assalamualaikum dan salam sejahtera...semoga semua yang membaca berpuas hati dan terhibur :)
Bab 42
Fikirannya tak di situ. Melayang. Tak tahu ke mana. Dia
hanya mengikut langkah kakinya. Orang di sebelah langsung tak dipeduli.
“Ika? Kenapa ni? Tak suka ya keluar dengan abang? Dari
tadi abang macam bercakap seorang saja. Abang tanya Ika tak jawab.” Faiz seakan
jauh hati. Selama mereka keluar sejak sejam yang lalu, Ika langsung tak senyum.
Ditanya, jawabnya cuma sepatah.
“Tak adalah. Ika rasa pening saja.” Memang kepalanya
pening. Pening memikirkan masalah hatinya. Faiz tak perlu tahu.
“Kenapa tak bagitahu awal-awal?” Kenapa dengan tunangnya
ini? Tak mesra seperti selalu. Macam ada benda yang disorok.
“Pening sikit saja. Lepas rehat sekejap oklah ni.” Ika
cuba untuk senyum walaupun terasa sumbang. Kasihan Faiz. Mesti lelaki itu
terasa hati dengan sikapnya hari ini.
“Kalau macam tu, kita balik ya?” Sebenarnya dia masih
tak puas bertemu dengan Ika tapi dia kasihankan Ika. Mesti tak selesa kalau
terus begini.
“Awak kata nak beli barang?” Menyedari yang masih belum
membawa apa-apa barang sejak tadi.
“Tak apalah. Lain kali boleh beli. Ika tak sihat. Abang
tak nak paksa Ika. Nak abang hantar ke klinik?” Ika geleng. Doktor tak boleh
rawat sakitnya. Apa-apa ubat pun tak berkesan.
“Abang belikan ubat ya?” Ika geleng lagi. Dia tak
perlukan semua itu. Dia cuma mahu bersendirian.
“Ok. Kita balik. Ika rehat saja kat rumah. Kalau
tiba-tiba Ika rasa tak sihat, telefon abang. Abang bawa Ika pergi klinik.”
Kenapa Faiz begitu baik? Keadaan ini lebih menambahkan beban di hatinya. Makin
payah untuk dia buat keputusan. Boleh tak untuk sekali Faiz bersikap kejam
dengan dirinya? Kepalanya tambah berat.
>>
Faiz termenung sendirian. Memikirkan sikap Ika siang
tadi buat hatinya tak senang. Kenapa dengan tunangnya itu? Dia ada buat salah
ke? Tapi dia tak dapat fikirkan apa salahnya. Setiap hari dia hantar mesej
bertanyakan khabar. Walaupun kadang-kadang Ika tak balas, dia tak kisah. Dia
faham buah hatinya itu pasti sibuk.
Setiap malam sebelum tidur, pasti dia akan menghubungi
wanita itu. Tak lengkap rasanya kalau sehari tak mendengar suara si manis itu.
Nak harapkan Ika yang telefon dulu, tak payah mimpi. Tapi dia langsung tak
kisah. Dia tahu Ika itu pemalu orangnya. Tapi kadang-kadang dia rasa hanya dia
yang beria-ia mencintai wanita itu sedangkan Ika langsung tak mencintainya.
Faiz segera sedar dari lamunannya. Perasaan syak dan
curiga segera diusir sejauhnya. Dia tak patut sangsi akan cinta Ika. Kalau
tidak kerana cinta, tak mungkin wanita itu menerima lamarannya. Mereka sudah
pun bertunang. Hanya menunggu masa untuk disatukan sahaja.
Sekali lagi telefon bimbit dicapai. Entah untuk kali
yang ke berapa dia cuba menghubungi wanita itu. Langsung tak dijawab. Sejak
petang tadi. Takkan tidur sampai tak dengar apa-apa? Wanita itu buat dia risau
tak menentu. Mahu saja dia terbang ke sana dengan segera.
Ika memandang sepi ke arah telefon bimbitnya yang
berdering entah untuk kali yang ke berapa. Dia tak ada perasaan nak
menjawabnya. Dia tahu pasti Faiz yang menelefon. Biarlah. Dia betul-betul tak
ada hati nak bercakap dengan lelaki itu. Kepalanya betul-betul tengah
berserabut.
Kesian Faiz. Tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. Dia
bukan sengaja. Terpaksa buat begitu. Semua yang dia buat sekarang ini rasa
serba tak kena. Buat begini tak kena, buat begitu tak kena. Bila semuanya nak
berakhir? Kalaulah dia ada kuasa sakti.
“Arrrgghhh!!!” Ika sembam muka ke katil. Perlu ke dia
pergi jumpa pakar jiwa?
“Ika, kadang-kadang kita perlu jadi kejam dan
mementingkan diri sendiri demi kebahagiaan kita sendiri.”
Bagaimana dia nak jadi kejam kalau nak lukakan hati Faiz
pun dia tak sanggup? Lelaki itu sangat baik. Terlalu baik. Bercakap kasar? Tak
pernah sama sekali. Jauh sekali nak melukakan hatinya. Jadi tolong bagitahu dia
bagaimana dia nak jadi kejam dan mementingkan diri?
“Dan bagi aku, putus tunang itu lebih baik daripada
bercerai.” Gila. Nak sakitkan hati lelaki itu saja pun dia dah tak boleh nak
buat, inikan pula nak minta putus tunang. Betul-betul kerja gila. Ibu dan
abahnya pula macam mana? Dia tak rela nak tengok ibunya menangis sebab dia. Dia
tak sanggup.
“Lupakan rasa bersalah, lupakan kebahagiaan orang lain.
Kau kena fikirkan mengenai kebahagiaan diri kau.” Kata-kata Syarifah masih
tetap menghantuinya.
Kalau orang lain yang dimaksudkan Syarifah itu ialah
orang yang langsung tak ada kena mengena dengan dirinya, dia tak kisah. Ini,
orang lain yang dimaksudkan Syarifah adalah keluarganya, ibu bapanya, Faiz,
keluarga Faiz. Semua itu ada kaitan dengan dirinya.
Tergamakkah dirinya hendak menghancurkan kebahagiaan
orang yang telah banyak berjasa kepada dirinya selama ini? Orang yang telah
banyak membantunya selama ini? Orang yang telah menyayanginya sepenuh hati?
Yang mencintainya dengan seluruh jiwa? Jawapannya, dia tak sanggup dan dia tak
akan sanggup.
Tapi kebahagiaannya? Perasaannya?
>>
Buaian si kecil Syarifah Amni Humaira’ sudah cantik
berhias. Si kecil itu sedang nyenyak tidur di dalamnya. Ika menghayun buaian
itu perlahan. Tak mahu mengejutkan si kecil. Papa dan mamanya sedang sibuk
membuat persiapan terakhir. Majlis cukur jambul buat si kecil ini akan
berlangsung sebentar saja lagi.
Beberapa orang tetamu sudah kelihatan. Ika tak kenal.
Mungkin itu kawan-kawan Anas dan Syarifah. Dia lebih senang berada di samping
si kecil. Dia tak pandai bergaul. Lebih-lebih lagi dengan orang yang tak
dikenali. Segan.
“Bang, mana dia?” Bisik Syarifah. Panjang lehernya
memerhati sekeliling. Orang yang ditunggu-tunggu masih tak nampak batang
hidung. Janganlah tak datang. Habis rancangan.
“Sabarlah. Nanti datanglah tu. Majlis pun tak mula
lagikan?” Anas sibuk menyusun kerusi buat tetamu. Meja makan sudah disediakan.
Cuma hidangannya saja belum ada.
“Kalau tak datang, habislah kita. Penat aje bertekak
dengan ummi.” Bukan sikit bebelan yang terpaksa ditahan telinganya. Naik
bernanah telinga ini mendengar. Rancangan awal memang nak buat majlis ini di
kampung, tapi dia ubah fikiran di saat akhir. Mana tak mengamuk orang tua tu.
Khemah sudah ditempah. Tapi dia tak kisah. Demi menjayakan rancangannya, dia
sanggup tahan telinga.
“Sayang jangan nak salahkan abang. Ini semua rancangan
sayang juga kan?” Anas angkat tangan. Tak mahu terlibat. Tak pasal-pasal dia
bersubahat sama. Siap kena marah lagi.
“Ish, tahulah.” Syarifah merengus. Memang semua ini
rancangan dia. Dia yang paksa suaminya.
Tetamu semakin ramai. Kumpulan marhaban dan orang masjid
juga sudah bersedia. Syarifah sedikit gelisah. Masih tak kelihatan. Dia melirik
ke arah Ika yang setia menemani anak kecilnya.
“Kau kena datang juga majlis aku tu nanti. Kau kan emak
angkat anak aku. Kesian Amni kalau mak cik dia tak datang.” Bersungguh Syarifah
memujuk.
“Aku nak balik kampunglah Sya. Dah lama aku tak balik.”
Hampir tiga bulan tak jenguk kampung. Entah sihat atau tidak ibu dan abahnya.
Minggu ini kebetulan tak ada kerja, itu yang dia nak balik. Tapi Syarifah pula
buat hal.
“Alah, minggu depan pun kau boleh balik. Bukannya
kampung kau tu dekat England pun. Tiap-tiap minggu boleh balik.” Masih
berusaha. Ika kena datang. Wajib.
“Tengoklah dulu macam mana. Aku fikirkan dulu.” Ika
mengeluh perlahan. Memang perosak rancangan betullah minah ini seorang.
Bukannya nak bagitahu awal-awal. Ini dua tiga hari lagi nak buat, baru nak
bagitahu.
“Tak. Kau kena datang juga. Aku paksa. Kalau kau tak
datang, aku tak nak kawan dengan kau lagi.” Kira bolehlah. Dah darurat.
“Sya!” Apa kena dengan kawannya ini? Main paksa-paksa
pula. Geram betul.
“Ok, kiranya kau datanglah ya. Ingat tau. Ahad. Lepas
Asar. Tapi kau datanglah awal sikit. Tolong-tolong apa yang patut.” Talian
terus diputuskan. Sudahlah memaksa, siap minta tolong lagi. Ah, tak apa. Janji
Ika datang.
Ika memandang geram ke arah telefon bimbitnya. Nasib
baik Syarifah tak ada di depan matanya. Menyusahkan orang betul. Tak
pasal-pasal dia kena batalkan rancangan balik kampung. Kesian ibunya. Pasti
ternanti-nanti kepulangannya.
Alunan zikir dan selawat mengiringi majlis cukur jambul
Syarifah Amni Humaira’. Cantik sekali puteri kesayangan Syarifah itu bila
dipakaikan gaun kembang berwarna merah jambu. Sikit pun tak menangis bila
rambutnya digunting. Baik sungguh. Nanti besar Amni jangan ikut perangai Mama
ya?
“Ika kau tak nak makan lagi?” Ika geleng kepala. Biarlah
tetamu reda sedikit. Lagipun sebelum majlis tadi dia dah makan.
Syarifah mengeluh hampa. Tetamu yang paling dinanti
masih tak datang. Tetamu-tetamu yang lain sudah beransur pulang. Hari pun sudah
lewat. Dia pandang wajah Ika. Mangsa keadaan. Sanggup tak pulang ke kampung
sebab dia yang paksa wanita itu datang ke majlisnya.
“Abang, tak ada pun. Abang jemput ke tak?” Berkerut
dahinya. Tak boleh harap langsung. Suruh buat kerja sikit pun tak boleh.
“Dah. Dia sendiri kata nak datang. Manalah tahu dia ada
hal kecemasan ke, apa ke. Bukan salah abang.” Plastik hitam yang sudah penuh
diikat kemas. Banyak kerja lain lagi nak buat daripada melayan kerenah
isterinya yang seorang ini.
“Ika, dah makan ke?” Tanya Puan Syarifah Kalsom, ummi
Syarifah. Lemah lembut orangnya. Lain benar dengan anak perempuannya itu. Entah
perangai siapa yang dia ikut.
“Nantilah mak cik. Nak main dengan Amni dulu. Lagipun
tak lapar.” Pipi Amni yang makin tembam dicubit geram. Nak tolong Syarifah buat
kerja, kawannya itu tak bagi. Nak balik pun Syarifah tak bagi.
“Assalamualaikum.” Syarifah angkat muka. Serta-merta
mulut muncungnya bertukar senyum ceria. Datang pun. Tapi biasalah tu, watak
utama mesti keluar lambat.
“Waalaikumussalam. Masuklah Mi. Ingatkan tak jadi nak
datang.” Anas menyambut huluran tangan Hilmi. Lega hatinya. Nampaknya,
terlepaslah dia daripada kena marah dengan isterinya malam ini.
“Maaflah Nas. Aku dari kampung. Hantar mama dengan anak
aku balik.” Penat masih terasa tapi melihatkan kawannya ini begitu
bersungguh-sungguh menjemput, dia datang juga.
“Ika, mari sini kejap.” Laung Syarifah dari luar rumah.
Ika segera bangun. Mendukung Amni bersama.
Dia merapati Syarifah. Masih tak sedar Hilmi ada di
situ. “Kenapa Sya?” Senget kepalanya apabila tudung yang dipakai asyik ditarik
Amni. Syarifah melirikkan matanya ke arah Hilmi beberapa kali. Menyuruh Ika
turut sama memandang ke arah lelaki itu. Ika tak faham. Apa yang Syarifah cuba
buat?
“Hilmi, jemputlah makan.” Sepantas kilat kepalanya
berpusing. Hilmi! Ika telan liur. Dia pandang Syarifah. Wanita itu tersenyum.
Inikah sebabnya Syarifah memaksanya datang?
Hilmi kerut dahi. Seperti cuba mengingati sesuatu. Wajah
wanita di hadapannya ini seperti pernah dilihat. Ya, dia memang pernah lihat.
“Cik Zulaikha kan?” Ika menggelabah. Apa dia nak jawab?
Hari tu beria-ia kata tak kenal.
“Kau tak perasan ke Mi? Inikan Zulaikha. Satu sekolah
dengan kita juga. Kalau tak silap aku, kau dengan dia sama-sama dalam badan
pengawas kan?” Sampuk Anas. Dahi Hilmi tambah berkerut. Kenapa dia tak ingat?
“Aku tak ingat. Tapi Cik Zulaikha ni pensyarah Zaza kan?
Kita pernah jumpa hari tu. Dekat pasaraya.” Hilmi cuba mengingatkan Ika. Tak
perlu ingatkan. Ika memang tak pernah lupa.
“Sekarang ni dia pensyarah. Dulu dia satu sekolah dengan
kita. Takkan sikit pun kau tak ingat Mi? Penolong ketua pengawas yang gantikan…
siapa nama awek kau dulu tu?” Anas cuba mengingat tapi nama itu tak muncul
dalam kepalanya.
Ika sudah lemah lutut. Peluh memercik ke muka. Syarifah
di sebelah masih lagi tersenyum gembira. Kenapa tak bagitahu awal-awal yang
Hilmi dijemput sama. Kau tahu tak aku tak bersedia nak jumpa dia?
“Oh, aku dah ingat. Ini Zulaikha? Tapi kenapa macam
lain?” Hilmi cekak pinggang. Ingatannya masih baik. Dia dah ingat sekarang.
Siti Zulaikha. Pengawas yang paling pendiam. Pengawas yang selalu dibuli oleh
pelajar-pelajar nakal sekolah.
“Dulu tak cantik. Sekarang dah cantik. Mestilah lain.”
Ika sudah tertunduk malu. Syarifah memang nak kena. Siaplah dia lepas ni.
“Ika, kau tak makan lagi kan? Kau temankan Hilmi
makanlah. Aku nak buat kerja kat belakang sikit. Mari sini Amni sayang. Kita
pergi belakang ya?” Tak sempat Ika nak jawab apa-apa. Amni bertukar tangan.
Cepat-cepat Syarifah berlalu. Meninggalkan Ika terkontang-kanting.
“Abang, tolong sayang sekejap.” Syarifah melaung dari
dalam rumah. Sengaja. Padahal tak ada kerja pun yang perlu dibuat.
“Ya. Makanlah Mi. Ika, kau tolong layan Hilmi sekejap
ya. Nanti aku datang.” Ini memang betul-betul menyeksa dirinya. Syarifah memang
dah rancang semuanya. Bijak betul kepala otak kawannya itu.
Ika tak berganjak. Sepatah perkataan pun tak keluar dari
mulutnya. Nak pandang Hilmi? Dia tak berani. Nak lari, kakinya rasa terikat.
Apa dia nak buat ni?
“Jom Cik Zulaikha.” Ika lemah. Hilmi ajak dia makan. Hanya
mereka berdua.
“Panggil Ika aje. Panjang sangat Cik Zulaikha tu.” Ika
cuba menenangkan diri sendiri yang sekarang ini dirasakan seperti dilanggar
garuda.
“Ok, jom Ika kita makan.” Hilmi senyum. Makin lemah
jantung Ika. Tolong!
“Sikitnya makan? Diet ya?” Usik Hilmi. Sekarang dia tak
ragu-ragu lagi. Ini memang Siti Zulaikha. Masih tak berubah. Masih tetap
seorang yang sangat pemalu.
“Tak adalah. Dah kenyang.” Ini pun tak tahu habis ke
tak. Macam mana nak makan kalau Hilmi ada di depan mata? Dia kekok.
“So, kenapa hari tu Ika kata Ika tak kenal saya?” Ika
terbatuk kecil. Air yang diminum dirasakan masuk ke dalam rongga hidung.
Habislah. Apa dia nak kelentong ni?
“Ya ke? Mungkin saya tak perasan kut. Ya lah,
masing-masing dah berubah. Tak cam.” Mungkin boleh diterima pakai. Kalaulah
Hilmi tahu yang dia adalah orang yang paling tak pernah dilupakan.
“Betul juga tu. Saya pun memang tak perasan langsung
tadi. Kalau Anas tak bagitahu, memang sampai ke sudah saya tak cam Ika. Nasib
baik awak ni pensyarah adik saya. Kalau tak, nama pun saya tak ingat.”
Betul ke Hilmi tak ingat langsung akan dirinya? Sebegitu
bencikah dia pada dirinya? Atau kehadirannya langsung tak dipedulikan oleh
Hilmi?
“Bang, sepadan pula saya tengok mereka berdua tu.”
Syarifah mengintai dari dalam rumah. Ika tak lekang dengan senyuman. Seronok
dia tengok.
“Puaslah hati awak sekarang? Tak pasal-pasal saya
bersubahat sekali tau.” Dalam diam dia turut mengiyakan kata-kata isterinya. Tapi
bukan ke Ika dah bertunang? Kenapa dia boleh terlupa akan hal itu?
“Bukan ke Ika dah bertunang. Sayang jangan nak buat
kecoh pula.” Anas bercekak pinggang merenung isterinya. Tapi Syarifah hanya
balas dengan senyuman.
“Abang tahu tak? Hilmi tu cinta pertama Ika. Sampai
sekarang pun Ika tetap cintakan Hilmi. Dia bertunang tu pun sebab dia rasa tak
sampai hati nak lukakan hati tunang dia yang separuh mati cintakan dia.”
Melopong Anas dengar. Patutlah isterinya beria-ia benar nak buat majlis ini kat
sini. Bersungguh-sungguh suruh dia jemput Hilmi. Ini rupanya.
Bukan niat dia untuk membuatkan Ika memutuskan
pertunangan. Dia hanya mahu bantu Ika buat keputusan. Memilih siapa yang
terbaik buat dirinya. Dia tahu Ika bahagia bila bersama Hilmi tapi adakah Hilmi
akan menerimanya? Memang Faiz cintakan Ika tapi adakah Ika akan bahagia bersama
lelaki itu?
terima kasih kerana sudi mengikuti kisah ini....nk wat promo skit bleh??
masih belum memiliki novel ini? susah nk dptkan di kedai2 buku berhampiran anda? jangan risau...anda boleh dptkan dengan saya...hubungi sy di sini if korang berminat ya!! jgn risau..post dijamin percuma :) if nk tandatangan penulis pun bleh....xkena charge lebih pun....utk baca bab2 awal..bleh pergi ke link Jangan Merajuk Sayang di blog sy ni...terima kasih :)
Ai cik penulis...best lah..aian ika..mcm mana faiz nnt? Pd sy, lbh baik memilih org yg cintakan kta dr memilih org yg kita cintai..tp kalo da jodoh, tiada siapa yg boleh lawan kan...
ReplyDeleteNovel jgn merajuk syg sy nk order satu! Beserta tandatangan sekali boleh? Mcm mn ye...tq...
Ai cik penulis...best lah..aian ika..mcm mana faiz nnt? Pd sy, lbh baik memilih org yg cintakan kta dr memilih org yg kita cintai..tp kalo da jodoh, tiada siapa yg boleh lawan kan...
ReplyDeleteNovel jgn merajuk syg sy nk order satu! Beserta tandatangan sekali boleh? Mcm mn ye...tq...
salam cik ad_deen.tq so much for d comment..hehe...utk pembelian novel...cik boleh transfer ke cimb bank sy...
ReplyDeleteno acc: 101 0000 3219 527
nnt bila dh bank in...bgtau sy ya..bersama no rujukan.nnt bila sy dh dapat..sy akan post ke alamat cik..bg sekali nama, alamat, no hp cik ya..
terima kasih :)
maaf lambar reply...
Kita dah beli novel tu
ReplyDeleteBoleh bg email x senang nk pm...tq...
ReplyDeletefantaghiroL86@gmail.com. Atau cik boleh add fb sy...inbox kat fb lg sng sikit kot. Tq
ReplyDelete