Fenn meletakkan tangannya di dada. ‘Apasal berdebar semacam je ni? Ish, suspend je.’ Mukanya berkerut. Takut, bersalah, sedih, semua perasaan bercampur-baur. Entah kenapa dia mesti rasa macam tu.
“Fenn, ko ni kenapa? Macam orang nak kena dakwa kat court je. Rilex la. Nak lawat auntie je pun. Ko ni, emotional terlebih la pulak.” Tegur Mek semasa mereka beriringan menuju ke wad Auntie Pah. Makin hampir, makin gelisah Fenn dibuatnya.
“Aku takut la Mek. Nanti kalau dia tak nak jumpa aku macam mana? Kalau anak dia ada macam mana?” Tak rela Fenn nak jumpa anak bujang auntie tu. Hari tu call macam nak gaduh. Seram dia.
“Hah, dah sampai. Cepat la masuk.” Mek menolak tubuh Fenn memaksanya masuk ke dalam wad.
“Ish, nanti jap Mek. Aku tak de kekuatan lagi ni.” Jantungnya berdegup kencang. Kalah orang lari kena kejar harimau dah ni.
“Banyak la kau punya kekuatan. Tadi bukan main lagi suruh aku cepat-cepat. Tak menyempat. Sekarang, bukan main takut lagi. Dah, takde. Jangan nak ngade-ngade. Masuk je.” Geram pulak Mek dengan minah sorang ni. Pintu wad diketuknya dan terus dibuka memaksa Fenn untuk masuk ke dalam.
Salam dihulur. Dadanya seakan mahu pecah saat mata tua Auntie Pah memandangnya. Dapat dilihat mata wanita itu berkaca menahan sebak. Senyuman dilempar menutup debar di dada. Puan Syarifah membalas senyuman Fenn. Kurang sedikit debar di hati Fenn melihat Auntie Pah senyum padanya. Dia menghampiri wanita itu dan menyalami tangannya. Sejuk sekali rasanya.
“Auntie apa khabar?” Tak tahu nak tanya apa. Itu saja soalan yang terfikir.
“Macam ni lah.” Lemah suara Puan Syarifah menjawab. Jelas masih belum pulih sepenuhnya. Kedua-duanya diam. Fenn pun tak tahu nak cakap apa lagi. Nasib baik Mek ada. Mek je yang tanya itu ini. Thanks Mek.
Air mata Fenn mengalir tiba-tiba. Dia pun tak tahu kenapa. Rasa bersalah sangat kot. Mesti sebab dia auntie jadi macam ni. Bukannya sengaja. Manalah tahu, auntie ada darah tinggi. Tapi kalau tahu pun, dia nak terima je ke pinangan tu? Entah la.
“Eh, kenapa pulak ni Faz? Kenapa nangis tiba-tiba ni?” Puan Syarifah pelik. Q yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati juga pelik.
“Saya mintak maaf Auntie. Kalau tak kerana saya, mesti auntie tak jadi macam ni.” Tersekat-sekat suara Fenn menahan sendu. Air matanya makin laju mengalir. Q kerut dahi. Makin pelik. ‘Apa hal pulak kena mengena Kak Faz dengan mama sakit? Ish, tak faham aku.’
“Ish, bukan salah Faz. Auntie yang salah. Tak bagitau Faz dulu. Main serbu je. Auntie yang sepatutnya mintak maaf. Auntie faham. Dah lah jangan nangis lagi. Auntie tak marah.” Puan Syarifah memeluk Fenn. Memang dia sudah jatuh sayang dengan Fenn. Doanya suatu hari nanti pintu hati Fenn akan terbuka untuk menerima lamarannya.
Pintu wad terbuka. Terpacul wajah seorang lelaki yang agak samar-samar dalam ingatan Fenn. ‘Macam pernah tengok. Iqram! Mati aku kali ni. Adui…Mek tolong aku.’
“Hah bang, masuk lah.”
“Sorry, tak tahu pulak ada pelawat.” Iqram senyum. Matanya memandang tepat wajah Fenn. Cuba mengingat sesuatu.
‘Alamak, dia perasan aku ke? Jangan la dia kenal aku. Tolong tolong!!’ Fenn memalingkan muka menghadap Auntie Pah di hadapannya. Baru je sekejap tadi jantungnya berhenti berdegup laju dan sekarang kembali bergendang kencang.
“Abang, ingat lagi tak Faz?” Aduh, auntie kenalkan la pulak. Kacau.
“Faz? Oh, ni la Cik Faz ye..” sinis sekali bunyinya. Bergetar dada Fenn. Fenn tak mampu nak pandang muka Iqram. Takut dan seram. Kalau kena maki macam hari tu macam mana? Alahai…
“Rajinnya Cik Faz datang jauh-jauh. Kenapa? Tak puas lagi nak tengok mama saya ni sakit?” dah agak dah. Mesti hantu ni maki aku lagi. Puan Syarifah hairan. Macam mana pulak anak dia tahu pasal ni?
“Abang, kenapa cakap macam tu dengan Faz? Penat dia datang jauh-jauh.” Marah Puan Syarifah. Kena sampuk hantu mana pulak anak aku ni?
“Mama jangan ingat DZ tak tahu. Pompuan ni yang sebabkan mama jadi macam ni kan? Apa yang ko dah buat hah?”
“Abang!! Mama tak ajar anak mama cakap kurang ajar dengan orang. Mama yang salah. Faz tak salah apa-apa.” Puan Syarifah geram. Tangannya memicit kepalanya yang berdenyut-denyut.
“Tak payah nak bela orang macam ni ma. Menyusahkan je.” Marahnya masih belum reda. Makin membara bila melihatkan Fenn yang tenang seperti tak ada apa-apa yang berlaku.
“Tak apalah auntie. Mungkin saya memang tak patut datang. Saya mintak maaf sekali lagi. Saya balik dulu.”
“Hah elok sangatlah tu. Ada pun buat sakit hati je.” Belum pun sempat Fenn menghabiskan ayatnya, DZ lebih dulu memotong. Sakit hati Fenn melihat perangai DZ. Mungkin ni lah hikmahnya dia tolak pinangan auntie. Panas baran tak kena tempat. ‘Selamatlah kau Fenn. Kalau tak, dah jadi lempeng kau kena kerjakan dek hantu baran ni.’
Puan Syarifah mengetap bibir geram. Anaknya memang melampau. Kesian Fazreen. Gadis tu tak bersalah. Hampir saja dia pitam tadi. Nasib baik Q ada menenangkannya.
“Q, kalau pompuan tu datang lagi, jangan bagi dia masuk. Abang tak suka.” Q angguk. Tak berani dia nak melawan abangnya yang tengah marah tu. Kalau tak, habis dia.
“Abang ni kenapa? Tak pasal-pasal nak marah, tengking orang? Apa yang si Faz tu dah buat kat abang sampai abang sanggup maki hamun dia macam tu?” Tanya Puan Syarifah dengan nada marah. Geramnya pada anak bujangnya masih bersisa.
“Mama tanya abang? Sepatutnya abang yang tanya mama tau. Apa pompuan tu dah buat sampai mama pengsan dan masuk wad ni.”
“Faz tak buat apa-apa. Dia tak salah apa-apa pun. Mama yang salah. Mama yang terburu-buru. Tak sabar.” Puan Syarifah sebak. Air mata mengalir laju di pipinya.
“Apa mama cakap ni? Abang tak faham. Cuba mama terangkan betul-betul.” DZ tak sedap hati tiba-tiba. Apa mama dah buat?
“Mama pinang dia. Dia tolak. Mama sedih. Tu yang mama pengsan.” Terang Puan Syarifah satu-satu. Mata DZ bulat.
“WHAT??! Mama pinang dia?” Q yang sedang minum air tersentak bila mendengar abangnya menjerit. ‘Kena sampuk ke apa mamat ni?’
“Apa mama dah buat ni? Mama sepatutnya mintak persetujuan abang dulu. Mana boleh main redah macam tu je. Dah lah dengan orang yang abang tak kenal.” Perasaan DZ bercampur baur. Nak marah, mama sendiri. Geram, lucu pun ada jugak. Nekad betul mamanya kali ni.
“Habis, kalau mama tanya abang dulu, abang akan setuju ke? Mama ni dah tua bang. Entah esok, entah lusa, dah tutup mata. Mama hanya nak tengok anak-anak mama bahagia sebelum mama pergi. Mama nak korang ada kehidupan sendiri. Ada orang yang jaga. Bolehlah mama pergi dengan aman.” Puan Syarifah buat ayat sedih. Tapi memang itu tujuannya.
“Mama, abang tak sedia lagi. Mama jangan risau. InsyaAllah, abang akan kahwin jugak nanti. Mama sabarlah dulu..” Pening kepala DZ.
“Nak tunggu apa lagi. Faz tu baik budaknya, sopan, hormat orang tua. Apa lagi yang abang cari.”
“Mama, sabarlah…” hanya itu yang mampu DZ katakan.
“Mama dah puas bersabar bang. Mama nak, abang mintak maaf dengan Faz. Tak nak call je. Jumpa dia terus. Cakap betul-betul. Ni arahan mama.”
“Tapi Ma…” rengek DZ. Takkan dia nak pergi mintak maaf pulak. Dah lah tengking pompuan tu macam apa, alih-alih kena mintak maaf pulak. Payah tu.
“Tak de tapi-tapi. Tak kira macam mana, abang kena mintak maaf jugak.” Tegas. Faz tak patut kena maki macam tu.
Air mata Fenn tak berhenti mengalir. Sejak dari keluar dari wad hingga dah nak sampai ke rumah, dia tak henti-henti menangis. Rasa terhina dimaki begitu. Lelaki memang kejam. Abang..tolong B. B tak sanggup terus kena maki dan hina macam ni. Abang, please… I need you…
“Dah la tu Fenn. Tak payah layan mamat sengal macam tu. Suka hati nak maki orang. Kalau tak kerana auntie tu ada, memang dah kena ngan aku dah mamat tu. Kurang ajar betul.” Mek menggenggam kemas stereng kereta tanda geram. Kalau tak tadi, dah lama si Iqram tu kena lenyek dengannya.
Diari yang menjadi temannya setiap masa dibelek. Gambar Syafiq ditenung lama. Rindu menguasai diri. Terlalu rindu hingga airmatanya mengalir tanpa sedar. ‘I really need u abang.. B tak sanggup nak berhadapan dengan semua ni sendiri.’
Kalau dulu, setiap kali ada masalah, mesti abang yang tolong selesaikan. Abang memang terlalu memahami dirinya. Kehilangan abang memang memberi kesan yang sangat mendalam kepadanya. Terlalu pedih. Walau cuba dilupakan, tapi tak mampu. Kenangan itu terlalu kuat melekat di sanubarinya.
‘Please abang… I wanna be with u there…’
No comments:
Post a Comment