“Camne?OK tak?” penuh semangat Puan Syarifah bertanya.
“Ok je. Sihat je. Nape?Mama sakit perut lagi ke?”
“Ish budak bertuah ni. Kesitu plak dia. Org tanya lain, lain yg djawabnya. Tu, si Fazreen tu. Macam mane. Ok ke?” Geram betul ngan budak sorang ni. Jawabnye xpernah nak betul.
“Mana la orang nak tahu. Dia kat umah dia. Orang kat sini. Mama tepon la tanya.” DZ saja buat2 xpaham. Test mama.
“Eeee…budak ni. Boleh darah tinggi mama macam ni tau. Dah la. Mama nak tido. Esok mama nak balik.” Sakit betul hatinya. Nasib baik anak yang lain tak macam ni. Kalo tak, da lama dia tutup mata.
“La..nak balik dah? Baru je datang. Duduk la lama sikit.” Merajuk ke mama aku ni?
“Tak kuasa mama nak duduk lama2. Buat sakit hati je. Duduk kampung dengan ayam itik lagi seronok. Lagi senang nak jaga. Ikut je cakap.” Ala…merajuk la pulak mama sayang aku ni. Camne nak pujuk ni..
“Ala mama, abang gurau je la..ok2. Fazreen baik, sopan, cantik..”
“Ah sudah, tak payah nak pujuk2. Mama nak tido ni..” tangan DZ ditepis. Xkuasa nak melayan. DZ gelak. ‘Hai..tua2 pun merajuk lg. Tapi kalo dapat anak cam aku, memang la. Asyik nyakitkan hati je..
‘Sorry mama..’ Bukannya dia tak nak cari pasangan dan kawin. Kalau diikutkan, memang bolehla sangat2 kalo dia nak kawin sekarang. Duit ada, rumah ada, kerja ada. Yang takde, pasangannya je. Bukannya memilih, tapi belum jumpa yang sesuai. Ala, sama la tu. Memilih jugak. Ada sesuatu yang menyebabkan dia terlalu payah untuk mencari teman hidup. Kenangan dulu masih berbekas di hati. Memang susah nak padam. Sering menghantui fikirannya. Sarah. Argh…bencinya pada makhluk yang bernama wanita membuak2 bila teringatkan nama itu. Gadis yang membuatnya hanyut dibuai cinta. Menyerahkan jiwanya dengan rela. Gadis itu yang membuatkannya persis orang gila. Gadis itu juga yang meranapkan hatinya. Lumat. Berkecai. Sarah curang. Hatinya hanya untuk permainan gadis licik itu. Disebabkan perkara tu lah, sampai sekarang dia benci dan tak percaya pada mana2 wanita pun.
“Sarah, u buat ape kat sini? Siapa ni?” DZ bengang. Sape tak bengang tengok awek sendiri berkepit dengan jantan lain. Kat public pulak tu. Siap berpeluk cium tu.
“Oh, this is Mike. My bf.” Dengan bangganya Sarah memperkenalkan lelaki di sebelahnya. Senyuman meleret di bibirnya. Lelaki tu pun tanpa segan silu mencium bibir mungil Sarah. DZ terbakar. Merah padam mukanya macam biji saga. Memang kurang ajar.
“Don’t u dare to play with me Sarah. Tell me the truth!”
“I’m telling u the truth. Kenapa u nak marah plak? Who are u?” Sarah buat muka selamba. DZ menyirap.
“Pompuan tak guna. Kau memang kejam.” Mike di sebelah diam. Xpaham.
“Whatever. I tak pernah declare pun yang I ni gf u. So, buat apa u nak marah plak? I nak kawan dengan u pun dah cukup baik tau. Kalau x sebab u yang tergila-gilakan I, tak ingin I nak layan u. Waste my time.”
“Kurang ajar!” tangan DZ hampir mengena pipi Sarah tapi sempat ditahan Mike.
“Hey, are u crazy? Don’t u dare to touch her.” Buk, sebijik terkena kat perut DZ. Senak. DZ menekan perutnya. Dua makhluk tu dah blah.
“Damn u!!”
“Abang…abang. Nape tido kat sini ni. Dah tu, ngigau plak. Dah, pergi naik tido.” DZ gosok perut yang terasa senak dek kerana mimpi tadi. Astaghfirullah. DZ meraup mukanya. Perlahan dia bangun menuju ke bilik. Ternyata masih tersimpan dendam di hatinya terhadap insan bernama wanita. Hanya pada Tuhan dia memohon moga suatu hari nanti dendam itu akan berakhir dan moga akan hadir seorang wanita yang mampu mengubah pendiriannya.
‘Cam kenal je mamat kat depan tu. Sape ek?’ Dahi Fenn berkerut. Cuba mengingati mamat yang boleh la dikatakan hensem di depannya. Awek kat sebelah pun cun je. Sesuai la sangat.
“Fenn, ko pehal? Cam sembelit je muka aku tengok.” Mek hairan. Sakit perut ke kawan aku sorang ni?
“Hah? Tak de la. Aku tengok mamat kat depan tu. Cam pernah ku lihat. Tapi di mana ya?” Tiru dialog Yassin. Hehehe…
“Mamat mana?” Mek memalingkan badan, menghala ke arah yang ditunjukkan Fenn.
“Yang baju biru tu ke?” Mek meminta kepastian. Hanya dibalas anggukan Fenn.
“Oh… ko ingat tak auntie Pah. Alah, yang kita duk borak ngan dia sampai kol 12 malam time kenduri arwah ari tu.” Fenn da ingat. Anak auntie Pah.
“Ingat. Nape? Ape kena mengena mamat tu ngan auntie Pah?” Mek tak tangkap lagi.
“Tu anak dia. Aku jumpa minggu lepas masa kuar ngan auntie. Dia bawak anak dia sekali.”
“Oooo…” Muncung mulut Mek. “Pergi la tegur dia.”
“Tak nak la aku. Ntah ingat ke tidak dia kat aku.” Ye la mana tak nye. Asyik ngan handphone dia je memanjang.
“Isy mana la ko tau. Ntah2 dia ingat. Asyik mimpi ko je siang malam. Hahaha..” sakat Mek.
“Huh, kalo stakat mamat tu tak payah. Ko tak Nampak ke pompuan kat depan dia tu. Blond tu. Ntah2 yang tutup2 cam kita ni dia xpandang langsung.”
“Ish ko ni tak baik tau. Mana ko tau. Ntah2 tu kawan dia je ke..”
“Sudah la. Malas aku nak serabut kepala otak. Banyak lagi bende lain aku nak kene pikir.” Peduli apa dia. Kawan ke, makwe ke, bini ke..ade dia kisah? Lantak ko la. Bukannya laki aku pun. Bagi Fenn, suaminya tetap satu. Abang. Takde yang kedua. Takde yang boleh ganti abang. Abang je yang boleh buat dia bahagia walaupun dia tak sempat nak rasa kebahagiaan tu untuk masa yang lama. Tapi dia bersyukur sebab dapat juga rasa bahagia saat abang melafazkan akad. Menyarungkan cincin di jari manisnya. Mengucup mesra dahinya. Semua tu masih hangat terasa. Tak mungkin padam sampai bila2. Al-Fatihah untuk abang…
No comments:
Post a Comment