2009-04-23

jatuh cinta lagi 12

‘Nak call ke tak nak? Nak call ke tak nak?’ DZ mundar mandir di ruang pejabatnya. Handphone di tangan dipusing-pusing. Sudah beberapa kali dia cuba membuat panggilan ke nombor Fazreen. Tapi setiap kali itu juga dia memutuskan talian sebelum sempat talian disambungkan. Ego seorang lelaki. Dia masih malu dengan kejadian minggu lepas. Mama pula asyik bertanya sama ada dia sudah meminta maaf dengan Fazreen. Rimas betul macam ni.

“No. you have to call her. Cepat jumpa, cepat mintak maaf, cepat settle benda yang merepek ni.” DZ memberi semangat kepada dirinya sendiri. Panggilan dibuat lagi. Kali ni mesti cakap betul-betul.

‘Number sape la pulak ni. Orang tengah busy macam ni la dia nak call.’ Panggilan dijawab.

“Hello.” Fenn memulakan bicara.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” ‘Suara lelaki. Siapa pulak ni?’

“Boleh saya cakap dengan Cik Fazreen?” DZ sedikit gabra. ‘Macam mana aku nak cakap ni?’

“Speaking. Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni.”

“DZ. I mean Iqram.”

“Iqram? Iqram mana yek?” Saja je Fenn buat-buat lupa. Mesti siasat dulu. Kang orang lain, malu je.

Huh. Short-term memory betul la minah ni. Takkan dah lupa kot orang yang tengking dia hari tu. “Anak Puan Syarifah.” Makin laju jantung Fenn berdegup. ‘Apa lagi mamat ni nak. Takkan kena lagi kot.’

“Apahal u call I ni. I busy lah.” Fenn buat-buat malas nak layan. Tapi memang malas nak layan pun.

‘Kalau tak kerana mama aku, tak hingin pun aku nak call kau la jembalang.’ “I wanna see u.”

“What? Nak jumpa I? nak buat apa?” Apahal mamat ni tiba-tiba nak jumpa aku pulak. Takkan tak puas lagi mengamuk hari tu. Ish, musykil aku.

“I just wanna say erm….” Aduh, susah betul nak mintak maaf. Malu ni.

“Say what? Cakap je lah kat sini. Tak payah jumpa.” ‘Ni yang aku malas ni. Cakap je lah. Banyak kerja ni woi.’

“Sorry!” Huh. Keluar jugak.

“Hah kang senang. Habis tu, nak jumpa buat apa lagi. Dah cakap kan. Ok lah. Banyak kerja ni. Bye.”

Amboi, kerek betul la minah ni. Kau ingat aku hadap sangat nak jumpa dengan kau. Kalau ko taknak, aku lagi 10 kuasa 10 taknak tau. Eksyen betul.

“Wait. I’ve to see u. Ada benda lain yang nak kena bincang.” Perkara ni mesti settle. Malas nak tangguh lagi. Lantak lah nak jadi apa pun jadilah.

“Apa lagi. Busy lah. Takde apa nak bincang lagi. Dah mintak maaf, dah lah. And for your information, I dah lupa benda-benda tu. Tak kuasa nak fikir lama-lama.” Memang tak kuasa nak fikir. Buang karan je. Baik fikir kerja yang melambak kat depan ni.

“Woi, ko ingat aku nak sangat ke jumpa dengan ko. Kalau tak kerana mama aku, tak hingin aku nak mengadap muka kau tu tau tak. Macam lawa sangat.” Hah ambik kau. Berlagak sangat dengan aku. Ko tak kenal lagi siapa DZ.

Fenn tergamam. ‘Fuh, angin torpedo dah datang balik dah. Baru je tadi bukan main sopan cakap dengan aku. Main kasar ek. Siap ko hantu.’

“Habis tu, ko ingat aku nak sangat jumpa ko. Muka macam tempe basi. Ada hati nak kahwin dengan aku. Masuk kuali je la buat sambal. Tu pun kalau ada orang nak makan.” Ambik kau sebijik.

‘Oo..menjawab. nanti kau.’ DZ dah cekak pinggang.

“Wei mangkuk. Ko dengar sini. Ko ingat aku ni hadap sangat nak menikah dengan minah senget macam ko ni ke? Kalau tak sebab mama aku yang pergi pinang ko tanpa persetujuan aku, sampai tujuh keturunan pun aku tak hingin nak nikah dengan ko la mangkuk. Usah kan nak nikah, nak jumpa pun aku tak ingin.”

‘Mangkuk ko panggil aku. Takpe.. ko panggil aku mangkuk kan..’

“Hoi mangkuk jamban, kalau tak puas hati sangat, datang jumpa aku. Kau ingat aku takut dengan tempe basi macam ko ni.” Ah.. belasah je la.

“OK. Ko tunggu sampai aku datang. Kita tengok siapa yang mangkuk jamban.” ‘Minah kerek ni nak lawan dengan aku ye. Tunggu kau. Kita tengok siapa yang jadi sambal tempe nanti.’

‘Alamak, nak jumpa betul-betul ke? Aku main-main je la mangkuk. Ish, biar benar mamat ni. Apa aku nak buat ni.’

“Hello…hello..” ‘Alamak, dah putus la pulak. Alahai, mati aku macam ni. Kalau mamat tu betul-betul sekeping macam tempe tak pe la jugak. Ni badan macam Stone Cold. Betul-betul cari nahas aku ni.’

Fenn mundar-mandir dalam pejabatnya. Kerja yang melambak atas meja, dibiar. Masalah lagi besar dah datang. Nasib baik Dr. Amin kat sebelah cuti. Kalau tak, mesti orang tua tu dah dengar dia berperang tadi. Nak call Mek, nanti kacau pulak. Minah tu dah lah asyik busy memanjang sejak naik pangkat ni. Otaknya bercelaru. Dia mesti fikirkan sesuatu ni. Tengah dia memerah otak mencari idea, handphonenya berbunyi lagi.

“Alamak, dia call lagi. Alahai, macam mana ni.”

“Hello, aku dah kat bawah ni. Kau turun sekarang.”

“Erm… kan aku dah cakap tadi aku busy. Ko balik je lah.” ‘Boleh ke excuse macam tu? Dah lah aku yang mula-mula suruh dia datang.’

“Hai takkan Cik Fazreen kita ni dah mengaku kalah sebelum berjuang kot. Ke dah takut?”

“Tolong sikit ye. takut-takut ni tak main la. Hah, ok. Ko tunggu. Aku datang.” ‘Cabar aku ye. nanti ko. Pantang keturunan aku dicabar tau.’

Dari jauh Fenn sudah dapat melihat DZ yang berdiri di luar keretanya. Nasib baik tak ramai orang. Kalau ada student nampak, mati dia. Mesti kena gossip.

DZ memandang tajam ke arah Fenn. ‘Badan keding macam ni ada hati nak lawan aku konon. Sekali aku jentik dah terbalik.’

“Apehal ko nak jumpa aku sangat ni?” Fenn buat-buat berani. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.

“Hai, belum lawan lagi takkan dah pucat kot.” Sakat DZ. Saja bagi Fenn gelabah.

Fenn meraba-raba mukanya. “Mana ada pucat. Aku letihlah banyak kerja.” Cover. Tapi memang dia takut tahap gaban pun.

“Ikut aku. Tak sesuai cakap kat sini. Nanti kalau student kau nampak, apa pulak kata mereka tengok lecturer dia orang yang ‘macam sopan’ ni bergaduh dengan lelaki depan mereka.” Sengaja ditekan perkataan macam sopan untuk menyakitkan hati Fenn.

“Perlu ke? Alah, cakap je la kat sini.” Tak kuasa aku nak keluar dengan kau.

“Ok. Aku no hal. Aku bimbang kau tu je. Nanti kalau orang nampak kau kena tarik ke, tumbuk ke, kau jugak yang malu.” Fenn diam. ‘Betul jugak. Tapi selamat ke kalau aku ikut mamat tak center ni? Selamat kot.’

Tasik di hadapan mereka ditenung tanpa perasaan. Sunyi sahaja tempat ni. Ye lah. Tengah hari macam ni siapa yang nak datang jogging. Orang gila je yang datang jogging waktu macam ni.

“Hah, cakap la cepat.” ‘Main-main pulak mamat ni. Tadi beria ajak datang. Sekarang dia pulak yang senyap.

“Apa kata kalau kita setuju je dengan plan mama aku?” DZ memulakan bicara. Agak lama juga dia memikirkan tentang perkara ni. Kalau ini yang boleh membuatkan mamanya bahagia.

“Apa ko cakap ni. Ko jangan nak main-mainlah. Aku tak suka. Dah lah. Kalau takde apa-apa yang penting, aku balik dulu.” Kena sampuk dengan hantu tasik ke mamat sengal ni? Ish, tiba-tiba je. Seram.

“Aku serius. Kalau itu yang boleh membahagiakan mama, aku sanggup. Aku tak sanggup nak tengok mama terus sakit macam tu.” DZ pasrah. Mamanya adalah segala-galanya. Tak sanggup lihat mamanya terluka lagi.

“Oh, kalau aku yang terseksa takpe lah. Maaflah, aku tak semulia kau. Aku tak setuju.” ‘Banyak la kau punya plan. Tadi bukan main lagi kau kutuk aku, sekarang ni nak suruh aku kahwin dengan kau pulak. Sorry sikit, kau silap orang la.’

DZ tenung mata Fenn tajam hingga membuatkan Fenn tidak selesa. ‘Boleh tahan keras hati jugak minah ni. Takpe, aku akan buat sampai ko setuju.’

“Aku bagi ko masa untuk fikirkan pasal ni. Kita tak perlu kahwin. Just tunang je dulu. Lepas setahun, kita putus. Mungkin mama akan boleh terima kalau kita hanya putus tunang daripada bercerai.” Terang DZ dengan ego.

Fenn senyum sinis. “Hebat betul idea ko ni. Tak sangka pulak aku tempe basi macam kau ni boleh terfikir idea yang maha hebat macam ni. Hotak kau. Kau ingat aku ni apa? Buat kontrak jadi tunang orang? Aku tak setuju. Kau cari je pompuan lain kat India Street tu ramai. Kalau ko tak jumpa, aku boleh tolong carikan. Dah, aku nak balik.” Tak kuasa nak melayan orang tak betul macam ni. Makin dilayan, makin menjadi gilanya.

“Please..” lengan Fenn ditarik pantas. “Please… just for once. Mama hanya nak kat kau. Kalau tak, dah lama aku cari pompuan lain yang jauh lebih bagus dari kau.” Masih lagi angkuh. Nak mintak tolong dengan orang pun sempat lagi berlagak.

‘Tapi ni yang aku lemah ni. Please la jangan merayu macam ni. Adoi…tak boleh tak boleh. Ko kena kuat Fenn.’ “NO!!”

“PLEASSSSEEE!!” DZ buat muka kesian. Anything for you mama.

‘Ish mamat ni. Aku tendang terus masuk tasik kang, tak faham bahasa ke?’

“Taknak! Dah full stop.” Tegas. Tak boleh bagi muka sangat.

“Ok, aku sanggup buat apa saja yang kau suruh asalkan kau setuju.” Apahal dengan ko ni DZ. Ah.. kali ni je.

‘Hm..menarik. kesian la pulak aku tengok mamat ni. Ish, jangan lembut hati Fenn. Tapi, kesian jugak kat auntie Pah.’

“Iiissshhh, kacau la kau ni. Kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke? Yelah, yelah. Nanti kau fikir. Tapi aku tak janji nak setuju dengan idea gila babas kau ni tau.” DZ senyum. ‘Yes, lakonan menjadi. Hehe..boleh ganti Rosyam Nor la macam ni.’

“Thanks..Jom aku belanja ko makan dulu. Pastu aku hantar ko balik.” Umpan DZ.

“Takpe lah. Ko hantar je aku balik. Banyak lagi kerja aku kat ofis tu nak kena settle.” ‘Tak kuasa aku nak makan dengan kau. Tengok muka kau pun aku dah rasa nak muntah, ni kan pulak nak makan dengan kau. Please lah.’

3 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
    nk smbungan...
    best giler e-novel ni..
    cinta sejati btol...

    ReplyDelete
  2. ok.tggu ek.sebenarnya sy pun suke citer ni.enjoy time tulis novel ni. tengah perah otak nk cari idea ni.hehehe

    ReplyDelete
  3. jatuh cinta lagi ni just smpi bab 23 kew?
    bila nak sambung.....
    nak tau jaln citer dia smpi habislah...

    ReplyDelete