2009-07-29

jatuh cinta lagi 18

“Hai Fenn. I tengok, akhir-akhir ni you bukan main happy lagi. Senyum je…kalau dulu bukan main payah lagi nak senyum. Orang buat lawak pun tak gelak. Ada apa-apa ke?” Sarah cuba mengorek rahsia rakan sekerjanya.

“Mana ada apa-apa.” Fenn cuba menyembunyikan rasa hatinya. Tak perlu diceritakan tentang peribadinya kepada orang lain. Biar dia sendiri sahaja yang tahu.

“Ye ke tak ada apa-apa. Takkan dengan I pun nak rahsia jugak.” Sarah masih belum berputus asa. Masih mahu dikorek.

“Betul tak ada apa-apa. Biasa je.” Fenn buat muka selamba menujukkan dia betul-betul tidak ada apa-apa.

“Fenn, I dengar you rapat dengan Dr. Syaril. Lecturer baru kat fakulti kejuruteraan tu. Betul ke? You ada apa-apa ke dengan dia?” Sarah mula membuka cerita. Sudah heboh di kedua-dua buah fakulti tentang hubungan antara dua orang pensyarah muda itu. Cuma, mereka sahaja yang belum memberi apa-apa penjelasan.

“Mana you dengar cerita ni. I dengan dia tak ada apa-apalah. Kawan je. Pandai-pandai je korang ni nak gossip.” Bukannya dia tak tahu perkara itu sudah heboh. Sampaikan dekan fakultinya sendiri pun sudah tahu. Siap kena perli lagi. Memang dahsyat.

“Betul you dengan dia tak ada apa-apa? Kalau I ngorat Dr. Syaril you tak marah?” Sarah cuba menguji Fenn. Fenn kelihatan agak gelisah. Sarah cuba menyembunyikan senyumannya.

“Hah? I nak marah buat apa. Bukannya dia boyfriend I.” ‘Biar betul minah ni nak mengorat Angah.’ Fenn kelihatan sedikit cuak. Tapi dia masih berlagak selamba. Tak mahu rahsianya bocor.

“Ok. Kalau macam tu, you jangan marah ye kalau nanti I keluar dengan dia. Tapi sebelum tu, boleh tak you kirimkan salam I kat dia. Ye lah, you kan rapat dengan dia. Tolong ye….” Sarah makin galak mengusik rakannya. Muka Fenn sudah merah padam.


Fenn kurang berselera menjamah makanannya. Syaril di hadapan bukan main berselara lagi. Dia lapar sebenarnya.

“Kenapa ni? Angah tengok Faz macam tak ada selera je? Ada masalah ke?” Fenn yang sedang menguis-nguis mee gorengnya tersentak. Entah apa yang difikirkannya.

“Hah? Tak adalah. Rasa kenyang pulak tiba-tiba. Oh ya, tadi kawan Faz kirim salam kat Angah.” Teringat akan kiriman salam Sarah.

“Waalaikumussalam. Siapa kawan Faz tu? Angah kenal ke?” Senyuman melirik di bibirnya.

“Kawan sekerja Faz. Sarah nama dia.”

“Oh. Kirim salam balik kat dia.” Syaril kembali menyuap makanan ke mulutnya. Fenn masih kaku. Mukanya tak ceria. Seperti ada masalah besar.

“Kenapa ni Faz? Ke Faz cemburu dengan Sarah?” Syaril cuba serkap jarang. Sekali lagi Fenn tersentak. Dia menggelabah.

“Eh mana ada Angah. Buat apa Faz nak cemburu pulak. Kita bukannya bercinta pun.” ‘Alamak, teruk sangat ke muka aku? Malunya….’Fenn menyuakan mee goreng ke mulutnya. Buat-buat makan.

“Hmm…Betul jugak. Kita bukannya couple kan? Angah pun belum ada calon lagi. Kalau berkenalan dengan kawan Faz pun apa salahnya kan?” Sengaja Syaril mahu menduga hati Faz. Sungguh dia akui yang dia juga tertarik pada gadis manis di hadapannya. Entah kenapa, sejak pertama kali bersua, dia asyik terbayangkan wajah bekas adik iparnya itu. Ada sesuatu pada gadis itu yang menarik perhatiannya.


‘Kenapa dengan aku ni? Cemburu? Tapi kenapa nak cemburu pulak? Aku dengan Angah bukan ada apa-apa pun. Kawan dan saudara. Angah pun tak pernah cakap apa-apa pasal hubungan ini. Arghh…No…Aku tak boleh jatuh cinta dengan Angah. Aku hormat dia sebagai abang ipar aku…Abang…maafkan B.’

“Hoi makcik, kau kenapa? Macam orang sebulan tak buang air je aku tengok. Berkerut muka.” Mek tak faham dengan keadaan kawannya ini. Kadang-kadang gembira semacam, kadang-kadang masam. Nak datang bulan agaknya.

“Pandailah kau. Mana ada apa-apa. Penat je, banyak kerja nak kena settle. Yang kau ni happy semacam kenapa? Johan masuk meminang ke?” Mek menguntum senyum bila nama Johan disebut.

“Pandailah kau. Kalau dia masuk minang aku, takdenya aku nak duduk macam ni. Malam ni jugak aku balik kampung tau.” Kadang-kadang hati Mek sedih dan sebal juga bila mengenangkan perkara itu. Umurnya memang sudah layak benar untuk bergelar seorang isteri tapi Johan masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu. Masih banyak yang perlu diselesaikan lagi katanya.

“Kau memang. Gatal nak kahwin.” Usik Fenn. Ketawanya pecah.

“Ye lah. Umur pun dah lanjut. Si Ash tu dah nak masuk dua tau anak dia. Si Dell pun dah nak beranak. Aku dengan kau je lagi yang terkontang kanting sorang-sorang.” Adu Mek. Lemah saja suaranya.

“Rileks la Mek. Kat luar tu ramai lagi wanita yang tak kahwin tau. Zaman sekarang orang dah tak fikir soal tu dah. Kita kan wanita berkerjaya.” Ketawa Fenn pecah lagi. Dia sebenarnya mahu menutup sedih di hati sendiri. Wanita mana yang tak mahu kehidupan yang bahagia sebegitu. Dia juga mengimpikan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu. Tapi impian itu sudah terkubur bersama jasad Abang.

“Tapi aku fikir. Aku tak nak hidup macam ni sampai tua. Aku nak ada keturunan jugak. Eh Fenn, kenapa kau tak nak kahwin lagi ye?” Soalan maut dari Mek. Dia juga hairan dengan perangai kawannya seorang ni. Memanglah dia masih tak dapat melupakan arwah suaminya, tapi sampai bila dia hendak hidup menjanda macam ni.

“Hah? Aku?” Fenn buat-buat tak mengerti.

“Ye lah kau. Beria si DZ tu ajak kahwin, kau tak nak. Si Angah tu pun, aku tengok bukan main rapat lagi kau dengan dia. Kahwin je lah. Jangan sampai melepas sudah. Kau yang gigit jari nanti.” Mek memberi amaran.

“Kau ni, kalau sehari tak sebut nama mamat sengal tu boleh tak? Bosanlah aku dengar nama dia setiap hari.” Fenn tutup telinga. Sakit rasa gegendang telinganya mendengar perkataan itu. Seakan sudah tak dapat nak memproses nama itu lagi.

“Aku memang sengaja sebut nama dia. Biar kau ingat sikit kat dia sebab aku tengok kau dengan dia tu memang sepadan sangat.” Usik Mek. Fenn muncung. Langsung tak layan.

“Kalau dengan dia tu, baik aku tak kahwin sampai tua. Dah lah, aku nak tidur. Selamat malam.” Fenn bangun dan melangkah ke biliknya. Malas dia hendak berbahas panjang dengan kawannya itu. Alih-alih, dia juga yang terkena.


p/s: sorry ssgt sbb baru dpt upload this n3.huhu...mesti korang da lupe part sebelumnya kan?tp sy mmg betul2 xdpt nk post this part sblm ni...skrg baru dpt...
sorry ok...anyway, enjoyzzzzzz!!!

8 comments:

  1. yeah...finally here come jatuh cinta lagi! thanks sis for uploading this entry... really miss fenn and dz! hope to hear more bout both of them...

    ReplyDelete
  2. ngeeeeee..
    xmo la angah ngn fenn..
    nk dz ngn fenn..
    huhu..smbung2,,

    ReplyDelete
  3. hehe....wait k.tgh struggle tuk siapkan part strusnya..hehe

    ReplyDelete
  4. huhu...
    nk dz ngan fenn...
    jatuh cinta lagi....

    sis, struggle....

    ReplyDelete
  5. syaril ni..
    nape la tamo cakap..

    ReplyDelete
  6. lama yer tggu...
    akhirnya de gak n3 baru..
    writer..
    nak fenn ngan dz taw..
    huhuu..

    ReplyDelete
  7. hahaha finally..
    sgt happy..
    eh u mcm tau2 je yg i dh lupe part sblmnye..
    smpai kena bc balik..
    haha wuteva la,yg penting i seronok sgt dpt bc n3 bru u ni..
    i berminat ngn angah..
    kem slm dia eh?
    hahahaha

    ReplyDelete
  8. hehe...mekaceh....polaris.. where r u?huhu...cian korang kena tunggu lame...dz n fenn? akan diusahakan? krm salam kt angah?hmm...kite krm slm dlm novel ni da la ek sbb mmg xwujud dlm dunia nyata...

    ReplyDelete