2009-03-20

TuLuS CiNtAmU

Suasana bising seperti biasa di dalam dewan kuliah menantikan ketibaan Puan Zaharah, pensyarah Matematik. Pelbagai gelagat pelajar dapat dilihat. Ada yang khusyuk membuat rujukan dan ada yang berbual-bual kosong. Sarah dan Winnie sedang leka berborak dan seorang lagi rakan mereka, Amy, sedang leka menelaah pelajaran. Dia memang seorang ulat buku. Pantang ada masa, mesti melekat dengan buku sahaja.
Suasana yang bising tadinya bertukar senyap apabila melihat Puan Zaharah memasuki dewan kuliah. Tempoh kuliah selama dua jam itu memang memeningkan kepala apatah lagi bagi subjek matematik yang memang susah.

“Amy, Winnie, jom minum dulu…” ajak Sarah setelah kuliah mereka tamat. Kedua-dua rakannya mengangguk dan mereka terus beredar ke kafe.

“Kau orang perasan tak tadi ada sorang mamat, macam budak baru je.. boleh tahan jugak aku tengok..” Winnie tersenyum mengingati wajah lelaki yang disebutnya tadi.

“Si Johan tu ke?” Tanya Amy yang sudah selesai menyedut air sirapnya. Cuaca yang agak panas pada hari itu menyebabkan tekaknya kering.

“Mana kau tahu nama dia Amy?” Tanya Winnie semakin ghairah untuk mengetahui mengenai lelaki yang telah memikat hatinya itu.

“Aku dengar si Amran tegur dia tadi…” jawabnya selamba. Sarah hanya memerhatikan kedua-dua rakannya yang asyik bercerita mengenai budak baru di dalam kelas mereka. Dia tidak berminat untuk ambil tahu.

“Eh Amy, tu dia. Hensemkan…” sarah memandang ke arah lelaki yang ditunjukkan oleh Winnie tadi.
‘Boleh tahan hensem jugak mamat ni’ bisik hatinya.

“Am, sinilah..” panggil Winnie. Amran segera menuju ke arah mereka bersama Johan.

“Amboi, kau kalau dah dapat kawan baru terus tak ingat kat kita orang ye. Tak nak kenalkan kawan baru kau kat kita orang ke?”
Dah mula dah gatal si Amy ni. Kalau bab lelaki, memang tak boleh nak control perangainya.

“Ala sorry lah guys. Aku tak perasan tadi. Ni aku kenalkan kau. Ni Johan, kau pangil Joe je…” Amran memperkenalkan Johan kepada kawan-kawannya.
“Hai Joe. I Amy, yang ni kawan I Winnie,”

“Hai Joe…” sapa Winnie.

“Yang ni pulak Sarah..” sambung Amy. Sarah hanya mengangguk dan senyum memandang Johan yang juga turut tersenyum.

‘Lawa jugak si Sarah ni’ desis hati Johan yang masih memandang Sarah.

“Duduklah dulu, kita minum dulu. Awal lagi ni…” ajak Winnie.

“Tak apalah, si Joe ni nak kemas barang dulu kat hostel. Lain kali jelah guys…”
Winnie dan Amy mengeluh kecewa. Putus harapan mereka untuk berkenalan dengan Johan. Sarah hanya tersenyum melihat telatah kawan-kawannya itu.

********************
“Am, kau memang rapat ke dengan girls tadi tu?” Tanya Joe semasa mereka sedang mengemas barang-barangnya.

“Yup, dia orang semua tu baik-baik… senang berkawan dengan mereka.. kenapa kau dah berkenan ke? Yang mana satu, boleh aku adjust…” sakat Amran dan terus ketawa. Dia memang seorang yang happy go lucky dan sebab itulah ramai yang menyenanginya.

“Ish kau ni, ke situ pulak… aku tanya je..” sanggah Joe menutup debaran di hati. Dia bimbang kalau Azman dapat tahu yang dia sudah terpaut hati pada Sarah.

************
“Am, Joe, jomlah duduk kat sini…” panggil winie apabila melihat kelibat Amran dan Johan masuk. Mereka berdua terus naik dan duduk bersebelahan dengan ketiga-tiga gadis itu.

Johan sempat memandang ke arah Sarah yang ayu berbaju kurung biru dan bertudung ungu senada dengan warna bunga di bajunya.

“Hai Sarah, boleh saya duduk kat sini?” tanyanya sambil menarik kerusi di sebelah Sarah. Sarah hanya tersenyum dan mengagguk.

“Hai Joe, takkan tegur Sarah je kot.. tak nk tegur kita orang ni ke?” perli Amy yang berada di sebelah Sarah.

“Oppss, sorry girls…” Sarah yang berada di sebelahnya hanya tersenyum melihat muka Johan yang merah kerana disakat oleh kawan-kawannya.

***************
“Am, si Sarah tu dah ada boyfriend ke?” Tanya Amran suatu hari semasa mereka sedang berjalan pulang dari kampus.

“Apasal kau tanya pasal tu?” Tanya Amran pula yang kehairanan dengan soalan yang ditanya oleh Johan.

“Saja…”

“Kau dah jatuh cinta kat dia ye….” teka Amran dan terus ketawa melihat perubahan air muka kawannya itu.

“Tak adalah… aku tengok dia tu macam tak nak layan aku je…” Johan cepat-cepat menjawab bagi menutup gundah di hatinya. Dia tidak mahu Amran tahu perasaannya. Ini bukan masanya lagi.

“Ala.. tak payah tipulah.. tegok cara kau pandang dia pun aku dah tahu kau suka kat dia. Jangan bimbanglah, dia tu single lagi,” jawab Amran menutup kegusaran di hati Johan.

Johan menarik nafas lega. Ini bermakna dia ada peluang untuk menawan hati Sarah. Dia akan cuba untuk membuatkan Sarah juga suka padanya.

*********************
Sudah hampir satu semester mereka bersama. Sarah dan Johan juga semakin rapat dari sehari ke sehari. Kemana sahaja mesti berdua. Perubahan ini dapat dilihat oleh kawan-kawan mereka.

“Sarah, kau dengan Joe tu macam mana?” Tanya Amy ketika mereka sedang makan.

“Aku tengok bukan main rapat lagi kau dengan dia sekarang ni. Dah jatuh hati ke?” sambung Winnie pula. Sarah hanya tersenyum mendengar kata-kata kawannya itu.

“Mana ada. Kita orang kawan sajalah…” jawab Sarah menerangkan keadaan sebenar.

“Ye ke ni? Alah, takkan dengan kami pun kau nak berahsia jugak..” usik Winnie lagi dengan pelat cinanya.

“Betul…buat apa aku nak berahsia dengan korang. Aku dengan dia tak ada ap-apalah. Lagipun aku tak nak bercinta lagi sekarang ni.. aku nak belajar dulu..” tegas Sarah menerangkan prinsip hidupnya.
Baginya pelajaran adalah yang paling utama. Dia tidak mahu kecundang dalam pelajarannya. Dia tidak mahu cinta menjadi penyebab kegagalannya. Dia tahu, Johan sukakannya. Walaupun Johan tidak pernah meluahkannya, tapi dia tahu dari setiap gerak-geri dan perbuatan Johan terhadapnya yang amat berbeza daripada rakan-rakannya yang lain.
Pernah juga dia bertanya Johan tentang perkara itu.

“Awak ni special sikit…” itu sahaja jawapan Johan.
Dia juga sebenarnya menyukai Johan tapi ini bukanlah masa yang sesuai baginya untuk bercinta. Biarlah apa pun, kalau ada jodoh di antara mereka, pasti tidak akan kemana.

***************
Johan mundar-mandir di dalam biliknya. Panggilan daripada ayahnya sebentar tadi betul-betul memeningkan kepalanya. Ayahnya akan ditukarkan ke Paris hujung bulan ini. Kerja sebagai diplomat seperti ayahnya memang selalu begitu.
Dia tidak mahu meninggalkan tempat ini, lebih-lebih lagi untuk meninggalkan Sarah, gadis yang telah mencuri hatinya.
Hanya tingga beberapa minggu sahaja lagi sebelum mereka berpisah. Dia perlu memberitahu segera perassannya terhadap Sarah. Biarlah apapun jawapan dari Sarah, dia tetap akan mencintai gadis itu.
Dia lantas mencapai handfonnya dan terus menelefon Sarah.

“Kenapa awak nak jumpa saya ni?” Tanya Sarah yang hairan dengan permintaan Johan yang tiba-tiba.

“Maaflah kalau saya ganggu awak. Tapi saya perlu jumpa awak. Mungkin lepas ni saya tak ada peluang lagi..”

Sarah kehairanan melihat Johan yang bersikap agak peik dari kebiasaannya. Macam ada masalah besar yang menimpanya.

“Saya akan pindah ke Paris tak lama lagi..” Johan berterus-terang.

“Paris? Kenapa?” Tanya Sarah yang kelihatan terkejut dengan berita yang dibawa oleh Johan.

“Ayah saya kena transfer ke sana..” jawabnya dengan suara yang lemah.

“Berapa lama?” Tanya Sarah lagi. Entah kenapa dia terasa amat sedih.

“Empat tahun…”

“Sarah ada lagi satu perkara penting yang saya nak bagi tahu awak…” Johan bersuara setelah agak lama mereka membisu melayan perasaan.

“Apa…”

“Sebenarnya…. Saya…” Johan tidak tahu bagaimana untuk memberitahu perasaannya terhadap Sarah. Ini kali pertama baginya meluhkan perasaan terhadap seorang perempuan.
Berkerut dahi Sarah melihat Johan yang menggelabah.

“Kenapa ni. Apa yang awak nak beritahu saya?” tanyanya setelah melihat Johan masih lagi terdiam.

‘Ya Allah, kuatkanlah hatiku…’ doa Johan di dalam hati.

“Sebenarnya saya …. Saya suka awak..” merah padam mukanya menahan gelora di hati. Dia tidak tahu apa reaksi Sarah setelah mengetahui perkara ini.
Sarah sudah mengagak perkara itu yang akan diberitahu oleh Johan. Dia tidak terkejut kerana dia sudah pun menduga perkara sebegini akan terjadi suatu hari.

“Joe….” Sarah memanggil tenang. Johan sabar menanti kata-kata seterusnya dari Sarah.

“Saya tak tahu bagaimana nak mulakannya. Tapi biarlah saya berterus-terang saja,” kata-kata Sarah yang tenang membuatkan hati Johan semakin tidak menentu.

“Saya sebenarnya tidak mahu memikirkan soal hati dan perasaan buat masa ini. Bagi saya, pelajaran adalah yang paling utama. Saya tidak pandai untuk memikirkan dua perkara yang penting dalam satu masa..” Sarah menarik nafas untuk meluahkan perasaannya lagi. Johan hanya membisu mendengar luahan Sarah yang kelihatan amat tenang.

“Saya belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidup saya. Saya harap awak faham… saya anak sulung dalam keluarga. Keluarga mengharapkan saya…” kata-katanya terhenti di situ. Dia memandang Johan yang diam seribu bahasa mengharapkan simpati.
Johan mengeluh berat. Dia kagum dengan prinsip hidup gadis itu. Itu yang membuatkan hatinya semakin terpaut pada Sarah. Dia memahami keadaan Sarah. Dia tidak mengharapkan Sarah membalas cintanya sekarang.

“Saya faham..” Johan berkata perlahan. Terukir senyuman dibibirnya dan Sarah juga turut tersenyum.

“Saya tetap akan tunggu awak…” ucap Johan sebelum mereka berpisah hari itu. Sarah tersenyum gembira.

‘Saya juga akan tunngu awak…’ bisiknya di dalam hati.

********************
Kini sudah hampir empat tahun semenjak hari Johan berjanji padanya. Segulung ijazah sudah berda dalam genggamannya. Cita-citanya sudah tercapai. Sarah sudah berjaya menjawat jawatan sebagai pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat besar di ibu negara.

“Mimi, banyak lagi ke nak beli ni?” Tanya Sarah kepada adiknya.

“Dah habis kot…” jawab Mimi sambil membelek-belek barangan yang dipegangnya.

Sarah sudah kepenatan. Hari semakin petang. Esok dia harus bekerja. Sedang dia melilau-lilau melihat sekeliling, matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Wajah yang selama ini menemani setiap mimpinya. Dia terlalu rindu pada wajah itu walaupun suatu masa dulu dia tidak pernah meluahkannya.
Lelaki itu menjelma kembali kini. Tapi siapa wanita cantik di sisinya. Teman istimewanyakah atau isteri? Pelbagai andaian bermain difikirannya saat itu.

‘Haruskah aku menyapanya? Bagaimana kalau dia sudah melupakan aku dan wanita di sebelahnya memang suri hidupnya kini..’ hatinya berbelah bahagi. Tapi perasan rindunya tidak dapat ditahan lebih-lebih lagi si dia sudah berada di depan mata.

“Kenapa ni kak?” Tanya Mimi yang hairan dengan kakaknya yang tiba-tiba terdiam bagai ternampak sesuatu yang pelik.

“Tak ada apa-apalah… dah habis beli?” Tanyanya kembali menukar tajuk perbualan. Mimi mengangguk.

“Oppss, sorry encik. Saya tak sengaja..” Mimi mengangkat barangnya yang jatuh tadi kerana terlanggar seorang pemuda. Sarah yang sudah berjalan dihadapan berpaling sebaik sahaja mendengar Mimi meminta maaf.

‘Ya Allah, kenapa dia yang kau langgar? Inikah dugaan-MU?’

Johan menatap seraut wajah yang berada dihadapannya kini. Sedikit berlainan tetapi tidak mungkin dia lupa akan wajah itu yang sangat dirinduinya selama ini.
Sarah menguatkan langkahnya menghampiri Mimi dan pemuda itu.

“Kenapa ni Mimi?” tanyanya sambil membantu adiknya mengangkat barang. Dadanya dirasakan bagai mahu meletup menahan debaran dihati.

“Sarah….” Panggil pemuda itu menguatkan lagi degupan jantungnya. Sarah menguatkan hati memandang wajah pemuda di hadapannya.

‘Johan…’ lidahnya kelu. Tiada suara yang keluar dari kerongkongnya. Hanya mata yang bersuara menyatakan kerinduan dihati. Segera dialihkan pandangan apabila melihat seorang gadis menuju ke arah mereka.

Johan perasan perubahan air muka sarah apabila dia terpandang gadis yang kini sudah berada disebelahnya. Johan tersenyum. Satu permulaan yang baik buatnya.

“My sister…” Johan memperkenalkan adiknya kepada Sarah. Sarah nyata terkejut. Semua andaiannya salah. Perlahan dia mengukirkan senyuman dan menyambut salam yang dihulurkan oleh Julia. Sarah juga memperkenalkan adiknya kepada mereka berdua.

“Ini….” Johan menunjukkan ke arah bunga telur yang jatuh tadi. Wajahnya sedikit gelisah.

“Mimi… dia akan berkahwin bulan depan,” penjelasan itu sedikit melegakan hati Johan.

“Awak kan dah janji nak tunggu saya…” bisik Sarah semasa mereka berjalan beriringan. Sudah tiba masanya untuk dia membalas ketulusan cinta yang diberikan oleh Johan kepadanya. Dia yakin Johan memang ditakdirkan untuknya. Johan memandangnya penuh pengertian.
“Saya tetap tunggu awak sampai bila-bila….” Senyuman terukir di wajah kedua-duanya. Episod cinta sebenar untuk mereka baru bermula dan akan kekal untuk selama-lamanya kini. Mereka pasti….

2 comments:

  1. nasib baik hepi ending..klu dh jodoh takkan ke mana..

    ReplyDelete
  2. BES!tapi keliru dgn watak johan,azman,amran mse diaolg johan nk tackle sarah...

    ReplyDelete