oppppppsssss....ade lg ke yg masih buat exercise kening??kihkihkih...btw...santek tak kite punyer bunga2 cinta kt blog nih??hahahaha...(tangan di bahu mata ke atas)...ohmygegelzzz..okeh...takyah nk mngarut panjang2 pepagi nih...dan terimalah....hikhik...(masih dlm mood baik hati)...bweeekkkk...
selamat mmbaca..
Bab 7
United Kingdom, 2001
Mug yang berisi coklat panas diletakkan di atas meja.
Salji yang turun di luar sana semakin tebal. Warna putih menghiasi kawasan
sekeliling. Hilang serinya. Baju tebal pun tak mampu memanaskan badannya.
Coklat panas dihirup perlahan. Nikmatnya.
Jam baru menunjukkan pukul empat petang tetapi keadaan
di luar sana sudah mulai gelap. Biasalah kalau musim sejuk, malamnya lebih
panjang. Memang mencabar keimanan. Waktu yang paling sesuai untuk berhibernasi.
Nak keluar rumah pun malas. Tapi demi mengejar cita-cita, dia gagahkan hati.
Tak boleh terlalu ikutkan perasaan. Bukan senang nak sampai ke negara mat salih
ini.
Hampir dua tahun di sini, dia seakan sudah biasa dengan
cuaca sejuk begini. Mula-mula datang, memang terkejut dengan cuaca yang terlalu
sejuk sampai dia demam seminggu. Tapi lama kelamaan, semuanya sudah menjadi
perkara biasa. Seronok dapat melalui pengalaman baru. Tapi rindu pada cuaca
panas di Malaysia sentiasa membuak-buak di dadanya. Rindu pada pohon yang
sentiasa menghijau sepanjang tahun, rindu pada lautan yang tak pernah membeku,
rindu pada warna-warna ceria yang sentiasa menghiasi tanah air tercintanya.
Kerusi ditarik keluar. Dia melabuhkan duduknya. Buku
‘Organic Chemistry’ yang tebal itu dibelek. Tugasan yang diberi perlu
disiapkan. Satu persatu helaian diselak. Tekun. Sesekali mata yang berair dek
kerana mengantuk digosok-gosok. Suasana suram begini memang banyak dugaannya.
Helaian buku tebal itu diselak lagi. Mata yang tadinya
hanya separuh terbuka kini kembali terang. Pen yang dipegang diletakkan di atas
meja. Sekeping gambar lama yang terselit di dalam bukunya diambil. Rindunya
pada saat ini. Rindu untuk memakai baju seragam ini. Rindu untuk bertemu
kawan-kawan sealiran. Satu persatu wajah-wajah yang masih dia ingat diteliti.
Masih boleh diingat nama kawan-kawannya itu.
Senyumannya mati tatkala mata menatap wajah yang satu
itu. Bagai terngiang-ngiang suara dari wajah itu. Kata-kata yang membuatkan dia
tekad untuk membenci wajah itu selama-lamanya.
“Walaupun tak ada
perempuan lain dalam dunia ni, belum tentu aku akan pilih dia.”
Pantas tangannya meletakkan semula gambar itu. Buku yang
tadinya begitu tekun ditelaah ditutup rapat. Dadanya terasa sesak. Salahkah dia
jika tidak secantik gadis lain? Salahkah dia jika mempunyai perasaan seperti gadis
lain? Salahkah dia untuk mencintai dan dicintai? Dia juga gadis biasa yang
punya impian yang sama seperti gadis lain.
Salji yang memutih di hadapannya dipandang sepi.
Walaupun kulitnya tak seputih salji yang turun itu, dia juga punya perasaan.
Dia tak minta semua itu. Kenapa mesti ada yang mempertikaikan ciptaan Tuhan.
Sesungguhnya manusia itu adalah semulia-mulia ciptaan-Nya.
“Ika?” Sapaan rakan serumahnya melenyapkan perang
perasaannya. Air jernih yang bertakung segera dikeringkan.
“Are you crying?”
Salihah meletakkan beg sandangnya. Baju tebal masih setia melekap di badannya.
Masih sejuk walaupun berada di dalam rumah.
“Eh, tak adalah. Aku mengantuk, tu yang berair mata tu.
Kau dari mana ni?” Rasanya tak perlulah kawan yang sudah dua tahun dikenalinya
itu tahu.
“Aku pergi library
tadi. Lepas tu, keluar dengan Aman sekejap. Kau tak keluar ke?” Segaris
senyuman terus terukir sebaik sahaja nama lelaki itu disebut. Biasalah kalau
orang sudah dilamun cinta.
“Aku ni nak keluar dengan siapalah. Lainlah kau, ada
orang temankan.” Tiba-tiba katil menjadi sangat enak di mata. Bantal yang
berbalut sarung berwarna merah jambu dipeluk kemas. Memang seronok kalau dapat
tidur.
“Ada. Kau saja yang tak nak.” Rambutnya yang dibiar
lepas tadinya disanggul tinggi. Sarung tangan ditanggalkan.
“Ish, mengarutlah kau ni. Siapalah yang nak keluar
dengan orang tak cantik macam aku ni.” Dahinya berkerut. Siapa pula yang
dimaksudkan Salihah?
“Kau ni. Selalu cakap tak cantik. Tak baik tau kalau
selalu sangat sebut perkataan yang negatif. We
have to be proud of ourself. Cantik ke tak cantik ke, itu tak penting. Yang
penting, kita yakin diri dan yang paling penting sekali, di sini. Mesti
bersih.” Salihah meletakkan tangannya di dada Ika. Ika senyum sumbing.
“Tapi orang sekarang akan pilih yang cantik dulu.”
Bantal yang tadinya berada dalam pelukannya dibawa ke muka. Hinaan Hilmi
beberapa tahun lepas sekali lagi terngiang-ngiang di telinganya.
“Tak semualah Ika. Kau aje yang rasa begitu.” Salihah
tahu kawannya pasti rasa tertekan dengan keadaan dirinya. Walaupun mulutnya
sering kata ‘aku tak kisah’ tapi dia tahu, jauh di lubuk hati gadis manis ini
pasti terselit rasa resah.
“Kau ni Ika, selalu pandang rendah pada diri sendiri.
Kau tahu tak, kami bangga sangat dapat berkawan dengan kau. Kau bijak, selalu
dapat pujian lecturer. Baik hati
lagi. Memang best dapat kawan dengan
kau. Aku sayang kau tau.” Bantal yang menutup muka Ika ditarik. Hidung Ika
ditarik. Menjerit si kawan.
“Pandailah kau nak bodek aku.” Ika melemparkan senyuman.
Segera dia bangkit dari pembaringan. Sudah mahu Maghrib. Tak elok kalau tidur
waktu begini.
“Hah, senyum pun. Manis apa. Padanlah kalau si Faiz tu
terpikat pun.” Masih jelas di pendengaran Ika walaupun perlahan.
“Apa kau cakap? Faiz? Ish, tolonglah.” Terbayang wajah
lelaki yang senang tersenyum itu. Dengan rambut yang sentiasa disisir rapi dan
cermin mata berbingkai separuh, Faiz memang disenangi oleh rakan-rakan kerana
sikap ringan tulangnya. Tapi Ika tak berminat. Belum masanya untuk memikirkan
itu semua.
“Ok apa si Faiz tu. Baik, pandai, ringan tulang, senyum
aje memanjang. Sejuk mata memandang.” Salihah makin galak mengusik. Ika
mencebik. Hatinya masih tak terusik.
“Hah, kalau macam tu kau sajalah yang ambil dia.” Dia
mencapai tuala dan terus menapak ke bilik air walaupun hati rasa berat.
Kesejukan yang melampau buat tubuhnya terus menggigil.
“Habis si Amar tu kau nak suruh aku campak ke mana?”
“Buat spare part
pun boleh.” Sempat lagi Ika menjawab walaupun tubuhnya sudah hilang di sebalik
pintu bilik air.
Salihah menjegilkan mata. Buat spare part. Tolonglah. Pakwenya sikit punya hensem suruh dibuat spare part.
>>
Malaysia, 2005
Jenny memegang pinggangnya yang terasa tegang dek kerana
mengangkat sebakul kain yang baharu selesai dibasuh. Dia duduk sebentar. Nafas
dihela panjang. Perut yang sudah memasuki usia tiga bulan itu diusap perlahan.
Dia sering mengingatkan diri supaya berhati-hati. Tak mahu kejadian yang sama
berulang kembali. Tak sanggup rasanya untuk kehilangan sekali lagi.
Tapi bila melihatkan kain yang tak berbasuh, rumah yang
tak berkemas, dia tak jadi nak duduk diam. Nak harapkan suaminya, pasti masih
berlingkar di atas katil. Lebih-lebih lagi hari cuti begini. Selagi matahari
tak tegak atas kepala, jangan harap nak bangun.
“Hai sayang. Apa mengelamun pagi-pagi ni? Kesian baby papa ni tau.” Hilmi mengucup lembut
pipi isterinya. Tubuh kurus itu dipeluk dari belakang.
“Abang, terkejutkan orang saja.” Jenny cuba melepaskan
dirinya daripada pelukan Hilmi. Lelaki itu hanya tersengih.
“Awal abang bangun hari ni? Mimpi ke?” Jenny berdiri.
Mahu melunaskan kerja-kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.
“Ha’ah. Mimpikan budak kecil dengan mama cantik dia ni.”
Hidung mancung Jenny ditarik.
“Hidung I dah mancung, tak payah nak tarik-tarik lagi.”
Hilmi mencebik. Jenny mencapai bakul kain lalu diangkatnya.
“Hei, apa mama buat ni? Beratkan ni. Biar papa tolong.”
Pantas bakul kain itu diambil. Jenny hanya memerhati dengan senyuman. Memang
dia tak salah memilih suami. Keputusannya untuk meninggalkan keluarga dan sekaligus
menukar kepercayaan yang diamalkan selama lebih dua puluh tahun bukan sesuatu
yang silap.
“Mummy tak setuju. Mummy tak akan benarkan you kahwin
dengan budak melayu tu. Dah tak ada orang lain ke yang you nak jadikan suami?
Kalau tak ada sangat, biar mummy dan daddy yang carikan,” berombak kencang dada
Puan Wong menahan marah. Sakit betul hatinya bila anak perempuan tunggalnya ini
menyampaikan hasratnya untuk berkahwin. Kalau sebangsa dengan mereka tak apa
juga, ini dengan lelaki Islam. Dia tetap tak akan setuju. Dan dia yakin,
suaminya juga begitu.
“But mummy, I love
him and he loves me too. Dia tu baik. Mummy
please understand me,” rayu Jenny lagi. Memang dia dah jangka perkara ini
akan berlaku tapi dia tetap akan pujuk orang tuanya.
“No. I said no and
fullstop. You jangan nak buat bukan-bukan. You mana tahu dia tu cintakan
you. Entah-entah dia main-main saja. Pantang tengok perempuan cantik,” Puan
Wong nekad. Dia tak akan benarkan. Menangislah air mata darah sekalipun, dia
tetap dengan keputusannya. Tuan Wong di sebelah hanya diam membisu. Wajahnya
langsung tiada senyuman. Dia juga tak setuju dengan keputusan anaknya. Tak ada
lagi keturunan mereka yang berkahwin dengan agama lain. Pegangan agama mereka
begitu kuat.
“Daddy, please.
Selama ni, I tak pernah minta apa-apa pun. Dulu, daddy dengan mummy hantar I
pergi Australia, I langsung tak bantah walaupun I tak nak pergi. Tapi kali ni,
I merayu sangat-sangat. Please daddy,”
Jenny beralih kepada ayahnya pula. Lelaki itu tak berganjak. Sepatah kata pun
tak keluar dari mulutnya. Hanya matanya sahaja mencerlung tajam ke arah Jenny
membuatkan gadis itu tunduk ketakutan. Esak tangisnya dah tak berlagu.
“Mummy, please. I
love him. Kalau mummy dan daddy sayangkan I, izinkan I kahwin dengan dia. I
hanya akan bahagia kalau I bersama dengan dia,” blaus yang dipakai sudah lencun
dengan air mata. Matanya juga sudah sembap. Tapi dia tetap tak mengalah. Dia
akan tetap merayu sehingga orang tuanya setuju dengan permintaannya.
“Ok, kalau macam tu you pilih antara dua. Mummy dan
daddy atau lelaki tak guna tu,” Jenny tersentak. Tak sangka mummynya akan
berkata begitu. Berat sangat ke permintaan dia?
“Mummy!” Jenny memandang tepat ke arah wanita cina itu.
Dia telan liur. Mummy hanya berguraukan?
“You pilih. Kalau you tetap nak pilih lelaki tu, you
boleh keluar dari rumah ni dan jangan balik ke sini lagi. Kami tak ada anak
yang tak mengenang budi macam you!” Keras bunyinya. Makin galak air mata Jenny
mengalir di pipi. Puan Wong berlalu dari situ. Tuan Wong juga. Meninggalkan Jenny
yang terpinga-pinga. Dunianya dirasakan gelap. Kenapa mummy sanggup buat dia
begini?
Dia sayangkan mummy dan daddy. Dia juga sayangkan Hilmi.
Dia tak mampu nak memilih salah seorang di antara mereka. Mummy kejam. Kenapa
dia tak dibenarkan untuk merasa bahagia?
“Hei, mengelamun pula dia. Orang bercakap bagai nak rak, dia boleh buat tak tahu aje. Nak
kena betullah dia ni,” sekali lagi hidung isterinya ditarik. Bukan main lagi
dia bercerita, patutlah tak ada respon. Mengelamun. Entah apa bendalah yang diingatnya.
Jenny mengesat air matanya yang hampir menitis. Dia
rindukan mummy dan daddy. Itu saja yang dia tahu. Rindu yang teramat. Jenny
pandang wajah suaminya. Ini pilihannya. Dia ketepikan orang tuanya demi lelaki
ini.
“Abang, reunion
tu minggu depan kan?” Cuba mencari topik untuk dibualkan. Hilmi mengangguk dan
melemparkan senyuman.
“Mesti seronokkan dapat jumpa kawan-kawan lama. I pun
rindu nak jumpa kawan-kawan lama I. Macam manalah agaknya mereka tu sekarang.”
Satu-persatu wajah rakan-rakan sekolahnya dahulu bermain-main di depan mata.
Tak ramai yang diingatinya. Masuk sahaja tingkatan empat, orang tuanya terus
menghantarnya ke Australia dan menetap bersama nenek dan datuknya. Walaupun
pada mulanya dia memberontak, tapi mahu tak mahu dia terpaksa akur juga.
“Memang tak sabar nak jumpa dia orang. Mesti semua dah
lain. Lama juga abang tak jumpa dia orang tu. Yang biasa jumpa pun, tu si
Hairi. Itu pun kalau dia datang ke KL.” Sambil tangannya masih ligat menyidai
satu-persatu kain.
“Mesti tak sabar juga nak jumpa bekas buah hati kan?”
Usik Jenny. Cuba mengorek rahsia yang tak pernah diceritakan oleh lelaki
kesayangannya itu. Tipulah kalau tak ada. Orang hensem macam ni, mesti ada yang
berkenan.
“Buah hati? Hari-hari pun jumpa.” Hilmi pula yang cuba menyakat.
Mahu lihat apa reaksi si isteri.
Jenny kerut dahi. Jumpa hari-hari? Siapa perempuan itu?
Dia kenal? Hilmi main kayu tiga di belakangnya? Biar betul lelaki yang seorang
ni.
“Ni yang duduk depan abang ni. Yang cantik jelita, putih
melepak ni. Hari-hari abang tengok. Tapi abang pun hairan, kenapalah tak pernah
puas. Makin ditengok, makin rindu rasanya.” Hilmi menjeling manja isterinya
yang sudah mencuka. Pantang diusik sedikit, panjang betul muncungnya. Boleh
sangkut baju. Ish, geram betul.
“Orang serius, dia main-main pula.” Jenny bingkas bangun
menuju ke rak kabinet dapur mengeluarkan bekas berisi gula dan uncang teh. Teko
yang tersusun di rak dicapai. Uncang teh dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam
teko.
“Janganlah merajuk sayang. Abang main-main sajalah tadi.
Kuat merajuklah mama ni kan baby?”
Perut isterinya diusap perlahan. Sayangnya bertambah.
Tubuh wanita yang paling disayanginya itu dipusing
menghadap dirinya. Dagu Jenny diangkat perlahan. Cuba untuk membuatkan mata
cantik wanita itu memandang matanya. Jenny mengalah akhirnya. Dia tak kuat bila
berhadapan dengan Hilmi. Hatinya cepat benar jadi lembut.
“Hai, takkan abang usik sikit pun tak boleh? I am sorry, ok. Abang janji tak buat
lagi. Smile, please.” Mata redup itu
ditatap penuh cinta. Sayang dan cinta yang mendalam.
“It’s ok.
Salah I. Cepat sangat terasa sejak kebelakangan ni. Mama kata, pembawakan budak
ni kut.” Jenny cuba senyum.
“Hmm… macam ni baru cantik sikit.” Bibir merekah itu
dikucup perlahan. Senyuman Jenny makin melebar. Kucupan itu dibalas hangat.
Entah kenapa dia terlalu mencintai lelaki di hadapannya ini. Lama dia memandang
wajah itu. Dia tak mahu kehilangan. Dia lebih rela menutup mata dahulu daripada
melihat Hilmi dibawa pergi oleh wanita lain.
“Abang, kalau I dah tak ada nanti, you akan kahwin
dengan wanita lain tak?” Entah dari dunia mana soalan itu muncul. Tiba-tiba
sahaja. Hilmi yang masih mendakap kemas isterinya terkejut. Badannya
direnggangkan sedikit. Mukanya berkerut.
“Apa sayang cakap ni? You nak pergi mana? Abang tak akan
benarkan.” Tubuh kurus itu kembali dirangkul erat. Tak mahu dilepaskan.
“I tanya saja. Manalah tahu kan kalau umur I ni tak
panjang.” Rasa bersalah pula kerana bertanyakan soalan itu. Tapi hatinya seakan
mahu tahu.
“No, I don’t want
to think about it. You tak akan pergi mana-mana.” Tak mahu bayangkan dan
dia tak akan bayangkan benda itu. Tak sanggup.
Jenny diam. Dia juga tak sanggup nak bayangkan. Perutnya
diusap. Kedua-duanya adalah harta yang paling bernilai dalam hidupnya. Orang
tuanya sudah semakin jauh. Walau betapa rindu untuk menatap dan mendakap tubuh
mereka, perkara itu mustahil untuk dilakukan lagi. Air mata wanitanya menitis.
Sesak dada bila sahaja teringatkan orang tuanya.
p/s::hohohohoho...amacam???semacam je ek??
wtak jenny nie akan mati ke
ReplyDeletehmmmm....kena tggu dan lihat.hehehe...
ReplyDelete