Makin dekat hari pernikahan, makin keliru perasaan Nana. Kadang-kadang rasa seronok sangat, teruja dengan alam baru yang akan ditempuhi. Kadang-kadang, takut, bimbang tak dapat melaksanakan tanggungjawab baru yang bakal dipikulnya. Tapi apa yang pasti, dia telah menerima lamaran maklongnya dan akan berkahwin dengan Abang Syam merangkap sepupunya sendiri esok. Semua persiapan telah disiapkan oleh maklong. Majlis dirumahnya akan hanya dibuat selepas dia habis belajar nanti. Baju pengantin berwarna silver+purple yang tergantung di dinding biliknya dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.
‘Macam mana rupa aku pakai baju tu ek? Sesuai ke? Ish.. kenapalah dengan aku ni? Rilex Nana. Esok kau akan jadi isteri abang Syam yang sah. Bukan ke itu yang kau impikan selama ni?’
‘Memangla, tapi macam mana kalau dia tak dapat terima aku sebagai bini dia?’
‘Kan dia sendiri yang setuju kalau kau jadi bini dia.’
‘Memanglah. Tapi kalau dia buat tu semua sebab tak nak susahkan mak dia macam mana? Terseksa aku.’
‘Takkan lah abang Syam nak buat macam tu kat kau. Dia kan baik.’
“ARGHHHH!!! Benci…” Nana melepaskan tekanannya. Perasaannya positive dan negativenya berlaga. Semuanya gara-gara majlis pernikahan esok.
“Nana? Kenapa menjerit tadi?” tanya Mama yang tiba-tiba muncul. Mukanya berkerut. Jangan anaknya buat hal pulak. Esok majlis penting.
“Hah? Tak ada apa lah ma. Ada cicak jatuh tadi. Tu yang terkejut tu. Mama tak tidur lagi ke? Dah malam ni. Kang esok tak terjaga kang, susah.” Banyak lah cicak. Agaknya cicak nak masuk bilik aku ni pun takut. Pantang Nampak cicak mesti kena lastik.
“Mama nak tidur lah ni. Terperanjat dengar Nana menjerit. Dahlah. Tidur. Mama tak jaga takpe. Awak tu. Kang ada pengantin lelaki sanding sorang-sorang atas pelamin esok.” Seloroh mama sebelum menutup pintu bilik Nana.
“Good luck Nana. You can do it.” Kata-kata semangat untuk diri sendiri. Dia melelapkan mata. Esok hari paling penting buatnya. Mesti bersemangat. ‘Chaiyok!!’
Paluan kompang memeriahkan suasana. Majlis akad nikah selamat diadakan. Kini Diana Syakira binti Suhaimi sah menjadi isteri kepada Mohd. Hisyam bin Mohd. Nor. Sukar untuk digambarkan perasaan Nana saat abang Syam melafazkan akad nikah sebentar tadi. Air jernih begitu mudah menitis dari bibir matanya. Terharu. Saat bibir abang Syam mengucup mesra dahinya, terlalu indah perasaan itu untuk digambarkan.
“Meriahnya wedding kau Nana. Jeles aku tau.” Farah yang telah sampai ke rumahnya pagi-pagi tadi begitu teruja dengan pernikahan teman baiknya ini.
“Ha’ah la. Aku pun jeles. Rasa macam nak kahwin esok je terus.” Suria pula menyampuk.
“Hah, kalau macam tu, nikah je la. Nanti aku bagitau dekat Zarul ek?” Usik Nana.
“Ish, aku gurau je la. Seronok tengok orang kahwin. Tapi aku tak sedia lagi la. Duit pun tarak ni.”
“Kau tak bagitau Johan ke kau kahwin hari ni Nana?” tiba-tiba Farah teringatkan lelaki itu. Lelaki yang begitu mengharapkan cinta Nana. Tak pernah putus asa selama 4 tahun. Kalau dia tahu pujaan hatinya sudah jadi milik orang sekarang, mesti dia sangat kecewa.
“Ah, buat apa aku nak bagitau dia. Dia bukannya siapa-siapa pun. Korang pun kena ingat, jangan bagitau siapa-siapa tau yang aku dah nikah. Especially mamat tu. Promise?”
“Ok.” Suria dan Farah menjawab serentak. Keras hati betul si Nana ni. Langsung tak terbuka hati untuk terima cinta Johan. Cakaplah apa sahaja yang Johan tidak buat untuknya. Semuanya Johan lakukan demi untuk memiliki cintanya. Johan sanggup ponteng kuliah semata-mata untuk menghantarnya ke klinik semasa dia demam, tidak lupa memberi hadiah tidak kira pada hari jadinya atau tidak. Terlalu tulus cinta lelaki itu untuk Nana tetapi Nana langsung tidak tersentuh hati.
“Nana, dah nak maghrib ni. Jom kita masuk. Tak elok duduk luar waktu macam ni.” Abang Syam yang menyapa tiba-tiba menghentikan gelak ketawa mereka bertiga. ‘Alahai, lembutnya suara. Ni yang makin aku terpikat ni.’
“Ha’ah la Nana. Kalau macam tu aku dengan Farah balik dulu lah. Kita jumpa kat kolej je la nanti ek. Tapi jangan buat-buat lupa nak datang pulak. Maklumlah, dah dapat laki hensem.” Usik Suria membuatkan Nana tersipu malu.
“Ish korang ni. Aku tahu lah. Thanks sebab sudi datang. Ingat janji kita tau.” Nana memeluk kedua-dua sahabat baiknya sebelum kedua-duanya beredar.
Diana mundar-mandir di dalam bilik. Jantungnya berdegup kencang. ‘ Macam mana ni. Aku mana reti bab-bab macam ni. Habis la..’gumam Nana. Dulu, masa kawan-kawannya bercerita mengenai malam pertama, dia langsung tak layan. Alasannya, lambat lagi. Nanti boleh belajar. Hah, sekarang, dia jugak yang tak keruan.
Pintu bilik dibuka. Terpacul wajah abang Syam dengan senyuman yang mesra. ‘Ya ALLAH, kuatkanlah hati hambaMu.’ Doa Nana. Wajahnya sudah pucat.
“Nana tak tidur lagi? Tak penat ke?” tanya Hisyam seraya duduk di sebelah isterinya.
“Belum. Tak ngantuk lagi.” ‘Ish, janganlah duduk rapat-rapat sangat. Seram ni.’ Nana makin tak senang duduk bila Hisyam merapatkan kedudukannya.
“Tunggu abang ye.” Menggoda sekali suara abang Syam dipendengaran Nana. ‘Adus…jangalah buat macam ni. Amma..appa..help me.’
“Ha’ah. Eh, bukan, bukan. Betul, Nana tak ngantuk lagi.” Alamak, terkantoi la pulak. Malunya…
Hisyam tergelak. Lucu melihat Nana gelabah. Kesian dia. Mesti terkejut kena kahwin tiba-tiba macam ni. Dia sendiri juga bagai tak percaya yang dia berkahwin dengan sepupu yang sudah dianggap macam adik kandungnya sendiri. Memang pada mulanya dia yang setuju dengan cadangan emaknya untuk menggantikan tempat Hani dengan Nana, tetapi hanya kerana kasihankan emaknya. Tak sanggup melihat emaknya menanggung malu. Bukan dia tidak kasihankan Nana, tetapi entahlah. Fikirannya tidak tenang ketika itu. Keputusan Hani untuk memutuskan pertunangan mereka disaat akhir terlalu menghancurkan hatinya. Selama 7 tahun menyulam cinta, tiba-tiba pada saat pernikahan mereka semakin hampir, Hani memutuskannya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Terlalu payah untuk dia menerima cinta pertamanya hancur begitu sahaja. Dia terlalu menyintai Hani. Dan kini, dia perlu menyemai perasaan cinta itu sekali lagi terhadap isterinya. Terlalu payah dirasakan kerana perasaan sayangnya pada Nana adalah perasaan sayang seorang abang kepada adiknya. Tapi dia harus cuba. Gadis didepannya ini telah banyak berkorban.
“Abang, kenapa ni? Abang penat ya. Kalau Abang nak tidur dulu, tidur lah.” Pelik Nana melihat suaminya tiba-tiba senyap. Tadi bukan main romantic.
“Taklah. Nana, abang nak tanya satu soalan boleh?” Dia mesti tahu perkara ini. Untuk kebahagiaan mereka juga.
“Apa dia? Tanya je.” ‘Abang nak tanya seribu soalan pun Nana sanggup jawab.’
“Erm..Nana dah..” tiba-tiba handphone Nana bordering. Handphone dicapai. ‘Alamak, kenapa time ni jugak dia nak call.’ Nana memutuskan talian.
“Siapa tu? Kenapa tak jawab?” Teman lelakinya kah? Mungkin dia tak selesa kalau aku ada di sini.
“Er..tak de siapa-siapalah. Salah number kot.” Nana sedikit gusar. Handphonenya sekali lagi bordering.
“Jawablah. Abang nak ke bawah kejap.”
‘Ish mamat sengal ni. Spoil betul lah. Tak de masa lain ke nak call. Tak payah call terus pun tak pe.’ Nak tak nak dia jawab jugak panggilan tu.
“Nana mana? Dah tidur ke?” Tanya Zahlia yang sedang mengemaskan pinggan mangkuk bila melihat abangnya.
“Ada kat atas. Tak tidur lagi.”
“Kenapa ni. Macam takde mood je? Hai, takkan tak sampai sehari nikah dah gaduh kot.” Usik Zahlia.
“Ish, ke situ pulak. Mana ada. Abang tak macam awak tu. Hari-hari gaduh. Tu belum kahwin, esok dah kahwin, entah jadi apa kat si Imran tu.” Zahlia mencebik. Ada saja idea abangnya nak mengenakannya.
“Yaya, abang nak tanya sikit boleh?” Mungkin adiknya tahu. Mereka berdua rapat. Mungkin Nana ada ceritakan apa-apa kat Zahlia.
“Apa dia?”
“Nana ada cerita apa-apa tak kat Yaya? Pasal pakwe dia ke ape ke?”
“Hah? Tak de pulak. Kenapa? Abang jeles ek? Tanya lah dia sendiri.” ‘Hai, apalah abang aku sorang ni. Benda tu pun takut ke nak tanya bini sendiri?’
“Hmm..takpelah. Abang nak naik dulu. Kesian Nana sorang-sorang.”
“Kesian ke rindu? Jangan ganas-ganas sangat ye bang. Kesian anak orang tu. Budak lagi tu.” Zahlia tergelak kuat. Hisyam sudah sedia dengan kain buruk di tangan. Balingannya tepat mengena muka Zahlia.
“Hah padan muka. Gelak lagi.” Giliran Hisyam pula yang gelak meninggalkan adiknya yang mencuka.
Pintu bilik dikuak. Terang dan senyap. Hisyam melihat sekujur tubuh Nana terbaring di katilnya. Gadis itu dihampiri. Nyenyak sekali tidurnya. Telefon masih di tangan.
‘Mungkin benar itu pakwe dia.’ Dia mencapai bantal dan merebahkan diri di atas karpet di bawah. Mungkin Nana perlukan masa. Biarlah.. dia akan tunggu sehingga Nana betul-betul sedia.
No comments:
Post a Comment