2009-06-09

jatuh cinta lagi 16

Fenn melangkah deras. Mek yang sedang melayan filem Hindustan di ruang tamu langsung tak ditegur. Esak tangisnya jelas kelihatan. Mek bingung. Tumpuan beralih daripada tarian rancak Kareena Kapoor kepada rakan serumahnya yang juga sedang rancak menangis.

“Apekehal lah pulak budak ni. Kata keluar dengan si DZ. Takkan mamat tak cukup umur tu buat apa-apa kat dia kot? Ish…Tak boleh jadi ni. Kena jadi mama juwie jap ni. Hah Kareena, kau menari la sorang-sorang ek. Aku nak tengok kakak kau dalam bilik tu. Ntah apa penyakit la pulak.” Mek mengangkat punggungnya dari sofa. Melangkah ke arah bilik Fenn. Berkunci. Diketuk kuat. Jelas kedengaran tangisan sahabatnya. Hatinya pilu. Tak habis-habis dengan masalah.

“Fenn, bukaklah pintu ni. Janganlah macam ni. Risau aku. Fenn, bukaklah….” Pujuk Mek. Dah lenguh tangannya mengetuk pintu namun pintu masih belum dibuka. Dicuba lagi memujuk. Tak kira. Mesti kena buka pintu jugak. Lantaklah sampai pagi esok pun.

“Hah, bukak pun. Aku ingatkan dah tak bernyawa tadi.” Kata Mek sekadar untuk bergurau. Dia membuntuti langkah Fenn ke katil. Mata gadis itu jelas bengkak dan merah. Dah macam Pontianak lagaknya.

“Kau kenapa Fenn. Cuba kau story kat aku. Si mamat sengal tu dah buat apa kat kau ni?” Berkerut dahi Mek bertanya. Teruk benar kawannya ini.
Fenn mengeluarkan bekas baldu merah dari beg tangannya. Mek terpaku. Matanya bulat. Biar benar.

“Kau biar betik Fenn. Takkan mamat tu….ish…” Mek seakan tak percaya. Fenn angguk lemah. Mek membelek kotak merah itu. Dibuka. Matanya makin bulat. Cantik. Emas putih bertahtah berlian. Kotak ditutup.

“Habis tu kau terima ke?” Mek makin tak faham. Masalah kali ni memang berat. Tak boleh buat main-main.

“Aku…aku tak tahu Mek. Kau tolong aku.” Jawab Fenn tersekat-sekat dek kerana tangis yang masih belum reda.

“Aku tak tahu. Dia kata dia akan tunggu aku sampai aku setuju. Aku nak buat macam mana ni Mek.” Dia sememangnya benar-benar buntu. Kalau kena kat orang lain pun dia rasa perkara yang sama akan berlaku. Bayangkan, orang yang kita benci, orang yang dah sumpah seranah kita berbakul-bakul, tiba-tiba ajak kahwin. Tak ke gila namanya tu.

“Ish, aku kompius lah dengan mamat sorang ni. kena sampuk hantu ke apa? Suka-suka hati nenek moyang dia je nak ajak orang kahwin. Dulu bukan main lagi marah mak dia sebab pinang anak orang suka-suka hati. Ish…tak faham tak faham.” Kepalanya digeleng-gelengkan. Pening memikirkan kerenah lelaki kurang siuman itu. Geram pun ada.

“Aku rasa, baik kau jangan terima dulu. Lain macam je aku tengok mamat ni. Mesti ada yang tak kena ni. Kalau tak, takkan tiba-tiba ajak kau kahwin macam ni. Kita tengok dulu. Sampai bila dia boleh tunggu.” Tiba-tiba idea singgah di kepalanya. Memang tak logik. Mesti ada udang di sebalik mi bandung ni.
Fenn seakan bersetuju dengan cadangan Mek. Kepalanya diangguk lemah. Tak mustahil ada sesuatu yang disembunyikan DZ. Baiklah, dia nak tengok. Sampai bila mamat tu boleh bersabar dengannya. ‘Kau tunggulah sampai bongkok tiga DZ…’


Fenn melangkah riang ke pejabatnya. Permainan baru bermula. Dia akan berjuang sampai habis. Jangan harap dengan begitu mudah dia akan mengalah. Kita sama-sama tunggu dan lihat saja.

“Hai Fenn, happy je hari ni. Dapat durian runtuh ke?” Tegur Sarah. Milo di dalam mug dikacau perlahan.

“Durian runtuh buat apa. Tak sempat mengucap, dah ko dulu.” Sempat lagi melawak. Pintu biliknya di buka. Kertas yang melambak di atas meja dipandang sekilas. Badan disandar ke kerusi. Nafas dilepas kuat. Belum pun sempat mata di pejam seketika, pintu biliknya di ketuk. Dan seperti biasa, flower boy datang hantar bunga yang akan jadi makanan ruji tong sampahnya. Tak payah cakap kat mamat bunga tu pun dia dah tahu tempat biasa bunga itu. Kalau dia baik hati, dia akan cakap letak atas meja. Kalau tak, tong sampahlah tempat yang paling sesuai. Kejam gila.

“Kau jangan harap aku nak lembut hati dengan kau DZ. Kau tak kenal siapa aku lagi tau.” Fenn senyum, mengejek DZ yang seakan berada di depannya.
Diari hariannya dibelek. Perjumpaan bersama naib canselor. Perkara yang dia paling lemah. Dia terpaksa jadi wakil fakulti lagi bersama tiga orang pensyarah yang lain. Mesti bosan. Duduk diam dan pasang telinga. Kadang-kadang boleh tertidur.

“Fenn, nanti pergi sama-sama ye.” Sarah mengingatkannya buat entah kali keberapa. Mentang-mentanglah telefon fakulti free.


Profesor Yazid sedang memberi ucapan di hadapan. Entah apa yang dikatakan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kalau sempat, dia salin. Kalau tak, buat tak tahu je lah. Sarah dan beberapa orang pensyarah lain dari fakultinya nampak khusyuk mendengar ucapan prof Yazid. Makin menjadi-jadilah dia. Kepalanya entah ke mana. Jasad je kat situ. Bosan mengelamun, dia memandang sekeliling. Rakan pensyarah dari fakulti lain juga sedang khusyuk mendengar. Ada juga yang terangguk-angguk faham. Yang terlebih faham pun ada. Sampai ke meja angguknya. Dia senyum sendiri. Tiba-tiba senyumannya mati. Matanya bulat. Mukanya pucat. Dadanya berdebar kencang. Peluh memercik ke muka. Kepala digeleng beberapa kali. Pehanya dicubit. Sakit. Betul. Dia tak mimpi. Apa yang dilihatnya benar. Bukan khayalan. Dia gelabah. Sarah yang perasan perubahan rakan sekerjanya menegur.

“Kenapa ni Fenn? You tak sihat ke? Pucat je muka?”

“Hah? Tak. I ok. Penat kot.” Lelaki yang sedang khusyuk mendengar itu dipandang lagi. Langsung tak pandang ke arahnya. Dia seakan mahu menangis. ‘Ya ALLAH, dugaan apa lagi yagn KAU berikan kepada aku…’ Rintihnya. Masa seakan lambat sekali berlalu. Nafasnya terasa sesak. Lebih kurang sepuluh minit kemudian, mesyuarat ditangguhkan. Dadanya makin berdebar. Apa yang harus dilakukan? Menyapa? Tapi, tak mungkin itu orangnya walaupun wajahnya sama.

“Jom Fenn.” Sarah sudah bangun. Dia terpinga-pinga. Langkah Sarah dituruti. Matanya melilau mencari kelibat lelaki tadi. Hilang.

“You balik dululah Sarah. I ada hal sikit.” Dia mesti cari lelaki itu. Hatinya tak tenang kalau tak mengetahui siapa dia.

“You nak balik naik apa? You kan datang dengan kereta I?” Tanya Sarah.

“Tak pe. I jalan kaki je. Taklah jauh sangat.” Biar betul aku ni? berpeluh jugak ketiak kalau nak jalan kaki ni.

“Are you sure?” Sarah hairan. Macam tak yakin dengan jawapan Fenn. Biar betul.

“Sure. You balik je dulu ok?” Tak pe. Asal hati puas.
Matanya melilau ke seluruh parking kereta. Hampa. Tiada siapa di situ. Hanya beberapa buah kereta. Air matanya jatuh. “Abang…kenapa mesti macam ni?” Rintih hatinya lagi. Rindu pasa lelaki yang pernah menjadi suaminya selama satu hari itu tak tertanggung. Apatah lagi bila melihat lelaki yang mirip benar dengan orang yang paling dicintainya.

“Awak cari saya?” Suara garau dari belakang mengejutkannya. ‘Abang…’ Dia kenal sangat suara tu. Memang suara abang. Badan dipusing ke belakang. Wajah di hadapannya dipandang tak berkelip. Mata, hidung, bibir, kening…sama. Tapi, tahi lalat di tepi mata? Seingatnya, suaminya tiada tahi lalat di tempat itu. Yang ada hanya di dagu. Senyumannya mati. Air mata dikesat. Bukan abang. Dia berpaling ke arah lain. Cuba lari.

“Tunggu. Fazreen…” Langkah Fenn terhenti. Lelaki itu tahu namanya. ‘Siapa dia? Kenapa dia boleh tahu nama aku?’ Permainan apa pula yang berlangsung sekarang ni?

“Nanti. We need to talk.” Pujuk lelaki itu. Hati Fenn makin luruh bila dipujuk begitu. Saling tak tumpah seperti abang. Dengan suara dan lenggok bahasa yang sama, membuatkan Fenn semakin sayu. Air matanya semakin laju mengalir.
Sapu tangan dihulur. Sebenarnya hati Syaril juga tersentuh bila melihat air mata yang mengalir di wajah Fenn. Dia tahu bagaimana perasaan Fenn sekarang. Fenn menurut kata Syaril. Langkah diatur mengikut jejak lelaki itu. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan universiti. Sendu Fenn masih kedengaran.

“Siapa awak? Kenapa awak tahu nama saya?” Fenn tak mampu nak menahan rasa ingin tahunya lagi. Dia mahu tahu perkara sebenar.

“Sabar. Saya akan ceritakan nanti.” Pujuk Syaril lagi. Biar tangis wanita itu reda dulu. Mungkin dia masih terkejut. Dia mahu Fenn lebih bersedia untuk kejutan yang lain. Sebenarnya, dia sudah jangka perkara ini akan terjadi.

‘Abang, apa yang harus B buat? B buntu. Siapa lelaki ni?’ kepalanya pening dek kerana tangisnya yang masih tak berhenti. Tak mampu berfikir lagi. Mata dipejam. Senak sekali rasanya. Masalahnya bertambah lagi.

7 comments:

  1. ni mesti kembar ex husband dia kan...
    huhu konflik2...
    dah tu mcm mne dgn DZ

    ReplyDelete
  2. cpt smbg.
    nk th sgt sape laki tu

    ReplyDelete
  3. erm,suami die ade kmbar ker?xkn fenn xtau kot..

    ReplyDelete
  4. Good one..
    keep it up~

    ReplyDelete
  5. aaa...
    sapa lak nie..
    suspen nye..

    ReplyDelete
  6. mcm bkn twins dia je..
    ni msti abg ex-hsband yg dia xpnh jmpe tu..

    ReplyDelete