2009-05-28

sepupuku suamiku??12

Pemandangan pantai di hadapannya begitu mendamaikan. Indah. Seindah dan sedamai hatinya saat itu. Buat pertama kali dia bercuti tanpa bebanan di kepala. Tak perlu fikirkan soal pelajaran lagi. Segala penat lelahnya sejak tadika hingga menamatkan empat tahun pengajian sudah tamat. Jauh dari kesibukan, jauh dari makhluk Tuhan paling sengal, Johan yang tak henti-henti mengganggunya walaupun tahu dia sudah bersuami. Entah apa yang dimahukan lelaki itu dia sendiri pun tak tahu.
Dan sekarang dia di sini menyaksikan panorama ciptaan ALLAH yang amat mengagumkan. Paling penting, dia bersama orang yang amat dicintainya sepenuh hati. Itu lebih membuatkan percutiannya sangat bermakna. Hisyam mengotakan janjinya membawa Nana berbulan madu. Lokasinya dirahsiakan hinggalah saat dia menaiki pesawat membawanya ke pulau peranginan ini. Kalau sebelum ini Nana hanya mendengar atau membaca mengenai keindahan pulau cinta ini, sekarang dia sendiri dapat menyaksikan segalanya. Memang dia tidak dapat menyangkal segala kata-kata itu. Pulau Bali memang indah. Romantik.

“Sayang buat apa ni?” Hisyam memeluk mesra pinggang isterinya. Ciuman hinggap ke pipi Nana. Pagi yang amat romantik. 2 keajaiban Tuhan berada di depan matanya. Keindahan alam dan wanita dalam dakapannya sekarang.

“Tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Cantik sangat.” Nana melentokkan kepalanya ke dada Hisyam.

“Memang cantik. Orang kat depan abang ni lagi cantik.” Puji Hisyam. Nana tersipu malu.

“Jom kita ke sana…” ajak Hisyam. Teruja dia apabila ramai orang sedang mandi-manda di pantai. Ada juga yang sekadar berjalan menyusuri pantai.

“Taknak lah. Nana tak mandi lagi ni.” Baju tidur masih tersarung di badannya. Semalam, sampai sahaja ke hotel, dia terus tertidur. Penat.

“Ala…Kat sana lagi banyak air. Free je. Jimat sikit air kat hotel ni…” Hisyam berlawak.

“Ish…takkan nak mandi kat sana. Segan je orang nampak.” ‘Ish, malu lah aku. Ada ke nak suruh aku mandi kat pantai tu…’

“La…orang lain pun mandi jugak. Tengok mat saleh tu. Pakai seluar superman je mandi.” Hisyam tunjuk ke arah sekumpulan mat dan minah saleh yang sedang mandi di pantai.

“Dia orang tu takpe lah. Takde rasa malu.”

“Ok. Kalau sayang taknak mandi, temankan abang mandi je. Dah lama tak mandi pantai ni. Please…” Pujuk Hisyam. Nana terpaksa bersetuju. Kesian pulak tengok muka suaminya yang terlalu mengharap. Macam budak tadika nampak pantai je lagaknya.


Percutian selama empat hari di pulau peranginan itu memang menyeronokkan. Terasa terlalu cepat masa berlalu. Kalau bersama orang tersayang mesti rasa macam tu kan? Tak puas. Kalau boleh rasa macam nak bercuti setahun je.
Menyusuri pantai Jimbaran, melihat keindahan matahari terbenam, dan melawat beberapa tempat menarik di pulau Bali memang suatu pengalaman yang indah dan menyeronokkan. Sempat juga Nana membeli beberapa barangan untuk dijadikan cenderahati kepada keluarganya nanti.

“Hmm…rasa macam tak nak balik je esok.” Luah Nana semasa mereka sedang berehat selepas penat seharian meronda-ronda sekitar pulau itu.

“Kenapa? Dah terpaut kat mat indon kat sini ke?” Usik Hisyam. Nana muncung.

“Ish ada ke macam tu. Orang suka tengok pemandangan kat sinilah. Mat Indon buat apa?” Ngomel Nana. Deruan ombak di pantai yang terdampar indah di depan mata begitu mengasyikkan. Angin yang bertiup begitu dingin. Tapi dirinya hangat dalam pelukan suami tercinta.

“Sayang, nanti abang nak 10 orang anak boleh? 5 lelaki 5 perempuan.” Kata Hisyam tiba-tiba. Nana membulatkan matanya.

“Hah?10? Ramainya. Tak laratlah macam tu…” Keluh Nana. ‘10? Kering aku macam tu.’

“Ala…sikit je tu. Abang tak pernah rasa macam mana ada family besar. Nana pun kan? Apa salahnya kalau kita ada anak ramai macam tu. Meriah sikit.” Cadang Hisyam. Dia hanya 2 beradik. Nana pun 2 beradik.

“Memang lah meriah. Tapi nak beranakkan 10 orang tu rasanya…ee…” Nana cuba membayangkan kalau dia melahirkan 10 orang anak. Sorang pun dah seram, inikan 10.

“Hmmm…kita cubalah dulu. Banyak pahala tau kalau beranak ramai-ramai.” Hisyam masih tak mahu mengalah. Dia sengaja mahu mengusik. Tapi kalau ada rezeki apa salahnya. Nana hanya senyum sumbing.

“Kalau macam tu, jom!” Ajak Hisyam. Tubuh Nana dicempung masuk ke bilik dan diletakkan di atas katil.

“Nak ke mana?” Nana masih tak mengerti. Dahinya berkerut. ‘Nak pergi mana malam-malam macam ni?’

“Usahalah. Kata nak dapat 10 orang anak.” Hisyam senyum nakal. Pelukannya semakin erat. Kedinginan pulau menyelimuti pasangan itu yang sedang hangat dibuai asmara.


Pulau Bali ditinggalkan dengan seribu satu kenangan manis yang akan sentiasa terpahat kukuh di hatinya. Azamnya, sekembali ke Kuala Lumpur nanti dia akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang terbaik buat suaminya. Semoga ALLAH mengabulkan doanya.

Hisyam menolak troli yang berisi bagasinya. Nana ke tandas sebentar. Dia mengambil peluang untuk duduk berehat di kerusi yang disediakan. Penat setelah lama dalam penerbangan. Matanya melihat ragam manusia di sekeliling. Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh wanita yang seakan dikenalinya. Rambut panjang melepasi bahu dengan kaca mata hitam. Dia memandang wanita itu tepat. Wanita itu juga menoleh ke arahnya. Kedua-duanya terpaku. Sebaris senyuman terukir di bibir wanita itu yang semakin hampir mengatur langkah ke arahnya. Entah kenapa dadanya berdegup kencang. Duduknya gelisah.

“Hisyam?” Sapa wanita itu. Kaca mata hitam dibuka. Raut wajah yang masih cantik seperti dulu. Senyuman manis yang menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya yang suatu ketika dulu pernah mencuri hati Hisyam.

“Hani?” Dia meneka walaupun sudah tahu.

“Hmm….Takkan dah lupa kot. You buat apa kat sini?” Penampilannya memang agak berbeza sedikit dari dulu. Lebih matang dan menunjukkan ciri-ciri seorang wanita berkerjaya.

“I baru balik dari Bali. Holiday.” Jawabnya agak berselindung walaupun Hani pasti dapat meneka.

“Holiday ke honeymoon? Anyway…Mungkin belum terlambat untuk I ucapkan selamat pengantin baru kan? Semoga you and your wife bahagia sampai bila-bila.”

“Thanks.” Jawab Hisyam dengan senyuman terukir di bibir. Entah apa perasaannya saat itu. Dia sendiri tak pasti. Hatinya masih berdebar. Tapi perasaan geram dan marah juga masih ada.

“I pergi dulu. My friend dah tunggu. Kita jumpa lain kali ok?” Hani meninggalkan Hisyam sendirian. Debaran dadanya makin hilang. Nasib baik isterinya belum keluar dari tandas. Dia tak mahu Nana salah sangka. Walaupun dia sudah berjanji pada dirinya akan melupakan Hani, tapi pertemuan itu membuatkan dia merasa sesuatu yang lain.

“Abang. Kenapa ni? Macam nampak hantu je muka.” Tegur Nana setelah melihat muka suaminya yang kelihatan lain macam.

“Hah? Takde lah. Abang penat je kot. Jom lah. Agaknya Yaya dah tunggu kat luar kot.” Ajak Hisyam. Dia cuba berlagak seperti biasa. Jangan sampai Nana tahu apa-apa pasal perkara tadi.


“Hai…Wah…cerianya muka orang baru balik honeymoon. Makin berseri-seri.” Usik Zahlia sebaik saja bertemu dengan abang dan kakak iparnya.

“Mestilah…Kak Yaya pun kena pergi honeymoon cepat-cepat tau. Best…” giliran Nana pula mengusik. Zahlia sudahpun sebulan menjadi isteri kepada seorang jurutera muda yang dikenalinya semasa sama-sama belajar dulu.

“Macam mana nak pergi. Asyik busy memanjang.” Ngomelnya. Suaminya di sebelah hanya tersenyum.

“Kalau macam ni, nampaknya cepatlah kita orang dapat berita gembira ye…” Zahlia tak habis-habis menyakat.

“Berita apa?” Nana buat-buat tak faham. Senyuman masih terukir di bibir. Tangannya menggenggam erat tangan suami di sebelah.

“Hmm…Saja je buat-buat tak faham. Akak nak anak saudara cepat-cepat.” Zahlia berterus-terang. Senang.

“InsyaALLAH.” Jawab Hisyam sepatah. Wajah Nana direnung penuh makna.

“Akak lah dulu. Nana muda lagi. Banyak masa lagi.”

“Kita orang baru kahwin. Awak tu dah lama. Awak lah dulu.” Zahlia tak mahu mengalah. Ketawanya berderai. Seronok. Masing-masing sudah punya kehidupan sendiri. Sudah ada rumahtangga sendiri. Terasa cepat masa berlalu. Masih terbayang ketika mereka masih kecil dulu. Budak hingusan yang hanya tahu bermain.

2009-05-26

sepupuku suamiku??11

Nana terjaga dari lenanya. ‘Aik? Bila masa pulak aku tidur kat sini?’ Dia melihat sebelahnya. Suaminya Hisyam sedang lena dibuai mimpi. Agaknyalah. Seingatnya tadi, dia sedang menonton tv. Mega movie. Dia yang beria-ia nak tengok. Walaupun mata dah macam separuh nak tertutup, digagahkan jugak sebab nak tengok pelakon kegemarannya, Brad Pitt yang hensem. Mana tak penatnya, seharian tak tidur. Letih. Kuliah habis pukul 4petang, abang datang ambik terus balik kampung. Manghrib baru sampai. Lepas tu tolong mama sediakan makan malam. Walaupun malas tahap gaban, tapi kena jugak buat. Malulah dekat abang kalau dia tahu bini dia ni sebenarnya memang malas bab-bab memasak ni. Lepas solat isyak, teman abang tengok tv jap. Sambung tengok mega movie.

“Abang dah ngantuk ke?” Tanya Nana bila melihat suaminya menguap beberapa kali. Mungkin penat selepas lama memandu tadi. Mama dan papa awal-awal lagi dah masuk tidur. Biasalah orang tua.

“Sikit. Sayang tak nak tidur lagi ke? Mata dah merah tu.” Mata Nana memang sudah berair. Tapi disebabkan oleh si Brad Pitt, matanya yang semakin mengecil sengaja dibesarkan. ‘Ilmu apalah mamat macho ni pakai ek sampai orang tergila-gilakan dia sampai jadi gila pun ada. Huhu…’

“Nak tengok movie ni dulu. Kalau abang nak tidur, naik la dulu. Nana boleh tengok sorang.” Bunyi macam merajuk tapi cover la jugak. Kesian pulak kalau nak paksa.

“Takpe. Abang teman.” Pasrah saja suara Hisyam. Demi isteri tersayang.
Sedar-sedar saja, dia sudah terbaring di sebelah Hisyam di atas katilnya. ‘Abang angkat aku ke? Ke aku berjalan sambil tidur? Ish, takkan la kot. Kalau abang angkat….Ummm romantiknya. Kesian kat abang. Dahlah penat, mengantuk. Kena angkat aku pulak naik tingkat atas. Thank you my darling.’ Nana memandang wajah suaminya dekat. Walaupun dalam gelap, dapat dilihat segenap inci wajah tampan itu. Dia meneliti satu persatu. Buat pertama kali. Tak pernah sebelum ini dia melihat wajah Hisyam sedekat itu. Hanya beberapa inci sahaja. Alis mata yang tebal dan rapi, hidung yang sedikit mancung, bibir yang seksi. Aduh… membuatkannya tergoda. Jarinya gatal untuk cuba menyentuh wajah itu. Telunjukkan bermain-main dari dahi turun ke mata, hidung, pipi dan menyentuh mesra bibir suaminya.

‘Kesian abang. Maafkan Nana. Nana masih tak mampu nak jalankan tanggungjawab Nana sepenuhnya sebagai isteri. Abang memang sabar. Nana terlalu cintakan abang. Abang jangan tinggalkan Nana ye…’ Rintihnya dalam hati. Setitis air mata gugur.

“Nana tak tidur?” Hampir melantun jantungnya mendengar suara serak Hisyam. Dapat dilihat sinar mata Hisyam memandang ke arahnya. Cepat-cepat dia menyeka air mata.

“Terjaga tadi. Nak tidur la ni.” Nana memalingkan mukanya membelakangi Hisyam. ‘Ups alamak. Tak boleh tidur membelakangi suami.’ Teringat ajaran ustaz semasa menghadiri kursus pra perkahwinan dulu. Dia segera kembali memusingkan badannya mengadap Hisyam.

“Nana nangis ke?” Tanya Hisyam.

“Mana ada. Mengantuk.” Nana gelabah. Tangan Hisyam melingkari pinggangnya. Nana terasa selesa. Dia merapatkan badannya ke arah suaminya. Terasa ingin bermanja. Pelukan Hisyam makin erat. Bibirnya mengelus manja wajah isterinya.

“I love u sayang.” Terungkap kalimah sakti itu dari bibir Hisyam. Sesungguhnya dia tidak dapat menipu rasa hatinya. Rasa itu makin dalam setiap hari. Rasa yang cuba disemai saat dia mengambil keputusan untuk menikahi Nana. Rasa yang tidak perlu dipaksa. Ia muncul dengan sendiri. Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa.
Air mata Nana yang hampir kering tadi mengalir kembali saat mendengarkan kalimah itu. Tak terfikir olehnya yang Hisyam akan mengungkapkan ayat itu. Saat itu, hatinya seakan berbisik mengatakan suaminya jujur mengungkapkannya dan dia harus mempercayainya. Bukan kerana terpaksa atau hanya ingin mengambil hatinya.

“I love u too….” Perlahan saja suara Nana. Antara dengar dan tidak. Dia malu. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia menjerit menyatakan kepada seluruh dunia yang dia cintakan suaminya sepenuh hatinya.

Bibir Hisyam menyentuh mesra bibir yang baru sahaja mengungkapkan kata cinta itu. Dia senyum. Nana tak lagi mengelak seperti sebelum ini. Mungkinkah isterinya sudah dapat menerima cintanya? Dia berdoa agar apa yang diharapkan dalam rumahtangganya dimakbulkan tuhan. Hujan menjadi saksi penyatuan dua hati dan dua jasad ini. Semoga rasa cinta ini kekal buat selamanya.


Nana menilik jam di meja. 6.30. ‘Hah? Alamak dah lewat. Tak solat lagi.’ Dia segera bangun tapi tersekat. Tangan Hisyam melingakari kemas pinggangnya. Cuba ditolak tapi makin kemas. ‘Tak boleh jadi ni.’

“Abang, bangun. Dah lewat nak solat subuh ni.” Tangan Hisyam ditolak lagi. Kali ini berjaya. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik air.

“Jangan lupa mandi wajib ya sayang.” Hisyam bersuara nakal. Muka Nana merah padam. ‘Tau la…Ingat orang ni budak kecik ke.’ Nana segera mengunci pintu bilik air. Entah kenapa dia rasa lain sekali. Bahagia. Senyuman tak lekang dari bibirnya.


“Assalamualaikum.” Hisyam menyapa isterinya yang sedang leka menyiram bunga-bunga di laman. Salah satu hobi Nana. Tanam bunga.

“Waalaikummussalam.” Jawab Nana perlahan. Mukanya ditunduk selepas memandang suaminya sekilas. Malu masih menyelubungi diri. ‘Ala abang janganla tengok…Malu tau. Nanti Nana tak boleh buat kerja.’

“Nak tolong boleh?” Hisyam menawarkan diri. Dia berdiri di sebelah Nana yang tersipu-sipu.

“Tak payahlah. Dah nak habis ni.”

“Abang tak habis cakap lagi tau. Tolong tengok.” Hisyam ketawa kuat. Nana geram. ‘Ish dia ni, siram dengan air ni kang baru tau.’

“Siram dengan air kang.” Ugut Nana.

“Siram la…tak takut.” Hisyam berkata dengan nada riak. Ketawa masih berbaki. Dia tahu Nana takkan berani buat begitu.

‘Ohhh…Ingat orang tak berani ye. Tengok, siapa yang takut air. 1…2…3!’ Nana mengalihkan siraman air dari pokok rosnya kepada hidupan lain yang masih ketawa berdekah-dekah di sebelahnya. Hisyam terkejut.

“Eh, abang gurau je tadi. Sayang, basah ni.” Hisyam kaget. Nana makin galak menyiramnya. Dia lari. Nana ikut kejar.

“Ha…tadi kata tak takut air.” Nana memulangkan paku buah kerasnya. ‘Padan muka. Berlagak sangat. Jangan tak tahu, sayang abang ni memang suka bab-bab siram-menyiram ni.’

“Ya ALLAH budak berdua ni. Main air pulak. Nana, sudah lah tu. Habis basah si Hisyam tu. Nana!!” Jerit mama bila melihat Nana yang makin galak mengejar suaminya dengan pancutan air di tangan.

Nana segera menghentikan langkahnya sebaik saja mendengar jeritan mamanya. ‘Alamak, mama nampak. Malunya….’ Dia lupa yang dia berada di rumah mama dan papanya. Nasib baik papanya sedang leka membaca akhbar. Kalau tak, lagi malu.

Hisyam tercungap-cungap selepas penat dikejar Nana. Bajunya basah. Lega bila dia lihat Nana menutup pili air. ‘Thanks ma. Kalau tak, tak tahu apa anak mama tu nak buat lagi. Silap hari bulan mati kesejukan.’ Hisyam berjalan menghampiri isterinya.

“Ohh…Mainkan abang ye. Siap la sayang nanti tau.” Hisyam mengugut lagi. Matanya sengaja dibulatkan. Nana mengalihkan pandangnya. ‘Adus…apa la pulak mamat ni nak buat kat aku…Tu lah, berani sangat tadi. Tapi best, kesian abang. Basah kuyup.’ Nana senyum.

“Sayang, thanks.” Ucap Hisyam. ‘Aik, aku dah siram dengan air pun masih cakap terima kasih lagi? Dah demam ke laki aku ni?’ Nana kerut dahi tak faham.

“Thanks sebab sudi terima abang sebagai husband dan buat abang bahagia. Abang bahagia sangat…” Tutur Hisyam lembut. Tangan isterinya dikucup perlahan. Nana senyum bahagia.

‘Nana pun bahagia. Thanks too my dear…’

“And for last night too…” Hisyam menyambung dengan suara nakal membuatkan Nana menggelabah. Malu.

“Ish, abang ni. Saja je tau. Dah lah. Orang nak masuk.” Belum sempat Nana melangkah, tangannya lebih dulu ditarik Hisyam memaksanya jalan beriringan.

“Ye lah. Hari tu sayang jugak yang kata nak honeymoon kat rumah mama dulu.” Hisyam masih lagi giat mengusik Nana. Sengaja memancing reaksi isterinya.

“Orang cakap je. Takkan honeymoon kena macam tu kot?” Tanya Nana macam budak tak cukup matang.

“Ermmm…part of it.” Hisyam menjawab dengan ketawa yang cuba ditahan. Nana melepaskan pegangan tangannya. Dia berjalan laju menuju ke dalam rumah. Malas nak bersoal jawab dengan Hisyam lagi. Alih-alih, dia juga yang terkena.

‘Saja je tau. Kalau macam tu, tak naklah pergi honeymoon. Tapi, best jugak…’ Nana senyum gatal. Hatinya berbunga riang. Seakan tidak sabar menanti hari bulan madunya. Kemana agaknya Hisyam akan membawanya?

“Hah, ni yang senyum-senyum ni kenapa? Abang Hisyam mana?” Terkejut Nana bila ditanya mengejut oleh mamanya begitu. Segera senyumannya mati.

“Hah? Ada kat luar. Nana nak ambil tuala kejap.” Nana laju mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Mama senyum. Dia tahu Nana dan Hisyam sedang meniti kebahagiannya. Dia mengucap syukur dalam hati. Walaupun pada mulanya dia kurang yakin yang Hisyam dapat menerima Nana dan anak kesayangannya itu dapat menerima pernikahan secara mengejut itu, tapi sekarang dia percaya, keputusannya tepat. Mungkin ini hikmah yang dijanjikan tuhan. Dia kenal Nana bukan hanya sehari dua. Itu anaknya. Dari dulu, dia tahu anaknya mempunyai perasaan pada sepupunya itu. Naluri seorang ibu takkan silap. Apa yang diharapkan, biarlah kebahagiaan itu kekal sehingga ke akhirnya dan dia boleh menutup mata dengan aman.

jatuh cinta lagi!!15

Sudah sebulan DZ cuba memikatnya. Setiap hari ada saja kiriman bunga atau coklat dari lelaki itu. Bersungguh benar dia. Entah apa muslihatnya kali ini. Kiriman SMS tak payah nak cakap. Setiap hari entah berapa puluh SMS yang dikirim. Satu pun tak diendahkan Fenn. Malas. Tak cukup di pejabat, rumah pun dia belasah. Memang sah gila mamat sengal tu. Mek pun dah lali. Kalau di pejabat, kiriman bunga tu mesti dapat kat Sarah. Tak pun dia bagi satu-satu kat student yang datang berjumpanya. Memang best betul dapat lecturer macam tu kan. Makin ramailah student yang datang. Bukan nak tanya soalan, nak bunga.
Handphonenya berdering lagi. Masuk kali ni entah berapa kali si DZ tu call. Entah apalagi yang dia nak. Fenn pening. Seketika kemudian, deringan berhenti. Tak sampai seminit, telefonnya bordering lagi.

‘Ish…mamat ni memang nak kena dengan aku. Dia ingat aku ni operator, kerja angkat telefon ke apa?’

“Ko pehal? Tak tahu ke orang tengah banyak kerja ni?” Sembur Fenn. Hatinya membengkak.

“Assalamualaikum. Amboi, garangnya cik Fenn hari ni…” Usik DZ

“Waalaikummussalam.” ‘Alamak, malunya…Lupa pulak bagi salam.’

“Ha…kan macam tu elok sikit. Sejuk sikit hati abang ni.” Makin galak dia mengusik. Biarkan. Dia nak tengok sampai bila minah kerek ni boleh tahan dengan godaannya.

‘Abang? Uwekkkk….nak muntah aku. Sejak bila pulak mak aku beranakkan kau. Tolong sikit. Tak ingin aku dapat abang macam kaulah. Rosak tau tak.’ Hatinya berbisik jengkel.

“Cepatlah, kau nak apa. Aku banyak kerja ni. Kalau kau tak ada kerja sekalipun, janganlah kacau aku.” Tak boleh dilayan.

“OK. Jangan lah marah. I just nak tanya khabar you je. Takkan tu pun tak boleh kot.” Lembut suara DZ. Kadang-kadang, lemah jugak hati Fenn. Tapi segera dimatikan perasaan itu. Dia tak mahu kalah.

“Apa? Saja nak tanya khabar. Kau ni memang tak de kerja kan. Dah lah. Malas aku nak layan kau.” Makin membara hatinya. DZ memang sengaja menaikkan darahnya. Kalau macam ni hari-hari, tak sampai umur 40 dia dah jalan. Kena serangan darah tinggi.

“Eh…tunggu lah dulu. I sebenarnya nak ajak you dinner malam ni. Ada hal penting I nak discuss dengan you.” DZ menyatakan sebab sebenar panggilannya. ‘Kalau tak, aku pun tak ingin nak call kau tau tak. Suara macam petir. Sekali cakap, bergegar gegendang telinga aku ni.’

“Cakap je lah sekarang. Malas lah aku nak keluar malam-malam.” ‘Tak kuasa aku nak keluar dengan kau. Tak selera aku nak makan tau tak.’

“Tak boleh. Kena jumpa jugak. Penting.” ‘Aku pun kalau boleh tak ingin nak ajak kau keluar tau tak. Tengok muka kau pun dah naik loya tekak aku ni.’

“Kacau la kau ni. Tengoklah macam mana. Aku tak janji.” Jawab Fenn malas. Perkara yang paling mahu dielakkannya. Jumpa DZ.

“OK. I jemput you pukul 8malam ni. Bye…” DZ mematikan talian. Belum sempat Fenn hendak berkata apa-apa.

“Weh…Aku tak kata setuju pun. Hello!!! Sengal lah mamat ni. Susah betul orang tak faham bahasa ni. Siap kau. Aku ajar kau cukup-cukup malam ni sampai kau taubat tak nak jumpa aku lagi. Tengoklah nanti.” Fenn mengetap giginya. Geram.

“Faz, you cakap dengan siapa tu?” Raja yang kebetulan lalu di depan pejabatnya menegur. Tak nampak pulak orang di dalam pejabat rakannya. Kepala digaru.

‘Ish sibuk la kau thambi. Suka hati akulah nak cakap dengan siapa pun.’ Geramnya masih bersisa.

“PC ni hah. Buat hal pulak.” Bantai je lah. Bukan dia tahu pun.

“Aik, dengan PC pun boleh bercakap ka? Terror la you ni.” Raja percaya bulat-bulat. Kepala digeleng dan berlalu dari situ.

‘Boleh je. Kalau guna web cam kan boleh je cakap.’ Masalah DZ tadi kembali menyerabutkan kepalanya. Entah apalah perkara penting yang nak dibincangkan dengannya. Kalau tentang idea dia yang dulu tu lagi, memang nak kena pancung lah mamat tu.


“Kau nak ke mana ni Fenn? Cantik aku tengok.” Tegur Mek yang baru pulang dari kerja.

“Cantik apekebendanya.” Dia hanya bergaya ringkas. Jeans dan blaus biru. Muka hanya disapu bedak dan dicalit sedikit lipbalm.

“Cantik lah ni. Nak keluar ke?”

“Ha’ah. Mamat sengal tu ajak aku keluar. Ada perkara penting katanya. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku biarkan dia tu.” Bebel Fenn. Geramnya tak habis-habis.

“Tapi kau tak sampai hati kan. Aku tahu. Kau bukannya benci sangat kat si DZ tu. Cuma geram je kan?” Serkap Mek. Tak ada salahnya kalau Fenn dan DZ bersama. Dia suka. Nampak sepadan saja.

“Pandai lah kau. Dah lah malas aku nak layan kau ni. Kau pergi mandi, solat lagi bagus tau.” Fenn membelek majalah di depannya sementara menunggu DZ datagn menjemput. ‘Betul ke apa Mek kata? Geram ke benci?’ Hatinya berdetik. Kata-kata Mek bermain-main di fikirannya.

‘Ah…lantaklah. Yang penting aku takkan kahwin dengan orang macam tu. Buat sakit jiwa je.’
Bunyi hon mengejutkan Fenn. DZ sudah terpacak di luar. Nampak kemas dengan jeans dan t-shirt.

‘Hah? Apasal kau pun pakai biru jugak. Ni yang aku malas ni. Nak tukar baju lah.’ Muka Fenn tak puas hati. DZ juga mengenakan warna baju yang sama sepertinya. Macam janji pulak.

“Hai Fenn. Jom.” DZ membukakan pintu untuk Fenn. Lagak seperti seorang gentleman. Muka Fenn masam mencuka.

“Hmmm…macam janji pulak pakai baju sama kan? Ada jodoh kot?” Usik DZ sewaktu kereta mereka sudah meluncur meninggalkan kawasan perumahan itu.

“Tolong sikit. Tak ingin…” Jawab Fenn perlahan. Wajahnya dipaling ke luar. DZ memandu tenang. Senyap. Hanya kedengaran suara deejay berceloteh.
DZ memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoren. Tak ramai yang berkunjung ke situ. Mungkin kerana bukan hari minggu. Mereka jalan beriringan menuju ke restoren, seperti pasangan kekasih gayanya. Fenn cuba menjauhi DZ tetapi lelaki makin menghampirinya.
DZ memesan hidangan. Suasana masih lagi senyap. Tiada sebarang komunikasi antara mereka. Fenn rimas. Dia gelisah. DZ sedari tadi merenungnya.

‘Ish mamat ni. Aku cucuk jugak mata dia ni karang. Sorry, aku takkan terpikat dengan kau tu.’ Bisik hatinya.

“Tadi kau kata ada perkara penting nak bincang. Cakaplah cepat.” Fenn mula bosan. Lama-lama boleh tertidur dia kat situ kalau nak tunggu mamat sengal tu memulakan perbualan.

“Kita makan dulu. Nanti I cerita. Hah, makanan pun dah sampai.” Sengaja DZ melengah-lengahkan masa. Hidangan yang terhidang di depan membuka seleranya. Fenn juga dilihat menelan liur.

“Cakap je lah. Jimat masa.” Desak Fenn. Makin lama duduk dengan DZ, makin rimas.

“Orang tua-tua cakap tak baik bercakap masa makan, nanti tercekik tulang.” Sengaja DZ menguji kesabaran Fenn. Fenn menjeling tajam. Meluat.

‘Banyak la kau punya orang tua. Orang muda tak cakap apa-apa? Lagipun, chicken chop mana ade tulang. Memang betullah sengal mamat ni.’ Ngomel Fenn.

“Apa? Awak cakap apa tadi?”

“Mana ada apa-apa. Jangan bercakap masa makan. Nanti tercekik tulang.” Sengaja dia mengajuk dialog DZ. Menyampah. DZ hanya ketawa.

‘Kelakar jugak dia ni. Hmm…not bad.’ Detik hatinya.

“OK. Dah habis makan. Sekarang boleh bincang kan?” Fenn tak tahan lagi. DZ buat tak dengar. Dia membayar harga makanan tadi.

“Jom.” Dia sudah sedia bangun. Meninggalkan restoren dan Fenn yang terpinga-pinga di meja tadi.

“Weh! Apa kena dengan mamat ni.” Ngomel Fenn tak puas hati. Dia segera bangun dan mengejar DZ yang sudah masuk ke dalam kereta.

“Kau ni pehal. Jangan nak main-main. Kalau takde apa-apa, hantar aku balik sekarang. Buang masa je keluar dengan kau ni.” Bebel Fenn. Hatinya membara. Pintu kereta dihempas kuat.

“Sabarlah. Nak cari tempat yang sesuai sikit.” Pujuk DZ.

“Banyaklah kau punya tempat sesuai. Dah, hantar je aku balik. Lantaklah perkara tu penting ke, apa ke. Aku nak balik.” Bentak Fenn. Rasa dipermainkan. Menyesal dia mengikut DZ. Air mata rasa mahu menitis.
DZ diam. Dia memandu keretanya ke arah Putrajaya. Dia memberhentikan keretanya. Tasik Putrajaya yang terbentang indah di hadapannya di pandang.

“Jom keluar.” Ajak DZ. Fenn masih kaku di tempat duduknya. Muncungnya panjang sedepa. DZ sudah berada di luar. Ramai pasangan kekasih yang sedang berdating di situ.

“Hah.Dah sesuai ke tempat ni? So, boleh cakap la sekarang kan?” Perli Fenn. Tangan disilang memeluk tubuh. Angin malam begitu dingin.

“Makin comel kalau you marah.” DZ cuba memujuk. Memang dia akui Fenn agak cantik. Sopan. Benar kata mamanya. Tapi hatinya masih tak dapat menerima kehadiran seorang perempuan, apatah lagi untuk dijadikan isteri.

“Tak payah nak puji-puji. Aku memang dah semulajadi cantik.” ‘Perasan. Lantaklah. Muka aku. Nak perasan ke nak apa ke. Kau peduli apa?’

“OK. I sebenarnya…” DZ mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Kotak baldu merah berbentuk hati itu diserahkan kepada Fenn. Fenn tergamam. Jantungnya seakan berhenti berdenyut. Mukanya panas tiba-tiba. Badannya menggigil. Lidah kelu.

“Sudikah you jadi isteri I?” DZ melamarnya. Terasa di alam mimpi. Diawang-awangan. Apa sebenarnya semua ini? Hilang akalkah mamat ni?

“Apa kau buat ni? Kau jangan nak main-main dengan aku. Aku tak suka.” Fenn cuba mengawal getar di dadanya.

“I’m serious.” ‘Abang lakukan semua untuk mama. Abang nak mama bahagia. Bangga dengan abang.’ Bisik hatinya. Walaupun dia tak mencintai gadis itu, tapi demi mamanya, dia sanggup
lakukan apa saja.

“Hantar aku balik. I can’t accept this.” Fenn meninggalkan DZ yang masih mengharap jawapan darinya. Dia memang tak boleh menerimanya. Tak mungkin.
“You simpan je dulu. I akan tunggu jawapan dari you. Bila you dah sedia, you just tell me.” DZ meletakkan kotak itu dalam tangan Fenn sebelum gadis itu melangkah masuk ke rumahnya.

“I akan tetap tunggu jawapan dari you walaupun terpaksa tunggu setahun.” Kata-kata terakhir DZ hanya kedengaran sayup di telinga Fenn yang lebih dulu membuka langkahnya meninggalkan lelaki itu. Air mata yang ditahan dari tadi meluncur laju menuruni pipinya.

‘Abang, apa harus B lakukan?’

jatuh cinta lagi!!14

Pintu ofis diketuk. Terpacul seorang pemuda bersama sejambak bunga ros putih dan pink. Fenn yang sedang membuat persiapan untuk kelasnya tergamam. Terkesima pun ada. ‘Siapa pulak yang bagi bunga kat aku pagi-pagi ni? Mamat ni salah orang kot.’

“Miss Fazreen?” Budak tu tanya. Fenn mengangguk.

“Siapa yang bagi ni?” Budak penghantar bunga hanya menggeleng. Resit penerimaan ditandatangan.

‘Siapa ni? Mengigau siang ke apa?’ Kad kecil warna hati yang terselit dibuka.

‘Good morning sweety.’

“DZ? Apa kena dengan mamat sengal ni?” Hampir menjerit Fenn bila terbaca nama pengirim bunga itu. Baru je nak cium. Hilang selera. Sayang betul. Bunga dah cantik, tapi pengirim pulak macam hantu.

“Hai,cantik bunga you Fenn. Pakwe bagi ke?” Sarah yang kebetulan lalu dihadapan bilik Fenn menegur.

“Eh takde lah. Entah…salah alamat kot. U nak ke? Nah I bagi kat u.” Fenn menghulurkan jambangan bunga kepada Sarah.

“Ish u ni biar betul Fenn. Kesian kat orang yang bagi tu. Kalau dia tahu mesti kecik hati tau.”

“Takpe. Dia tak marah. Ambiklah.” Sarah menyambut jambangan ros putih pink itu. Senyumnya melebar. ‘Lantak lah dia nak marah ke, nak mengamuk ke. Aku peduli apa.’
Handphonenya berbunyi. SMS. ‘Hi, hope u like d roses.’

‘Banyak lah kau punya suka. Bunga tu da selamat dengan orang lain. Kalo ikut hati aku ni, da lama masuk tong sampah tau. Bukan bunga tu je, dengan kau sekali aku nak humban masuk tong sampah.’ Fenn ketap gigi. Geram.


“Ko pehal DZ. Dari tadi aku tengok kau senyum sorang-sorang. Ngigau ke apa?” Azhar yang kebetulan melepak di biliknya menegur.

“Takde apa-apalah. Saja…” Jawab DZ acuh tak acuh.

“Alah, macam aku tak kenal kau. Ni mesti ada apa-apa ni. Cuba kau story kat aku.” Azhar tak puas hati. Dia kenal DZ lama. Sejak sekolah menengah dan ke UK pun bersama. Hingga sekarang mereka masih berkawan baik.
DZ diam seketika sebelum memulakan cerita gilanya. “Har, kau kena janji dengan aku dulu. Kalau aku story kat kau, kau jangan bagitau orang lain tau.” Tegas suara DZ. Amaran keras.

“Ye. Tapi kau cerita lah dulu apekebendanya.”

“Macam ni. Kau tahu kan mama aku sakit.”

“Ye lah aku tahu. Tapi apa kena mengenannya senyuman kau tu dengan mama kau.” ‘Sengal betullah mamat ni. Ada ke mak tengah sakit dia boleh senyum. Takkan tu pun nak rahsia kot. Memang sengal.’

“Ok. Sebenarnya, sebelum mama aku sakit, dia ada pergi melamar sorang minah kerek ni untuk aku.” DZ membuka ceritanya. Terbayang segala reaksi Fenn sewaktu mereka bertemu dulu.

“Hah? Kau biar betul DZ. Kau kenal ke minah tu?” Azhar agak terperanjat.

“Tak.”

“Oo…kiranya macam kena kahwin atas pilihan keluarga lah ni. Hmmm…interesting.”

“Hotak kau interesting. Minah tu tolak pinangan mama aku. Tu yang mama aku masuk wad tu.” Hatinya kembali membara bila teringatkan tentang peristiwa tu.

“Hah. Dia tolak? Fuh, rugi…rugi.” Azhar menggelengkan kepalanya. Dia tahu, sejak sekolah hingga ke university dan sampai sekarang, DZ memang menjadi kegilaan ramai gadis. Tapi, nasib baik kawannya ini bukan playboy. Cintanya setia. Tapi kesetiaan itu dihancurkan oleh seorang wanita bernama Sarah. Di sebabkan itu, DZ tak bercinta. Benci pada wanita. Rahsia DZ ada dalam koceknya. Tapi, dia amanah. Tak akan sesekali dia menceritakan perkara itu pada orang lain.

“Dan sekarang, aku plan nak kenakan minah kerek tu. Biar pada muka dia.” DZ senyum angkuh. Di kepalanya, pelbagai idea jahat tersedia untuk mengenakan Fenn.

“Ish, kau ni biar betul. Takkan sebab dia tolak kau nak buat dajal kat dia. Tak patut tu DZ.” Azhar kaget. Dia tahu, DZ tak pernah main-main. Setiap apa yang dikata mesti dikota.

“Bukan sebab tu je. Dia dah sebabkan mama aku sakit. Aku tak boleh terima tu.” DZ nekad. Fenn mesti terima balasan tu. Azhar geleng kepala. Entah apa yang difikirkan oleh temannya ini.

“Habis tu kau nak buat apa?” Tanya Azhar walaupun dia kurang setuju dengan tindakan DZ.

“Aku nak pastikan dia melutut depan aku. Biar dia merayu nak kahwin dengan aku.” Jawab DZ angkuh. Dia memandang ke luar tingkap. Terbentang bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dengan deretan kenderaan. Sesak. Bingit. Rimas.

“Kau pasti dia akan melutut depan kau? Kau jangan main-main dengan perempuan DZ. Silap hari bulan kau yang melutut depan dia.” Azhar memberi arahan. Walaupun dia bukan pakar dalam hal cinta, tapi dia sudah masak dengan perempuan. Bukan seorang dua yang sudah jatuh ke dalam tangannya. Walaupun dia tidak sekacak DZ, tapi bila ada duit, semuanya beres.

“Kau tengok je lah nanti.” Hatinya tetap. Takkan berubah. Dia akan cuba hingga berjaya. Dia takkan berpatah balik. Dia mahu perempuan tahu bagaimana sakitnya bila hati seorang lelaki hancur kerana perbuatan seorang perempuan yang mereka cinta sepenuh hati.

“Suka hati kau lah. Aku larang pun tak, sokong pun tak. Kau dah besar. Dah boleh nilai mana baik mana buruk. Tapi, kalau kau perlukan aku, just call me ok.” Azhar menepuk bahu DZ sebelum keluar dari bilik itu.


Fenn menitiskan air mata bahagia. Dia baru saja selamat menjadi isteri kepada Iqram Dzulqarnain. Dahinya dikucup mesra oleh suami. Di jarinya tersarung cincin bertatah berlian. Cantik. DZ segak berbaju melayu warna sedondon dengannya. Manis senyuman yang dihulur padanya. Sinar matanya jelas menunjukkan yang dia juga bahagia. Fenn pandang muka Auntie Pah yang jelas terpancar kegembiraan dengan pernikahan ini. Ibunya juga begitu. Seluruh ahli keluarganya menitiskan air mata kegembiraan. Tiba-tiba matanya tertumpu di suatu sudut. Kelibat lelaki yang amat dikenalinya. Lelaki itu senyum padanya. Kepalanya dianggukkan tanda setuju dengan keputusannya.

“Abang!!” Jeritannya tidak diendahkan. Lelaki itu pergi meninggalkannya. Cuba dikejar tapi tak terdaya. Tangannya digenggam kemas oleh DZ. Kelibat lelaki itu hilang sekelip mata. Cuba dipanggil sekuat hatinya namun abang sudah tiada.

“ABANG!!!”

“Fenn, kau kenapa? Ngigau ke?” Mek kaget bila mendengar jeritan kuat Fenn. Dia segera menuju ke ruang tamu. Fenn tidur di situ. Fenn bangun. Peluh membasahi mukanya. Dia mimpi. Mimpi yang sangat menakutkan.

“Tu lah. Lain kali, kalau nak tidur tu bersihkan diri dulu. Solat dulu. Ni, balik kerja terus terbongkang macam kerbau kat depan ni. Mana tak mimpi. Dah bangun.” Bebel Mek.

“Aku mimpi abang. Aku mimpi aku kahwin dengan mamat sengal tu. Aku takut Mek.” Tiba-tiba air matanya mengalir. Dia menangis teresak-esak. Mek makin pelik.

“Kau kahwin dengan siapa pulak ni Fenn. Cuba cerita kat aku.”

“DZ.” Sepatah kata Fenn sudah cukup membuatkan Mek kembali mengambil duduknya.

“Siapa? DZ? Kau biar betul Fenn. Ke kau memang ada jodoh dengan mamat tu?” Mek saja mengusik.

“Simpang malaikat 44. Tak nak aku.” Geram pulak Fenn diusik begitu. Dia bangun menuju ke biliknya. Senyuman abang bermain dikepalanya. Apa makna semuanya?

2009-05-24

wanna know me

hi guys...
nak kenal ek? huhuhu....
just add me.
kalo friendster erm... norazlyn_css@yahoo.com
kalo facebook search for lynn kadir
add la ek. thnks

2009-05-22

hiii..

hi frenzzz....
at last...dpt gak sy post 1 more part for my novel..
huhuhuhu...payah betul nk perah kepala nk fikir idea tuk part kali ni.
hrp korang sbr ek utk part yg seterusnya
thnks alot for d comments
really appreciate d comments..
ape2 pun....enjoy!!!!

sepupuku suamiku?10

Filem Hindustan yang tertayang di tv langsung tak menarik perhatiannya. Bosan. Abang Hisyam bertugas hari ini. Dia hanya sendirian di rumah. Seluruh rumah sudah di kemaskan. Rancangan tv tiada yang menarik. Dia memang tengah bosan tahap gaban ni. Telefon bimbit dicapai.
“Assalamualaikum.” Salam dihulur.
“Waalaikumussalam. Nana. Lama betul tak call mama ye. Maklumlah orang dah ada suami, mana nak ingat mama dia lagi.” Suara mamanya seakan merajuk tapi Nana tahu mamanya hanya mengusik.
“Mana ada mama. Nana busy sikit sekarang ni. Projek dah nak due.” Jawab Nana.
“Projek apa tu? Projek kat kampus ke projek kat rumah cik abang?” Mamanya sudah mengekek ketawa. Mesti muka anaknya sudah merah menahan malu.
“Mama! Saja je tau. Mana ada. Projek kat kampus lah. Tak nak lah kawan dengan mama lagi macam ni.” Rajuk Nana manja. Malu diusik begitu. Mukanya merah menahan malu. Senyuman terukir dibibirnya.
“Ye lah. Suami ada, mana nak kawan dengan mama lagi kan.” Mama masih lagi mengusik.
“Mama ni. Tak baik tau. Rindulah kat mama dengan papa.”
“Baliklah. Nana pun dah lama tak balik kan?” Sejak pulang ke kampus 2 bulan lalu, Nana masih belum pulang ke kampung lagi. Patutlah dia rasa rindu pada mama dan papanya.
“Memang Nana nak balik. Tapi abang tu asyik busy je.” Adu Nana.
“Takkan busy memanjang. Ajaklah dia balik sekali. Sekejap pun tak pe.” Pujuk mama. Dia sendiri pun memang rindu pada anak bongsunya itu.
“Nanti lah Nana cakap dengan dia. Kalau jadi, hujung minggu depan Nana balik ye.”
“Ok. Kalau jadi, bagitau tau. Boleh mama masak best-best sikit.”
“InsyaAllah. Ni yang sayang mama ni.” Rindu betul dia dengan masakan mamanya. Lebih-lebih lagi paprik mamanya. Memang kecur liur.

“Sayang, bila cuti sem ye?” Hisyam memaut mesra bahu isterinya. Nana yang sedang khusyuk menonton tv berpaling.
“Erm…minggu depan dah start cuti. Kenapa bang?” Nana bertanya dengan kerut di dahi.
“Erm…apa kata kalau kita pergi honeymoon?” Cadang Hisyam.
‘Hah, honeymoon? Nak!!! Tapi…’ Nana yang pada mulanya kelihatan gembira, berubah wajah tiba-tiba membuatkan Hisyam hairan.
“Kenapa? Tak suka ke pergi honeymoon dengan abang?” Tanya Hisyam.
“Bukan macam tu bang. Tapi…” ‘Kalau abang ajak Nana pergi sekarang pun Nana ikut tau.’
“Tapi kenapa?”
“Erm….Nana cuti sekejap je. Seminggu. Lagipun banyak kerja yang kena settle.”
“Bawak lah sekali kerja tu. Buat kat sana.”
‘Banyaklah bawak sekali kerja. Nanti, kerja yang aku nak buat tak siap, kerja lain yang jadi kang. Bukan boleh percaya sangat aku ni. Lebih-lebih lagi ada abang. Mesti kerja nak mengadap muka dia je 24 jam.’
“Ermm….apa kata kalau kita pergi bulan 5 ni? Masa tu Nana dah habis belajar. Cuti pun lama. Bolehlah honeymoon lama sikit. Baru la best…” perlahan sahaja suara Nana menuturkan kata-akata akhirnya. Malu. Gatal pun ada.
“Apa dia? Abang tak dengarlan sayang kata apa tadi?” Saja Hisyam mengusik. Nana sudah menutup mukanya dengan bantal.
‘Baby ni saja tau. Suka buat orang malu. Benci….’ Hati Nana berbunga riang. Kebahagiaan mekin dirasai. Mungkin ini hikmahnya jika berkahwin dengan restu keluarga.
“Erm…ok. Abang setuju. Habis je, kita terus pergi. Nanti sayang bagitau abang tarikh sayang habis, abang boleh apply cuti awal sikit.” Bersungguh sekali Hisyam. Nana mengangguk.
“Abang…Kalau kita pergi honeymoon rumah mama dulu minggu depan boleh tak?” ‘Ala…bolehla….’
“Hah? O…patutlah tak nak pergi honeymoon minggu depan dengan ye. Nak balik rumah mama rupanya…Nakal betullah budak ni.” Hisyam mencubit manja hidung isterinya.
“Boleh tak?” Nana bertanya lagi meminta kepastian.
“Hmmm… akan difikirkan.” Hisyam buat-buat tak endah saja dengan permintaan Nana. Ingin menduga.
“Ala…bolehlah…Please…” Pujuk Nana. Sebenarnya di kepalanya sudah terbayang masakan mamanya yang penuh satu meja. Apalah punya anak. Bukan rindu dekat mama dan papanya, rindu kat masakan mama saja.
Hisyam masih belum memberikan kata putus. Matanya tertumpu pada drama di tv. Nana tarik muncung sedepa. Rasa mahu menangis tidak diendahkan begitu. Hisyam perasan akan perubahan Nana. Hatinya ketawa berdekah-dekah. ‘Hai…Nasiblah kau Syam. Dapat kahwin dengan anak manja.’
“Merajuk ke? Oklah…kita balik kampung minggu depan ok!” Pujuk Hisyam. Kelakar bila melihat muka Nana yang masam mencuka. Makin comel.
“La…nangis ke? Abang main-main je la tadi. Sorry ok…” ‘Ish…sensitive betul budak ni.’
Nana mengesat air matanya. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba sedih dan ingin menangis. Dia rindukan mamanya sebenarnya. Ini kali pertama dia berjauhan dengan mamanya dalam tempoh yang agak lama. Kalau dulu, dia mesti balik selang 2 minggu. Kadang-kadang, tiap-tiap minggu dia balik.
“Janji tau.” Nana bersuara manja.
“Ye…Abang janji. Dah jangan nangis lagi. Tak comel…” sempat lagi mengusik membuatkan Nana tersenyum. Dada suaminya dipukul manja. Hisyam memeluk erat tubuh gadis itu. Dahi Nana dikucup mesra. Hisyam bahagia. Walaupun Nana bukan gadis pilihannya, tapi dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan dia semakin dapat merasai hikmah itu.

2009-05-13

sepupuku suamiku?9

Jantung Nana berdegup kencang. Gelisah. Serba tak kena. Muka Johan di hadapannya tegang. Dia takut nak pandang. Johan merenungnya tepat tak berkelip.

‘Apa mamat Indon ni nak buat? Abang….tolong Nana.’ Keluar sahaja dari dewan kuliah, Johan sudah menunggunya di luar. Hajatnya hendak ke kafe bersama Suria dan Farah terbantut.

“Ikut saya.” Tegas sekali suara Johan waktu itu. Hendak melawan bimbang Johan bertindak kasar. Malu kalau orang nampak. Nak tak nak dia terpaksa mengikut kemahuan Johan. Sekarang, mamat tak cukup matang ni hanya duduk merenungnya tajam tanpa sebarang kata-kata selepas hampir 15 minit.

“Kalau awak takde apa-apa nak cakap, saya balik dulu. Banyak kerja.” Nana memberanikan diri bersuara. Tak ada gunanya duduk begini. Dua hari lagi dia perlu menghantar laporan projeknya. Banyak lagi yang perlu disiapkan.

‘Ish mamat ni. Dah pekak ke apa? Aku tanya ,dia boleh buat bodoh je. Aku sumbat mulut dengan payung ni karang, baru betul-betul bisu.’ Geram Nana dengan perlakuan Johan. Dia bangun. Malas hendak melayan perangai Johan yang mengalahkan budak tadika.

“Duduk!” kuat suara Johan memberi arahan. Terperanjat Nana. Mukanya jelas ketakutan. Dia kembali duduk. ‘Datang bulan ke apa mamat ni? Moody semacam je.’

“Kenapa awak tipu saya? Hina sangat ke saya ni sampai awak tak boleh nak terima saya, tipu saya macam orang bodoh?” Nana tercengang. Tak sangka yang Johan akan berkata begitu.

‘Alamak. Mamat ni dah start nak bermadah pujangga dengan aku ke? Ni yang aku lemah ni. Macam mana nak explain ni?’ Nana pula diam. Tak tahu nak jawab apa.

“Siapa lelaki yang selalu jemput awak tu?” Suara Johan kembali tenang. Tak boleh terlalu memaksa.

‘Aku dah agak dah. Soalan cepu emas ni mesti ada. Adus…apa aku nak cakap ni. Tapi alang-alang mamat ni dah tahu, cakap je la perkara sebenar. Dia bukan boleh buat apa-apa pun. Suka hati akulah nak kahwin dengan sapa pun. Bukan aku guna duit dia pun. Sikit pun tak menyusahkan.’

“Saya rasa awak dah tahu siapa dia. Tak perlu saya nak ulang banyak-banyak kali.” Jawab Nana tegas.

“Jadi betullah cerita Farah dengan Suria.” Johan tunduk. Hatinya kembali sebak.

‘Kenapa mesti jadi macam ni?’

“Baguslah kalau awak dah faham. Saya nak balik sekarang.”

“Tunggu. Saya tak kisah siapa awak sekarang ni. Saya tetap akan tunggu awak. Dan saya akan pastikan awak jadi milik saya suatu hari nanti.” Amaran itu meluncur laju dari mulut Johan. Muka Nana pucat. Mulutnya ternganga. Tak sangka yang lelaki pendiam seperti Johan boleh bertindak sebegitu. Dia kecut. Tak terfikir dek akalnya apa yang bakal Johan lakukan selepas ini.
Nana bangun dan terus meninggalkan Johan yang masih memandangnya tak berkelip. Badannya menggigil. Matanya berkaca. Perasaan takut menguasai diri. Dia tak kisah kalau Johan melakukan sesuatu pada dirinya tapi jangan lakukan apa-apa pada abang. Tak sanggup dia lihat abang menderita kerananya. Johan kelihatan nekad.


Nana merebahkan dirinya ke atas katil. Dia menangis semahunya. Perasaanya bercampur-baur.

‘Ya ALLAH, apakah dugaan yang bakal aku hadapi nanti? Banyaknya dugaan untuk memiliki kebahagiaan.’ Air matanya tak henti mengalir. Esak tangisnya makin kuat.

“Ya ALLAH Nana. Kau kenapa ni?” Suria dan Farah yang baru pulang cemas melihat Nana menangis tersedu-sedan. Nana segera merangkul kedua-dua sahabatnya.

“Aku takut.” Bergetar suara Nana.

“Kenapa? Kau takut apa?” Suria tambah hairan. Apa yang berlaku sebenarnya.

“Johan.”Jawab Nana bersama esak tangis yang makin menjadi-jadi.

“Johan? Apa dia dah buat kat kau? Baik kau cerita kat aku.” Suria tak sabar ingin tahu. Apa Johan yang pendiam tu dah lakukan pada Nana?

“Dia….dia…” Tersekat-sekat Nana menjawab dek kerana tangisnya yang belum reda.

“Dia buat apa?” Giliran Farah pula mendesak.

“Dia ugut aku. Dia cakap, dia tetap akan jadikan aku milik dia nanti. Aku takut.” Mata Nana jelas kelihatan bengkak kerana terlalu lama menangis. Air matanya masih lagi mengalir. Ketakutan masih menguasai diri. Otak tak mampu berfikir lagi.

“Johan ugut kau macam tu? Apa kena dengan mamat tu? Macam dah takde perempuan lain dalam dunia ni.” Suria geram. Tak masuk akal. Nampak saja pendiam tapi rupanya pendendam.
Farah dan Suria masih lagi memujuk Nana yang masih belum berhenti menangis. Kesian melihat nasib Nana. Sebelum kahwin, lain ceritanya. Dah kahwin lain pula ceritanya.

“Kau jangan bimbang Nana. Aku dengan Suria ada. Kalau Johan buat apa-apa dekat kau, kau bagitau. Biar aku ajar sikit si mamat sengal tu.” Amarah Farah membara. Suria mengangguk menyetujui kata-kata Farah.

‘Abang, I need you now. Really need you…’


Panggilan telefon segera dijawab. “Assalamualaikum…” Suara yang amat dirindui Nana. Berair matanya. Dadanya sebak.

“Waalaikumussalam.” Suaranya bergetar kerana menahan tangis.

“Kenapa nangis ni? Sayang ok ke?” Hisyam risau. Semalam, semasa dia menelefon isterinya, gadis itu kedengaran ceria sahaja. Tapi hari ni, lain pula.

“Tak ada apa-apalah. Nana selesema sikit.” Dia belum sedia bercerita. Biarlah suaminya tak tahu apa-apa tentang perkara itu.

“Sayang rindu kat abang ye…” Serkap Hisyam. Nana senyum sebaris. ‘Rindu sangat-sangat. Rasa macam nak terbang sekarang jugak pergi jumpa abang.’

“Abang sihat ke? Dah Habis kerja ke ni?”

“Dah. Kat dalam kereta. Abang kurang sihat sikit.”

“Kenapa? Abang demam ke?” Nana cemas.

“Tak. Sakit dada sebab rindu sangat kat sayang.” Usik Hisyam. Nana ketawa manja.

“Mengada-ngadalah abang ni. Ingatkan sakit betul-betul. Buat takut orang je tau.” Manja suara Nana. Hilang tangisnya. Tapi rindu makin terasa.

“Sayang tak nak jumpa abang ke?”

“Mestilah nak. Tapi macam mana. Sekarang ni kat kolej. Dah malam pulak tu. Tunggulah hujung minggu ni.” Pujuk Nana. Bahagia rasanya bila Hisyam merinduinya.

“Tapi abang tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. Nak jumpa sekarang jugak.”

“Sabarlah. Lusa je. sekejap je tu.” ‘Kalau nak jumpa sekarang, datanglah. Nana sanggup tunggu.’

“Lama. Nak jumpa sekarang jugak.” Nana pelik. ‘Apa kena laki aku ni? Rindu sangat ke? Aku pun rindu jugak, tapi boleh la cover lagi kot. Ke abang…’

“Abang kat mana ni?” ‘Jangan kata kat kolej aku. Laki aku ni bukan boleh buat kira. Suka buat surprise yang memang buat orang terkejut beruk.’

“Ermmm…kat dalam kereta.” Hisyam ketawa perlahan. Terus berteka-teki dengan isterinya.

“Taulah kat dalam kereta. Tapi kat mana? Kawasan mana?” ‘Main-main lah pulak. Cium karang.’

“Ermm…kat depan kolej budak perempuan yang comel. Nama dia Diana Syakira.” Ketawa Hisyam terhambur. Mesti Nana terkejut.

“Abang!! Kenapa tak bagitau awal-awal. Eeeee …bencilah macam ni.” Rajuk Nana manja. Ketawa Hisyam makin kuat.

“Saja. Nak buat surprise kat isteri abang yang cute ni.”

“Ye lah tu. Tunggu, Nana turun sekarang.” ‘Dah agak dah. Mesti ada saja perkara yang tak terduga yang dilakukan. Abang, abang…’

“Ok sayang. Cepat sikit tau.”


“Tolong bang. Jangan. Sakit….” Rayuan wanita 30-an itu langsung tidak dihiraukan oleh suaminya yang sudah naik hantu. Tubuh kecil wanita itu bukan sahaja disepak terajang, malah turut dilibas tali pinggang dan dihentak dengan kerusi hingga patah. Darah mengalir laju dari bibir dan kepala wanita yang hampir tak bernyawa itu. Sepasang mata kecil hanya memerhati. Air mata dan esak tangis tak berhenti.

“Cepat!! Bagi aku duit. Aku nak duit. Kalau kau tak bagi, mampus kau kat sini!” Jerkah lelaki mabuk itu tanpa secebis belas kasihan pada isterinya yang tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Saya tak ada duit…” Lemah sekali suara wanita itu menjawab. Makin kuat pukulan lelaki itu. Wanita itu memang langsung tak berdaya. Air mata hampir kering dek kerana terlalu banyak tumpah. Ini bukan kali pertama dia didera oleh suaminya yang berhati binatang itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Suaminya kaki judi. Kaki arak. Kaki perempuan. Dia hanya bertahan kerana anaknya. Dia tak mahu anaknya hidup tanpa bapa. Dia rela dipukul, dimaki, dan diherdik.
Wanita itu makin lemah. Lembik. Tubuhnya tak mampu bangun lagi. Andai ini pengakhiran hidupnya, dia redha. ‘Maafkan ibu…’ Hatinya merintih sayu.
Tiba-tiba pukulan dibadannya berhenti. Suaminya yang gagah menghentamnya tadi rebah. Kaca berderai. Berdiri di belakangnya seorang budak kecil dengan serpihan pasu yang sudah pecah. Darah pekat mengalir dari kepala lelaki durjana itu. Anak kecil itu nekad menghentak kepala ayahnya sendiri demi menyelamatkan ibunya yang hampir menemui ajal. Dia meluru mendapatkan ibunya. Memangku kepala ibunya yang dipenuhi darah. Entah dari mana dia mendapatkan kekuatan itu.

“Ibu…ibu…” Rintih anak kecil itu dengan deraian air mata.

“IBU!!!” Johan tersedar dari mimpinya. Mukanya penuh manik jernih. Dia beristighfar di dalam hati. Bayangan itu muncul lagi. Kenangan hitam yang tak akan dilupa sampai bila-bila. Kejadian yang hampir membunuh ibunya. Nasib baik tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan ibunya daripada terus terseksa didera suami sendiri. Johan kembali merebahkan dirinya. Jantungnya masih berdegup pantas disebabkan mimpi tadi. Mata cuba dilelapkan walaupun payah. Akhirnya dia kembali melelapkan mata bersama air jernih yang mengalir dari mata yang pernah menyaksikan kejadian kejam itu.

2009-05-10

sorry

sorry korang.sy xleh nak upload novel sy dlm masa terdekat ni coz i'm to busy.
nk pack barang nk balik kampung. hehehe
ni pun tak abes lg.huhu.penat giler...
sabar ek. sorry

2009-05-07

jatuh cinta lagi 13

Tawaran DZ minggu lepas masih bermain-main di benaknya. Menjadi tunang kontrak selama setahun. Gila. Memang gila. Kenapalah cepat sangat dia mengalah.
‘Kenapalah boleh jumpa dengan mamat sengal macam tu. Menyusahkan hidup aku je. Adoi..boleh botak kepala aku fikir benda nilah.’ Fenn mengomel dalam hati. Memang dia tidak boleh tidur bila memikirkan masalah itu. Siang malam asyik teringatkan benda tu saja. Kalau tak nak fikir, kena fikir jugak sebab dah janji dengan mangkuk jamban tu. Wa….amma appa…

“Faz, itu hari I nampak you dengan sorang mamat dekat parking. Siapa? Pakwe ye..” Raja yang jalan beriringan dengan Fenn menuju ke meeting room cuba mengorek rahsia.
‘Ish, busy body betul lah tambi ni. Suka hati akulah nak jumpa dengan siapa pun.’
“Ha’ah. Pakwe. Kenapa? You nak kenal dengan dia ke?”
“Hai, nampaknya melepas lagi lah I kali ni.” Raja buat muka seposen.
“Bukan kali ni je. Memang takkan dapat.” Saja Fenn menyakitkan hati Raja. Bukan boleh dilayan sangat tambi sorang ni. Nanti makin naik daun.

“Tak de kerja lain nenek ni. Berangan je. Ko kenapa? Cuba story kat aku.” Macam nak tembus tv Fenn tenung. Problem memanjang minah ni sorang. Naik pening Mek.
‘Nak cerita ke tak nak? Tapi kalau tak cerita kat Mek, nak cerita kat siapa lagi. Manalah tau, dia ada apa-apa idea.’
“Mek, aku ada benda nak story kat kau ni. Tapi ko kena janji dulu tak boleh cerita kat orang lain tau.” Fenn membetulkan duduknya menghadap Mek.
“Aku tau. Ko memang penuh dengan problem.” Jawab Mek selamba.
“Tapi ni problem besar. Antara hidup dan mati.”
“Memanglah. Kalau tak hidup, mati lah.” Mek dah mengekeh ketawa.
‘Ish minah sorang ni. Orang betul-betul, dia main-main pulak. Sekali aku backhand kang, terus masuk kuali.’
“Malas lah story macam ni. Orang serius, dia main-main pulak.” Rajuk Fenn. Mek masih dengan ketawanya.
“Ok..ok. Ala bucuk, bucuk. Aku gurau je. Ok, aku dengar ni.”
“Macam ni. Ko ingat kan dekat si Iqram tu. Hari tu aku jumpa dia. Eh, bukan. Dia datang jumpa aku.”
“Sama lah tu. Ko jumpa dia jugak. Hah, apa lagi dia nak. Budak ni, sekali tak kena flying kick aku, memang tak serik tau.” Jelas sekali Mek begitu tidak menyenangi Iqram. Berkerut mukanya menahan marah.
“Dia ajak aku tunang.” ‘Cakap je lah terus. Senang.’
“WHAT!!!” Mek menjerit kuat. Agaknya satu apartment ni pun boleh dengar.
‘Aku dah agak dah. Mesti minah ni terkejut beruk.’
“Ko biar benar Fenn. Habis tu kau terima ke?” Mek masih terkejut.
“Tu yang aku tengah pening ni. Aku tak tahu nak buat macam mana. Dia kata, tunang setahun pastu putus lah. Nak bagi mama dia happy je.”
“Hah? Mangkuk jamban punya mamat. Otak orang biol mana dia pakai ni? Suka-suka hati nak suruh jadi tunang dia. Lepas puas maki orang selori, pastu senang-senang pulak nak suruh jadi tunang. Ish, sengal tahap gaban betullah mamat ni.” Mek menumbuk-numbuk bantal tanda geram.
“Tu lah. Mula-mula aku pun fikir macam tu. Dah puas aku tolak. Dia tetap jugak merayu-rayu. Kau tahu lah aku kan. Mana tahan kalau orang merayu-rayu macam tu.”
“Ish, tak boleh Fenn. Tak boleh. Biar padan muka dia. Ajar sikit.” Memang marah benar Mek dengan Iqram.
“Tapi bila dia kata dia nak mama dia happy, aku jadi serba salah lah pulak. Disebabkan aku, auntie masuk wad. Aku fikir, kalau aku terima maybe aku boleh tebus kesilapan aku tu.”
“Ko tak salahlah Fenn. Kan auntie tu dah maafkan kau. Salah dia jugak kan. Lagipun, kalau kau terima, lepas tu putus, aku rasa terus masuk kubur auntie tu.”
“Ish, ko ni tak baik Mek doa macam tu.” Tapi memang betul pun apa yang Mek kata tu.
“Takde lah. Betul apa aku cakap. Aku Cuma bagi pandangan aku je. Tapi, kalau kau rasa kau nak terima lamaran tu, depends la.” ‘Kesian betul kawan aku ni. Lepas satu-satu masalah. Nasib kau la Fenn.’
“Nantilah aku fikir balik. Tapi sekarang ni kan aku rasa…” Muka Fenn berkerut.
“Rasa apa?” Mek hairan. Kenapa pulak minah ni?
“Laparlah..hehehe…” Fenn sengih, dah macam kambing pak Hassan.
“Ceh, kurang asam keping betullah. Aku ingatkan apa tadi.” Bantal yang dipegang tadi selamat mendarat di muka Fenn.

Masalah dia dan DZ mesti diselesaikan hari ini juga. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting, lepas ni, dia boleh hidup dengan aman.
“Aku tak boleh terima idea kau. Aku mintak maaf tapi aku tetap tak setuju. Kau cari je lah orang lain.” Fenn terus-terang. Itu yang sebaiknya.
“Tapi hari tu kan kau kata kau setuju.”
“Bila masa pulak aku kata aku setuju. Aku kata aku akan fikirkan dulu la.” Sekolah darjah berapa mamat ni? Benda senang macam tu pun tak boleh beza ke.
“Sama lah tu. Tapi please lah. Kenapa taknak pulak ni?” DZ buat suara kesian.
“Eh, ko ni tak faham bahasa ke? Aku kata aku tak nak, maknanya aku tak nak lah. Dah lah, aku busy. Lepas ni ko jangan ganggu aku lagi. Lepas ni, aku tak kenal ko dan ko pun tak perlu nak buat-buat kenal aku lagi. Faham?” panggilan terus diputuskan.
‘Huh lega. Masalah dah settle. Sekarang, aku boleh hidup dengan aman tanpa gangguan makhluk tu lagi.’
“Hello…Damn!” DZ menghentak tangannya ke meja.
‘Tak pe. Aku akan buat sampai ko setuju dengan cadangan aku walau dengan apa cara sekali pun. Ko tunggu je lah nanti. Masa tu nanti, ko sendiri yang akan merayu-rayu nak kahwin dengan aku.’ DZ senyum penuh makna.

sepupuku suamiku?8

Cuaca pagi begitu dingin. Nana terpaku sendirian melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Kabus pagi menutupi sebahagian kawasan itu. Mentari masih malu-malu untuk memancarkan sinarnya. Senyuman terukir apabila minda nakalnya mengingati romantisnya malam tadi. Tiba-tiba senyumnya lenyap. Nafasnya seakan berhenti berhembus, jantung bagai tak berfungsi.

“Sayang fikir apa ni? Mesti fikir pasal abang kan?” ciuman mesra singgap ke pipinya membuatnya terasa membahang. Tangan Hisyam kemas melingkari pinggangnya.

“Mana ada. Nana tengok pemandangan kat sini. Cantik.” ‘Abang ni pakai ilmu apa ek? Asyik tahu je aku tengah fikir apa. Kagum betul aku.’

“Nana suka ya? Kalau macam tu, kena selalu datang sinilah. Boleh tengok selalu. Hari-hari pun boleh.”

“Hah? Hari-hari?” ‘Abang ni macam nak suruh aku duduk sini je. Ni yang best ni.’ Hati Nana berbunga riang.

“Ye lah. Kalau sayang duduk sini, mestilah dapat tengok hari-hari. Abang pun boleh tengok sayang hari-hari.” ‘Abang panggil aku sayang? Sukanya….Kalau panggil abang ‘baby’ boleh?’ Gedik betul.

“Duduk sini? Apa maksud abang? Nana tak fahamlah.” ‘Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu tanya pula. Takpe, saja nak manja-manja dengan baby.’ Tangan Hisyam masih erat merangkul pinggang Nana. Begitu selesa. Nana melentok manja di dada bidang suaminya.

“Apa kata kalau sayang pindah je. Duduk dengan abang kat sini. Takdelah abang sunyi sangat.” Hisyam memberikan cadangan. Dia harap Nana akan setuju. Kalau boleh, dia mahu Nana sentiasa ada dengannya.

“Ermm…Sebenarnya, memang Nana suka duduk sini. Dapat tengok pemandangan, dapat duduk dengan abang…Tapi…” ‘Macam mana nak cakap ni?’

“Tapi?” Hisyam menunggu ayat seterusnya. Nana kelihatan agak kurang selesa.

‘Kalau aku duduk sini, tak tahulah apa jadi. Nanti projek tahun akhir aku ke mana, assignment ke mana, yang lain pulak jadi nanti. Nana, kau jangan buat hal pulak. Elok-elok dapat ijazah tahun ni, nanti ada yang melopong tengok orang lain terima ijazah. Lagipun, rumah abang dengan kampus bukannya dekat. Mahu sejam. Aku ni dah lah jenis yang lambat bersiap. Kalau kelas pukul lapan, mahu pukul enam pagi dah kena bangun. Ish, aku dah tinggal lama zaman bangun pagi-pagi ni. Tapi macam mana nak cakap ni.’ Nana serba-salah.

“Takpe kalau sayang tak nak pindah. Abang faham.” ‘Mungkin Nana belum sedia. Biarlah dulu. Bagi masa. Lagipun aku dah tahu dia takde orang lain selain aku. Itu pun dah cukup. Masih ada banyak masa lagi.’

“Biar Nana fikir dulu ya bang.” ‘Huh, nasib baik. Kalau tak jenuh aku nak terangkan satu-satu.’

“Ok. Tapi dengan satu syarat.”

“Syarat? Apa dia?” ‘Katakan saja syaratnya wahai jantung hatiku sayang. Hamba sedia turuti. Hehehe…’

“Sayang kena balik rumah abang every weekend, ok?” ‘Satu permulaan. Biar Nana selesa dulu.’

“OK.” Rangkulan Hisyam makin kemas. Bibirnya galak mengucup wajah isterinya. Dari dahi turun ke pipi dan kemudian leher membuatkan Nana tergamam. Terasa mengasyikkan.

“Opss…” Hisyam melonggarkan rangkulan. Ada sahaja alasan Nana saat bibirnya ingin mendarat di bibir gadis itu.

“Nana belum mandi lagi. Nana mandi dulu ya.” ‘Baik aku cabut sebelum apa-apa terjadi. Ish, seram. Tak boleh bayangkan apa akan berlaku selepas ini kalau terus dibiarkan. Berdosakah aku menolak kemahuan suami? Tapi, Nana tak sedia lagi. Sorry baby…’
Hisyam tersenyum. Mungkin dia menakutkan Nana lagi. ‘Sabar Syam. Takkan lari gunung dikejar.’

“Nana, matilah kali ni.” Suria cemas. Dia harus memberitahu Nana perkara ini segera.

“Apa yang matinya. Aku hidup je lagi ni. Sihat walafiat. Bahagia lagi.” Nana buat suara gedik.

“Aku tahulah kau hidup lagi. Kalau tak, macam mana aku boleh cakap dengan kau sekarang ni.” ‘Main-main pulak minah ni. Aku serius ni. Debik sekali kang.’

“Ok, ok. Kenapa?Cuba story kat aku. Relax…” ‘Apehal lah pulak minah ni. Serius semacam je.’

“Mamat tu dah tahu.”

“Mamat? Mamat mana pulak ni. Indon, bangla?”

“Johan lah.” ‘Buat lawak budak sekolah lah pulak minah ni. Kalau ada depan aku dah lama kena cucuk lubang hidung. Biar besar macam mamat bangla.’

“Oh mamat Indon tu. Dia tahu apa?” ‘Orang kata muka si Johan ni macam Ariel Peterpan. Tapi aku tengok macam tegak macam arial tv je.’

“Dia dah tahu kau dah kahwin. Aku tercakap la pulak.” Suria rasa bersalah. Dia sudah berjanji dengan Nana agar tidak bagitahu sesiapa yang dia sudah berkahwin.

“Hah? Macam mana dia tahu. Apa lagi kau bagitahu mamat tu?” Terkejut beruk Nana. Orang yang paling dielakkan daripada tahu akan perkara ni sudah tahu. Mukanya berpeluh tiba-tiba.

“Semalam dia nampak kau naik kereta laki kau. Lepas tu, pagi tadi dia datang jumpa aku. Dia paksa aku cakap kau keluar dengan siapa. Aku takut bila dia dah mula ugut aku dengan Farah. Aku terpaksalah cakap perkara sebenarnya.”

‘Aduh…Kenapalah aku tak pandang kiri kanan dulu semalam. Mana nak sempat, dah teruja sangat bila abang bukakkan pintu. Lupa benda lain.’

“Macam mana ni Nana. Aku tak sengaja. Sorry lah…” Rasa bersalah terus menerjah Suria. Kesian pulak dengan Nana. Mesti dia terpaksa berdepan dengan pelbagai asakan Johan.

“Takpe. Kau rileks je. Biar aku settlekan perkara ni sendiri.” ‘Alahai…Baru je settle satu masalah, masalah lain pulak muncul. Parah ni.

‘Tapi aku peduli apa. Aku bukannya makwe dia pun. Salah dia jugak. Awal-awal lagi aku dah tolak. Dia yang jenis tak reti bahasa melayu. Nak suruh aku cakap sepanyol baru faham agaknya. Ada yang jadi Rosalinda karang.’

“Siapa yang call?” ‘Opocot meletup. Ni lagi sorang. Suka sangat buat orang terkejut. Tapi tak boleh marah-marah, malam nanti ada yang kena tidur sorang. Tak best.’

“Suria.”

“Ooo… Kenapa dia call?” Hisyam melabuhkan punggungnya di sebelah Nana. Tangannya merangkul bahu Nana.

“Saja je. Tanya bila nak balik.” ‘Sorry baby. Takpe, bohong sunat.’ Hisyam angguk.

“Pukul berapa abang nak hantar Nana balik kampus?” Tanya Nana setelah agak lama berdiam.

“Ermm…Lewat sikit boleh? Tak puas lagi nak manja-manja ni. Lepas ni seminggu abang kena duduk sorang-sorang tau.” Hisyam buat-buat manja. Kepalanya dilentokkan ke bahu Nana.

‘Alamak, manja la pulak laki aku ni. Janganlah macam ni baby. Ada jugak yang tak balik kampus nanti.’


Johan genggam penumbuk. Tak puas hati. Telahannya selama ini ternyata benar. Gadis pujaannya sudah berkahwin. Suatu perkara yang tidak pernah terlintas difikiran dalam waktu begini. Masih belum tamat belajar. Kenapa terlalu cepat Nana buat keputusan?

‘Kau memang kejam Nana. Takkan selama ni kau langsung tak rasa apa yang aku rasa? Aku sanggup buat apa saja demi kau. Ini balasan kau pada aku? Kau gadis pertama yang aku cinta. Dan aku sumpah, takkan ada gadis lain yang dapat gantikan tempat kau di hati aku. Aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan melutut depan aku supaya menerima kau. Waktu tu, baru hati aku akan puas. Kita sama-sama tunggu Nana.’
Tilam ditumbuk keras. Hatinya terlalu sakit. Teramat sakit hingga air mata jantannya menitis. Tak semudah itu dia akan melepaskan Nana. Selama empat tahun dia mengejar cinta gadis itu. Bukan mudah untuk melupakannya dalam sekelip mata. Status Nana bukan halangan. Walau dia tahu betapa berat dosa yang akan ditanggung kerana meruntuhkan masjid yang dibina, tapi kerana mata hatinya telah buta dek kerana terlalu mencintai gadis itu.

‘Ya ALLAH, ampunkan aku. Aku lemah.’

sepupuku suamiku?7

“Nana, kau ni apehal? Dari tadi aku tengok tak habis senyum. Dah macam orang yang kat tanjung rambutan aku tengok.” Tegur Farah. Hairan melihat kawannya yang begitu ceria hari ini. Suria di sebelah juga hairan. ‘Kena sampuk hantu bukit senyum ke apa budak ni?’

“Korang ni. Aku senyum salah, aku bad mood salah. Habis tu aku nak buat macam mana? Jadi macam patung je. Takde perasaan.”

“Takde lah. Pelik je aku tengok cara kau senyum hari ni. Kena marah ngan apek bookstore tu pun kau senyum je. Seram aku. Kau sihat ke tak ni Nana?” Risau pulak Farah. Kang tak pasal-pasal dia jadi pelawat tetap kat tanjung rambutan.
Terbayang kejadian di bookstore tengahari tadi. Secara tak sengaja dia tersepak A4 paper yang tersusun rapi di tepi rak. Apa lagi, habis berselerak bungkusan kertas itu. Ada juga yang terkoyak. Macam mana tak terlanggar kalau dah asyik sangat berangan. Sebesar-besar kertas A4 tu pun dia boleh langgar. Apa lagi, membebel panjang tauke bookstore. Makin panjang bebelan apek tu bila nampak Nana bawa beg masuk ke dalam kedai padahal sudah terpampang kat depan kedai ‘Sila Tinggalkan Beg Anda di atas Rak’. Tahan je la telinga.

“Korang. Weekend ni aku tak ada tau.” Tersipu-sipu Nana memberitahu.

“Kau nak pergi mana? Nak balik kampung ke?”

“Tak.” ‘Ish, malunya nak bagitau. Nanti budak-budak tak matang dua orang ni mesti perli.’

“Habis tu kau nak pergi mana?” ‘Nak pergi mana pulak minah ni? Semacam je. ke nak pergi honeymoon? Tapi takkan 2hari je kot?’ Suria berteka-teka di dalam hati.

“Aku nak balik rumah abang aku.”

“Abang? Bila masa pulak kau ada abang?” Setahu Farah Nana hanya ada seorang kakak.

“Laki aku lah. Lampi betullah korang ni. Tu pun tak boleh nak fikir.” Geram betul Nana.

“Oooo…cakap la terus-terang. Aku ingatkan abang manalah tadi. Hmmm…patutlah happy dua tiga macam je. Nak balik rumah laki. Maklumlah, orang dah kahwin.” Suria dan Farah senyum mengejek.

“Ye lah. Nanti kalau masam-masam cik abang lari. Meh sini aku buat check-up sikit. Manalah tau, ada daki-daki degil ke kat badan kau ni. Kang, abang kau tu tak selera pulak.” Suria dan Farah dah mula mengusik. Bab mengarut memang pakar.

“Kurang asam korang. Banyak la korang punya daki. Korang ingat aku ni budak 4tahun yang main lumpur kat lombong ke?” ‘Lombong ada lumpur ke? Ah, bantai je lah.’

“Eh, bukan ke? Aku ingat kau budak tu. Baru semalam aku tengok budak tu ada kat situ. Ingatkan nak panggil suruh balik. Tapi kesian la pulak sebab aku tengok dia syok sangat main. Sebijik macam kau. Hahahaha….” Farah dan Suria gelak besar sampai merah muka. Macam joker menang judi dah lagaknya.

“Sengal!!! Siap korang aku kerjakan.” ‘Ni yang malas nak bagitau ni. dah agak dah. Mesti kena sakat dengan minah dua orang ni. Siap korang, aku bagitau abang Syam. Nanti abang Syam bawak lumpur lumur kat muka korang. Buat masker.’


Nana senyum lega bila melihat kereta abang Hisyam berhenti di depannya. Hisyam keluar dan membukakan pintu untuk Nana.

‘Adus…romantiknya. Tolong bukak pintu, tolong tutup sekali pulak tu. Macam princess rasanya.’
Hisyam hulur tangan dan disambut mesra oleh Nana. Dahi isterinya dikucup lembut. Merah muka Nana menahan malu. ‘Sukanya….’ Jerit Nana gatal.

“Nana dah makan ke? Kita pergi makan dulu ya?” Nana angguk. Kereta meluncur meninggalkan perkarangan kolej kediaman. ‘Pergi lah mana-mana saja bang. Ke bulan pun Nana sanggup ikut abang.’

“Nana nak makan apa? Western, Malay, Chinese?” Hisyam bertanya sekadar ingin menarik perhatian Nana yang masih diam.

“Tak kisah. Nana makan je apa-apa” ‘Tolak batu dengan kayu je bang.’

“Hmm…kalau macam tu kita makan dekat depan tu je lah.”

“Hah?” ‘Mana ada kedai kat situ. Pokok banyak lah. Biar betul laki aku ni. Ke aku yang rabun?’

“Mana ada kedai kat situ bang?” Mata Nana masih melilau-lilau ke arah yang ditunjukkan Hisyam mencari jika ada kedai-kedai yang terselit di celah pokok-pokok.

“Kata nak makan apa-apa je. Makan kayu dengan batu pun bolehlah.” Hisyam ketawa geli hati kerana dapat mengenakan Nana. Muka gadis tu bukan main serius mencari kedai makan di hadapan.

“Ee…Jahatlah abang ni. Ingatkan betul-betul tadi. Semangat orang cari. Tak suka tau.” Nana buat-buat merajuk. Lengan suaminya dipukul manja. Mukanya yang sememangnya merah bertambah merah diusik begitu. ‘Alahai abang. Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan dia ni. Dahlah romantik, kelakar pulak tu. I love you abang.’

“Oh…main pukul-pukul orang ye. Nanti sampai rumah, siap Nana.” Hisyam masih lagi mengusik. Nana telan liur. ‘Gulp, balik rumah? Alamak mamat ni nak buat apa kat aku? Ni yang seram ni.’
Kereta Hisyam berhenti di hadapan sebuah restoren mewah. Nana tergamam. ‘Nak makan kat sini ke?’

“Ok. Kita dah sampai. Jom.” Nana melangkah keluar sebaik pintu kereta dibuka oleh Hisyam. ‘Ish… Malunya nak makan kat sini. Dah lah aku pakai sempoi je ni. Jeans dengan blaus tahun lepas. Warna pun dah nak luntur ni.’
“Kenapa ni? Tak suka makan kat sini ke?” Hisyam hairan bila melihat riak wajah Nana yang semacam kurang senang.

“Bukan macam tu. Nana tak biasa makan kat tempat macam ni. Malu… Baju pun tak cantik.” Hisyam ketawa lucu. ‘Nana…Nana. Kesian betul isteri aku ni.’

“Takpe. Ok apa baju ni. Cantik je abang tengok. Kat dalam tu, yang pakai baju tak cukup kain pun ada. Dia orang tak malu pun. Dah lah. Kita nak makan je. Bukan nak tunjuk fesyen.” Hisyam cuba memujuk Nana.

‘Ha’ah betul jugak. Sepatutnya, yang pakai baju tak cukup inci tu yang patut malu. Ah, bantai je lah. Bukan ada orang kenal aku pun. Asalkan ada abang, aku tak kisah.’ Nana senyum. Huluran tangan Hisyam disambut. Mereka beriringan masuk ke dalam restoren.

‘Mak oi…Romantiknya. Lampu suram, slow music, dan kebanyakannya kat dalam ni couple. Candle light dinner tu.’

“Nana nak makan apa? Order je apa yang Nana nak makan ok.” ‘Order apa je. Nak order apa. Satu benda pun tak tahu ni. Kalau setakat black papper beef steak ke, tandoori ke aku tau lah. Ni, nak sebut pun terbelit lidah, mana aku tau.’

“Ermm…abang order je lah. Nana tak tahu apa yang sedap kat sini.” ‘Tak tahu yang sedap tu satu hal, ni yang paling kronik tak tahu nak sebut.’

“Hmm… Kalau macam tu abang order apa-apa je lah ye.” Nana angguk. Ternganga dia saat Hisyam memesan makanan.

‘Abang order apa tu? Apalah rasa makanan tu nanti. Tu lah tadi. Masa tanya tak nak cakap. Kalau makan kat kedai mamak kan senang. Order je mee goreng mamak. Senang. Sedap pun sedap. Tapi tak kisahlah. Merasa jugak aku makan kat restoren mewah macam ni. Candle light dinner lagi. Jangan jeles…’
Seketika kemudian, hidangan yang dipesan sampai. Nana pandang tak berkelip. Udang galah, ayam, sayur, sup, dan ada dua tiga jenis lauk lagi yang dia sendiri pun tak tahu apa. ‘Ish, banyaknya lauk. Siapa nak habiskan ni. Aku ni dah lah bukan jenis makan banyak.’

“Hmm…makanan dah sampai. Makanlah.”

‘Macam mana nak makan ni? Udang galah ni nampak macam sedap. Tapi, nak korek macam mana ni? Pakai tangan aci?’

“Ambiklah udang ni. Sedap tau. Favorite abang ni.”

‘Macam mana nak ambik. Tak tahu.’ Nana kecur. Hisyam senyum. Dia tahu Nana tak tahu nak ambik udang tu macam mana.

“Nah.” Isi udang galah diletakkan dalam pinggan Nana. Nana senyum meleret. ‘Yes. Dapat makan udang galah. Sedapnya… Macam tahu-tahu je abang ni. Ni makin sayang ni.’
Hisyam melirik ke arah isterinya membuatkan gadis itu tersipu malu. Sopan sekali Nana menyuap makanan ke dalam mulutnya. Seakan tak terbuka mulutnya kerana malu.

‘Abang, janganlah pandang macam tu. Malu ni…’ Sekali lagi Nana tergamam bila Hisyam menyuakan sudu ke arahnya. Suapan disambut malu-malu. ‘Aduh…boleh jatuh pengsan aku macam ni.’

Nana melangkah ke dalam rumah dengan perasaan berdebar. Matanya memandang segenap sudut rumah yang agak luas itu. Susunan perabotnya rapi dan simple. Hanya terdapat set sofa, tv, beberapa almari, dan bantal yang tersusun di lantai berhadapan dengan tv. ‘Pandai abang kemas rumah. Kalau bagi kat aku, entah apa jadi kat rumah ni.’

“Abang tinggal sorang je ke kat rumah ni?” Dia tak tahu nak tanya apa. Mestilah Hisyam tinggal sendiri. Kalau tak, takkan dia nak ajak aku datang sini.

“Ha’ah. Sebelum kahwin tinggal berdua dengan kawan abang. Tapi dia dah pindah kat rumah bawah.” Hisyam meletakkan beg pakaian Nana ke dalam biliknya.

“Nana duduk dulu ok. Abang nak solat kejap. Kalau nak makan apa-apa, pergi je kat dapur.” Hisyam senyum sebelum berlalu pergi. Nana mengangguk. Remote tv dicapai. Matanya masih melilau-lilau memerhatikan sekeliling.

‘Bilik ada tiga. Malam ni aku nak tidur mana? Dengan abang ke? Tapi abang nak ke? Daripada abang tidur kat atas lantai, baik aku terus tidur kat bilik lain je. Tapi beg aku mana ek?’ Matanya mencari-cari beg pakaiannya. Seingatnya, abang Hisyam yang mengangkat begnya tadi. Mana pulak abang letak?

“Nana cari apa ni? Nana solat tak? Kalau nak solat, pergilah. Abang dah siapkan kat dalam bilik.” Nana bangun dan menuju ke bilik. Begnya ada di situ.
Selesai solat, Nana kembali ke ruang tamu. Hisyam sedang leka menonton siaran National Geographic. Hisyam senyum apabila melihat Nana.

“Kenapa duduk jauh sangat. Duduk lah kat sebelah abang. Ke tak sudi?” Saja Hisyam menduga.

“Hah? Ermm…” Nana bangun dan melabuhkan duduknya di sebelah Hisyam. Haruman yang dipakai Hisyam menusuk hidungnya. Jantungnya berdegup kencang. Dirinya kaku. Melihatkan Hisyam yang hanya memakai kain pelikat dan baju pagoda pun sudah membuatkannya tak keruan. Seksi. Inikan pula duduk di sebelah.
Hisyam menukar siaran HBO. Mr and Mrs Smith lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie. ‘Alamak, babak yang tak sepatutnya la pulak.’ Nana makin resah. Hisyam dapat rasa kegelisahan gadis itu.

“Nana. Abang nak tanya satu perkara boleh?” Dia perlu tahu perkara sebenar dengan segera. Dia tak mahu Nana terus terseksa dengan ikatan ini.

“Ada apa bang. Tanya je lah.” ‘Suspend je ni.’

“Abang nak Nana jawab dengan ikhlas dan jujur.” ‘Ish, makin suspend. Apehal la pulak ni?’

“Abang tahu, perkahwinan kita ni bukan atas kerelaan Nana. Abang pun sebenarnya keliru masa mak cadangkan Nana untuk gantikan bekas tunang abang. Tapi, abang tak dapat nak bantah. Abang pun tak tahu kenapa. Tapi sekarang, abang rasa abang dah tahu kenapa. Mungkin Nana memang dijodohkan untuk abang.” Terharu Nana mendengarnya. ‘Nana rela abang. Memang ini yang Nana inginkan.’

“Tapi abang tak tahu perasaan Nana macam mana. Abang mintak maaf kalau Nana dah ada pilihan sendiri dan kalau Nana rasa terseksa dengan ikatan ni, abang rela le….” Nana menutup mulut suaminya. Tak sanggup mendengar perkataan seterusnya. Air matanya laju saja mengalir. Hisyam hairan.

“Nana bahagia bang. Bahagia sangat. Nana memang redha dengan perkahwinan kita. Nana hanya sayang abang sorang je. Tak ada orang lain dalam hati Nana.” Sendu Nana jelas kedengaran. Pilu hati Hisyam mendengar pengakuan Nana. Hapus semua kesangsian dalam hatinya. Tubuh kecil Nana dipeluk erat. Dahi isterinya dikucup penuh kasih. ‘Ya ALLAH, jika ini jodoh yang Kau tentukan untukku, redhailah perhubungan ini.’
Dakapan Hisyam makin erat. Nana bahagia. Rasa selamat dalam pelukan itu. Pertama kali dia merasakan amat selesa dalam dakapan seorang lelaki. Kucupan Hisyam beralih ke pipi, mata, hidung dan bibir mungil Nana. Nana kaku. Tak tahu apa yang harus dilakukan. Dia tak reti. Mukanya panas. Wajahya dialih ke arah lain. Malu…
Tv dipadam. Tubuh gadis itu didukung. Nana kaget. Tak sanggup membayangkan apa yang akan berlaku selepas ini.

“Kenapa ni? Nana takut?” Menggoda sekali suara Hisyam di pendengaran Nana. Terasa terhenti nafasnya. Saat bibir Hisyam sekali lagi ingin singgah ke bibir Nana, gadis itu mengalihkan mukanya.

“Cupp…”Nana mengangkat jari tanda mahu ke tandas. Suaminya tergelak. ‘Takut sangat ke bini aku ni? Sampai nak terkucil.’

‘Ish, macam mana ni. Bab-bab ni yang aku lemah ni.’ Nana mundar-mandir di dalam tandas. Kepala yang tak gatal digaru. Sepuluh minit kemudian, dia keluar.

“Takpe kalau Nana tak sedia lagi. Abang tak paksa. Dah lah tu. Jom tidur.” Pujuk Hisyam. Kesian pulak dia melihat Nana yang jelas menggelabah. Nana melangkah perlahan menuju ke katil.

“Tidurlah. Dah lewat ni.” Nana angguk. ‘Sorry abang. Nana tak tahu kenapa Nana gelabah sangat tadi.’ Tapi apa yang penting, malam ini tidurnya lena sekali dalam dakapan suami yang tercinta. Moga malam-malam lain juga seindah malam ini.

akhirnya......

yea!!!!!!akhirnya habis jugak exam. happy gilerrrrrrr!!!!habis exam terus call daddy. excited giler. ye r. 4tahun tunggu. lepas ni tunggu nak balik kampung plak.....cepat la 13/5......
semenanjung...wait for me!!

2009-05-01

nak balik!!!!

tu je yang aku tau skrg ni. nak balik gile2. xsabo sgt dh ni. da trbayang2 rumahku syurgaku. exam xabes lg sebenarnye tp argh....nak balik jugak.
ape taknye da 5bln merantau nih. amma..appa...
"sabo..." tu jer mak aku slalu pesan.
cepatla 13/5. aku nak balik umah...
nk balik semenanjung...nasib baik sem depan da xyah dtg sini lg.
just dtg convo jer..insyaALLAH...pastu...bleh ddk umah puas2.tggu posting.
kalo ader rejeki...nak further study. wat master plak.
pape hal pun...balik umah dulu...cepat la masa berlalu....
da xtahan ni....huwaaaaaaaaaaa...

sepupuku suamiku?6

Hisyam resah. Kebelakangan ini dia asyik teringatkan isterinya. Semua kerja yang dibuat rasa macam tak kena. Asyik terbayangkan wajah manis dan gelak manja Nana saja. ‘Aku dah jatuh cinta ke? Tapi, normallah tu. Dia kan bini aku. Memang patut aku cinta kat dia.’

‘Tapi dia sepupu kau. Dah macam adik kau pun.’

‘Tapi dia kan dah jadi bini aku yang sah. Aku memang patut layan dia macam seorang isteri. Bukan seorang adik.’

‘Macam mana kalau dia tak cintakan kau? Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri?’

“Hoi bro. Kau ni apehal? Nak kata hilang bini, baru je jumpa semalam.” Bahu Hisyam ditepuk kuat mengejutkan lelaki itu dari lamunan.

“Pandailah kau. Dah habis round wad ke?” Saja Hisyam alih topik.

“Dah. Kau tak payahlah nak ubah topik. Kat muka kau tu dah ada perkataan problem tau tak. Cuba kau story sikit kat aku, apa masalah kau sebenarnya.”

“Mana ada. Aku ok je.” Masih lagi ingin berahsia.

“Hmm..maklumlah. Orang dah ada bini. Mana nak cerita masalah kat kawan lagi. Kalau dulu, muka ni jugak yang kau cari time ada problem.” Norman seakan merajuk. Hisyam senyum hambar. ‘Cerita je lah. Mana tahu Norman boleh tolong. Walaupun kadang-kadang idea mamat ni memang gila, tapi kadang-kadang boleh pakai jugak.’

“Man, aku sebenarnya ada masalah dengan bini aku sikit.” Hisyam buka cerita. Suara diperlahan sehabis mungkin.

“Hah? Ish, kau ni biar benar bro. Takkan nikah tak sampai sebulan dah ada problem kot. Apehal?” Terkejut beruk Norman. Masakan tidak, inai masih merah dijari. Honeymoon pun belum. Tup-tup, ada masalah. Memang berat ni.

“Kau tahu kan. Bini aku tu kan sepupu aku. Aku dah anggap macam adik aku. Aku mengaku memang aku sayang kat dia. Tapi sayang abang kepada adik. Kau faham tak?”

“Hmm… Berat jugak masalah kau ni. Habis tu takkan sampai sekarang kau tak boleh terima dia lagi?” Makin berminat Norman mendengar.

“Aku memang boleh terima dia walaupun aku bukan kahwin atas dasar cinta. Aku cuba nak semai rasa cinta tu. Kebelakangan ni, aku dah macam mula rasa sesuatu. Tapi aku tak sure betul ke apa yang aku rasa ni cinta.”

“Ha… ok lah tu. Sekurang-kurangnya, kau usaha. Tapi takkan masa kau peluk-peluk dia, cium-cium dia kau tak rasa apa-apa kot.” Usik Norman.

“Tu lagi satu benda. Aku sebenarnya tak pernah sentuh dia lagi. Maksud aku yang ‘berat-berat’ la.”

“Weh bro, kau ni biar benar. Kau dengan bini kau tak pernah…” Norman menunjukkan isyarat dengan tangannya. Hisyam menggeleng.

“Fuh… ni lagi kes berat. Habis tu… Ish, macam tak percaya pulak aku. Respect la kat kau bro. Boleh ek kau tahan. Biasanya, first night orang dah ‘ngap’ je terus.” ‘Mati pucuk ke kawan aku sorang ni?’

“Kau memang. Tak ingat benda lain. Tu je yang kau fikir.” Norman sengih.

“Aku takut. Aku takut yang dia tak dapat terima aku. Ye lah. Kahwin pun dalam keadaan mengejut macam tu. Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri? Aku kesian dekat dia.” Balik-balik, masalah itu juga yang mengganggu fikirannya.

“Habis tu, kau tak tanya dia? Manalah tahu, dia pun sebenarnya jatuh cinta kat kau?”

“Aku dah cuba tanya hari tu. Tapi tak sempat nak tanya, ada orang call. Dia pun macam tak selesa je nak jawab call tu masa aku ada. So, aku blah je la. Lepas tu aku tak tanya lagi.”

“Aku rasa, baik kau tanya dia betul-betul. Be brave la bro. Takkan dengan bini pun nak takut. Manalah tahu, dia pun cinta kat kau. Dapatla kau qada’ first night kau tu.” Norman bantai gelak.

“Kau ni takde benda lain nak fikir. Aku smack down baru kau tahu.” Kepala sahabatnya diketuk dengan file. ‘Tiga suku betul. Tapi kalau betul pun, apa salahnya. Hahaha…’


“Awak keluar dengan siapa semalam? Bukan main mesra lagi saya tengok.” Jelas riak cemburu di wajah Johan. Sebenarnya dia sudah mula curiga sejak terpandang cincin dan inai yang menghiasi jari Nana. Tapi, semua itu dibiarkan selagi tidak mendapat penjelasan yang sebenar dari gadis itu.

‘Sibuk betullah mamat ni. Suka hati akulah nak keluar dengan siapa pun. Nampak sangat cirri-ciri king control. Nasib la siapa yang dapat kau Johan.’

“Sepupu.” Malas nak bersoal jawab dengan mamat sorang ni. Nana sengaja buat-buat sibuk. Memang malang nasibnya tiba-tiba terserempak dengan Johan hari ni.

“Tapi lain macam je saya tengok. Siap cium dahi lagi.” Api cemburunya makin marak. Takkan ada siapa yang dapat miliki gadis pujaannya. Hanya miliknya.

‘Ish… suka hati aku lah nak cium ke, nak peluk ke, nak apa ke. Laki aku. Kau kisah sangat apahal?’

“Dahlah. Nak baliklah. Penat ni.” Ada saja alasannya untuk mengelak berdua dengan Johan.

“Awak tak jawab lagi soalan saya. Siapa lelaki tu?” Suara Johan mula keras. Geram dengan perangai Nana yang macam tak kisah saja dengan dirinya. Sampai bila gadis ini mahu mengelak darinya? Tak nampakkah cinta yang dia hulurkan padanya?

“Yang awak sibuk sangat nak tahu ni kenapa? I’m not your girlfriend ok. Suka hatilah oranglah nak keluar dengan siapa pun. Kalau saya kata tu laki saya, awak nak buat apa?” ‘Tak faham bahasa betullah mamat tiga suku ni. Ambik kau sebijik.’ Kalau boleh, nak je dilenyek-lenyek muka Johan dengan belacan. Biar jadi sambal. Kompem takde orang nak makan. Geram betul.
Johan mengetap bibir. Nana memang mencabar kesabarannya. ‘Takpe. Kalau taknak bagitau, aku boleh siasat sendiri. Tunggu je lah.’ Matanya tak lepas memandang Nana yang sudah jauh meninggalkannya. Hatinya takkan puas selagi tak tahu siapa lelaki itu. Dia akan cari sampai dapat.


Telefon bimbit Nana menjerit-jerit minta diangkat. ‘Siapa pulak yang telefon pagi-pagi ni. Nak pakai baju pun tak senang. Alamak, abang? Apehal call pagi-pagi ni.’

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Nana sihat? Kenapa tak angkat call tadi?”

“Ermm…Sihat. Nana baru lepas mandi.” ‘Rindunya. Abang ni macam tau-tau je.’

“Mesti wangi ni. Abang kat sini pun boleh bau.”

‘Mestilah… Ee…malunya…’

“Nana free tak hujung minggu ni?” Tanya Hisyam. Dia sudah ada rancangan untuk mereka.

“Ermm…free. Kenapa?” ‘Abang nak bawak Nana pergi jalan-jalan lagi ke? Nak nak… tak payah tunggu hujung minggu pun tak pe. Sekarang pun boleh.’ Hati Nana berbunga riang.

“Kalau macam tu, petang esok abang datang ambik Nana.”

‘Aik, tadi kata hujung minggu. Esok hari Jumaat.’ Nana pelik. Nak pergi mana pulak ni?

“Bawak baju sekali tau.”

‘Ni lagi pelik. Buat apa nak bawak baju pulak? Nak pergi holiday ke?’ “Kenapa? Nak pergi mana ni bang?”

“Rumah abang. Nana tak pernah datang sini lagi kan? Nana ready je esok ok.” Mungkin ada benar juga kata Norman. Dia perlu jelas tentang perkara ini.

“OK.” ‘Pergi rumah abang? YAHOOOO!!!’ Nana sudah terguling-guling kegembiraan di atas katil. Tak sedar diri masih bertuala. ‘Pergi rumah abang maknanya duduk dua-dua dengan abang. Wa…. Cepatlah esok.’

“Ya ALLAH budak bertuah ni. Kau kenapa? Dengan tak pakai bajunya. Cepatlah nenek. Kau tak nak pergi kelas ke? Dah lewat ni.” Farah hairan melihat kawannya yang terguling-guling di atas katil macam orang sawan. ‘Buang tebiat ke apa minah ni?’

“Ya, kejap aku siap. Kacau daun la kau ni. Nak berangan kejap pun tak boleh.” Nana bangun dari katil, mencapai baju kurung yang tergantung dalam almari.

“Banyak lah kau punya berangan. Dah nak dekat pukul 10 ni. Kau tu kalau bersiap, tak sah kalau tak sejam.” Bebel Farah.

“Yelah nek. Cu nak pakai baju ni. Nek tunggu kat luar ye.” ‘Minah ni kalau dah membebel, payah nak berhenti. Kalah nenek aku.’

‘Tak sabarnya nak tunggu esok. Jumpa abang. Duduk kat rumah abang lagi tu. Ish… macam mana ek? Eee…. Bestnya…’ Masih tak habis-habis berangan. Agaknya kalau boleh nampak apa yang difikirkannya, mungkin dah sampai langit ke tujuh tingginya.

sepupuku suamiku?5

Nana terjaga ketika azan subuh berkumandang. ‘Malasnya nak bangun. Ngantuknya…tidur sikit lagi lah. He…’dia kembali melelapkan mata. Tiba-tiba, “Alamak.” Peristiwa yang berlaku semalam menerjah kepalanya. Kenduri, persandingan, akad nikah.. ‘Ya ALLAH, aku dah jadi bini orang. Tapi mana suami aku? Mana abang Syam?’ sebelahnya kosong. Bantal pun tiada. Hampir menjerit Nana melihat sekujur tubuh suaminya meringkuk kesejukan di bawah. Nasib baik tidak dipijaknya.

‘Ya ALLAH. Kenapa abang tidur kat bawah. Apa dah jadi semalam? Aku tak bagi abang tidur atas ke?’ dia tidak ingat apa yang berlaku semalam sebelum tidur. Yang dia ingat dia tertidur ketika berbual dengan Johan ditelefon. Tak sempat habis berborak, dia dah tidur dulu. Nasib kau la Johan. Lepas tu, dia tak ingat apa yang berlaku.

‘Kenapa abang tak tidur kat atas? Tak sudi tidur dengan aku ke?’ Hati Nana hiba tiba-tiba. Ditahan air mata daripada mengalir. Perlahan dia bangun menuju ke bilik air. Mungkin hatinya akan tenang sedikit selepas solat.

‘Nak kejut ke tak nak? Kang tak kejut aku yang dapat dosa free.’ Belum pun sempat tangannya mendarat kat kaki suaminya, lelaki itu lebih dulu terjaga. Cepat-cepat Nana bangun. Buat-buat tak tahu.

“Nana dan solat ke?” tersentak Nana mendengar soalan Hisyam yang tiba-tiba.

“Ha’ah. Bangunlah.”

“Abang baru ingat nak solat jemaah. Tapi tak pelah kalau Nana dah solat.” Hisyam bangun dan mencapai tuala sebelum melangkah ke bilik air.

‘Hah, solat jemaah? Adus..malunya..’ sebelum ni, kalau papa dan mamanya ajak dia solat subuh berjemaah, mesti ada saja alasan yang diberi. Tak pernah nak berjemaah sama-sama. Tapi sekarang, suaminya sendiri ajak berjemaah. Nak bagi alasan apa? Tapi oklah tu daripada dapat suami yang tak solat langsung. Berkat sikit family aku. Amin. Huhu…


“Betul ni Nana tak nak ikut abang? Tanya Hisyam. Dia perlu pulang ke KL hari ini kerana cutinya sudah tamat. Sebolehnya dia mahu Nana mengikutnya pulang. Mungkin dengan cara itu dia dapat mengenali Nana dengan lebih dekat dan mengeratkan hubungan mereka. Tapi Nana semacam berat untuk mengikutnya.

“Takpe lah bang. Lain kali je lah Nana pergi. Lagipun Sabtu ni nak balik campus. Banyak benda nak kena settle kat sini.” ‘Abang, tak payah lah balik dulu. Nana sedih ni. Baru nikah dua hari dah kena tinggal. Nak ikut..’ rintih hati Nana.

“Hmm… takpelah kalau macam tu. Tapi nanti abang cuba balik hari Jumaat. Sabtu boleh abang hantar Nana balik, ok?”

“Eh, takpelah bang. Nana boleh naik bas. Dah biasa. Bukannya jauh sangat pun.” ‘Tapi kalau boleh abang baliklah. Nana lagi suka kalau abang hantar.’ Kata-kata itu hanya bermain di hatinya. Tak terluah di bibir.

“Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa call abang.” Nana menyalami tangan suaminya. Hisyam mengucup mesra dahi Nana.

‘Abang, peluklah daku…huhuhu… nak cium lagi… ish, gatal betul kau ni Nana. Tapi takpelah, suami aku. Ikut suka aku lah.’

“Ups..” ‘Alamak, dia dengar ke aku cakap apa? Adus..malunya..’
Hisyam memeluk erat Nana. Pipi isterinya dikucup. Berat rasanya untuk meninggalkan isteri yang baru dinikahinya dua hari lepas. ‘Ah, sekejap je. Bukannya tak jumpa langsung lepas ni.’
Muka Nana panas. Malu diperlakukan begitu. Dah lah depan mama dan papa. ‘Ish, abang ni. Semalam tak nak peluk. Depan mama dengan papa nak main peluk-peluk pulak. Malu… Hai, tak tidurlah kau malam ni Nana.’
Kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Hati Nana sayu. ‘Abang, cepat balik. Nana dah rindu ni..’

“Nana, tak nak masuk ke? Dah lah tu. Bukannya cik abang awak tu pergi tak kembali.” Perli mama. Nana tersipu malu.

‘Ish mama ni. Macam tau-tau je.’


Nana termenung panjang. Penumpang lain yang berada di dalam bas juga buat hal masing-masing. Terasa jauh perjalanannya kali ini. Rindunya pada suami tak tertanggung.

“Nana, abang mintak maaf. Esok abang tak boleh hantar Nana balik kampus. Ada emergency.”
Luluh rasa hatinya. Apa tidaknya, sepanjang lima hari menunggu kepulangan abang Hisyam, fikirannya hanya dipenuhi dengan angan-angan. Membayangkan yang dia akan berdua-duaan dengan suaminya sepanjang perjalanan ke kampus. Gurau senda, kata-kata romantis, kehangatan sentuhan abang. Argh..semuanya hanya tinggal angan-angan. Kini, dia sendirian. Tiada gurau senda, tiada usikan manja, juga tiada kata-kata romantis mengusik jiwa. Hatinya menangis.

‘Kenapa abang buat macam ni. Nana rindu sangat dekat abang. Abang tak rindu Nana ke?’ rintih hati kecilnya. Air mata yang ingin menuruni pipinya diseka.


Hisyam menilik jam di tangan. ‘Mesti Nana dah sampai kampus. Kesian dia.’
Hisyam tidak dapat mengelak apabila seorang pesakit memerlukan pembedahan segera hari ini. Dia terpaksa mendahulukan pesakitnya. Lagipun Nana sendiri yang kata, dia sudah biasa balik sendiri. Terdetik juga perasaan kasihan kerana sudah berjanji dengan isterinya. Dia juga rasa rindu untuk bertemu Nana. Perasaan itu datang tiba-tiba tanpa diundang. Mungkinkah dia sudah jatuh hati pada sepupunya itu?

‘Suami mana yang tak sayang bini. Tapi aku masih lagi anggap dia macam adik aku. Rasa kekok nak layan dia macam isteri. What should I do?’

“Hai pengantin baru, kenapa ni? Rindu kat bini ke?” Norman, rakan sekerjanya menegur.

“Ish, takde lah. Aku penatlah. So, macam mana dengan pesakit tu? Stable?”

“Stable. Aku takut kau yang tak stable. I think, kau patut pergi jumpa dia la bro.” Norman sengih. Dia dulu pun macam tu jugak. Sehari tak jumpa dah menggelabah tak tentu. Ini kan tak jumpa seminggu. Dah lah baru je kahwin. Boleh jadi sawan dibuatnya.


“Assalamualaikum, Nana buat apa?”
Nana yang masih lena ketika Hisyam menelefon terpisat-pisat. ‘Ish, napelah call time macam ni… ngantuk ni.’

“Erm… tak buat apa-apa. Saja duduk lepak-lepak.” Nana control suara. Apa taknya, baru bangun tidur. Sah-sah suara ala-ala Amy search sakit tekak.

“Ye ke? Suara macam baru bangun tidur je ni.” Serkap Hisyam.

“Hah.” Nana gelabah. ‘Aduh, malunya. Dah la sekarang pukul 9.’

“Jom. Pergi jalan-jalan. Abang tunggu kat bawah hostel Nana ni.”

“HAH?” Nana melompat dari katilnya. ‘Alamak, apasal tak bagi tau awal-awal. Aku tak mandi lagi ni. Mau sejam baru siap ni.’ Kelam-kabut dia mencapai tuala. Hisyam masih lagi ditalian.

“Nana? Ok ke? Ke nak abang tolong mandikan?” usik Hisyam.

“Eh, takpe-takpe. Nana dah bangun ni. Abang tunggu. Nanti Nana turun.” ‘Tolong mandikan? Biar benar laki aku ni. Buang tebiat ke apa? Tapi, kalau nak tolong pun apa salahnya. Hehe…” Nana bergegas ke bilik mandi. Senyumannya tak lekang dari bibir. Suami ajak dating. Seronoknya… “Yahooo!!!!”

“Amboi… wanginya. Kau nak pergi mana ni Nana?” Suria pelik. Awal benar kawannya sorang ni bersiap. Biasanya, selagi tak pukul 12, tak bangun.

“Dating.” Hati Nana berbunga riang.

“Dating? Dengan siapa? Johan?”

‘Ada ke dengan mamat tak cukup matang tu.’ “Dengan suami akulah. Ok, aku pergi dululah. Bye…”

“Eh Nana..tunggu.” Belum sempat Suria bertanya lebih lanjut, Nana sudah hilang. ‘Amboi, dapat laki, kawan pun tak layan. Siap kau balik ni.’


“Ermm..kita nak pergi mana ni bang?” Tanya Nana. Hatinya berdebar-debar. Apa tidaknya melihat abang Hisyam yang begitu macho walaupun hanya memakai t-shirt polo dan seluar jeans. ‘Adus…hensemnya laki aku ni. Nak je aku peluk kat sini. Rindunya….’

“Mana-manalah yang Nana nak pergi. Abang ikut je. Actually, abang nak mintak maaf sebab tak dapat ambik Nana kat kampung hari tu. So, hari ni abang jadi driver Nana. Nana nak pergi mana, abang sanggup bawak. Asalkan tak ke bulan ok?”

‘How sweet. Ni yang Nana makin sayang kat abang ni. Ish… rasa nak cubit-cubit je pipi abang. Kalau Nana kata nak duduk je kat sini dengan abang sampai pagi esok boleh? Gatal betul kau ni Nana..’
Hari ini memang hari yang paling membahagiakan buat Nana. Buat pertama kalinya dia keluar dengan orang yang paling dia cintai sejak sepuluh tahun lalu. Terasa macam mimpi. Rasa macam nak hentikan je masa biar hari ni kekal sampai bila-bila. Abang sangat baik dengannya. Romantis sekali. Tengok wayang, makan disuap abang, shopping sambil pimpin tangan, mengelilingi tasik putrajaya berdua, semuanya terlalu indah. Betul-betul seperti pasangan yang sedang hangat memadu kasih. Dapat dirasa hangatnya kasih abang padanya.

“Nana happy?” Tanya Hisyam semasa menghantar Nana pulang ke kampus. Nana hanya mengangguk. ‘Happy sangat abang. Thanks sayang.’

“Sweet dreams ok.” ‘ Nana tak nak balik. Abang… janganlah balik lagi. Nana tak puas lagi tatap wajah abang.’ Lambat-lambat Nana turun dari kereta. Payah benar kakinya hendak melangkah keluar. Macam kena lekat dengan gam gajah saja.

“Kenapa sedih je ni? Ke nak ikut abang balik?” Teka Hisyam. ‘NAK!!!’ jerit hati Nana.

“Erm… tak lah. Bila abang nak datang lagi?” ‘Ups, alamak. Hehehe…’
Hisyam senyum. “InsyaAllah. Kalau ada masa abang datang lagi. Kalau Nana rasa nak balik rumah abang, Nana call je lah. Nanti abang datang ambil, ok?” Nana angguk. ‘sekarang boleh?’
Nana menunggu sehingga kereta suaminya hilang dari pandangan. Air matanya yang tertahan sejak tadi gugur. Bahagia bercampur sedih. Tak pernah terfikir yang hari ini akan muncul dalam hidupnya. Tiba-tiba Nana rasa seperti diperhatikan. Dia menoleh ke kiri.

‘Alamak, Johan!! Dia Nampak ke abang Hisyam tadi? Apa aku nak cakap kalau dia tanya? Ish, kacau daun betullah mamat sorang ni.’