assalamualaikum...selamat pagi gegelzzzz...errkk..ade ker golongan boboi yg baca novel i??hehe...
mesti budak PMR tengah dup dap dup dap skrg nih kan??hehe...rasakan....
okes...ini bab yg seterusnye..walaupun xder yg angkat kenings kat e-novel nih..sy post jugakla bab sterusnya nih...lynn kan baik hati..haha..sangat!ewww..
happy reading yer my gegelzzzzz...hehe
Bab 8
Ika membetulkan duduknya. Lenguh terasa pinggang dengan
perjalanan yang begitu lama. Sesekali dia menilik jam di pergelangan tangan.
Pemandangan di luar gelap gelita. Dia cuba melelapkan mata tapi tak lena.
Hatinya melonjak-lonjak gembira saat ini. Bertahun tak menjejak tanah tumpah
darah sendiri. Dalam beberapa jam lagi dirinya akan berada di sana. Suasana di
dalam kapal terbang sunyi sepi. Mungkin ramai yang tidur.
“Bila kau balik Ika? Aku dah tak sabar nak jumpa kau.
Rindu sangat-sangat.” Ceria mesej yang dihantar melalui Yahoo Messenger. Dia juga sangat rindu.
“Aku pun rindukan kau. Lama benar kita tak jumpa.
InsyaAllah, kalau tak ada aral minggu depan aku balik.” Balas Ika. Rindunya
pada negara yang bercuaca panas dan lembap itu membuak-buak. Terbayang
wajah-wajah ceria keluarga dan sahabatnya. Mahu menitis air mata setiap kali
terigatkan mereka.
“Betul kau nak balik minggu depan? Seronoknya. Make sure ada cenderahati untuk aku
tau.” Peringatan dari Syarifah. Tak habis-habis perangai gila-gila kawannya
itu.
“Mestilah aku ingat. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia.”
Setitis air mata gugur juga. Beban rindu tak tertanggung lagi. Enam tahun
mengabdikan diri di bumi asing begitu mencabar semangatnya. Masa yang dilalui
terasa amat panjang.
Tapi Alhamdulillah. Semuanya sudah berakhir sekarang.
Kejayaan sudah menjadi miliknya. Tak sia-sia segala penat lelah dan
kesabarannya. Setitis air mata kesyukuran menjadi saksi betapa dia bersyukur
dengan segala nikmat kurniaan yang Maha Esa.
Mata ditutup rapat. Penat makin terasa. Masih ada empat
jam sebelum pesawat yang dinaiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur. Tidurnya dalam senyuman. Pasti keluarganya sudah setia menantinya
di sana. Apakah reaksi mereka nanti? Yang pasti, wajah yang terlalu dirinduinya
itu mahu dikucup sepuas hati.
>>
Ika menghembuskan nafas lega. Tali pinggang keselamatan
ditanggalkan. Cuaca petang di Kuala Lumpur begitu mendamaikan. Tak sabar
rasanya nak menghirup udara di luar sana. Lapangan terbang kebanggaan rakyat
Malaysia tersergam indah di depan mata. Bagai terbayang-bayang lambaian
keluarganya enam tahun lepas sewaktu menghantarnya ke Glasgow.
Penumpang-penumpang lain sudah bersiap sedia untuk
beredar. Ika mencapai beg sandangnya. Bibirnya masih dengan senyuman. Hanya ada
beberapa orang melayu di dalam penerbangan itu. Beg troli kecil ditarik.
Wajah-wajah mesra warganegara Malaysia buat hatinya makin membuak rindu.
Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Troli ditolak ke
balai ketibaan. Terlalu ramai orang di situ. Pasti mereka juga menantikan orang
tersayang. Matanya melilau mencari wajah-wajah kesayangannya. Hatinya berbunga
riang saat terpandangkan wajah si ibu yang sudah sedikit keletihan. Air matanya
bergenang.
Troli makin laju ditolak. Ibunya masih tak berganjak.
Begitu juga abahnya. Tiada senyuman di wajah mereka. Hatinya rasa tak sedap.
Dia kini berdiri betul-betul di hadapan ibu dan abahnya. Alongnya juga turut
berada di situ.
“Ibu?” Bergetar suaranya tapi cuba ditahan air mata yang
galak mahu mengalir.
Puan Siti memandang suaminya di sebelah. Pandangannya
ditala semula ke arah gadis yang memanggilnya tadi. Senyuman mula terukir. Air
mata ibu memang senang untuk mengalir. Mata tua itu basah.
“Anak ibu ke ni?” Tubuh kurus gadis manis di hadapannya
dirangkul kejap. Rindunya tak tertahan. Wajah bersih itu dikucup penuh kasih.
Lama, tak mahu lepas rasanya.
“Ibu dah tak kenal Achik ke?” Air mata disapu. Begitu
juga air mata yang mengalir di pipi ibunya. Alongnya juga kelihatan mengesat
air mata. Si kecil yang masih dalam dukungan masih tak mengerti. Pasti itu anak
Alongnya. Comel.
“Macam mana ibu boleh tak perasan anak ibu yang cantik
ni. Achik nampak lain sangat. Itu yang buat ibu teragak-agak.” Tubuh itu
dirangkul sekali lagi. Hampir tak perasan dia dengan anak sendiri. Tubuhnya
makin kurus. Cela di wajah gadis manis itu semakin berkurang. Kulit juga
semakin cerah. Tiada lagi cermin mata besar yang menutupi wajahnya. Diganti
dengan cermin mata kecil tak berbingkai. Cantik sekali gadis yang berdiri di
hadapannya.
“Along pun hampir tak perasan. Along ingatkan gambar
yang Achik hantar tu gambar yang Achik edit.
Betul-betul rupanya adik Along ni.” Pelukannya beralih pada kakak sulungnya. Si
kecil merengek bila dia mahu mengucup pipi gebunya. Tak kenal lagi. Biasalah.
“Abah. Abah sihat ke?” Tangan tua itu dikucup penuh
kasih. Tubuh yang sudah sedikit berisi itu dipeluk erat. Rindu pada lelaki yang
tak jemu memberi semangat untuknya terus maju.
“Alhamdulillah.” Kepala anak manjanya itu diusap
perlahan.
“Dahlah tu. Kita sambung kat rumah Along pula.” Senyum
gembira keluarga itu berpanjangan. Tangannya tak lepas memeluk tubuh ibunya.
Dia mahu tidur dalam pelukan ibunya malam ini. Terlalu rindu.
Di tempat yang sama, seorang lelaki menarik beg
trolinya. Kaca mata hitam masih setia dipakai walaupun suasana di luar semakin
gelap. Laju dia mengatur langkah menuju ke tempat letak kereta. Jam tangan
ditilik. Pasti kawannya sudah sampai.
“Mi!” Laung seorang lelaki yang setia menunggu di tepi
keretanya. Hilmi senyum memandang kawannya itu. Langkah yang diatur makin laju.
“How are you, bro?
Dapat tak minah saleh yang aku suruh kau pikat untuk aku tu?” Hilmi melepaskan
lelahnya. Kaca mata hitam ditanggalkan. Mata yang terasa pedih dek kerana
mengantuk digosok-gosok.
“Kau ni tak ada kerja lain ke? Aku pergi sana seminggu
saja tau. Asyik duk mengadap kerja, mana sempat nak menilik minah saleh. Pak
cik oi, kat Malaysia ni bukan main banyak lagi perempuan cantik. Yang kau nak
pergi bantai minah saleh kat sana tu apahal?” Bebel Hilmi. Dia penat.
perjalanan hampir enam jam tadi menyebabkan pinggangnnya rasa lenguh.
“Alah, sekali-sekala nak rasa minah saleh, apa salahnya.
Kau ni pun, kalau dah kerja memang tak ingat benda lain. Musnah harapanku nak
dapat bini minah saleh.” Si kawan mula buat drama. Sengaja buat muka sedih.
“Pergilah kau. Ada hati nak dapat bini minah saleh
konon. Muka macam mat bangla. Lainlah aku, hensem.” Hilmi ketawa. Azlan
mencebik. Tak habis-habis perasan. Mentang-mentanglah ramai peminat.
“Mulut kau tu jaga sikit. Sebab muka aku macam mat
bangla ni lah si Sara terpikat tau. Kau jangan main-main. Mahal ni.” Azlan
membetulkan rambutnya. Dah mula nak perasanlah tu.
“Hah, ingat pun kau dekat si Sara tu. Ada hati lagi nak
dapat bini minah saleh. Sekali aku bagitahu si Sara tu, mampus kau.” Ugut
Hilmi. Azlan cuak.
“Eh, janganlah bro. Aku gurau aje tadi. Tak berani aku
nak curang dengan si Sara ni. Aku sayang gila kat dia. Kau janganlah bagitahu
dia.” Pujuk Azlan. Terbayang si dara yang menjadi ratu di hatinya. Lesung pipit
yang menghiasi pipi kanan gadis itulah yang memikat hatinya. Comel.
“Tau pun takut. Dah lah. Laju sikit drive. Aku penat nak mampus ni.” Hilmi pejam mata. Mulutnya sudah
penat menguap. Penyandar kerusi diturunkan hingga ke bawah. Selesa sikit.
“Aku kalau nak drift
boleh. Tapi kalau kena saman, kau bayarlah ya sebab kau yang suruh.” Azlan
sengih macam kerang busuk. Tiada reaksi daripada Hilmi. Dah lena agaknya. Penat
sangatlah tu. Pedal minyak ditekan. Nasib baik tak banyak kereta hari ini.
Terbayang wajah comel yang sentiasa hatinya sentiasa tak
sabar nak pulang. Rindu untuk memeluk dan mencium si jantung hati. Anugerah
Tuhan yang paling dia sayang. Segaris senyuman terukir. Sekejap sahaja lagi.
>>
Ika merebahkan dirinya ke katil. Betapa nikmatnya
dirasakan. Hilang segala kepenatan yang dirasakan sebentar tadi. Tudung yang
membaluti kepala ditanggalkan. Rambut panjangnya dibiarkan lepas. Mata dipejam
seketika.
“Penat ya?” Entah bila ibunya masuk pun Ika tak sedar.
Pantas matanya terbuka luas. Senyum diukir semanis mungkin. Puan Siti mengusap
lembut rambut anak manjanya. Rindu yang dibendung sejak bertahun masih belum
reda. Ika memeluk ibunya erat. Terlalu lama dia mengimpikan saat ini.
“Amboi, macam berpuluh tahun tak jumpa.” Siti Aisyah
melabuhkan duduknya di sebelah Ika. Kedua-dua beranak itu senyum. Pelukan masih
belum dilepaskan.
“Mestilah Along. Dah lama tau. Kat sana dapat peluk
bantal aje. Sekarang, dah ada depan mata, kenalah peluk puas-puas.” Siti Aisyah
mencubit perlahan pipi adiknya. Dia pun rindu pada gadis ini. Perubahan yang
ketara pada wajah Ika membuatkan dia hampir tak kenal adik sendiri.
“Hmm…ini kalau Angah yang tengok ni, mesti dia terkejut
beruk.”
“Angah bila nak datang sini?” Terbayang wajah kakak
keduanya yang sekarang menetap di Perak mengikut suaminya. Bagaimana agaknya
rupa anak-anak saudaranya.
“Mungkin malam esok dia orang sampai. Katanya lepas
kerja mereka terus bertolak ke sini. Dahlah, jom kita pergi makan. Along dah
siapkan makan malam.” Terus saja perutnya terasa lapar. Terbau-bau masakan
kakaknya.
“Along masak? Ini yang tak sabar nak rasa ni.” Ika
bingkas bangun. Tudung disarungkan semula ke kepala.
“Hei, see the leglah
Achik. Kalau tak, takkanlah suami I tu sayang gila kat I.” Ketiga-tiganya
ketawa serentak. Ini baru Alongnya. Kalau ada Angah dan adik bongsunya, mesti
lagi meriah. Tak sabar nak jumpa semuanya.
p/s::tq my gegelzzz sbb sudi bace smpai abes..hehe..nak lagi ke?
No comments:
Post a Comment