2010-02-12

promoooo!!!!



Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah buktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi. Tapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu persatu dugaan datang hingga merobek tangkai hati mereka. Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah. Tapi bagi Hisyam, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta yang lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikitpun cintanya buat si isteri.

Ketaksuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali cinta padanya. Makin kuat Hisyam tolak, makin kuat juga dia tarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup. Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan berusaha.

“Abang, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya. Nana harap abang mengerti.” Mampukah mereka menepis segala rintangan yang datang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta. Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.


selamilah rasa cinta Nana dan Hisyam di dalam novel ini...dapatkannya di kedai2 buku atau langgani sahaja di www.kakinovel.com. caranya mudah saja...cuma bank-in bayarannya ke kaki novel dan post/fax bukti pembayaran ke ofis kaki novel berserta dengan alamat,nama,dan tajuk novel...untuk lebih lnjut..layari...www.kakinovel.com.
atau anda bleh wat pembelian melalui penulisan2u...
atau...lawati booth kaki novel di pesta buku antarabangsa 19-28 mac ini...novel 'Sepupuku Suamiku' setia menanti anda di sana!!!!
jangan lupa dapatkan segera!!!raikan cinta Nana dan Hisyam bersama yg tersayang di 'Bulan Cinta February'...
enjoyzzzzzzzzzz!!!

10 comments:

  1. Salam,
    Pesta buku antarabangsa tu akan diadakan di mana, ya?

    ReplyDelete
  2. menghitung hari utk membaca novel ni..
    go lynn go lynn..
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. pesta buku akan diadakan d pwtc...enjoy d event!!

    ReplyDelete
  4. bile ea bku ni kuar kt kedai2 bku?

    ReplyDelete
  5. bile ea buku ni kuar kat kedai2 bku?

    ReplyDelete
  6. lynn!!~
    dh abes baca smlm..
    cte best..
    tp skt hati sket la dkt hani tu..
    n johan..
    sng btul dia give up eh?
    hehe dh dpt hidayah kut..
    haha whatever pn,congrats..
    teruskn bkarya ye lynn..

    ReplyDelete
  7. Tahniah lynn.. dah abs bca novel sppuku suami ku...cite ni memmg best ... nti harap nvl jatuh cinta lagi pun akn terbit dalm versi cetak jugak..

    ReplyDelete
  8. wahh novel da kuar larrr bestnyer...
    on da way tuk daptkn nyer...
    anyway lynn...
    teruskn berkarya!!!
    chaiyokkkk!!

    http://syamieraedora.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. saye dah beli...
    saye dah baca..
    best!
    good job sis!

    ReplyDelete
  10. salam...
    da bce...
    mmg best..
    sukee

    ReplyDelete