelaki ini masak atau pegang
senduk. Setakat masak air adalah kut. Itu pun jarang sangat. Biasanya dia yang
buat semua tu. Masak maggi pun entah lulus ke tidak. Itu yang dia tak percaya
bila Roy kata dia masak.
“Ok,
I percaya. Nampak macam sedap aje ni. Nak rasa boleh?” Sarah dah tarik kerusi.
Tak adalah hebat sangat pun lauknya. Setakat ayam goreng dengan sayur campur.
Apa yang Roy ni buat sampai ambil masa tiga jam? Kelakarlah mamat ni.
“Of courselah boleh. I masak special untuk you. Bukan senang nak rasa
air tangan I tau. I pergi ambil nasi.” Ketawa Sarah masih lagi bersisa. Tak
sangka betul. Dia hanya memerhati tingkah Roy. Sweet sangat. Hari-hari macam ni kan bagus.
Sarah
mencubit sedikit ayam goreng dan disuap ke mulut. Tak lama kemudian dia
berdehem kecil. Rasa dah ada tapi mungkin deria rasa masin Roy rosak. Macam
letak sekilo garam. Masin! Sekeping lobak dimasukkan ke mulut. Hmm...elok
sangatlah ni. Satu masin terlajak, satu tawar terlajak. Bagus betul tukang
masak ni.
“Sedap
kan? Ini Roylah. Setakat masak simple
macam ni apalah sangat. Nanti I masakkan yang lagi hebat untuk you.” Muka bajet
hebat tak boleh blah. Sarah mencebik.
Memang ‘hebat ‘ sangat masakan ni. Rasalah sendiri.
Disebabkan
lapar dan nak ambil hati Roy yang dah penat masak, terpaksalah Sarah telan.
Nasib baik ada kicap dan sos sebagai penyelamat. Tadi bukan main kutuk masakan
Roy tapi sekarang pinggannya licin. Lapar kut.
>>
Sarah lepaskan
lelah. Fuh, masa ni jugaklah lif nak rosak. Nasib baik dua tingkat aje dan
nasib baik juga dia pakai kasut tak bertumit hari ni. Tisu dikeluarkan dari tas
tangan. Kaki cepat-cepat melangkah ke dalam pejabat. Dia perlukan oksigen!
Blazer
hitam ditanggalkan dari tubuh. Hanya tinggal blaus merah hati tanpa lengan. Panas!
Itu baru naik tangga dua tingkat. Penghawa dingin macam tak berfungsi pula. Apa
kena dengan hari ni? Semua serba tak kena.
“Amboi,
panas sangat ke cik adik oi?” Kamal yang kebetulan lalu di hadapan bilik Sarah
menegur. Aduh, memang hari yang malang. Pagi-pagi dah mengadap muka tak cukup
makan ni.
Sarah
tak menjawab. Matanya tak lari dari memandang komputer di hadapan. Harap-harap
mamat ni tak melebih-lebih. Doa Sarah tak dimakbulkan. Kamal sudah terpacak di
hadapannya. Tak malu betul masuk bilik orang. Orang tak jemput masuk pun lah!
“Cantiknya
lah you ni Sarah. Geram I tengok. Kalau bukan sebab you dah ada pakwe, memang I
dah ikat you kuat-kuat.” Kamal tak lepas memandang wajah Sarah yang langsung
tak senyum. Sesekali mata nakalnya beralih ke arah lengan Sarah yang terdedah.
Telan liur ajelah.
Serta-merta
Sarah berhenti mengetuk papan kekunci. Cakap tu agak-agaklah sikit. Memang nak
kena mamat ni. Sarah pandang Kamal di hadapannya macam nak makan. Hati cuba
disabarkan supaya tak ada perkataan yang kurang enak didengar terkeluar.
“Encik
Kamal. Kalau encik Kamal dah tak ada kerja sangat, encik Kamal boleh pergi
tolong Kak Kiah tu kemas pejabat ke, cuci toilet
ke. Ada juga faedah. Pahala pun dapat. Saya ni banyak kerja. Sekejap lagi ada appointment. Jadi sebelum encik Kamal
tanggung malu sebab kena halau dengan saya, baik encik Kamal keluar sendiri.”
Serius. Laju saja melancar dari mulutnya. Ini dah kira baik dah ni sebab jaga
air muka kau. Ikut hati memang nak sembur aje.
“Amboi,
garang betul cik Sarah kita ni. Baiklah cik adik sayang. Abang keluar dulu.
Tapi, you cantik bila marah. I suka.” Sempat Kamal kenyit mata sebelum
melangkah keluar. Sarah dah berasap. Nasib baik tak meletup. Makin panas
jadinya. What a day!
Sarah
menghempas punggungnya ke kerusi di hadapan Melissa. Penat! Pening kepala
dengan kerenah supplier yang maha cerewet. Ini tak boleh itu tak boleh. Tak
dilayan nanti kita yang rugi.
“Beb,
kenapa muka kau pucat sangat ni? Kau sihat ke?” Muka macam tak makan seminggu.
Berserabut.
“Penat
sangat! Tak tahulah kenapa hari ni macam serba tak kena. Minuman Melissa
ditarik ke arahnya dah disedut. Dah tak boleh nak tunggu. Tekak kering macam
kalau bagi sebaldi air pun belum tentu dapat hilangkan dahaga.
“Ish,
kronik betul. Kau tak sarapan ke pagi tadi?” Geleng kepala Melissa melihat
kelakuan Sarah. Tak pernah-pernah macam ni.
“Tak
sempat. Bangun lambat.” Mana taknya, entah pukul berapa dia tidur semalam
melayan kerenah Roy. Manja terlebih pula buah hatinya tu semalam.
“Patutlah.”
“Adoi,
lambatnya makanan sampai. Perut aku dah tak boleh tahan dah ni.” Sarah tekan
perutnya. Dah berbunyi-bunyi. Lemah seluruh tubuh.
“Itulah,
siapa suruh tak sarapan. Kan dah sakit. Padan muka. Lain kali bangun lambat
lagi.” Sarah tak larat nak dengar Melissa membebel. Kepala sudah diletakkan di
atas meja. Dah berpusing-pusing kepalanya ni dek kerana lapar.
“Mengalahkan
orang tak makan seminggu.”
Sepantas
kilat Sarah mengangkat kepalanya apabila pelayan menghidangkan makanan yang
dipesan. Tak sempat baca doa, bismillah pun tak baca, nasi ayam penyet dah
selamat masuk ke dalam mulutnya. Gelojoh.
“Hoi,
sopanlah sikit. Malu orang tengok.” Mata Melissa melilau memandang kiri kanan.
Memang malu kalau orang tengok perangai tak senonoh Sarah ni.
“Ah,
pedulilah. Dah lapar, makan ajelah. Makannya berselang-seli dengan minum. Macam
tak cukup aje nasi sepinggan. Ini mesti penangan nak datang bulan.
“Amboi,
kalau si Roy tu ada kat depan kau, lapar macam mana pun mesti kau makan macam
tak nak buka mulut kan?” tempelak Melissa. Memang betul pun. Tak payah nak
sangkal.
“Itu
lainlah. Mestilah kena sopan.” Melissa mencebik. Menyampah.
Tak
sampai sepuluh minit, pinggan Sarah sudah licin. Memang betul-betul lapar ni.
Melissa macam susah nak percaya yang ada di depannya ini adalah Sarah.
Biasanya, Sarahlah yang paling lambat nak habis makan.
“Kau
ada “bela” something ke beb?” Sengaja
ditekan perkataan itu.
“Sengal!”
Agak-agaklah sikit. Dah lapar nak buat macam mana.
Bab 6
Sarah
mundar-mandir di dalam bilik air. Seketika, dia pandang wajahnya dalam pantulan
cermin. Kedua-dua pipinya disentuh dengan tapak tangan. Wajahnya
digeleng-geleng. Ish, otak tiba-tiba tak boleh berfikir. Dia kembali
mundar-mandir. Hampir setengah jam dia berkeadaan begitu.
“Sayang,
tak siap lagi ke? Dah lambat ni. I nak mandi.” Roy ketuk pintu bilik air. Dah
lebih pukul tujuh pagi. Dia ada meeting
pagi ni.
“Kejap.”
Dia sebenarnya belum mandi lagi. Pintu dikuak.
“Aik,
kenapa tak mandi?” Berkerut dahi Roy. Bukan main lama lagi dalam bilik air.
“Errr....”
Terkebil-kebil Sarah pandang Roy. Cuba cari alasan yang sesuai.
“You
mandi dululah.” Tak dapat nak fikir alasan yang terbaik. Cepat-cepat Sarah
melarikan diri. Roy jungkit bahu. Entah apa kena pula dengan Sarah.
Sarah
ketap bibir. Apa nak buat ni? Beberapa kali diraup muka yang terasa membahang.
Macam mana boleh jadi positif? Alat ujian kehamilan masih kemas dalam
genggamannya. Ya, jika alat yang digenggamnya ini boleh dipercayai memang sah
dia hamil! Kepala tambah berdenyut. Mual serta-merta menyerang. Macam mana
boleh terlajak ni?
“Are you ok, dear?” Roy sentuh bahu Sarah
yang terdedah. Hampir terlepas alat ujian yang digenggam kemas tadi. Segera
wajah risau Roy dipandang. Apa yang reaksi yang perlu dia tunjukkan?
Sarah
tak menjawab. Otaknya seakan gagal berfungsi. Sarah pejam mata. Cuba untuk
bertenang seketika. Apa-apa pun yang bakal berlaku, Roy tetap harus tahu. Dia
mengandungkan anak lelaki itu, bukan anak lelaki lain.
“Sayang,
kenapa ni? Kenapa you tak mandi lagi? You tak sihat? Tak nak pergi kerja?” Dahi
Sarah disentuh. Tak pula rasa panas. Tapi kenapa muka Sarah nampak cuak?
“I’ve something to tell you.” Kebenaran
dah tak dapat nak diselindung.
“Apa
dia?” Roy pula yang cuak.
“This.” Lambat-lambat Sarah hulur alat
ujian kehamilan yang digenggamnya dari tadi. Roy terkebil-kebil. Huluran Sarah
tak segera disambut. Matanya tak berkalih memandang ke situ.
Roy
tak bereaksi. Sarah makin cuak. Roy marah? Roy tak suka? Roy tak dapat terima?
Adakah Roy akan tinggalkan dia kerana ini? Pelbagai persoalan bermain di minda.
Harap semuanya tak akan berlaku. Dia pun tak minta semua ni. Selama ini pun
mereka sangat berjaga-jaga.
Roy
raup mukanya beberapa kali. Sarah sudah tak dapat tahan perasaannya. Air mata
terus mengalir laju. Dia takut Roy akan marah dan tinggalkannya seperti mana
yang berlaku kepada Melissa. Dia tak mahu. Jika Roy tinggalkannya, dia boleh
mati.
“Sayang....
please say something. I... I tak tahu
macam mana boleh jadi macam ni. Please...”
Bergetar seluruh tubuhnya. Roy bukan lelaki macam tu. Roy tak akan
tinggalkannya macam tu aje. Dia kenal Roy.
“Benda
ni terlalu mengejut. I...” Roy berdiri sambil bercekak pinggang. Kepalanya
ditunduk. Ini bukan salah Sarah seorang. Perkara ini tak akan berlaku jika
hanya ada Sarah. Perkara ini melibatkan mereka berdua.
“You
tak akan tinggalkan I kan? You tak akan biarkan I jadi macam Mel kan?” Sarah
memaut kuat lengan Roy. Cuba meminta simpati. Dia tak dapat bayangkan jika
perkara itu benar-benar berlaku. Roy tak boleh buat dia begitu.
“Hei,
kenapa you cakap macam tu? I tak akan sesekali buat you macam tu. I love you. Ini bukan salah you seorang.
I pun bertanggungjawab juga. Ok, stop
crying. Kita perlu selesaikan masalah ni segera.” Air mata yang berjuraian
di pipi Sarah diseka. Tubuh genit itu dipeluk erat. Dia tahu Sarah takut bila
dia hanya berdiam diri tadi. Sarah tak perlu bimbang. Dia cintakan Sarah.
Terlalu cinta. Tak mungkin dia akan sakiti Sarah.
Sarah
peluk erat tubuh Roy. Sungguh dia lega. Terasa lapang dadanya seketika. Dia dah
fikir terlalu jauh. Tak sepatutnya dia mencurigai Roy. Semua itu berlaku sebab
dia terlalu takut. Dia tak mahu kehilangan Roy. Jika Roy tak mahukan anak ini,
dia rela gugurkan. Asalkan Roy ada bersamanya.
“Apa
kita nak buat sekarang?” soal Sarah bila keadaan sedikit tenang. Tubuhnya masih
berbalut tuala. Roy juga.
“Kita
ada dua pilihan. Tapi I rasa, mungkin dah tiba masanya.” Roy pandang tepat ke
mata Sarah. Wanita ini buat hidupnya bahagia. Wanita ini buat hidupnya lengkap.
Wanita ini terlalu dicintai. Dia mahukan wanita ini sentiasa di sisinya sampai
ke akhir hayat. Hanya wanita ini.
“Dah
tiba masa? Maksud you?” Sarah tak faham. Berkerut dahinya, cuba mentafsir
kata-kata Roy yang tergantung.
“Let’s get married.” Roy yakin. Amat
yakin. Itu jalan terbaik. Itu jalan yang mereka harus pilih. Sarah melopong.
Tak berkelip matanya memandang lelaki di hadapannya. Mimpi? Salah dengar? Tapi
bahasa Roy itu sangat mudah. Serta-merta wajahnya rasa membahang. Sepantas itu
juga air mata kembali menuruni pipi. Dia memang tak bermimpi.
“Dah
masanya untuk kita nikah. Lepas ni kita tak perlu sorok lagi.” Roy ukir senyum.
Sarah juga. Walaupun sebelum ini mereka tidak pernah teruja untuk berkahwin,
tetapi perasaan itu sangat berlainan sekarang. Seolah-olah mereka baru
bercinta. Perasaan itu tak dapat digambarkan.
“I
love you.” Tubuh Roy dirangkul kemas. Dia mahu berada di dalam dakapan ini
selama-lamanya.
“I
love you too, mama.” Sarah tergelak. Belum apa-apa dah panggil mama. Lambat
lagilah.
“Kenapa
gelak? Betullah tu. Kan baby, kan?” Roy usap perut Sarah yang masih tiada
perubahan. Makin kuat Sarah gelak. Ish, kuat berangan betullah.
“Dah,
dah. Dah nak dekat pukul lapan ni. Baik you call
bos you cakap you lambat. I pun nak call
datuk.” Apa alasan dia nak buat pun tak tahulah. Hentam ajelah. Asalkan masuk
kerja.
“Yes, maam.” Roy angkat tabik.
“Tapi
sebelum tu, I nak you tahu. I love you.
Will always love you, no matter what. Remember that.” Roy cuit hidung
Sarah. Senyum bahagia terukir di wajah Sarah. Ya, dia tahu dan dia akan
sentiasa ingat itu. Dia juga cintakan Roy. Selama-lamanya.
>>
Hari ni dan
hari-hari seterusnya haruslah senyum sampai telinga. Mata Sarah melilau
sekeliling. Lambat pula si Melissa ni. Dah tak sabar-sabar dah nak bagitahu
berita tergempar ni. Makin lebar senyuman Sarah bila lihat Melissa melangkah
masuk ke dalam restoren.
“Amboi,
senyum. Macam nak terkeluar semua gigi. Apa yang bahagia sangat ni?” Tak sempat
duduk, mulutnya dah berbunyi.
“Adalah.”
Sarah jungkit kening beberapa kali. Melissa tak puas hati. Apa yang nak rahsia
sangat ni?
“Pelik
betul aku tengok kau ni tau. Kau sihat tak?”
“Sihat.
Sihat sangat.” Senyum masih tak pudar.
“Baguslah
kalau sihat. Tak perlu susah-susah aku hantar kau kat Tanjung Rambutan.”
“Sampai
hati kau cakap aku tak betul. Aku happy
sangat ni tau. Kau tak nak tanya ke kenapa?” Dah tak ada rasa nak marah dah
sekarang ni. Mood bahagia aje.
“Habis
tu, yang tadi tu bukan aku tanya ke? Kau yang tak nak jawab.” Dah agak dah.
Mesti ada apa-apa ni.
“Hahaha...Ok.
Tapi kau janji jangan jerit tau.” Minah ni bukan boleh kira. Dah jadi tabiat
dia menjerit. Buat malu aje nanti.
“Ok.”
“Tadi...Roy
lamar aku!” Masih terngiang-ngiang kata-kata Roy pagi tadi. Rasa bahagia dah
tak boleh nak disorok-sorok.
Melissa
terdiam seketika. Tak berkelip memandang Sarah. Lamar? Biar betul budak berdua
ni? Bukan hari tu cakap tak sedia nak kahwin lagi ke? Kenapa tiba-tiba pula?
Jangan-jangan...
“Kau
mengandung?” Terus mati senyuman Sarah. Macam mana Melissa boleh fikir sampai
ke situ? Dia ada tercakap ke?
“Kau
tak gembira ke beb?” Soalan Melissa
tak dijawab. Kenapa Melissa nampak macam tak teruja? Tak percaya ke?
“Taklah.
Aku pelik sebab tiba-tiba aje kau nak kahwin. Sebelum ni bukan main lagi
mengelak. Kut-kutlah sebab kau dah...” Melissa tunjuk isyarat perut buncit.
Sarah sudah cuak tapi dia perlu berlagak tenang. Melissa tak boleh tahu perkara
itu lagi. Nanti saja.
“Kau
ni. Takkan sebab pregnant aje baru
boleh kahwin. Kami rasa dah sampai masanya. Lagipun sampai bila nak hidup
menyorok macam ni. Penatlah.” Baik punya alasan.
“Hmmm...so, bila nak nikah?” Melissa masih
curiga. Tak apa, bukan susah pun nak korek rahsia.
“Tak
decide lagi tapi kalau boleh dalam
masa terdekatlah. Tak payah tunggu lama-lama. Terus nikah aje.” Sarah menyuap
makanan ke mulutnya. Perlu segera sebelum apa yang cuba diselindungi tak
terdedah.
“Amboi,
macam dah tak sabar-sabar. Alah, kalau lambat pun apa masalahnya. Selama ini
pun korang hidup macam suami isteri. Tak ada beza pun kahwin ke tak,” tempelak
Melissa. Sarah hanya senyum sumbing. Mungkin dulu ya, sekarang dah lain.
“Kau
ni kan, macam tak suka aje kami nak nikah. Kau patut bersyukur tau. At least kawan kau ni dalam usaha
menjauhkan maksiat.”
Melissa
mencebik. Jauhlah sangat. Dah sampai tahap macam ni baru nak jauhkan diri dari
maksiat. Dia bukan tak gembira, cuma curiga.
“Yalah.
Tahniahlah. Tak sabar aku nak makan nasi minyak kau.” Hambar bunyinya.
“Bukan
aku yang masak pun.”
“Hmmm...
nak tunggu kau masak, memang taklah. Entah-entah si Roy tu pun tak sempat nak
rasa.” Nak buat nasi goreng pun macam nak berperang satu dapur, inikan pula nak
masak nasi minyak. Mimpi ajelah.
“Hey,
kau jangan cabar aku. Nanti, lepas kahwin aku pandai masak baru kau menyesal.
Silap hari bulan tiap-tiap hari kau datang tadah pinggan kat rumah aku.” Bila
dah ada status isteri, barulah semangat nak jadi suri rumah betul-betul. Bab
basuh baju kemas rumah dah tak jadi masalah walaupun kadang-kadang dobi juga
jadi pilihan. Biasalah tu, nama pun wanita bekerjaya. Sibuklah.
“Kalau
silap hari bulanlah. Aku rasa hari bulan tak pernah silap.” Ketawa Melissa
pecah.
“Sengal!”
Ada saja akalnya nak menjawab. Baiklah, kita tengok aje nanti.
No comments:
Post a Comment