Secret Recipe agak lengang. Mungkin kerana bukan waktu rehat. Tangis Fenn sudah reda. Fenn hanya memesan minuman walaupun kek blueberry cheese kegemarannya seakan memanggil-manggil untuk dijamah. Seleranya mati. Syaril juga memesan minuman. Wajah sugul Fenn di hadapannya dipandang. Sayu juga hatinya. Dia perlu segera berterus terang. Tak sampai hati melihat terus berteka-teki.
“Saya Syaril. Mohd Syaril Bin Hasyim.” Fenn tergamam. Macam pernah dia dengar nama itu. Dia ingat-ingat lupa. Nama itu sama dengan nama….
“Angah?” Teka Fenn. Dia sendiri kurang pasti sama ada betul atau tak tekaannya. Syaril senyum lantas mengangguk. Angah, panggilan di kalangan keluarganya. Tak sangka, Fenn pun mengenalinya dengan nama itu.
“Yes. Angah. Abang Syafiq. That’s why I know you. Arwah selalu cerita pasal Fenn dulu.” Syaril terus terang. Dadanya rasa lapang. Hati Fenn makin pilu. Air mata kembali menyapa pipinya. Ingatannya pada arwah suami makin menyesakkan dadanya. Rindunya makin dalam. Langsung tak boleh dengar namanya disebut. Apatah lagi orang yang semirip arwah suaminya ada di depannya.
“I’m sorry kalau I buat you sedih.” Syaril kaget. Dia tak tahu nak buat apa.
“It’s ok. I yang terlalu sensitive.” Fenn menyeka air matanya. Beberapa pasang mata memandang ke arahnya.
“Arwah memang bertuah dapat you. Setiap kali dia cerita pasal you, mesti I rasa jelous.” Syaril teringat kata-kata arwah adiknya setiap kali bercerita pasal makwenya. Baik. Sopan. Kuat semangat. Memang adiknya sangat bahagia. Rasa sempurna.
Fenn senyum. Terlalu tinggi pujian tu. “Saya yang bertuah sebab dapat orang macam dia. Sangat memahami. Ambil berat. Dia terlalu baik.” Satu persatu kenangannya dengan arwah suami semasa mereka sedang hangat bercinta bermain di kepalanya.
Masih hangat di ingatannya bagaimana layanan Syafiq waktu dia demam. Bagai puteri. Makan dibeli. Baju dibasuh. Sentiasa diingatkan makan ubat. Itu yang membuatkannya terlalu menyintai Syafiq. Memang bertuah siapa yang memilikinya.
“Thanks sebab bahagiakan adik I sewaktu hayatnya. Dia betul-betul bahagia.” Suara Syaril tenang. Rasa rindu pada adiknya menyapa jiwa. Terlalu singkat waktu mereka bersama. Tak sempat untuk menatap wajah arwah untuk terakhir kali. Hanya suara. Panggilan telefon terakhir pada hari kejadian. Malam pengantin. Dia masih ingat. Suara Syafiq menunjukkan betapa bahagianya dia. Bergelar seorang suami kepada wanita yang sangat dicintai.
“I yang sepatutnya berterima kasih pada dia sebab terima I sebagai isterinya. Walau sekejap. Itu sudah cukup. Dia terlalu sempurna untuk I.” Suara Fenn tersekat-sekat dek kerana tangis yang masih bersisa.
“I akui. Arwah memang seorang yang sangat baik. I pun bertuah sebab ada adik macam dia.” Syafiq memang adik yang baik. Rajin. Adik kesayangannya. Tapi walau bagaimana sayang pun dia kepada arwah, ALLAH lebih menyayanginya.
“I miss him a lot.” Fenn termenung seketika. Teringatkan arwah suaminya. Alangkah bagusnya jika abang yang berada di depannya sekarang. “So… Macam mana you boleh ada kat sini? Bila balik dari UK?” Perbualan beralih topik. Tak mahu kisah arwah suaminya berpanjangan. Nanti banjir lagi. Penat.
“I kerja kat situ. Baru 3 month.” Pulang saja dari UK, dia terus bekerja di situ. Lagipun, dia ke UK atas tajaan universiti itu.
“La…ye ke? Kecik betul dunia ni kan. Hmmm...jadi rakan sekerja la kita ni. Fakulti mana?” Fenn menghirup minumannya perlahan.
“Engineering.” Jawab Syaril sepatah. Minuman di hadapannya juga dihirup.
“Oh. Dekat je lah dengan fac I. Hmm… I rasa dah lama kita kat sini. I pun ada kelas nanti.” Jam di pergelangan tangan dibelek. Hampir pukul 2 petang.
“Ok. Jomlah. Lain kali kita borak lagi. Lagipun, bukannya jauh. Jiran je.” Syaril senyum. Fenn terpaku. Saling tak tumpah seperti senyuman arwah suaminya. Senyuman yang membuatnya angau. Cair hatinya.
Senyuman masih lekat di bibirnya. Sejak dari pertemuan tadi hingga ke rumah. Rasa seperti pertemuan semula dengan Syafiq. Kerinduannya terhadap arwah suaminya sedikit terubat bila terpandangkan wajah Angah. Saling tak tumpah. Dia teringat kata-kata arwah suaminya dulu bila sahaja dia meminta untuk melihat gambar abang kesayangan arwah.
“B tak payah tengok pun tak apa. Tengok je muka abang ni. Sama je.” Itu saja alasan Syafiq.
“Ala…ada pulak sama. Bukannya kembar.” Tingkah Fenn.
“Betul. Semua orang ingat abang dengan Angah kembar tau. Sama je. Cuma Angah takde tahi lalat manis ni je.” Syafiq menunjukkan tahi lalat di dagunya bangga. Fenn jeling. Meluat.
“Perasan betul. Hari-hari sapu dengan gula, memanglah manis.” Fenn melawak. Syafiq ketawa. Fenn turut sama ketawa. Bahagia sekali waktu itu. Beberapa bulan sebelum mereka dinikahkan. Maknanya beberapa bulan sebelum arwah menyahut panggilan Ilahi.
“Hoi! Yang kau tersengih-sengih macam kerang hangit ni apa hal? Kena nombor ekor ke?” Sergah Mek. Senyuman Fenn mati. ‘Kacau daun betullah minah ni.’
“Mek, kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?” Bersemangat Fenn ingin bercerita. Dia mahu kongsikan kegembiraannya.
“Tak tahu. Kau tak bagitahu, macam mana aku nak tahu.” Mek buat muka selamba. Fenn ketap gigi. Geram. Ada saja akalnya.
“Sengal lah kau ni. Aku jumpa Angah.” Terus terang. Senang. Budak ni bukan boleh diputar belit. Silap hari bulan, dia yang terbelit sendiri.
“Oh. Along kau tak jumpa ke?. Achik? Habis tu, masuk tv la ek?” Mek tahan gelak. Muka Fenn merah tahan marah.
“Hotak kau. Aku cakap lain, kau cakap lain. Malas aku nak cerita.” Fenn memalingkan mukanya. Rancangan tv tak menarik minatnya.
“Ok sorry. Aku ingatkan kau jumpa Angah yang dalam cerita A.L.O.N.G …Along tu.” Mek siap nyanyi lagi. Cerita kegemaran dulu-dulu.
“Sudahlah kau. Tidur lagi bagus.” Fenn bangun mahu melangkah ke biliknya.
“Eh, tunggu la dulu. Malam masih muda ni. Cerita la…” Pujuk Mek. Dia memang terer bab pujuk memujuk ni. Kalau setakat Fenn, kacang kuda je.
“Aku jumpa Angah. Abang arwah.” Fenn kembali duduk. Nak jugak cerita.
“So? Kenapa? Kau tak pernah jumpa dia ke sebelum ni?” Mek masih tak faham. Kenapa dengan Angah. Takkan abang ipar sendiri pun tak pernah jumpa.
“Tak. Dia baru balik dari UK. Dan sekarang dia kerja sekali dengan aku. Yang paling buat aku terkejut, muka dia sebijik macam arwah. Memang sebijik. First time aku tengok dia, aku rasa aku macam jumpa arwah. Tu yang buat aku sedih.” Suara Fenn yang penuh semangat bercerita pada mulanya kendur bila tiba bab arwah Syafiq. Hatinya digamit sayu kembali.
“Kau biar betik Fenn. Kau tak de gambar dia ke?” Mek seakan tak percaya. Takkan sama sebijik kot.
“Takde lah pulak. Mana aku nak sempat ambik gambar. Dah banjir dulu.”
“Dah agak dah. Kau kalau tak nangis tak sah. Dengar nama pun kau boleh banjir.” Perli Mek. Fenn sengih.
“Habis tu, yang kau tersengih-sengih tadi tu kenapa? Ke kau dah berkenan kat abang ipar kau pulak?” Serkap Mek.
“Ish, ke situ pulak. Dia tetap abang ipar aku tau. Tapi, boleh tahan hensem jugak.” Fenn senyum kambing. Gedik.
“Gedik betul minah ni tau. Habis tu, abang DZ awak tu nak campak ke mana? Cincin dah ada. Tunggu tuan puteri bagi green light je.”
“Kau ni, kalau tak sebut nama si sengal tu tak boleh ke? Spoil mood aku betullah. Dah lah. Aku nak tidur dulu. Esok kena pergi awal.” Fenn berlalu ke biliknya. Dia ada kelas pukul 8 pagi esok. Matanya pun memang dah mengantuk. Penat.
“Hai…Nak jumpa cik abang ke? Malam ni tidur jangan mengigau sudah lah ye…” Sempat lagi Mek mengusik. Dan Fenn pun sempat lagi baling bantal ke arah Mek. Menjerit dia.
Dan yang pasti, dia sangat gembira dapat jumpa dengan Angah. Dapat tengok wajah Angah pun tak pe. Sedikit sebanyak, dapat juga dia lepas rindu kat arwah suaminya.
“I miss you abang. Miss you so much…” Fenn lena bersama mimpi indah. Mimpi bertemu abang. Abang senyum padanya. Manis sekali. Semoga roh abang tenang dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh. Amin…
best2!!
ReplyDeletehuhu..
ReplyDeletehope fenn bukak aty dye tok dz..
xmo la fenn ngn angah..
hehee..smbung3,,
see,i told u..
ReplyDeleteit was angah!!~
hahaha best2..
sambung lg ye?
syg tol fenn ni ngn arwah suami die..dgr name die disebut pon leh nangis..kagum2..!mmg setia ..
ReplyDelete1st love dia kn rasenya?
ReplyDeletemmg ssh nk lupa..
ape lg ble dh jd hsband sndiri..
even utk 1 day je,tp tu la yg wtkn feen ni lg ssh nk lupa~~
adoi...
ReplyDeleteangah pon mcm sweet je...
DZ lak mcm nk main2kn Fenn...
adesh susah2
best2....
ReplyDeletenk lg...
nk fenn ngan dz...
xnk ngan angah...
hehe...