2014-01-05

Tanya Sama Hati 55



Assalamualaikum n hollllaaaaaaaaaa!!!hehe..mmg tak boleh dipercayai betol si lynn ni..haha...cakap tak bley nk post smbungan e-novel sbb bz kan...welllllllllll...hahahha....semalam da abes final exam..ngeee...camne??heh, tak payah tanya...kalo dah namanya exam math...lynn da math mmg tak bley jalan walaupun dengan bangganya saya mengaku saya adalah cg math..hahahahaha...walaupun itu bukan subjek sy....ngeee...boley la kalo stakat nk ajo menengah rendah tu kan..hehe...bukannya tak pandai langsung.. eh...hahah...berlagak ko ni lynn....ok2...tak payah nk merapu...
da masuk tahun baru dah......perasaan? entah..hahaha...xdok perasaan kot...macam same aje time bangun pagi 1hb tu..hahahaha..sengal..memang ler sama..takkan bangun pagi keluar salji kot....apa yang saya harapkan utk tahun ni adalah....hmm..ape2 jelah yg baik2 dan bahagia2...ahaksss....oh...satu perkara..saya harap saya dapat memberitahu umur saya dengan yakin bila ada orang tanya...hahaha...dah namanya pompuan kan...bila org tanya..macam malu2 je nk jawab bila da tua2 nih..haha...tua sangat ko lynn..tapi still tak reti2 lagi nk buat apa yg sepatutnya..hahaha...
baiklah...bab merapu stop kat sini...lagi lama lagi panjang budak ni mengarut ntah ape2...org baca pun meluat...so korang...jemputlah baca sambungan seterusnya konflik cinta antara ika, faiz, dan hilmi ni okes...semoga terhibur..kalo ade ape2 tak puas hati...gtau okeh....
oh ye..lupe lagi satu...maafkan sayewww....sy kalo bleh nk abeskan cepat2 e-novel ni sbb nk mula post e-novel yang terbaru dari saya...bila tu tak pasti lagi tapi inshaaAllah akan ada nnt....sama2 kita nantikan okeh....terima kasih atas sokongan semua!!!!muaaaaaaaaahhhhhsssss
happy new year kawan2....hehe..walaupun dah lambat 5 hari...

Bab 55
Undangan daripada Puan Sofia sebentar tadi cukup meresahkan jiwanya. Nak ditolak dia tak sampai hati. Menerima undangan itu lagilah dia tak sanggup. Ika cuba mencari alasan yang munasabah tapi gagal. Menerima bermaksud dia akan menyakitkan hati sendiri. Menolak maknanya dia membuatkan keluarga Faiz terasa hati. Jadi, bagaimana?
“Mama ada jemput awak pergi majlis malam esok?” Faiz sekadar bertanya. Dia sudah tahu. Mama dah bagitahu awal-awal lagi.
“Ada.” Sepatah. Pasti Faiz mahu tak keputusannya.
“Jadi awak boleh datang?” Serius bunyinya. Sudah tak lembut dan semesra dulu.
“Entah. Tak boleh nak janji. Awak datang tak?” Manalah tahu disebabkan sakit hati Faiz tak sudi nak datang. Lagipun majlis itu bukan untuk dirinya. Cuba berkaitan disebabkan keluarga.
“Kenapa kalau abang datang?” Ika terkedu. Kenapa Faiz tanya macam tu? Nampaknya lelaki itu masih mencurigai dirinya.
“Saya cuma tanya awak nak datang atau tidak. Salah ke?” Ika rasa terhina. Dia sanggup korbankan hatinya untuk menjaga hati lelaki ini. Takkan ini yang dibalas oleh Faiz?
“Manalah tahu kalau Ika suka kalau abang tak datang. Lagipun, majlis tu buat di rumah Hilmi.” Sinis. Sah, dia masih curiga. Tak percaya dengan Ika.
“Kenapa dengan awak ni? Awak ingat saya perempuan jenis apa? Majlis tu majlis tahlil. Lagipun kalau saya nak buat kecoh, di hospital hari tu pun saya dah buat.” Ika geram. Faiz sedang membuat tuduhan palsu ke atasnya. Sanggup lelaki itu.
“Habis tu kenapa tak buat? Kalau tak ada apa-apa kenapa mesti Ika lari bila nampak Hilmi?” Faiz masih tak puas hati. Penjelasan Ika tempoh hari masih tak cukup untuk menguatkan kepercayaannya.
“Rasanya sebelum Hilmi sampai pun saya dah cakap yang saya nak balik kan? Awak yang paksa saya untuk pergi dari situ. Tak ada kaitan dengan Hilmi.” Dia tak tahan bila Faiz asyik meragui keputusannya. Dan kebetulan waktu itu Hilmi sampai. Rasanya memang masa yang tepat untuk dia mengundur diri.
“Hilmi pergi jumpa Ika di luarkan?” Dia pasti tentang itu. Hilmi datang semula ke wad dengan wajah yang sugul. Bila ditanya kenapa, alasannya letih dan pening kepala. Bila ditanya dia ke mana, katanya ke tandas. Takkan pergi tandas sampai lama begitu? Hospital tu bukannya besar sangat.
Ika diam. Memang betul Hilmi datang jumpa dengan dia. Datang untuk mengetahui kebenaran. Datang untuk membuatkan hatinya kecewa dan sakit. Ucapan tahniah yang lahir dari mulut Hilmi seakan ucapan takziah yang membelah jiwanya. Kalau Faiz mahu tahu, dia boleh bagitahu. Biar lelaki itu tahu yang dirinya sedang buat tuduhan palsu.
“Kenapa diam? Sedang reka cerita?” Berdesing telinga Ika. Dia tak kenal dengan siapa dia bercakap sekarang ini. Faizkah ini? Seratus-peratus berbeza.
“Faiz! Sampai hati awak tuduh saya. Ok, kalau awak nak tahu. Ya, memang dia datang jumpa saya. Dia datang sebab nak tahu siapa awak pada saya. Dia datang sebab nak ucapkan tahniah sebab kita bakal berkahwin. Tak lebih daripada tu. Dia abang awak. Dia bakal abang ipar saya.” Bergetar suara Ika. Hatinya membara. Faiz sudah melampau. Kenapa Faiz jadi begini?
“Jadi dia dah tahulah yang kita bakal berkahwin? Baguslah kalau macam tu. Harapnya dia tak kacau bakal isteri abang lagi.” Bersahaja dia menutur kata. Seperti tak ada rasa bersalah langsung.
“Saya tak kenal dengan siapa saya bercakap sekarang ni. Awak betul-betul buat saya kecewa.” Ika sebal. Rasa tak berbaloi dia korbankan cintanya terhadap Hilmi jika Faiz terus-terusan mencurigai hatinya. Kenapa masih hadir dugaan di saat dia mahu jernihkan semuanya?
Kalau Ika kata hatinya kecewa, hati lelakinya lebih lagi kecewa. Sakit dan pedih. Ada lelaki lain yang mahukan tunangnya. Ika pula seakan membenarkan. Siapa yang tak sakit hati? Dia rasa, kalau Hilmi itu tak ditakdirkan untuk jadi abangnya, pasti Ika sudah semakin hanyut dengan lelaki itu. Pasti hubungannya dengan Ika goyah dan menemui kehancuran. Dia tak sangka Ika seorang wanita yang begitu. Dia makin tak mengenali tunangnya sendiri.
Ika hempas telefon bimbitnya ke katil. Hatinya sakit bercampur geram. Faiz jahat. Faiz kejam. Kenapa lelaki itu berubah sikap? Atau memang sikapnya begitu dan selama ini dia hanya berlakon jadi lelaki yang baik dan naïf hanya untuk memikat hatinya? Ika jadi makin keliru. Betul ke keputusan yang dia sudah ambil?
>> 
Ika memakir keretanya di tempat biasa. Dia keluar dengan membawa barang-barang yang baru dibeli. Dari jauh dia sudah dapat melihat seorang pelajar sedang termenung di bangku hadapan kolej. Dia kenal pelajar itu. Zaza. Apa gadis itu buat di situ. Dia segera merapati Zaza. Nampak macam ada masalah.
“Zaza, kenapa duduk sini? Tunggu seseorang ke?” Wajah Zaza muram. Mulutnya memuncung. Mesti ada yang tak kena.
“Tunggu abang. Cakap nak datang pukul tiga. Sekarang dah pukul empat, tak sampai-sampai lagi. Geram betul.” Luah Zaza geram. Sudah kebas punggungnya duduk di atas kerusi batu ini. Sejam menunggu. Sudahlah malam ini ada majlis tahlil.
“Oh, kenapa abang lambat?” Barang-barang yang dibawa diletakkan di atas kerusi. Berat.
“Entah. Katanya sibuk nak uruskan majlis tahlil malam ni. Bila saya cakap nak balik sendiri, dia tak bagi. Sudahnya, sampai sekarang tak muncul-muncul lagi.” Lehernya panjang menjenguk ke pintu masuk. Mengharap orang yang ditunggu cepat tiba.
‘Tahlil? Malam ni?’ Dia hampir terlupa. Ya, majlis tahlil itu akan diadakan malam ni. Dia juga dijemput. Tapi dia masih tak buat keputusan sama ada nak pergi atau tidak. Semuanya gara-gara Faiz. Tak ingin dia nak lihat wajah lelaki itu. Buat sakit hati saja.
“Cik Zulaikha tak nak pergi ke? Mama pun jemput Cik Zulaikha juga kan?” Baru dia teringat. Mama pernah cakap yang dia dah suruh Mak Cik Sofia jemput Cik Zulaikha.
“Ermm…Saya ada kerja malam ni. Memang ingat nak pergi tapi kerja tu tak boleh nak tangguh pula. Tak apalah, Zaza kirimkan salam saya pada semua ya. Minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat pergi.” Mungkin itu alasan yang sesuai. Mengingatkan Faiz dia jadi geram bercampur sedih. Dia tak mahu keadaan jadi makin rumit.
“Alah, tak bestlah macam ni. Jomlah Cik Ika. Kerja tu, nanti pun boleh buat.” Zaza cuba pujuk bakal kakak iparnya. Tapi sayang bukan untuk abangnya, tapi abang tirinya.
“Maaflah Zaza. Saya memang tak dapat pergi. Lain kali ya?” Harap lain kali itu tak ada. Dia tak mahu jumpa Faiz dan Hilmi pada satu masa.
“Ok.” Wajah gadis itu makin muram. Kecewa lagi. Sudahlah abangnya masih tak nampak batang hidung.
“Saya masuk dulu ya?” Zaza angguk lemah. Ika menapak ke rumahnya. Kasihan pula melihat Zaza. Mungkin dia boleh tumpangkan Zaza kalau dia pergi. Tapi hatinya masih berat untuk ke sana.
Telefon bimbitnya berbunyi. Mesej dibuka. Dari Puan Sofia. Pasti mahu mengingatkannya tentang majlis tahlil malam ini.
“Jangan lupa datang ya. Mak cik tunggu Ika.”
Ika mengeluh perlahan. Tak sampai hati pula nak kecewakan hati wanita itu. Tapi hatinya siapa yang mahu jaga? Faiz sendiri pun dah sakitkan hatinya. Mesej itu tak dibalas. Dia menyibukkan diri mengemas barang-barang yang baru dibeli. Mungkin Puan Sofia akan faham kalau dia tak datang. Pandai-pandailah dia bagi alasan nanti.
Setengah jam kemudian, Ika mengintai dari tingkap rumahnya. Zaza masih di situ. Maksudnya Hilmi masih belum sampai. Kesian Zaza. Ika termenung seketika. Hanya ada satu cara untuk dia tolong Zaza. Terpaksa menghadiri tahlil itu. Dia cuba berfikir sewarasnya.
“Pergilah. Tak baik tak pergi bila orang dah jemput. Lagipun majlis tahlilkan?” Pesanan ibunya bermain di kepalanya.
“Jangan lupa kirimkan salam ibu dan abah.”
Ika bingkas bangun. Tudung disarung. Biarlah Faiz nak kata apa pun. Yang penting niatnya adalah baik. Tak ada kena mengena dengan Hilmi mahupun Faiz. Sekadar memenuhi undangan dari seorang wanita yang dia hormati.
“Abang tak datang lagi?” Zaza berpaling ke belakang. Ika sedang berdiri di belakangnya. Dia geleng kepala. Dia mengeluh perlahan. Nak naik ke atas, dia dah malas. Lif rosak. Nak panjat tangga hingga ke tingkat enam, minta maaf sajalah. Dahlah beg berat.
“Ermm…Zaza bagitahu sajalah abang yang dia tak perlu jemput Zaza.” Zaza kerut dahi. Kenapa pula? Dia kena balik. Dia perlu hadiri majlis tahlil untuk arwah kakak iparnya.
“Kenapa pula? Saya kena balik jugak. Lagipun dah hampir pukul lima. Nak dapat teksi dengan bas bukannya senang waktu macam ni.” Dia tetap juga berharap yang abangnya akan sampai dalam waktu terdekat. Dah jenuh dia telefon. Jawapan yang sama sejak pukul tiga tadi. Sekejap lagi, sekejap lagi, sekejap lagi.
“Balik dengan saya.” Ika senyum. Zaza angkat kening. Biar betul.
“Tadi Cik Zulaikha cakap tak dapat pergi. Ada kerja. Kenapa tiba-tiba boleh pergi pula?” Kalau ikut hati, memang dia suka sangat-sangat. Cuma dia pelik, tadi cakap ada kerja penting. Tak boleh tangguh.
“Kerja dah selesai. Dahlah, Zaza tunggu sekejap. Saya nak bersiap. Nak tunggu dalam rumah saya pun boleh.” Kesian pula biarkan gadis ini tunggu di luar. Lagipun cuaca agak panas.
“Betul?” Zaza dah sedia angkat beg.
“Ya. Jom.” Akhirnya, terpaksa juga dia pergi. Biarlah apa nak jadi pun nanti, dia malas nak fikir.
>> 
“Nasib baik ada Cik Zulaikha. Nak harapkan abang tu, dah habis majlis agaknya baru dia datang.” Bukan main gembira lagi Zaza. Dia suka Zulaikha. Sama seperti dia sukakan arwah kakak iparnya.
“Cik Ika, nak tanya sikit boleh?” Zaza tersengih-sengih. Harap-harap pensyarahnya ini tak marah. Lagipun, mereka akan jadi satu keluarga juga nanti. Tak salah kut nak tanya hal peribadi.
“Apa dia?” Ika fokus pada pemanduannya.
“Macam mana Cik Ika kenal dengan abang Faiz?” Masih dia ingat jelingan tajam dan muka yang masam mencuka abang tirinya itu sewaktu dia datang melawat lelaki itu di hospital tempoh hari.
“Dah lama. Kenal masa sama-sama study dulu.” Terbayang Faiz yang dia kenal dulu. Orangnya pendiam. Serius dengan pelajaran. Baik hati, percakapannya sopan, dan sangat mengambil berat. Jauh berbeza dengan Faiz yang berada di hadapannya kini.
“Oh, jadi dah bercinta sejak belajarlah ni?” Sedikit demi sedikit dia cuba korek. Kalau ya, maknanya sudah lama. Payahlah sikit kalau nak putus.
“Taklah. Dulu kawan aje. Kami baru aje rapat.” Kereta dibelok ke kiri. Pemanduan diteruskan lagi. Kata-kata Faiz tempoh hari berlegar semula di benaknya. Sakit hati.
“Macam mana Cik Ika boleh suka dekat orang macam tu?” Laju mulut Zaza. Secara peribadinya, memang dia tak suka Faiz walaupun lelaki itu adalah abangnya. Nampak bengis dan tak peramah. Bukan ciri-ciri lelaki pilihannya. Kalau bagi duit pun tak mungkin dia akan terima.
“Hah? Kenapa dengan dia?” Terkejut dengan soalan Zaza. Apa yang gadis ini nampak pada Faiz? Teruk sangat ke?
“Eh, tak adalah. Maksud saya…ermm…tak ada apa-apalah.” Menyedari keterlanjuran dirinya. Lelaki itu bakal jadi suami wanita ini. Pasti akan terasa juga jika lelaki itu dikutuk walaupun tak dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan.
“Cakaplah. Saya tak kisah. Kenapa dengan abang Faiz? Zaza tak suka dia?” Mahu juga dia tahu sebenarnya. Jelas gadis ini tak menyenangi lelaki itu. Tapi kenapa?
“Betul Cik Ika tak marah? Tapi, saya ada satu permintaan boleh?” Zaza memandang sisi wajah pensyarahnya yang tenang memandu. Rasanya permintaannya tak adalah keterlaluan sangat.
“Apa dia?” Ada-ada saja budak ni. Biasalah anak manja.
“Boleh tak saya nak panggil Cik Ika, Kak Ika? Bukan apa, macam kurang mesra aje kalau panggil Cik Ika. Lagipun tak lama lagikan, Kak Ika nak jadi kakak ipar saya?” Laju dia menyusun hujah. Harap wanita ini menerima cadangannya. Dah lama dia impikan seorang kakak.
Ika kerling sekilas ke arah wajah Zaza yang penuh mengharap. Dia senyum. Memang anak manja. “Ok.”
“Betul?” Minta kepastian. Di hatinya sudah melonjak kegembiraan.
“Ya.”
Thanks Kak Ika.” Zaza senyum selebarnya. Dia sudah punya seorang kakak sekarang. Kakak yang comel. Seronoknya.
So, apa pendapat Zaza tentang abang Faiz?” Ika cuba mengingatkan Zaza tentang soalannya tadi. Dia benar-benar mahu tahu. Mungkin gadis ini punya pendapat sendiri,
“Abang Faiz tu nampak macam tak mesra. Tak pernah Zaza tengok dia senyum. Bercakap pun sepatah dua saja. Tu yang Zaza pelik macam mana Kak Ika boleh berkenan dengan orang macam tu.” Sejujurnya. Ika tekun mendengar. Terdiam dia seketika.
“Macam mana dia mengurat Kak Ika dulu?” Mahu sangat dia tahu. Takkan dengan muka masam mencuka macam tu? Atau abang tirinya itu sebenarnya romantik dalam diam? Manalah tahu, depan perempuan yang dia suka, perangainya jadi lain. Senyum sampai ke telinga, mulut manis macam gula.
“Hah?” Ika tak tahu nak jawab apa. Malu pula rasanya.
“Akak malu ya? Tengok muka tu, dah merah padam.” Usik Zaza. Makin seronok dengan panggilan baru yang digunakan. Lagi dia seronok kalau kakak barunya ini bakal berkahwin dengan abang Hilmi dan bukannya abang Faiz.
“Nak masuk lorong mana ni Zaza?” Dia paling tak suka cari rumah yang ada banyak lorong macam ni. Susah nak ingat. Lorong semuanya nampak sama. Papan tanda pula kadang-kadang ditutup oleh pokok yang merimbun. Ada pula yang ditutup dengan notis-notis haram.
“Lorong yang kedua tu kak.” Jam dikerling. Hampir ke pukul enam petang. Pasti semuanya sedang sibuk membuat persediaan. Rindu nak memeluk anak saudaranya.
Ika memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah dua tingkat. Ada beberapa buah kereta di hadapan rumah itu. Tapi dia tak nampak kereta Faiz. Mujurlah. Kurang sedikit debaran di hatinya.
“Jom Kak Ika, masuk. Mesti mama dah tunggu.” Zaza menarik lembut tangan Ika. Suara riuh rendah makin jelas kedengaran. Debaran di dada Ika juga makin jelas terasa.
“Mama, Kak Ika dah sampai.” Zaza memeluk tubuh mamanya yang sedang sibuk memotong lobak merah. Mungkin untuk dibuat acar.
“Duduklah Ika. Kerja dah nak siap. Tunggu nak siapkan tempat saja.” Puan Zalina senyum mesra. Besen berisi lobak merah yang sudah siap dipotong dibawa ke dapur.
Ika tak betah untuk duduk bila semua orang sedang sibuk membuat itu ini. Dia membuntuti Puan Zalina ke dapur. Puan Sofia juga ada di situ, sedang mengacau gulai. Semerbak baunya. Kecur liur.
“Ika dah lama sampai?” Sapa Puan Sofia. Dia meraih mesra tangan bakal menantunya.
“Baru aje sampai. Sedapnya bau. Mak cik masak apa ni?” Dah tahu, lagi mahu tanya. Ika memanjangkan leher menjenguk ke dalam periuk yang boleh tahan besar itu.
“Gulai ayam. Ini saja yang paling senang. Nak masak yang pelik-pelik, tak pandai.” Puan Sofia ketawa sebaris. Setakat masakan kampung begini, tak ada masalah. Jangan disuruh masak masakan barat, dia memang angkat bendera putih awal-awal.
“Pandai mak cik masak. Kalau Ika ni, tak tahulah jadi apa.” Terus-terang. Memang dia tak pakar dalam bidang masakan. Setakat nak makan untuk diri sendiri bolehlah. Nak jamu orang, dia tak berani.
“Muda-muda dulu pun mak cik tak pandai juga. Bila dah kahwin, dah tua macam ni, bolehlah sikit-sikit. Ika, boleh tolong ambilkan kentang atas meja tu?” Ika segera mencapai sebakul kentang yang sudah siap dipotong. Perlahan-lahan dimasukkan ke dalam periuk.
“Kak Ika, jom kita ke depan. Meja dah sampai.” Ika angguk. Zaza sudah berlari-lari ke depan. Dari jauh, Ika sudah boleh nampak kelibat Hilmi. Langkah kakinya terhenti. Tak kuat untuk terus melangkah. Pantas kata-kata Faiz kembali berputar ligat di mindanya. Dia mahu berpatah balik ke dapur, tapi Zaza terlebih dahulu memanggil namanya.
“Kak Ika, marilah sini.” 
 tengsssssssssssssssssss....

4 comments:

  1. TT,awat brnti tng tu,suspennnnnnnnnnn sngt2,hrp2 ika ngn hilmi,smbg lg tau.......

    ReplyDelete
  2. hikhik...tggu part seterusnya okeh...tengs sbb sudi baca :)

    ReplyDelete
  3. Tak suka la watak heroin. Kesian faiz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..maafkan saya...terima kasih kerana sudi membaca :)

      Delete