Hani menghempaskan badannya ke katil. Penat. Mesyuarat yang dihadiri sejak pagi tadi baru saja tamat. Pendingin hawa yang terpasang menyamankan dirinya yang agak lesu. Dia hanya minum sedikit jus sebelum bermesyuarat. Perutnya kosong. Tapi keletihan lebih terasa. Mata dipejam rapat. Hampir 3 tahun dia bekerja sebagai jurutera awam di syarikat swasta ini. Memang setiap hari sibuk. Tak ada masa untuk uruskan diri sendiri. Kadang-kadang, cuti umum pun kena kerja. Nasib badan.
Tiba-tiba kepalanya teringat akan pertemuannya dengan bekas tunangnya beberapa hari lepas. Susuk tubuh Hisyam nampak sedikit berisi tapi itu langsung tak menjejaskan ketampanannya. Malah makin berseri. Mungkin seri pengantin masih ada. Memang dia akui keputusannya untuk putuskan pertunangan mereka adalah keputusan yang paling bodoh yang pernah dibuat dalam hidupnya. Kerana kebodohannya memilih Kamal, dia merana. Dia makin merana apabila dapat tahu tunangnya sudah bernikah dengan gadis lain. Hatinya hancur. Tapi pertemuan semula dengan Hisyam membuatkan dirinya terasa ceria. Gembira. Entah kenapa. Berkali diingatkan bahawa lelaki itu kini suami orang. Tapi percintaan selama 8 tahun tak mungkin dapat dilupakan sekelip mata. Rasa cinta itu masih ada dalam hatinya walaupun dulu dia pernah menolak cinta itu. Hisyam lelaki pertama yang bertakhta dalam hatinya. Lelaki pertama yang mencuri cintanya. Mana mungkin sesenang itu dia dapat melupakan Hisyam. Kamal hanya perosak. Pemusnah cintanya. Dia menyesal.
Nana mengurut dadanya yang terasa sebu. Entah kenapa tekaknya berasa loya. Seingatnya, dia tidak salah makan apa-apa hari ini. Kepalanya juga terasa pening. Panadol sudah ditelan. Hisyam baru sahaja ke hospital. Hendak telefon takut mengganggu. Dia baring di sofa. Cuba melelapkan mata. Telefonnya berbunyi.
“Hai Nana. Kau buat apa tu?” Riang sekali suara Farah di hujung talian.
“Tak buat apa. Tengah baring ni. Aku rasa tak sedap badanlah.” Jawab Nana lemah. Memang dia tak berdaya nak bercakap.
“Tak sedap badan? Hai, takkan suami baru tinggal sejam pun dah sakit rindu?” Serkap Farah diikuti dengan tawanya.
“Banyaklah kau punya rindu. Aku betul-betul tak larat ni tau.”
“Jangan-jangan kau pregnant tak? Kau ada rasa loya-loya ke, pening-pening, muntah?” Tanya Farah lagak orang berpengalaman. Macam doktor pun ada. Doktor tak bertauliah.
“Ish…mengarutlah kau ni. Aku penat je kot. Banyak kerja.” Sanggah Nana. Dia tak rasa dirinya mengandung. Terlalu awal.
“Manalah tau. Rezeki kau awal.” Usik Farah tak henti.
“Dahlah. Makin banyak cakap dengan kau ni, makin mengarut. Hah, ni kau telefon nak apa?” Malas dia nak layan.
“Amboi, takkan kawan sendiri call pun tak boleh. Mentang-mentang dah ada laki.” Jawab Farah seakan merajuk. Nana hanya ketawa lucu.
“Takdelah. Tiba-tiba je call. Takkan saja-saja je kot. Ke kau nak kahwin?” Giliran Nana pula menyakat.
“Banyak lah kau. Aku nak kahwin dengan siapa? Calon pun tak ada.” Sedih saja suaranya.
“Alah…Aku gurau je lah. Habis tu kenapa?”
“Aku bosan. Sebab tu aku call. Lama tak jumpa kau. Rindu pulak rasanya.” Farah meluahkan perasaannya.
“Ala…kesiannya kat kawan aku sorang ni. Rindu ye? Kalau macam tu, esok kita jumpa nak?” Pujuk Nana. Dia pun sebenarnya rindu pada kawan-kawannya. Lepas konvo, langsung tak jumpa.
“Hmmm…Ok. Kalau macam tu, nanti aku bagitau Suria. Ajak dia sekali. Lama tak keluar sama-sama kan?” Semangat sekali Farah bila diajak keluar. Dia rindu masa-masa mereka belajar dulu.
“OK. Apa-apa hal, kau bagitau aku ek?” Seketika kemudian, talian diputuskan. Nana kembali memejam matanya. Kata-kata Farah sebentar tadi di kepalanya. Pregnant? Macam mana kalau dia betul-betul mengandung? Entah-entah sekarang ni ada ‘isi’ di dalam perutnya sekarang ini. Dia mengusap perutnya yang agak buncit sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana dia sudah jarang menjaga makannya. Apa yang ada, semua dia sapu. Macam mana tak gemuk.
Hisyam tak senang duduk. Panggilan telefon dari Hani sebentar tadi mengganggu konsentrasinya. Apa lagi yang perempuan itu nak daripadanya? Walaupun panggilan tadi hanya sekadar bertanya khabar, dia yakin selepas ini pasti Hani akan menelefonnya lagi. Dia tahu benar perangai Hani. Takkan cepat mengalah.
“Syam, lunch jom.” Ajak Norman yang tiba-tiba terpacul di muka pintu biliknya. Mukanya jelas menunjukkan yang dia memang lapar.
“Kau pergi je lah dulu. Aku ada appointment dengan patient kejap lagi.” Norman berlalu dari biliknya. Dia tiada selera hendak makan. Panggilan dari Hani tadi betul-betul mengganggu benaknya.
‘Wake up man. Kau dah ada Nana. Dia isteri kau. Kau cintakan dia dan dia pun cintakan kau. Kau bahagia sekarang. Jangan biarkan orang lain musnahkan kebahagiaannya yang kau ada sekarang ni.’ Hatinya berperang. Cuba menyedarkan dirinya sendiri. Dia tak boleh lemah. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali.
Telefon bimbit dicapai. Agak lama menunggu sebelum panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum sayang. Buat apa tu?”
“Waalaikummussalam. Tengah rehat. Rasa penat sangat.” Jawab Nana dengan suara lemah. Dia tidur tadi.
“Oh patutlah lambat jawab call abang. Dah makan ke belum ni?” Tanya Hisyam. Runsing dia bila mendengar suara lemah isteri kesayangannya.
“Belum. Takde selera.” Adu Nana. Sememangnya seleranya mati. Tekak terasa pahit.
“Sayang ok ke ni? Dah makan ubat ke? Abang balik ye?” Hisyam semakin risau. Entah kenapa dadanya berdebar semacam.
“Dah makan tadi. Tak payahlah bang. Nana ok. Rehat sikit baiklah tu nanti.” ‘Kalau abang nak balik boleh je.’ Bisik hatinya.
“Betul ni? Kalau macam tu, sayang rehat dulu. Nanti abang cuba balik awal sikit.” Janjinya. Dia hanya ada appointment dengan seorang pesakit saja hari ini. Mungkin boleh dia pulang awal sedikit.
“Ye lah. Bang, nanti tolong belikan asam. Epal hijau ke. Tekak ni rasa nak makan masam pulak.” Pesan Nana. Tiba-tiba teringin.
“Ok sayang. Nanti abang belikan.” Hisyam tak terasa apa-apa yang pelik. Memang Nana suka makan asam. Kalau mempelam muda lagilah. Sebakul pun habis.
Talian diputuskan. Sebelum pergi kerja pagi tadi, elok saja isterinya. Tak pulak macam orang sakit. Mungkin dia hanya penat buat kerja rumah.
Hisyam pulang awal seperti yang dijanjikan. Nana sedang terbaring di sofa. Tak sedar suaminya sudah balik. Hisyam mengusap lembut kepala isterinya. Lena sekali tidurnya. Langsung tak bergerak. Mukanya agak pucat.
“Sayang, bangun. Ni abang ada belikan makanan. Makan sikit ya?” Hisyam mengejutkan isterinya lembut. Nana terjaga. Payah sekali ingin membuka matanya.
“Hmm…Abang dah balik. Sorry, tak sedar abang balik.” Suara Nana serak-serak. Orang baru bangun tidur. Dia duduk menghadap suaminya. Terpandang bungkusan asam di atas meja. Matanya segar.
“Hmm…Nampak asamlah tu. Dah, pergi basuh muka dulu baru makan.” Nana akur arahan suaminya. Dia bangun menuju ke bilik air. Hisyam geleng kepala. Ada-ada saja isterinya sorang ni.
‘Pregnant ke bini aku ni? Lain macam je aku tengok?’ Dia berteka-teki di dalam hati. Hatinya berbunga riang. Sudah lama dia impikan kehadiran seorang cahaya mata bagi menyinari kehidupan mereka. Dia memang suka budak-budak.
“Sayang, kenapa pucat je ni? Sayang sakit apa ni?” Tanya Hisyam. Nana nampak sangat berselera. Buah epal hijau di tangannya digigit penuh nikmat. Langsung tiada kerut diwajahnya. Macam makan biskut marrie je. Hisyam kecur.
“Entah. Rasa penat je. Lepas tu, tekak ni rasa loya semacam je.” Habis sebiji epal dimakannya. Dicapai pula asam di dalam bungkusan. Betul-betul macam orang mengidam.
“Entah-entah, sayang pregnant tak? Dah buat ujian?” Tanya Hisyam. Mukanya penuh semangat. Nana berhenti mengunyah. Hisyam pun rasa dia mengandung ke? Kenapa dia tak rasa apa-apa pun?
“Nana tak rasa macam tu lah. Nak period je ni. Esok ok lah.” Sanggahnya. Dia memang selalu macam ni kalau nak datang bulan. Tapi kali ni teruk sikit. Bukan mengandunglah.
“Check je lah dulu. Alat ujian kehamilan yang abang bagi tu ada lagi kan?” Hisyam makin bersemangat. Tak sabar nak menimang cahaya mata. Umurnya memang sudah layak untuk bergelar bapa.
“Ish…kan kena check waktu pagi. Ni dah nak malam dah ni. Esok je lah.” Elak Nana. Dia takut. Macam mana kalau dia hamil? Bersediakah dia? Ada anak dalam usia semuda ini. Semuanya tak terfikir olehnya.
“Takpe. Bila-bila pun boleh. Jom, kita check. Nanti abang ambil benda tu.” Hisyam bangun. Langkahnya diatur cepat ke bilik mencari alat ujian kehamilan.
“Nah, cepatlah sayang.” Hisyam memaksa Nana bangun. Nana terpaksa menurut. Alat ujian kehamilan diambil dari tangan suaminya. Dia menuju ke bilik air.
“Eh, abang nak ke mana ni?” Nana berhenti di hadapan pintu bilik air. Hisyam dibelakangnya tersenyum sumbing.
“Nak cek lah.” Jawabnya selamba. Buat muka tak tahu saja.
“Eh, tak payah. Tunggu je kat luar. Gatal.” Nana menolak badan suaminya keluar dari bilik air. Macam mana dia nak buang air kalau suaminya ada? Ish…sengal.
‘Macam mana ni? Nak check ke? Memanglah best kalau pregnant. Tapi….ish…’ Gumamnya. Dia rasa takut tiba-tiba. Macam mana kalau dia tak hamil? Kecewakah Hisyam? Sayang lagikah Hisyam padanya seperti dulu? Pelbagai persoalan bermain di mindanya.
Nak tak nak dia terpaksa buat jugak. Dia jugak yang bersetuju kahwin awal. Kalau dah kahwin tu, kenalah mengandung. Dia normal. Hisyam pun normal. Normallah kalau pregnant. Yang tak normalnya kalau tak mengandung. Betul tak?
Alat ujian kehamilan dicelup ke dalam urinnya. Dibiar sekejap sebelum diangkat. Nana pejam mata. Tak sanggup nak tengok. Apa keputusannya. Hisyam di luar makin gelisah. Sudah lama Nana di dalam. Dia mengharapkan keputusan yang positif.
Nana buka sebelah mata. Alat itu diangkat. Dia membandingkan keputusan ujian dengan ukuran yang ada di atas kotak alat itu. Dia ketap bibir. Betul ke ni? Dia sendiri tak pasti. Dia menolak daun pintu. Hisyam menunggunya dengan wajah cemas. Dihulur alat itu kepada Hisyam. Wajahnya ditundukkan. Entah apa perasaan Hisyam bila dia melihat hasil ujian itu. Dia tak berani nak bertentang mata dengan suaminya.
Mungkin dah ade isi!!!!!!
ReplyDeletemuahahaaa..
ReplyDeletenana pregnan yea.."?
hehe..beshnye..
yg xbeshnye hana nieh la..
isk2...
sebok jer..
jap3,,da bpe lme nana ngn hisyam nieh kawen ek??
smbung3,..
hahaha..
ReplyDeletesurprise..
GUD JOB WRITER!!
CHAIYO2!
nana pregnant kan?? kan3?? =D
ReplyDeletenana mengandung ke? huhuhu...makin suspen ni.
ReplyDeletenice...pandai tol la fantaghiro ni wat suspen...berdebar2 ni nak tau pregnan ke tak ni..jangan tunggu lama sambung nanti dah terberanak lak hihihihi....
ReplyDeletelove from France
he3!!
ReplyDeletenk tahu si nana gedik ni pregnant ke x, tggu part yg selanjutnye ek.
dorg ni da kawen lbh krg 10bln
sbb si nana ni da konvo bln8.
dorg kawen bln12.
bley????
yaAllah,
ReplyDeleteknp msti stop kt situ..
knp knp dan knp?
hahahaha wuteva it is,
mmg best~
xpnh mengecewakn i..
hehe cpt la sambung..
doa u dpt ilham byk2..
puhh puhh~
i jmpi da ni..
hehe
alololo..
ReplyDeletemalu latu
h0pe lah nana tuh prgnen..
ReplyDeletebiar hani dgki..huhu..
hohoho..prgnant kot..saje je writer wat suspen..hehe..
ReplyDeleteyeh yeh nana dah pregnant
ReplyDeletewat suspend jer...
ReplyDeletetak sabar nie...
cepat sambung...
mintak2 nana pregnant...
waa...
ReplyDeleteapsal bhenti..
huu~
sebok je hani 2..
arrggg... apsal berenti kat c2???
ReplyDelete2 line plizzz>>>