2009-04-25

sepupuku suamiku?3

“Farah, betul ke apa aku buat ni?” Farah pun tak caya bila Nana bagitau dia nak kawin. Dengan sepupu sendiri lagi tu.

“Aku pun tak tahu. Tapi kalo ko rasa tindakan kau tu betul, just go on.” Farah pun tak tahu nak cakap macam mana. Bukannya dia ada pengalaman bab-bab macam ni. Pakwe pun takde.

“Tapi ko janji jangan bagitau orang lain tau. Malu aku.”

“Apehal pulak nak malu. Bangga apa dapat kawin. Bukan calang-calang orang laki ko tu. Doctor tu.” Saja je Farah nak kenakan Nana.

“Banyak la ko punya bangga.” ‘Tapi memang bangga pun dapat kawin ngan abang Syam. First love tu. Bukan semua orang dapat kawin dengan first love diorang. Aku ni kira bertuah la ek. Hehe..’

“Nampaknya kempunan la si Johan tu. Kesian dia.”

“Johan? Ah lantak la. Aku peduli apa. Aku da cakap ngan dia awal-awal. Dia tu yang pekak badak sangat. Ingat aku cakap bahasa keling agaknya. Susah sangat nak paham.” Geram pulak bila dia ingatkan si Johan tak paham bahasa tu. Asyik nak mengacau je kerjanya. Dah orang tak nak tu tak nak la. Sekali aku keluar bahasa Slovakia kang baru ternganga.

“Nanti aku datang rumah kau. Maybe hari Rabu. Aku discuss dengan Suria dulu ek.”

“OK. Janji datang tau. Aku takut ni.” Buat muka kesian. Talian dimatikan. Sambung berangan balik. Lagi dua minggu dia bakal bergelar isteri orang. Macam mimpi pulak rasanya. Tak pernah terlintas nak kawin semuda ni. 22. Dengan abang Syam pulak tu.

“Argh…” bantal busuk ditekup ke muka. Tak boleh bayang macam mana jadi isteri sepupu sendiri. Dah la kenal dari kecik. Malunya…

“Nana, jangan lari. Nanti jatuh.” Larangan Kak Yaya tak diendahkan. Rama-rama coklat hitam besar yang terbang terus dikejar. Dia mesti dapatkan rama-rama tu.

‘Gedebuk.’ Alamak salah landing la pulak. Sakitnya kaki. Nana bangun perlahan. Mukanya habis comot dek kerana terjatuh dalam lumpur. Merasa makan lumpur. Tu la degil sangat.

“Ha..kan akak dah kata jangan lari. Nasib baik jatuh dalam lumpur. Kalau jatuh dalam parit macam mana?” Kak Yaya dah gelak tengok muka Nana yang dah macam askar masuk hutan.

‘Ish Kak Yaya ni. Orang tengah sakit dia buat lawak pulak. Sakit tau.’

“Dah, jangan nangis lagi. Jom masuk. Kita sapu ubat.” Nana mengikut saja arahan kakak sepupunya. Teresak-esak dia menangis.

“La, kenapa pulak ni. Kotor habis baju ni. Kenapa kaki berdarah tu?” abang Hisyam yang kebetulan ada di situ bertanya sebaik sahaja Nana dah Zahlia masuk ke rumah.

“Nana jatuh dalam lumpur kat depan tu tadi. Tu la, degil sangat.”

“Hm..tak pe. Meh sini abang sapu ubat. Tapi, pergi basuh muka dulu.” Baiknya abang sepupu aku ni. Macam manalah aku tak jatuh hati. Walaupun masa tu baru darjah enam, tapi kalo kena layan macam ni, budak tadika pun boleh jatuh hati. Abang Syam ni baik sangat dengan aku. Walaupun ada adik sendiri, tapi dengan aku pun dia manjakan. Maklumlah, aku tak ada abang. Kakak je. Tu pun sekarang tengah kat oversea, sambung belajar. Jadi sepupu aku berdua ni je la yang aku ada. Tapi, hubungan kami makin renggang bila abang Syam sambung belajar kat Australia. Masa tu aku, baru tingkatan satu. Tapi, semua pasal abang Syam aku tahu. Kak Yaya yang cerita. Nak tanya terang-terang aku malu. Nanti dia perasan pulak yang aku minat kat abang dia. Tapi kakak sepupu aku sorang ni macam tahu je aku suka kat abang dia tu. Sebab tu, setiap kali jumpa mesti cerita pasal abang Syam. Seronok. Hehehe…gatal jugak aku ni ek.

Hadiah-hadiah yang abang Syam bagi dari kecik sampai sekarang aku simpan. Semua. Kad birthday masa darjah enam pun aku simpan lagi. Sekotak. Tak siapa boleh usik kotak tu. Mama pun tak berani nak bukak. Hehe…harta karun paling berharga tu..bukan senang nak dapat.

“Nana..turun. maklong datang ni.” Jerit mama dari bawah.

‘Opocot. Terkejut aku. Tengah sedap berangan ni, ada saja yang kacau. Tensen betol.’

“Ye, kejap.” Maklong datang nak buat apa pulak. Segan la pulak nak jumpa.hehehe…

Baru nak turun, maklong terlebih dulu masuk ke bilik. Alamak, bakal mak mertua buat spot check ke ni? Da la bilik aku bersepah ni. Tak sempat nak kemas lagi. Mana nak sempat asyik berangan je.

“Susah-susah je maklong naik. Nana baru nak turun.” Tangan maklong disalam. Maklong menariknya ke dalam pelukan. Belakangnya diusap penuh kasih.

‘Pehal la pulak maklong aku ni.’

“Duduk la maklong. Maaflah, bilik bersepah sikit. Tak sempat nak kemas lagi ni.” Tak sempat la sangat. Alasan je tu. Huhuhu…

“Takpe. Maklong faham. Mesti banyak yang Nana kena prepare kan. Maklong mintak maaf sangat-sangat dengan Nana.” Sayu sekali suara maklongnya.

“Eh, takde lah maklong. Kan semua maklong yang sediakan. Nana sedia badan je ni.” Buat sedap hati maklong.

“Nana betul tak menyesal dengan keputusan Nana ni? Betul Nana takde teman lelaki lagi?” Buat kesekian kalinya maklong bertanya. Dia bimbang anak saudaranya akan terseksa dengan permintaannya yang tiba-tiba itu kelak.

“Maklong, kalau Nana dah ada pilihan sendiri, Nana takkan setuju dengan pernikahan ni. Maklong jangan risau. Nana ok.” Nana mengusap mesra tangan maklongnya. ‘Nana tak pernah jatuh cinta dengan orang lain maklong. Dengan abang Syam sorang je dari dulu sampai sekarang.’ Ingin diluah malu. Biarlah masa saja yang menentukannya.

“Amboi… mesranya menantu dengan mentua. Ni yang jeles ni. Ni belum nikah lagi, kalau dah nikah nanti, anak sendiri pun lupa agaknya.” Zahlia yang tiba-tiba muncul mengusik ibu dan sepupu atau bakal kakak iparnya seraya memeluk manja ibunya.

“Ish, mana ada kak. Borak-borak je. Jeles ek?”

“Mestilah. Tapi kalau setakat dengan Nana ni, tak berapa nak jeles sangat la.”

“Oh…ok. Kita tengok nanti macam mana.” Saja Nana mengusik kakak sepupunya yang sememangnya manja dengan maklongnya.

“Korang ni. Tak habis-habis. Dari kecik sampai besar, tak berubah langsung. Dah lah mak keluar dulu. Hah, Yaya..alang-alang ada kat sini, tolong si Nana ni kemas bilik dia. Ada jugak faedah. Kesian dia kena buat sorang-sorang.” Maklong berlalu keluar. Apa lagi, bukan makin kemas bilik aku. Makin bersepah ada lah. Kalah budak 6tahun

1 comment: