2009-04-25

sepupuku suamiku?1

Susah betul nak lelapkan mata. Sekejap ke kiri, kejap ke kanan. Kata-kata mama siang tadi masih bermain-main di kepalanya.

“Abang Syam nak bertunang minggu depan.” Satu ayat tu cukup membuatkan jantungnya rasa nak gugur.

“De..dengan sape ma?” nak nangis dah ni. Relax Nana, relax.

“Dengan makwe dia la. Mama pun tak kenal lagi. Minggu depan pergi merisik terus tunang.”

Abang Hisyam nak bertunang. Betul ke apa aku dengar ni. Aduh…tak boleh terima. First love aku tu. Abang, kenapa tak tunggu Nana.

‘Ko gila Nana. Dia tu kan sepupu kau. Jangan harap mama dengan papa nak bagi ko kawin dengan abang Hisyam tau.’

‘Ape salahnya kawin ngan sepupu. Tak haram kan?’

‘Memangla..tapi abang Hisyam tu suka kat ko ke? Entah2 ko je yang syok sendiri. Makwe dia lagi cantik agaknya. Setakat orang macam ko ni, dia nak pandang ke?’

‘Tak kira..cantik ke tak cantik ke. Abang Syam, nak kawin ngan abang..hukhukhuk…’

Akhirnya Nana tertidur jugak setelah penat bermonolog sendiri. Apalah nasib, terjatuh cinta ngan sepupu sendiri. Mana tak jatuh cinta, Hisyam tu sikit punya hensem. Doctor pulak tu. Baik. Adus.. silap-silap bini orang, nenek orang pun boleh jatuh cinta ngan doctor hensem tu.

“Kenapa tak nak balik. Bukannya jauh sangat pun. Kak Yaya pun boleh pergi amik.” Kenapa la dengan budak sorang ni. Sepupu sendiri tunang pun tak nak balik.

“Takpe la Kak Yaya. Nana banyak assignment nak kena submit next week ni. Ala, tunang je kan, nanti kalo abang kawin, Nana balik k.” Gila ke nak pergi majlis tunang abang Syam. Kang aku nangis kat depan tu kang, tak pasal-pasal buat drama budget murah kang. Kantoi.

“Hmm.. suka hati Nana lah. Tapi nanti kalo Nana tetiba rasa nak balik, bagitau akak tau. Nanti akak pergi jemput.

“InsyaAllah.” InsyaAllah tak. Tak mungkin aku ubah fikiran. Simpang malaikat 44. Kesian Kak Yaya. Mesti dia nak aku temankan dia. Ye la. Kita orang ni rapat sangat macam adik beradik dah. Kak Yaya adik bongsu abang Syam. Dah kerja. Peguam. Baru je habis belajar tahun lepas.

13/3/2005

Mesti dia orang tengah gembira sakan ni. Ye la..majlis pertunangan. Mesti la gembira kan. Takkan nak sedih-sedih pulak. Kang nanti jadi majlis orang mati la pulak. Aku je kat sini menangis tak henti. Siapa tak sedih, first love kena kebas. Sampai hati abang Syam.

‘Ko ni pun satu. Mana la si abang Syam tu nak tahu ko suka kat dia. Ko bukannya pernah bagitau dia.’

‘Takkan nak bagitau. Malu la aku.’

‘Habis tu. Bukan salah Abang Syam kalo dia nak tunang ke kawin ke dengan orang lain.’

‘Tapi, takkan dia tak boleh rasa aku syok separuh mati kat dia.’

‘Lelaki, mana tahu perasaan pompuan cam mane. Ego.’

‘Ah lantak la. Yang penting, kalo jadi bini nombor dua pun tak kisah.’

Hah? Bini nombor dua? Ko biar benar Nana. Ish gila la ko ni. Dah takde jodoh nak buat camne.

“Arghhh… Tensionnya!!!” jerit Nana.

“Weh, terkejut beruk aku. Ko ni, nak mengamuk pun tengok tempat la.” Farah yang sedang layan game dynomite terperanjat mendengar jeritan Nana yang tetiba.

“Opps..Hehe..Sorry. Tak sengaja.” Nana senyum kambing.

“Ko ni kenapa. Sawan ke?”

“Ish, ke situ pulak ko ni. Muka lawa aku ni ada nampak macam orang sawan.” Perasan betul.

“Banyak la ko punya lawa. Cantik la lagi amoi jual buah kat market tu tau.”

“Kurang asam ko Farah. Amik ko.” Gedebuk. Bantal busuk mengena tepat muka Farah.

“Cinabeng ko Nana. Tunggu ko.” Alamak, kena selamatkan diri ni. Nana dah buka langkah seribu. Tawaf satu rumah dah budak tak cukup umur dua orang ni. Kejap Nana menjerit sebab kena baling bantal ngan Farah, kejap Farah pulak yang menjerit.

“Ya Allah, Korang ni pehal? Baru terlepas dari tanjung rambutan ke?” Suria yang baru balik dari library terkejut melihat dua kawannya yang berlari-lari macam orang gila baru terlepas. Gedebuk, muka Suria pulak jadi mangsa.

“Woi, siap ko aku kerjakan.” Suria pulak yang joint the group. Haha.. dia pulak yang jadi macam orang gila terlepas dari hospital tampoi. Hahaha…

1 comment:

  1. kaler tulisan tu sakitkan mata..
    ehehehehe...

    ReplyDelete