sooooooorrryyy...xsempat nk post ari isnin aritu..bz yg amat..ni baru ade mase..huhuhuhuhu...ape2 pun harap korang semua masih lagi setia & berminat nk baca kisah siti fatimah yg seterusnya...hehehehe...
enjoyzzzz!!
Siti
Fatimah menanti penuh sabar. Seminit sekali dia tilik jam di pergelangan. Matanya
tak duduk diam dari tadi. Asyik melilau ke kiri dan kanan. Masih berbaki
sepuluh minit sebelum waktu yang dijanjikan. Sengaja dia datang awal. Kononnya
supaya boleh bertenang. Tapi rasanya sama saja. Degupan jantungnya makin laju.
Air yang dipesan sudah tinggal separuh dek kerana gelabahnya.
Sepuluh
minit dah berlalu. Kelibat Ryzal masih tak kelihatan. Siti Fatimah buka semula
SMS yang dikirim oleh Ryzal. Nama restoran dah betul. Waktunya pun dah betul.
Tapi mana pergi Ryzal? Tak apa, mungkin jalan sesak. Hari minggu pun jalan
sesak ke? Sabar Siti, sabar. Nanti datanglah tu.
Minumannya
hanya tinggal sedikit. Hampir setengah jam dia menunggu. Batang hidung Ryzal
masih juga tak
kelihatan. Ini yang dia paling tak suka. Dah tahu lambat,
bagilah SMS ke apa. Tak adalah orang tertunggu-tunggu. Tolak sepuluh markah.
Tak menepati waktu. Lagi sepuluh minit Ryzal tak sampai, dia akan balik. Banyak
kerja lain lagi dia nak buat. Kalau Ryzal tak datang pun lagi senang. Boleh
batalkan terus perkahwinan tu.
Masa
yang diberi kepada Ryzal dah tamat. Dah tak kuasa dia nak menunggu lagi.
Minuman dihirup hingga habis. Buang masa betul. Punyalah semangat dia datang
awal. Buang karan saja dia fikir macam-macam sebelum ni. Geramnya! Tas tangan
dicapai. Belum sempat kakinya melangkah setapak, berdiri tegak seorang lelaki
berbaju biru muda di hadapannya. Nasib baik tak terlanggar. Ini lagi satu.
Punyalah besar restoran ni, depan aku juga kau nak lalu.
“Siti
Fatimah.” Pemuda berkaca mata hitam itu menegur. Siti Fatimah angkat muka. Dia
terdiam di situ. Ryzal!
“Maaf,
saya terlambat. Ada hal kecemasan tadi.” Kaca mata hitan masih melekat di
wajahnya. Siti Fatimah sudah menundukkan mukanya. Geramnya masih bersisa.
“Tak
apa.” Dia tak jadi nak melangkah pergi. Dia duduk kembali. Debaran di dada
kembali bertandang tapi tak sehebat tadi. Mukanya juga tiada senyuman. Dia nak
tengok macam mana cara Ryzal minta maaf. Dan proses penilaian bermula sekarang.
Siaplah kau.
“So,
dah lama tunggu? Tadi tu nak ke mana?” Ryzal buat-buat tanya. Mesti dah nak
balik sebab dah lama menunggu. Dia sengaja sebenarnya. Kalau Siti Fatimah nak
uji dia, dia pun boleh uji Siti Fatimah juga. Penilaian pertama, boleh tahan
cantik. Kulitnya cerah. Makin terserlah dengan tudung hitam yang dipakai. Tak
nampak macam perempuan kolot.
“Ingatkan
Encik Ryzal tak jadi datang. Saya nak baliklah tadi.” Matanya langsung tak
memandang Ryzal di depan. Ryzal mengangguk. Bagus, berterus-terang.
“Kita
order minuman dulu.” Ryzal dah bersedia nak panggil pelayan tapi cepat dihalang
oleh Siti Fatimah.
“Tak
payah. Saya dah minum. Lagipun saya datang ni nak berbincang dengan Encik Ryzal
tentang rancangan orang tua kita. Saya rasa Encik Ryzal tentu dah tahukan? Lagi
cepat selesai lagi bagus.” Laju saja patah perkataan itu keluar dari mulutnya.
Mana dia dapat kekuatan pun dia tak tahu. Mungkin sebab hatinya tengah geram.
Ryzal
akur. Boleh tahan tegas juga minah di depannya ini. Tak apa. Kita tengok apa
yang Siti Fatimah nak buat.
“Ok.
Tapi sebelum tu, panggil saja Ryzal. Tak perlu formal sangat. Lagipun lepas ni
kita nak kahwinkan? Dan kalau Siti Fatimah nak panggil abang Ryzal pun tak
apa.” Ulat bulu dah naik daun. Hari tu beria tolak. Dah ada depan mata, lain
pula jadinya. Dah terpikat? Tak adalah, cuma nak menguji.
“Saya
rasa awak dah salah faham. Saya belum lagi bersetuju dengan lamaran mak awak
tu.” Sabar Siti, sabar. Ok, tolak sepuluh markah lagi sebab nampaknya macam
lelaki gatal.
“Maksud
awak?” Bukan ke hari tu mama kata minah ni dah setuju?
“Biar
saya berterus terang saja. Saya tak pernah bersetuju pun dengan idea
perkahwinan ni. Saya tak kenal siapa awak, dan awak pun tak kenal siapa saya.
Dan saya rasa mustahil untuk kita berkahwin kalau saling tak mengenali. Jadi,
saya harap awak boleh batalkan niat awak untuk meneruskan rancangan ini.” Makin
lancar kata-katanya. Demi masa depan. Berjuang!
“Saya
tak faham. Mama saya cakap, awak dah setuju.” Dalam diam Ryzal meneliti setiap
inci wajah Siti Fatimah. Alis matanya cantik terbentuk. Matanya juga. Pipinya
licin. Bibirnya juga terbentuk sempurna. Ada tahi lalat di pipi kirinya.
Dagunya terbelah dua. Tak dinafikan, memang cantik.
“Encik
Ryzal, sa...”
“Ryzal.”
Potong Ryzal. Siti Fatimah mendengus perlahan.
“Ok,
Ryzal. Saya tak cintakan awak dan awak, saya boleh jamin seratus peratus yang
awak pun tak cintakan saya. Jadi buat apa kita nak kahwin?” Siti Fatimah harap
Ryzal akan bersetuju dengan cadangannya. Dia juga boleh jamin yang Ryzal sudah
ada buah hati.
“Siapa
cakap? Kalau saya kata yang saya dah jatuh hati dengan awak?” Cermin mata hitam
ditanggalkan. Cuba bermain mata dengan Siti Fatimah. Siti Fatimah tak berkelip
memandang. Tapi cepat-cepat dilarikan pandangannya. Lama-lama pandang begitu
nanti boleh jatuh hati pula.
“Tak
payah nak main-main dengan saya. Saya tak berminat dengan awak. Awak boleh cari
perempuan lain untuk dijadikan isteri. Saya tak berminat.” Ok, tolak lagi
sepuluh markah sebab cuba nak main-main.
Ryzal
terdiam. Pandangannya tepat menghala ke arah Siti Fatimah. Berani juga
perempuan ni ya? Macam menarik pula. Ego Ryzal sedikit tercabar. Tak pernah ada
perempuan yang berani cakap begitu dengannya.
“Katakanlah, dia nak jumpa kau
hujung minggu ni sebab nak tolak lamaran mama kau. Tapi dalam masa yang sama,
kau dah berkenan dengan dia. Apa yang kau akan buat pula?”
Soalan
daripada Norman semalam segera menerpa kotak ingatannya. Adakah dia akan
mengalah? Adakah dia juga akan buat perkara yang sama? Mengikut cadangan Siti
Fatimah dan menolak cadangan ibunya?
“Sayang!”
Siti Fatimah terkesima dengan adegan secara langsung yang sedang disaksikannya.
Seorang wanita berambut perang dengan baju yang tak cukup kain datang menerpa
ke arah Ryzal. Dengan selambanya wanita yang wajahnya dimekap tebal itu memaut
mesra lengan Ryzal. Ini adalah kenyataankan? Bukan khayalannya kan? Perempuan
tak tahu malu tu memang ada depan matanya kan?
“Hai,
you buat apa kat sini?” Ryzal nampak macam serba salah. Perlahan-lahan pelukan
wanita itu cuba dilepaskan. Wajahnya juga nampak ketara perubahan.
Menyirap
darah Siti Fatimah. Jenis macam ni emak nak suruh dia jadikan suami? Tak payah
nak mimpi. Lupakan saja. Siti Fatimah bingkas bangun. Sedikit pun tak menoleh
ke arah Ryzal yang cuba untuk mendapatkannya. Langkah diatur laju. Kurang ajar
punya jantan. Memang lelaki zaman sekarang tak boleh dipercayai. Harap muka aje
nampak baik tapi hati macam iblis.
>>
Pintu
kereta ditutup kuat. Hatinya masih membara. Pintu butik milik Bob ditolak kuat.
Ada beberapa orang pelanggan di dalamnya. Semua mata tertumpu ke arahnya. Mahu
tak mahu terpaksa jugalah dia lempar senyum walaupun tak ikhlas. Macam mana nak
ikhlas kalau hati tengah sakit? Semuanya gara-gara lelaki tak guna tu.
Geramnya!
“Terima
kasih ya kak. Lain kali datanglah lagi.” Bob menghantar pelanggannya hingga ke
pintu. Bila pelanggannya dah keluar, cepat-cepat dia pergi dapatkan Siti
Fatimah yang sedang memuncung di atas sofa. Dia tahu Siti Fatimah baru balik
dari keluar dengan Ryzal. Ini mesti ada berita tak baik.
“Macam
mana? Kau dah jumpa dia?” Bob melabuhkan duduk di hadapan Siti Fatimah. wanita
itu tak segera menjawab. Muncungnya makin panjang. Dah kenapa pula ni?
“Nyah,
aku tanya ni. Macam mana dengan bakal suami kau tu? Ok ke?” Dah jelas dekat
depan mata pun lagi nak tanya. Sah-sah tak ok.
“Kau
tengok muka aku ni ada macam ok tak?” Dia mendengus kasar. Masih terbayang di ruang
matanya macam mana mesranya perempuan tadi memeluk Ryzal.
“Habis
tu ceritalah kat aku.” Dah macam mami jarum.
“Kau
tahu, setengah jam aku tunggu dia. Dah elok aku nak balik, baru nampak batang
hidung. Yang itu aku boleh sabar lagi. Kau percaya, dia boleh suruh aku panggil
dia abang? Memang gatal tambah miang betul. Jangan harap aku nak panggil dia
macam tu. Jumpa pun baru sekali.” Siti Fatimah berhenti sekejap. Ambil nafas.
Ada lagi yang dia nak cerita. Perkara paling tak boleh tahan.
“Boleh
tahan juga ya mamat tu. Habis tu apa kau buat?” Bob setia mendengar. Memang
malanglah nasib kawannya ini. Ingatkan kali ini bolehlah jumpa dengan putera
kayangan impian, rupanya tak juga.
“Aku
terus teranglah dengan dia yang aku tak nak kahwin dengan dia dan suruh dia
batalkan perkahwinan tu.”
“Habis
tu dia cakap apa?” Makin berminat nak tahu cerita seterusnya.
“Dia
cakap yang dia dah jatuh hati dengan aku. Tak ke gila namanya. Jumpa baru
sekali dah jatuh cinta. Kau boleh fikir tak jantan jenis apa dia tu.” Darahnya
kembali menyirap.
“Yang
tu aku boleh tahan lagi. Kau tahu apa yang berlaku lepas tu?”
“Tak.”
Jawab Bob. Dah memang dia tak tahu. Dia nak dengarlah ni.
“Aku
tak tahu dari planet manalah minah seorang ni. Tiba-tiba muncul depan aku dan
panggil si Ryzal tu sayang. Lepas tu, boleh pula dia pergi peluk mamat tu. Kau
rasa kalau kau dekat tempat aku, apa kau akan buat?” Melopong Bob mendengar.
Hebat.
“Kau
biar betul?”
“Habis
tu kau ingat aku tipu? Tak ada maknanya aku nak tipu. Buang masa aku saja.
Nasib baiklah aku jumpa dia dulu. Kalau tak, habis aku. Belum mati dah
siap-siap gali kubur sendiri.” Minta dijauhkan. Tuhan masih sayangkannya. Syukurlah.
“Hmm...kira
hebat jugalah mamat tu ya.”
“Nak
suruh aku kahwin dengan lelaki macam tu? Memang taklah kan. Tak kahwin sampai
tua pun tak apa.” Entah kenapa dia rasa sedih sangat. Air mata sudah bergenang.
Cuba ditahan. Tak guna menangis sebab jantan macam tu.
“Habis
tu, kau nak buat apa sekarang? Mak kau dah tahu?” Kesian pula. Mungkin jodoh
Siti Fatimah belum sampai. Sabar sajalah.
“Ini
yang aku tengah fikir ni. Macam mana aku nak bagitahu mak aku. Kau
agak-agaklah, mak aku percaya ke dengan cerita aku? Yalah, selama ini mak aku
pandang si Ryzal tu sebagai lelaki yang baik. Sekarang, bila aku bagitahu dia
perkara ni, aku takut dia tak boleh terima. Mesti dia fikir aku reka cerita
sebab tak nak kahwin dengan mamat sengal tu.” Ini pun satu lagi masalah. Boleh
ke emaknya terima perkara ini?
“Tapi
kau kena bagitahu juga emak kau. Lainlah kalau kau tetap nak kahwin juga dengan
mamat tu.” Bob sekadar bergurau. Dia cuma mahu buat Siti Fatimah bertenang
sikit.
“Mulut.
Jangan harap aku nak harap aku nak kahwin dengan dia. Aku bersyukur sangat
sebab Tuhan dah tunjuk awal-awal lagi siapa jantan tu sebenarnya. Dibuatnya aku
terjatuh cinta dengan dia, lepas tu kami kahwin dan lepas kahwin baru aku tahu
perangai sebenar dia, mati aku.” Memang dia bersyukur tapi dia rasa ralat. Tak
tahulah kenapa. Mungkin sebab dia pernah berharap yang Ryzal memang seorang
lelaki yang baik dan lelaki itu adalah jodohnya. Tapi sebaliknya pula berlaku.
“Sekarang,
kau dah legalah yang kau tak payah kahwin dengan dia?” Boleh percaya ke minah
ni? Entah-entah sebenarnya sedih.
“Lega
sangat.” Apa-apa pun dia harus terima kenyataan. Ryzal bukan untuk dia.
Jodohnya belum sampai.
“Aku
rasa, baik kau balik dan bagitahu emak kau. Cakap baik-baik dengan dia. Aku
rasa mak kau akan faham.” Pujuk Bob. Mungkinlah Hajah Asmah akan kecewa tapi
semuanya hanya sementara. Lambat laun Hajah Asmah pasti boleh terima kenyataan.
“Aku
macam tak sampai hati nak kecewakan mak aku lagi tapi dalam masa yang sama aku
tak boleh terima Ryzal sebagai suami aku.” Siti Fatimah menundukkan
pandangannya. Pasti emaknya akan menangis lagi. Maaf, mak.
“Hmm...aku
pun rasa kecewa juga. Aku ni dah berangan-angan nak jahit baju kahwin kau.
Terpaksalah tunda lagi.” Bob bangun. Masih ada banyak tempahan yang dia perlu
siapkan. Maklumlah, sekarang ini musim orang kenduri. Bukan setakat pengantin
yang menempah, orang yang nak pergi kenduri pun nak buat baju baru juga. Tak
nak kalah.
“Alah
kau ni, cakap macam aku tak akan kahwin saja. Kau buat sajalah. Manalah tahu,
berkat kau buat baju aku awal-awal, cepat aku kahwin nanti.” Teringin juga dia
nak tengok macam mana rupanya baju hari bersejarahnya. Walaupun masih belum
pasti bila, tapi tak salah kut kalau buat persediaan awal.
“Ah,
tak kuasa aku. Banyak lagi tempahan aku nak siapkan ni. Sekarang ni, kau pergi
balik, cakap dengan mak kau. Lepas tu kau suruh mak kau cepat-cepat cari
penggantinya. Hah, lepas dah dapat pengganti baru kau bagitahu aku. Bolehlah
aku siapkan baju kau.” Sepasang baju yang sudah siap dijahit dikeluarkan. Mahu
ditambah dengan manik.
“Amboi,
menghalau nampak! Tak apa, esok aku datang lagi.” Siti Fatimah bingkas bangun.
“Esok
aku tutup.” Laju Bob membalas. Siti Fatimah kerut dahi.
“Apasal
pula? Kau nak pergi mana?”
“Hoi,
mak cik. Takkanlah sebab kau tak jadi kahwin terus lupa esok hari apa? Esok
Ahadlah.” Siti Fatimah tepuk dahi. Dia betul-betul lupa. Tersengih di situ.
Malu sendiri.
“Lupa
pula. Oklah, aku balik dulu. Nanti kalau aku
free aku datang lagi.”
“Kau
tu, hari-hari pun free.” Dah kalau
hari-hari ada saja muka dia di butik ni, memang freelah tu.
Siti
Fatimah menutup rapat pintu keretanya. Enjin dihidupkan tapi dia masih
termenung di situ. Cuba mengatur ayat yang terbaik untuk diucapkan kepada
emaknya. Pasti emaknya sedang menunggu dengan harapan menggunung. Mesti emaknya
nak dengar perkara yang baik-baik saja. Siti Fatimah pejam mata. Ya Allah,
berilah sedikit kekuatan kepada hamba-Mu ini.
p/s::komenlah sikit..huhu..nak tau juge feedback ttg cter ni..ok ke tak???
best juga ni... bolehlh sambung lg
ReplyDeletenak tau cerita seterusnya...
Siti fatimah mmg nampak tegas. Takkan nk kna kawin paksa kot. Storyline yg bgs :)
ReplyDeletekawen ngsn bob je r,,ok gak tu ksn..
ReplyDeleteOahan cerita awak best... Boleh buat novel
ReplyDeletebest la citer ni :)
ReplyDeletehehe..terima kasih nur amirah...skrg da bleh dapatkan novelnya di pasaran...
ReplyDelete