2009-09-28

jatuh cinta lagi 20

recap part 19
DZ telah membuat onar bila dia mengaku di hadapan syaril yang dia adalah kekasih Fenn. fenn sangat tertekan dan bersalah pada syaril.DZ sengaja buat begitu kerana ingin buat fenn marah dan sakit hati.


Fenn masih membisu. Muram. Panggilan telefon dari Angah langsung tak berjawab. Entah sudah berapa kali abang iparnya menelefon. Dia belum bersedia. Dia menangisi nasib dirinya sendiri. Entah kenapa dia selalu bernasib malang. Entah apa dosa dirinya pada DZ sehingga lelaki itu sanggup memalukan dan mempermainkannya. Lelaki itu memang kejam. Dia benci. Benci yang teramat. Kalau boleh, ingin sahaja dia membunuh lelaki kejam itu. Nasib baik dia tak menerima lamaran Auntie Pah dulu. Kalau dia terima, entah apa nasibnya kini. Mungkin sudah menjadi mangsa dera atau sudah mengikut jejak langkah abang.

“Abang….B rindu abang. Kenapa dia buat B macam ni? Apa salah B…Abang, datanglah sini…B perlukan abang…” Rintih hatinya. Sayu sekali. Rasa rindu pada arwah suami mencengkam jiwa. Dia amat perlukan lelaki itu saat ini. Tapi dia tahu, dia tak mungkin dapat berjumpa dengan arwah Syafiq. Mereka berada di alam yang berlainan.

“Fenn, buka pintu ni. Janganlah macam ni…Cuba kau cerita kat aku. Fenn…buka pintu.” Ketukan dan suara panggilan Mek menghentikan lamunannya pada arwah suami. Mek memang seorang yang memahaminya. Hanya Mek yang tahu rahsianya. Dia perlukan seseorang sekarang dan Mek memang boleh diharapkan. Tapi, dia malu.

“Fenn…Please buka pintu ni.” Mek masih belum berputus asa selagi Fenn tak mahu membuka pintu biliknya. Dia tak sanggup melihat Fenn terus terkurung seperti itu. Agak lama dia menunggu sebelum Fenn membuka pintu. Hatinya pedih melihat keadaan sahabat baiknya. Tak terurus. Matanya bengkak. Rambut kusut masai. Mukanya merah kerana terlalu banyak menangis.

“Ya Allah Fenn. Kenapa dengan kau ni?” Mek merangkul erat tubuh kurus itu. Air matanya turut sama mengalir. Dia dapat rasakan keperitan yang ditanggung Fenn. Hatinya sayu.

“Sabar Fenn, sabar.” Mek cuba menenangkan Fenn yang belum menunjukkan tanda untuk berhenti menangis.

“Mek…Kenapa dia kejam sangat pada aku. Apa salah aku Mek…” Tersekat-sekat suaranya dek kerana tangisannya yang belum reda.

“Siapa? Cuba kau cakap dengan aku baik-baik.” Mek menyeka air matanya. Perasaannya sedikit lega bila Fenn sudah mula bercakap.

“DZ…” Hati Fenn sakit saat menyebut nama itu. Terbayang kembali apa yang berlaku siang tadi. Dia masih tak dapat menerimanya.

“Jantan tak guna tu lagi?” Mek geram. Lagi-lagi lelaki itu yang menimbulkan masalah. Entah jin apa yang merasuk minda lelaki itu. “Apa dia dah buat pada kau?” Mek tak sabar nak tahu apa pula yang dilakukan oleh lelaki tak guna itu.

“Dia dah malukan aku depan Angah. Dia cakap kat Angah yang aku ni makwe dia…” Kata-kata Fenn berselang-seli dengan tangisannya. Teresak-esak.

“Hah? Gila ke apa mamat tu. Suka-suka hati mengaku orang makwe dia. Memang dasar muka tak malu.” Mek genggam penumbuk. Mahu saja dia ganyang muka lelaki itu. Tunggu… Nanti kau akan tahu siapa Mek.

“Apa salah aku Mek. Kenapa dia buat aku macam ni…” Rintih Fenn. Mek bersimpati dengan nasib sahabat baiknya itu.

“Dia memang nak kena dengan aku. Tak apa Fenn, tengoklah apa yang akan berlaku nanti.” Mek mula membayangkan sesuatu. Kalau dengan dia, barulah bertemu buku dengan ruas.

“Kau nak buat apa Mek. Kau jangan main-main dengan mamat tu. Baik kau jangan buat apa-apa. Masalah ni biar aku selesai sendiri.” Fenn kaget. Mek seperti nekad. Dia tak mahu keadaan jadi bertambah buruk. Cukup setakat ini.

“Kau janganlah bimbang. Aku tahulah apa aku buat. Aku cuma nak acah dia je. Hmm… Sayang jugak kau kat dia ye?” Mek sengaja mengusik. Dia mahu hilangkan rasa sedih di hati Fenn. Dia mahu sahabatnya itu senyum kembali.

“Tolong sikit. Tak ingin aku nak sayang orang macam tu. Selisih malaikat 44 tau.” Tangisnya mula reda. Mek memang pandai memujuknya. Walaupun hatinya masih sakit, tapi dia sudah mampu mengawal emosinya. Tak guna menangis dek kerana orang seperti DZ. Tak berbaloi.

“Eleh…Kalau orang macam Angah?” Mek makin galak mengusik. Fenn sudah malu-malu.

“Pandai je kau ni Mek. Dahlah…Aku nak tidur dulu.” Fenn senyum malu. ‘Kalau orang macam Angah, mungkinlah kot.’ Kesian Angah kerana ditinggalkan keseorangan tadi. Dia terpaksa. Dia tak mahu Angah lihat keadaannya begitu. Dia malu. Esok dia akan minta maaf pada lelaki itu. Dia harap lelaki itu tak banyak soal pula nanti. Kalau tidak, tak tahu macam mana dia nak terangkan duduk perkara sebenar.


Mata Fenn masih tertancap pada skrin komputer di hadapannya. Ketukan di pintu hanya disambut dengan jawapan “masuk”. Dia langsung tak menoleh pada tetamu yang datang. Sangkanya mungkin hanya pelajarnya yang datang ingin bertanya soalan.

“Duduk dulu. Saya nak siapkan kerja sikit.” Katanya tanpa memandang sedikit pun pada si pengujung biliknya.

“Ehem…” Syaril berdehem mengejutkan Fenn yang sedang tekun menyiapkan kerjanya.
Ketukan pada papan kekunci terhenti. Dia pantas berpaling pada si tetamu yang berdiri tegak di hadapannya. Matanya membulat. Air liur ditelan. Dia agak tak tentu arah.

“Angah…duduklah. Kenapa tak bagitahu nak datang.” Fenn membetulkan kedudukan beberapa buku dan kertas yang agak berterabur di atas mejanya. Semuanya gara-gara ingin menyiapkan laporan kajiannya bersama Dr. Lau.

“Angah call tadi. Tapi tak ada orang jawab.” Syaril senyum melihat keadaan Fazreen yang agak kelam kabut.

“Oh ya? Faz tak perasan. Banyak sangat kerja ni.” Fenn rasa bersalah. Kerja membuatkannya terlupa.

“So, Angah mengganggulah ni ya?” Usik Syaril.

“Eh, mana ada.” Fenn makin rasa serba salah. Peristiwa dua hari lepas menerjah minda.

“Faz dah makan ke?” Tujuan sebenarnya datang ke sini kerana ingin bertanya mengenai perkara dua hari lepas. Tapi, dia tak tahu bagaimana harus dia mulakan. Takut menyinggung hati Fazreen.

“Makan? Ermm…” Fenn menilik jam di pergelangan tangannya. Sudah mencecah ke pukul tiga petang.

“Ni mesti belum. Dah, ikut Angah sekarang. Kita pergi makan.” Arah Syaril. Dia sudah siap sedia untuk bangun. Fenn masih tak bingung di tempatnya.

“Cepatlah. Nanti perut awak tu masuk angin. Kalau sakit nanti, siapa yang susah.” Fenn tak terkata. Dia bingkas bangun. Terkesima seketika. Syaril betul-betul mengingatkannya pada arwah suaminya. Perangai mereka sama. Dulu, arwah suaminya juga akan memaksanya makan. Kalau terlewat sedikit, pasti panjang bebelannya.

“Makan tu penting. Kalau tak makan, macam mana nak dapat tenaga nak buat kerja. Nanti, kalau sakit, siapa yang susah. Abang jugak.” Bebel Syafiq. Itu semua kenangan semasa mereka sedang hangat bercinta dulu. Arwah memang terlalu mengambil berat. Hidupnya dirasakan sangat bahagia dan sempurna waktu itu. Ada seorang lelaki yang begitu menyayanginya. Begitu mengambil berat tentang dirinya.

“Faz? Kenapa senyap ni? Tak suka keluar makan dengan Angah ke?” Syaril pula yang rasa bersalah. Mungkin Fazreen betul-betul sibuk tadi.

“Tak adalah Angah. Tiba-tiba Faz teringatkan arwah. Maaf…” Fenn menunjukkan wajahnya. Dia tahu, Syaril pasti lebih sedih bila mengenangkan arwah adiknya. Adik yang paling rapat dengannya. Bertambah pilu bila tak sempat menatap wajah terakhir arwah.

Syaril diam. Dia tak tahu nak berkata apa. Dia juga sedih bila terkenangkan arwah adiknya itu. Dia tahu, pasti kerana wajahnya yang seiras dengan arwah Syafiq yang membuatkan Fazreen terkenangkan arwah. Dia minta maaf. Tapi dia tak dapat nak mengubah perkara itu.

Fazreen menyuap perlahan nasi ke dalam mulutnya. Dia kurang berselera sebenarnya. Penat. Sedih. Semuanya bercampur. Walaupun dia lapar, tapi hidangan di hadapannya tak mampu memikat seleranya.

“Kenapa ni Faz. Tak sedap ya? Nak Angah suapkan?” Fenn tersentak dengan gurauan Syaril. Sama seperti yang arwah pernah buat dulu. Dia rasa makin terseksa. Air mata seakan mahu menitis.

“Faz? Angah salah cakap ke? I’m sorry ok.” Perasaan bersalah segera menerpa. Niatnya sekadar ingin bergurau. Tak bermaksud lain.

“No. It’s ok. Faz je yang over sensitive.” Fenn menyeka air mata daripada mengalir. Dia cuba mengukir senyum.

“Angah, Faz minta maaf pasal kejadian dua hari lepas. Faz tinggalkan Angah macam tu saja. I’m really sorry.” Fenn segera menukar tajuk perbualan. Dia tak mahu terus bermain dengan perasaan. Dia tak mahu Angah turut bersedih.

“It’s ok. Angah yang sepatutnya minta maaf. Angah tak tahu yang Faz dah ada teman lelaki.”

“No. He’s not my boyfriend. Dia sengaja nak sakitkan hati Faz. Tak pasal-pasal Angah terlibat sama.”

“Sengaja? Apa maksud Faz?” Syaril kurang faham. Apa masalah Faz dengan lelaki yang mengaku dia adalah teman lelaki Faz?

“Tak ada apa-apalah. Hal kecil saja. Dah lah. Faz dah kenyang. Jom kita balik.” Fenn tak mahu Syaril tahu mengenai masalahnya dengan DZ. Syaril tak perlu tahu.
Syaril hanya mengangguk. Tak berani nak tanya lebih-lebih. Mungkin itu rahsia Fazreen dan dia tak ada hak untuk tahu. Mereka segera beredar setelah membuat bayaran. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan dan difikirkan.


p/s:sorry yg teramat kepada semua pembaca....berkurun dah rasanya tak post any novel here...i'm stuck.huhu...hope after this, sy boleh terus berkarya seperti biasa...doakan saya ya...

11 comments:

  1. ade gak..
    huhu...
    skang da kompius spe hero sebnr nieh..
    kalo nk kte DZ,,rsenye angah nieh lebey byk kuar dri DZ..tp nk la DZ nieh hero..huhu..smbung2..

    ReplyDelete
  2. alololo..
    camana ni..
    DZ xjeles ke..?

    ReplyDelete
  3. alololo..
    camana ni..
    DZ xjeles ke..?

    ReplyDelete
  4. akhirnyeeeeeeee...kuar jugak..
    x nak la DZ jd hero...angah la best..baru main perasaan skit...blh fight dgn DZ..hhahah

    ReplyDelete
  5. mmg lam tgg sambung citer ni..
    tol 2,confius gak sape hero..
    n still nak DZ hero yer..

    ReplyDelete
  6. finally,ade pn smbungnnye..smpai ada recap tu.hahaha vote for angah!!haha tp cm dia ngn dz je nnti..

    ReplyDelete
  7. ye lah finally ada sambungannya. Angah & fenn lah, baru best: x mau DZ.

    ReplyDelete
  8. Sy pun vote for angah:D

    ReplyDelete
  9. yes, sy vote for angah:D

    ReplyDelete
  10. alaaa DZ laaa..
    ganas sket..

    ReplyDelete
  11. nk angah la,,, tp nk dz gak,, xtaw la nk pilih cape jd hero

    ReplyDelete