ish, mcm xsedia je lagi nk post projek baru ni...tapi cam nk tau ape feedback korang kalo sy wat citer cmni...huhuhu...citer ni xsiap lagi..masih bnyk lagi..huhu...
ni edisi khas utk korang...tak janji tau bile boleh post part seterusnya...hehehehehe...comment eks...hihihi
selamat membace...
Tudung putih yang melekat di kepala dikibas-kibas. Panas yang amat. Elektrik pula terputus. Macam dalam ketuhar. Agaknya kalau masak kek, dah boleh makan. Suara Cikgu Zabedah masih kedengaran nyaring, berlaga dengan bunyi kertas yang dijadikan kipas oleh beberapa orang pelajar yang lain.
“Panasnya.” Suara jantan seorang pelajar lelaki mengejutkan seisi kelas yang sedang leka mengibas sambil mendengar bebelan Cikgu Zabedah yang sudah makin kendur. Mungkin kerana dia pun terasa bahangnya.
“Kau banyak dosa. Memanglah panas. Tengok aku. Steady je beb!” Seorang lagi menyampuk. Bikin panas telinga.
“Dah. Banyak pula cakapnya. Siapkan nota yang saya suruh buat. Esok hantar.” Cikgu juga yang menang. Kalau dah namanya Cikgu Bedah, tak ada siapa boleh lawan. Singa pun boleh jadi tikus.
“Fuh, lega. Nasib baik dia keluar awal sikit. Kalau tak, boleh terbakar telinga aku ni. Dah lah tak ada elektrik, dia pula buat ringan mulut membebel.” Ngomel Syarifah. Tangannya masih ligat mengibas kertas yang sudah hampir renyuk dek kerana terlalu kuat dikibas.
“Lama pula kali ni elektrik ni putus. Tak tahanlah macam ni. Dah lencun baju aku ni.” Syarifah bangun. Dia menghampiri pintu utama kelas. Cuaca di luar juga sama panasnya. Tak ada angin langsung. Mukanya tambah berkerut.
“Hah, itulah kau. Banyak sangat buat dosa. Lain kali, kalau orang suruh pergi sembahyang jemaah tu pergi je lah. Ini tak, nak memonteng saja kerjanya.” Memang celupar mulut mamat jepun ni seorang. Bikin panas ni.
“Oi, jepun. Mulut kau tu jaga sikit. Kang tak pasal-pasal ada yang makan bakul sampah.” Lantang suara Syarifah.
“Kau cakap saja bolehlah. Cuba buat aku nak tengok.” Syarifah tercabar. Memang nak kena anak jepun seorang ni.
Syarifah menuju ke belakang kelas. Beberapa pelajar lelaki sudah bersorak. Si anak jepun telan liur. Nampak macam berani, tapi penakut juga.
“Kau nak sangat kan?” Syarifah angkat bakul sampah. Dia angkat kening. Muka si anak jepun dah berubah. Bukan boleh kira si Syarifah ni. Silap haribulan, merasa dia makan sampah percuma.
“Woi, aku main-mainlah tadi. Kaulah kawan aku yang paling baik. Selalu pergi sembahnyang jemaah, selalu baca Al-Quran. Kaulah yang paling cantik kat sekolah ni.” Syarifah makin menghampir. Tak makan pujian. Mampuslah. Bukan dia ikhlas tu. Nak mengelak kena makan sampah saja.
“Semua bangun!” Suara lantang Pijan, ketua kelas buat Syarifah tersentak. Terjatuh bakul sampah yang sedari tadi ditangannya. Bertabur sampah di atas lantai.
‘Aduh…’ Masalah lain pula yang timbul. Tak pasal-pasal jadi tukang sapu pula.
“Syarifah, kenapa tu? Kamu kutip balik semua sampah tu.” Syarifah sudah menunduk. Terbongkok-bongkok mengutip sampah yang bertabur. Si anak jepun tersengih-sengih memandang. Dia menang lagi.
‘Tak guna punya anak jepun. Siap kau lepas ni.’ Syarifah menjeling tajam. Memang malang nasibnya hari ini.
>>
“Ika!” Laung Syarifah. Kawannya di hadapan berpaling ke belakang. Segaris senyuman diberi. Kemudian terus menyambung langkah mencari tempat duduk. Perut yang sudah berkeriut perlu diisi segera.
“Geram betul aku dengan anak jepun tu. Siaplah dia lepas ni. Memang kaw-kaw aku kerjakan.” Si kawan sekadar mendengar. Bukan tak tahu sikap kawannya yang seorang ni. Pantang betul kalau dicabar. Malas nak layan lebih-lebih.
“Ika, nanti aku pinjam nota kau ya. Tak sempat aku nak salin tadi.” Ika sekadar mengangguk. Masih lagi tertumpu pada nasi lemak yang dibelinya tadi. Waktu rehat terlalu singkat.
“Hai, boleh tumpang sekali?” Ika jeling sekilas. Mamat-mamat biasa. Menyampah betul.
“Hoi, kau orang ni tak ada kerja ke? Mengacau orang saja. Dah, berambus.” Syarifah tak suka bila Ika dikacau kacang-kacang hantu itu. Ika pula, diganggulah macam mana pun, tak pernah dia kisah. Entah ilmu apa yang dia pakai.
“Aku kacau kawan kau, bukan kau. Senyap sudah. Kan kawah kan?”
“Eh, bukan kawahlah. Negro.” Berdekah-dekah mereka ketawa. Ika masih meneruskan suapannya. Langsung tak kisah bila diejek begitu. Dah biasa sangat. Hari-hari dia dengar. Dah kalis. Kalau dia lawan pun, bukannya dia boleh tukar apa-apa. Tetap juga dia begitu.
“Mulut kau orang jaga sikit ya. Jangan sampai ada yang kena ganyang dengan cili nanti.” Syarifah mula panas. Terasa benar dia. Ika kawan baiknya. Tak sanggup dia lihat melihat Ika asyik dikeji begitu. Kesian. Bukan salah dia. Semuanya ciptaan Tuhan.
“Uuu…takutnya I. Nanti kena makan cili. Pedas tu.” Ketawa pelajar-pelajar lelaki itu makin keras. Buat Syarifah makin hangat.
“Dahlah tu Sya. Tak ada gunanya kau lawan dia. Bukan dapat apa-apa pun.” Ika menyabarkan kawannya. Nasi lemak sudah habis dimakan. Air sirap dihirup perlahan hingga habis. Dia perlu segera. Hari ini gilirannya bertugas.
“Aku pergi dulu ya. Nak bertugas pula ni. Kau masuk kelas dulu.” Ika bangkit. Meninggalkan pelajar-pelajar lelaki itu yang masih lagi ketawa. Syarifah juga angkat punggung. Malas nak mengadap muka budak-budak sengal tu lama-lama. Darah tinggi dia nanti.
“Hah, dah nak balik negara dia agaknya si Negro tu.” Ketawa mereka bergema satu kantin. Beberapa pelajar yang masih di situ hanya menggeleng. Memang melampau.
Syarifah tuding jari runcingnya tepat pada muka salah seorang pelajar lelaki itu. Memang dia tak puas hati. Kalau bukan kerana Ika yang menghalang, dah lama budak-budak kurang otak tu kena sembur dengan dia.
“Siaplah kau orang lepas ni.” Pantas kerusi ditolak ke belakang. Langkah diatur laju tanpa sedikitpun menoleh ke belakang. Panas betul hatinya. Nasib baik elektrik dah ada, kalau tak memang terbakar terus hatinya.
>>
Ika mempercepatkan langkahnya bila loceng sekolah menjerit nyaring. Malas betul dia nak pergi ke tempat yang satu ini. Kalau tak kerana tugas, memang haram tempat ini untuknya. Tempat ‘jin’ bertendang. Sepatutnya dia bertugas dengan rakannya, tapi budak tu tak datang sekolah pula. Langkah diatur makin laju. Makin cepat dia ke sana, makin cepat dia boleh berambus. Tak kuasa nak duduk lama-lama.
Kepala dipanjangkan sedikit. Kemudian dipendekkan semula. Ini yang dia malas. ‘Jin-jin’ itu ada di sana. Ika tarik nafas panjang. Nak tak nak, terpaksa juga. Dengan kuasa pengawasnya, ‘jin-jin’ itu perlu patuh arahan. Kalau tak, pandai-pandailah jawab dengan Cikgu Zaid, ‘bapak jin’.
“Maaf, kamu semua dikehendaki masuk ke kelas sekarang juga.” Wajah-wajah ‘jin’ yang tak bertanduk itu dipandang sekilas kemudian pandangannya ditunduk bila kesemua mata-mata itu memandangnya tajam. Jantungnya berdegup kencang. Memang mati dia kali ini.
“Hah, dah berani nak tunjuk lagak nampaknya kau ni. Hoi, Kau ingat kami takut. Setakat minah Negro macam kau ni, sekali aku hentak kaki aje, luruh semua jerawat kau tu. Tau tak?” Memang satu penghinaan! Bila ketua ‘jin’ bersuara, pengikut yang lain ketawa berdekah-dekah. Ika ketap bibir.
“Saya tak kisah. Tapi yang penting, kamu semua kena masuk sekarang atau saya laporkan pada guru disiplin.” Mesti tegas. Jangan cepat mengalah. Pengawas sekolah mesti kuat. Tangannya dikepal. Menahan geram dan getar.
“Oh, nak buat laporan ya. Kau ingat kami takut ke? Si Zaid tu nampak aje ganas. Tapi sekali aku angkat penumbuk, kecut jugak perut dia.” Memang kurang ajar ‘jin-jin’ ini semua. Dengan cikgu pun mereka tak hormat.
“Baiklah, kalau kamu tak mahu masuk juga, saya buat laporan sekarang.” Tak sempat Ika berpusing ke belakang, tangannya ditarik dan dilipat ke belakang. Menjerit dia. Sakit.
“Hah, tahu pun sakit. Baik kau jangan buat pandai. Kalau tak, bukan setakat tangan kau aje, kaki kau sekali aku patahkan. Kau nak?” Dekat suara itu kedengaran di telinga Ika. Bau rokok melemaskan rongga hidungnya.
Air matanya bergenang tapi tak semudah itu dia perlu mengalah. Yang salah tetap kena hukum. Amanah yang dipikul tetap perlu dilunaskan. Sekolah ada undang-undang. Tangan Ika makin kuat ditekan bila dia tidak bersuara. Ika menjerit kecil.
“Hoi!” Ika terperanjat. Begitu juga sekumpulan pelajar samseng itu. Sepantas kilat tangan Ika dilepaskan. Berkeliaran mereka lari. Huh, ingatkan berani sangat. Pengecut rupanya. Baru kena jerkah sikit, dah kecut. Blah lah.
Ika mengusap pergelangan tangannya yang terasa perit kerana dicengkam kuat tadi. Merah jadinya. Dia menghela nafas lega. Nasib baik tak patah.
“Kau tak apa-apa?” Tegur suara tadi. Ika menoleh ke belakang. Tergamam seketika. Tak berkelip matannya. Dadanya terasa sesak. Dia tak mimpi kan? Memang orang itu yang berdiri di hadapannya saat ini.
“Zulaikha, kamu tak apa-apa ke?” Tersedar dia dari lamunan. Pantas kepalanya menggeleng. Terasa pipinya panas. Malunya.
“Hmm…baguslah. Tapi apa kau buat kat sini?”
“Bertugaslah.” Mukanya ditunduk ke lantai. Tak sanggup dia nak tatap wajah itu. Sesak nafas!
“Seorang saja? Mana lagi seorang?” Macam tak puas hati.
“Dia tak datang sekolah.” Kedua-dua pengawas lelaki yang berdiri di hadapannya mengangguk. Puas hati dengan jawapan yang diberi mungkin.
“Dah, kau pergi masuk kelas. Biar kami berdua yang settlekan benda ni. Ingat, lain kali kalau seorang, jangan buat-buat berani bertugas kat sini. Cakap dengan kami.” Serius. Nama pun ketua pengawas. Cepat-cepat Ika beredar dari situ. Hatinya bercampur-baur. Sakit tangannya sudah tak terasa bila terpandang wajah itu. Aduh, cair dibuatnya.
p/s:jgn lupe comment yer...hehehehe...enjoyzzz!!
best la citer nie...cpt2 mskkan n3 yerr..
ReplyDeletebest-best......tak sabar ur rasenya nk tunggu
ReplyDeleten3 baru.....huhuhu=))
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebest lah kak..smbung lh cepat2 tau..hihi
ReplyDeletebest cite ni..:)
ReplyDeletebeesssssssttttt !!!
ReplyDelete