2009-10-23

sepupuku suamiku17

okes....tadaa....hehe..alhamdulillah..novel da siap sepenuhnya...da submit...skrg up to d publisher la cmner...huhu..harap2 diterima...
n coz of that...sy tunaikan jnji...menyambung balik siri novel ni...tapi sprti yang saya katakan dlm post yg sblm ni lah..xbleh post sume...hehe...setiap bab, sikit2...hehe...ape2 pun..enjoyzzzzzzz!!!


Nana mengusap perlahan perutnya. Sudah masuk bulan ketiga usia kandungannya. Selama itu jugalah dia hanya duduk berehat tanpa membuat apa-apa kerja. Semua kerja yang mahu dibuat dilarang suaminya.

“Sayang, jangan buat tu. Biar apa buat. Sayang duduk ok. Jaga baby dalam perut tu.” Penyapu yang berada di tangan Nana bertukar tuan. Hisyam menyorong tubuh isterinya memaksa wanita itu duduk. Nana mengeluh perlahan.

“Sayang rehat ok. Biar abang masak. Sayang nak makan apa? Abang buat special untuk sayang.” Nana mengeluh lagi. Semua kerja Hisyam mahu buat. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Mulanya dia bosan, tapi lama-kelamaan, dia sudah biasa. Kadang-kadang dia buat juga kalau sudah terlampau bosan. Berat badannya juga makin naik.

Nana membelek-belek surat yang baru diambil dari peti pos. Satu-persatu nama penerima dibaca. Satu surat menarik perhatiannya. Namanya terpampang di situ. Dari kementerian pelajaran Malaysia. Jari jemarinya pantas mengoyak sampul surat berwarna putih itu. Hatinya berbunga ceria. Segaris senyuman terukir di bibir nipisnya. Isi surat dibaca bersungguh-sungguh.

“YES!!” Nana menjerit keriangan. Surat tawaran dari bahagian perguruan. Sudah lama dia menantikan surat tawaran itu. Nampaknya selepas ini, hari-harinya tidak lagi akan bosan seperti sekarang ini. Berguna juga ijazah yang dia dapat.

“Tapi abang nak bagi ke aku kerja. Buat kerja rumah yang biasa ni pun dia tak bagi, inikan pula pergi kerja…” Perasaan gembira bertukar risau. Surat tawaran itu dibelek lagi. Hatinya sedih. Makin sedih bila hatinya kuat merasakan suaminya takkan mengizinkannya kerja. Tapi dia tak boleh mengalah. Dia akan berusaha memujuk suaminya supaya bersetuju dengan cadangannya.


Usai makan malam, Nana berehat di anjung rumahnya. Angin malam menampar manja tubuhnya yang hanya disaluti baju tidur nipis. Rambutnya yang lurus dibiar ditiup bayu malam. Segar rasa tubuhnya. Tenang. Damai.

“Sayang buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke?” Pelukan Hisyam menghangatkan tubuhnya yang seketika tadi terasa dingin ditiup angin. Terasa sedikit selesa. Kepalanya dilentok manja ke dada bidang suaminya.

“Tadi sejuk. Sekarang, dah tak sejuk.” Pelukan Hisyam makin erat. Saat yang romantis begini tak mahu dibiar berlalu terlalu cepat. Bunyi kenderaan sayup-sayup kedengaran. Makhluk-makhluk kecil juga bernyanyi riang. Bagai melagukan irama cinta buat mereka.

“Abang, Nana ada benda nak bagitau dengan abang.” Nana bersuara setelah agak lama mereka dibuai perasaan. Dia tak mampu lagi menanggung rasa ingin tahunya. Dia mahu tahu segera. Dia mahu izin suaminya.

“Shhh…kita cakap nanti ya sayang. Abang nak duduk macam ni sekejap je lagi.” Hisyam menyuakan jari telunjuknya ke mulut Nana menyuruh isterinya senyap buat seketika. Dia mahu menikmati saat itu puas-puas. Bukan senang dia dapat berdua-duaan dengan isterinya begini. Jadual kerjanya tak menentu.

“Tapi penting ni bang.” Nana masih belum mahu mengalah. Dia mahu suaminya tahu secepatnya. Badannya dipusing mengadap Hisyam.

“Ok. Apa dia?” Pelukannya masih kemas di pinggang isterinya. Rambut Nana yang kusut ditiup angin disisir menggunakan jarinya. Dahi Nana dikucup penuh kasih.
Nana menarik tangan suaminya memaksa lelaki itu masuk ke dalam rumah. Hisyam duduk di sofa. Nana berlari-lari anak menuju ke biliknya.

“Sayang, jangan lari. Nanti jatuhlah.” Pesan Hisyam tapi langsung tak diendahkan Nana. Nana keluar dengan sampul surat di tangannya. Dilayang-layang surat itu di hadapan Hisyam. Muka Hisyam berkerut.

“Surat apa ni? Bagi abang tengok.” Hisyam mengambil surat yang dihulurkan Nana. Dia membuka surat itu dan terus membaca isinya. Mukanya berkerut. Hati Nana berdebar-debar. Mukanya menanti penuh harapan. Dia tak habis-habis berdoa.

“No. Fullstop.” Tegas Hisyam. Dia melipat kembali surat itu dan dimasukkan semula ke dalam sampulnya. Muka Nana jelas menunjukkan riak kecewa. Jawapan yang memang dijangka.

“Abang, bolehlah. Bukannya jauh sangat. Dekat Bangi je. Bolehlah….” Nana makin galak memujuk suaminya supaya membenarkannya bekerja.

“No. sayang kan tengah pregnant. Nanti, kalau sayang penat macam mana? Kalau jadi apa-apa kat sayang, kat baby macam mana?” Hisyam masih dengan keputusannya. Dia tak mahu apa-apa terjadi kepada isteri kesayangannya dan zuriat yang ada dalam kandungan isterinya.

“Tapi Nana bosanlah duduk kat rumah sorang-sorang. Tak buat kerja. Lama-lama jadi macam tong ikan badan ni tau.” Nana meluahkan perasaanya. Dia memang betul-betul bosan tinggal di rumah seorang diri.

“Kalau sayang bosan, abang hantar sayang pergi kelas untuk ibu-ibu mengandung. Kat hospital abang ada kelas tu. Senang sikit abang nak tengok sayang.” Hisyam memberikan ideanya. Dia harap Nana setuju dan melupakan hasratnya untuk mengajar.

“Tak naklah masuk kelas tu. Lagipun, kelas tu kan biasanya untuk ibu yang dah mengandung lima bulan. Nana baru masuk tiga bulan. Mana boleh lasak.” Ye ke? Dia hanya meneka. Muncung Nana sudah panjang sedepa. Dia masih dengan pendiriannya. Dia mahu bekerja.

“Hah tahu pun tak boleh lasak. So, sayang tak payahlah kerja. Kalau kerja, kena naik turun tangga, kena jalan jauh-jauh. Banyak kerja tau. Nanti sayang penat.” Hisyam sengaja bermain secara psikologi dengan isterinya. Susah juga memujuk isterinya yang seorang ini.

“Tapi berjalan kan bagus untuk ibu mengandung? Nanti senang nak melahirkan baby.” Tetap juga tidak mahu mengalah. Dia mesti menang.

“Sayang, abang tak nak sayang susah-susah kerja. Kan abang ada. Abang boleh kerja. Masih mampu lagi nak tanggung keluarga kita ni. Sayang tak perlu kerja. Sayang tak payah kerja ya?” Lembut sahaja pujukan Hisyam. Sememangnya dia seorang yang sabar. Rambut Nana diusap perlahan. Pipi mulus itu disentuh penuh kelembutan. Dia harap hati Nana akan lembut.

Nana rasa mahu menangis. Entah kenapa perasaannya cepat benar tersentuh kebelakangan ini. Mungkin kerana dirinya mengandung. Tapi, kali ini dia memang betul-betul kecewa.

“Nana mengantuk. Nana masuk tidur dulu.” Dia segera berlalu dari situ walaupun tangannya sempat disambar Hisyam. Pegangan Hisyam ditepis. Dia merajuk.

“Sayang…” Panggilan Hisyam langsung tak dilayan. Pintu bilik ditutup rapat. Air mata Nana gugur. Dia sedih. Mata cuba dilelapkan. Mahu melupakan masalah yang menyesakkan kepalanya.

Hisyam merenung karpet di bawah kakinya. Pandangannya kosong. Dia rasa bersalah. Tiada salahnya kalau isterinya bekerja. Tapi, dia risau. Dia tak mahu hidup dalam kerisauan. Tapi, dia tahu Nana memang kebosanan tinggal di rumah seorang diri tanpa melakukan apa-apa kerja. Apa taknya kalau dia melarang isterinya melakukan semua kerja rumah. Timbul rasa kasihan di hatinya. Terasa dirinya sangat mementingkan diri. Dia perlu memujuk kembali isterinya. Tapi, biarlah marah isterinya reda dulu.
Hisyam melangkah perlahan-lahan menuju ke biliknya. Pintu bilik dikuak perlahan. Tak mahu mengejutkan isterinya yang mungkin sudah lena. Perlahan-lahan dia mengatur langkah merapati katil. Nana sedang lena. Selimut di hujung katil ditarik menutupi tubuh isterinya yang kelihatan kesejukan. Diamati wajah mulus itu. Ada kesan air mata. Menangiskah dia? Hisyam terasa amat bersalah kerana telah membuatkan isterinya menangis. Wajah itu dielus perlahan. Dahi Nana dikucup lembut.

“I love you sayang…” Ucapnya perlahan. Sememangnya dia amat menyayangi wanita di hadapannya walaupun sewaktu mereka diijabkabul, perasaan itu tidak wujud.
Hisyam merebahkan diri di sebelah isterinya. Mata ditutup. Mahu melepaskan beban dikepalanya.

‘Esok aku mesti pujuk dia. Harap rajuknya tak panjang.’ Dia mengharapkan esok agar cepat muncul. Dia tak mahu bermasam muka lama-lama dengan isterinya. Dia tak sanggup.


Nana terjaga dari lenanya. Hisyam sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Perlahan-lahan dia turun dari katil menuju ke ruang tamu. Jarum jam di dinding menunjukkan ke arah angka tiga. Dia duduk menghadap televisyen yang kaku. Hanya cahaya lampu di luar menerangi ruang duduknya. Kertas putih yang menjadi punca pergaduhan antara dia dan suaminya ditenung tanpa perasaan. Pergaduhan pertamanya. Dicapai surat itu. Tawaran itu dibaca lagi buat kesekian kalinya. Hatinya sebal. Air matanya gugur lagi.

‘Kenapa abang buat Nana macam ni. Nana sedih. Nana nak kerja macam orang lain juga.’ Bisik hatinya yang turut sama menangis. Dia merebahkan diri di atas sofa dengan linangan air mata. Tak sedar ada mata yang sedang memerhati perlakuannya. Suaminya yang sedari tadi memerhatikannya, dari mula-mula dia keluar dari bilik langsung tak disedari kehadirannya dek kerana rasa kecewa dan sedihnya.

Hisyam turut merasa sedih. Nana memang terlalu ingin bekerja. Itu memang cita-citanya sejak kecil. Menjadi seorang pendidik. Dan sekarang, bila peluang itu datang kepadanya, ada pula halangan yang mengganggu. Dan halangan itu adalah dirinya yang terlalu ingin menjaga keselamatan isteri dan anak dalam kandungan. Dia merasakan dirinya telah bertindak tidak adil pada isterinya. Menghalang cita-cita murni wanita itu sejak sekian lama.

Hisyam melangkah ke hadapan menghadap isterinya yang terbaring lemah. Kehadiran Hisyam mengejutkan Nana yang sedang melayan perasaan kecewanya. Dia lantas bangun dan menyeka air mata yang galak mengalir menuruni pipinya.

“Abang. Kenapa abang ada kat sini?”

“Sayang masih marahkan abang? I’m sorry ok…” Sebelah tangannya menggenggam erat tangan Nana dan sebelah lagi menyapu manik-manik jernih yang mencemari pipi mulus itu.

“Taklah. Ermm…Nana nak masuk tidur dululah. Mengantuk pulak rasanya.” Nana ingin bangun tapi pergerakannya dihalang tangan gagah Hisyam. Dia terduduk kemas di situ.

“Wait. Abang nak selesaikan perkara ni. Abang tak sanggup tengok sayang sedih. Masam muka macam ni.” Perkara ini harus selesai. Dia tak mahu terus-terusan melukakan hati wanita yang paling dicintainya itu. Dia tak sanggup.

“Kan dah selesai tadi. Kalau abang tak bagi tak apalah. Nana nak buat macam mana.” Jelas kedengaran rajuknya. Wajahnya ditundukkan.

“Betul sayang nak kerja?” Nana pantas memandang suaminya. Tak percaya dengan apa yang baru didengarnya. ‘Biar betul laki aku ni. Tadi beria-ia dia tolak permintaan aku.’

“Sayang? Betul sayang nak kerja?” Hisyam bertanya buat kali kedua bila dilihat isterinya masih tercengang tidak percaya. Nana mengganggukkan kepalanya penuh harapan. Dia tak boleh jual mahal dan merajuk lama-lama. Nanti, tawaran ditarik balik.

“Abang izinkan sayang kerja tapi dengan satu syarat.” Bukan semudah itu dia mahu membenarkan isterinya bekerja lebih-lebih lagi dalam keadaan isterinya berbadan dua.

“Apa?” Penuh semangat Nana bertanya. Matanya yang tadinya dicemari genangan air mata kembali ceria penuh harapan.

“Kalau abang tengok sayang letih atau sakit, secara automatik sayang kena berhenti kerja. Setuju?” Nana mengangkat tangannya tanda setuju.

“Setuju.” Ceria sekali suaranya. Impiannya untuk bergelar seorang pendidik akan tercapai. Cita-citanya sejak dibangku sekolah rendah.

“Ok. Kalau macam tu, jom kita masuk tidur. Dah lewat ni. Nanti baby kat dalam tu sakit pulak.” Hisyam membantu isterinya untuk bangun dan mendorong tubuh itu masuk ke kamar mereka.

“Abang. Thanks…” Nana terharu dengan keputusan dan keizinan suaminya. Memang dia beruntung memiliki suami sebaik Hisyam.

“Hmm…sayang kena bagi hadiah kat abang ni.” Hisyam sengaja mahu mengusik isterinya. Dahi Nana berkerut. ‘Kot ye pun nak hadiah, tunggulah esok. Nana masak special untuk abang.’

Hisyam menyuakan pipinya. Nana senyum. Satu kucupan mesra hinggap di pipi suaminya. Hisyam tersenyum bahagia.

“Ok, sekarang baru boleh tidur. Jom…” Hisyam menyelimuti tubuh isterinya. Seperti biasa, satu kucupan singgah di dahi isterinya. Nana bahagia. Terlalu bahagia. Dia hampir mengecapi kebahagiaan yang diimpikannya selama ini. Bila bayi dalam kandungannya lahir nanti, dia yakin kehidupannya akan lebih bahagia. Lengkap dan sempurna.

8 comments:

  1. waaaaaa..
    ade gak..suke2..
    ehe..
    tanak la si pengacau tuh dtg blk..
    ape ek nm pengacau tuh..lupe suda..
    haha..xkesah laa..

    ReplyDelete
  2. wahh sweet..
    ni buat lg xsabar ni..
    hehe

    ReplyDelete
  3. der jgk n3 nye..
    best2..
    nih yg xsbr2 nk tgu buku kua..

    ReplyDelete
  4. hohoho..baiknye la si hisyam ni..
    best2..ingtkn xde smbungan da..

    ReplyDelete
  5. wah.. serious rindu gile kt cite ni. hehe..
    best2..

    ReplyDelete
  6. waahhh..!!so sweet..!!best yer kalo dpt hubby camtu..hihi..citer yg best sgt..tak sabar nk tunggu sambungan yer...hehe

    ReplyDelete
  7. wahhh....skenyer...sy mcm dpt agk ad something yg brlaku nanti..ape2 pn sy tggu en3 akn dtg.cpt smbng ye pnulis?hu3 good job!!

    ReplyDelete
  8. tah2 t sbb nana keje, nana keguguran.. n hsym mst slhkan nana coz die mmg x kc nana keje dari mula, n kite pon bc yg betape hsyam nkkan anak, mesti die kecewa gile2. oleh sbb kecewa.. t mesti si hisyam 2 tergoda dgn hani gedix 2.. n nana diabaikan.. kalo citenye ceni, xnkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.... xnk hisyam curang, coz imej die da baek sgt sbg suami idaman ramai.... hope sgt hsym xkan trgoda dgn hani gedix 2... nway bile nvl ni kua, sy mesti jd org terawal yg membeli.. hope sgt tjknye dikekalkan.. mule2 sy bc cite ni pon coz tjknye...

    ReplyDelete