2014-03-15

Tanya sama hati 62



 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!! harap semuanya baik2 aje walaupun sekarang ni musim jerebu...adeh...sesak napas...huhuhu...tapi hari ni Alhamdulillah...jerebu dah kurang walaupun cuaca sangat panas....nk kuar bilik pun tak sanggup rasanya...huhuhuhuhu....dugaan drpd Allah SWT...inshaaAllah pasti ada hikmah yang tersembunyi...seperti hilangnya MH370....pasti ada sesuatu yang DIA mahu tunjukkan...sama2lah kita berdoa agar segalanya dipermudahkan-NYA.... 
#doauntukMH370
Bab 62
Faiz baling telefon bimbitnya ke katil kasar hingga ia melantun jatuh ke lantai. Hampir berderai tapi langsung tak diendahkan. Hatinya lagi sakit daripada itu. Tak masuk dek akal alasan yang diberikan Siti Zulaikha. Perempuan itu yang beria berjanji nak kahwin dalam masa dua bulan lagi tapi apa dah jadi sekarang? Nak tangguhkan pula? Siapa yang tak sakit hati. Ini tak lain mesti sebab lelaki keparat tu. Macam dah tak ada perempuan lain yang nak dijadikan bini. Hak orang juga yang mahu diambil. Mak dengan anak sama aje. Kalau bukan sebab Zalina, pasti mamanya tak akan hidup menderita seperti ini.
Faiz tumbuk dinding batu biliknya kuat. Sakit? Sudah semestinya tapi semua itu tak dihiraukan. Apa yang Ika nak sebenarnya? Tak cukup lagi ke kasih sayang dan cinta yang ditunjukkan? Merah padam muka Faiz menahan marah. Dada macam rasa nak meletup. Tak boleh jadi. Dia mesti bersemuka dengan Ika. Dengan Hilmi pun dia perlu jumpa!
“Kenapa ni Faiz?” Jelas riak risau di wajah Puan Sofia. Faiz nampak tegang. Apa dah jadi?
Faiz tak menjawab. Wajah segera dilarikan. Mama tak perlu tahu. Dia mahu selesaikan perkara ini sendiri.
“Faiz, nak ke mana tu?” Tak sempat nak menyambar lengan anak terunanya. Terkocoh-kocoh Faiz keluar dari bilik. Puan Sofia tambah risau. Masalah apa yang timbul sampai Faiz jadi macam tu?
Mata Puan Sofia menangkap telefon bimbit yang terlerai di atas lantai. Segera dikutip. Hati makin tak senang. Bergaduh ke? Tapi dengan siapa? Apa yang dia patut buat ni? Perlu ke dia telefon suaminya? Puan Sofia mundar-mandir dalam bilik. Dah malam ni. Nanti menyusahkan suaminya pula. Nak datang bukannya dekat.
“Faiz, kenapa buat mama risau macam ni?” Puan Sofia meletakkan tapak tangannya ke dada. Jelas degupan jantungnya yang semakin laju. Kepala pun dah rasa pening. Ika! Tiba-tiba sahaja nama bakal menantunya itu muncul di kepala. Segera dia meluru ke bilik. Mencapai telefon bimbit. Manalah tahu Ika boleh bantu.
“Ika kena tolong mak cik. Faiz…mak cik tak tahu dia pergi mana. Dia marah-marah tadi lepas tu keluar. Mak cik risau sangat sekarang ni. Mak cik takut dia buat perkara bukan-bukan.” Air mata tak dapat ditahan lagi. Sungguh dia risau. Sangat-sangat!
Ika tergamam. Dia tahu kenapa Faiz marah-marah. Dia puncanya. “Mak cik dah cuba telefon dia?”
“Dia tak bawa telefon. Telefon dia dah rosak ni. Mak cik jumpa atas lantai. Dah terlerai satu-persatu.” Puan Sofia picit kepala yang makin terasa denyutannya.
Ika gigit bibir. Sampai macam tu sekali Faiz mengamuk? Mata yang mengantuk tadi terus jadi segar. Faiz datang cari dia ke? Harap-haraplah tak. Kecoh nanti. Buat malu aje. Dahlah depan pelajar-pelajar. Ika juga runsing dibuatnya.
“Ika pun tak tahu mana dia pergi. Macam nilah mak cik. Ika cuba dulu. Mak cik jangan risau sangat ya. Ika yakin Faiz tak akan buat perkara bukan-bukan.” Kali ini, dia sendiri pun tak yakin dengan kata-katanya. Faiz dah berubah sekarang. Tak mustahil untuk lelaki itu bertindak di luar batasan.
“Ika tolong mak cik ya. Mak cik dah tak tahu nak minta tolong dengan siapa. Tolong ya nak.” Bersungguh-sungguh Puan Sofia merayu.
“Insya Allah, mak cik. Ika cuba. Mak cik rehatlah dulu. Nanti kalau ada apa-apa, Ika bagitahu mak cik.” Ika sendiri pun tak tahu mana dia nak cari Faiz. Dia sekadar mahu tenangkan hati Puan Sofia. Faiz ni pun satu. Tak kesian ke dekat mama buat macam tu?
Giliran Ika pula mundar-mandir. Apa nak buat? Mana nak cari? Tak selesa duduk, dia bangun semula. Apa lagi kemungkinan yang boleh berlaku selain daripada Faiz datang mencarinya? Ika segera berlari ke tingkap apartmennya. Mengintai ke luar. Manalah tahu Faiz dah tercongok di situ. Tak ada.
Makin bercelaru otaknya memikirkan kemungkinan yang lain. Jangan-jangan….Ya Allah! Telefon bimbit segera dicapai. Tapi patut ke dia telefon? Ika tak jadi mendail. Makin tak senang duduk di buatnya. Janganlah perkara yang buruk berlaku. Ika pejam mata, memohon Tuhan sejukkan hati Faiz.
>> 
Faiz memandang tajam ke arah rumah teres dua tingkat yang kelihatan sunyi. Hatinya membara. Tak menunggu lama, Faiz terus keluar dari keretanya. Menapak kasar ke arah pintu pagar yang bertutup rapat. Nafas ditarik dalam-dalam. Apa nak jadi pun jadilah. Asalkan dia puas!
Loceng ditekan. Tak lama kemudian, pintu pagar terbuka sendiri. Seorang lelaki keluar dari rumah dengan senyuman di bibir. Faiz kepal penumbuk. Makin terbakar hatinya bila lihat Hilmi senyum begitu.
“Faiz, kenapa tak cakap nak datang? Sorang aje?” Hilmi cuba untuk ramah. Tangan dihulur tapi….
“Arrggghhh!!!” Hilmi terduduk. Sebelah tangannya meraba pipi yang terasa kebas. Apa ni?
Berombak kencang dada Faiz. Puas hatinya. Tumbukannya tepat mengena pipi Hilmi. Dah lama dia teringin nak buat begini.
“Kau ni dah kenapa?” Hilmi cuba untuk bangun.
“Abang!” Zaza meluru keluar sebaik sahaja mendengar suara abangnya menjerit. Terperanjat bila melihat abangnya terduduk di situ. Apa Faiz dah buat?
“Itu peringatan daripada aku. Ika tu hak aku. Kau jangan mimpi nak dapat dia!” Ikutkan hati yang masih lagi membara, mahu saja diterajang lelaki di hadapannya ini. Tapi rasanya dia masih waras. Cukup ‘hadiah’ kecil itu untuk hari ini.
“Hilmi, kenapa tu?” Terkocoh-kocoh Encik Zainal keluar dari rumah. Di belakangnya ada Puan Zalina. Faiz kaku. Tak sangka yang papanya juga ada di sini. Nampaknya dia perlu angkat kaki sekarang. Hasrat hatinya dah dilunaskan.
“Abang, berdarah ni.” Air mata Zaza menitis. Takut! Apa yang dah berlaku sebenarnya?
“Sikit aje ni. Tak payah risaulah.” Hilmi bangun. Pipi masih rasa kebas. Darah yang meleleh keluar dari celah bibirnya dikesat. Pedih.
“Faiz kan tu? Kenapa dia buat macam ni?” Rasanya dia tak salah lihat. Yang baru melangkah keluar dari perkarangan rumah tadi adalah Faiz, anak tirinya.
Encik Zainal hanya diam. Dia yakin memang Faiz lakukan semua ini tadi. Apa masalah sebenar di antara kedua-dua anak lelakinya ini? Pasti ada sesuatu yang tak kena. Poket baju melayu diseluk, seraya kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Telefon bimbit dilekap ke telinga.
“Assalamualaikum, abang. Abang tak tidur lagi?” Puan Sofia cuba mengawal suaranya. Harap-harap suaminya tak tanya pasal Faiz.
“Waalaikumussalam. Faiz ada di rumah?” Serius bunyi suara Encik Zainal. Puan Sofia telan liur. Apa dia nak jawab ni?
“Faiz? Ermmm….dia…dia keluar dengan kawan.” Ya Allah, dia tak ada niat nak berbohong dengan suami sendiri tapi dia terpaksa. Harap-harap suaminya percaya dan tak akan bertanya lanjut lagi.
“Awak pasti ke dia keluar dengan kawan dia?”
Puan Sofia makin tak senang duduk. Kenapa dengan suaminya ni? Takkan Faiz pergi jumpa dengan papanya kut? Tak mungkinlah. Suaminya jumpa Faiz di mana-mana? Ada kemungkinan tapi dia tak rasa perkara itu berlaku.
“Abang kat mana ni?” Hati Puan Sofia berdegup kencang. Seboleh mungkin dia tak mahu libatkan suaminya dalam hal ini.
“Abang ada kat rumah Hilmi. Faiz datang tadi. Dia tumbuk Hilmi. Fia ada apa-apa nak bagitahu abang?” Terduduk Puan Sofia mendengarnya. Berpusing rasa kepalanya. Ya Allah, Faiz! Serta-merta air matanya gugur. Tak mampu lagi untuk berkata apa-apa.
“Abang harap Fia tak sorok apa-apa daripada abang. Abang tak mahu perkara ni jadi tambah serius.” Faiz dan Hilmi adalah adik-beradik. Tak sepatutnya perkara begini berlaku.
Sungguh, Puan Sofia tak mampu nak kata apa-apa. Kepalanya kosong. Tak dapat nak berfikir apa penyebab Faiz jadi begitu. Dia kenal anaknya. Faiz tak macam tu.
“Abang tak nak paksa Fia. Abang sendiri akan selidik perkara ni.” Talian diputuskan. Encik Zainal mengeluh perlahan. memicit kepala yang sudah berdenyut. Apa masalah budak-budak ni? Baru aje kenal takkan dah nak bergaduh?
“Mungkin Fia pun tak tahu apa-apa bang. Kita tunggu aje penjelasan dari budak-budak ni.” Puan Zalina mengurut dada suaminya. Dia pun memang terkejut dengan apa yang baru berlaku tadi. Dia tak mahu sebelahkan sesiapa selagi tak dapat penjelasan.
Hilmi melabuhkan duduk di atas sofa. Sebelah tangannya masih meraba pipi yang kebas. Dia sendiri bingung dengan apa yang dah terjadi. Semuanya secara tiba-tiba. Tapi dia dapat agak sesuatu. Pasti ini berkaitan dengan Ika. Rasanya dah tak ada perkara lain yang boleh menyebabkan Faiz bertindak sejauh ini.
“Kamu ada apa-apa nak bagitahu papa?” Masih kedengaran serius. Encik Zainal pandang tepat wajah anak sulungnya. Kasihan juga melihat bibir anaknya yang lebam.
“Hilmi pun bingung papa. Tak tahu kenapa Faiz tumbuk Mi.” Papa dengan mama tak perlu tahu dulu perkara ini. Biar dia sendiri yang siasat. Tapi dia sangat yakin dengan telahannya tadi. Cuma dia tak pasti apa yang dah berlaku antara Ika dan Faiz.
“Mustahil Faiz sengaja nak buat macam tu kat kamu. Mesti ada sesuatu yang dah berlaku.” Sukar dia nak percaya. Takkan Hilmi tak tahu apa-apa. Takkanlah Faiz buat semua tu tanpa alasan.
“Abang Faiz tu memang macam tu pa. Dia memang dengki dengan abang dan…”
“Ish, adik ni. Tak baik cakap macam tu.” Nasib baik sempat dipotong kata-kata Zaza. Kalau tak, mati dia. Budak ni pun, agak-agaklah sikit. Tak pasal-pasal papa mengamuk nanti.
“Dengki? Dengki pasal apa?” Encik Zainal memandang anak bongsunya pula. Mengharapkan penjelasan dari kata-kata yang dikeluarkan oleh gadis itu tadi.
“Hah? Ermmm…” Zaza mula serba-salah. Abangnya dah tunjuk isyarat supaya jangan buka mulut. Apa dia nak cakap ni?
“Tak…abang kan baik. Kacak pulak tu. Ramai orang suka. Mungkin sebab tu kut abang Faiz dengki. “ Boleh diterima ke? Aduh, mati dia kali ni. Dengan papa kut…
“Tak masuk akallah. Takkan disebabkan benda kecil macam tu sampai nak bertumbuk. Adik…cuba cakap betul-betul dengan papa.” Zaza telan liur. Memang habislah dia kali ni. Abang…tolonglah back-up sekali.
“Dahlah pa. Esok Mi tanya sendiri dengan Faiz. Papa dengan mama naiklah atas. Rehat.” Harap-harap papanya tak bertanya dengan lebih lanjut. Zaza pun dah pucat tu.
Encik Zainal mengalah walaupun dia masih belum puas hati. Hilmi dan Zaza lepas nafas lega. Selamat! Hilmi pandang adiknya yang senyum kambing sambil jarinya tunjuk isyarat peace. Kepalanya masih ligat berfikir. Apa sebab utama Faiz bertindak sedemikian rupa?
>> 
Ika meraup mukanya. Apa yang ditakutkan tadi memang benar-benar berlaku. Faiz dah serang Hilmi. Dia makin tak faham dengan perangai Faiz sekarang. Hilmi tak ada kena-mengena dengan keputusannya untuk menunda pernikahan mereka. Dia sendiri yang buat keputusan tu. Kenapa susah sangat Faiz nak faham?
Kesian Hilmi. Tak sepatutnya lelaki itu jadi mangsa. Ika menutup mukanya dengan telapak tangan. Semua perkara yang berlaku adalah disebabkan dirinya. Tak sepatutnya dia berjumpa dengan Hilmi. Tak sepatutnya dia jatuh cinta dengan Hilmi. Ika memeluk lututnya. Dia dah tak mampu nak lalui semua ini. Dia takut. Sangat takut. Apa yang dia patut buat?

p/s: buat rakan2 yang mengikuti novel terbaharu sy "Saya Pilih Awak", novel tersebut terpaksa dihentikan buat seketika atas sebab-sebab tertentu....sejujurnya, saya sgt kecewa. sangat kecewa hingga membuatkan sy mahu bersara dari dunia penulisan. mungkin cukup setakat itu kehadiran sy dalam dunia penulisan. pasti ada hikmah yang tersembunyi....yakini Allah...yakini rezeki-NYA...yakini kuasa-NYA....yakini Keajaiban-NYA....

10 comments:

  1. Rasa marah pula dengan ika...dh pilih faiz terima je la....jangan la sebab ika hubungan faiz dengan abangnya yang selama ni mmg xrapat bertambah teruk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tq atas komennya ryia..semoga terus mmbaca karya ini :)

      Delete
  2. ye lah ika tu gatal nye pulak nak jatuh cinta lagi sian faiz dah lah hidup dia x berapa bahagia dapat tunang yg tah menda-menda je buat perangai. X best lah ika tu x setia x sian kat faiz, hilmi tu dah tentu bahagia pas tu dtg kemudian dr faiz. lainlah kalau faiz tu buruk perangai kan kan kan...heheh

    ReplyDelete
  3. memang la...ni sume ika punye pasal..hehehe.
    lain kali tetap penderian la dulu ni dah sekerat jalan nak tukar plan mana la tak marah si faiz tu. yang baca pun pun rasa marah gak..hehehe

    azura

    ReplyDelete
  4. Kenapa nak rumitkan keadaan, Ika ooiii... dah ko pilih Faiz, teruskan aje laa. Nak wat iklan dgn Hilmi plak. Apa kes. Adesssss

    ReplyDelete
  5. Setuju dg ryiab sakura. Ika yg tk ttp pdrian. Dah la tu mlagakan adik bradik yg br kenal. Mcm dia plk jd antagonis

    ReplyDelete
  6. Waaaaaaahhhh...ramainye xsuke ika...hahahaha...tq guys...tp kadang2 watak utama xsmestinya watak yg baikkan?hehehe..ika sebenarnya kompius tapi thp kompius dia agak melampau kot...ntah ape2 je penulis ni kan?haha....tq atas kesudian anda mmbaca enovel ini...semoga terus mmbacanya hingga ke bab terakhir...tq2 :)

    ReplyDelete
  7. nape novel yg lagi satu kena hentikan? smpai ckp nk bersara plk tu? dn saya rase ok je watak ika tu...kalo x mcm tu x bestlh novel ni :3

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya ika la punca semua ni..dia yg bodoh.dah tunang sayang.pastu jumpa balik crush mula nak goyah..ika nii sebenarnye yg gatal meroyan.gila pak tu.seyes x suka watak pempuan bodoh ni.

    ReplyDelete
  9. Geram betul dgn ika ni. Pandai btol si hilmi, ika n zaza ni main wayang. Byk2 bersabar yer faiz. Tahan kemarahan tu dgn kesabaran...

    ReplyDelete