2010-12-01

jatuh cinta lagi 24

p/s:waaaaaaaaaaaahhhh...finally i manage to post it!!sorry guys...hope uols will enjoy reading this story...hehehe....sikit sedutan dari kisah lepas...ape citer fenn bila kena jumpa bakal mak mertua yek??hmmm...apa helah bakal mak mertua dia tu ye??hmm...same2 kite membacanya...


Dz keluar dari biliknya. Matanya melilau-lilau mencari kelibat mamanya. Entah ke mana menghilang. Mungkin di dalam bilik. Biarlah mamanya berehat. Punat televisyen ditekan. Tiada apa yang menarik untuk ditonton. Bosan betul. Kartun pun layankan sajalah.

“Hah, abang. Malam ni jangan pergi mana-mana tau.” Tersentak Dz. Entah dari mana mamanya muncul. Tiba-tiba saja.

“Kenapa pulak? Malam ni ada apa-apa ke?” Pelik juga.

“Mama dah jemput Fazreen datang dinner dengan kita. Jadi, nanti lepas Maghrib abang pergi jemput dia. Mama nak siapkan makanan.” Puan Syarifah berlalu ke dapur. Mahu memulakan operasinya. Dz tercengang. Bingung. Dia tak salah dengar? Dinner sekali dengan hantu raya? Apa pula rancangan mamanya kali ini? Macam mana dia nak berdepan dengan Fenn? Dia masih malu dengan kejadian tempoh hari. Dia mula tak senang duduk.

‘Oh malam, janganlah kau menjelma hari ini.’

Fenn menilik jam di tangannya. Hampir ke pukul tujuh. Sebentar lagi, Auntie Pah akan datang. Dia masih belum bersiap apa-apa. Mukanya berkerut seribu. Dia tak suka begini. Untuk mengadap muka si toyol itu, dia tak mampu. Geramnya masih bersisa.

“Fenn, kau kenapa? Macam kucing nak beranak je aku tengok. Takut ya?” Usik Mek. Dia tahu Fenn mesti tengah gelabah dek pelawaan Auntie Pah.

“Dah tahu, tanya lagi. Saja aje tau.” Fenn buat-buat merajuk. Bukan setakat takut, seram, seriau, ngeri, semua ada. Kalau dengan Auntie Pah seorang saja, tak apa. Ini, sekali dengan hantu toyol tu. Sengal.

“Kau buat macam biasa saja. Janganlah tension sangat. Tak ada apalah. Everything will be fine.” Pujuk Mek. Sudah terlanjur menerima pelawaan itu. Terpaksalah menghadapinya.

“Dahlah. Aku nak bersiap dulu. Cepat pergi, cepat balik. Cepat juga hilang rasa tension aku ni.” Fenn bingkas bangun. Mek hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Kesian pun ada. Tak habis-habis dengan masalah. Nasib badan.

>>

Fenn menilik penampilannya buat kali terakhir. Simple. Blaus dan jeans. Bedak dan lip balm. Cukup. Bukannya nak ke mana pun. Dinner saja. Itu pun dengan orang yang paling dia alergik. Fenn mencapai tas tangannya.

“Amboi, wanginya Mak Ngah.” Semerbak bau haruman yang dipakai Fenn.

“Mana ada. Aku pakai yang biasa saja. Kau ni memang tak sah kalau tak kenakan aku.” Rungut Fenn. Jam di tangan dikerling lagi. Hampir ke pukul lapan malam. Masih tak
nampak kelibat Auntie Pah. Seketika kemudian, terdengar bunyi hon dibunyikan.

“Hah, tu mak mertua kau dah sampai. Hati-hati ya. Jangan sampai terjatuh pula.” Mek masih mahu mengusik.

“Tak kuasa aku. Aku bukannya tak ada mata sampai nak terjatuh-jatuh. Dahlah, aku pergi dulu.” Laju Fenn berjalan.

“Yang ada mata tu bahaya. Takut terjatuh cinta.” Fenn mendengus geram. Dari luar masih kedengaran gelak ketawa Mek. Fenn tahan hati.

Lambat-lambat Fenn mengatur langkah ke kereta. Muka langsung tak ada senyum. Nasib baik ada Auntie Pah sekali, kalau tak, dia sanggup pergi sendiri. Makin dekat dengan kereta, makin perlahan langkahnya. Lambat-lambat dia membuka pintu belakang kereta. Penunggu di dalam kereta hanya diam. Fenn cuba ukir senyum. Tak mahu dikatakan sombong pula nanti. Maklumlah, orang tua. Hati mereka cepat terasa. Tapi tiba-tiba nafasnya seakan tersekat. Matanya melilau sekeliling. Tak ada Auntie Pah di situ. Hanya ada seorang lelaki di tempat duduk pemandu. Dan yang pasti orang itu adalah Dz, si toyol.

“Mana auntie?” Terus soalan itu ditanya. Fenn sudah tak senang duduk. Rasa mahu terus buka pintu dan keluar.

“Eh, mama ada di rumahlah. Dah, duduk saja diam-diam. Banyak pulak soalnya.” Dz menekan pedal minyak. Menderum laju. Tersadung Fenn ke belakang. Dia mengaduh kesakitan. Dz senyum geli hati. Padan muka.

‘Kurang asam kau toyol. Siap kau nanti aku kerjakan.’ Fenn membetulkan duduknya. Muncungnya makin panjang. Dz buat tak tahu. Dia memandu tanpa langsung mempedulikan ‘bakal isterinya’ di belakang.

Fenn pendam rasa geramnya. Nampaknya episod malang dirinya bersambung kembali. Mungkin sampai dia tutup mata malam ini. Air matanya bergenang. Dia tahan supaya tak menitis. ‘Abang, tolong B…’

“Ok, dah sampai.” Dz membuka pintu keretanya. Langsung tak pandang Fenn di belakang. Pintu ditutup. Fenn masih membatu di belakang. Berat rasa mahu turun. Bukan restoran. Ke mana dia dibawa?

“Tak reti turun sendiri ke? Nak kena dukung ke?” Dz cekak pinggang. Fenn mendengus kasar. Pintu dikuak kasar dan dihempas kuat. Biarkan. Mahu lepaskan geram.

“Mana kau nak bawa aku ni? Auntie mana?” Fenn tak mahu berganjak dari tempat dia berdiri. Dz sudah dulu maju ke depan meninggalkan Fenn yang masih terpinga-pinga.

“Rumah akulah. Mama ada kat atas. Takkan mama tak bagitahu kau yang kita makan kat rumah aku?” Pelik pula Dz rasa. Macam tak tahu apa-apa. Mengigau ke apa?

Fenn masih ragu-ragu. Tak boleh percaya sangat. Berat kakinya untuk melangkah. Dz makin jauh meninggalkannya. Peluh memercik walaupun angin malam terasa begitu dingin.

“Hoi, cepatlah. Aku dah lapar ni. Hah, kalau kau tak nak, duduklah situ sampai pagi. Tak kuasa aku nak layan.” Dz panas. Geram betul kalau dia serius, ada pula orang yang ingat dia main-main.

Fenn pandang sekeliling. Seram. Selangkah. Dua langkah. Makin laju membuntuti langkah Dz di hadapan. Dz ukir senyum mengejek lagi. ‘Tahu pun takut.’

Kedatangan Fenn disambut mesra oleh Auntie Pah. Lega hatinya. Semerbak bau masakan membuatkan perutnya terasa lapar. Dz sudah terlebih dulu ke meja makan.

“Faz sihat?” Pelukan dilepaskan. Tangan Puan Syarifah menggenggam erat wanita muda yang telah mencuri hati keibuannya.

“Sihat. Auntie sihat? Nampak makin muda saja.” Fenn cuba ambil hati. Puan Syarifah tergelak malu-malu.

“Ish, mana ada. Macam biasa saja. Biasalah Faz, dah tua-tua ni, kadang-kadang ok, kadang-kadang sakit juga.”

“Amboi abang. Tak sabar-sabar nak makan. Tunggulah tetamu dulu. Tak malu betul.” Tegur Auntie Pah. Kedua-dua wanita itu beriringan menuju ke meja makan.

“Auntie tak tahu nak masak apa. Ini saja yang termampu.” Puan Syarifah merendah diri. Lauk penuh satu meja lagi nak merendah diri ke? Fenn dah kecur liur. Udang masak lemak cili api dengan ikan pari bakar. Memang makanan kegemaran. Cepatlah baca doa.

“Abang, baca doa.” Cepat-cepat Fenn tadah tangan. Tak sabar nak menjamu selera. Doa diaminkan. Laju tangan Fenn mahu mencedok kuah lemak cili api. Tapi, alamak. Memang sehati sejiwa. Kenapalah mamat itu pun nak ambil benda yang sama. Batal wudhuk aku.

“Amboi, sehati sejiwa pula. Abang, biar Faz ambil dulu.” Kedua-duanya mengalihkan tangan. Muka Fenn rasa panas. Gelojoh. Tak menyempat. Malu pula rasanya.

‘Fenn, control yourself.’ Fenn pujuk diri sendiri.

“Eh, tak apa. Ambillah dulu.” Fenn mengalah. Dz tanpa banyak soal terus mencedok tanpa sedikit pun mempedulikan tetamu di hadapannya.

“Abang, cuba bersopan sikit makan tu. Malu dekat tetamu. Hah Faz, ambillah lagi lauk tu. Banyak auntie masak ni.” Dz langsung tak mempedulikan teguran mamanya. Fenn hanya senyum. Suapannya tak selaju biasa. Kecur liurnya mula menurun.

“Hmm, lain kali boleh auntie rasa masakan Faz pula kan?” Duga Puan Syarifah.

“Hah? B..boleh.” Tergagap-gagap Fenn menjawab. Kalau setakat ikan goreng tu bolehlah. Fenn mengerling Dz yang tersenyum sinis.

‘Apa, kau ingat aku tak pandai masak ke? See the leg lah kawan. Jangan sampai kau termimpi-mimpi pulak nanti.’ Geram pula dia melihat toyol itu.

“Hai, bilalah mama boleh rasa masakan menantu pula.” Tersedak Fenn mendengarnya. Begitu juga Dz. Mereka berpandangan sesama sendiri. Puan Syarifah perasan akan perubahan riak di wajah keduanya.

“Mama bukan apa. Makin hari mama makin tua, bukannya makin muda. Hasrat hati tu, teringin juga nak menjamah masakan menantu sebelum menutup mata. Nak juga dijaga makan pakai oleh menantu.” Selera Fenn mati serta-merta. Ini yang dia malas.

“Faz, takkan hati Faz tak terbuka lagi?” Soalan cepu emas. Nak jawab apa? Tak sedia dan tak akan terbuka?

“Mama, apa mama cakap ni. Insya Allah, kalau ada jodoh, nanti abang kahwin juga. Cuma tak tahu bila.” Makin tersekat kerongkongnya. Bulat matanya memandang Dz yang berlagak selamba menuturkan kata-kata itu.

“Mama tahu. Tapi mama harap kamu tak hampakan harapan mama.” Fenn makin serba salah. Dia tak mahu terus-terusan menipu wanita yang terlalu baik hati itu. Tapi dalam masa yang sama dia tak sanggup nak hampakan wanita itu yang terlalu mengharap.

>>

“Aku harap kau tak ambil hati kata-kata mama aku tadi. Abaikan saja.” Fenn hanya diam. Dia hanya memandang ke hadapan. Dz memandu tenang. Entah kenapa, hatinya mahu berlama-lama dengan wanita di sebelahnya ini.

“Boleh tak kau drive laju sikit. Bawa kereta macam siput.” Fenn panas punggung kalau lebih lama dia di dalam kereta berdua bersama Dz. Tapi arahannya tak dipedulikan. Kelajuan tetap sama. ‘Memang siput.’

“Tawaran aku dulu masih terbuka.” Sepantas kilat Fenn memandang ke arah lelaki di sebelahnya. Buang tebiat ke apa?

“Hello, kau ingat aku ni apa? Tolong sikit.” ‘Aku masih cukup ajaran agama. Masih tahu hukum hakam.’ Fenn mendengus geram. Memang terlampau geram. Tak habis-habis diulang perkara itu.

“Now, I’m serious. Tak salah kalau kita mencuba. Cinta boleh dipupuk.” Meremang bulu roma Fenn mendengarnya. Seram sejuk rasanya. Biar betul mamat ni?

“Cepat sikit boleh tak? Sakit perutlah.” Fenn pura-pura menekan perutnya. Tapi Dz masih tak layan. Makin perlahan adalah. Fenn menjegilkan mata. Dz ketawa kecil. Fenn terpana. Hensem. Tak jadi nak marah. Pedal minyak ditekan. Lega hati Fenn. Tapi kenapa dia rasa nak tatap lagi senyuman di wajah itu? Fenn jeling sekilas ke arah Dz. Senyuman masih terukir di bibirnya. Fenn seakan tak mahu lepas. Tapi cepat-cepat dia membetulkan pandangannya bila tersedar yang Dz juga mencuri pandang ke arahnya.

‘Cepatlah sampai. Karang tak pasal-pasal ada yang terjatuh cinta pula.’ Teringat kata-kata Mek sebelum dia pergi tadi. Terjatuh cinta. Ish, tak mungkin.

Fenn menghempaskan pintu kereta. Mahu cepat-cepat berlalu dari situ. Tak mahu terus memandang wajah yang tiba-tiba sahaja membuatkan hati wanitanya bergetar. Satu perasaan yang aneh yang seboleh mungkin cuba dihindari.

“Sayang, jangan lupa apa yang I cakap tadi ya.” Sengaja Dz menambahkan sakit di hati Fenn. Fenn buat-buat tidak dengar. Malas dia hendak melayan lelaki gila itu. Hentakan kakinya makin kuat meninggalkan Dz. Kereta menderum laju meninggalkan perkarangan apartmen.

Fenn menghela nafas lega. Akhirnya tamat juga siksaannya. Tak mungkin ada yang kedua. Cukup sekali. Lega rasanya bila dapat berbaring di atas katil. Menghilangkan segala rasa penat dan tekanan yang memberatkan kepala. Dia cuba menghapuskan ingatannya pada kata-kata auntie Pah sebentar tadi tapi masih juga kata-kata itu ingin menjengah kotak ingatannya.

Merasa masakan menantu? Tak mungkin terjadi jika auntie Pah mengharapkan dia yang menjadi menantu. Mungkin orang lain dapat menggantikan tempatnya. Masih ramai wanita lain yang lebih layak untuk Dz. Dengan wajah yang tampan dan kerjaya yang mantap, pasti ramai wanita yang akan terpikat. Dia harus akui perkara itu. Lelaki yang dibencinya itu memang ada rupa yang mampu mencairkan wanita.


p/s:so how????comment please!!!!

7 comments:

  1. best~ rndu dh ngn diorg ni..hehe

    ReplyDelete
  2. terlalu lama baru smbg dal ingat2 lupa citenya...tp mmg best.....

    ReplyDelete
  3. lama sangat break..
    sampai lupa stop kat mana..
    jalan cerita makin menarik..
    cuma kena banyak kan option dan konflik..
    baru nampak suspen..

    ReplyDelete
  4. eee
    x ske DZ..
    prangai cm hampeh
    cm x ormat je kt fenn..
    tp nk mntk jdi istri..
    eeee
    kuang asam la..
    x bole ke bia fenn ngan angah??
    hehe
    ag best..
    DZ x best..

    ReplyDelete