2010-01-02

jatuh cinta lagi 22

Fenn menghempaskan badannya ke katil. Penat penat dan penat. Rasa macam nak terus tidur. Kan seronok kalau ada orang tolong mandikan. Tolong suapkan makanan. Abang. Kalau abang masih ada, mesti abang akan buat semua tu kan? Fenn dipagut rasa sayu. Bayangan arwah suaminya tak pernah padam dari ingatannya. Tak pernah lupa walau sehari. Entah kenapa begitu payah untuk dia melupakan lelaki yang dicintainya sepenuh hati itu.

‘Abang tenangkah di sana? Abang rindukan B tak? B rindu sangat kat abang.’ Setitis demi setitis air mata gugur. Air mata jadi begitu murah tiap kali dia teringatkan arwah suaminya. Tak perlu dipaksa.

Ketukan di pintu bilik menghentikan tangisannya. Sisa air mata disapu. Pasti Mek. Fenn bingkas bangun. Pintu dikuak. Terjegul wajah Mek bersama senyuman meleret. Entah apa pula berita yang akan dikhabarkan oleh sahabatnya itu.

“Kau kenapa? Nangis lagi?” Senyuman Mek jadi kendur. Jelas kelihatan wanita di hadapannya itu baru lepas menangis. Pasti teringatkan arwah suaminya lagi. Mek geleng kepala. Begitu kuat cinta Fenn kepada Syafiq. Dia kagum.

“Ada apa? Tersengih-sengih macam kerang busuk.” Pertanyaan Mek tak dijawab. Dia tahu Mek dah ada jawapannya. Tak perlu dijawab lagi.

“Hmm…Kau dah makan ke?”

“Dah tengahari tadi. Kenapa kau nak masak ke? Aku ok je.” Kedua-duanya melarikan diri ke ruang tamu. Televisyen dihidupkan.

“Masak maggi bolehlah. Tapi tunggu malam sikitlah.” Mek sengih. Dia pun malas nak masak. Penat masih terasa.

“Ceh, kalau setakat maggi aku pun boleh masak sendiri. Masaklah tomyam ke, paprik ke, tak pun paling senang, kau masaklah nasi ayam ke. Sedap sikit aku dengar. Ni tak habis-habis dengan maggi.” Fenn buat muka tak bersalah. Mek dah membulatkan mata.
Banyak cantik!

“Banyak cantik muka kau.”

“Aku memang cantik pun.” Tak sempat Mek habiskan ayatnya.

“Aku tolong masakkan maggi pun dah kira ok tau. Nak harapkan kau, mati kebulur la aku.”

“Ala, janganlah marah sayang. I gurau je tadi. Ok, you tolong masak maggi untuk I sekali ya?” Fenn ketawa mengekeh. Terasa hilang sedikit penatnya.

“Ces, ingatkan nak tolong masakkan untuk aku. Hampeh betullah minah ni.” Mek mengalihkan pandangannya ke siaran di televisyen.

“Masakan kau kan paling sedap di dunia. Bila lagi nak tunjuk bakat. Nanti kau letaklah sekali telur ke udang ke. Tak pun letak je ayam dengan sayur.” Fenn ketawa lagi. Laju tangan Mek menghayun bantal di tangannya. Fenn tak sempat elak. Buk! Kena juga kat muka Fenn.

“Kau ingat aku ni apa? Chef Wan ke? Banyaklah kau punya udang, ayam. Aku masak maggi bodoh je. kalau setakat si kering macam kau ni, itu pun dah cukup bagus tau.” Giliran Mek pula yang ketawa. Masih belum berkesempatan nak bercerita tentang peristiwa pagi tadi. Biarkan dulu.

“Si kering. Habis kau tu kurus sangatlah ya?” Memang tak ada insurans betullah mulut si Mek ni.

“Ye lah. Aku ni macam tong drum.”

“Aku tak cakap.”

“Kering, aku ada benda nak story dengan kau ni. Hot story.” Mek mengalih posisi duduknya mengadap Fenn. Wajahnya penuh bersemangat.

“Mulut jaga sikit ok. Hah, apa dia yang hot sangat tu? Dari tadi nak cerita.” Fenn masih bersikap biasa. Masih belum teruja nak dengar.

“Aku sure kau nak dengar cerita ni. Mesti kau terkejut beruk nanti.”

“Ya lah. Apa ceritanya. Kau ni, cepatlah. Aku nak mandi ni.” Badan sudah rasa melekit.

“Pasal DZ.” Fenn sedikit terkejut. Apa kena pula dengan mamat tu? Apa kaitan dengan Mek? Fenn tak dapat berfikir.

“Kenapa dengan dia?” Fenn berlagak setenang mungkin. seolah-olah tak berminat untuk mendengar perihal lelaki yang sangat menjengkelkan itu.

“Aku pergi jumpa dia tadi.” Mek tak tahu apa reaksi Fenn bila tahu tentang perkara itu. Marah? Teruja? Tiada perasaan?

Pantas kepalanya dipusingkan ke wajah Mek minta kepastian. Kenapa Mek pergi jumpa DZ? Apa yang Mek dah lakukan? Dia harap Mek tak tambahkan lagi serabut kepalanya. Tak tambah masalahnya dengan lelaki tak siuman itu.

“Kenapa kau pergi jumpa dia? Dia kenal kau ke?” Wajah Fenn penuh tanda tanya dan jelas dia risau.

“Tak. Dia tak kenal aku. Tapi bila aku sebut nama kau, baru dia tahu yang aku ni kawan kau.”

“Kenapa kau jumpa dia?” Fenn ulang lagi soalannya.

“Aku cuma nak bagi warning aje.” Mek tahu dia tak sepatutnya campur tangan dalam masalah Fenn tapi dia cuma kesiankan kawannya itu.

“Warning?” Fenn masih tak mengerti.

“Supaya jangan buat kau menangis lagi. Jangan ganggu kau lagi.” Mek rasa bersalah tiba-tiba. Tapi dia buat semua itu demi kebaikan Fenn juga. Dia tak mahu lihat Fenn menangis kerana lelaki tak guna itu lagi.

“Mek…” Fenn tahu Mek ambil berat akan dirinya.

“I’m sorry. Tapi aku tak mahu kau terseksa sebab mamat tak guna tu lagi. Kau tak marah aku kan?” Mek capai tangan Fenn. Digenggam kemas tanda dia betul-betul maksudkan apa yang dia katakan tadi. Dia minta maaf kerana buat semua itu tanpa pengetahuan Fenn.

“It’s ok. Aku tahu kau ambil berat pasal aku. Tapi kau tak perlu susahkan diri kau sampai macam ni. Mesti kau teruk kena hamun dengan si tua tu. Kesian kau.” Fenn juga rasa bersalah. Tak pasal-pasal Mek jadi mangsa keadaan. DZ bukannya boleh dijangka. Silap-silap mak cik kat tepi jalan pun dia boleh marah.

“Ha, ni lagi satu aku nak bagitahu kau. Kau jangan terkejut pula.” Mek makin selesa untuk bercerita bila melihat reaksi positif dari Fenn.

“Apa dia?”

“Aku tengking dia.” Penuh bangga Mek memberitahu. Fenn melopong. Macam tak percaya. Dia tak boleh bayangkan muka DZ kena tengking dengan Mek. Mesti mamat tu berasap. Biarkan. Ketawa Fenn pecah berderai. Memang kelakar. Padan muka.

“Apa kau cakap kat dia?” Rasa ingin tahunya makin membuak-buak. Tergendala rancangan nak mandi. Cerita Mek lebih menarik.

“Aku cakaplah jangan ganggu kau lagi. Tapi kalau kau tengok muka dia time tu, aku rasa kau pun akan gelak. Tapi dek kerana aku tengah panas masa tu, tak jadi aku nak gelak. Memang kesian. Muka dia memang macam orang rasa bersalah sangat-sangat.” Mek dapat rasa memang lelaki itu rasa bersalah. Memang lain riak wajahnya.

“Biarlah. Padan muka dia. Biar dia rasa sikit betapa sakitnya hati aku.” Dia puas hati walaupun bukan dia yang melakukannya.

“Tapi dia mengaku salah tau. Dia kata memang dia yang bersalah. Kesian juga. Tapi lantaklah. Dia memang salah.”

“Biarlah Mek. Dah lah. Aku nak mandi. Anyway, thanks ok. Ni yang buat aku sayang kat kau ni.” Fenn bangun dari duduknya.

“Kalau kau sayang aku, kau masaklah untuk aku malam ni. Barulah berbaloi.”

“Ye lah. Aku masak malam ni. Tapi kau janji kau tak akan kata apa-apa tau. Kalau tak sedap pun, kau telan aje sampai habis.” Fenn menghilang di sebalik pintu biliknya. Perasaannya bercampur baur. Adakah patut dia rasa gembira atau perlukah dia rasa bersalah? Tuala dicapai. Pintu bilik air ditutup. Paip air dibuka. Air mencurah laju mengena tubuhnya. Dia rasa segar. Entah kenapa dia rasa sedikit bersalah dan kasihan pada DZ. Bukankah lelaki itu telah buat dia merana? Bukankah dia benci lelaki itu? Bukankah lelaki itu yang membuatkan dia sentiasa menitiskan air mata dan menanggung sakit hati?

Kenapa dia dipertemukan dengan lelaki itu? Benaknya segera mengimbas kembali sewaktu mula-mula diperkenalkan dengan DZ. Bermula pertemuannya dengan Auntie Pah kemudian wanita itu memperkenalkan DZ kepadanya. Sengketa mereka meletus bila Auntie Pah masuk hospital gara-gara dia menolak pinangan wanita itu. Pelbagai perkara tak masuk akal berlaku selepas itu. DZ bagai hilang akal. Lelaki itu melamarnya. Mengacaunya. Menyakitkan hatinya. Sampai sekarang. Entah bila akan berakhir. Bukan dia tak kesian bila DZ asyik merayu, tapi dia tak mahu terlalu mempercayai lelaki itu. Entah apa pula helahnya kali ini.

Kedinginan air tak terasa dek kerana kepalanya ligat berfikir. Mungkin kerana dia masih tak dapat lupakan arwah suaminya dan mungkin juga kerana dia masih takut untuk menghadapi perkahwinan kerana tragedi silam. Ingatannya pada arwah Syafiq terlalu kuat. Dia tak dapat elak. Lebih-lebih lagi bila Angah muncul. Makin kuat ingatannya pada arwah. Angah mengingatkannya pada Syafiq. Wajah mereka mirip. Sakitnya dada menanggung rindu. Hanya Tuhan yang tahu.

“Fenn!! Kau tak siap lagi ke bersiram? Cepatlah, aku dah kebulur ni.” Laungan Mek membuatkan Fenn tersentak. Entah sudah berapa lama dia berdiri di bawah pancuran air itu. Paip air ditutup. Tuala dicapai lalu tubuhnya yang baru terasa sejuk dibalut kemas.

“Kejap. Aku solat dulu.” Fenn membalas laungan Mek. Hanya satu doanya. Agar semua masalah ini akan segera selesai. Dia tak mahu terus terseksa dan merana.


p/s:sorry lmbt sket...huhu...ape2 pun hrp sume enjoy!!

5 comments:

  1. xcited sgt bce nvel ni.
    1 mlm je dh hbs 22 epsd.
    xsbr la nk tgu nxt chaptr...
    cpt2 sket k...
    =p

    ReplyDelete
  2. saya pun baru baca malam ni....ruginyer selama ni saya x baca....rupa2nya best sgt2!!!!!

    ReplyDelete
  3. mesti fenn ssh nak wat pilihan..hu3klu fenn ngan dz best, klu ngan syaril pun best gak..ikut writer la mana2 yg terbaik..

    ReplyDelete
  4. dh lame x jengok blog ni...
    sjk kna tngu citer sepupuku suamiku akn dibukukan...
    pape pon tahniah to writer...
    x sbr nk bli novel tu...
    for this story hope sgt fenn dgn dz...
    xtau la knp rase mcm dz tu istimewa...
    pape pon biar writer yg decide...
    wish u luck...

    ReplyDelete