2009-06-14

sepupuku suamiku?14

Alat ujian kehamilan ditenung lama. Cuba yakinkan dirinya. Ditenung wajah isterinya berselang seli. Nana masih tunduk merenung lantai.

“Is this true sayang?” Masih tak percaya walau alat itu ada di tangannya. Di depan matanya. Nana angguk perlahan.
“Meaning that, I’ll become a father?” Entah kenapa terasa lembap sekali otaknya nak memproses maklumat. Mestilah ya. Dah alat tu tunjuk isterinya hamil.
Nana angguk lagi. Terasa tubuhnya dipeluk erat oleh suaminya. Jadi mama? Betul ke ni?

“Thanks sayang. Dah lama abang tunggu saat ni. I love you..” Dahi Nana dikucup mesra. Air mata terasa mahu menitis. Saat yang teramat bahagia. Lebih bahagia daripada saat mereka diijab kabulkan.

Nana terasa janggal. Entah kenapa dia tak sebahagia dan seceria suaminya. Mungkin pembawaan budak. Awalnya…tapi dia memang terasa janggal. Ada nyawa lain di dalam perutnya. Kenapa? Tidak terlalu awalkah? Tak bersediakah dia?

“Sayang? Kenapa ni?” Tegur Hisyam. Pelik melihat isterinya yang hanya senyap. Mukanya tak ceria.

“Hah? Tak ada apa-apa lah bang. Nana penat je kot. Badan rasa tak sedap je.” Nana memberi alasan. Dia melangkah ke ruang tamu semula. Bungkusan yang berisi asam dicapai kembali. Mulutnya tak tahan melihat asam. Kecur.

“Dah lah makan asam tu. Ni, abang ada beli nasi goreng tomyam kegemaran sayang. Makan ye?” Pujuk Hisyam. Nana angguk sememangnya perutnya sudah berkeroncong. Sebut saja tomyam, hilang asam. Terbuka seleranya.
Hisyam melangkah ke dapur. Membuka nasi yang dibeli. Nana termenung. Dia rasa bersalah.

‘Abang suka sangat bila dia tahu dia bakal jadi ayah. Dia gembira sangat bila aku mengandung. Mungkin aku patut terima semua ni. Anak kan rezeki. Orang lain berebut-rebut nak anak. Aku patut bersyukur sebab tuhan bagi aku rezeki yang tak terhingga ni. Mama akan jaga sayang. Mama hanya nak papa gembira. Bahagia…’ Nana mengusap lembut perutnya. Buah cintanya bersama Hisyam sedang membesar di dalam sana. Naluri keibuannya terusik.


Telefon yang berdering diangkat. Suaminya sedang mandi. Wajahnya berubah ceria bila nama adik iparnya tertera di skrin.

“Kak Yaya!!!” Lupa hendak menghulurkan salam. Teruja bila kakak sepupunya telefon.

“Assalamualaikum wahai kakak iparku sayang.” Sengaja ditekan ucapan salamnya. Nana memang begitu. Tak berubah dari dulu sampai sekarang.

“Waalaikummussalam adik iparku busuk. Kenapa lama tak call? Rindu tau…” Keluar suara manjanya. Mengada-ngada betul.

“Amboi…yang dia tak call kita tu kenapa? Asyik berkepit je dengan laki dia.” Usik Zahlia. Ketawanya pecah.

“Apa kak Yaya ni. Tak baik tau. Mana ada berkepit. Abang Hisyam kerja lah. Macam mana nak berkepit selalu. Akak apa khabar?” Ketawa Nana juga berderai. Hisyam yang baru selesai mandi langsung tak disedarinya.

“Baik. Akak ada good news nak bagitau ni.” Zahlia kedengaran ceria.

“Apa dia? Nak pergi honeymoon lagi sekali ke?” Teka Nana. Hisyam duduk di sebelahnya. Cuba mendengar perbualan mereka. Telinganya didekatkan ke telinga Nana. “Siapa?” Bisiknya.

Nana menekan punat telefonnya. Kedengaran suara Zahlia di hujung talian. Hisyam senyum.

“Hai sis. Apa khabar?” Giliran Hisyam pula bertanya.

“Ok. Sihat je. Abang apa cerita?”

“Sihat. Makin sihat.” Nana tersipu malu bila Hisyam merenungnya penuh makna.

“Kak Yaya, tadi kata ada good news. Apa dia?” Nana menyampuk. Dia pun ada berita gembira untuk diceritakan.

“Tekalah.” Zahlia cuba bermain teka-teki dengan kedua abang dan kakak iparnya.

“Ermmm…Akak naik pangkat?” Teka Nana. Langsung tak terlintas apa-apa yang lain.

“Nope. Tak lama lagi abang dengan Nana akan dapat anak saudara.” Ceria sekali suaranya. Seakan mahu mengumumkan kepada seluruh dunia.

“What? Anak saudara? Biar betul ni.” Nana seakan tak percaya. Janji ke apa?

“Congratulation sis. Abang pun nak bagitau sesuatu ni.” Hisyam pula mencelah. Tak sabar rasanya nak bagitahu semua orang.

“What? Jangan cakap Yaya pun nak dapat anak saudara…” Zahlia makin teruja. Harap-harap telahannya betul. Sudah lama dia menantikan berita itu.

“You’re right. Yaya pun akan jadi maksu nanti.” Tubuh Nana di sebelah dipeluk erat. Pipi mulus itu dicium bertalu.

Zahlia menjerit kuat. Tak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya. Nampaknya, rumah mamanya akan kecoh tak lama lagi. Apa taknya, dapat cucu dua sekali.

“Hmmm…macam janji pulak. Kecohlah rumah mama nanti.” Mereka sama-sama ketawa. Terbayang macam mana keadaannya nanti. Mesti kelam kabut mama dan maknya nanti.

“Oklah. Dah lewat ni. Lain kali Yaya call lagi. Bye…” Talian diputuskan. Nana dan Hisyam tersenyum bahagia. Memang kebetulan.

“Hmmm…Nampaknya baby kita ada pesaing lah.” Pelukan masih belum dileraikan. Makin erat. Sesungguhnya dia terasa amat bahagia.

“Eh, abang dah solat isyak ke ni?” Tegur Nana cuba mengingatkan suaminya sebelum apa-apa terjadi. Lain macam saja pelukan suaminya.

“Belum. Jap lah. Nak manja-manja dengan sayang dulu.” Pipi Nana dicium lagi, sengaja mengusik isterinya.

“Ish…Takde. Pergi solat dulu. Kang ada yang terlepas nanti.” Nana menolak tubuh suaminya. Dipaksa untuk bangun.

“Ye lah mama. Papa solat dulu. Mama tunggu papa ye…” Pipi Nana dicuit manja. Matanya dikenyit. Nana senyum malu. Mengada-ngada.


Hani tersenyum puas. Hisyam masih mahu berborak dengannya. Walaupun sekejap, itu sudah cukup buat permulaan. Dia takkan putus asa. Dia takkan lepaskan sasarannya kali ini. Hisyam mesti jadi miliknya walau dengan apa cara sekalipun. Walau dia terpaksa menjadi isteri kedua. Itu bukan alasan dia untuk putus asa. Dia punya kekuatan. Mamanya juga isteri kedua. Bahagia. Lebih bahagia daripada isteri pertama papanya. Mamanya berjaya menguasai sepenuhnya papa. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Dia juga yakin mama akan membantunya. Dia satu-satunya anak mereka. Anak kesayangan. Mintalah apa saja. Pasti akan dapat. Dan dia yakin, mama pasti tak akan menolak kemahuannya kali ini.

“Syam…u’ll me mine again. Forever. Wait!!” Angkuh dan yakin sekali. Gambar kenangan ketika mereka sedang hangat bercinta dulu dipegang erat. Mereka memang mesra. Seperti belangkas. Ke mana saja bersama. Dan perpisahan mereka memang mengejutkan semua rakan yang mengetahui perhubungan mereka dan mengharapkan mereka ke jinjang pelamin.

Dia sudah bersedia untuk menghadapi perjuangan merebut kembali cinta yang terlepas dari genggamannya dulu. Cinta yang akan digenggam erat. Tak akan dilepaskan lagi.


Sudah berkali dia mengajak Hisyam keluar bersama. Namun, satu pun tak diendahkan lelaki itu. Ada saja alasannya. Sibuk. Penat. On call. Isteri tak sihat. Arg…Hani menghempaskan badannya ke katil. Percubaannya kali ini juga gagal. Entah kenapa begitu sukar untuk mendekati semula Hisyam. Bekas tunangnya tak lagi seperti dulu. Kalau waktu mereka bercinta dulu, pantang diajak keluar, mesti dia setuju. Walau kerjanya melambak, walau penat seharian belajar, lelaki itu akan turuti jua kemahuannya. Tapi sekarang, lelaki itu berubah. Mungkin kerana isterinya. Dia tahu, Hisyam lelaki yang setia. Jujur. Tak mungkin dia mengkhianati isterinya. Tapi, takkan sekadar minum petang pun tak boleh. Hani menumbuk-numbuk bantal di tangannya. Geram. Keadaan tak semudah sangkaannya. Tapi dia tak akan putus asa. Masa masih panjang. Dia sanggup tunggu walau bertahun.

Dia cuba mendail nombor Hisyam lagi. Dan kali ini, langsung tak dapat dihubungi.

“Jahanam punya jantan. Tak pe. Kau belum kenal lagi siapa Hani sebenarnya. Kita tengoklah nanti. Kau jangan menyesal.” Kedua-dua tangannya dihentak ke katil. Hatinya terbakar. Air matanya menitis. Jauh dilubuk hatinya dia menyesal kerana terlalu ikutkan hawa nafsu yang hanya ingin mengejar kemewahan hidup dengan mudah. Sungguh menyesal kerana memutuskan ikatan pertunangan mereka.

22 comments:

  1. wokes...
    ini je yg trmmpu mlm ni...
    nnt smbg lg..
    hope u all enjoyzzz reading this part...
    k..nk tdo dulu...gd nite:)

    ReplyDelete
  2. hoho..ape je ek yg hani nk wat? sean la nana..die da mgndung..
    k, thanks ye fantaghiro..slamat tido..

    ReplyDelete
  3. dh ade n3 ni pun dh cukup bagus..dpt gak hilangkan boring mlm ni n baca karya awk..
    best gak sambungan kali ni..
    cume yg x best bile hani dh plan nak rebut hisyam dr nana..
    hope kandungan nana tak terjadi ape2..
    hihi..gudnite to u..
    sweet dream..

    ReplyDelete
  4. hah..
    hepy2,,dorang nk dpt baby..
    ekekee..tp,mesty ader konflik nnty mse nana prengnant coz si hana gile talak tuh ader..isk3..
    hisyam,,jgn tergoda oke..sian kat nana yg da terkene buatan awak tuh..huhuh..smbung3..

    ReplyDelete
  5. ish !
    bncinyer hani nih...
    jgnler kacau umh tgge org len ...
    sian kt nana nnt..

    smbg cpt cket tau fantaghir0..

    ReplyDelete
  6. o-o..
    baby ader pesaing nmpknye..
    mama pun ader org cube nak bersaing ni..
    nway..
    thanks 4 new n3

    ReplyDelete
  7. its ok..
    thanks coz post ur entry..

    bahaya hani tu..
    sementelah nana plak tgh ngandung..
    hisham,jaga bini ko..hehe

    ReplyDelete
  8. wah...awlnye tdo...mcm knk2 lak..huhu
    best ar cte ni...ske...maraton dr first episode till now..huuhu

    ReplyDelete
  9. nice..
    gud job writer!!
    chaiyo2!!

    (^_^)

    ReplyDelete
  10. best..best...
    menyampah la si hani tu...
    mengada-ngada la...
    tak sedar diri tul....
    cepat sambung ek...

    ReplyDelete
  11. ishk..kejam tullah niat hani tuh...huhu...
    akhirnya nana ngadung..yea...

    ReplyDelete
  12. waaah.....
    besh2....
    jgn la hani nk r0sak kn rumahtangga hisyam n nana...
    nk lagi2....
    cepat taw letak sambungan nya...
    chay0k2....

    ddania_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Hailaa minah senget sorang ni..

    ReplyDelete
  14. seriously,i can't wait..
    i bknla penyabar orgnye..
    hahahaha btw,congrats ya~

    ReplyDelete
  15. wah...best2...tenkiu.cepat2 sambung nnti ya

    ReplyDelete
  16. episod kali ni paling bez...
    hahahah..
    congrats3...
    sambung2 cpt erk..
    bez giler ni..

    tp mnympah ngn hani 2 je..

    ReplyDelete
  17. huhuhu..best episod nih..happy tol nana ngn hsyam..but! ada lak si hani tuh..pe pon..hope nana tabah n hisyam xtgugat ngn si hani tuh..
    pe pon good luck fantghiro..hehehe

    ReplyDelete
  18. best2...
    cpt2 smbung ea writer...

    ReplyDelete
  19. suke la baca novel ni.. sempoi. sambung cepat2 tau

    lagi satu, saya cadangkan letak la label novel kat sidebar.. susah nak cari satu2.. hehe

    err.. lagi satu kurang puas ati, nape nama watak antagonist tu sama dgn namaku..? huhuhu (tapi hani yg ni baik, dah kawin n takkan kacau rumahtangga orang, insyaAllah.. hehe)

    ReplyDelete