Ruang lobi hospital agak lengang waktu dia tiba. Mungkin bukan waktu melawat. Dia menuju ke kaunter pertanyaan. Mungkin dia akan mendapat maklumat di situ.
“Hi, may I know where is Dr. Hisyam’s room?” Kaca mata hitam masih melekat di matanya. Gayanya begitu anggun membuatkan beberapa pasang mata melirik ke arahnya. Dengan solekan tebal dan gaya rambut terkini, dia cukup terserlah dengan sut putih merah yang dipakainya. Segaris senyuman yang terukir pasti dapat memikat hati siapa sahaja yang memandang. Hani melangkah penuh yakin mengikut arah yang diberitahu oleh gadis di kaunter tadi. Bibirnya terukir senyuman. Tujuannya datang ke sini hanya satu. Mahu menarik kembali perhatian Hisyam supaya lelaki itu jatuh ke tangannya semula. Perkara itu mudah baginya. Dengan kecantikan yang dimiliki dan ditambah pula dengan sifat manjanya, pasti Hisyam akan ditawannya kembali dengan mudah.
“Hi, can I see Dr. Hisyam?” Jururawat di situ juga turut terpana dengan kecantikannya. Kalau perempuan pun sudah begitu, lelaki apatah lagi. Dia hanya senyum. Nampaknya, misinya akan berhasil. Tak sia-sia dia duduk mengadap cermin hampir satu jam hanya untuk merias wajahnya. Dia juga sengaja mengambil cuti hari ini untuk melunaskan cita-citanya.
“Maaf cik. Dr. Hisyam sedang merawat pesakit sekarang ni. Cik boleh duduk dulu. Nanti kalau Dr. Hisyam sudah siap, saya akan panggil cik.” Hani mengangguk faham. Dia hanya perlu sedikit bersabar. Dia mengambil tempat duduk. Kelihatan beberapa orang pesakit sedang menunggu giliran masing-masing. Beberapa pasang mata asyik melirik ke arahnya. Dia rimas sebenarnya dipandang begitu. Tapi, lantaklah. Mata mereka. Biarkan saja. Dia melirik jam di tangan. Sudah hampir lima belas minit dia menunggu. Sabar. Tak boleh tergopoh-gapah. Seorang doktor muda yang kebetulan lalu di hadapannya menarik perhatiannya. Macam pernah dilihatnya.
“Norman?” Hani cuba meneka. Norman memandang ke arahnya. Wajahnya jelas kelihatan terkejut. Segaris senyuman terpamer seketika kemudian.
“Hani. Hai, apa khabar? Lama betul tak jumpa dengan kau. Kau buat apa kat sini?” Norman menghampiri Hani dan duduk di sebelahnya. Memang sudah agak lama dia tak bertemu dengan wanita itu. Kalau dulu pernahlah juga Hani datang ke sini bertemu dengan Hisyam, tapi sejak mereka putus tunang, dia tak pernah bertemu dengan wanita di hadapannya lagi.
“Saja nak melawat. Takkan tak boleh kot.”
“Eh boleh. Hari-hari kau nak datang pun tak apa. Kau nak lawat siapa?” Norman hairan. Takkan datang nak melawat dia. Hisyam? Mereka masih berhubung ke? Setahunya, Hisyam sudah tak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan bekas tunangnya ini.
“Kawan baik you tu lah.” Jawab Hani agak malu-malu. Entah apa yang akan difikirkan oleh Norman. Ah, tak payah peduli apa orang nak kata. Yang penting, misinya berjaya.
“Hisyam? Kau masih contact dengan dia ke?” Norman seakan tidak percaya. Hisyam masih berhubungan dengan Hani? Masih ada apa-apakah antara mereka?
“Ermm…I baru je contact balik dengan dia. Datang ni pun ada hal sikit.” Seboleh-bolehnya dia tak mahu Norman tahu akan perkara itu. Dan yang penting, Norman tak perlu tahu apa-apa.
“Oh. Oklah, aku ada patients ni. Lain kali kita jumpa lagi.” Norman meminta diri untuk pergi. Dia akui, memang Hani kelihatan semakin cantik jika dibandingkan dengan dulu. Tapi, apa perkara penting antara dia dengan Hisyam? Atau, Hani ingin kembali menggoda sahabat baiknya itu. Benaknya bermain pelbagai andaian negatif. Dia curiga.
Pintu bilik Hisyam diketuk. Dadanya bergetar. Entah apa reaksi Hisyam bila melihatnya di depan mata. Dia tahu Hisyam kurang senang melihatnya. Hisyam sedang menulis sesuatu di mejanya. Haruman yang dipakai Hani menusuk hidung Hisyam, menggamit perhatiannya.
‘Sakit pun sempat lagi sembur minyak wangi ke?’ Hisyam mengangkat mukanya memandang ke arah si empunya badan. Dia tergamam. Wanita yang langsung tak diundang kehadirannya walaupun suatu ketika dulu kedatangannya sentiasa dinanti dengan senyuman dan rasa bahagia. Hisyam sudah tidak senang duduk. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan ini.
“May I sit doc?” Hani memecahkan kesunyian antara mereka membuatkan Hisyam tersedar dari lamunannya.
“Yeah, sure.” Hisyam cuba berlagak biasa walaupun hanya tuhan yang tahu keadaannya waktu itu.
“How are you?” Hani memulakan bicara. Sudah terbalik. Biasanya doktor yang tanya pesakit.
“I sepatutnya yang tanya soalan tu pada you. So, what’s the problem cik Hani?” Hisyam bersedia mendengar seperti kebiasaannya doktor mendengar masalah pesakit. Tapi, pesakit ini lain sedikit. Dia tak rasa Hani datang ke sini kerana dia sakit. Ada sesuatu yang bermain di kepalanya.
“I datang sini nak jumpa you. Bukan sebab I sakit.” Hani berterus terang. Lebih mudah begitu.
“Tapi saya sedang bekerja cik Hani. Rasanya, cik Hani faham.” Dia tak mahu terlalu memberi muka kepada wanita di hadapannya.
“Tapi takkan sekejap pun tak boleh. I just wanna say sorry.” Hani sudah memulakan lakonannya. Lenggok manjanya merimaskan Hisyam. Wangian yang dipakainya menyesakkan nafas. Hisyam terbatuk kecil.
“Sorry? For what?” Hisyam hairan. Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba Hani meminta maaf kepadanya.
“Sebab kesilapan I dulu. Memutuskan hubungan kita.” Suara Hani perlahan. Ada nada sedih dihujung kata-katanya. Wajahnya ditundukkan.
“Saya dah lama lupakan perkara tu. Cik Hani janganlah bimbang. Dah tak ada apa yang nak dimaafkan lagi. Perkara tu dah lama. Saya rasa cik Hani pun dah jelas sekarang dan cik Hani bolehlah balik.” Hisyam tak mahu memanjangkan lagi perbualan itu. Dia rimas. Baginya, yang berlalu biarkan berlalu. Tak perlu dikenang lagi. Antara mereka sudah tidak ada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi.
“Ok. I akan anggap you dah maafkan I jika you sudi makan dengan I.” Hani takkan semudah itu mahu mengalah. Dia sanggup bermuka tebal demi memenuhi impiannya. Dia tak kisah semua itu.
“Saya rasa saya tak dapat nak penuhi permintaan cik Hani. Anggap sajalah sekarang ni kita tengah makan bersama dan saya dah pun maafkan cik Hani.”
“No. Kali ni you mesti ikut I. I tak kira. Kalau tak, I tunggu sini sampai you setuju.” ‘Susah juga hendak memujuk lelaki ini. Hatinya memang benar-benar sudah tertutup buat aku. Tapi, jangan ingat aku akan mudah mengalah. Kau yang akan mengalah dengan aku, Hisyam.’
“Tapi saya….” Hisyam masih enggan. Dia tahu siapa Hani. Wanita itu takkan mengalah dengan mudah.
p/s:sorry lmbt post smbgannya...hmmm...persoalan kali ni. boleh ke hisyam mengelak daripada wanita itu??apa pula helah wanita itu ya??jgn lupa nantikan smbgannya...
well hisyam...jgn mengalah dgn hani...
ReplyDeletetakkn nk jilat ludah sendiri kot...
eh.. ni smbgan yg ke 18 ke bkn?? or bab len lak?
ReplyDeletehuhuhu..
ReplyDeletesaya sokong yg diats .
erm .
paper pon writer cepat yer smbung !
-shahieka-
jgn mengalah..wat dek je..
ReplyDeletesean nana klu die nmpk..
isteri mne xjeles..nak2 hani tu cntik & ex tunang hisyam...
jgn kuar ngn hani....!
ini mmg bab lain...tapi bab selepas bab 18 jugak...sy sgja biarkan persoalan sblmnya tak berjawab..biar surprise sket...hehehe....sorry yek...tapi sy rasa ade pembaca yg dah boleh teka kan???
ReplyDeletehisyam kalo kua ngan hani mmg die ngeng la.. nana punye baek, die nk menggedix ngan hani lagi.. si hani ni, da x de laki len ke nk ggu si hisyam gak.. tah2 t hisyam 2 tergoda lek, maklumla 1st luv,, xnk222222..
ReplyDeletekalo la si hisyam ni xmmp tepis paksaan hani xmalu 2, wat malu kaum laki jer... xtegas langsung.. jd laki kene la de pendirian... huhhu.. alamak, teremosi suda..hahaha.. cene la kalo bc nvl t..
citer best
ReplyDeletebl nk kuar novel nie?
lambat r
apa2 pn all the best
wat citer yg menarik lg k n yg hepi ending
hehe
bila novel ni akan berada di pasaran??
ReplyDeleteerr.. yg num 18 tu nana hilang, hisyam balik umah. ni yg 19, tup2 hisyam kat hospital?? err
ReplyDeletesis, xnk smbg jatuh cinta lagi ker?
ReplyDeleteelmo:ini bab19...bab18 masih ada smbgan..tapi nntikan novelnya yek..hehehe....
ReplyDeletenovel jatuh cinta lagi:masih akan disambung...tunggu yek...
icic
ReplyDeleteppe pown pleazz smbg cpt2...
xsbr rsenyerr
da addicted kt novel ni sbb best sgt...
best of luck!
cpt2 la smbung...xsabar2 nk bce...hehe
ReplyDeletenovelnyer pown hrp kuar cpat2...
princess... td bc kat fb penulisan2u.. tol ke nvl ni kua febuari ni
ReplyDeleteade smbungan lagi tak????suke2!!
ReplyDeletex dek kot
ReplyDeletekalau ada ALHAMDULILLAH....
bila ada smbg dia ni best gila cita dai
ReplyDeleteciter ni da dibukukan..novel da diterbitkan pada 2010...boleh dapatkan di kedai2 buku...or order sahaja di penerbitan kaki novel...terima kasih kerana sudi membaca... :)
ReplyDeleteApa sambungannya??? Writer.... Tlg cpt ckit yew........
ReplyDeletethe secret...enovel ni dah pun dibuat versi cetak..sudah berada di pasaran sejak 2010. masih berada di pasaran.boleh dapatkan di kedai2 buku atau order terus dgn Penerbitan Kaki Novel SDN BHD. terima kasih kerana sudi membaca novel ini.
ReplyDeletePleaseeeee..............
ReplyDeleteapa jd kat nana?sambunglh.nak tauk.
ReplyDeleteAmeera...novel sepupuku suamiku telah berada di pasaran..boleh dptkan novel berkenaan utk mngetahui kisah selanjutnya..maaf kerana sy tidak boleh mnyambung enovel ini atas syarat2 yg telah ditetapkan. Terima kasih kerana sudi mmbaca novel ini dan teruskan mnyokong karya2 sy. :)
ReplyDeleteBestnya..nmpk gayanya kna bli novel la kn..sgt mndebarkan..dup dap dup dap..
ReplyDelete