2009-05-26

jatuh cinta lagi!!15

Sudah sebulan DZ cuba memikatnya. Setiap hari ada saja kiriman bunga atau coklat dari lelaki itu. Bersungguh benar dia. Entah apa muslihatnya kali ini. Kiriman SMS tak payah nak cakap. Setiap hari entah berapa puluh SMS yang dikirim. Satu pun tak diendahkan Fenn. Malas. Tak cukup di pejabat, rumah pun dia belasah. Memang sah gila mamat sengal tu. Mek pun dah lali. Kalau di pejabat, kiriman bunga tu mesti dapat kat Sarah. Tak pun dia bagi satu-satu kat student yang datang berjumpanya. Memang best betul dapat lecturer macam tu kan. Makin ramailah student yang datang. Bukan nak tanya soalan, nak bunga.
Handphonenya berdering lagi. Masuk kali ni entah berapa kali si DZ tu call. Entah apalagi yang dia nak. Fenn pening. Seketika kemudian, deringan berhenti. Tak sampai seminit, telefonnya bordering lagi.

‘Ish…mamat ni memang nak kena dengan aku. Dia ingat aku ni operator, kerja angkat telefon ke apa?’

“Ko pehal? Tak tahu ke orang tengah banyak kerja ni?” Sembur Fenn. Hatinya membengkak.

“Assalamualaikum. Amboi, garangnya cik Fenn hari ni…” Usik DZ

“Waalaikummussalam.” ‘Alamak, malunya…Lupa pulak bagi salam.’

“Ha…kan macam tu elok sikit. Sejuk sikit hati abang ni.” Makin galak dia mengusik. Biarkan. Dia nak tengok sampai bila minah kerek ni boleh tahan dengan godaannya.

‘Abang? Uwekkkk….nak muntah aku. Sejak bila pulak mak aku beranakkan kau. Tolong sikit. Tak ingin aku dapat abang macam kaulah. Rosak tau tak.’ Hatinya berbisik jengkel.

“Cepatlah, kau nak apa. Aku banyak kerja ni. Kalau kau tak ada kerja sekalipun, janganlah kacau aku.” Tak boleh dilayan.

“OK. Jangan lah marah. I just nak tanya khabar you je. Takkan tu pun tak boleh kot.” Lembut suara DZ. Kadang-kadang, lemah jugak hati Fenn. Tapi segera dimatikan perasaan itu. Dia tak mahu kalah.

“Apa? Saja nak tanya khabar. Kau ni memang tak de kerja kan. Dah lah. Malas aku nak layan kau.” Makin membara hatinya. DZ memang sengaja menaikkan darahnya. Kalau macam ni hari-hari, tak sampai umur 40 dia dah jalan. Kena serangan darah tinggi.

“Eh…tunggu lah dulu. I sebenarnya nak ajak you dinner malam ni. Ada hal penting I nak discuss dengan you.” DZ menyatakan sebab sebenar panggilannya. ‘Kalau tak, aku pun tak ingin nak call kau tau tak. Suara macam petir. Sekali cakap, bergegar gegendang telinga aku ni.’

“Cakap je lah sekarang. Malas lah aku nak keluar malam-malam.” ‘Tak kuasa aku nak keluar dengan kau. Tak selera aku nak makan tau tak.’

“Tak boleh. Kena jumpa jugak. Penting.” ‘Aku pun kalau boleh tak ingin nak ajak kau keluar tau tak. Tengok muka kau pun dah naik loya tekak aku ni.’

“Kacau la kau ni. Tengoklah macam mana. Aku tak janji.” Jawab Fenn malas. Perkara yang paling mahu dielakkannya. Jumpa DZ.

“OK. I jemput you pukul 8malam ni. Bye…” DZ mematikan talian. Belum sempat Fenn hendak berkata apa-apa.

“Weh…Aku tak kata setuju pun. Hello!!! Sengal lah mamat ni. Susah betul orang tak faham bahasa ni. Siap kau. Aku ajar kau cukup-cukup malam ni sampai kau taubat tak nak jumpa aku lagi. Tengoklah nanti.” Fenn mengetap giginya. Geram.

“Faz, you cakap dengan siapa tu?” Raja yang kebetulan lalu di depan pejabatnya menegur. Tak nampak pulak orang di dalam pejabat rakannya. Kepala digaru.

‘Ish sibuk la kau thambi. Suka hati akulah nak cakap dengan siapa pun.’ Geramnya masih bersisa.

“PC ni hah. Buat hal pulak.” Bantai je lah. Bukan dia tahu pun.

“Aik, dengan PC pun boleh bercakap ka? Terror la you ni.” Raja percaya bulat-bulat. Kepala digeleng dan berlalu dari situ.

‘Boleh je. Kalau guna web cam kan boleh je cakap.’ Masalah DZ tadi kembali menyerabutkan kepalanya. Entah apalah perkara penting yang nak dibincangkan dengannya. Kalau tentang idea dia yang dulu tu lagi, memang nak kena pancung lah mamat tu.


“Kau nak ke mana ni Fenn? Cantik aku tengok.” Tegur Mek yang baru pulang dari kerja.

“Cantik apekebendanya.” Dia hanya bergaya ringkas. Jeans dan blaus biru. Muka hanya disapu bedak dan dicalit sedikit lipbalm.

“Cantik lah ni. Nak keluar ke?”

“Ha’ah. Mamat sengal tu ajak aku keluar. Ada perkara penting katanya. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku biarkan dia tu.” Bebel Fenn. Geramnya tak habis-habis.

“Tapi kau tak sampai hati kan. Aku tahu. Kau bukannya benci sangat kat si DZ tu. Cuma geram je kan?” Serkap Mek. Tak ada salahnya kalau Fenn dan DZ bersama. Dia suka. Nampak sepadan saja.

“Pandai lah kau. Dah lah malas aku nak layan kau ni. Kau pergi mandi, solat lagi bagus tau.” Fenn membelek majalah di depannya sementara menunggu DZ datagn menjemput. ‘Betul ke apa Mek kata? Geram ke benci?’ Hatinya berdetik. Kata-kata Mek bermain-main di fikirannya.

‘Ah…lantaklah. Yang penting aku takkan kahwin dengan orang macam tu. Buat sakit jiwa je.’
Bunyi hon mengejutkan Fenn. DZ sudah terpacak di luar. Nampak kemas dengan jeans dan t-shirt.

‘Hah? Apasal kau pun pakai biru jugak. Ni yang aku malas ni. Nak tukar baju lah.’ Muka Fenn tak puas hati. DZ juga mengenakan warna baju yang sama sepertinya. Macam janji pulak.

“Hai Fenn. Jom.” DZ membukakan pintu untuk Fenn. Lagak seperti seorang gentleman. Muka Fenn masam mencuka.

“Hmmm…macam janji pulak pakai baju sama kan? Ada jodoh kot?” Usik DZ sewaktu kereta mereka sudah meluncur meninggalkan kawasan perumahan itu.

“Tolong sikit. Tak ingin…” Jawab Fenn perlahan. Wajahnya dipaling ke luar. DZ memandu tenang. Senyap. Hanya kedengaran suara deejay berceloteh.
DZ memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoren. Tak ramai yang berkunjung ke situ. Mungkin kerana bukan hari minggu. Mereka jalan beriringan menuju ke restoren, seperti pasangan kekasih gayanya. Fenn cuba menjauhi DZ tetapi lelaki makin menghampirinya.
DZ memesan hidangan. Suasana masih lagi senyap. Tiada sebarang komunikasi antara mereka. Fenn rimas. Dia gelisah. DZ sedari tadi merenungnya.

‘Ish mamat ni. Aku cucuk jugak mata dia ni karang. Sorry, aku takkan terpikat dengan kau tu.’ Bisik hatinya.

“Tadi kau kata ada perkara penting nak bincang. Cakaplah cepat.” Fenn mula bosan. Lama-lama boleh tertidur dia kat situ kalau nak tunggu mamat sengal tu memulakan perbualan.

“Kita makan dulu. Nanti I cerita. Hah, makanan pun dah sampai.” Sengaja DZ melengah-lengahkan masa. Hidangan yang terhidang di depan membuka seleranya. Fenn juga dilihat menelan liur.

“Cakap je lah. Jimat masa.” Desak Fenn. Makin lama duduk dengan DZ, makin rimas.

“Orang tua-tua cakap tak baik bercakap masa makan, nanti tercekik tulang.” Sengaja DZ menguji kesabaran Fenn. Fenn menjeling tajam. Meluat.

‘Banyak la kau punya orang tua. Orang muda tak cakap apa-apa? Lagipun, chicken chop mana ade tulang. Memang betullah sengal mamat ni.’ Ngomel Fenn.

“Apa? Awak cakap apa tadi?”

“Mana ada apa-apa. Jangan bercakap masa makan. Nanti tercekik tulang.” Sengaja dia mengajuk dialog DZ. Menyampah. DZ hanya ketawa.

‘Kelakar jugak dia ni. Hmm…not bad.’ Detik hatinya.

“OK. Dah habis makan. Sekarang boleh bincang kan?” Fenn tak tahan lagi. DZ buat tak dengar. Dia membayar harga makanan tadi.

“Jom.” Dia sudah sedia bangun. Meninggalkan restoren dan Fenn yang terpinga-pinga di meja tadi.

“Weh! Apa kena dengan mamat ni.” Ngomel Fenn tak puas hati. Dia segera bangun dan mengejar DZ yang sudah masuk ke dalam kereta.

“Kau ni pehal. Jangan nak main-main. Kalau takde apa-apa, hantar aku balik sekarang. Buang masa je keluar dengan kau ni.” Bebel Fenn. Hatinya membara. Pintu kereta dihempas kuat.

“Sabarlah. Nak cari tempat yang sesuai sikit.” Pujuk DZ.

“Banyaklah kau punya tempat sesuai. Dah, hantar je aku balik. Lantaklah perkara tu penting ke, apa ke. Aku nak balik.” Bentak Fenn. Rasa dipermainkan. Menyesal dia mengikut DZ. Air mata rasa mahu menitis.
DZ diam. Dia memandu keretanya ke arah Putrajaya. Dia memberhentikan keretanya. Tasik Putrajaya yang terbentang indah di hadapannya di pandang.

“Jom keluar.” Ajak DZ. Fenn masih kaku di tempat duduknya. Muncungnya panjang sedepa. DZ sudah berada di luar. Ramai pasangan kekasih yang sedang berdating di situ.

“Hah.Dah sesuai ke tempat ni? So, boleh cakap la sekarang kan?” Perli Fenn. Tangan disilang memeluk tubuh. Angin malam begitu dingin.

“Makin comel kalau you marah.” DZ cuba memujuk. Memang dia akui Fenn agak cantik. Sopan. Benar kata mamanya. Tapi hatinya masih tak dapat menerima kehadiran seorang perempuan, apatah lagi untuk dijadikan isteri.

“Tak payah nak puji-puji. Aku memang dah semulajadi cantik.” ‘Perasan. Lantaklah. Muka aku. Nak perasan ke nak apa ke. Kau peduli apa?’

“OK. I sebenarnya…” DZ mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Kotak baldu merah berbentuk hati itu diserahkan kepada Fenn. Fenn tergamam. Jantungnya seakan berhenti berdenyut. Mukanya panas tiba-tiba. Badannya menggigil. Lidah kelu.

“Sudikah you jadi isteri I?” DZ melamarnya. Terasa di alam mimpi. Diawang-awangan. Apa sebenarnya semua ini? Hilang akalkah mamat ni?

“Apa kau buat ni? Kau jangan nak main-main dengan aku. Aku tak suka.” Fenn cuba mengawal getar di dadanya.

“I’m serious.” ‘Abang lakukan semua untuk mama. Abang nak mama bahagia. Bangga dengan abang.’ Bisik hatinya. Walaupun dia tak mencintai gadis itu, tapi demi mamanya, dia sanggup
lakukan apa saja.

“Hantar aku balik. I can’t accept this.” Fenn meninggalkan DZ yang masih mengharap jawapan darinya. Dia memang tak boleh menerimanya. Tak mungkin.
“You simpan je dulu. I akan tunggu jawapan dari you. Bila you dah sedia, you just tell me.” DZ meletakkan kotak itu dalam tangan Fenn sebelum gadis itu melangkah masuk ke rumahnya.

“I akan tetap tunggu jawapan dari you walaupun terpaksa tunggu setahun.” Kata-kata terakhir DZ hanya kedengaran sayup di telinga Fenn yang lebih dulu membuka langkahnya meninggalkan lelaki itu. Air mata yang ditahan dari tadi meluncur laju menuruni pipinya.

‘Abang, apa harus B lakukan?’

4 comments:

  1. whoaaaaa..
    dz..are u really damn serious??
    huhu....
    fenn..bukak la hati..
    try accept other guy..
    let bygone b bygone..
    huhu..dz too..
    hope pasnieh dorang jatuh cnte 1 sme len..
    mesty sweet..
    hehe..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. hohoho..DZ ni kjap demi mak die..kjap nk balas dndam kt fenn..isk2..mne 1 ni..kang awak yg jtuh hati kt fenn kan..? pompuan ni ade aura tersndiri..kekeke..

    ReplyDelete
  3. bestnyer entry kali ni...walaupun dah lama menunggu!
    hurry up for next entry...
    tak sabar nak tahu pasal dz dgn faz...

    ~cepat sambung eh~
    doa sikit, Ya Allah kasi lah penulis ni idea...

    ReplyDelete
  4. amin...
    tq polaris....moga2 doa itu dimaklbulkan..

    ReplyDelete