2009-04-16

jatuh cinta lagi 10

DZ memecut keretanya laju, hampir mencecah 140km/j. Panggilan kecemasan dari Q tadi membuatkan dirinya risau. Mama masuk hospital. Darah tinggi. Mamanya memang ada sakit darah tinggi tapi tak pernah pulak sampai kena masuk hospital macam ni. Pehal la pulak ni. Keretanya membelok masuk ke perkarangan hospital. Langkah diatur laju ke wad mamanya.

“Nape ni Q? Nape sampai boleh masuk wad ni?” tanya DZ sebaik sahaja masuk ke wad mamanya.

“Ntah. Q pun tak tau. Tadi, ade orang call mama. Lepas tu mama terus pengsan.”

“Sape call?” DZ hairan. Sape pulak yang call sampai boleh buat mama pengsan ni?

“Ntah. Xsempat nak tanya mama da pengsan dulu. Pastu terus datang sini.” Kesian mama. Tak pasal-pasal kena masuk hospital. Dua tiga hari lepas bukan main gembira lagi lepas pergi meminang kak Fazreen. Tup-tup hari ni pengsan pulak. Nape ek?

“Orang tu call rumah ke hp mama?” dia nak tahu jugak sape yang call mama.

“Hp.”

“Mane hp mama?”

“Kat rumah la. Ape kejadahnya nak bawak ke sini.” Sengal la abang aku sorang ni. Orang tengah kalut2 mama pengsan, mana la nak ingat lagi hp ke ape ke. Baju pun aku tak sempat nak tukar ni hah.

“Abang balik jap. Jangan g mana2 tau. Tunggu sampai mama sedar. Kalo mama da sedar nanti call abang.” Q angguk je.

“Fazreen? Minah mana pulak ni?” call register hp mamanya diperiksa. Baik call terus.

Lama jugak tunggu sebelum panggilannya dijawab.

“Assalamualaikum.”

“Wa’alaikummussalam.” Ish, bila masa pulak suara auntie ni tukar jadi lelaki. Takkan pasal tadi terus tukar suara kot. Lawak la auntie ni.

“Auntie, nape buat suara macam tu. Kelakar la auntie ni.” Saja buat ramah. Takut auntie masih marah pasal perkara tadi.

“Banyak la ko punya kelakar. Ko ni sape? Kenapa ko call mama aku?” buat lawak pulak minah ni. Aku flying kick kang bengkak hidung kau cam badut. Baru betul-betul kelakar.

Fenn terkedu. Alamak, salah orang la..sape plak ni. Fenn tengok balik nombor yang tertera kat screen hpnya. Betol la number Auntie Pah. Tapi nape tetiba mamat ni nak marah aku plak. Banyak cantik muka ko. Ko belum kenal lagi aku sape.

“Yang ko nak marah-marah aku sesuka hati ni pehal. Ko tu sape? Tetiba call orang, marah-marah plak tu.” Memang cari nahas la mamat ni cari pasal ngan aku.

“Wei, apa ko da cakap ngan mama aku tadi sampai dia masuk wad hah? Ko nak ape? Nak duit, nak harta? Aku boleh bagi la. Cakap je berapa.”

Kurang asam keping punya mamat. Ko ingat aku ni ape? Mata duitan.

“Woi, mulut tu jaga sikit. Ko ingat aku ni ape? Peragut? Perompak bersiri? Jangan nak main tuduh sembarangan tau.” Eh jap. Masuk wad? Sape plak masuk wad?

“Wei hantu, ko kata tadi mama ko masuk wad. Mama ko tu Auntie Pah ke?” Fenn tak sedap hati tetiba.

Mangkuk plastic punya minah. Aku yang sikit punya hensem ni dia boleh panggil hantu? Siap ko.

“Ye la jembalang. Aku tanya, ko cakap ape ngan dia sampai dia pengsan.”

Alamak, takkan pasal aku tolak pinangan tu, dia boleh pengsan kot. Adus, mati aku. Ntah2 yang tengah cakap ngan aku ni anak dia si Iqram tu tak? Ayoyoyo…

“Mm..macam mana auntie sekarang? Da ok ke?”

“Ok hotak ko. Tak sedar lagi ko tau. Kalo ape2 jadi kat mama aku, siap ko aku kerjakan.” Geram betul DZ ngan minah jembalang ni.

Ish..mane la aku tau auntie tu ada penyakit camtu. Alahai…bersalah la plak rasanya. Camne nak buat ni. Call ibu la. Suruh ibu pergi lawat auntie. Aku nak balik jauh.

“Bu, camne? Auntie Pah ok ke? Dia sakit apa?” tak sabar Fenn nak tahu. Dia memang rasa bersalah. Tapi nak buat camne. Takkan sebab nak bahagiakan orang, dia yang kena merana. Memangla macam selfish, tapi…adus..

“Dia kena serangan darah tinggi. Tadi masa ibu pergi, dia da sedar dah. Dah boleh cakap dah tapi lemah lagi.”

“Ye ke. Kesian pulak.”

“Chik tolak pinangan tu ye? Kesian ibu tengok dia tadi. Monyok je. Sedih sangat tu agaknya.” Saja je ibu ni la buat orang lagi rasa bersalah. Alahai…

“Abes tu, takkan nak terima. Batang hidung anak dia pun Chik tak kenal, camne nak kawin?” jumpa sekali mana nak cukup. Mana tahu, depan mama dia buat alim-alim kucing siam, belakang orang tua tu? Prejudis.

“Kan boleh berkenalan dulu. Mana la tau, Chik berkenan.”

“Erm..tak pe la bu. Chik ada kerja nak buat ni. Nanti la Chik call lagi ek.” Tak boleh dilayan ibu aku ni. Kang nanti ntah apa2 lagi melencong.

“Ish budak ni. Ade je alas an dia kalo cakap bab kawin.” Fenn sengih. Tak suka tak suka..

Nak pergi lawat ke tak nak ek? Kalo pergi nanti takut auntie marah pulak. Ish, takkan nak marah kot. Ikut suka akula nak kawin ke tak nak. Betol tak? Tapi kalo tak pergi, nanti ape pulak katanya. Sampai hati tak lawat. Dah la auntie sikit punya baik kat aku. Pasal aku jugak dia kena masuk wad. Tapi aku takut…

“Wei Fenn, ko pehal? Berkerut muka aku tengok. Sembelit ke ape?” Mek ambil port kat sebelah Fenn. Mangkuk mee sup di letak atas meja. Kalo pasal makan memang pass kat si Mek ni la.

“Mana ada. Sedap ko punya mee sup. Mintak.” Tak sempat Mek nak kata tak boleh, Fenn da sambar dulu. Memang best.

“Kurang asem ko. Dah2. Kang abes mee aku ni.”

“Mek, ko teman aku pergi lawat auntie Pah nak?” sekurang-kurangnya takde la takut sangat kalo Mek ada. Boleh gak jadi bodyguard.

“Hah, lawat auntie? Bila?” Boleh aje kalo bab berjalan-jalan cari pasal ni.

“Esok boleh. Cuti kan?”

“Erm..esok. Boleh la. Tapi lepas tu ko kena belanja aku makan Pizza. Lama bangat deh nggak makan Pizza.” Akibat terlalu banyak tengok sinetron indon. Loghat indon pun da boleh ajuk.

“Ko, kalo bab makan memang xmenag kat orang lain. Ape2 je la. Tapi kompem tau ko teman aku.”

“Yes boss.”

“Bak sikit lagi mee ko. sedap la pulak.”

“Wei, sikit2 sudah la.” Jerit Mek bila Fenn hampir menghirup licin supnya.

No comments:

Post a Comment