2009-07-31

jatuh cinta lagi 19

Kertas kerja yang melambak di atas meja memeningkan kepalanya. Habis satu projek, projek lain pula yang menanti. Dia penat. Mata dipejam seketika. Mahu melupakan tugas yang menimbun. Deringan telefon bimbitnya mengganggu lena.

“Assalamualaikum abang, sibuk ke?” Suara mamanya sedikit mengurangkan bebanan di kepala. Rindu pada wanita kesayangannya itu menerpa jiwanya.

“Waalaikumussalam mama. Kerja memang tak pernah habis ma. Abang tengah rehat kejap ni. Banyak sangat kerja,pening kepala.” Adu DZ. Memang dia tengah pening kepala dengan semua kerja di hadapannya.

“Ambillah cuti. Balik kampung. Mama pun sunyi kat sini.” Cadang mamanya.

“Tak boleh nak cuti lagi sekarang ni. Kerja banyak. Tengoklah, hujung minggu ni atau minggu depan abang balik.” Dalam waktu sekarang, dia tak boleh janji apa-apa. Masa untuk dirinya sendiri pun tak ada.

“Ye lah. Ni mama nak tanya pasal si Fazreen tu. Macam mana?” Agak takut-takut juga Puan Syarifah mahu bertanya tapi hatinya terlalu ingin tahu.

“Fazreen? Entahlah ma. Hari tu abang dah tanya dia, dia tak nak. Nantilah abang tanya lagi.” Memang sudah agak lama dia tak berhubung dengan gadis itu. Kali terakhir mereka berjumpa pun hampir sebulan lepas. Gadis itu pun masih belum memberi keputusan akan lamarannya tempoh hari. Tapi dia tahu, Fenn tak akan setuju. Satu lagi masalah. Kepalanya bertambah pening.

“Kalau macam tu tak apalah. Nanti mama call lagi. Jaga diri. Jangan lupa makan, solat.” Nasihat wajib dari mamanya. Panggilan diputuskan seketika kemudian. Kepala DZ terarah pula pada masalahnya yang satu itu. Masalah paling besar dalam hidupnya kini. Memujuk gadis. Sudah lama dia meninggalkan kerja sebegitu. Dia tak tahu harus buat apa lagi.

Telefon bimbit dicapai. Khidmat pesanan ringkas dihantar. Dia harap gadi situ akan membalas mesejnya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia mencari gadis lain. Tapi, ada sesuatu pada diri Fenn yang membuatkannya dia begitu ingin mengenali gadis itu. Dia punya agenda tersendiri.

“Macam mana dengan tawaran I?” SMS kiriman DZ dibaca dengan perasaan geram. Tadi beria dia membuka peti mesej. Ingatkan SMS dari Angah yang ingin mengajaknya makan tengahari. Bila nama DZ yang tertera, terus hatinya rasa meluat dan geram.

“Kau ingat aku ni apa? Sorry sikit aku nak terima lamaran bodoh kau tu.” Ngomel Fenn sendiri. SMS dibalas. Hanya sepatah perkataan. No. Dia harap DZ tak akan mengganggunya lagi. Tapi, orang bermuka tebal seperti lelaki itu takkan mudah mengalah.

DZ ketap bibir. SMS dari Fenn menyakitkan hatinya. Tapi seketika kemudian dia senyum. ‘Kau memang sombong. Tahulah aku ajar kau nanti.’


DZ menarik nafas lega. Perbincangan yang berlangsung hampir sejam dengan wakil syarikat pembekal bahan mentah akhirnya mencapai persetujuan kedua-dua belah pihak. Satu kerja selesai. Minuman yang terhidang di depan mata dihirup penuh nikmat. Lega kepalanya bila kerja dapat diselesaikan dengan jaya. Bibirnya menguntum senyum.

“Fuh, nasib baik pembekal kali ni tak cerewet. Tak macam syarikat yang lepas tu. Bukan main cerewet lagi. Nak tu lah, nak ni lah. Pening kepala aku.” Azhar juga melepaskan nafas lega. Dia masih ingat bagaimana dia tertekan dengan karenah syarikat pembekal yang kurang yakin dengan kemampuan syarikatnya.

“Tengoklah siapa yang pilih.” DZ dabik dada. Bangga. Dia pun memang menyampah dengan syarikat pembekal sebelum ini. Banyak songel.

“Ye lah. Kau memang hebat.” Azhar geleng kepala. Memang dia tak nafikan DZ memang cekap membuat kerja. Memang patut dia menjadi pekerja kesayangan bos.
Sedang asyik menikmati pemandangan sekeliling restoren, tiba-tiba mata DZ tertancap pada seseorang yang amat dikenalinya. Terlalu kenal. Tapi siapa lelaki di sebelahnya? Api cemburu dan ingin tahu DZ membara. Dia perlu buat sesuatu.

“Azhar, kau nak tengok drama sebabak paling best tak?” Kepala DZ tangkas merencanakan sesuatu. Misi balas dendamnya akan bermula. ‘Siap kau Fenn.’

“Hah? Drama sebabak? Kau nak buat apa ni DZ?” Azhar tak faham. Tiba-tiba sahaja rakannya nampak begitu bersemangat.

“Kau nampak tak perempuan kat hujung tu? Yang pakai tudung warna purple tu? Kalau kau nak tahu, tu lah Fazreen. Perempuan yang mak aku carikan untuk aku.” Mata Azhar melilau mencari perempuan yang dimaksudkan DZ.

“Yang kat sana tu? Cantik tu. Kalau aku, terima terus.” Azhar tersenyum nakal. Memang Fazreen kelihatan sangat cantik di matanya. Ayu sekali. “Tapi, siapa yang kat sebelah dia tu bro?” Dahinya berkerut. Lelaki di sebelahnya juga tak kurang kacak. Nampak kemas dengan kemeja lengan panjang berjalur.

“Kau tunggu je lah nanti.” DZ bangun dari kerusinya. Dia berjalan penuh yakin menuju ke meja Fenn. Memang pandai berlakon.

“Hai…Sayang buat apa kat sini?” DZ memulakan lakonannya. Fenn kaget. Syaril kelihatan sedikit terkejut dengan kemunculan tiba-tiba lelaki yang tak dikenalinya. Wajah Fenn dipandang sekilas diikuti wajah lelaki di hadapannya.

“Hai, saya DZ. Boyfriend Fazreen. Mesti Fazreen tak pernah bagitau yang dia dah ada boyfriend kan?” DZ semakin berani. Dilihat muka Fenn yang sudah berubah. Merah padam menahan marah. DZ menarik kerusi di sebelah Fenn. Senyumannya makin lebar. Dia nak tengok sejauh mana perempuan sombong di sebelahnya itu boleh bertahan.

“So, encik ni…” DZ mengalihkan perhatiannya kepada Syaril.

“Saya Syaril. Rakan sekerja Fazreen.” Syaril memperkenalkan dirinya. Fenn hanya membatu di tempat duduknya. Air matanya seakan mahu mengalir. Dia tak tahu apa sebenarnya yang DZ mahu lakukan.

“Oh I see. Maknanya dah lama kenal dengan Fazreen lah ya?”

“Tak jugak. Baru beberapa bulan. Saya baru je kerja kat situ.” DZ mengangguk tanda faham. Fenn masih membisu.

“Sayang, kenapa senyap je ni? You tak suka I ada kat sini ya?” DZ masih cuba mencabar kesabaran Fenn. Dada Fenn berdegup kencang. Sakit sekali rasanya. Dia geram yang teramat dengan makhluk Tuhan paling sengal di sebelahnya.

“We need to talk. Angah, excuse us for a second.” Fenn bangun diikuti DZ. Syaril masih bingung. Dia tak faham apa-apa. Pelik melihat tingkah pasangan itu. Kalau lelaki itu adalah kekasih Fazreen seperti yang didakwa, kenapa dia kelihatan marah?

“What is your problem? Kenapa kau tak habis-habis nak ganggu aku?” Kemarahan Fenn meledak. Air matanya gugur. Dia terlalu sakit hati.

“Tak ada masalah apa-apa. Saja nak mengacau. Takkan bergurau sikit pun tak boleh?” DZ senyum mengejek. Nampaknya misi balas dendamnya berjaya.

“Bergurau. Kepala hotak kau bergurau. Kau memang sengaja kan nak sakitkan hati aku. Kau memang kejam!” Nada suaranya berubah. Dia sudah tak dapat menahan rasa marahnya.

“Well. Terpulanglah pada ‘sayang’ nak percaya atau tak. Oklah, I rasa kawan you tu dah lama tunggu. Kirim salam kat dia ya? I pergi dulu.” DZ meninggalkan Fenn terkontang-kanting di situ. Dia puas kerana dapat menyakitkan hati wanita itu. Tapi, jauh di sudut hatinya dia tak tahan melihat air mata Fenn gugur. Dia hampir-hampir ingin meminta maaf dan berterus-terang saja tadi. Tapi egonya menentang. Entah kenapa dia rasa tidak gembira dengan tindakannya tadi walaupun memang dia sangat-sangat inginkan perkara itu terjadi. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Ingin sahaja dia berpatah dan memujuk kembali wanita yang dipermainkannya tadi tapi dia tak mampu berbuat demikian.

Fenn tak mampu untuk berdiri lagi. Dia terduduk di situ. Tangisnya makin menjadi. Beberapa orang yang lalu lalang di situ hanya mampu melihat. Dia tak berdaya nak berbuat apa. Ingin keluar menemui Angah, dia malu.

“Fenn? Hei, kenapa you kat sini? Kenapa dengan you ni?” Sarah yang kebetulan baru keluar dari tandas terkejut melihat Fenn yang terduduk di atas lantai menangis. Bahu Fenn dirangkul erat, cuba menenangkan wanita itu.

“Shhh…Cuba you cerita kat I apa yang berlaku.” Sarah cuba memujuk rakannya, tapi tangisan Fenn masih belum reda. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk telah menimpa rakannya itu. tapi, takkan Dr. Syaril yang melakukannya? Mereka kelihatan ceria semasa tiba tadi.

“Sarah…You hantar I balik boleh? I nak balik…” Fenn bersuara dalam esak tangisnya. Dia tak mampu untuk memberitahu masalahnya kepada Sarah sekarang. Dia perlukan masa untuk menenangkan hatinya.

“Ok. Tapi Dr. Syaril mana?” Macam mana dengan lelaki itu. Takkan mahu ditinggalkan begitu saja?

“Dia masih kat depan. You tolong bagitau dia yang I dah balik boleh tak? Katakan I mintak maaf banyak-banyak. I tunggu you kat kereta ok?” Sarah mengangguk walaupun sebenarnya dia sendiri tidak faham dengan apa yang berlaku. Lagipun dia kasihan melihat keadaan Fenn yang kelihatan sangat tertekan.

Mungkin Fenn belum bersedia untuk bercerita. Biarlah, biar dia tenangkan diri dahulu. Mungkin nanti dia akan bercerita. Dia faham perasaan wanita itu. Dia juga pernah kecewa dulu. Lebih teruk daripada apa yang berlaku pada Fenn. Semua itu menjadi sejarah silamnya. Dia tak mahu mengingatinya lagi. Biarlah ia menjadi sejarahnya yang tak mungkin akan berulang untuk kali kedua.

6 comments:

  1. ok.puas ati..
    geram kt dz..
    dush2..
    hahaha

    ReplyDelete
  2. ngeeee..
    dz ade rse ek kat fenn...
    nk la dz ngn fenn,,
    tp dz,,jgnla amek tndkn yg watkan fenn menci awk..
    hurmm,,smbung2..

    ReplyDelete
  3. sal fenn x bls balik..
    haha..
    huhu..jht nyer dz

    ReplyDelete
  4. lamanya tak mengomen kat sini...
    alah entry kali ni agak short lah...
    tak puas baca, nak agi...
    aisyeh, rasa cam nak punch jer muka si dz tu dush! dush! kesian fenn...tak memasal termalu dpn angah... adoiiii....

    ReplyDelete
  5. bila nak sambung....sambungan nyer yerrrrrrrrrr

    ReplyDelete