2010-02-23

jatuh cinta lagi 23

p/s:sorry2...terlambat sudeh...hahaha...really3 busy....but i hope u guys enjoy ngan citer nih...hehe

Troli yang penuh berisi barang ditolak berhati-hati hingga ke kereta. Bonet belakang kereta dibuka. Satu persatu beg plastik dimasukkan ke dalam bonet. Rasanya semua barang sudah dibeli. Beginilah kalau shopping sendirian. Kalau ada Mek, mesti wanita itu akan ingatkan dia. Tapi hari ini Mek terpaksa bekerja. Biasalah kalau bekerja dengan orang. Terpaksalah ikut arahan.

“Hai, banyak beli barang. Nak buat kenduri ke?” Tersentak jantung Fenn disergah begitu. Entah makhluk Tuhan manalah ni. Tak ada adab langsung. Geram pula rasa hatinya. Fenn berpaling ke arah suara itu. Serta-merta mukanya rasa panas. Jantungnya sedikit berdebar. Orang yang paling dia tak nak jumpa.

“Oh, Kak Mas. Lama tak jumpa. Akak apa khabar?” Fenn menghulurkan tangannya. Hanya dibalas dingin oleh wanita awal 40-an itu. Hati Fenn rasa makin membara. ‘Kau apahal? Bukannya laki kau yang mati. Laki aku. Yang kau sakit hati sangat dengan aku ni kenapa?’ Nasib baik masih mampu ditahan perkataan-perkataan itu daripada meluncur dari mulutnya.

“Khabar baik. Sorang saja? Takkan masih tak berganti kot?” Sindir Kak Mas. Kalau diikutkan hati Fenn, mahu saja dia cili mulut laser minah di hadapannya ini. Kebetulan dia baru saja membeli cili padi. Memang berasaplah kalau kena.

“Nampaknya macam tu lah kak. Akak pun sorang ke? Akak tak kahwin lagi?” ‘Hah, rasakan. Sesedap hati menyindir orang. Sekarang giliran aku pulak. Kau ingat aku tak berani?’ Raut wajah Kak Mas sedikit berubah. Mungkin sedikit terasa. Biarkan.

“Hmm… Tak ada yang berkenan di hati. Nak buat macam mana. Tapi rasanya lebih baik macam ni daripada dapat laki yang menyusahkan hidup. Ataupun… daripada menjanda awal.” Memang tak ada insurans mulutlah minah ni. Fenn tahan hati. Memang nak kena andartu sorang ni. Dia tak kenal lagi siapa aku.

“Tapi kalau jadi janda, sekurang-kurangnya adalah juga lelaki nak kat kita kan? Rasalah juga nikmat perkahwinan tu macam mana. Adalah jugak orang nak sayang kat kita.” Kak Mas mencebik. Fenn senyum mengejek. Dia memang dah berubah. Bukan macam Fenn yang dulu. Yang senang diejek. Yang mudah disindir. Dia sudah jadi kuat. Sudah empat tahun berlalu. Kesakitan dulu sudah berkurang walaupun masih berbekas parutnya.

“Hmm… Suka hati kau lah. Aku malas nak berbahas lama-lama dengan kau. Tak pasal-pasal terlekat badi kau tu aku. Hish, tak nak aku. Aku pergi dulu. Banyak barang aku nak beli.” Kak Mas cepat-cepat berlalu dari situ. Terkedek-kedek seperti itik.

“Assalamualaikum.” Laung Fenn. Sengaja memerli. Dia rasa puas. Biarkan. Nampaknya lepas ni, riuhlah mulut anak dara terlajak tu menjaja ceritanya satu ofis. Ah, dia tak kisah. Dia sudah tak berada di situ. Dia juga yang dapat pahalanya nanti. Amin.
Macam manalah lelaki nak terpikat kalau perempuan mulutnya macam itu. Bagi free pun tak ada orang yang sanggup ambil agaknya. Memang kenalah dengan dia tu. Balasan sebab suka sangat jaga tepi kain orang. Kalau dulu, disebabkan mulut laser dan hasutan Kak Maslah si Diana sampai putus dengan tunangnya. Gara-gara mulut celuparnya jugalah si Razlan yang lembut itu berhenti kerja. Entah di mana lebihnya dia sehingga orang di ofis tidak berani membantah. Hanya mengiyakan segala hasutan dan bohongannya. Mungkin dia orang lama di situ dan baik dengan pengurus. Mana tak nya. Kaki bodek bos. Kalau dengan bos, bukan main lembut lagi. Bukan main manis lagi mulutnya. Dengarnya, dia ada hati dengan bos. Elok sangatlah tu. Padan sangat dia dengan si tua tu. Harta memang banyak, tapi miang. Dia sendiri pun pernah digoda oleh lelaki tua miang itu. Nasib baik dia sudah berpunya dan Syafiq pun ada di situ. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan terjadi. Minta dijauhkan.
Enjin kereta dihidupkan. Banyak lagi kerjanya daripada menjaga tepi kain orang macam Kak Mas tu. Belum sempat gear dimasukkan, telefon bimbitnya berdering. Mek.

“Fenn, kau kat mana ni?” Tanpa salam, terus soalan diajukan.

“Assalamualaikum. Kau ni pun sama macam Kak Mas. Aku kat Giant. Nak balik dah ni. Kenapa?”

“Waalaikumussalam. Kak Mas? Kak Mas mana pulak ni?” Mek bingung. Perempuan manalah pulak si Fenn ni sebut. Macam-macam.

“Adalah. Nantilah aku cerita kat kau. Hah, kenapa kau tanya aku kat mana? Kau dah balik rumah ke?” Mek ada kunci sendiri. Dia tak risau.

“Tak. Aku kat pejabat lagi ni. Bosan betul aku dengan bos aku tu. Nak cepat saja tahu.” Ngomel Mek. Ada nada geram di hujung suaranya.

“Biasalah bos. Kau macam tak biasa saja dengan bos kau tu. Semua nak cepat. Kahwin tak nak pulak cepat.” Fenn gelak. Mek pun sama. Memang bos dia masih bujang. Walaupun umur dah mencecah 40 tahun, tapi tak nampak tanda-tanda mahu menamatkan zaman bujang. Dah menikah dengan kerja dia agaknya.

“Tahu tak apa. Tension betul aku. Aku nak bagitahu kau ni, aku mungkin balik lewat sikit malam ni. Nak siapkan semua kerja dulu. Kalau tak, bising lagi bos aku tu. Tak sanggup aku nak dengar.”

“Ye lah. Aku tak kisah. Lagipun aku nak ke ofis juga petang ni. Ada kerja sikit.” Dia nak siapkan kerja-kerja yang tertangguh. Kalau tak, mahu pecah kepalanya nanti nak siapkan semua serentak.

“Oklah. Nanti kita borak lagi ya sayang. Bos I dah menjeling tu. Nanti tak pasal-pasal I kena mengadap muka dia. Bye. Assalamualaikum.” Talian diputuskan. Fenn senyum. Macam-macam perangai manusia dalam dunia ni. Betullah kata orang. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Perangai manusia memang tak boleh nak dijangka. Kadang-kadang nampak saja baik, lembut, tapi sebenarnya perangai macam hantu. Ada pula yang nampak bengis tapi hatinya baik. Memang tak dapat nak ditafsir jika hanya melihat luaran. Tapi apa yang penting, kita jagalah diri kita sendiri. Jangan pedulikan orang lain.


Fenn menghenyakkan punggungnya ke kerusi. Fail-fail tersusun kemas di atas meja. Punat komputer ditekan. Fenn memejamkan mata seketika sementara menunggu komputernya bersedia. Sebenarnya, kata-kata Kak Mas pagi tadi masih berbekas di hatinya. Walaupun pedih unutk ditelan, dia terpaksa mengakui kata-kata Kak Mas itu. Memang sudah nasib janda sepertinya. Sering saja dipandang hina oleh orang lain. Sering saja disalah sangka.

‘Abang, kenapa B diduga begini? B mahu abang di sisi. B mahu abang pujuk B. B rindu abang. Rindu sangat-sangat.’ Dadanya terasa sesak dek kerana rindu pada arwah suaminya yang menggunung. Terbayang senyum manis, gelak ketawa, dan lirik mata lelaki pujaannya itu. Terasa dekat sekali di hatinya. Kalau boleh dia mahu terus memejamkan mata. Tak mahu bayangan itu hilang. Dan kalau boleh, wajah itu tetap ada di depan mata jika matanya dibuka. ‘Abang…. I really miss you. I really need you.’ Lama sekali dia pejam mata.

Matanya dibuka perlahan. Senyuman lelaki pujaannya masih di situ. Matanya tak berkelip. Tak mahu bayangan itu pergi. Bibirnya menguntum senyum bahagia. Bayangan itu nampak seakan Syafiq memang berada di hadapannya sekarang. Mahu saja dirangkul tubuh itu. Dia mahu suaminya tahu betapa dia rindu akan diri itu.

“Abang… I love you.” Tiba-tiba sahaja perkataan keramat itu meluncur dari bibirnya. Laju saja.

“Ehem…ehem…” Fenn tersentak. Dia membetulkan duduknya. Matanya dikelipkan beberapa kali. Bayangan wajah Syafiq masih kaku di situ. Tersenyum padanya. Tapi suara itu? Matanya terbeliak. Bukan arwah suaminya. Bukan.

“Angah!” Fenn tersedar dari lamunannya. Pasti wajahnya sudah merah. Terasa panas. Malunya. Fenn buat-buat sibuk. Syaril senyum. Dia tahu Fenn mesti malu.

“Amboi, jauhnya dia mengelamun sampai orang datang pun tak perasan. Ingatkan arwah ya?” Syaril mengambil duduk di depan Fenn yang sedang mengadap komputer.

“Bila Angah sampai? Tak dengar pun.”

“Macam mana nak dengar kalau syok sangat mengelamun sampai kita ni pun dia ingat Syafiq.” Perli Syaril.

“I’m sorry. So, kenapa Angah datang sini. Tapi jap, macam mana Angah tahu Faz ada kat sini?” Pelik juga. Hari ini hari minggu. Tak ada orang yang kerja. Ada dua tiga orang saja yang datang. Macam tahu-tahu saja mamat ni aku ada kat sini.

“Saja datang. Actually, tadi Angah nampak kereta Faz. So, Angah datanglah. Kebetulan Angah pun dah nak balik. Singgah sekejap.” Terang Syaril. Fenn hanya mengangguk. Sebenarnya dia masih malu.

“Oh. So, kenapa tak balik lagi?”

“Hai, macam menghalau je. Dah tak sudi nak borak dengan kita ya?” Syaril seakan merajuk. Fenn rasa serba salah. Dia tak bermaksud begitu.

“Eh, bukan macam tu. Ya lah, Angah mesti dah ada kat sini dari pagi. Mesti dah penat.” Harap-harap Syaril faham.

“Taklah. Angah datang jenguk saja. Nak baliklah ni. Faz buatlah kerja.” Syaril bangun. Fenn masih rasa serba salah. Mungkinkah Syaril terasa hati dengan kata-katanya tadi?

“Angah, I’m sorry.”

“It’s ok. Bye. Assalamualaikum.” Fenn menjawab salam perlahan. Angah sudah hilang daripada pandangan matanya. Tapi rasa bersalah tetap ada. Kerjanya tergendala sebentar.

‘Tapi Angah kan dah kata dia ok. Tak marah pun. Tapi kenapa aku perlu rasa bersalah? Tapi mungkin di mulut saja kata ok, tapi di hati sebaliknya.’ Fenn kembali tersandar di kerusinya. Masalah…masalah.

“Ish, daripada kepala otak aku ni pening memikirkan benda tu, baik aku siapkan kerja. Kalau tak siap, mahu berpusing kepala aku kena sepak dengan big boss.” Fenn kembali mengadap komputernya. Berkerut-kerut dahinya. Tak sedar hari sudah menginjak ke pukul lima petang. Fenn menggeliat kecil. Pinggangnya terasa sakit dek kerana terlalu lama duduk. Mata juga sudah rasa berpinar. Apa taknya, berjam-jam mengadap komputer. Hari-hari macam ni, mahu buta matanya.

Fenn membetulkan beberapa fail yang berselerak di atas mejanya. Dia mahu pulang sekarang. Tak larat lagi nak mengadap semua kerjanya. Setelah berpuas hati dengan keadaan biliknya, Fenn menapak keluar. Langkahnya terhenti. Telefon bimbitnya berdering. Dia menyeluk beg tangannya. Beberapa ketika kemudian dia mendengus kasar.

“Toyol ni lagi. Apa lagilah yang dia nak.” Kalau diikutkan hati, tak ingin dia menjawab panggilan itu. Tak ingin dia mendengar suara yang menyakitkan hati itu. Rasa berdengung telinganya.

Deringan berhenti tanpa jawapan. Fenn meneruskan langkahnya. Mahu cepat-cepat pulang ke rumah. Pintu kereta dibuka. Enjin dihidupkan. Belum sempat gear dimasukkan, sekali lagi telefonnya berdering.

“Geramnya aku. Kau nak apa lagi toyol.” Fenn mendengus geram. Telefon dicapai.

“Apahal?” Kasar sekali. Biarkan. Padan muka.

“Assalamualaikum. Fazreen?” Fenn terdiam. Matanya bulat. Mulutnya melopong. Pipi terasa panas. Jantungnya seakan mahu melompat keluar.

“Waalaikumussalam.” Bergetar suaranya. Sasaran tersasar jauh. Auntie Pah.

“Maaflah kalau Auntie mengganggu. Faz ada dekat mana ni?” Lembut suara wanita itu bertanya.

“Ada dalam kereta. Nak balik rumah. Auntie?” Debar di dadanya masih tak berhenti. Entah apa malang nasibnya hari ini. Tadi dengan Angah. Sekarang dengan Auntie Pah pulak.

“Auntie ada kat rumah Iqram. Ingat nak jumpa Faz sekejap. Faz sibuk ke?” Fenn kerut dahi. Masalah lagi. Nak terima atau tidak? Kalau terima, mesti kena mengadap si toyol tu lagi. Kalau tolak, nanti apa pula kata Auntie Pah. Fenn menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba rasa gatal.

“Bila?” Fenn buat-buat tanya. Kalau diikutkan hatinya, tak mahu dia pergi. Lantaklah apa Auntie Pah nak fikir. Dia tak kisah. Asalkan tak payah mengadap si toyol tu.

“Malam ni? Kita dinner sama-sama.” Fenn telan liur. Dinner? Aduh. Ni yang dia malas ni. Nanti jadi macam hari tu lagi. Kena tinggal berdua dengan si toyol. Tak mahu.

“Malam ni? Err…” Fenn masih mencongak-congak di dalam kepalanya. Mahu atau tidak?

“Ala, sekejap saja. Makan-makan, lepas tu baliklah. Dah lama tak jumpa. Rasa rindu pulak. Lagipun, auntie rasa bosan duduk sorang-sorang kat rumah. Iqram asyik sibuk memanjang. Nak berbual pun tak ada masa. Bolehlah ya?” Auntie Pah buat ayat kesian.

‘Ni yang aku anti sangat ni. Merayu-rayu lah pulak. Lemah betul aku.’ Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta. Terpaksalah ni.

“Hmm…InsyaAllah.” Itu saja yang mampu dia janji. Tak mahu berjanji lebih-lebih.

“Ok. Kalau macam tu, auntie datang ambil Fenn pukul 8 malam ni ya?” Mulut Fenn melopong. Dia belum kata setuju pun. Ish, payah betul macam ni.

“Tapi auntie…”

“Tak apa. Fenn bersiap saja. Pukul 8 auntie datang ambil.” Belum sempat berkata apa-apa, Auntie Pah lebih dulu membuat keputusan untuknya. Keputusan yang amat tidak disukainya. Benci! Tak suka!

“Assalamualaikum.” Talian diputuskan. Fenn rasa mahu menangis. Hari malang sedunia. Tak suka!!!! Mahu saja dia membatalkan temujanji itu. Dari pagi sampai malam, tak habis-habis dengan masalah. Hari ni berapa haribulan ya?

Gear dimasukkan. Kereta menderum laju. ‘Mek, mana kau. Help me.’

14 comments:

  1. dah lama x baca kisah fenn ni... at last... smbg2... makin best la pulak...

    ReplyDelete
  2. hohoho...
    kcian fenn...
    msh x dpt lupkan arwah suami dia...
    yg ptah akn tmbuh brgnti...

    ReplyDelete
  3. yea..yea..
    nak jmp bakal mak mertua..

    ReplyDelete
  4. best2..nk lagi... cite ni takle nk predict sapa la yg dapt hati fenn akhirnya.. teruskan berkarya.. chaiyokk!!!

    ReplyDelete
  5. angah la plak...
    nak dz...
    writer keep up a gud work ya...

    ReplyDelete
  6. taknak fenn dgn angah, tak ada kick!!! nak dgn iqram..........baru ada ummphhhh!!

    ReplyDelete
  7. besh ye...
    lme da xbc cite ni.
    snbg r lg

    ReplyDelete
  8. cian si fenn nie..
    ari nia aku bjaya bc citer nie dr ep 1-23....
    x blh bla...
    x sbr nk tggu next n3...

    mcm fenn ngn dz jer...
    iyer la slalunyer org yg kt x suka tu la yg kt dpt kan...
    hohoho...

    ReplyDelete
  9. sis,
    sepupuku suamiku akn d post gak kt cnie kew x??
    kew sis direct tlis kt blog agi 1 tu???

    ReplyDelete
  10. best arr..citer ni..
    x nak buat buku ker..

    ReplyDelete
  11. bila nak smbg ni bosan betul hari2 x ada............

    ReplyDelete
  12. salam...
    ble nk smbung?
    lama dah tunggu...
    cite ni best..:)

    ReplyDelete
  13. bila dah nak smbg cite ni............

    ReplyDelete