2009-06-27

sepupuku suamiku?15

Hisyam memandu tenang. Dia dan Nana dalam perjalanan pulang ke kampung. Emaknya yang beria-ia mahu mereka pulang. Maklumlah, cucu pertama. Mestilah gembiranya terlebih.

“Sayang nak makan apa-apa ke? Kalau nak, abang berhenti ni.” Hisyam memandang wajah isterinya sekilas. Tangan wanita itu diusap perlahan.

“Takpelah bang. Dah nak sampai rumah mak ni.” Tidak sampai setengah jam lagi sebelum sampai ke kampungnya. Lagipun, mesti mak mertuanya sudah sediakan banyak makanan seperti kebiasaannya.

Telefon bimbit Hisyam berdering tiba-tiba. Hisyam melirik ke arah telefonnya yang berada di hadapannya. Nama Hani tertera di skrin. ‘Apa lagi minah ni nak?’ detik hatinya. Dia rimas sebenarnya. Dibiar deringannya mati sendiri tanpa dijawab. Nana pelik bila panggilan itu tak dijawab suaminya. Tak pernah Hisyam tak menjawab panggilannya. ‘Mungkin tak mahu diganggu.’ Tekanya sendiri.

“Kenapa tak jawab?” Hatinya masih tak puas selagi tak mengetahui perkara sebenar.

“Malas. Tengah drive ni. Nantilah abang call dia balik. Tak penting pun. Kawan lama abang je tu.” Jawab Hisyam cuba menyedapkan hati isterinya. Nana mengagguk perlahan. Hisyam lega.

“Hmm..mesti mak dah tak sabar nak tunggu cucu dia ni sampai kan? Mesti asyik tengok jam je tu.” Hisyam cuba mengalihkan topik. Perut Nana diusap perlahan. Nana geli. Dia mengalihkan tangan suaminya. ‘Ish, kang ada yang terkencing dalam kereta ni kang. Gelilah…’ Nana senyum sebaris.

“Mana ada cucu lagi. Belum tentu jadi tau.” Nana cuba mengingatkan suaminya. Usia kandungannya baru menginjak 6 minggu. Masih lambat lagi. Macam-macam boleh terjadi dalam tempoh 8 bulan ini.

“Ish sayang ni. Tak baik cakap macam tu tau. Abang kan ada. Apa guna abang jadi doctor kalau tak dapat jaga baby and my cute wife ni. InsyaAllah, semuanya akan selamat. Trust me, ok…” Hisyam mencubit manja pipi gebu isterinya. Makin gebu sejak berbadan dua ni. Suami mana yang tak geram.

“Tapi bang, semua tu kerja Allah. Kalau bukan rezeki kita lagi kali ni nak buat macam mana.” Nana tetap mempertahankan kata-katanya tadi. Entah kenapa mindanya berfikir sebegitu.

“Dah. Jangan cakap macam tu lagi. Selagi abang ada, abang akan jaga sayang dengan baby sebaik-baiknya. Abang tak suka sayang cakap macam tu lagi, ok.” Putus Hisyam tegas. Dia tak dapat bayangkan kalau ada apa-apa terjadi kepada bayi dan isterinya. Ini cahaya mata pertamanya. Dah lama dia menunggu. Mungkin benar kata Nana yang semuanya ketentuan Allah, tapi dia akan pastikan kandungan isterinya sihat dan berjalan dengan lancar.


Nana dan Hisyam disambut mesra oleh Puan Hasnah yang sedari tadi memang menantikan kepulangan anak dan menantunya. Nana dipeluk erat oleh ibu mertuanya. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Suasana rumah begitu ceria dengan gelak ketawa mereka sekeluarga. Ayah mertuanya juga turut serta. Seperti jangkaan, hidangan memenuhi meja makan. Dari hidangan utama ke hidangan pencuci mulut. Lengkap. Ayam masak kurma, ikan goreng berlada, sayur pucuk paku kegemaran Hisyam, telur dadar, buah-buahan, dan pudding. Jenuh juga nak menghabiskannya.

“Banyaknya mak masak. Siapa nak habiskan ni?” Tegur Nana. Sememangnya dia kecur liur melihatkan lauk pauk yang pelbagai di atas meja. Sudah lama tak menjamu selera sebegini. Perutnya lapar tiba-tiba.

“Siapa lagi. Korang berdualah. Tu, baby kat dalam tu pun mesti nak rasa nenek dia masak.” Maklong menjuikan mulutnya ke perut Nana. Mukanya memang ceria.

“Tapi mak, banyak sangat ni. Makan 10 orang pun tak habis ni.” Tambah Hisyam lagi. Dia sudah sedia di meja makan untuk menjamah makanan.

“Takpelah. Sekali sekala. Hah, malam nanti si Yaya dengan Haidar pun nak balik. Nanti tak payah masak lagi.

“La…ye ke. Hmm..ada diorang seronok sikit.” Masing-masing sudah mengambil tempat. Makanan yang terhidang dijamah satu persatu. Berselera sekali semuanya, diselang seli dengan gelak ketawa.


“Nana, kita ni macam janji-janji pulak ye.” Zahlia yang sedang duduk berehat di ruang tamu bersama ahli keluarganya yang lain berkata.

“Janji? Janji apa pulak kak?” Nana kerut dahi tak faham.

“Ish budak ni. Saja je buat tak faham. Ni…” Zahlia menuding jarinya ke arah perut mereka berdua yang tidak lama lagi akan memboyot.

“Oooo…ingatkan janji apa tadi.” Nana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ahli keluarga lain turut sama ketawa.

“Hmm…Mak. Lepas ni pening la kepala mak nak layan dua orang puteri ni. Dua-dua manja.” Sampuk Hisyam yang berada di sebelah Nana. Dia mengaduh tiba-tiba bila pehanya terasa pedih akibat dicubit isterinya.

“Mak tak kisah. Lagi mak suka. Riuh sikit rumah ni. Takde lah bosan sangat.” Wajah Puan Hasnah ceria sejak tadi. Seronok melihat anak dan menantunya bahagia. Tak lama lagi, ahli keluarganya akan bertambah dengan kehadiran dua orang cucu serentak. Tak sabar dia menantikan saat itu.

“Ha… Dengar tu bang. Bukan kita yang manja tau. Mak yang nak manjakan. Jangan jealous ye.” Zahlia memeluk lengan Puan Hasnah di sebelahnya. Hisyam mencebik. Nana hanya senyum. Dia sebenarnya sudah penat. Sejak berbadan dua, badannya memang cepat letih. Tak boleh buat kerja lebih sedikit, pasti dia akan terbaring keletihan selepas itu.

“Hmm…korang ni kalau berborak tak ingat dunia. Dah lah, mak nak masuk tidur dulu. Nana, Yaya, jangan tidur lewat sangat. Ingat, kamu tu mengandung. Jangan nak buat macam anak dara dulu. Selagi ayam tak berkokok, tak ingat nak tidur.” Pesan Puan Hasnah sebelum dia dan suaminya masuk ke bilik. Kedua-dua bakal ibu itu hanya mengangguk perlahan.

“Abang pun dah mengantuk ni. Penat. Sayang tak nak tidur lagi ke?” Hisyam menggosok-gosok bahu isterinya. Mata Nana sudah merah menahan rasa mengantuknya.

“Ish, apa tidur awal sangat ni. Tunggulah dulu. Bukan senang nak jumpa macam ni. Nana, tak payahlah tidur lagi. Hah, kalau abang nak tidur, abang pergilah masuk dulu. Malam ni, isteri kesayangan abang ni Yaya sewa. Tau.” Tangan Nana sudah digenggam kemas oleh Zahlia. Tegas sekali arahan Zahlia.Hisyam diam. Tak dapat nak berkata apa. Kalau berbahas dengan peguam ni, sampai esok pagi pun tak habis. Ada saja hujahnya. Betul juga kata adiknya, bukan senang nak berkumpul macam ni. Biarkanlah.

“Abang pun nak tidurlah Ya. Jangan lewat sangat tau. Kesian kat baby tu.” Suami Zahlia yang dari tadi hanya menjadi pendengar, mula bersuara. Sudah beberapa kali dia menguap. Mata pun sudah berair.

“Ala…awalnya nak tidur. Tapi takpe lah. Nana ada.” Haidar mengucup dahi isterinya sebelum dia melangkah ke bilik.

“Jangan lewat sangat tau. Abang takut tidur sorang-sorang.” Bisik Hisyam seraya mencium mesra dahi isterinya. Nana tersipu malu.

“Amboi, mengalahkan pengantin baru nampak. Jangan harap Yaya nak izinkan Nana naik sebelum ayam berkokok tau. Abang tidurlah sorang-sorang. Biar hantu kat rumah sebelah tu temankan.” Zahlia siap membuat gaya hantu di depan abangnya. Hisyam mencubit geram pipi adik kesayangannya. Dia pun rindu untuk berbual dengan Zahlia tetapi malam ini dia terlalu letih. Sudahlah banyak pesakit di hospital tadi. Balik kerja terus memandu ke kampung. Dia memang letih. Mungkin esok saja.

“Kejam betullah Yaya ni. Kalau apa-apa jadi kat isteri abang, siap Yaya. Abang penyek jadi lempeng.” Hisyam memberi amaran. Zahlia memjelirkan lidahnya. Dia tahu, abangnya hanya bergurau.


Hisyam merebahkan badannya ke katil. Nikmat sekali rasanya. Mata dipejam rapat. Bantal peluk dipeluk erat. Dia tak biasa tidur tanpa Nana di sebelah. Tapi, hanya untuk malam ni. Sekejap saja, dia sudah berada di awang-awangan. Telinganya menangkap bunyi yang amat biasa didengarnya. Namun, otaknya yang letih tak mampu mengingatinya. Beberapa ketika kemudian, bunyi itu berhenti sendiri. Namun, bunyi itu kembali menyapa telinganya. Mengganggu tidurnya. Tapi, dia masih belum berupaya untuk membuka matanya. Dibiar bunyi itu membuai tidurnya. Terasa mendayu-dayu dan senyap kembali.

Hani menghempas telefon bimbitnya ke katil. Geram. Sudah beberapa kali dicuba, namun tak berhasil. Takkan dah tidur. Dia membelek jam di tangan. Baru pukul 11. Masih awal. Esok hari minggu. Badannya dihenyak keras ke katil. Telefon dikutip semula. Dia terus berusaha. Takkan dia begitu mudah menyerah kalah. Kali ini, mesti berjaya.

“Hello?” Hani tersenyum menang. Dia berjaya. Memang tak sia-sia dia mencuba.

“Hmmm…” Lemah sekali suara Hisyam. Dia terlalu mengantuk. Entah siapa yang menelefonnya malam-malam begini. Memang langsung tak menghormati orang.

“Hai…Dah tidur ke? Sorry ganggu you malam-malam ni…” Hani bersuara manja. Mungkin Hisyam tak akan marah padanya. Ternyata Hisyam sudah tidur.

“Siapa ni?” Suara Hisyam agak keras. Sudahlah telefon orang malam-malam. Diri pun tak perkenalkan.

“Takkan dah lupa kot. I lah ni. Hani.” Suaranya makin menggoda. Sebenarnya agak kecewa juga bila Hisyam tidak mengenali suaranya kerana dalam hatinya suara Hisyam sentiasa menemani tidur malamnya.

“Ohh…Sorry. I mengantuk sangat ni. Tired. Anything important?” Hisyam membuka matanya. Hairan bila Hani menghubunginya malam-malam begini. Ada hal kecemasankah?

“No. Saja nak call. Takkan dah tak boleh nak borak-borak dengan you kot?” Hani mengalih posisi duduknya. Dari duduk dia sudah berbaring di atas katil.

“Bukan macam tu. I penat sangat ni. Mungkin lain kali saja kita borak ye. I nak tidur.” Hisyam malas hendak melayan karenah Hani. Tak mungkin dia akan kembali menjalin hubungan dengan wanita itu. Walaupun hanya kawan.

“Hmmm…takpe lah. Orang dah tak sudi nak berborak dengan kita. Nak buat macam mana. Anyway, sorry lah ganggu you tidur. Good night.” Hani mematikan talian. Sekali lagi telefon bimbitnya menjadi mangsa geramnya. Hatinya sakit. Kali pertama lelaki tak melayannya. Egonya tercabar.

“Jangan sombong sangat Hisyam. Kau tak kenal aku lagi. Kita tengok siapa yang lagi hebat.” Mukanya sudah merah dan berbahang kerana menahan marah. Kunci kereta dicapai. Dia mahu melepaskan tekanannya. Tempat yang paling sesuai untuknya bukan di rumah tapi di kelab malam. Dia mahu menari sepuas-puasnya sampai pagi.

12 comments:

  1. ha!!!berjaya.harap korang dpt komen part kali ni. rasa cam xberapa ok jek.huhuhu..
    satu lagi, hrp korang pun dapat komen kt dalam penulisan2u sbb pihak penerbitan nk tengok komen korang dlm tu.kalo ok, mungkin dorg nk terbitkn novel ni.tolong ek korang.hehe...nanti sy belanja gula2.hehe..gurau jek.tapi sy minta jasa baik korg ni.please....dan sy juga nk ucap berbnyk terima kasih sbb sokong karya saya selama ni. thnk u sooooo muchhhhh.
    sayang korang.
    enjoyzzz!!

    ReplyDelete
  2. hye..best n3 kali ni..
    nmpknye hani nak cucuk jarum dh..
    tak sbr nk tau kish sterusnya..

    ReplyDelete
  3. oho..
    pe ni hani ni..
    sukati je ganggu umah tangga org..

    ReplyDelete
  4. cant wait anymore..cptla buat novel.hehe

    ReplyDelete
  5. Harap2 kandungan Nana selamat..

    ReplyDelete
  6. bes,bes,bes..
    cpt2 sambung..hee
    nanti kalo novel ni da publish share la royalti skit...hak3

    ReplyDelete
  7. okeh2.saye komen kat penulisan2u.
    hehe.
    nway,best sgt.
    best giler-giler.
    (:

    ReplyDelete
  8. hehehe dapat gk puaskan hati bca n3 nih..lame da tggu..heheh bahagia nana..tp tol tu...hani da mula nk cucuk jarum..harap2 xda pape jadi kt nana, cian dia..wokeh nnti sya komen di sane lak ye fntghro..heheh

    ReplyDelete
  9. oo..lupe nk ckp td..sya sokong lau cite ni diterbit kan taw...da t'pk ngn ritu..heheh..pe pon good luck!!

    ReplyDelete
  10. part kali ni best sangat la!makin suspens nak baca part sterusnya...

    ReplyDelete
  11. bz ye skg?cptla smbung.hehe

    ReplyDelete
  12. aku hrp kdgn nana slmt.cm lain mcm je bunyinye.pulak tu hisham cm mengharap.

    bgus gk buat novel..hope dpt tmbh unsur2 sweet n romantik slpas diorg kwen tuh..

    pastu hrp2 unsur2 kejahatan pihak ke3 dpt digarap ngan bek.muahaha.bkn pe,salu bace novel konsep tu lbih kurg same je.aku hrp xnk la diorg nie terpisah berbulan2,bertahun2 baru nak get together again.ho2.
    kpd pnulis,gud luck ok??

    ReplyDelete