assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca. alhamdulillah kite masih dberi kesempatan utk bernafas hari ni...syukur2...syukur juga kerana sy masih diberi kesempatan utk mengupdate belog..hehehe...juga syukur Tuhan masih mengurniakan idea utk terus menulis...ALHAMDULILLAH...
arini..dengan rasminya sy nk post novel terbaharu saya.....hehehehehehehhehe.....BIG SMILE......hehehe...Alhamdulillah...novel ini telah diterima untuk diterbitkan...InshaaAllah novel ini akan diterbitkan dalam masa terdekat....so, harap korang bersabar ek..ngeeeeeeeeeeee....disebabkan novel ini akan diterbitkan..maka saya hanya akan post sehingga bab 10 sahaja....hehehehehe...tertakluk kepada terma & syarat....
sy harap korang dapat terima novel ini seadanya...opsss....lupe...novel ini sebenarnya adalah penambahbaikan daripada novel Tanya Sama Hati...so mungkin ada part yg sama walaupun sy rombak hampir 90%...hehehe...
so....jom kite baca Saya Pilih Awak sama2 (errkkk....macam ntah ape2 je tajuk dia kan??hahahaha....) harap korang terhibur!!!!
Bab 1
Seorang wanita dalam lingkungan umur dua puluhan
mengusap perlahan perutnya yang sudah berusia tujuh bulan sambil bibirnya manis
menguntum senyum. Seorang lelaki dalam lingkungan umur yang sama juga turut
senyum memandangnya dari seberang jalan sana. Lampu isyarat bagi pejalan kaki
masih lagi merah. Senyuman si isteri di seberang jalan sana buat dia makin tak
sabar menunggu apatah lagi si isteri sedang sarat mengandung. Si suami rancak
mengira detik menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Keadaan lalulintas yang
agak sibuk langsung tak menghalang pandangan mereka. Hari ini adalah hari lahir
isterinya. Mereka dah berjanji untuk meraikannya bersama. Senyum masih terukir
di bibir mereka. Walaupun baru pagi tadi bertemu, rasa rindu di hati
masing-masing seakan tak tertanggung. Tiba-tiba...
“Abang!!” Jerit si isteri. Tenggelam
timbul dengan bunyi deruman enjin kenderaan yang memenuhi jalan raya. Dia rebah
di situ. Darah berlumuran membasahi kain yang dipakai. Rasa sakit yang dirasa
seakan tak tertanggung. Nafasnya tak teratur. Perut yang diusap penuh kasih
sebentar tadi dipegang kejap. Sakit! Pandangannya makin kabur. Orang ramai
berkerumun di sekelilingnya. Semuanya seakan terkesima di situ. Kain putih yang
dipakai sudah bertukar merah secara keseluruhannya.
Syed Muammar terpaku di seberang jalan
sana. Jeritan isterinya sebentar tadi gagal untuk ditafsir apabila melihat
wanita kesayangannya itu rebah. Mimpikah dia? Tadi Nur Annissa sedang senyum
padanya. Tapi kenapa tiba-tiba wanita itu menjerit memanggilnya dan rebah di
situ? Tempat di mana isterinya sedang berdiri seorang diri sebentar tadi sudah
dipenuhi dengan orang ramai. Apa yang dah berlaku? Mana isterinya?
Kereta sudah berhenti. Lampu isyarat
bagi pejalan kaki sudah bertukar hijau. Syed Muammar masih berdiri di situ.
Kakinya kaku untuk melangkah. Lututnya menggeletar. Senyum di bibirnya sudah
lama hilang. Otaknya masih gagal untuk menafsir keadaan yang sedang berlaku.
“Abang, tu isteri abang ke?” tegur
seorang pemuda yang masih tercungap-cungap. Syed Muammar tak menjawab. Mana
isterinya? Isterinya Nur Annissa sedang berdiri sambil tersenyum padanya tadi.
Melihatkan Syed Muammar masih kaku di
situ, pemuda tadi bertindak menarik tangan Syed Muammar dan membawanya ke
seberang jalan. Ke tempat di mana isterinya berdiri sebentar tadi. Sekali lagi
Syed Muammar terpaku. Seorang wanita sedang terbaring tak bergerak dengan
keadaan dirinya berlumuran darah. Diamati wajah wanita itu. Dia kenal wanita
itu. Sangat kenal. Nama wanita itu juga dia tahu. Nur Annissa. Wanita sama yang
senyum padanya sebentar tadi. Tapi kenapa sekarang wanita itu tak bergerak?
Kenapa wanita itu berlumuran darah?
“Encik, ambulans dah sampai.” Sekali
lagi Syed Muammar tersentak. Ambulans? Baru kedengaran nyaring bunyi sirin
ambulans. Wanita yang berlumuran darah itu telah diusung masuk ke dalam ambulans.
Kakinya juga turut sama melangkah ke dalam perut ambulans. Tapi dia masih
bingung.
Ambulans meluncur laju menuju ke
hospital. Syed Muammar diam tak berkutik. Dia memandang tepat ke arah wanita
yang terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan terpasang di wajahnya. Syed
Muammar! Apa dah jadi dengan kau ni? Yang ada di depan kau ni isteri kau. Dia
sedang nazak. Kenapa kau diam saja?
“Sayang!” Akhirnya terpacul juga
panggilan itu. Seakan baru kembali ke alam nyata. Syed Muammar mengusap wajah
isterinya yang pucat lesi. Kemudian beralih ke tangan isterinya. Digenggam
erat. Sejuk.
“Sayang, jangan buat abang takut macam
ni. Please, wake up.” Setitis air
jernih menuruni pipinya. Sesungguhnya dia dalam ketakutan yang teramat. Nur Annissa
tak boleh tinggalkan dia dalam keadaan sebegini. Dia amat memerlukan Nur Annissa.
Ambulans berhenti. Nur Annissa ditolak
pula masuk ke dalam hospital. Syed Muammar tak berganjak dari sisi isterinya.
Tak mahu membiarkan isterinya itu keseorangan. Nur Annissa takut kalau
bersendirian. Dan dia sendiri tak pernah biarkan isterinya keseorangan. Kalau
boleh, ke mana saja dia mahu Nur Annissa ada di sisinya.
“Maaf encik. Encik tak dibenarkan masuk.
Encik tunggu di luar,” arah seorang jururawat. Syed Muammar tetap tak mahu
berganjak.
“Encik tak boleh masuk.” Tubuh Syed
Muammar ditolak keluar. Dia terpaksa akur. Hanya Tuhan yang tahu betapa sesak
dadanya saat ini. Dia mundar-mandir di hadapan pintu bilik kecemasan. Kenapa
semuanya boleh jadi begini? Kenapa isterinya jadi begitu? Dia cuba mengingati
apa yang sudah berlaku tadi. Dia hanya nampak senyuman isterinya dari seberang
jalan. Wanita itu sedang menunggunya. Dan dalam sekelip mata wanita itu rebah.
Sejam berlalu, Syed Muammar masih tetap
tak berganjak dari depan pintu bilik kecemasan. Kenapa lama sangat isterinya di
dalam? Ikutkan hati mahu sahaja diredah pintu berwarna putih itu. Makin tak
senang duduk dibuatnya.
“Ammar!” Serta-merta dia berpaling.
Kelihatan mama dan papanya berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Nissa mama...” Air mata tak tertahan
lagi. Puan Maziah turut sama mengalirkan air mata. Baru pagi tadi dia melihat
menantunya senyum bahagia apabila diberitahu yang Syed Muammar mengajaknya
makan bersama sempena meraikan hari ulangtahunnya. Sekarang, lain pula jadinya.
“Apa yang dah berlaku sebenarnya Ammar?”
soal Syed Mustaffa. Dia terus sahaja memecut keretanya ke sini sebaik sahaja
diberitahu oleh Syed Muammar. Mesyuarat yang sedang dipengerusikan terpaksa
ditinggalkan. Ini lebih penting. Mesyuarat boleh ditangguhkan ke hari lain.
“Ammar tak tahu papa. Ammar tak tahu...”
Syed Muammar mengongoi di situ. Sungguh dia tak tahu apa yang dah berlaku.
Semuanya berlaku dengan amat pantas.
“Sabar sayang. Kita doakan yang Annissa
akan selamat. Ammar jangan takut. Mama tahu, Annissa kuat orangnya.” Ayat untuk
memujuk hati sendiri juga. Sememangnya dia sangat bimbang saat ini.
“Ammar takut ma...Ammar takut.” Takut,
bimbang, rasa bersalah, semuanya bergabung. Kalau dia tak suruh isterinya
tunggu di situ, mesti semuanya tak akan berlaku. Kononnya nak buat kejutan,
alih-alih dia yang terkejut.
“Sabar sayang, sabar...” Belakang anaknya
digosok perlahan. Nur Annissa adalah satu-satunya menantu perempuan yang dia
ada. Yang lebih buat dia bimbang adalah Nur Annissa sedang mengandungkan
cucunya. Anak kedua hasil perkahwinannya dengan Syed Muammar. Ya Allah, Kau
selamatkanlah menantu dan cucuku. Tak putus Puan Maziah berdoa.
Setengah jam kemudian, seorang doktor
lelaki pertengahan usia keluar dari bilik kecemasan. Wajahnya sugul. Syed
Muammar terus menerpa ke arah doktor itu.
“Macam mana isteri dan anak saya
doktor?” Dia mahukan berita baik.
“Maafkan kami encik. Kami dah cuba
sedaya upaya kami. Isteri encik mengalami pendarahan yang teruk. Kami tak dapat
selamatkan dia dan anak encik. Maafkan kami. Saya harap encik dan keluarga
encik dapat bersabar.” Semua yang mendengar terpanar. Benarkan apa yang sedang
menerjah gegendang telinga mereka saat ini? Adakah mereka sedang berdepan
dengan kenyataan?
Syed Muammar rebah di situ. Puan Maziah
juga. Lemah longlai lutut. Kepalanya kosong. Tak, doktor hanya berbohong.
Isterinya selamat. Anaknya juga selamat. Baru tadi Nur Annissa senyum padanya.
Baru tadi dia dengar Nur Annissa menyeru namanya. Baru sebentar tadi dia
berbual mesra dengan Nur Annissa. Tak, Nur Annissa tak boleh pergi. Nur Annissa
tak boleh tinggalkannya.
“Mama, Nur Annissa ma...Ammar nak Nissa.”
Syed Muammar seakan di awang-awangan. Berita mengejutkan yang baru didengarnya
sebentar tadi masih belum dapat diterimanya.
“Sabar nak, sabar.” Puan Maziah juga tak
dapat menahan perasaannya. Bukan satu nyawa yang pergi, tapi dua. Betapa luluhnya
hati.
“Sayang!” Syed Muammar tegak dari
pembaringannya. Dadanya berombak kencang. Peluh dingin memercik di dahinya.
Nafasnya turun naik. Dia pandang kiri dan kanan. Kosong. Biliknya juga gelap
gelita. Dia meraup mukanya yang basah. Mimpi lagi rupanya. Dia beristighfar di
dalam hati.
Syed Muammar duduk di birai katil. Cuba
menenangkan hati yang masih berdegup kencang. Nafas cuba ditarik perlahan. Mata
dipejam seketika. Jam loceng di meja sisi dikerling. Hampir ke pukul tiga pagi.
Dah lama dia tak mimpi buruk begini. Nur Annissa. Rindunya dia pada wajah itu.
Hampir lima tahun peristiwa hitam itu berlaku tapi sampai ke saat ini dia masih
tak boleh nak lupakan sebaris nama dan seraut wajah yang buatkan hatinya cair
saat memandang. Sebuah senyuman yang buat dia menanggung rindu yang tak
sedikit.
‘Nissa, abang rindukan Nissa. Terlalu
rindu.’
Sekali lagi Syed Muammar meraup
wajahnya. Masih terbayang peristiwa hitam itu. Masih terbayang juga wajah pucat
Nur Annissa yang kaku di pembaringan. Terlalu sekejap Tuhan pinjamkan isteri
sebaik Nur Annissa kepadanya. Dia belum puas memadu kasih. Dia belum puas
bermanja dengan wanita itu. Ya Allah, aku rindukan Nur Annissa!
Syed Muammar berdiri. Berjalan perlahan
menuju ke meja solek. Minyak wangi kesukaan Nur Annissa masih ada di situ. Dia
capai botol sederhana besar itu seraya dibawa ke hidungnya. Dihidu. Seakan
terhidu bau Nur Annissa. Setitis air mata lelakinya tumpah. Diletak kembali.
Dia beralih pula ke almari pakaian. Dibuka perlahan. Beberapa helai pakaian
milik arwah masih kemas tersusun di dalamnya. Sengaja dia biarkan ia di situ.
Buat pengubat rindu. Ditarik keluar. Sehelai persalinan berwarna putih bersih.
Baju yang dipakai arwah sewaktu hari pernikahan mereka. Baju itu dipeluk erat.
Seakan memeluk tubuh Nur Annissa. Dia rindu.
Lama dia begitu. Sempat dia terkenangkan
majlis pernikahan mereka yang penuh dengan kegembiraan. Nur Annissa tak lekang
dengan senyuman. Hampir lima tahun menyulam kasih, akhirnya mereka disatukan
dalam acara yang penuh bersejarah. Saat dia melafazkan akad, Nur Annissa
menitiskan air mata kegembiraan. Saat dia mengucup ubun-ubun wanita itu, Nur Annissa
mengucapkan syukur. Mereka bahagia. Sangat bahagia. Waktu itu, dia sudah
berjanji, biar Nur Annissa jadi wanita pertama dan terakhir di hatinya. Tidak
ada yang keduanya.
Persalinan indah itu kembali disimpan di
dalam almari. Cinta buat Nur Annissa masih tersemat kukuh di hatinya. Biarpun
sudah lima tahun dia tak menatap wajah kesayangannya itu, tapi rasa cintanya
tak pernah pudar. Syed Muammar memandang tepat ke arah dinding biliknya yang
dipenuhi dengan gambar kenangan bersama arwah Nur Annissa. Gambar pernikahan,
gambar persandingan, gambar sewaktu berbulan madu, gambar sewaktu mendapat anak
pertama, semuanya lengkap di situ.
Matanya setia memandang ke wajah ayu
milik Nur Annissa. Senyuman itu buat dia makin rindu. Nur Annissa selalu buat
hatinya tenang. Selalu menceriakan harinya dengan telatah manjanya. Selalu
membuatkan tidur malamnya lena dalam pelukan hangat. Ah, dia rindu semua itu.
Dia rindu semua tentang Nur Annissa.
‘Semoga sayang tenang di sana.’
Syed Muammar kembali merebahkan badannya
ke katil. Dipusing badan menghadap ke sebelah kiri. Kosong. Dulu, lima tahun
dulu ada seseorang di situ. Tapi sekarang hanya ada bantal peluk. Dia mengusap
perlahan bantal yang pernah digunakan arwah. Bantal peluk dibawa ke dalam
pelukan. Kemas. Ah, rindu yang sudah tak tertanggung rasanya.
Air jernih yang masih galak mengalir
diusap perlahan. Sudah berapa kali dia berjanji untuk tidak menangis lagi tapi
setiap kali itu juga dia tewas. Air matanya terlalu mudah untuk mengalir setiap
kali kenangan bersama arwah menerpa ruang ingatannya. Kadang-kadang, tanpa
sedar air matanya boleh mengalir. Nur Annissa, dulu nama itu membuatkan dia
senyum tapi sekarang, sebaris nama itu buat dia mengalirkan air mata.
“Papa...” Pantas Syed Muammar bangkit
semula. Ada seorang budak kecil yang sedang berdiri sambil memeluk bantal di
sebalik pintu biliknya yang sedikit terbuka. Air mata diseka.
“Sayang, kenapa ni?” Syed Muammar
mendekati anak kecil itu. Terus tubuh itu didukungnya.
“Lissa nak tidur dengan papa boleh?
Lissa takutlah papa,” rengek Lissa. Kepalanya disandarkan ke dada bidang milik
papanya. Dia mengantuk tapi dia rasa takut apabila tersedar dari lenanya tadi.
Dia mimpi.
“Takut? Lissa takut apa?” Tubuh genit
itu dibawa ke katilnya. Satu-satunya peninggalan arwah Nur Annissa yang paling
dia sayang. Syarifah Allissa Nurzara. Permata tunggal mereka. Semasa arwah
meninggal, Allissa baru berusia satu tahun. Masih tak mengerti apa-apa.
“Lissa mimpi.” Tubuh papanya dipeluk
erat. Rasa selamat dalam dakapan papa kesayangannya. Hilang rasa takutnya.
“Mimpi? Ok, Lissa tidur. Tak payah
takut-takut. Papa ada.” Syed Muammar mengusap perlahan kepala anaknya. Dikucup
penuh kasih. Saling tak tumpah macam mamanya. Penakut!
Syed Muammar senyum sebaris. Rasa
terubat sikit rindunya pada arwah Nur Annissa. Wajah Allissa seiras mamanya.
Punya mata yang cantik. Punya senyuman yang menawan. Tubuh Allissa dipeluk
erat. Segala rasa sayang ditumpahkan hanya untuk anaknya kini. Papa sayang
Allissa. Papa sayang mama!
p/s: Yang sy post ni version tak edit..sorry kalo ade typo or ape2...hehe..ape komen korang????
BEST...NAK LAGI.
ReplyDeleteTq baby mio...inshaaAllah akan update bila masa mgizinkan..semoga terus mmbaca novel ini ya :)
Deletebest...jalan cerita yang menarik....
ReplyDeleteTq emyliana...smoga terus mngikuti novel ini hingga bab terakhir :)
DeleteDah habis baca..so best,sampai menangis,ni novel pertama yang saya baca and sekarang saya dah suka baca novel
ReplyDelete