2009-05-07

sepupuku suamiku?7

“Nana, kau ni apehal? Dari tadi aku tengok tak habis senyum. Dah macam orang yang kat tanjung rambutan aku tengok.” Tegur Farah. Hairan melihat kawannya yang begitu ceria hari ini. Suria di sebelah juga hairan. ‘Kena sampuk hantu bukit senyum ke apa budak ni?’

“Korang ni. Aku senyum salah, aku bad mood salah. Habis tu aku nak buat macam mana? Jadi macam patung je. Takde perasaan.”

“Takde lah. Pelik je aku tengok cara kau senyum hari ni. Kena marah ngan apek bookstore tu pun kau senyum je. Seram aku. Kau sihat ke tak ni Nana?” Risau pulak Farah. Kang tak pasal-pasal dia jadi pelawat tetap kat tanjung rambutan.
Terbayang kejadian di bookstore tengahari tadi. Secara tak sengaja dia tersepak A4 paper yang tersusun rapi di tepi rak. Apa lagi, habis berselerak bungkusan kertas itu. Ada juga yang terkoyak. Macam mana tak terlanggar kalau dah asyik sangat berangan. Sebesar-besar kertas A4 tu pun dia boleh langgar. Apa lagi, membebel panjang tauke bookstore. Makin panjang bebelan apek tu bila nampak Nana bawa beg masuk ke dalam kedai padahal sudah terpampang kat depan kedai ‘Sila Tinggalkan Beg Anda di atas Rak’. Tahan je la telinga.

“Korang. Weekend ni aku tak ada tau.” Tersipu-sipu Nana memberitahu.

“Kau nak pergi mana? Nak balik kampung ke?”

“Tak.” ‘Ish, malunya nak bagitau. Nanti budak-budak tak matang dua orang ni mesti perli.’

“Habis tu kau nak pergi mana?” ‘Nak pergi mana pulak minah ni? Semacam je. ke nak pergi honeymoon? Tapi takkan 2hari je kot?’ Suria berteka-teka di dalam hati.

“Aku nak balik rumah abang aku.”

“Abang? Bila masa pulak kau ada abang?” Setahu Farah Nana hanya ada seorang kakak.

“Laki aku lah. Lampi betullah korang ni. Tu pun tak boleh nak fikir.” Geram betul Nana.

“Oooo…cakap la terus-terang. Aku ingatkan abang manalah tadi. Hmmm…patutlah happy dua tiga macam je. Nak balik rumah laki. Maklumlah, orang dah kahwin.” Suria dan Farah senyum mengejek.

“Ye lah. Nanti kalau masam-masam cik abang lari. Meh sini aku buat check-up sikit. Manalah tau, ada daki-daki degil ke kat badan kau ni. Kang, abang kau tu tak selera pulak.” Suria dan Farah dah mula mengusik. Bab mengarut memang pakar.

“Kurang asam korang. Banyak la korang punya daki. Korang ingat aku ni budak 4tahun yang main lumpur kat lombong ke?” ‘Lombong ada lumpur ke? Ah, bantai je lah.’

“Eh, bukan ke? Aku ingat kau budak tu. Baru semalam aku tengok budak tu ada kat situ. Ingatkan nak panggil suruh balik. Tapi kesian la pulak sebab aku tengok dia syok sangat main. Sebijik macam kau. Hahahaha….” Farah dan Suria gelak besar sampai merah muka. Macam joker menang judi dah lagaknya.

“Sengal!!! Siap korang aku kerjakan.” ‘Ni yang malas nak bagitau ni. dah agak dah. Mesti kena sakat dengan minah dua orang ni. Siap korang, aku bagitau abang Syam. Nanti abang Syam bawak lumpur lumur kat muka korang. Buat masker.’


Nana senyum lega bila melihat kereta abang Hisyam berhenti di depannya. Hisyam keluar dan membukakan pintu untuk Nana.

‘Adus…romantiknya. Tolong bukak pintu, tolong tutup sekali pulak tu. Macam princess rasanya.’
Hisyam hulur tangan dan disambut mesra oleh Nana. Dahi isterinya dikucup lembut. Merah muka Nana menahan malu. ‘Sukanya….’ Jerit Nana gatal.

“Nana dah makan ke? Kita pergi makan dulu ya?” Nana angguk. Kereta meluncur meninggalkan perkarangan kolej kediaman. ‘Pergi lah mana-mana saja bang. Ke bulan pun Nana sanggup ikut abang.’

“Nana nak makan apa? Western, Malay, Chinese?” Hisyam bertanya sekadar ingin menarik perhatian Nana yang masih diam.

“Tak kisah. Nana makan je apa-apa” ‘Tolak batu dengan kayu je bang.’

“Hmm…kalau macam tu kita makan dekat depan tu je lah.”

“Hah?” ‘Mana ada kedai kat situ. Pokok banyak lah. Biar betul laki aku ni. Ke aku yang rabun?’

“Mana ada kedai kat situ bang?” Mata Nana masih melilau-lilau ke arah yang ditunjukkan Hisyam mencari jika ada kedai-kedai yang terselit di celah pokok-pokok.

“Kata nak makan apa-apa je. Makan kayu dengan batu pun bolehlah.” Hisyam ketawa geli hati kerana dapat mengenakan Nana. Muka gadis tu bukan main serius mencari kedai makan di hadapan.

“Ee…Jahatlah abang ni. Ingatkan betul-betul tadi. Semangat orang cari. Tak suka tau.” Nana buat-buat merajuk. Lengan suaminya dipukul manja. Mukanya yang sememangnya merah bertambah merah diusik begitu. ‘Alahai abang. Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan dia ni. Dahlah romantik, kelakar pulak tu. I love you abang.’

“Oh…main pukul-pukul orang ye. Nanti sampai rumah, siap Nana.” Hisyam masih lagi mengusik. Nana telan liur. ‘Gulp, balik rumah? Alamak mamat ni nak buat apa kat aku? Ni yang seram ni.’
Kereta Hisyam berhenti di hadapan sebuah restoren mewah. Nana tergamam. ‘Nak makan kat sini ke?’

“Ok. Kita dah sampai. Jom.” Nana melangkah keluar sebaik pintu kereta dibuka oleh Hisyam. ‘Ish… Malunya nak makan kat sini. Dah lah aku pakai sempoi je ni. Jeans dengan blaus tahun lepas. Warna pun dah nak luntur ni.’
“Kenapa ni? Tak suka makan kat sini ke?” Hisyam hairan bila melihat riak wajah Nana yang semacam kurang senang.

“Bukan macam tu. Nana tak biasa makan kat tempat macam ni. Malu… Baju pun tak cantik.” Hisyam ketawa lucu. ‘Nana…Nana. Kesian betul isteri aku ni.’

“Takpe. Ok apa baju ni. Cantik je abang tengok. Kat dalam tu, yang pakai baju tak cukup kain pun ada. Dia orang tak malu pun. Dah lah. Kita nak makan je. Bukan nak tunjuk fesyen.” Hisyam cuba memujuk Nana.

‘Ha’ah betul jugak. Sepatutnya, yang pakai baju tak cukup inci tu yang patut malu. Ah, bantai je lah. Bukan ada orang kenal aku pun. Asalkan ada abang, aku tak kisah.’ Nana senyum. Huluran tangan Hisyam disambut. Mereka beriringan masuk ke dalam restoren.

‘Mak oi…Romantiknya. Lampu suram, slow music, dan kebanyakannya kat dalam ni couple. Candle light dinner tu.’

“Nana nak makan apa? Order je apa yang Nana nak makan ok.” ‘Order apa je. Nak order apa. Satu benda pun tak tahu ni. Kalau setakat black papper beef steak ke, tandoori ke aku tau lah. Ni, nak sebut pun terbelit lidah, mana aku tau.’

“Ermm…abang order je lah. Nana tak tahu apa yang sedap kat sini.” ‘Tak tahu yang sedap tu satu hal, ni yang paling kronik tak tahu nak sebut.’

“Hmm… Kalau macam tu abang order apa-apa je lah ye.” Nana angguk. Ternganga dia saat Hisyam memesan makanan.

‘Abang order apa tu? Apalah rasa makanan tu nanti. Tu lah tadi. Masa tanya tak nak cakap. Kalau makan kat kedai mamak kan senang. Order je mee goreng mamak. Senang. Sedap pun sedap. Tapi tak kisahlah. Merasa jugak aku makan kat restoren mewah macam ni. Candle light dinner lagi. Jangan jeles…’
Seketika kemudian, hidangan yang dipesan sampai. Nana pandang tak berkelip. Udang galah, ayam, sayur, sup, dan ada dua tiga jenis lauk lagi yang dia sendiri pun tak tahu apa. ‘Ish, banyaknya lauk. Siapa nak habiskan ni. Aku ni dah lah bukan jenis makan banyak.’

“Hmm…makanan dah sampai. Makanlah.”

‘Macam mana nak makan ni? Udang galah ni nampak macam sedap. Tapi, nak korek macam mana ni? Pakai tangan aci?’

“Ambiklah udang ni. Sedap tau. Favorite abang ni.”

‘Macam mana nak ambik. Tak tahu.’ Nana kecur. Hisyam senyum. Dia tahu Nana tak tahu nak ambik udang tu macam mana.

“Nah.” Isi udang galah diletakkan dalam pinggan Nana. Nana senyum meleret. ‘Yes. Dapat makan udang galah. Sedapnya… Macam tahu-tahu je abang ni. Ni makin sayang ni.’
Hisyam melirik ke arah isterinya membuatkan gadis itu tersipu malu. Sopan sekali Nana menyuap makanan ke dalam mulutnya. Seakan tak terbuka mulutnya kerana malu.

‘Abang, janganlah pandang macam tu. Malu ni…’ Sekali lagi Nana tergamam bila Hisyam menyuakan sudu ke arahnya. Suapan disambut malu-malu. ‘Aduh…boleh jatuh pengsan aku macam ni.’

Nana melangkah ke dalam rumah dengan perasaan berdebar. Matanya memandang segenap sudut rumah yang agak luas itu. Susunan perabotnya rapi dan simple. Hanya terdapat set sofa, tv, beberapa almari, dan bantal yang tersusun di lantai berhadapan dengan tv. ‘Pandai abang kemas rumah. Kalau bagi kat aku, entah apa jadi kat rumah ni.’

“Abang tinggal sorang je ke kat rumah ni?” Dia tak tahu nak tanya apa. Mestilah Hisyam tinggal sendiri. Kalau tak, takkan dia nak ajak aku datang sini.

“Ha’ah. Sebelum kahwin tinggal berdua dengan kawan abang. Tapi dia dah pindah kat rumah bawah.” Hisyam meletakkan beg pakaian Nana ke dalam biliknya.

“Nana duduk dulu ok. Abang nak solat kejap. Kalau nak makan apa-apa, pergi je kat dapur.” Hisyam senyum sebelum berlalu pergi. Nana mengangguk. Remote tv dicapai. Matanya masih melilau-lilau memerhatikan sekeliling.

‘Bilik ada tiga. Malam ni aku nak tidur mana? Dengan abang ke? Tapi abang nak ke? Daripada abang tidur kat atas lantai, baik aku terus tidur kat bilik lain je. Tapi beg aku mana ek?’ Matanya mencari-cari beg pakaiannya. Seingatnya, abang Hisyam yang mengangkat begnya tadi. Mana pulak abang letak?

“Nana cari apa ni? Nana solat tak? Kalau nak solat, pergilah. Abang dah siapkan kat dalam bilik.” Nana bangun dan menuju ke bilik. Begnya ada di situ.
Selesai solat, Nana kembali ke ruang tamu. Hisyam sedang leka menonton siaran National Geographic. Hisyam senyum apabila melihat Nana.

“Kenapa duduk jauh sangat. Duduk lah kat sebelah abang. Ke tak sudi?” Saja Hisyam menduga.

“Hah? Ermm…” Nana bangun dan melabuhkan duduknya di sebelah Hisyam. Haruman yang dipakai Hisyam menusuk hidungnya. Jantungnya berdegup kencang. Dirinya kaku. Melihatkan Hisyam yang hanya memakai kain pelikat dan baju pagoda pun sudah membuatkannya tak keruan. Seksi. Inikan pula duduk di sebelah.
Hisyam menukar siaran HBO. Mr and Mrs Smith lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie. ‘Alamak, babak yang tak sepatutnya la pulak.’ Nana makin resah. Hisyam dapat rasa kegelisahan gadis itu.

“Nana. Abang nak tanya satu perkara boleh?” Dia perlu tahu perkara sebenar dengan segera. Dia tak mahu Nana terus terseksa dengan ikatan ini.

“Ada apa bang. Tanya je lah.” ‘Suspend je ni.’

“Abang nak Nana jawab dengan ikhlas dan jujur.” ‘Ish, makin suspend. Apehal la pulak ni?’

“Abang tahu, perkahwinan kita ni bukan atas kerelaan Nana. Abang pun sebenarnya keliru masa mak cadangkan Nana untuk gantikan bekas tunang abang. Tapi, abang tak dapat nak bantah. Abang pun tak tahu kenapa. Tapi sekarang, abang rasa abang dah tahu kenapa. Mungkin Nana memang dijodohkan untuk abang.” Terharu Nana mendengarnya. ‘Nana rela abang. Memang ini yang Nana inginkan.’

“Tapi abang tak tahu perasaan Nana macam mana. Abang mintak maaf kalau Nana dah ada pilihan sendiri dan kalau Nana rasa terseksa dengan ikatan ni, abang rela le….” Nana menutup mulut suaminya. Tak sanggup mendengar perkataan seterusnya. Air matanya laju saja mengalir. Hisyam hairan.

“Nana bahagia bang. Bahagia sangat. Nana memang redha dengan perkahwinan kita. Nana hanya sayang abang sorang je. Tak ada orang lain dalam hati Nana.” Sendu Nana jelas kedengaran. Pilu hati Hisyam mendengar pengakuan Nana. Hapus semua kesangsian dalam hatinya. Tubuh kecil Nana dipeluk erat. Dahi isterinya dikucup penuh kasih. ‘Ya ALLAH, jika ini jodoh yang Kau tentukan untukku, redhailah perhubungan ini.’
Dakapan Hisyam makin erat. Nana bahagia. Rasa selamat dalam pelukan itu. Pertama kali dia merasakan amat selesa dalam dakapan seorang lelaki. Kucupan Hisyam beralih ke pipi, mata, hidung dan bibir mungil Nana. Nana kaku. Tak tahu apa yang harus dilakukan. Dia tak reti. Mukanya panas. Wajahya dialih ke arah lain. Malu…
Tv dipadam. Tubuh gadis itu didukung. Nana kaget. Tak sanggup membayangkan apa yang akan berlaku selepas ini.

“Kenapa ni? Nana takut?” Menggoda sekali suara Hisyam di pendengaran Nana. Terasa terhenti nafasnya. Saat bibir Hisyam sekali lagi ingin singgah ke bibir Nana, gadis itu mengalihkan mukanya.

“Cupp…”Nana mengangkat jari tanda mahu ke tandas. Suaminya tergelak. ‘Takut sangat ke bini aku ni? Sampai nak terkucil.’

‘Ish, macam mana ni. Bab-bab ni yang aku lemah ni.’ Nana mundar-mandir di dalam tandas. Kepala yang tak gatal digaru. Sepuluh minit kemudian, dia keluar.

“Takpe kalau Nana tak sedia lagi. Abang tak paksa. Dah lah tu. Jom tidur.” Pujuk Hisyam. Kesian pulak dia melihat Nana yang jelas menggelabah. Nana melangkah perlahan menuju ke katil.

“Tidurlah. Dah lewat ni.” Nana angguk. ‘Sorry abang. Nana tak tahu kenapa Nana gelabah sangat tadi.’ Tapi apa yang penting, malam ini tidurnya lena sekali dalam dakapan suami yang tercinta. Moga malam-malam lain juga seindah malam ini.

4 comments:

  1. waaahh,..
    romantik nye si hisyam nieh..
    hehe..ske2..

    ReplyDelete
  2. kak... font kasi besau sket leh? sakit le mate saye...
    yg pasti... citer ni besh...
    :D

    ReplyDelete
  3. a'ah...
    sgt2 best cte ni...
    hehehe...
    gud job writer!

    ReplyDelete