assalamualaikum......holaaaaaaaaaaaaaaaaaa....alhamdulillah..akhirnya hadir juga semangat kerajinan dalam diri saya. syukurlah...hehe...rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin...da raya ke-6 kan hari ni??kejap je rasa...tapi siyes...raya tahun ni adalah raya yg paling tak best....bg sesiapa yg mmg ikut blog sy...mesti korang tahu..huhu...hmmm...tahun ni adalah tahun pertama beraya tanpa dia yang bergelar ayah...we miss him alot....sambutan raya terasa sgt kosong...da tak boleh nk salam...da tak boleh nk tengok senyumnya..da tak boleh nk dengar gelak ketawa....jenakanya...oh....masih cuba utk menerima kehilangannya...terlalu sukar....
apa2 pun..hidup perlu diteruskan walaupun selama ini hidup sy banyak bergantung kepadanya. Tapi kita masih punya Allah SWT. ingatan kepada diri sendiri. so, harap korang masih sudi nk baca kesinambungan konflik cinta Zulaikha ni yer...heheheh...
enjoy guyzzzzzzzzzz
Bab 43
Ika tak dapat lelapkan mata. Peristiwa lewat petang tadi masih mengganggu dirinya. Bertemu empat mata dengan Hilmi bagaikan satu mimpi menjadi nyata. Dalam diam dia mengucapkan terima kasih kepada Syarifah.
Ika tak dapat lelapkan mata. Peristiwa lewat petang tadi masih mengganggu dirinya. Bertemu empat mata dengan Hilmi bagaikan satu mimpi menjadi nyata. Dalam diam dia mengucapkan terima kasih kepada Syarifah.
Hilmi cukup berbeza hari ini. Dia tak nampak Khairul
Hilmi yang dia kenal sepuluh tahun lepas. Khairul Hilmi yang sombong, Khairul
Hilmi yang ego atau Khairul Hilmi yang membencinya. Khairul Hilmi yang duduk di
depannya hari ini dah tak ada semua itu. Khairul Hilmi yang murah dengan
senyuman, Khairul Hilmi yang lemah lembut ketika bercakap dan Khairul Hilmi ini
langsung tak membencinya.
Adakah pandangan matanya yang silap? Adakah pandangan
hatinya telah ditutup dek kerana telah dipenuhi dengan rasa cinta? Tapi dia
yakin dia tak silap. Khairul Hilmi yang dulu sudah tiada. Bibirnya mengulum
senyum. Ah, adakah cinta yang mahu dipadam dan dibuang jauh itu kembali
membara?
‘Ika, kau dah bertunang!’ Dia seakan tersedar. Apa yang
dia dah fikirkan ini? Dah jauh menyimpang. Cincin emas yang tersarung di jari
manisnya direnung. Ya, dia dah bertunang dan Faiz adalah tunangnya.
‘Tapi kau cintakan Hilmi kan?’ Dia benci bila perbahasan
itu muncul lagi. Buat hatinya sesak. Kenapalah Khairul Hilmi muncul dalam
hidupnya?
‘Faiz cintakan kau. Takkan kau nak kecewakan dia lagi?
Kau dah bertunang Ika. Kau dah bertunang!’ Ya dia tahu. Tak perlu diingatkan
banyak kali. Dia lebih daripada tahu.
‘Sepuluh tahun kau pendam cinta tu. Sekarang ni dia dah
ada depan mata. Takkan kau nak mengalah sekarang? Peluang ni tak datang banyak
kali.’ Ika ketap bibir. Mengalah? Dia dah lama mengalah. Saat melihat wanita
cantik di sisi Hilmi lama dulu. Tapi sekarang wanita itu sudah tak ada. Bukan
hilang untuk seketika tapi untuk selama-lamanya. Apa harus dia buat? Kembali
berjuang?
‘Kau pasti Hilmi akan sukakan kau? Kau pasti kau tak
akan kecewa sekali lagi?’ Memang dia akui Hilmi sudah berubah tapi itu bukan
jaminan untuk lelaki itu sukakannya. Mungkin dia baik dengan semua orang dan
yang paling dia takut hendak fikir adalah mungkin Hilmi sudah ada pengganti
yang lain.
Ika menutup mukanya dengan bantal. Tak habis-habis
dengan masalah yang sama. Dia sendiri pun naik bosan untuk memikirkannya. Kalau
dibuat novel, dah lama orang campak novel itu dalam tong sampah. Sekejap suka,
sekejap tak suka. Sekejap kata mahu, sekejap kata tak mahu.
Tangannya pantas menyambar telefon bimbit yang
berdering. Langsung tak tengok siapa yang memanggil.
“Hello.” Sedikit kasar. Hati tengah sakit. Nasiblah
siapa yang kena. Telefon tak kena masa.
“Amboi, garangnya tunang abang ni. Tak suka ke abang
call?” Faiz sedikit tersentak. Tak pernah Ika kasar begini. Ada masalah apa?
“Oh, maaf. Saya ingatkan pak cik jual insurans tu lagi.”
Dia sendiri yang terkena. Padan muka. Tak pasal-pasal dapat dosa kering sebab
menipu.
“Hmm…takkanlah marah sampai macam ni? Ika ok ke?” Faiz
melabuhkan badannya ke katil. Penat masih terasa. Tiba-tiba dipanggil bekerja.
Terpaksa dia batalkan perancangan untuk menemani Ika ke rumah kawannya.
“Ok. Penat sikit kut.” Serta-merta matanya mengantuk.
Ditambah dengan suara lemak merdu Faiz, berair matanya.
“Macam mana majlis kat rumah Syarifah tadi?” Kesian Ika
terpaksa pergi seorang diri.
“Ok.” Itu saja yang dijawab. Dalam hati dia mengucap
syukur sebab Faiz tak jadi pergi. Kalau tak, macam mana dia nak berdepan dengan
Hilmi? Pasti hari ini jadi hari yang paling tak ingin dia ingati. Nasib baik
Faiz tiba-tiba dipanggil bekerja.
“Hmm…susah betul nak bercakap dengan tunang sendiri
sekarang ni. Jawab pun sepatah aje. Macam tak sudi aje nak bercakap dengan
kita.” Kedengaran macam orang jauh hati. Ika membetulkan duduknya. Alamak, Faiz
dah merajuk!
“Eh, mana ada. Macam penat je hari ni. Dari tengahari
tadi duduk rumah Syarifah. Banyak kerja kena buat. Tu yang penat sikit.
Maaflah.” Bohong lagi. Mana ada dia buat kerja. Hanya duduk melayan si Amni.
Yang lain semua adik-beradik Syarifah dengan Anas yang buat.
“Oh. Kalau macam tu, sayang rehatlah. Abang pun penat.
Minggu depan kita jumpa ya?” Hampir dua minggu tak jumpa, dia jadi rindu. Harap
minggu depan dia tak dipanggil secara tiba-tiba lagi.
“Minggu depan saya nak balik kampung.” Pantas Ika jawab.
Macam mengelak untuk berjumpa dengan Faiz. Ika, apa dah jadi? Secepat itu kau
berubah hati?
“Balik kampung? Hai, kalau macam ni mati kerinduanlah
abang.” Faiz kecewa lagi. Susahnya nak jumpa buah hati. Mahu saja dia ajak Ika
kahwin segera.
“Oklah. Saya nak tidur ni. Assalamualaikum.” Kalau dulu,
panggilan telefon Faiz sentiasa ditunggu. Rasa tak nak berhenti bila berbual.
Tapi sekarang, dia pula yang tak mahu bercakap lama-lama. Sepuluh minit sudah
dirasakan lama. Benarkah dengan semudah itu hatinya berubah?
Telefon berbunyi lagi. Kali ini mesej yang diterima.
Dari Syarifah.
“Sudah-sudahlah berangan. Tidurlah. J” Macam tahu-tahu saja. Segera butang balas ditekan.
“Mana ada aku berangan. Nak tidurlah ni.” Seketika
kemudian, mesej diterima lagi.
“Macamlah aku tak tahu. Bukan main happy lagi kau tadi
ya?” Dia balas lagi.
“Mengarutlah kau ni. Good night.” Tak mahu berpanjangan.
Dia tak mahu terus menyulam angan yang tinggi melangit. Dia harus berpijak di
bumi yang nyata.
>>
Ika mengeluarkan barang dari keretanya kemudian menutup
dan mengunci keretanya. Dia melepas keluhan lega. Habis juga kerjanya hari ini.
Dari pagi sampai ke petang, ada saja kerja yang perlu dibereskan. Maklumlah dah
nak mula peperiksaan akhir.
“Hai Cik Zulaikha, baru balik ke?” Ringan mulut Zaza
menegur. Kesian melihat pensyarah muda itu menjinjing begitu banyak barang. Nak
tolong pun dia sendiri sudah banyak barang.
“Kamu nak balik ke?” Soalan Zaza tak dijawab tapi
dibalas dengan soalan yang lain. Kelihatan gadis itu menjinjing beg pakaian.
“Ya. Malaslah nak study kat sini. Study kat rumah lagi
aman. Bising sangat.” Ika ketawa. Tahu tak apa. Dia sendiri pun naik pening
mendengarnya.
“Baguslah. Kamu balik naik apa?”
“Tu.” Ika berpaling ke belakang. Hilmi sedang berjalan
menghampiri mereka berdua. Kebetulan apa lagikah ini? Macam mana ni? Sudahlah
dia tengah berserabai. Dengan barang yang banyak di tangan. Aduh.
“Assalamualaikum.” Hilmi lempar senyum manis.
“Waalaikumussalam. Dah lama sampai ke?” Macam biasa.
Debar di dada tak dapat ditahan. Hilmi selalu buat dia tak keruan. Dia benci!
“Baru juga. Nampak Ika berbual dengan Zaza. Itu yang
saya turun. Baru balik kerja ke?” Ika sekadar mengangguk.
‘Ika? Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?’ Zaza memandang
abang dan pensyarahnya silih berganti. Jangan-jangan…
“Abang, tunggu kejap. Zaza tertinggal barang kat atas.
Zaza pergi ambil sekejap.” Beg pakaiannya ditinggalkan di situ. Sebenarnya tak
ada barang pun yang ditinggalkan. Semua dah lengkap. Mahu tak lengkap, dua hari
lepas lagi dia dah mula mengemas.
“So, macam mana kerja?” Ika makin tak selesa.
Ditinggalkan berdua dengan Hilmi di tempat terbuka begini, pasti ada yang akan
buat skandal. Beberapa pelajar yang lalu-lalang melirik dengan senyuman. Takkan
nak marah kut.
“Macam ni lah. Pergi pagi balik petang.” Semua kerja pun
begitu. Dia betul-betul tak tahu nak cakap apa.
“Ika pun duduk kat sini ke?” Hilmi nampak tenang. Itu
yang buat dia makin gelabah.
“Ha’ah. Saya warden kat sini.” Mana si Zaza ni? Lama
pula dia di atas. Tangannya dah lenguh memegang buku-buku tebal.
“Oh. Bagus juga tu. Daripada menyewa kat luar. Lagipun
kat dalam ni selamat sikit kan?” Kenapa Hilmi ni ringan mulut sangat? Cepatlah
Zaza.
“Itulah.” Sepatah dijawab.
Zaza muncul. Ika lepas nafas lega. Macam baru terlepas
dari tali gantung. Tapi dia tak mahu Hilmi pergi. Dia nak tatap wajah itu lagi.
“Dah. Jom abang.” Hilmi mengangguk. Beg adiknya
dibimbit.
“Kami balik dulu.” Hilmi senyum lagi. Ika tambah
longlai. Aduh, senyuman itu.
Ika masih tak berganjak dari situ. Memerhati sehingga
kereta Hilmi hilang dari pandangan. Rintik hujan menyedarkan dirinya yang
sedang terleka. Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam.
thanks alot.!!!!!!.
promo lagi!
bagi sesiapa yg masih belum ada novel ketiga saya yg diterbitkan pada bulan Mac lepas...anda masih boleh dapatkan daripada saya....
harga: Rm 21 (free postage).
nk otogerap kite pun boleyyy...hehehe...
No comments:
Post a Comment