2012-05-07

jangan merajuk sayang 11


 jeng3...ade sudeh..hehe..sile2..bg komen skali eks...
enjoyzzzz!!!

Bab 11
Rumah sudah di depan mata tapi dia masih tak berani nak keluar. Lama dia membatukan diri dalam keretanya. Kereta Kak Teh ada, maknanya Kak Teh ada di rumah. Kereta Kak Long pun ada? Bila Kak Long balik? Aduh, makin kronik. Siti Fatimah tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengumpulkan sedikit kekuatan.

“Nenek, Mak Ucu dah balik!” Laung Iqbal. Terkejut Siti Fatimah. Memang semua orang tengah tunggu dia.
Terkocoh-kocoh Hajah Asmah menyambut kepulangan anaknya. Senyumannya sampai ke telinga. Wajahnya berseri-seri. Luluhnya hati Siti Fatimah tengok. Dia betul-betul tak sampai hati nak musnahkan senyuman bahagia itu. Hajah Asmah memeluk erat tubuh anaknya membuatkan Siti Fatimah terpinga-pinga. Apa yang dah berlaku ni?

“Terima kasih Siti. Mak bersyukur sangat-sangat.” Makin tak mengerti Siti Fatimah. setahunya dia baru saja pulang. Sepatah perkataan pun belum keluar dari mulutnya. Kenapa emak ucap terima kasih? Apa yang syukurnya?

“Amboi, berseri-seri wajah orang nak kahwin ni ya?” Ini lagi seorang. Bila masa pula dia cakap yang dia nak kahwin? Apa semua ni?

“Kejap...kejap. Kenapa dengan semua orang ni?” Kak Long senyum meleret. Kak Teh pun. Mak lagilah. Tolonglah bagitahu apa yang dah berlaku sebenarnya.

“Buat-buat tanya pula dia ni. Tak payahlah malu-malu.” Kak Long cubit pipi kanan Siti Fatimah. Biasalah tu kalau malu-malu. Orang tengah darah manis.

“Hajah Maria dah telefon mak tadi. Dia dah bagitahu semuanya. Terima kasih ya Siti.” Sekali lagi Hajah Asmah peluk tubuh kurus anaknya. Makin Siti Fatimah pening. Hajah Maria cakap apa sampaikan semua orang gembira sangat ni?

“Hajah Maria cakap apa?” Tak boleh jadi ni. Jangan-jangan...

“Esok juga dia akan hantar rombongan meminang. Ryzal cakap, Siti dah tak nak tunggu lama-lama. Sebab tu Hajah Maria nak datang esok terus.” Lancar. Siti Fatimah rasa nak pitam. Dia tak mimpikan? Emaknya tak main-mainkan?

“Dah, dah. Sekarang ni, Siti ikut Kak Long dengan Kak Teh, kita pergi pekan cari baju.” Macam orang kena pukau, Siti Fatimah hanya mengikut langkah Kak Long yang sudah menarik tangannya.
Apa yang Ryzal sudah bagitahu mamanya? Apa yang lelaki itu sudah buat? Kenapa semuanya harus jadi begini? Ryzal memang kejam!

“Kita nak pilih warna apa ya? Kita buat simple sajalah. Tak perlulah ada pelamin. Rasanya dah tak sempat nak buat semua tu. Hantaran pun tak ada. Hajah Maria kata tak apa. Semua tu tak penting. Yang pentingnya majlis tu jalan. Hantaran tu nanti bawa masa hari nikah. Siti setuju?” Kata-kata Kak Teh macam angin saja di pendengarannya. Satu benda pun dia tak boleh fikir. Kenapa nasibnya jadi begini.

“Tak payah tanya dia Teh. Orang tengah angau tu. Mana sempat nak fikir lagi. Kita buat saja apa yang ada. Nasib baik Kak Long balik. Macam tahu-tahu sajakan?” Siti Fatimah sikit pun tak mengendahkan perbualan kakak-kakaknya. Yang dia tahu dia tak redha semua ini berlaku. Dia tak rela!

“Ok, kita dah sampai. Macam teruja pula. Teringat zaman-zaman kita nak kahwin dulukan Kak Long?” Siti Amirah teruja melihat baju-baju cantik yang tergantung di depan mata. Sekarang ni senang, semua ada dijual. Baju pun dah pelbagai. Dulu, kena tempah.

“Siti, jom. Tak payahlah malu-malu sangat. Bertunang aje dulu.” Tangannya ditarik oleh Kak Long. Tapi dia tepis.

“Kak Long dengan Kak Teh pergilah dulu. Siti nak call seseorang kejap.” Telefon bimbit dikeluarkan. Dia mesti dapatkan penjelasan lelaki tak guna tu.

“Nak telefon abang dialah tu. Jom Kak Long. Jangan  lama-lama sangat ya? Esok pun boleh jumpa.” Siti Amirah dan Siti Salihah bergandingan masuk ke dalam butik, meninggalkan Siti Fatimah yang sedang membara dengan amarah.

Berkali-kali dia cuba menghubungi Ryzal. Semuanya gagal. Geramnya! Lain kali tak payah guna telefon. Campak aje telefon tu dalam lubang jamban. Senang. Dia cuba lagi. Masih tak berjaya. Mesej dihantar. Juga tak berbalas. Siti Fatimah naik angin. Kurang ajar punya jantan. Tak apa, lelaki sengal tu tak kenal lagi siapa Siti Fatimah Adrianna. Siaplah dia lepas ni.

Mahu tak mahu, Siti Fatimah terpaksa juga masuk ke dalam butik. Baru bertunang. Tak apa lagi. Masih boleh diputuskan. Dia akan buat onar. Biar bakal emak mertuanya itu benci dengannya. Dia rela dibenci daripada kahwin dengan lelaki jahat macam Ryzal.

>> 

Ryzal pandang telefon bimbitnya. Dia senyum sebaris. Sengaja dia tak menjawab panggilan daripada Siti Fatimah. Dia yakin, pasti perempuan itu dah tahu mengenai berita itu. Rasakan. Siapa suruh cabar Ryzal Syahmi? Selama ini tak pernah lagi ada perempuan tolak dia. Bila Siti Fatimah tolak mentah-mentah begitu, dia rasa sangat tercabar. Dia tak ada cara lain untuk ajar perempuan sombong tu. Dia reka cerita palsu kononnya Siti Fatimah bersetuju untuk berkahwin dan tak mahu tunggu lama-lama. Kalau boleh bulan depan juga dia nak langsungkan pernikahan. Mamanya apa lagi, gembira tak terkata. Terus dihubunginya emak Siti Fatimah, memberitahu berita tergempar itu.

Kata putus diambil dan esok dia bakal ditunangkan dengan Siti Fatimah. Pasti perempuan itu tengah bengang. Puas hatinya. Seronok dapat mainkan perempuan itu. Tak sabar nak tunggu hari esok. Apalah yang akan berlaku. Tapi dia rasa Siti Fatimah tak akan buat kecoh.

“Ryzal, kenapa tak angkat telefon tu? Dari tadi berbunyi.” Tegur Datin Hajah Maria. Dia sedang sibuk menyiapkan barang-barang untuk hari esok. Cincin sudah dibeli. Tinggal sireh junjung. Itupun boleh dibeli sahaja. Esok, bila hari pernikahan baru buat yang baru. Semuanya jadi kelam-kabut. Tak sangka pula semuanya akan jadi secepat ini. Paling dia tak sangka, anaknya pun turut berkenan dengan pilihannya. Maknanya, pilihannya memang tak salah.

“Macam tak percaya saja esok kamu dah nak bertunang. Mama memang selalu doa yang kau akan cepat dapat jodoh tapi tak adalah secepat ini. Apa pun, Alhamdulillah. Lagi cepat lagi bagus. Lagi cepat mama boleh timang cucu kan?” Ryzal hanya senyum. Cucu? Kita tengok sajalah nanti.

“Tinggal lagi sebulan sebelum hari pernikahan kamu. Jadi dah kena buat persiapan dari sekarang. Tak apa, Ryzal tak payah risau. Mama akan uruskan semua. Sekarang ni senang, tempah saja semua. Mama nak kamu bersanding sekali dengan Nadia.” Anak perempuannya dah buat keputusan untuk bernikah tiga bulan lagi. Jadi, bolehlah dibuat sekali sahaja semuanya. Yang penting, Ryzal nikah dulu sebelum adiknya.

“Mama buatlah apa yang patut. Ryzal ikut saja. Banyak lagi kerja yang Ryzal perlu selesaikan sebelum cuti nanti. Tak payah buat besar-besar sangat.” Mesti Norman terkejut beruk kalau tahu mengenai perkara ini. Tak sabar pula nak tengok reaksi kawannya itu. Pantas pesanan ringkas dihantar.

“Mana boleh tak buat besar-besar. Nak buat dua majlis sekali. Lagipun kamu berdua saja anak mama. Masa nilah mama nak jemput semua orang. Lagipun, kita niat untuk bersedekah. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Tak apa, nanti mama bincan dengan Mak Long. Dia dah biasa buat semua ni.” Datin Hajah Maria macam dah tak sabar-sabar. Hajah Mariam sudah dikhabarkan tentang berita ini. Memang kakaknya cukup gembira. Tercapai juga hasrat nak bermenantukan Siti Fatimah.

“Ma, Ryzal nak keluar kejap.” Ryzal bingkas bangun. Dia nak jumpa Norman.

“Kamu nak ke mana pula?” Tak senang kalau duduk rumah lama-lama. Asyik nak berjalan saja. Tak apa, nanti lepas kahwin jangan harap Ryzal boleh buat sesuka hati.

“Sekejap saja. Nak jumpa Norman.” Langkah diatur deras. Tak sabar.

“Eloklah tu. Ajak dia sekali esok.” Dia memang kenal Norman. Selalu datang ke sini. Lagipun pekerja di syarikat suaminya memang rapat dengan Ryzal.

>> 

“Apa hal yang penting sangat kau nak bagitahu aku ni?” Macam dapat diagak apa yang mahu diberitakan oleh Ryzal. Mesti pasal pertemuannya dengan Siti Fatimah.

“Kau mesti terkejut beruk bila dengar.” Ryzal menghirup minumannya. Dia mengukir senyum nakal.

“Hah, dah tu, cepatlah bagitahu. Nak juga aku tengok macam manalah rupanya kalau aku terkejut beruk.” Ketawanya terhambur.

“Aku akan bertunang dengan Siti Fatimah esok.” Lancar saja kata-katanya. Tersembur minuman yang disedut Norman. Bulat matanya memandang Ryzal. Biar benar?

“Apa kau cakap tadi? Kau dengan Siti Fatimah bertunang esok? Macam mana boleh jadi macam tu?” Baru hari ini jumpa esok dah nak bertunang? Macam tak masuk akal. Ayat apa yang Ryzal guna? Entah-entah si Ryzal ni yang dah kena ubat guna-guna dengan Siti Fatimah.

“Ini Ryzallah. Kan aku dah cakap, mana ada perempuan pernah tolak aku. Tengok, sekali jumpa terus dia setuju nak kahwin.” Ketawanya berderai. Lucu betul.

“Kau cakap apa kat dia sampai dia terus setuju nak kahwin serta-merta dengan kau?” Kadang-kadang bukan boleh pakai pun si Ryzal ni. Membohong aje yang lebih.

“Tak perlu cakap apa-apa. Tunjuk muka, kenyit mata sikit, oklah tu.” Ketawanya masih bersisa. Norman geleng kepala. Dia tak percaya. Siti Fatimah orang terpelajar. Takkan senang macam tu saja.

“Aku tak percayalah. Baik kau cakap betul-betul.” Ryzal hanya tersengih. Matanya melilau ke sekitar kawasan. Ada yang mencuri pandangannya. Dan yang pasti adalah wanita cantik dan seksi.

“Ok, cerita dia macam ni.” Ryzal membetulkan duduk. Norman sedia untuk mendengar. Sudah dia kata, mesti ada sesuatu yang dah berlaku. Entah-entah, Siti Fatimah dah mengandung. Ryzal disuruh jadi pak sanggup. Ala-ala macam telenovela.

“Memang betul cakap kau, dia memang datang jumpa aku sebab nak suruh aku batalkan perkahwinan tu.” Masih dia ingat macam mana tegasnya Siti Fatimah saat bibirnya berbicara.

“Jadi? Kenapa kau tak setuju saja dengan permintaan dia? Bukan kau pun memang nak batalkan perkahwinan tu ke?” Dah peluang ada depan mata, kenapa tak diambil? Lain pula yang jadi.

“Buat pertama kalinya dalam hidup aku, ada perempuan yang boleh tolak aku mentah-mentah. Dia cakap dia tak berminat dengan aku dan dia langsung tak terpikat dengan aku. Kau rasa aku boleh terima tak?” Egonya masih tinggi. Ryzal tetap Ryzal.

“Jadi, kau dah tercabarlah ni? Awek cantik tolak kau?” Teka Norman. Payah kalau ego setinggi gunung Everest ni.

“Agaklah.” Norman mencebik.

“Cantik sangat ke dia tu? Ke kau dah betul-betul terpikat dengan dia?” Dia kenal sangat Ryzal Syahmi. Bukan boleh tengok perempuan dahi licin sikit. Mulalah gatalnya menyerang.

“Bolehlah tahan. Sopan. Pakai tudung.” Dia tak boleh lupa wajah manis itu. Makin Siti Fatimah marah, makin cantik pula dipandang. Dia dah betul-betul jatuh hati ke?

“Patutlah pun. Jadi, macam mana pula dia tiba-tiba boleh tukar fikiran untuk berkahwin dengan kau?” Sah, kawannya ini dah tangkap cintan. Dasar hidung belang.

“Dia tak tukar fikiran. Aku yang buat keputusan. Aku bagitahu mama yang Siti Fatimah dah setuju untuk berkahwin dan perkahwinan itu mesti dilangsungkan segera.” Cukup kejam. Melopong Norman mendengarnya.

“Perggh...kejam sungguh. Habis tu, macam mana dengan Siti Fatimah tu?” Boleh pula Ryzal buat macam tu. Tak pasal-pasal Siti Fatimah jadi mangsa keegoannya.

“Entah. Dia ada call aku tadi tapi aku tak angkat. Aku rasa dia dah tahu perkara tu. Biarlah, siapa suruh buat Ryzal marah.” Ego! Norman geleng kepala lagi. Nasiblah Siti Fatimah. Kau dah tersalah jumpa orang.

“Jadi bila kau nak kahwin?” Norman menghirup airnya. Dia tak setuju dengan perbuatan Ryzal. Baginya itu dah melampau. Tak baik buat orang terseksa begitu.

“Bulan depan. Tarikhnya esok baru nak bincang.” Norman diam. Pandangannya dibuang jauh.

“Kau janganlah risau. Lepas aku kahwin pun aku still lagi boleh lepak-lepak dengan kau. Kahwin tu syarat saja supaya mama aku dah tak bising-bising lagi lepas ni.” Lagilah Norman tak puas hati. Tapi siapa dia nak membantah. Ryzal bosnya. Nanti tak pasal-pasal dia kena buang kerja kerana ego Ryzal. Sama macam Siti Fatimah.

“Suka hati kaulah.” Malas nak berbahas panjang-panjang. Buat membazir air liur saja.

“Oklah, aku balik dulu. Esok kau ikut aku ya?”

“Malaslah. Kau pergi sajalah.” Ryzal jungkit bahu. Tak nak tak apa. Dia tak kisah. Esok adalah harinya. Siaplah kau Siti Fatimah Adrianna.

3 comments:

  1. best la cite ni!!!
    sedap nama watak perempuan dia~~ Siti Fatimah.. sopan je dengar.. ^^
    agak2 ape jd pas ni erk? hehe..

    ReplyDelete
  2. Agaknya ape seterusnya yg akan
    dilakukan oleh Siti Fatimah ye
    dan bagaimana Siti nk mengatasi ego
    si Ryzal tu... cepat sambung ye.

    ReplyDelete
  3. bongo r ryzal nih,,,sian ct fatimah,,,

    ReplyDelete